Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Pemimpin merupakan individu penting dalam mengendalikan sesebuah organisasi. Begitu


juga di sekolah, pengetua atau guru besar menjadi nakhoda dalam sebuah pelayaan atas
sebuah bahtera menuju pulau kejayaan. Tanpa nakhoda yang baik pastinya bahtera tidak
mampu sampai ke destinasi dan mungkin karam ditengah lautan. Pemimpin yang baik akan
mempunyai objektif dan matlamat yang jelas sebagai panduan menuju kecemerlangan kerana
jatuh bangun sebuah organisasi bergantung kepada pemimpinnya. (Ang & Balasandran,
2009). Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu
organisasi. Kepimpinan mempunyai kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif
organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih
untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja
berpasukan yang erat.( Adila Hashim, 2013)

1.0 BAHAGIAN 1
1.1 Semakan Artikel Jurnal
Berdasarkan artikel “Amalan Pemerkasaan Pengurusan Pengetua dan Hubungannya
Dengan Kepuasan Kerja Di Kalangan Pentadbir Peringkat Pertengahan Sekolah”
oleh Gunasegaran Karuppannan yang diterbitkan pada tahun 2020

Amalan pemerkasaan pengurusan pengetua amat penting dalam menentukan jatuh


bangun sesebuah institusi sekolah yang diterajui oleh seorang pengetua. Dalam kajian
ini pengkaji telah mengkaji sejauh mana amalan pengurusan yang diperkasakan oleh
seorang pengetua mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan Penolong
kanan dan guru-guru

FOKUS ARTIKEL:
Fokus dalam artikel ini ialah mengkaji sejauhmana amalan pemerkasaan pengurusan
pengetua diamalkan di sekolah. Seterusnya kajian ini juga memfokuskan tahap
kepuasan berkerja guru-guru di bawah selian pengetua masing-masing. Selaian itu,
pengkaji jugak mengkaji hubungan amalan pemerkasaan pengurusan pengetua
mempengaruhi tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru. Selanjutnya, kajian ini
turut memberi fokus kepada 5 amalan pemerkasaan yang diamalkan oleh pengetua
yang dapat memberikan kesan keatas motovasi dan kepuasan bekerja oleh kakitangan
sekolah. 5 amalan tersebut ialah pembuat keputusan, pembangunan professional,
kebertanggungjawaban, impak dan autonomi.

KEPENTINGAN:
Terdapat beberapa kepentingan dalam kajian ini yang dapat dijadikan panduan dan
yang akan membantu para pengetua atau pentadbir untuk mewujudkan budaya kerja
cemerlang di sekolah. Kepentingan artikel ini adalah untuk mengkaji sejauh mana
peranan dan kepimpinan pengetua mampu untuk menerajui pembangunan sesebuah
sekolah. Pengetua yang berkualiti akan mempengaruhi kemenjadian sebuah
sekolah.Oleh hal yang demikian seorang pengetua harus mempunyai matlamat yang
jelas agar guru-guru dapat bekerja bersama-sama pengetua ke arah matlamat yang
telah disasarkan. Setiap pengetua mempunyai misi dan visi yang berbeza dan guru-
guru sebagai agen penggerak sekolah perlu jelas dengannya supaya tidak tersasar dari
tujuan asal.

Pengetua perlu mengawal selia keseluruhan isi sekolah termasuk mengurus


kakitangan, mencipta dasar, dan mengawasi operasi sekolah. Oleh hal yang demikian,
peranan pengetua cukup besar dan memerlukan bantuan warga sekolah untuk
melaksanakannya. Penulis berpendapat guru-guru perlu diberikan sedikit ruang untuk
melaksanakan tugas yang diamanahkan namun perlu dalam kawalan dan pengetahuan
tuan pengetua.

Emosi dan rasa percaya diri seseorang guru dan pentadbir bawah selian pengetua
adalah penting kerana dengan peluang-peluang yang diberikan dan penghargaan serta
sokongan padu akan membangkitkan rasa kepuasan bekerja dalam kalangan guru dan
pentadbir. (Davis, J. & Wilson, S, M, 2000). Kebajikan guru juga menjadi aspek
penting untuk pengetua mendapatkan sokongan guru dalam melaksankan setiap tugas.
Jika kebajikan guru diketepikan maka guru menjadi tidak berdisiplin, merungut dan
kurang komited Ab. Aziz Yusof, 2010).

PERBINCANGAN KAJIAN:
Kajian ini dilakukan ke atas 24 buah sekolah menengah terpilih di seluruh Malaysia.
Mereka terdiri daripada 118 orang responden yang terdiri daripada guru, guru
penolong kanan, ketua jabatan atau guru besar. Kaedah yang digunakan adalah
kaedah soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu demografi yang
menerangkan cara ringkas tentang latar belakang responden seperti jantina,
keturunan, jawatan yang disandang dan sebagainya. Bahagian ke-2 adalah kajian
berkaitan dengan mengukur faktor yang menentukan amalan pemerkasaan
pengurusan pengetua yang disenaraikan dalam Short and Rinehart (1992) skala
pemerkasaan peserta (SPES). Manakala bahagian terakhir adalah konstruk untuk
mengkaji berkaitan kepuasan kerja yang diadaptasi daripada Surainy(2015). Selain
itu, ujian-t digunakan untuk mengukur tahap kepuasan bekerja mengikut jantina dan
jawatan yang disandang. Akhir sekali, analisis Korelasi Pearson digunakan untuk
mengkaji sama ada wujud hubungan yang signifikan antara amalan pemerkasaan
pengurusan pengetua dengan tahap kepuasan kerja pentadbir sekolah.

HASIL DAPATAN KAJIAN:


Hasil dapat kajian mendapati 25 soalan diajukan kepada responden berkenaan amalan
pemerkasaan pengurusan pengetua dan hasilnya adalah secara keseluruannya
mendapati pengetua mengamalkannya secara meluas dengan skor min yang agak
tinggi. Para pengetua harus memberi kebebasan kepada pentadbir dibawah seliaannya
untuk membuat keputusan tentang perkara yang diajar dan berkaitan dengan
perbelajaan sekolah. Selain itu, berhak untuk menolak cadangan pihak atasan
sekiranya didapati tidak sesuai dengan dasar sekolah. Seterunya adalah kajian
berkaitan dengan Kepuasan kerja dalam kalangan Penolong Kanan dan guru-guru.

Dalam kajian ini juga, 16 soalan ditanya dalam soal selidik mendapati tahap kepuasan
bekerja dalam kalangan pentadbir adalah tinggi. Hubungan antara amalan
pemerkasaan pengurusan pengetua dengan tahap kepuasan bekerja di sekolah-sekolah
menengah terpilih adalah positif dan signifikan antara keduanya di mana didapati jika
tahap pemerkasaan pengurusan pengetua adalah baik dan meningkat maka tahap
kepuasan bekerja guru juga turun meningkat. Begitu juga dengan hubungan terhadap
5 demensi dalam amalan pemerkasaan pengurusan oleh pengetua iaitu dalam aspek
membuat keputusan, pembangunan prefesional, kebertanggugjawaban, impak dan
autonomi bersifat positif dimana jika kelima-lima elemen ini meningkat maka tahap
kepuasan bekerja guru turun meningkat.

PEMAHAMAN DAN KRITIKAN TERHADAP ARTIKEL:

Pada pendapat saya kajian ini telah cukup lengkap dari segi butir soalan yang
disoalkan. Namun ada beberapa penambahbaikan seperti kajian ini boleh
diperluaskan ke seluruh negara dan hasil dapatan kajian itu nanti boleh digunapakai
untuk memperbaharui modul-modul dalam NPQEL atau kursus kepengetuaan. Hal ini
membuka ruang kepada pengetua baharu untuk memahami keadaan dan kehendak
guru-guru sebelum mereka melangkah lebih jauh dalam dunia kepengetuaan.

Pada pendapat saya, bekerja dalam organisasi memang memerlukan kesefahaman dan
perbincangan. Jadi jika ada mana-mana keputusan berkaitan dengan sekolah perlu
dibincangkan dengan pengetua terlebih dahulu kerana sebarang keputusan akan
mempengaruhi semua warga sekolah dan pengoperasian sekolah. Pengetua boleh
memberikan peluang dan kepercayaan kepada guru-guru penolong kanan untuk
menentukan hala tuju bahagian masing-masing. Namun saya melihat semua
keputusan yang dibuat perlu dimaklumkan kepada pengetua sebagai ketua jabatan
untuk diperhalusi supaya tidak bertentangan dengan undang-undang dan hal tuju
kepimpinan pengetua.

Jika sedikit kebebasan yang diberikan kepada guru dan pentadbir, saya percaya dan
yakin perkara ini akan menimbulkan rasa seronok dan menaikkan motivasi guru
sekaligus dapat melahirkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru dan
kakitangan sokongan. Selain itu, mengikut Heirarki keperluan Maslow pula manusia
memerlukan penghargaan sebagai salah satu keperluan dalam hidup. Oleh itu, jika
pengetua mengamalkan sikap menghargai dengan mengucapkan terima kasih,
memberi sijil penghargaan dan memberi pengiktirafan akan meningkatkan motivasi
guru untuk memberikan yang lebih baik sekaligus meningkatkan rasa hormat guru
kepada pengetua sebagi ketua jabatan yang berhemah tinggi.

Pada pendapat saya juga, kajian ini boleh memberi fokus kepada kebajikan guru
seperti cuti rehat khas ( CRK) yang kadang kala tidak diberikan perhatian oleh
pengetua. Guru telah diberikan CRK antara 10-15 hari setahun mengikut tahun
perkhidmatan. Oleh itu, jika sekiranya guru-guru berhadapan sebarang masalah,
pengetua perlukan menggunakan budi bicara dan bukan hanya bergantung kepada
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 tahun 2017 semata-mata.( Pekeliling
Perkhidmatan Sumber Manusia.2022). Contohnya urusan ketiadaan pengasuh anak,
urusan hospital, mahkamah dan lain-lain perkara yang dirasakan boleh
dipertimbangkan. Pada pendapat saya, jika hal kebajikan seumpama ini di beri
penekanan dan kemudahan pastinya guru akan memberi sepenuh tenaga dan usaha
untuk membantu sekolah tanpa berkira, merungut dan culas dalam melaksankan
tugas.

2.0 BAHAGIAN 2
2.1 Laporan Temubual
Amalan memperkasakan pengurusan pengetua perlu sentiasa diterapkan dalam urusan
harian seorang pengetua. Para penolong kanan dan guru-guru malah kakitangan
sokongan sentiasa akan menilai kerja buat seorang pengetua. Sebagai orang bawahan,
warga sekolah memandang akauntabiliti seorang pengetua dan sejauh mana pengetua
mempunyai daya kepimpinan dan menetapkan sasaran kerja serta matlamat yang jelas
dalam organisasinya. Pengetua perlu bekerja bersama-sama guru dan kakitangan dan
bukan hanya membiarkan mereka bekerja tanpa arah yang jelas.
Profil Infroma 1, beliau mula mendapat pendidikan awal di SK Sungai pinang dan
melajutkan pendidikan ke sekolah menengah hingga tingkatan 6 di SMK Seri Balik
Pulau sebelum meneruskan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam
jurusan Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan. Beliau memulakan tugas di SMK
Batu Maung pada 2011 dan masih kekal meneruskan perkhidmatan sebagai guru
biasa selama 12 tahun hingga kini. Beliau merupakan guru mata pelajaran sejarah
yang berpengalaman sebagai pemeriksa kertas SPM. Sebagai guru yang telah lama
berkhidmat di sekolah ini, beliau diberikan kepercayaan oleh pengetua untuk
menjawat jawatan penting seperti Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP),
Ketua guru Disiplin dan lain-lain.

Profil Infroma 2, beliau mula menempuh alam persekolah sekitar tahun 1986 di SK
Kampung Sirih sebelum menyambung ke peringkat menengah di SMK Dato’ Ahmad
Maher. Beliau seterunya menyambung pengajian ke UPSI dalam jurusan Pendidikan
Perakaunan dan kini menjawat jawatan sebagai Guru Kanan Teknik Vokasional dan
juruaudit dalaman sekolah. Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun dan juga
merupakan seorang peperiksan kertas SPM Prinsip Akaun. Informa 2 terlibat secara
langsung dalam hal pentadbiran dan sekarang memangku jawatan sebagai PK Kanan
pentadbiran di sekolah yang sama.

Kajian ini memfokuskan kepada amalan pemerkasaan pengurusan pengetua dan


hubunganya dengan kepuasan bekerja. Temu bual secara terbuka ini melibatkan dua
orang guru yang cukup berpengalaman dan telah berkhidmat lebih dari 10 tahun di
sekolah yang sama. Pengumpulan data secara kualitatif dan dianalisas secara
deskriptif dan naratif temu bual. Oleh hal yang demikian, Informa bebas menjawab
soalan yang dikemukakan mengikut pandangan dan perspektif masing-masing
berdasarkan soalan tentang pengurusan pengetua dalam aspek akuantabiliti,
komunikasi, keputusan dan pengurusan masa.
i) Akauntabiliti
Akauntabiliti seorang pengetua mencerminkan beliau sebagai individu yang
dihormati dengan sifat amanah akan tanggungjawab yang terpikul dibahunya.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan jelas menggambarkan pengetua di sekolah ini
merupakan individu yang cukup mantap dengan daya akauntabilitinya kerana amanah
dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan.

Informa 1:
Pengetua akan sentiasa memantau tugas guru-guru bagi memastikan semua berjalan
dengan baik. Beliau sentiasa bertanya tentang perkembangan murid terutama murid
tingkatan 5. Beliau juga akan memanggil guru mengikut mata pelajaran secara
personal untuk memastikan rancangan yang telah dan akan dilaksankan oleh guru
bagi meningkatkan pencapaian murid. Beliau jugak akan menyemak pengurusan
Panitia berkaitan penggunaan duit peruntukan PCG, Program dan aktiviti yang boleh
memberi impak luar biasa kepada pencapaian murid. Pengetua juga akan turut turun
padang dalam memastikan murid mencapai sekurang-kurangnya lulus dalam mata
pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu. Pengetua sentiasa bertanyakan masalah yang
dihadapi oleh guru yang menghalang murid untuk lulus dalam mata pelajaran Sejarah.
Infroma 1 pernah memaklumkan kepada pengetua bahawa beliau tidak dapat fokus
kepada Pdp kerana dibebani dengan tugas berat seperti Ketua Guru Disiplin dan tiada
pembantu untuk menguruskan fail dan rekod disiplin . Pengetua melalui PK Hem
telah meminta salah seorang guru disiplin sebagai setiausaha yang berperanan
menguruskan hal fail disipilin dan tindakan drastik apabila jawatan ketua guru
disiplin dipangku oleh guru lain yang tidak mengajar tingkatan 5. Hal ini membuka
ruang kepada infroma 1 untuk memberi fokus kepada pdp menjelang Tren Layak Sijil
selepas ramai gagal dalam percubaan SPM. Hasilnya pencapaian dalam Tren Layak
Sijil meningkat dua kali ganda bilangan lulus Sejarah. Pengetua banyak membantu
guru-guru dan selalu menekankan bahawa guru perlu memastikan murid-murid ini
memperoleh Sijil SPM dengan cara apa cara sekali pun. Jangan biarkan 11 tahun
yang sia-sia tanpa sijil SPM. Sikap pengetua yang mengambil berat tentang guru dan
murid meningkatkan motivasi guru untuk berusaha dengan lebih gigih tanpa kenal
penat lelah demi kecemerlangan murid.

Informa 2:
Pada pendapat Informa 2, pengetua banyak membantu dalam hal berkaitan
pengurusan pentadbiran sekolah dan kewangan. Beliau sangat cekap dan mahir
berkaitan pengurusan kewangan. Beliau juga bersikap tegas dalam hal berkaitan
dengan tugas dan tanggungjawab kakikangan dibawah seliaannya. Tuan pengetua
juga merupakan seorang yang sangat membantu dalam menyelesaikan masalah dan
pemudah cara. Beliau akan memanggil setiap kakitangnya dan akan bertanya hal
berkaitan sasaran kerja dan perkara yang perlu dibuat bagi memastikan sasaran
tersebut tercapai. Beliau akan memandu dan membimbing sehingga kakitanganya
mampu untuk mencapai apa yg telah disasarkan selain cukup pakar berkaitan hal-hal
pekeliling perkhidmatan dan bahagian sumber manusia. Beliau juga menekankan
berkaitan laluan kerjaya guru-guru yang berkelayakan untuk memohon Guru
cemerlang dan kenaikan pangkah sebagai guru penolong kanan. Terdapat 5 orang
guru dipilih untuk memohon guru cemerlang dan beliau sendiri membantu guru-guru
tersebut menjana idea dan memantau keperluan guru sepanjang tempoh penilaian oleh
jemaah nazir. Terdapat 2 orang yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong
Kanan di sekolah lain juga atas bantuan dan tunjuk jalan dari tuan pengetua. Pengetua
memberikan kebebas dan hak sepenuhnya kepada guru dan staf sokong untuk
menjalankan tugas masing-masing selagi tidak melanggar tatacara pengurusan dan
pekeliling yang telah ditetapkan.

ii) Komunikasi
Dwyer (2005) telah mentakrifkan komunikasi merangkumi setiap gerak-geri,
ekspresi, perilaku, lisan, bukan lisan atau grafik yang digunakan oleh seseorang
dalam menyampaikan maklumat. Tambah beliau, komunikasi merupakan satu proses
yang dinamik dan interaktif. Ini memberi gambaran bahawa komunikasi bukan sahaja
melalui suara atau secara lisan tetapi komunikasi juga berlaku tanpa suara iaitu
melalui gerak-geri, ekspresi, dan juga tafsiran melalui imej atau grafik.

Informa 1:
Infroma 1 memaklumkan bahawa semasa awal kehadiran pengetua tersebut ke
sekolah ini, kebanyakkan guru dan kakitangan tidak dapat menerima cara komunikasi
tuan pengetua yang dilihat agak kasar berbanding dengan pengetua-pengetua sebelum
ini. Beliau menggunakan kata ganti nama “Aku dan Hang” yang dilihat tidak
profesional dengan munggunakan bahasa pasar dalam pertuturan. Hal ini
menimbulkan rasa kurang selesa warga sekolah dengan muka sedikit bengis. Namun
seperti peribahasa Melayu “Alah bias tegal biasa” isu ini lenyap dengan cara dan
pembawakan pengetua yang bersahaja dan lebih mudah didekati. Pengetua ini boleh
dibawa berbincang dimana sahaja tidak seperti pengetua sebelum ini yang hanya
boleh berbincang di pejabatnya sahaja untuk urusan rasmi.

Informa 2:
Infroma 2 juga memaklumkan perkara yang sama iaitu pengetua ini agak kurang
prefesional dari aspek komunikasi kerana menggunakan bahasa pasar dalam
pertuturan rasmi di sekolah terutamnya dalam mesyuarat. Pengetua menggunakan
kata ganti nama “hang dan aku” dalam pertuturan walaupun dengan guru yang lebih
senior darinya. Hal ini menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan guru dan
kakitangan. Namun perkara ini hanya lenyap seiring dengan berjalannya waktu. Gaya
pengetua ini jika dari segi luaran dilihat seperti orang biasa kerana cara komunikasi.
Namun dari satu sudut yang lain beliau sangat profesional dengan memanggil guru
yang bermasalah ke dalam biliknya dan akan bertanya tentang masalah guru tersebut.
Jika ada perkara yang boleh beliau bantu seperti jarak perjalan guru terlalu jauh dari
rumah ke sekolah, beliau akaun mencadangkan guru tersebut untuk bertukar dan
beliau sendiri akan berhubung dengan pegawai berkaitan untuk membantu memudah
cara guru tersebut. Ramai guru yang tinggal di kawasan Sungai Petani, Bagan Serai,
Bertam dan Sungai Dua seberang berjaya bertukar ke sekolah lain yang berhampiran
dengan rumah atas usaha tuan pengetua yang membantu.
iii) Keputusan
Infroma 1:
informa 1 sangat yakin dan percaya dengan tuan pengetua yang dilihat membuat
sebarang keputusan dengan tepat berdasarkan peruntukan pekeliling dan peraturan.
Beliau sangat mahir dengan pekeliling dan peraturan perintah-perintah am dan akan
sentiasa memastikan segala keputusan beliau tidak bercanggah dengan pekeliling.
Contohnya cuti peristiwa dan bilangan kehadiran setahun pelajar juga pengetua akan
pastikan cukup bilangan hari bersekolah. Selain itu, tindakan disiplin seperti
menggantung murid dan hukuman merotan perlu dikemukakan bukti pertuduhan,
waris telah dihubungi dan hukuman merotan dijalankan ikut prosedur yang betul dan
bersaksi. Hal ini jelas menunjukkan pengetua ini sangat bijak membuat keputusan
melibatkan perundangan dan memastikan semua dokumen lengkap sebelum hukuman
dijatuhkan.

Informa 2:
Tuan Pengetua dilihat sebagai seorang individu yang memikirkan kepentingan semua
orang dan pelbagai sudut sebelum membuat sesuatu keputusan. Tuan pengetua
mengambil keputusan untuk mencari dana untuk mengecat semula bangunan sekolah
yang telah lebih 22 tahun tidak dibaik pulih. Kebijaksanaan beliau mendapatkan dana
dari JPN Pulau Pinang berjumlah RM250,000 harus dipuji. Selain itu, Pengetua telah
mendapatkan sumbangan dari agensi luar untuk memodenkan SMK Batu Maung
dengan menyediakan SMART GATE sebagai peralatan moden yang boleh
merekodkan kehadiran murid setiap hari. 2 keputusan ini dilihat telah memberi impak
yang besar terhadap peningkatan kehadiran murid di sekolah ini. Pelbagai Prasarana
juga dinaiktaraf oleh tuan pengetua seperti tandas guru dan murid, bilik-bilik khas
dan beliau juga berjaya mendapatkan 5 buah bilik Hybrid yang setiap satu bernilai
RM50,000. Bilik ini dilengkapi kemudahan Smart Board, kamera digital dan 2 buat
televisyen. Bilik ini diharapkan dapat menarik minat murid untuk belajar dan
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam SPM yang akan datang. Pengetua juga
seorang yang bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah di buat. Contohnya
pengetua perlu menjawab tentang hal sekolah kepada tuan Pengarah dan pengetua
tidak akan membiarkan guru dan kakitangan menggalas seorang diri perkara yang
menjadi tanggungjawab mereka terutama tentang keputusan peperiksaan dan laporan
audit.

iv) Pengurusan Masa


Menurut (Kooper,2002), pengurusan masa adalah merupakan kemahiran yang
berkaitan dengan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa
seharianya dengan perkara yang bermanfaat.

Informa 1:
Tuan pengetua amat menekankan pengurusan masa terutama pada waktu kelas. Guru
perlu memastikan perhimpunan pada hari Isnin dimulakan tetap jam 7.30 pagi dan
wajib berakhir jam 8.00 pagi. Selepas jam 8.00 pagi murid dan guru perlu memulakan
Pdp seperti biasa. Program-program yang tidak memberi impak yang besar kepada
kejayaan murid dalam pelajaran dibatalkan. Program-program seperti lambaian
kaabah, sembelihan dan Eksplorasi Minda Kirana Bahasa Melayu dan Sejarah yang
mampu membantu murid dalam pdp akan diberi kebenaran untuk dilaksanakan tetapi
dalam tempah masa yang telah ditetapkan. Ketepatan masa amat dititikberatkan oleh
tuan pengetua terutama waktu mesyuarat guru. Panggilan mesyuarat mesti diletakkan
masa bermula dan masa berakhir. Sekiranya mesyuarat melebih masa yang disasarkan
maka mesyuarat perlu dihentikan dan akan bersambung hari lain atau hanya
dimaklumkan dalam Telegram rasmi sekolah.

Informa 2:
Tuan pengetua sangat mementingkan pengurusan masa dengan menetapkan tempoh
perlaksaaan sesuatu perkara dan mesti diselesaikan sebelum tempoh yang ditetapkan.
Contohnya guru perlu menghantar nota minta kepada kerani dan kerani diberi masa 7
hari untuk menyelesaikan urusan tersebut. Pengetua sendiri juga akan patuh pada
tempoh yang telah ditetapkan walaupun beliau seorang ketua jabatan kerana beliau
mengamalkan kemimpinan melalui teladan. Beliau akan memastikan guru dan
kakitangan yang layak untuk kenaikkan pangkat diurus kenaikan pangkat mereka bagi
mengelakkan masalah lain seperti tunggakan gaji dan sebagainya. Keperihatinan
pengetua tehadap kebajikan guru dan kakitangan sangat terbaik dan harus diberikan
pujian.

PENEMUAN UTAMA DAN KESIMPULAN:

Hasil dari temua bual yang dijalankan terhadap 2 orang guru yang telah lama berkhidmat di
sekolah tersebut, saya dapati informa 1 memberi pandangan dari sudut sebagai guru mata
pelajaran biasa manakala informa 2 memberi pandangan dari sudut pentadbiran dan kewangan.
dalam temu bual ini saya bahagikan kepada 4 tema iaitu akauntabiliti seorang pengetua,
komunikasi, keputusan yang dibuat dan pengurusan masa. Kesemua tema ini dapat
menggambarkan kebijaksanaan seorang pengetua dalam mengurus tadbir organisasi sesebuah
sekolah dengan cemerlang. Pengetua ini sangat amanah dan bertangungjawab terhadap seluruh
isi sekolah dimana beliau memantau dari sekecil-kecil keperluan murid sehingga la kepada
laluan kerjaya seorang guru. Sikap beliau yang selalu bertanya dan membimbing guru sangat
disenangi kerana telah banyak membuka ruang dan peluang untuk guru-guru menjadi guru
cemerlang dan naik pangkah ke jawatan yang lebih tinggi dalam kerjaya. Sikap
kebertangungjawapan tuan pengetua jelas dapat dilihat apa bila tuan pengetua akan sama-sama
turun padang dan menjana idea untuk menjawab hal berkaitan laporan penemuan audit yang
perlu dijawab justifikasi dalam tempoh 7 hari.

Walau bagaimana pun, pengetua sekolah ini perlu memperbaiki dari segi komunikasi dengan
menggunakan kata ganti diri yang lebih bersifat profesional dalam hal-hal kerja. Komunikasi
yang salah jugak boleh menimbulkan masalah dalam kalangan golongan profesional seperti guru.
Hal ini boleh menyebabkan kakitangan hilang percaya diri dan berasa rendah diri. Natijahnya,
kakitangan akan melarikan diri dari berjumpa pengetua. Sukar bagi pengetua untuk memahami
dan mendalami masalah yang membelenggu orang bawahan beliau.
Semua keputusan yang diambil oleh pengetua mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
Pengetua akan melihat dari pelbagai sudut demi kepentingan bersama. tindakan terhadap
tindakan menggantung dan merotan murid diambik berdasarkan kepada peruntukan perkeliling
dan bukan tindakan sewenang-wenangnya.

Akhir sekali, seorang pengetua perlu menunjukkan contoh yang baik dari segi pengurusan masa.
Setiap tugas perlu mematuhi tempoh masa untuk dilaksanakan. perkara ini bukan hanya
digunapakai untuk semua guru dan kakitangan sekolah tapi jugak untuk diri pengetua itu sendiri.
Tindakan tuan pengetua yang sangat mematuhi masa perlu dipuji kerana setiap manusia
mempunyai urusan masing-masing yang perlu diuruskan seperti mesyuarat selepas waktu
sekolah yang memerlukan komitmen masa terhadap urusan tersebut. Diharapkan melalaui temu
bual ini bolehlah diambil contoh yang baik dari segi mengambil berat tentang pegawai dibawah
selian, menunjukkan contoh yang baik, sentiasa membuka jalan dan peluang untuk kakitangan
terus maju ke hadapan dan setiap keputusan adalah berlandaskan undang-undang dan untuk
kepentingan bersama.
Rujukan :

Ab. Aziz Yusof. (2010). Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik. Kedah: Universiti Utara
Malaysia. [Gelagat Organisasi: Satu Pendekatan Strategik. Kedah: Universiti Utara Malaysia].

Adila Hashim.2013.Kepimpinan dan Motovasi.Johor:Maktab Koperasi Malaysia Cawangan


Selatan.
Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah. (2009). Kepimpinan Instruksional. Kuala Lumpur: PTS
Professional. [Kepimpinan Instruksional. Kuala Lumpur: PTS Professional].

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2011). Gaya Kepimpinan Di Tempat Kerja. Kuala Lumpur:
PTS Profesional. [Gaya Kepimpinan Tempat Kerja. Kuala Lumpur: PTS Professional].

Davis, J. & Wilson, S, M. (2000). Usaha prinsip untuk memperkasakan guru: Kesan ke atas
motivasi guru dan kepuasan kerja dan tekanan. Rumah Penjelasan, 73(6), 346.

Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia.(2022).Kuala Lumpur: Jabatan Perkhimatan Awam


Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai