Anda di halaman 1dari 6

Bahagian A

Soalan 1.

Terdapat 5 tingkah laku kepimpinan yang digariskan dalam Grid Kepimpinan yang dipelopori
oleh karya Universiti Ohio.

Yang pertama ialah gaya kepimpinan Kelab Negara (Country Club ) iaitu gaya yang menekanan
kepada keperluan orang ramai dan pada perhubungan. Gaya kepimpinan ini menjelaskan
bagaimana ketua mempunyai keprihatinan untuk orang dibawahnya adalah sangat tinggi namun
tidak menekankan keberkesanan produktiviti yang dihasilkan oleh orang bawahannya. Gaya
kepimpinan seperti ini sangat bahaya kerana sesuatu organisasi pentadbiran kerana ia membuka
ruang kepada ketidaktelusan para pekerja untuk menghasilkan produk yang berkualiti.
Contohnya, Guru Besar di sekolah yang sangat prihatin sehingga tidak sanggup menegur guru-
guru yang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang tidak munasabah atas alasan kesian kepada
guru-guru. Hal ini sangat memberi impak kepada murid-murid jika guru-guru di sekolah tersebut
tidak ada motivasi untuk bekerja dengan penuh dedikasi kerana Guru Besar dilihat sebagai
individu yang tidak tegas dan mudah untuk diambil kesempatan.

Yang kedua ialah gaya kepimpinan Melarat (Impoverished ) iaitu usaha minimum untuk
menyelesaikan kerja adalah wajar untuk mengekalkan keahlian organisasi. Hal ini dapat
dijelaskan dengan gaya kepimpinanan ketua organisasi yang sambil lewa dan tidak berkesan
kerana keprihatinan untuk orang ramai dan keprihatinan untuk produktiviti adalah di tahap yang
rendah. Ketua seperti ini misalnya di sekolah sebagai Guru Besar dianggap seperti datang
bertugas hanya untuk memenuhi kehendak pihak atasan namun kebajikan warga sekolah
dibiarkan asalkan gaji dapat diperoleh di hujung bulan. Gaya kepimpinan seperti ini hanya akan
merosakkan struktur organisasi dan merugikan banyak pihak termasuk murid, guru dan
masyarakat.

Yang ketiga ialah gaya kepimpinan pasukan (team) iaitu fokus pada saling bergantung
dan komitmen terhadap tujuan organisasi. Gaya kepimpinan seperti ini dianggap berkesan di
dalam sesuatu organisasi dimana ketua dan orang di bawahnya mempunyai matlamat yang jelas
untuk mencapai tujuan organisasi. Ketua dilihat sebagai individu yang mampu menggerakkan
orang bawahannya untuk menjalankan tugas kerana faktor tenaga pekerja yang ramai. Semua
pasukan bekerja untuk menghasilkan produktiviti yang berkualiti. Misalnya organisasi di sekolah
yang mempunyai ramai murid dan tenaga pengajar yang juga ramai. Setiap warga sekolah
mampu bekerja untuk mencapai matlamat kerana memepunyai tenaga kemahiran, kemudahan
dan keperluan yang mencukupi. Oleh itu, produktiviti yang tinggi dapat dihasilkan.

Yang keempat ialah gaya kepimpinan tugasan (task) yang menekanan kepada kecekapan
dengan penglibatan manusia yang minimum. Ketua seperti ini hanya mementingkan produktiviti
sedangkan orang bawahannya bekerja tanpa henti kerana kekurangan tenaga kerja. Misalnya
sekolah yang mempunyai ramai murid tidak akan dapat diuruskan oleh bilangan guru yang
sedikit kerana kualiti murid pasti akan terabai kerana guru-guru terbeban dengan tugas-tugas
yang banyak sedangkan murid terlampau banyak untuk dijaga.

Akhir sekali ialah gaya kepimpinan jalan tengah (middle road) iaitu pemimpin
mengimbangi keperluan untuk keluar bekerja sambil mengekalkan semangat rakyat pada tahap
yang memuaskan. Gaya kepimpinan seperti ini dianggap paling berkesan kerana karisma yang
ditunjukkan oleh ketua. Misalnya, Guru Besar mampu mengimbangi keperluan guru-guru di
sekolah dengan situasi semasa di sekolah. Guru Besar tidak membebankan guru-guru untuk
bekerja sehingga tertekan namun mampu mengadaptasi keperluan semasa. Guru-guru pula boleh
bekerja dalam suasana yang sihat dan tidak tertekan sehingga mampu menghasilkan murid-murid
yang seimbang.

Soalan 2.

Terdapat beberapa kaedah organisasi untuk meningkatkan kreativiti. Antaranya ialah dengan
mewujudkan satu sistem cadangan. Caranya ialah dengan membuat kotak cadanagn di organisasi
tempat bekerja. Dengan cara ini organisasi akan dapat mengetahui sebarang idea baharu.
Misalnya di sekolah diwujudkan peti atau kotak cadangan di suatu sudut di sekolah. Guru- guru
atau ibu bapa berpeluang menyalurkan buah fikiran atau penambahbaikan untuk sekolah. Ia
mungkin juga idea baru yang kreatif dan mungkin juga kritikan membina untuk membantu
sekolah mengatasi sebarang kelemahan yang ada. Pihak sekolah boleh mengadakan mesyuarat
sebulan sekali untuk membincangkan idea yang diutarakan dalam kotak cadangan. Hal ini
mampu memberikan impak positif untuk membantu organisasi dalam cara yang kreatif.

Selain itu, mencabar orang. Pekerja harus dicabar untuk merangsang tindak balas kreatif,
tetapi terlalu banyak cabaran akan membebankan emosi dan minda, mematikan kapasiti untuk
pemikiran kreatif. Namun. persaingan sihat akan berlaku jika ketua organisasi bijak dan kreatif
dalam mewujudkan persaingan sihat di sekolah. Misalnya, Guru Besar boleh mengadakan
pertandingan ‘Turunkan Berat badan dalam kalangan Guru Obese’. Hal ini boleh memberikan
impak positif dengan menyediakan ganjaran yang istimewa. Guru-guru obese akan tercabar
untuk masuk dalam pertandingan kerana ramai rakan guru yang obese akan turut serta.

Di samping itu, dapatkan beberapa jenis tinjauan rakan sebaya. Matlamat utama
profesional sejati adalah untuk dihormati oleh rakan-rakannya. Jika pekerja tidak tahu bagaimana
mereka berdiri di mata rakan sebaya mereka maka insentif untuk melakukan kerja terbaik
mereka juga tidak ada. Kebanyakan organisasi mempunyai program semakan rakan sebaya tetapi
ia sering ditadbir dengan cara yang sangat negatif, di mana penekanannya adalah menghakimi
dan menghukum. Tujuan sebenar adalah untuk menentukan apa yang dianggap pencapaian tinggi
dan siapa yang melakukannya dan untuk meyakinkan pekerja bahawa mereka akan dinilai
berdasarkan merit dan produktiviti dan bukannya atas alasan yang tidak berkaitan secara
langsung dengan tugas dan tanggungjawab sebenar mereka. Oleh itu, pihak sekolah boleh
mengadakan kolaboratif dengan sekolah lain atau organisasi lain bagi membincangkan cara
kreatif bagi menyelesaikan sesuatu isu dengan bijak.

Yang keempat ialah dapatkan sistem ganjaran untuk setiap kreativiti. Apabila pekerja
tahu bahawa pengurusan memberi ganjaran kepada idea baharu, mereka akan cuba menjananya.
Ganjaran untuk idea baharu hendaklah dimaklumkan kepada semua kakitangan. Ganjaran boleh
berbentuk lebih banyak wang dalam bentuk bonus atau kenaikan gaji kepada pelbagai jenis
insentif. Misalnya, guru yang sukarela mewakili sekolah untuk memasuki pertandingan inovasi
antara sekolah wajar diberikan ganjaran kerana usaha mereka tidak standing guru yang tidak
turut serta dalam pertandingan tersebut. Cetusan idea inovasi ini mampu memberikan impak
kreatif kepada organisasi.

Yang terakhir ialah optimumkan interaksi interpersonal. Pemimpin progresif secara aktif
mencari cara untuk meningkatkan komunikasi dan memecahkan halangan antara jabatan di
kalangan kalangan pekerjanya. Tindakan khusus terdiri daripada reka bentuk fizikal ruang kerja
dan rekreasi kepada membuka forum di mana pekerja membuat pembentangan di hadapan rakan
sebaya dan atasan mereka. Peranti sedemikian bukan sahaja meningkatkan komunikasi teknikal
semata-mata, tetapi ia juga menjadikan pekerja lebih sedar tentang kemahiran dan pencapaian
pesaing sebaya mereka. Misalnya di sekolah persekitaran seperti ini mampu menimbulkan
keinginan untuk bersaing secara sihat sesama warga sekolah.
Bahagian B

Soalan 1

Berikut adalah perbezaan utama antara kepimpinan transaksional dan transformasi:

Kepimpinan Transaksional adalah satu jenis kepimpinan di mana ganjaran dan hukuman
digunakan sebagai asas untuk memulakan pengikut. Kepimpinan transformasi adalah gaya
kepimpinan di mana pemimpin menggunakan karisma dan semangat untuk mempengaruhi
pengikutnya.

Dalam pemimpin kepimpinan transaksional, terdapat tekanan pada hubungannya dengan


pengikutnya. Sebaliknya, dalam pemimpin kepemimpinan transformasional meletakkan tekanan
pada nilai, kepercayaan dan keperluan pengikutnya. Selain itu, kepimpinan Transaksional adalah
reaktif manakala Pemimpin Transformasi adalah proaktif. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa
Kepimpinan Transaksional adalah terbaik untuk persekitaran yang diselesaikan, tetapi
Transformasi adalah baik untuk persekitaran bergolak kerana ketua pemimpin bertindak dengan
penuh karisma dalam mendepani sebarang isu.

Di samping itu, Kepimpinan Transaksional berfungsi untuk memperbaiki keadaan semasa


organisasi. Sebaliknya, Kepimpinan Transformasional berfungsi untuk mengubah keadaan
semasa organisasi. Kepimpinan Transaksional adalah birokrasi manakala Kepemimpinan
Transformasi adalah karismatik. Dalam Kepimpinan Transaksional, hanya ada satu pemimpin
dalam satu kumpulan. Berbeza dengan kepemimpinan transformasi, di mana terdapat lebih
daripada satu pemimpin dalam satu kumpulan. Kepimpinan Transaksional difokuskan ke arah
perancangan dan pelaksanaan berbanding kepimpinan transformasi yang mempromosikan
inovasi.

Melihat dari perspektif pendidikan semasa, kepimpinan sekolah telah bergerak ke arah
kepimpinan transformasi di mana Guru Besar atau Pengetua menanamkan sifat yakin diri dan
memberi autonomi kepada guru-guru untuk membentuk murid-murid melalui akitiviti inovasi
dan kreatif tanpa terikat dengan mana-mana dasar yang telah lapuk. Para guru dan murid-murid
dididik untuk mendepani cabaran pendidikan masa kini yang dilihat lebih luas mencakupi bidang
teknologi maklumat yang tiada sepadan. Tiada lagi kepimpinan yang bersifat transaksional
kerana segala keputusan dibuat dengan mengambil pandangan banyak pihak termasuk guru, ibu
bapa dan murid-murid diberi peluang untuk menyalurkan idea untuk membangunkan sekolah
melalui mesyuarat Sarana Ibu Bapa bersama PIBG, aktiviti sukan rakyat dan sebagainya di
sekolah. Tugas mendidik sekarang dilihat lebih menyeluruh dengan melibatkan banyak pihak
melalui kepimpinan transformasi ini.

Kesimpulannya, organisasi tidak boleh bergantung pada gaya kepimpinan tunggal. Ia


mesti menggunakan gaya kepimpinan yang diperlukan mengikut keperluan dan keadaan
lazimnya.

Anda mungkin juga menyukai