Anda di halaman 1dari 74

TAJUK

KEPIMPINAN
GURU BESAR WANITA YANG BERKESAN
OLEH
ZALIAZUAR ABD RAHMAN
PENGENALAN
 Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka
mencapai status negara maju yang menumpukan
kepada pembangunan industri yang berteknologi
tinggi. Memandangkan keperluan pendidikan
adalah teras utama untuk menyokong usaha
tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengorak langkah membuat anjakan pradigma
kepada budaya berasaskan ilmu di sekolah-
sekolah. Sebagai contoh, PIPP adalah satu usaha
yang memerlukan komitmen semua pihak
termasuklah guru besar dan guru-guru di sekolah.
Definisi PEMIMPIN
 Orang yang berupaya mempengaruhi atau
mengajak ahli-ahli organisasi supaya bersetuju
dengan rela hati melaksanakan kerja-kerja
organisasi dengan cekap dan berkesan dari
definisi kepimpinan: Proses mempengaruhi
aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam
organisasi ke arah penentuan dan pencapaian
matlamat organisasi (Stodgill, 1958).

 Aktiviti mempengaruhi orang supaya mereka


berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat
kumpulan (Terry, 1960).
Definisi GAYA
 (Mengikut Kamus Dewan (1992), gaya ialah
stail atau cara melakukan sesuatu
(mengarang, bercakap dan lain-lain).
 Ainon (2005) menyatakan gaya kepimpinan
merupakan cara seseorang itu berfikir,
sikapnya dan tingkah lakunya.
 Aminuddin (1994) merujuk gaya kepimpinan
kepada ketekalan matlamat dan keperluan
dalam situasi-situasi yang berbeza.
Definisi GAYA
 Satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin
dan mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana
kepimpinan. Jadi, stail kepimpinan merujuk kepada
keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin dalam suasana
berlainan.” ( Fiedler dalam Razali Mat Zin, 1996)
 Gaya kepemimpinan seorang pengetua boleh membawa kepada
pencapaian hasil utama organisasi. Gaya tersebut juga mampu
mempengaruhi perubahan besar dalam organisasi serta
membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat
dan strategi organisasi (Chan, 2004).
 Merujuk kepada kajian ini, gaya merupakan perlakuan, stail,
cara atau orientasi kepimpinan pengetua dalam mengurus,
memimpin dan mentadbir sekolah ke arah mencapai matlamat,
visi dan misi sekolah.
Definisi KEPIMPINAN
 (Merton, 1969) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu
hubungan interpersonal di mana ahli-ahlinya menyetujui
permintaan pemimpin tanpa paksaan.
 (Kotter, 1990) menyarankan kepimpinan menggerakkan
individu untuk bertindak tanpa paksaan.
 (Campbell, 1991) melihat kepimpinan sebagai tindakan
memfokuskan sumber (manusia) untuk merekacipta
peluang-peluang yang dikehendaki.
 (Fiedler & Chemers, 1984) mendefinisikan kepimpinan
berdasarkan fungsi pemimpin yang melibatkan pemberian
motivasi, arah tuju dan bimbingan kepada pekerjanya untuk
menyelesaikan sesuatu masalah
Kepimpinan Guru Besar Dalam
Konteks Pendidikan

 Edmonds (1978), dalam Hussien (1997),


menyatakan principals can make a difference
yang bermaksud bahawa sesebuah sekolah itu
boleh
dimajukan dan kemajuan sekolah berpunca
daripada kepimpinan pengetua.
 Guru besar yang cemerlang mampu mengubah tabiat
semua sumber di bawah kawalannya, bukan sahaja
pelajar atau staf pejabat, malah semua guru-gurunya
dari yang tidak berdisiplin kepada berdisiplin dan dari
yang tidak berdedikasi kepada berdedikasi. Pendek
kata semua nilai-nilai negatif dari segi tindakan, sikap
dan andaian-andaian perangkap minda (mind trap)
yang merupakan penghalang kepada sebuah kejayaan
akan mampu dipositifkan demi mencapai sebuah
kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan
untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan
generasi berkualiti (Musa 2002).
 Kepimpinan guru besar menjadi penting kerana beliau
merupakan orang yang diharapkan dapat menentukan arah tuju
sekolah, menyediakan garis panduan dan bimbingan,
menjelaskan peranan dan prosedur kerja, memotivasi dan
memberi inspirasi kepada guru-guru dan murid-murid di
samping menyediakan sumber dan sokongan serta menilai dan
mengambil tindakan susulan serta melakukan perubahan-
perubahan yang diperlukan oleh organisasi (Sergiovanni 2001;
Ubben, Hughes & Noris 2001; Bush 2003; Bush &
Middlewood 2005)
 Pentadbiran dan pengurusan di peringkat sekolah
boleh menyebabkan jatuh bangunnya sesebuah
sekolah kerana ia bergantung kepada pucuk
kepimpinan iaitu pengetua yang membawa sekolah ke
arah kejayaan (Ibrahim Ahmad Bajunid 2000).
 Sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang tinggi
dalam bidang akademik dipimpin oleh pengetua yang
mempunyai sifat -sifat kepemimpinan yang berkesan
(Atan Long et al. 1990, Dunford et al. 2000; Shahril
2000)
 Saya belum pernah melihat sekolah yang maju
ditadbir oleh pengetua yang lemah, atau
sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua
yang cekap. Saya pernah melihat sekolah
-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan
yang menyedihkan, ada sekolah -sekolah yang
maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap
kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah
kerana kualiti pengetuanya.
 (Davis & Thomas 1989)
 Pemimpin yang berkesan mestilah memiliki
ciri-ciri akauntabiliti dan kredibiliti dalam
semua tindak-tanduknya di sekolah. Edmund
R. Murrow menyatakan: " To be persuasive,
we must be believable; to be believable, we
must be credible; to be credible, we must be
truthful." Orang yang tidak berkata benar,
tanda hatinya tidak ikhlas; juga tandanya
seorang yang tidak dapat dipercayai dan tidak
ada kredibiliti dan akuntabilti.
 Kredibiliti pemimpin adalah merujuk kepada
empat ciri utama iaitu ;
 a. Kejujuran
 b. Berpandangan ke Hadapan
 c. Inspirasi
 d. Kompeten
 Efikasi kendiri pula merupakan komponen
yang juga penting kerana pemimpin yang
mempunyai efikasi kendiri yang tinggi iaitu
yang mempunyai kepercayaan serta keyakinan
terhadap kebolehannya sendiri akan dapat
melaksanakan tugas dengan penuh kecekalan
serta sentiasa mengukur dan menilai setiap
tugasnya berbanding dengan individu yang
mempunyai efikasi kendiri yang rendah
(Wood & Bandura 1989).
SEKOLAH BERKESAN DAN
GURU BESAR BERKESAN
 ciri-ciri sekolah yang berkesan
1. Kepimpinan yang profesional
2. Berwawasan dan mempunyai matlamat bersama
3. Mempunyai persekitaran yang menggalakkan pembelajaran
4. Pengajaran yang bermatlamat
5. Memberi penghargaan dan mempunyai hasrat yang tinggi
6. Memberi pengukuhan
7. Membuat pemantauan
8. Memberi tanggungjawab kepada murid-murid
9. Wujud perkongsian rumah-sekolah
10. Sekolah sebagai organisasi pembelajaran
GAYA KEPIMPINAN
 AUTOKRATIK
 LESSE-FAIRE
 DEMOKRATIK
 TRANSFORMASI
 SITUASI
 INSTRUKSIONAL
 GAYA KEPIMPINAN LELAKI
DIMANFAATKAN WANITA
AUTOKRATIK

 Ciri-ciri kepimpinan autokratik


 Menggunakan sumber kuasa formal.
 Membuat semua keputusan, mengeluarkan arahan dan
memastikan arahan dipatuhi.
 Pemimpin berkuasa sepenuhnya dan memegang tanggung
jawab ke atas segala hal yang berkaitan dengan organisasi.
 Berkomunikasi secara satu hala ( atas ke bawah ).
 Banyak menggunakan ugutan dan hukuman.
 Gaya kepimpinan Teori X.
 Kesesuaian gaya autokratik adalah sama dengan Teori X
LESSE-FAIRE

 Ciri-Ciri Kepimpinan Laissez Faire


 Pengikut merupakan golongan profesional yang mempunyai kemahiran
dan pengetahuan yang tinggi.
 Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau pemudahcara kepada pekerja
dan pekerja dibenarkan membuat keputusan.
 Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat untuk membuat
keputusan dan bertindak
 Subordinat menggunakan kemahiran dan pertimbangan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah
 Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan lingkungan had-had
tertentu yang dibenarkan untuk mencapai matlamat kerja
 Gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi tinggi,
berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalam kerjayanya
DEMOKRATIK

 penglibatan bersama dalam membuat


keputusan
 staf akan merasa dihargai
 Mempunyai hubungan baik dengan orang
bawahan
 Menggalakkan pengikut meningkatkan daya
kreatif, daya pengeluaran dan kepuasan
seseorang tanpa mengecewakan orang lain
TRANSFORMASIONAL
 Teori Kepimpinan Transformational ini juga
dikenali sebagai Kepimpinan Karismatik (Max
Weber,1968), Kepimpinan Inspirational atau
Institutional (Hunsaker, 1986). Asas kepada
teori ini adalah pemimpin-pemimpin
mengilhamkan atau menginspirasikan para
pengikutnya untuk mengenalpasti minat
mereka dan melihat ke arah tujuan yang
berfokus atau berpusat.
 Pemimpin Transformasi melalui empat gaya
tranformasi, iaitu:
 • Meransang secara intelek.
 • Keunggulan gelagat (karisma)
 • Motivasi yang berinspirasi
 • Menumpu kepada setiap individu
Enam dimensi kepimpinan yang
diutarakan oleh Leithwood & Jantzi
(1997)
 • Pembentukan stuktur pemuafakatan dalam
membuat keputusan
 • Memberikan sokongan secara individu –
 • Menjangkakan hasil kerja yang terbaik -
pengharapannya untuk melihat
kecemerlangan, kualiti dan hasil kerja yang
terbaik dan guru-guru.
 • Pembentukan visi dan matlamat –
 • Menonjolkan amalan profession yang baik -
Menunjukkan tingkah-laku yang boleh dicontohi oleh
guru-guru dan menunjukkan sikap keterbukaan
 • Menyediakan ransangan intelektual - mencabar
guru-guru supaya mengkaji semula andaian-andaian
tentang tugas-tugas mereka dan berfikir semula
bagaimana tugas-tugas tersebut boleh atau sepatutnya
dilakukan.
KEPIMPINAN SITUASI
 Pemimpin mempelbagaikan stail kepimpinan
mengikut kemahiran atau kemampuan dan
kesungguhan pengikut dalam organisasi
 Seorang pemimpin yang berkesan adalah
seorang pemimpin yang dapat mengubah gaya
kepimpinannnya mengikut situasi yang
berbeza
 1969 Paul Hersay dan Ken Blanchard, telah
membangunkan model kepimpinan situasi
berteraskan kepada dua konsep iaitu gaya atau
stail kepimpinan dan tahap perkembangan
pengikut.. Stail kepimpinan yang diutarakan
dalam model ini ialah Telling (Directing),
Selling (Coaching), Participating (Supporting),
dan Delegating
 Kajian-kajian Highsmith dan Rallis (1986) mendapati
pengetua perempuan lebih banyak menumpukan
masa mereka kepada aktiviti instruksional berbanding
dengan pengetua lelaki seperti :
 1.Isu kurikulum
 2.Tumpuan kepada guru
 3.Penglibatan ibubapa
 4.Pembangunan Staf
 5.Perancangan strategik secara kolaboratif
 6.Pembangunan komuniti
INSTRUKSIONAL
 kepimpinan instruksional adalah gabungan
penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan
kurikulum.
 Glickman(1985) Pemimpin Instruksional iaitu :
 1. Sebagai pembimbing kepada guru
 2. Membangunkan kelompok
 3. Mengerakkan perkembangan staf
 4. Membangunkan kurikulum
 5. Menggerakkan kajian tindakan.
GAYA KEPIMPINAN LELAKI
YANG DAPAT DIMANFAATKAN
OLEH WANITA

1.Pemimpin lelaki lebih bersikap


terbuka dan berkongsi kebolehan dan
kemahiran bersama daripada bersaing
antara satu sama lain.
2. Pemimpin lelaki mengamalkan
tingkah laku yang tidak dipengaruhi
oleh emosi dan perasaan dan dapat
menerima pendapat orang lain yang
lebih baik.
3. Pemimpin lelaki tidak bersikap cerewet dan
terlalu teliti terutama dalam hal-hal yang kecil.

4. Pemimpin lelaki menggunakan unsur humor


dalam menyatakan pernyataan yang serius dan
mudah diingati oleh orang bawahan serta
berani menanggung risiko.
6. Kebolehan dan keupayaan untuk
menerima kejayaan atau kegagalan dalam
melaksanakan tugas tanpa merasai sebagai
kejayaan atau kegagalan individu.
Lelaki lebih fokus kepada tugas, mempunyai
kesan yang nyata dan terus terhadap pengikut

7. Tidak mudah berputus asa dan mudah


mengalah serta mempunyai pendirian dan
pendapat yang sendiri.
8. Mempunyai sifat keusahawan seperti
kreatif, berdaya saing, tidak mudah mengalah,
bertanggungjawab dan sebagainya.

9. Belajar dari kesilapan dan kesalahan


dilakukan dan sentiasa meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan yang baru.
10. Tidak mudah melenting, marah,
emosional , tenang menghadapi suasana
genting dan membuat keputusan tidak
berasaskan-emosi

11. Lelaki mempunyai kebolehan


menyelesaikan masalah dan gangguan secara
efektif dengan lebih analitis, memerintah dan
sistematik.
12. Mempunyai personaliti kepimpinan
yang boleh membina komuniti yang dipimpin
dan dapat membina iklim dan persekitaran
sekolah yang kondusif. Personaliti yang mulia
dan dihormati dengan perwatakan mesra dan
mempunyai ketegasan yang bertempat.
Kapasiti minda yang tinggi iaitu berilmu-dan-
intelek

13. Boleh berkongsi masalah serta


mendengar secara empati dan tidak mudah
dipengaruhi oleh masalah-masalah pekerja.
WANITA SEBAGAI
PEMIMPIN
 Sejak zaman dahulu lagi, kewibawaan wanita
sebagai pemimpin sememangnya sudah
kelihatan. Walaupun wanita sering dibayangi
oleh cara dan kepimpinan lelaki, namun perlu
kita akui yang golongan wanita juga mampu
membuktikan kebolehan mereka mentadbir
sama seperti lelaki.
Wanita sekarang..
 Contohnya, kumpulan pengetua pertama yang dilantik sebagai
Pengetua Cemerlang pada Gred Jawatan Utama Sektor Awam
(Jusa) C yang menerima watikah pelantikan daripada mantan
Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, di Pusat
konvensyen Putrajaya, adalah wanita. Mereka ialah Pengetua
Kolej Tunku Khursiah, Seremban, Rokiah Alias, 55; Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Haji Mohd
Said, Seremban, Khuzaimah Sulaiman, 53; Pengetua SMK
Putrajaya, Che Manis Ismail, 53; Pengetua SM Seri Puteri,
Cyberjaya, Tengku Azuan Tengku Mohamed, 53 dan
Pengarah Maktab Perguruan Sandakan, Sabah, Mary Yap Kain
Ching, 53 (Berita harian, 2005).
SEJARAH WANITA
 Roose(1963:292) berkata bahawa kebanyakan ibubapa
Melayu akan memberhentikan anak perempuan mereka
dari sekolah selepas beberapa tahun belajar kerana takut
anak perempuan mereka menjadi "anak dara tua" dan
tidak berkemungkinan untuk mendapat suami yang baik
 Gerhold (1971: 72) menyebut bahawa ini kerana pada
anggapan mereka, seseorang anak perempuan yang
terpelajar akan meningkatkan lagi martabat bapa dan
keluarganya memandangkan yang ia akan mendapat
pasangan hidup daripada golongan yang baik-baik
SEJARAH KEPIMPINAN
WANITA
•Zainun Munshi Sulaiman atau lebih
dikenali sebagai Ibu Zain
•Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar
untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan
Bandar Maharani. Tahun 1924, beliau
dilantik menjadi Guru Besar sekolah yang
sama.
•Ibu Zain turut aktif dalam bidang politik.
Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor mewakili parti
UMNO pada tahun 1948.
•Pada tahun yang sama (1963) beliau
dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri
Tuanku Ampuan Mariam
SEJARAH KEPIMPINAN
WANITA
•Yang Hormat Dato’ Nik Faizah Mustapha
memulakan kariernya sebagai Guru Siswazah
di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu,
Kelantan pada tahun 1966. Sepanjang tempoh
31 tahun perkhidmatan beliau di Kementerian
Pelajaran Malaysia, beliau pernah berkhidmat
sebagai Pengetua di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur
(1972 – 1975), di Pusat Perkembangan
Kurikulum (1975 – 1987), Timbalan Pengarah
II Lembaga Peperiksaan (1987 – 1990),
Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas (1990
– 1993), Timbalan Pengarah I Bahagian
Pendidikan Guru (1993) dan Ketua Nazir
Sekolah,-Jemaah-Nazir-Malaysia-(1993–
1997).
SEJARAH KEPIMPINAN
WANITA

Bermula sebagai pemimpin Pandu Puteri


dengan pangkat Leftenan pada tahun 1955,
beliau seterusnya dinaikkan kepada pangkat
Kapten (1956), Pesuruhjaya Daerah
Petaling (1960), Ketua Unit Renjer Puteri 1
Zon Pudu (1960), Penolong Pesuruhjaya
Negeri Selangor (1963) dan Pesuruhjaya
Negeri Wilayah Persekutuan bermula tahun
1988
SEJARAH KEPIMPINAN
WANITA
•pada tahun 1996 dilantik sebagai
Pengetua Kolej Tunku Kursiah, Seremban
•Pada tahun 1970, Dato’ Asiah mula
bertugas di Kementerian Pendidikan
sebagai Timbalan Pengarah Latihan Guru
•Pada tahun 1974 apabila Kementerian
Pendidikan menubuhkan Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) beliau
dilantik menjadi pengarahnya yang
pertama.
KEPIMPINAN WANITA DI
SEKOLAH
 Kini, senario yang wujud dalam profesion
perguruan di Malaysia adalah bilangan guru
wanita dan guru besar wanita telah melebihi
jumlah guru lelaki dan guru besar lelaki. Ini
adalah kerana pemilihan guru besar tidak
hanya berdasarkan jantina, sebaliknya perlu
berlandaskan kriteria seperti kemampuan,
kekananan, pengalaman dan tahap keilmuan
(Harvey & Donaldson 2003).
KEPIMPINAN WANITA DI
SEKOLAH
 Sering dikatakan guru besar atau pengetua
wanita di sesebuah sekolah selalunya
menghadapi dualisma dalam bebanan tugas,
iaitu sebagai guru besar di sekolah dan
menghadapi tugas dan tanggungjawab
mengurus rumah tangga (Langer & Boris-
Schacter
 2003)
KEPIMPINAN WANITA DI
SEKOLAH
 Di samping itu, guru besar wanita juga
berhadapan dengan cabaran peribadi, iaitu
ekspetasi masyarakat terhadap pemimpin
wanita yang sentiasa dikaitkan dengan sifat
 penyayang (Langer & Boris-Schacter 2003)
KEPIMPINAN WANITA DI
SEKOLAH
 bukan mudah bagi guru besar wanita untuk
memberi arahan kepada kakitangan atau staf di
bawah pimpinannya supaya mereka dengan
sukarela dan rasa tanggungjawab dalam
melakukan tugas yang telah diarahkan
(Kochan, Spencer & Mathews 2000).
KEPIMPINAN WANITA DI
SEKOLAH
 Baron (1987) dalam kajiannya mendapati
beberapa alasan yang diutarakan oleh lelaki
kerana tidak mahu menerima wanita sebagai
ketua adalah seperti berikut:
 1) wanita tidak begitu yakin
 2) wanita mempunyai kurang pengaruh atau
kuasa
 3) wanita kurang bijak berurusan
 4) wanita kadang-kadang terlalu mendesak.
KEPIMPINAN WANITA DI
SEKOLAH
 Kepimpinan yang berkesan meliputi memiliki
pengetahuan yang meluas dalam aspek
pengurusan sekolah. Ini termasuklah
pengurusan pejabat, pengurusan kurikulum,
perkembangan kakitangan, motivasi kepada
guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan
sekolah, hubungan dengan luar sekolah serta
berusaha meningkatkan prestasi sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1990).
KEPIMPINAN WANITA DI
SEKOLAH
 Menurut Hersey dan Blanchard (1977), situasi
sesebuah tempat dan cabarannya
mempengaruhi gaya kepimpinan dan prioriti
yang ditetapkan oleh pemimpin. Gaya
kepimpinan guru besar amat penting dalam
menentukan kejayaan sesebuah sekolah.
Dapatan Kajian Gaya Kepimpinan
Pengetua Wanita
di England dan Wales
 Gaya kepimpinan Kolaboratif -38.5%
 Gaya Kepimpinan Memusatkan Subordinat-23.8%
 Gaya Kepimpinan Autokratik-14.9%
 Gaya Kepimpinan Berkesan-11.7%
 Gaya Kepimpinan Nilai-11.1%

(Marianne Coleman 1996)


SOROTAN LITERATUR
-JANTINA DAN KEPIMPINAN
 Menurut kajian-kajian yang telah dijalankan,
jantina dan kelakuan kepimpinan
menunjukkan perbezaan (e.g Carless,1998;
Druskat,1994; Helgeson, 1990; Rosener, 1990;
Thacker,1995) dan ada yang tidak
menunjukkan perbezaan langsung(e.g
Bartol&Martin, 1986; Bass&Stogdill, 1990;
Nieva&Gutek, 1981; Van Engen, Van Der
Leeden & Wllemsen, 2001).
 Pemboleh ubah demografi seperti jantina, umur dan
kelulusan digunakan untuk mengenalpasti kelakuan
termasuk keberkesanan (Eagly, Karau & Makhijani,
1995; Thompson,2000), jenis komunikasi (Kirtley &
Weaver,1999), proses membuat
keputusan(Ganzel,1999; Radecki & Jaccard,1996),
produktiviti (Kovar & Overdorf, 1995),
penglibatan(Itzhaky & York, 2000), jenis konflik
(Chusmir & Mills,1989), pencapaian (Blank &
Levesque,1993) dan kuasa (Jenkins, 2000; Lips, 2000
 Menurut Ragins (1991) pemimpin lelaki dan wanita
dinilai oleh orang bawahan tidak berdasarkan jantina
tetapi berdasarkan kuasa mereka.
 Jika dibandingkan kepimpinan lelaki dan wanita,
lelaki dilihat lebih agresif, bercita-cita tinggi, berdaya
saing dan mmapu memenuhi kehendak pelanggan
sedangkan wanita dilihat seorang yang penuh dengan
kasih saying, lemah-lembut, setia dan lebih mesra
(Bern, 1987), serta lebih sesuai menjadi pengikut.
 Guru besar lelaki lebih gemar menggunakan
kepimpinan autokratik dan memberi arahan
secara terus berbanding wanita manakala
didapati guru besar wanita cenderung kepada
kepimpinan interpersonal (Eagly & Johnson,
1990).
 Kajian-kajian yang dijalankan berkaitan
jantina dan kepimpinan kebiasaannya
menjadikan gaya lelaki sebagai piawaian
dalam pengukuran kelakuan kepimpinan
(Chliwniak, 1997). Belum ada kepimpinan
wanita yang dikaji dijadikan piawai dalam
bidang kepimpinan.
 Lelaki lebih dikenali sebagai pemimpin yang berkesan
dan wanita kebiasaannya memanfaatkan gaya dan
kelakuan kepimpinan lelaki dalam pentadbirannya
(Acker,1989 ; Gutek, 1985).
 Komplikasinya, wanita dijangkakan akan menjadi
seorang pemimpin yang secara semulajadi (autokratik
dan berkeyakinan tinggi) dan lebih kewanitaan
(peramah, baik hati dan bertimbang rasa).
Walaubagaimanapun, semakin wanita berkuasa sebagai
pemimpin, prejudis kepada golongan wanita akan
bertambah hebat (Eagly, Makhinjani,& Klonsky, 1992).
 Taktik mempengaruhi (tactic influence) orang
bawahan adalah berbeza di antara pemimpin
lelaki dan wanita (Carli, 1999). Eagly (1992)
menyatakan wanita adalah kurang efektif
berbanding lelaki dalam memberi arahan.
Kajian lain (Burgoon, Dillard & Doran, 1983)
membuktikan pekerja lebih mudah
dipengaruhi oleh pemimpin lelaki berbanding
wanita yang menggunakan kaedah yang sama.
 Tepper, Brown dan Hunt (1993) pula
menyatakan pemimpin lelaki yang mempunyai
taktik pengaruh yang tinggi menerima tahap
prestasi yang tinggi dalam kerjaya.
 Dalam kajian Brunner dan Schumaker (1998) menyatakan
lelaki lebih gemar menggunakan kuasanya untuk mencapai
sesuatu perkara, dari menggunakan jawatannya, sebagai
contoh konsep ‘Power over’jika dibandingkan dengan ciri
wanita yang berkonsep ‘power with'.
 Wanita lebih cenderung untuk mendapat kuasa mereka dengan
pengagihan kuasa kepada orang bawahan dan mewujudkan
perubahan melalui sifat keibuan mereka dan seorang guru
yang prihatin (Miller, 1999).
 Dikatakan apabila wanita tidak menggunakan konsep feminin
dalam kepimpinan, mereka dianggap pemimpin yang tidak
berjaya (Brunner, 2005).
 lelaki dan wanita, secara realitinya tidak menjalani
pengalaman yang sama, dalam situasi ini majoritinya wanita
dalam usia lingkungan 20 an lebih cenderung untuk melihat
perkembangan identiti mereka bergantung kepada
perhubungan dan pergaulan dengan orang lain. Sedangkan
majoriti lelaki meletakkan keutamaan mereka secara individu.
Walau bagaimanapun dalam peringkat usia pertengahan, lelaki
dan wanita berkongsi transisi merentasi jantina secara anjakan
besar-besaran. Mengikut transisi ini lelaki dianggap menjadi
lebih pasif, lembut dan personal manakala wanita lebih aktif
dan dominan (Gutmann, 1987).
 Jamieson (1997) mengatakan bahawa wanita
yang menyuarakan pendapat adalah kurang
sopan dan wanita yang pendiam pula tidak
dipedulikan. Wanita juga dikatakan kurang
daya saing berbanding lelaki
 Pengkaji-pengkaji menyelidik jantina dan kepimpinan
tranformasi dari pelbagai perpektif. Menurut Carless
(1998) dan Druskat (1994) kepimpinan tranformasi
lebih bersifat feminine tetapi Komives (1994)
`mendapati tiada sebarang perbezaan antara lelaki dan
wanita dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin
melainkan dari aspek intelektual. Perbezaan
kepimpinan antara lelaki dan wanita memberikan
impak yang besar dalam organisasi sekolah melalui
perhubungan seharian dalam pengurusan sekolah
kerana perbezaan jantina memberikan persepsi dan
ekspetasi yang berlainan terhadap sesuatu perkara
(Shakeshaft, 1995).
 Guru besar wanita dikatakan mengunakan gaya
feminine dalam kepimpinannya sedangkan guru besar
lelaki bersifat gaya maskulin. Guru besar wanita
didapati lebih berorentasikan kerja dan mempunyai visi
yang jelas dalam menjalankan kerja (Ouston, 1993).
 Mereka juga didapati bersifat demokratik dan
menggalakkan penglibatan pekerja dalam membuat
keputusan (Coleman, 1996) jika dibandingkan dengan
lelaki yang suka mengelakkan berlakunya konflik dan
bersifat autokratik dalam menjalankan tugas (Krugar ,
1996).
 Pada awalnya, kepimpinan wanita tertumpu
kepada gaya feminine seperti bertimbang rasa,
lembut, dan keibuan. Tetapi kebanyakan wanita
di pertengahan usia melaksanakan gaya
kepimpinan bersifat maskulin yang lebih tegas
dan berkarisma. Ini disebabkan dalam
pertengahan usia, wanita mempunyai lebih
masa untuk bekerja memandangkan anak-anak
mereka telah membesar dan konflik pengurusan
keluarga telah berkurangan (Oplatka, 2001).
ISU KEPIMPINAN WANITA
 Kekangan kerjaya disebabkan komitmen
terhadap rumahtangga
Sememangnya tugas seorang wanita adalah berat
kerana melakukan dua kerja dalam satu masa, iaitu
menguruskan rumahtangga dan membina kerjaya.
Kebiasaannya wanita pada peringkat umur muda
sibuk dengan anak-anak, tetapi wanita yang
semakin dewasa, anak-anak mereka sudah besar
dan boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada
kerjaya mereka.
 Diskriminasi terhadap wanita
 Proses penilaian dan prestasi dirancang
mendiskriminasi golongan wanita
 Gejala syiling kaca turut menjadi bukti akan
kewujudan diskriminasi walaupun prestasi mereka
sama dengan lelaki
 Diskriminasi dalam pemberian upah atas alas an
tidak menerima latihan dan sokongan akademik
yang sama dengan lelaki, tidak mempunyai
pengalaman kerja yang setanding dan sesuai dan
tidak mempunyai kerjaya yang tetap.
Kesaksamaan jantina

 Isu kesaksamaan jantina sehingga sekarang tidak


selesai, terutamanya dalam bidang pendidikan. Gold
(1996) menyatakan wanita adalah seorang guru yang
baik dan lelaki adalah pengurus yang baik.
 wanita cenderung ke bidang pendidikan:
 Mendapat kesaksamaan kuasa yang sama sebagai
guru
 Gaya yang berbeza dalam kepimpinan berbanding
lelaki menjadikan wanita memahami pelajar dan
kemahiran interpersonal (Gold, 1996).
 Pelajar memahami yang guru wanita boleh menjadi
model yang baik kepada mereka
 Namun,dikatakan isu kesaksamaan, dan
keadilan kepada kesemua orang adalah
dilindungi oleh undaung-undang dan polisi. Ini
menjadikan isu kesaksamaan jantina sudah
hilang (Hyles, 1992).
Kesan syiling kaca

 Peluang peningkatan dinafikan


 Sumbangan terhad dan tidak berkesan
 Peranan wanita menjadi stereotype (Nelson
& Burke, 2000)
CABARAN GURU BESAR
WANITA
 Kepimpinan merupakan faktor utama yang
membezakan antara organisasi yang berkesan
dan organisasi yang tidak berkesan (Abdul
Shukor,1998)
 Norhannan dan Jamaliah (2006), persepsi guru
terhadap gaya kepimpinan guru besar wanita
adalah sama dan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan
 Untuk menjadi seorang guru besar yang mempunyai ciri-ciri
kepimpinan yang berwibawa, cemerlang dan berkesan,
pemimpin wanita harus mempunyai pengetahuan dan
berkemahiran gaya kepimpinan yang mantap dari segi
struktur tugas dan hubungan interpersonal.
 Guru besar perlu mempunyai kemahiran melibatkan semua
guru dalam pelbagai proses membuat keputusan supaya
matlamat sekolah tercapai. Selain itu, perlu juga
menyediakan jaringan komunikasi yang berkesan.
 Guru besar perlu prihatin tentang keperluan dan kebajikan
guru-guru agar mereka sentiasa bermotivasi tinggi.
Kepuasan dan keseronokan bekerja akan meletakkan tugas
yang diberikan adalah sesuatu yang penting.
 Guru besar wanita harus cekap mewujudkan iklim sekolah
yang kondusif dan harmonis supaya guru-guru dapat bekerja
dalam satu pasukan dan saling bantu-membantu.
Halangan-halangan dalam
kepimpinan wanita
 Anggapan dan tingkah laku seksis terhadap
memampuan dan kebolehan wanita mentadbir
(Funk, 1986, Shakeshft, 1987)
 Budaya maskulin dalam institusi pendidikan
seperti di sekolah (Blackmore, 1995)
 Keengganan wanita memohon untuk naik
pangkat (Randall, 1994)
 Kekurangan penjagaan kanak-kanak dan
sistem sokongan (Scutt, 1990)
 Dua peranan yang perlu dimainkan oleh wanita
dalam satu masa, kerja di rumah dan tempat
kerja (Davis, 1994)
 Kurang peluang kepada wanita untuk menjadi
pemimpin (Jacobs, 1994)
 Laluan kenaikan pangkat yang berasingan
antara mengajar dan mengurus (Nicoll, 1992)
 Syiling kaca iaitu banyak kekangan seperti
kurang penyeliaan dan sokongan, peningkatan
persaingan, dan pengagihan antara keluarga dan
kerjaya (Morrison, White dan Van Velsor,
1987)
KESIMPULAN
Sebagai pemimpin di sekolah, pengetua wanita
selalunya menghadapi dualisma dalam bebanan
tugas, iaitu sebagai pengetua di sekolah dan
menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus
rumah tangga (Langer & Boris-Schacter 2003).
Gaya kepimpinan paling efektif akan berubah ikut
situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan
yang paling efektif (Hassan Mohd Ghazali). Semua
jenis gaya kepimpinan sesuai diamalkan di sekolah
tetapi haruslah mengikut keadaan dan suasana
semasa.
Perkara paling penting ialah pengetua haruslah
memainkan peranannya bagi membawa perubahan
dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang
terdapat di sekolah dan seterusnya mencapai hasrat
dan harapan negara

“TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH


MENGONCANG DUNIA”

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai