Anda di halaman 1dari 9

Pegawai awam hendaklah sentiasa memiliki keperibadian unggul yang dizahirkan melalui sikap dan tatakelakuan yang berasakan

nilai-nilai murni. Bagi memastikan semua pegawai menghayati nilai-nilai tersebut, nyata dan huraikan perkara-perkara berikut:A) Keazaman dan kegigihan

Keazaman membawa maksud bercita-cita dan harapan dimana keazaman tersebut perlulah realiti supaya dapat dizahirkan kepada masyarakat kerana mereka menilai kita. Sebagai seorang pegawai awam, sepatutnya kita telah menanam di dalam jauh ke dalam lubuk hati dengan keazaman yang jitu. Ini adalah sangat penting kerana bagi seseorang pegawai awam perlulah mempunyai keazaman yang tinggi untuk menambahbaik perkhidmatannya dalam apa jua bentuk yang diyakini dapat memberikan implikasi yang baik kemudian hari. Dengan adanya keazaman yang jitu dalam diri pegawai awam, lantas secara langsung dapat mendidik mereka secara automatisnya cuba memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan terbaik kepada masyarakat khususnya. Contohnya, seseorang guru dengna keazaman untuk memajukan pelajarnya. Mereka perlu berkorban dari segi masa. tenaga dan kewangan semata-mata mahu melihat anak didik mereka berjaya dalam bidang masing-masing. Keazaman yang berterusan berserta usaha dari kedua-dua pihak inilah yang akan membantu guru tersebut melahirkan pelajar yang berkualiti demi memimpin masa depan negara kelak. Kegigihan dalam konteks ini menggambarkan usaha gigih yang maksima tanpa mengenal erti jemu mahupun putus asa. Sifat sebeginilah yang harus dimiliki oleh setiap individu yang memikul tugas sebagai pegawai awam. Sifat kegigihan pada seseorang pegawai awam perlulah disemai dan dipupuk dari awal pembabitan mereka dalam perkhidmatan yang diceburi bagi menjamin mereka mempunyai iltizam dan dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas yang hakiki. Sebagai contohnya, sifat kegigihan perlulah ditonjolkan oleh seseorang pemimpin sesuatu organisasi atau jabatan kepada pegawai bawahan mereka. Lantas secara
1

langsung, ianya memupuk sedikit sebanyak semangat tersebut kepada pegawai yang lain. Sifat seperti ini akan membantu membentuk nilai moral seseorang individu untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan berdaya saing. Dimana kegigihan yang berterusan akan membuahkan hasil yang positif kemudian hari.

B) Bersikap positif Bersikap positif sering dikaitkan dengan penampilan yang menarik dan pergaulan baik sesama kita. Dimana seseorang yang bersikap positif dalam persekitaran kerja menyebabkan ianya mudah bercampur gaul dengan orang lain dan sering dijadikan sebagai tempat rujukan. Contohya, seorang ketua jabatan di organisasi tertentu mestilah mempunyai sikap seperti ini kerana merekalah pemimipin yang memimpin sesuatu organisasi. Tanpa pemimpin yang tidak mengamalkan sikap positif akan mewujudkan jurang diantara pemimpin dan pegawai yang lain. Selain pada itu juga, sekiranya seseorang ketua jabatan tidak menunjukkan sikap yang positif dengan pegawai mahupun anggota lainnya berkemungkinan sikap kerjasama, pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi akan turut terjejas sama sekali. Seterusnya akan melemahkan pengurusan organisasi tersebut kerana kelunturan semangat kerja berpasukan. Disamping itu juga, pegawai awam yang sentiasa menganggap kerja mereka sebagai suatu ibadah akan senantiasa memiliki keperibadian yang baik dan bersikap positif. Sebagai contohnya, jika seseorang pegawai sentiasa beranggapan apa jua pekerjaan yang dilakukan mereka sebagai suatu ibadah
3

dengan harapan mendapat keredhaan dalam mencari rezeki, mereka akan lebih bersikap positif dalam semua perkara yang dilakukan. Keadaan seperti ini dapat dijelmakan dengan setiap individu tersebut sentiasa bermunasabah dalam diri masing-masing demi kebaikan bersama-sama. Cergas dan pantas juga merupakan salah satu ciri individu yang mengamalkan sikap positif dan keterbukaan dalam semua aspek. Sebagai contohnya, pegawai yang mempunyai sikap yang demikian sentiasa produktif, proaktif dan kondusif dalam melaksanakan tugasan mereka. Tepat dan professional dalam melakukan tugasan mereka tanpa ada sikap berat sebelah mahupun kepentingan diri sendiri demi untuk mengecapi kebaikan bersama. Sikap seperti ini amat perlu dimiliki dalam jiwa seseorang pegawai awam kerana mereka adalah golongan yang sering mendampingi masyarakat dan seharusnya mereka tidak lupa kerana pegawai awam adalah adalah cerminan kepada kepimpinan kerajaan. Jika mereka alpa akan tugasan mereka, ini akan menunjukkan kelemahan individu dan organisasi tersebut seterusnya akan memberikan implikasi yang negatif kepada kerajaan itu sendiri. Dalam pada itu juga, pegawai awam yang bersikap positif akan menampakkan keperibadian motivasi yang tinggi dan kebolehan untuk mempengaruhi orang ramai khususnya orang ramai. Hal yang sedemikian disebabkan kerana pada hari ini masyarakat sudah pandai menilai secara kritis dan analisis. Contohnya, jika seseorang kaunselor di mana-mana organisasi sekalipun, mereka amat jarang sekali menunjukkan masalah yang dihadapi mereka sendiri malah menampilkan diri dalam keadaan yang ceria, kemas dan tenang. Situasi seperti ini penting bagi mereka kerana mereka sering kali dirujuk sebagai pebimbing dan pendengar setia dalam segala macam permasalahan. Dimana sikap mahupun keadaan ini, akan memotivasikan secara tidak langsung kepada orang ramai khususnya mereka yang memerlukan khidmat kaunseling. Begitu juga dalam menerima dan memberi teguran dimana seseorang pegawai awam haruslah bersikap positif supaya tidak menyinggung mana-mana pihak dalam teguran tersebut. Seharusnya diingatkan bahawa setiap teguran
4

haruslah teguran yang membina dimana ianya akan dapat menyemai sikap yang lebih positif dan sopan. Contohnya, jika seseorang guru yang ingin menegur sikap pelajar yang bermasalah, seharusnya pelajar tersebut perlu diajak berbincang dalam suasana yang selesa dan tenang bukannya diherdik di dalam kelas. Ini akan menimbulkan implikasi yang negatif kepada pelajar tersebut dan mungkin akan menyebabkan pelajar tersebut hilang minat terhadap pembelajaran guru tersebut. Malah jika teguran itu dibuat dalam keadaan yang tenang dan tempat yang bersesuaian ini akan menunjukkan sikap profesionalima seseorang guru bahkan kita akan lebih dihormati kerana keprihatinan kita. Secara tidak langsung ianya akan membantu memotivasikan pelajar tersebut untuk berubah kearah yang lebih positif dan bersesuaian dengan sifat seseorang guru yang bukan hanya bahkan mengajar, mendidik, membimbing, mengasuh, menegur, memimpin, prihatin dan lain-lain lagi demi memajukan pelajarnya sendiri. Bersifat kreatif juga adalah refleksi kepada sikap yang positif. Perkara ini dapat diketengahkan dengan pegawai tersebut haruslah mempunyai pelbagai pilihan dalam segala perkara. Perlu diketahui juga, sifat kreatif ini perlu wujud dalam jati diri individu yang dimaksudkan kerana sifat ini membolehkan mereka mewujudkan suasana yang lebih selesa. Contohnya, seseorang pegawai awam khususnya yang bergelar guru perlu kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk mengelakkan kebosanan para pelajarnya dimana jika guru tersebut hanya mempraktikkan kaedah pengajaran yang sama sepanjang tahun dimana implikasinya akan membuat para pelajar menjadi semakin hilang tumpuan. Disinilah perlunya seseorang guru lebih kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajarannya dalam memupuk minat pelajar untuk belajar.

C) Mempunyai sifat keberanian dan sangup menerima cabaran

Keberanian adalah satu sifat yang perlu wujud dalam semua diri pegawai awam. Sifat seperti ini menunjukkan suatu perasaan yang berkeyakinan dalam semua aspek yang dipelopori. Contohnya, keberanian dalam membuat keputusan yang amat penting dalam sesuatu perkara. Sifat keberanian seperti ini menuntut seseorang pegawai awam membuat keputusan yang paling tepat dengan meminimumkan segala kemungkinan mahupun risiko yang bakal dihadapi. Secara realitinya, kadang kala keputusan yang dibuat mungkin tidak menyenangi segelintir individu tetapi setiap keputusan yang dilaksanakan haruslah dibuat secara teliti, tidak berat sebelah, diterima ramai orang dan berpkasikan logik dan realitinya.

Sifat keberanian tidak hanya wujud dalam membuat keputusan yang sukar malah lebih dari pada itu. Dimana sikap kebenarian ini adalah suatu yang sangat subjektif tetapi menuntut kearah yang positif. Contohnya, pegawai awam dalam sesuatu organisasi mahupun kerajaan. Mereka perlu mempunyai keberanian dalam diri kerana merekalah pemimpin yang palin utama dalam institusi tersebut. Mereka perlu berani dalam melaksanakan dasar-dasar baru yang diyakini dapat memberikan manfaatnya walaupun pada hakikatnya ia akan memakan masa yang panjang untuk membuahkan hasilnya. Sanggup menerima cabaran pula menuntut seseorang pegawai awam bersikap rasional dan positif. Ini adalah kerana pegawai awam adalah duta kecil kerajaan dan sudah pastinya mereka berhadapan dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapi. Tambahan pula cabaran pada masa kini lebih mencabar dan menuntut kesabaran dan kepekaan mereka sendiri dalam keadaan di sekitarnya. Contohnya, dalam melakukan sesuatu perubahan dimana perlu menilai risikonya terlebih dahulu. Dalam hal yang sedemikian, pegawai awam perlu dalam keadaan yang positif dalam setiap cabaran yang diharungi agar dapat melepasi dan mengharungi dengan lebih tenang dan professional. Ini akan menunjukkan seseorang pegawai tersebut dalam keadaan telah bersedia untuk menangani cabaran tersebut. Kebiasaannya cabaran yang dilalui oleh pegawai awam lebih kepada cabaran secara berpasukan diamana menuntut kesabaran, keprihatinan, toleransi dan kerjasama yang padu dari semua pihak. Disamping itu juga, mereka perlu menyahut cabaran tersebut bukan hanya sebagai cabaran tugasan hakiki tetapi tugasan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan demi untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Rujukan:
8

1. http://www.scribd.com/doc/24441533/KEUTUHAN-DALAM-

PERKHIDMATAN-AWAM
2. http://www.scribd.com/doc/16606615/Program-Motivasi 1 3. http://kerjagomen.blogspot.com/penjawatawam/sebelum

negara

menjadi

maju, sistem perkhidmatan awam perlu maju dahulu 4. Kamus Dewan Bahasa 5. Najib-Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan/Aizuddin Muhammad Muaz
6. Menerobos Sempadan Diri- Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah bersama

Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof terbitan Telaga Biru Sdn.

Anda mungkin juga menyukai