Anda di halaman 1dari 37

TEORI KEPIMPINAN

TEORI
TRADISIONAL
TRET
TINGKAH
LAKU
SITUASI
TEORI SEMASA
MORAL
TRANSFORMASI
Teori Tradiosional Teori Tret
Teori Tret
Teori ini mengandaikan masnusia sedia
memiliki ciri-ciri atau tret-tret yang diwarisi
dan tret-tret tertentu sahaja sesuai untuk
menjadikan seorang pemimpin yang berkesan.
TRET KEMAHIRAN
Menyesuaikan diri
dalam pelbagai situasi
Peka kepada
persekitaran sosial
Cita-cita tinggi dan
berorentasikan
pencapaian
Asertif
Dapat bekerjasama
Boleh membuat
keputusan
Boleh diharapkan
Kecerdasan yang tinggi
Berkemahiran
konseptual
Kreatif
Diplomatik dan tactful
Petah bertutur
Berpengetahuan
tentang tugas kumpulan
Teratur (Kemampuan
mentadbir)
TRET KEMAHIRAN
Dominasi (ingin
mempengaruhi orang
lain)
Bertenaga
Tidak mudah putus
asa.
Keyakinan tinggi
Daya tahan tinggi
terhadap tekanan
Rela menerima
tanggungjawab
Daya pujuk
Berkemahiran sosial
Teori Tret
Menurut Yukl (1989), tiga kategori kemahiran
am yang relevan untuk semua pengurus iaitu
kemahiran interpersonal,kemahiran kognitif
dan kemahiran teknikal.
Yukl (1989)- 3 kategori kemahiran am untuk
semua pengurus
Kemahiran
teknikal
Kemahiran
interpersonal
Kemahiran
kognitif
Teori Tret
Kerangka yang digunakan oleh Yukl membina
satu set ciri-ciri peribadi dan kemahiran
kepimpinan termasuklah:
Keperluan untuk kerjayaan
Keperluan untuk kuasa
Keyakinan diri
Kematangan emosi
Kemahiran teknikal
Kemahiran konseptual
Kemahiran interpersonal

Implikasi teori Tret terhadap sekolah:
Terdorong oleh misi dan berjawa guru
Positif dan benar
Pemimpin guru
With-in-ness (Kemahiran pengurusan bilik
darjah, mengekalkan penglibatan pelajar.
SET CIRI PERIBADI DAN KEMAHIRAN
KEPIMPINAN MENURUT YUKL :
Gaya guru (Gaya tersendiri, unsur kecindan,
kreatif)
Pakar motivasi
Keberkesanan pengajaran
Berpengetahuan
Street smart (Membaca untuk belajar,
mendengar untuk belajar)
Berdaya fikiran (Metakognitif, strategik,
reflektif, komunitatif, responsif)
Sepuluh tret guru berkesan.
Teori Tingkah Laku
Memberikan tumpuan kepada bagaimana
pemimpin bertingkah laku dalam proses
kepemimpinan.

Teori tingkah laku:
Teori X dan Teori Y
Grid Pengurusan
Teori X
Pemimpin menganggap stafnya dimotivasikan
oleh wang ringgit, malas dan mengelakkan
tugas kecuali dipaksa, tidak akan memberikan
kerjasama kecuali diarahkan dan dikawal.
Organisasi tidak akan mempunyai ruang dan
peluang untuk stafnya memaksimumkan
kebolehan dan potensi mereka.
Teori Y
Beranggap stafnya sebagai rajin, melihat kerja
sebagai suatu perkara semulajadi, sifat positif
terhadap kerja.
Pekerja mahukan tanggungjawab kerana sifat
itu membawa kepuasan kepada dirinya.
Pemimpin akan mengurangkan kawalan malah
mengupayakan mereka dalam pelaksanaan
tugas.
Implikasi Teori X dan Teori Y
Pemimpim sekolah tidak harus menganggap
kakitangan atau murid pada asasnya malas
dan cuba mengelakkan tugas dan
tanggungjawab mereka.
Murid yang malas mungkin disebabkan oleh
situasi bilik darjah yang kurang
merangsangkan.
Implikasi Teori X dan Teori Y
Teori Y boleh digunakan untuk meningkatkan
aras motivasi guru-guru di sekolah dengan
melibatkan guru-guru dalam proses membuat
keputusan organisasi, mengamalkan
keupayaan guru di dalam bilik darjah dan
menunjukkan penghargaan kepada tugas-
tugas yang dilaksanakan.
Grid Pengurusan
Blake dan Mouton (1964,1978) mengkaji
tingkah laku dalam kepimpinan.
Dua dimensi:
Keprihatianan terhadap penghasilan
Pemimpin menunjukkan keprihatinannya
terhadap tugas dan produktiviti pekerja demi
mencapai matlamat organisasi.
Grid Pengurusan
Keprihatinan terhadap manusia:
Pemimpin memberikan perhatian dan
penekanan terhadap perhubungan baiknya
dengan pekerja-pekerja oraganisasi
Mengukur jenis tingkah laku pemimpin
berdasarkan dua paksi
Mendatar ukur keprihatinan terhadap
penghasilan
Menegak ukur Keprihatinan terhadap
Manusia
Pemimpin ideal - (9-9)
5 JENIS TINDAKAN
KEPIMPINAN
Kelab
rekreasi
Papa
(impoverished)
Berpasukan
(team)
Berorientasi
kan tugas
(task)
Di
pertengahan
jalan (middle
road)
Lima Jenis Tindakan Kepimpinan
Kelab Rekreasi: Penekanan diberi kepada
keperluan manusia, perhubungan masnusia dan
budaya kerja yang harmoni dan menyenangkan.

Papa: Pemimpin menyumbangkan usaha yang
amat minimum, sama ada terhadap kebajikan
pekerja (Unsur manusia) mahupun pencapaian
matlamat organisasi (Unsur penghasilan).
Berpasukan: Memberikan penekanan kepada
semangat saling bergantung yang positif
antara ahli dan komitmn terhadap matlamat
organisasi.
Berorentasikan tugas: Memberikan penekanan
kepada keberhasilan kerja tanpa mengambil
kira faktor kemanusiaan.
Di pertengahan jalan: Pemimpin cuba
menyimbangkan keperluan untuk memastikan
kerja disempurnakan di samping mengekalkan
harga diri manusia pada aras yang sederhana.
Implikasi Grid Pengurusan
Pemimpin sekolah harus bijak menganalisa
dan menunjukkan keprihatinannya terhadap
kedua-dua aspek,iaitu tugas dan perhubungan
manusia.
Dari segi pengurus sekolah harus membina
hubungan mesra dengan guru. Pengurus
sekolah akan memperoleh sokongan guru
dalam pelaksanaan aktiviti atau program
sekolah.
Teori Semasa Teori Transformasi

James MacGregor Burns melapori istilah
Kepemimpinan Transformasi pada tahun 1987
untuk mengambarkan satu situasi yang ideal
antara pemimpin dengan pengikut.

Pemimpin transformasi berupaya menggerakkan
pengikut-pengikutnya untuk bertindak mencapai
matlamat tertentu berdasarkan nilai dan motivasi,
keperluan dan kehendak, aspirasi dan jangkaan
kedua-dua pihak, iaitu pemimpin dan pengikut.


Pemimpin transformasi bijak menggunakan kuasa
dan pengaruhnya untuk memujuk pengikutnya
supaya membawa perubahan dalam organisasi.

Bass membezakan pemimpin transformasi
dengan pemimpin transaksi.

Menurut Bass, kepimpinan organisasi yang biasa
diamalkan ialah kepemimpinan transaksi.
Pemimpin transaksi memotivasikan pengikutnya
dengan menawarkan ganjaran sebagai satu
pertukaran barter kepada tugas yang
dilaksanakan.

Pengoperasi organisasi adalah pada aras
bertindak-menerima dimana pengikut bersetuju
untuk bekerja (bertindak) kerana mengharapkan
sesuatu ganjaran (menerima) daripada
organisasinya.
Pemimpin transformasi pula menginspirasikan dan
memberikan pertimbangan secara individu,
beroperasi berasaskan nilai dan seterusnya
mempengaruhi pengikutnya untuk beranjak dari
sikap tidak ambil penduli kapada aras motivasi
dan komitmen yang lebih tinggi.

Pemimpin transformasi merupakan penggerak
utama kepada kejelekitan pengikut dan bersama-
sama berusaha mencapai matlamat bersama.
Pada hakikatnya, kepimpinan transformasi
merupakan nilai tambah kepada keberkesanan
kepimpinan transaksi dan bukan penggantinya.

Kegiatan transaksi masih merupakan alat yang
efektif, malah alat yang diperlukan untuk
kepimpinan pada semua peringkat.
Implikasi Teori Transformasi

Guru berkepimpinan transformasi mampu
merangsang pelajar bersama-sama menghayati
dan menerima nilai ideologi dan visi kearah
menzahirkan wawasan sekolah.

Guru menonjolkan imej pemimpin yang dapat
menjadi sumber inspirasi kepada pelajar untuk
dijadikan ikutan.


Pemimpin transformasi menetapkan harapan
memperoleh pencapaian yang tinggi kepada
pelajarnya melalui kata-kata motivasi, amalan
hidup pemimpin itu sendiri dan bimbingan yang
berterusan.

Dapat menjana permuafakatan, menggalakkan
kerja kolaboratif, memperjelas kepentingan kerja
berpasukan sehingga pelajar berjaya
menghasilkan sesuatu yang menjangkaui
kemampuan diri.
Dapat mempamerkan keprihatinan,
menghormati keunikan dan kepelbagaian
kebolehan individu untuk berkembang ke arah
pencapaian potensi tertinggi.

Pemimpin transformasi memberikan penekanan
kepada prestasi cemerlang dan ganjaran
kontinjensi diberi atas usaha-usaha cemerlang
yang ditunjukkan.
Teori Semasa Kepimpinan Moral
Memberikan perhatian kepada nilai dan etika
pemimpin di mana penggunaan kuasa dan
pengaruh adalah atas pertimbangan yang baik
dan benar.

Sebagai suatu bentuk bimbingan yang
memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip
dan pegangan nilai yang terpuji.

Pemimpin moral tidak mencari ikhtiar untuk
mendapatkan manfaat diri tetapi bertindak demi
kebaikan sejagat.
Unsur-unsur kemoralan harus disebatikan dalam
cara hidup seseorang pemimpin moral.

Pemimpin sekolah harus mempamerkan nilai
etika yang boleh dicontohi oleh pelajar, ibu bapa
dan komunitinya.

Selain itu, pemimpin moral diharapkan untuk
melindungi hak, nilai sosial dan budaya semua
pelajar serta membawa transformasi positif
melalui pendidikan.
Sebenarnya, kepemimpinan moral melengkapi
dan memperkukuh gaya kepemimpinan
transformasi yang menggerakkan ahli-ahlinya
untuk bertindak melalui motivasi diri, keyakinan
diri dan mengupayakan mereka untuk
mengembangkan potensi yang ada.
Implikasi Kepimpinan Moral

Mewujudkan persekitaran sekolah yang
positif.

Dapat memupuk budaya pembelajaran di
kalangan pelajar.

Dapat menyediakan peluang dan
rangsangan pembelajaran untuk semua warga
sekolah (termasuk yang kurang upaya)


Seseorang pemimpin dapat
mengamalkan nilai-nilai seperti kejujuran,
keikhlasan, keadilan, rasional,
bertanggungjawab dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai