Anda di halaman 1dari 6

TAJUK : ( ISU MORAL PENYALAHGUNAA KUASA )

NAMA PELAJAR:
AIMY YASMIN BINTI AINUDIN
NUR HAZWANIE MYSARA BINTI MOHAMMAD HAZREEN
NUR HANNA FARZANA BINTI MUHAMMAD REDZUAN

PROGRAM: DBA DVM1

NAMA PENSYARAH: EN. HASMIZUL HISYAM


Pengenalan
Penyalahgunaan kuasa melibatkan penggunaan sesuatu atau seseorang yang tidak
berlebihan, tidak wajar, dan tidak adil. Manakala kuasa adalah domain, kuasa atau
bidang kuasa yang seseorang harus memerintahkan, atau gagal melaksanakan apa-
apa tindakan atau aktiviti. Pihak berkuasa menggunakan kuasa yang memegang
dan memaksa bawahan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sesuai dengan
tugasnya di bawah ancaman menghukum atau merampas sesuatu. Oleh itu, kita
berada dalam kedudukan untuk bercakap mengenai penyalahgunaan kuasa apabila
pihak berkuasa, atasan atau pemimpin melebihi pelaksanaan fungsi mereka dengan
menuntut daripada orang bawahan, berdasarkan ancaman seperti kehilangan
pekerjaan atau apa-apa faedah lain, melakukan tindakan atau aktiviti tertentu yang
bukanlah antara yang perlu anda usahakan . Salah satu bentuk yang paling biasa
dari jenis penyalahgunaan ini berlaku pada perintah kuasa dengan tepat, apabila
seseorang mencapai kedudukan penting yang membolehkannya membuat
keputusan tertentu dan melupuskan orang lain, adalah biasa bagi dia menggunakan
pengaruh dan kuasa yang memberikannya kedudukan mereka untuk menundukkan
bawahan mereka dan memaksa mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu
dengan misi memenuhi kepentingan peribadi mereka dan tidak ada kaitan dengan
fungsi yang mereka diupah.
Tanggungjawab sebangai guru
Guru sebagai agen sosialisasi. Sehubungan ini guru harus berperanan sebagai
penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang sesuai dengan
norma dan nilai masyarakat. Tambahan lagi guru juga membentuk masyarakat
penyayang serta menjadi rol model kepada muri dan masyarakat.

Guru juga berperanan sebagai agen perubahan. Sebagai agen perubahan guru
bertanggungjawab membentukkan akhlak mulia dan jati diri disamping membina
kekuatan minda dan kreativiti dikalangan murid dalam usaha mencapai matlamat
negara bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia tanpa sempadan.

Guru sebagai pakar rujuk serta seorang profesional, wajarlah sentiasa belajar dan
meningkatkan keupayaan agar dapat menjadi pakar rujuk bukan sahaja kepada
murid tetapi juga kepada rakan sejawatan. Guru sebagai seoarang pakar rujuk perlu
memiliki ciri-ciri seperti kemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan
kemahiran, kecemerlangan dalam kerja, kecemerlangan berkomunikasi dan
mempunyai potensi untuk menyumbang tenaga kearah kejayaan sekolah dan
negara.

Peranan guru sebagai pembimbing (mentor) ialah menutamakan kebajikan,


kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Guru juga harus
membimbing dan mengajar muri-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah
atau bayaran. Guru hendaklah membimbing murid-murid yang menhadapi masalah
agar mereka dapat membina sifat keyakinan diri dan menyertai aktiviti pembelajaran
secara aktif.

Guru sebagai penyelidik, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik
pengajaran bilik darjah. Di dalam bilik darjah, guru sedikit sebanyak pasti akan
jumpa masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi, guru bolehlah berkerja sama dengan rakan-rakan sejawat
untuk menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan tindakan .
Cara kepimpinan
Guru bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri mereka. individu adalah
bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana mengetahui tindakan itu
adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya. Oleh itu, adalah sangat
penting untuk membentuk nilaimoral yang baik melalui kebiasaan dan latihan.
Individu juga perlu mempunyai keberanianuntuk menentukan sempadan dan
mempertahankan diri daripada perkara yang merosakkan dirinya sediridan nilai yang
dipegang. Guru perlu menyerlahkan kreativiti, tidak terlalu serius sehingga
kehilangan rasa jenaka, melakukan perkara yang betul, tidak bersifat taksub kepada
pribadi tertentu dan mendengar pendapat orang lainuntuk menjana integriti diri
mereka.
Seterusnya, guru hendaklah belajar membezakan antara cabaran yang memerlukan
kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan pemboleh ubah dan kemampuan
untuk menangani masalah teknikal yang penting dalam menghadapi perubahan
radikal dan menangani tekanan luaran.

Selain itu, mengadakan mesyuarat yang melibatkan semua pekerja sekali atau dua
kali sebulan adalah cara baik untuk berkongsi tentang apa yang sedang berlaku di
jabatan masing-masing, termasuk kejayaan dan cabaran yang dihadapi. Ketua boleh
mengambil peluang ini untuk mengutarakan idea bagaimana pekerja ini dapat
bekerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau mengambil kesempatan
daripada hasil yang memberangsangkan. Dengan cara ini, mereka betul-betul dapat
mengeluarkan anak buah mereka daripada gelembung pasukan dan memberi
perspektif yang lebih meluas tentang sumbangan mereka kepada organisasi secara
keseluruhannya.

Sewajarnya, guru yang efektif melibatkan diri dengan pasukan sepanjang masa.
Mereka sentiasa ada untuk memberi sokongan yang diperlukan. Penting bagi
seseorang pemimpin untuk mudah dihubungi oleh kakitangannya. Mereka perlu
bersifat proaktif dalam mengenal pasti apa yang diperlukan oleh kakitangan untuk
menjalankan tugas dengan lebih baik.

Akhir sekali, guru semestinya tidak mempunyai banyak alasan untuk tidak
melibatkan diri dengan kakitangan yang mereka jumpa setiap hari. Tidak perlu
mengumumkan Pengisytiharan nilai kepada kakitangan yang membuat tugasannya
dengan baik. Oleh itu, boleh menunjukkan yang anda prihatin dalam pelbagai cara,
dan yang paling mudah adalah dengan memberikan pujian ikhlas kepada kakitangan
atau rakan sekerja setiap hari. Biasakan diri membuatnya tetapi ia haruslah ikhlas
dan spesifik.
Cara kerberkesanan dalam menangani isu moral
Sokongan rakan di tempat kerja. akan menjadi pengaruh besar di dalam sesuatu
organisasi untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Setiap organisasi
menetapkan etika profesional untuk kumpulan tertentu bagi mengawal prestasi kerja
supaya ia dijalankan mengikut aturan profesional. Dalam sesuatu organisasi tugasan
yang dilakukan biasanya adalah berkaitan dan memerlukan kerjasama daripada
semua pihak untuk menyelesaikannya. Kerjasama ini hanya dapat wujud apabila
rakan kerja mempunyai standard etika yang tinggi seperti bertanggungjawab,
berdedikasi, berdisiplin, dan tekun. Persefahaman antara rakan dan budaya etika
amat penting di dalam organisasi untuk mencapai objektif dan matlamat yang
ditetapkan

Selain itu, kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah
laku yang beretika. Kepimpinan beretika adalah mustahak keranapemimpin adalah
agen perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen penting budayaorganisasi. Sikap
dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada perlakuananggota organisasi
dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi organisasi.

Seterusnya, komitmen terhadap kecemerlangan. Pemimpin perlu memastikan nilai


ini diturunkan ke peringkat bawahan dengan cara pemimpin sendirimenunjukkan
komitmen beliau kepada kecemerlangan dalam apa sahajayang
dilakukannya.Pemimpin sebagai role model contohnya pemimpin yang
meletakkanpiawai integriti yang tinggi bagi dirinya akan menjadi role model
bagisemua pekerja dalam organisasi.Bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan
dan cadangan. Pemimpinyang berkesan adalah pemimpin yang dapat menerima
tiga perkaratersebut dengan baik. Pemimpin yang mengamalkan tingkah
lakuberetika akan sentiasa mendengar dan menerima pandangan orang lainkerana
dirinya juga adalah manusia biasa.

Di samping itu, menghargai tugas baik atau bermutu yang dilaksanakan. Ini penting
keranaianya bukan sekadar menggembirakan pekerja yang bermotivasi malahianya
memberi perangsang kepada mereka untuk terus bekerja kerasdalam mencapai
matlamat organisasi.Elakkan jalan pintas. Membangunkan sebuah organisasi yang
baikmemerlukan usaha keras. Sekiranya ia dibina melalui usaha yang jujurdan
ikhlas kemungkinan untuk kekal berjaya adalah lebih kukuh.Mempertahankan
kebenaran.Telus dalam semua keputusan dan tindakan.Menggalakkan hubungan
interpersonal yang berkesan dalamorganisasi.Memberi peluang untuk
membangunkan diri kepada semua kakitangan.Menggalakkan penyertaan
kakitangan dan proses demokratik dalam organisasi

KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah isu moral yang dibincangkan oleh kumpulan kami ialah isu
penyalahgunaan kuasa terhadap guru. Maksud penyalahgunaan kuasa ialah
perbuatan melanggar tanggungjawab dan kuasa biasanya dikaitkan dengan pihak
berkuasa, walaupun ia tidak eksklusif. Selain itu, tanggungjwab sebagai guru ialah
berperanan sebagai penyebar ilmu kemasyarakatan serta membentuk sahsiah yang
sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Seterusnya, cara kepimpinan terhadap
isu penyalahgunaan kuasa sebagai guru ialah melakukan tindakan yang betul
kerana mengetahui tindakan itu adala hbetul secara konsisten dan sebati dengan
dirinya. Akhir sekali, cara keberkesanan dalam isu penyalahgunaan kuasa ialah
Sokongan rakan di tempat kerja. akan menjadi pengaruh besar di dalam sesuatu
organisasi untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Setiap organisasi
menetapkan etika profesional untuk kumpulan tertentu bagi mengawal prestasi kerja
supaya ia dijalankan mengikut aturan profesional. Pengajaran yang kita dapat dalam
isu ini ialah kita perlulah bersifat amanah dan peka dengan tanggungjawab yang kita
ada bagi mengelakkan risiko dan kes contohnya, merasuah pada orang lain untuk
memberi tanggungjawab tersebut. Oleh itu, kita hendaklah menunjukkan sifat yang
baik dan memberi contoh kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai