Anda di halaman 1dari 18

Untuk memahami tingkah laku pekerja mestilah

didahului dengan kajian untuk memahami


budaya hidup seseorang itu dibesarkan.
Manusia sejak kecilnya berkecimpung dalam
bermacam-macam aktiviti, yang telah
mempengaruhi nilai asas mereka. Nilai asas ini
telah menjadi sebatian serta sukar untuk
diubah. Nilai-nilai ini mempengaruhi individu
dari segi pendidikan yang dicari,
kesungguhannya berusaha dalam
melaksanakan sesuatu kerja, dan cara dia
bekerjasama dengan rakan sejawat dan
pemimpinnya. Hubungan asas yang terdapat
ialah budaya hidup daripada kerja akan
mempengaruhi prestasi kerja yang dilakukan.

Cuba fikirkan mengapa anda memiliki sesuatu


tingkahlaku, samada yang disenangi atau yang
tidak disenangi?
Bagaimana nilai-nilai asas yang dibawa oleh
pekerja ke institusi pendidikan atau sekolah?
Kita perhatikan berikut ini satu demi satu nilainilai yang dipunyai oleh setiap individu dan
bagaimana nilai tersebut mempengaruhi diri
mereka.

Bebas daripada autoriti, iaitu bebas untuk


melakukan apa sahaja yang disukainya di
dalam lingkungan batasan tertentu - keperluan
untuk diarah selalunya diragui.
Seseorang pekerja (guru) tidak menentang
bekerjasama dengan pekerja yang lain dalam
mengendalikan tugas tetapi dia mungkin
menentang cara dia dikawal_
Harapan seseorang guru ialah supaya pengetua
tidak terlalu banyak mengawal kerja yang
dilakukannya. Walaupun dia mengakui
kepentingan kawalan, tetapi dia masih
cenderung untuk terus menentangnya.

Selalunya pekerja memerlukan perhatian untuk


diberi layanan sebagai seorang manusia, dan
setiap pekerja mempunyai hak dan
keistimewaan yang sama jika dibandingkan
dengan rakan-rakannya. Walaupun memang
terdapat perbezaan-perbezaan di antara
individu dari segi emosi, latar belakang sosial,
sikap dan minat mereka, tetapi menurut
falsafah, manusia itu adalah sama sahaja.
Oleh kerana pekerja mahukan layanan sama
rata, jadi secara am mereka akan menentang
pilih kasih dan layanan istimewa untuk orangorang tertentu. Mereka akan lebih suka
ganjaran diberi berdasarkan prestasi.

Organisasi sekolah adalah sesuatu yang


dinamik dan pekerja telah dapat
menyesuaikan diri dengan perubahanperubahan yang datangnya dari kemajuan
teknologi dan persaingan sistem ekonomi.
Pekerja selalunya menyukai persaingan.
Pekerja juga mengharapkan kerjanya itu
dapat memberinya peluang kenaikan
pangkat dari segi ekonomi dan sosial.
Jaminan kerjaya mesti diwujudkan.

Bagaimanakah seorang pengetua


mempengruhi tingkah laku guru-guru
supaya dapat menghasilkan pelajar yang
sempurna dari segi mental, fizikal, rohani
dan jasmani? Cara-cara yang dibincangkan
berikut ini mungkin dapat memberi bantuan
untuk menjamin perhubungan yang mesra
antara pengetua dan kakitangannya.

Satu prinsip utama dalam melaksanakan


rancangan pendidikan ialah untuk menyesuaikan
guru dengan jawatan yang disandangnya
Pengetua perlu tahu keperluan tugas untuk setiap
jawatan an perlu meletakkan tenaga pekerja yang
berkebolehan sewajarnya untuk menjawatnya.
Pengetua mengambil tindakan apabila terdapat
tenaga pekerja yang tidak secocok dengan
jawatannya, dengan cara membantu pekerja
mendapatkan pengetahuan dan latihan tambahan
bagi melaksanakan tugasnya, atau
memindahkannya ke jawatan lain.

Sekiranya pengetua ingin mempengaruhi tingkah


laku kakitangannya untuk melaksanakan tugas
dengan berkesan, adalah penting untuknya
mengetahui sifat dan kebolehan kakitangannya. Ini
bukan sahaja penting untuk menyesuaikan pekerja
dengan tugas, tetapi ia adalah asas untuk
mewujudkan hubungan positif antara pengetua
dengan kakitangan. Dengan bermaklumat begitu,
pengetua berada dalam keadaan yang lebih baik
untuk mengetahui siapakah yang boleh diserahkan
tugas-tugas tententu. Pengetua juga dapat
memahami tanpa ragu-ragu tentang tingkah laku
setiap kakitangannya, dan dapat merancang
program perkembangan kakitangan. Program
sedemikian dapat menambahkan keyakinan dan
keupayaan kakitangan serta memperbaiki
kelemahan mereka.

Setiap jawatan dalam sesebuah sekolah mempunyai


hubungan dengan matlamat sistem sekolah.
Pengetua boleh melakukan sesuatu yang berkesan
dalam usaha membimbing dan mendorong
kakitangan, iaitu dengan membantu mengubah sikap
individu supaya menurut keperluan peranan mereka.
Satu daripada kritikan tentang sekolah ialah ia tidak
menumpukan perhatian dengan secukupnya
terhadap definisi matlamat sekolah dan
subsistemnya. Tanggungjawab pemimpin terhadap
setiap kakitangan malah untuk membantu
memahami apakah hasrat atau jangkaan
jawatannya, yang terdapat dalam unit, dan juga
yang terdapat dalam sistem sekolah keseluruhannya.

Setiap individu akan berasa lebih yakin apabila


dia memahami tugas/fungsi seperti yang
dijelaskan, bagaimana tugas ini dapat dicapai,
dan bagaimana pencapaiannya dinilai.
Sebenarnya, hubungan antara pengetua dan
kakitangan adalah berdasarkan harapan atau
jangkaan prestasi daripada jawatan kakitangan
itu. Apabila kaitan kakitangan dengan struktur
matlamat telah diwujudkan, pengetua
hendaklah membantu kakitangan itu memenuhi
fungsi jabatan itu. Tugas kakitangan pula ialah
untuk mengembangkan kemahiran,
pengetahuan tabiat, dan sikap pelajar serta
melaksanakan fungsi jawatan dengan berkesan.

Satu aspek penting tentang peranan pemimpin


ialah perkembangan profesional kakitangan.
Dengan kata lain, satu pendekatan positif
terhadap pengaruh tingkah laku kakitangan
ialah melalui tindakan yang mengarahkan
kepada keperluan keagungan diri mereka.
Pengetua berperanan untuk menjadikan
kejayaan itu sesuatu yang dapat dibanggakan.
Dengan mengetahui sifat-sifat dan kebolehan
setiap kakitangan, pengetua akan mempunyai
satu senarai keperluan kakitangan yang boleh
digunakan sebagai asas program
perkembangan profesional kakitangan.

Peluang-peluang dirancang dalam program


untuk sebilangan ahli supaya menjadi lebih
berkesan dalam melaksanakan tugastugasnya. Perancangan lain juga akan
dibuat untuk menyediakan mereka kepada
tanggungjawab yang lebih besar dan
mencabar. Program perkembangan
kakitangan ialah satu cara yang penting
untuk membantu setiap individu
menyempurnakan keperluan status,
penghargaan, dan penumbuhan profesional
dan peribadi.

Pengetua patut menilai prestasi kakitangan


untuk dijadikan asas memperbaiki
hubungan kerja mereka. Ada banyak sebab
membuat penilaian ke atas prestasi
individu. Yang paling penting ialah untuk
menambahkan keberkesanan individu
supaya dia dapat memberikan sumbangan
maksimum ke arah pencapaian matlamat.

Aktiviti-aktiviti pemimpin dan pekerja adalah serupa


dan kedua-duanya dibimbing oleh tanggapan
berkenaan peranan masing-masing, iaitu
bagaimana mereka berfikir untuk bertindak dalam
sesuatu situasi tertentu. Sebagai contoh, seseorang
pengetua perlu menyesuaikan diri semasa bekerja
dengan pengikutnya (guru) ketuanya (pegawai di
Kementerian Pelajaran), dan juga dengan aktiviti
teknikal dan bukan teknikal. Semasa pengetua
menjalankan tugasnya, dia perlu bertindak
mengikut jangkaan peranan orang-orang yang
berinteraksi dengannya. Jangkaan-jangkaan ini
secara kolektif membentuk satu set peranan untuk
menjalankan tugas sebagai pengetua.

Jangkaan peranan bermaksud seseorang


pemimpin (pengikut) berinteraksi dengan
orang lain untuk membuat pengamatan
kepada tiga nilai peranan, seperti yang
digambarkandibawah
Pertama, dia perlu melihat peranannya
sendiri sepertimana yang diperlukan oleh
fungsi yang dia laksanakan. Kedua, perlu
melihat peranan orang-orang yang dia
hubungi. Ketiga, dia perlu melihat
peranannya sepertimana yang diamati oleh
orang lain.

Keupayaan untuk memahami jangkaan


peranan ini akan membantu individu
melaksanakan setiap tugas dengan sebaik
mungkin. Jelaslah bahawa pemimpin atau
pengikut tidak dapat menyempurnakan
tugas sebagaimana yang dijangkakan
melainkan dia dapat mengamati apa yang
orang lain harapkan dan peranannya.

Anda mungkin juga menyukai