Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH KOHORT 3 SEMESTER 1 TAHUN 2012
KUMPULAN
JHR.BHRU06(A112PJJ)

NAMA KURSUS KOD KURSUS TUGASAN 2

Pembangunan Sahsiah KKD 2063


Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman (psikologi) dan input persekitaran luaran. Kursus Pembangunan Sahsiah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan.
i.

ii.

Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan empat perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan Sahsiah memberi kesan kepada perubahan karektor diri anda.

NAMA MURID NO.KAD MATRIKS NAMA PENSYARAH

Tan Teong Lai D20112053030 Dr. Nurul 'Ain binti Mohd Daud

Pengenalan

Para guru merupakan aset yang amat berharga bagi memastikan generasi muda yang mempunyai hala tuju ke arah kecemerlangan negara pada masa akan datang. Keupayaan para guru mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Kursus Pembangunan Sahsiah ini telah dibina dengan hasrat agar para guru dapat memperolehi konsep asas pembangunan sahsiah serta dapat berusaha dalam perubahan karektor kendiri ke arah etika profesion perguruan yang lebih berkualiti. Seperti apa yang kita sedia maklum, guru merupakan role modal kepada muridmurid. Dengan itu, guru harus mempunyai sahsiah yang terpuji dan dapat dihormati serta dicontohi murid. Personaliti guru yang seimbang dalam semua aspek adalah penting dalam merangsang murid-murid meniru karektor guru dalam proses perkembangan mereka. Perkara penting yang ditekankan dalam modul Pembangunan Sahsiah ini termasuk ciri-ciri sahsiah dari aspek kognitif, fizikal, sosial dan rohani. Penjelasan secara teorikal dalam kursus Pembangunan Sahsiah telah memberi gambaran tentang keperibadian sahsial secara saintifik dan bersepadu. Dengan memahami teori-teori perkembangan sahsiah ini, saya telah berupaya menapis unsur bias yang terjadi dalam pengalaman saya. Dapatan ini seterusnya menunjukkan hala tuju ke arah perubahan karektor diri saya dengan lebih efektif. Ketrampilan dan pengurusan kendiri saya telah berubah ke arah yang lebih positif dan pada masa yang sama saya dapat mengimplikasikan teori-teori perkembangan sahsiah dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan bilik darjah. Kualiti dari aspek kecerdasan dan sahsiah yang telah berlaku perubahan ini telah berjaya menyumbang dalam proses pengurusan dan pelaksanaan pengajaran saya agar lebih lancar. Teori-teori perkembangan dan pertumbuhan murid-murid dalam pembelajaran yang dulunya diabaikan telah saya terap dan guna pakai semula untuk menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan teori-teori psikoanalitik, pemelajaran, humanistik dan kognitif telah membolehkan saya memahami murid-murid dengan lebih mendalam lagi. Hal demikian membantu saya dalam proses membimbing murid-murid untuk menerokai ilmu pengetahuan disamping membentuk perubahan tingkah laku yang terpuji di kalangan murid dibawah tunjuk ajar dan bimbingan saya.

Penekanan Dalam Aspek Kognitif Dan Perubahan Karektor Diri Gaya berfikir yang terpesong akan menjurus kepada kerosakan diri dan masyarakat. Individu yang menghadapi masalah pemikiran yang tidak sihat sentiasa menunjukkan sikap suka menyalahkan orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan individu itu terjerumus kepada pemikiran negetif yang sering merancang strategi dan teknik mengikut aliran pemikirannya. Justeru itu, modul Pembangunan Sahsiah ini telah menekankan ciri-ciri kognitif yang positif dalam membentuk sahsiah guru. Sebagai seorang pendidik, pemikiran yang sihat dan positif amat diperlukan. Aliran pemikiran guru seharusnya berkefahamankan dasar dan aspirasi negera yang jelas dan mantap. Sifat tenang dan emosi yang mantap membolehkan guru menghadapi segala cabaran hidup. Daya tahan yang tinggi dapat dipupuk selagi pemikiran guru bersifat positif dimana kepercayaan kepada diri dan kemahuan yang kuat membolehkan guru menangani stress dalam kerjayaannya. Pemikiran yang sihat ini juga menjamin keberkesanan guru mengurus keperluan kendiri, kerjayaan serta kehidupannya dengan lebih tersusun. Dari segi ciri kognitif sahsiah, saya juga banyak dimanfaatkan. Perubahan yang dapat dilihat melalui perubahan pandangan yang lebih terbuka terhadap skop kerjaya saya. Sebelum ini, saya melihat tugas guru sebagai seorang penyampai ilmu pengetahuan sahaja. Tangkapan saya ini sentiasa mengakibatkan saya berasa tidak mengambil peduli terhadap aspek lain yang diingatkan tidak berkaitan. Selalunya, saya berasa tidak puas hati terhadap kerja dan tugasan yang ditujui kepada saya dalam bidang lain. Saya berasa tertekan dan ini mempengaruhi emosi dan perasaan saya sehingga terganggu proses pengajaran saya. Teori Pilihan telah saya amalkan dimana saya telah berjaya mengawal tingkah laku saya. Berdasarkan Teori Pilihan, sifat tanggungjawab amat penting. Kegagalan memenuhi kehendak dengan cara bertanggungjawab akan menyebabkan individu memilih simptom negetif yang akan menghasilkan tingkah laku yang tidak efektif dan seterusnya membawa kepada gangguan emosi dan pemikiran. Keupayaan saya menanam nilai tanggungjawab dengan mendalam membolehkan saya mengatasi konflik dalam pemikiran. Saya lebih komitmen dalam menyumbang kepada kerjaya saya. Aspirasi dalam Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara, Wawasan 2020 dan gagasan 1Malaysia menjadi tonggok utama dalam pemikiran saya. Sebelum segala

keputusan

yang

dibuat,

saya

telah

mengingatkan

diri

saya

supaya

menghubungkaitkannya dengan kod etika perguruan dan tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik.

Penekanan Dalam Aspek Fizikal Dan Perubahan Karektor Diri Pemikiran dan emosi seseorang individu biasanya diterjemahkan dalam bentuk tindakan fizikal. Persepsi dan justifikasi ke atas personaliti individu lain ditaksir melalui tingkah laku dan ketampilan yang ditunjukkannya. Guru harus menyedari bahawa cara guru mempamerkan tingkah laku akan mempengaruhi karektornya dalam jati murid. Perawakan kendiri guru yang tampan, bersih dan kemas sememangnya menarik perhatian dan dihormati. Tubuh badan yang sihat juga dapat menjamin pemikirannya tidak terganggu dan jiwanya tenteram. Dengan itu, kesihatan fizikal yang terhindar dari penyakit amat ditegaskan supaya ketrampilan dan kehidupan guru tidak terganggu. Kusus Pembangunan Sahsiah ini telah banyak memberi kesan terhadap perubahan karektor diri saya dalam aspek ciri fizikal. Saya telah mula mengambil berat terhadap pengurusan kendiri saya agar lebih kemas. Ketrampilan fizikil yang ditonjolkan saya tidaklah begitu baik sebelum ini. Saya jarang menggosok baju dan tidak memakai tali leher semasa di sekolah. Di luar sekolah, saya langsung tidak mengimejkan diri sebagai seorang guru dimana kesesuaian pakaian saya tidak begitu diambil berat. Dalam proses perubahan karektor diri, saya telah mengaplikasikan pendekatan pembelajaran sosial. Saya cuba mempelajari cara berpakaian seorang rakan sejawat sekolah saya. Saya mengamalkan prinsip pelaziman dengan memerhati dan meniru wataknya disamping memotivasikan diri sendiri untuk berubah. Perubahan saya ini telah menjadikan diri saya semakin dihormati murid-murid. Guru besar dan rakan-rakan sejawat juga berasa kagum dan memujikan perubahan watak baru saya. Nyatanya peneguhan positif dapat menggalakkan sesesuatu perlakuan diulangi dan dilazimkan. Kini saya telah dapat memilih pakaian yang sesuai dan sepadan mengikut keadaankeadaan tertentu. Penekanan Dalam Aspek Sosial Dan Perubahan Karektor Diri

Kekurangan dalam kamahiran bersosial akan menggoyah keyakinan diri dan seterusnya menjejaskan reputasi diri sendiri. Dalam modul Pembangunan Sahsiah, kebolehan guru berinteraksi dan berkominikasi amat diutamakan. Amalan sifat hormatmenghormati dan penerimaan terhadap orang lain disarankan agar guru dapat menunjukkan sahsiah yang tinggi dalam organisasi, komuniti dan masyarakat setempat. Pertuturan yang bersopan-santun, bersifat lemah-lembut dan baik hati juga dijadikan tunjang kepada ciri-ciri sahsiahnya semasa pergaulan. Dalam segala aktiviti sosial, cara guru berinteraksi dan berkomunikasi amat penting untuk mewujudkan suasana harmoni. Saya sudah sedar bahawa saya sebagai seorang pendidik perlu berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat khasnya dengan PIBG, Jemaah Pengurs dan PKG demi kebaikan bersama. Yakni sifat penerimaan dan bersedia menyumbang idea ini telah mewatakkan imej profesion sebagai seorang pendidik. Dengan ini, saya telah menumpukan sepenuh perhatian dengan bersungguh-sungguh dalam memupuk nilainilai sosial seperti kerjasama, kongsi bersama, penyayang, dan peramah agar dapat dilazimkan dalam ego demi mengatasi tenaga Thanatos. Dalam masa yang sama, saya juga bersifat berhati-hati dalam memberikan tindak balas dimana saya perlu peka kepada tanggungjawab saya terhadap sekolah, masyarakat dan negara dengan tidak menyampaikan sesuatu yang boleh mendatang kerosakkan kepada keharmonian bangsa dan negara. Penekanan Dalam Aspek Rohani Dan Perubahan Karektor Diri Unsur rohani yang diterapkan dalam perubahan sahsiah guru merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Kesabaran dan ketabahan diri merupakan inti kepada sahsiah kerohanian. Sifat-sifat halus dan nilai-nilai baik ini perlu disemaikan dalam sifat keperibadian guru. Ketidaksempurnaan rohanian diri akan merosakkan perasaan dan menjadikan emosi guru menjadi kurang stabil. Lebih teruk lagi ianya akan memusnahkan imej karektornya. Dengan itu, guru perlu optimistik dalam kehidupannya. Mereka perlu berpenuh harapan dan percaya kepada tuhan. Jiwanya perlu tenang dan kental tanpa diganggu nafsu yang tidak baik. Selepas mengamalkan pendekatan Psikoanalitik, saya telah berjaya meningkatkan tenaga Eros dalam mengatasi tenaga Thanatos yang boleh mendatangkan kemusnahan. Keadaan ini membolehkan saya melindungi kesedaran diri ketika menghadapi konflik

dan ketegangan. Saya telah memupuk sifat kepercayaan dan patut kepada ajaran agama dalam menghadapi cabaran hidup dimana superego saya telah diperkembangkan melalui ajaran moral dan agama.

Kesan Perubahan Karektor Kendiri Dan Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran, Pengurusan Dalam Bilik Darjah Dan Pembinaan Tingkah Laku Murid Dengan jelasnya, kursus Pembangunan Sahsiah ini telah banyak mendorong saya dalam mengubahkan personaliti diri yang kurang sempurna. Perubahan karektor saya juga memberi kesan dalam implikasinya terhadap proses pengajaran, pengurusan bilik darjah dan pengubahan sahsiah murid-murid. Mengikut konsep dalam pendekatan humanistik teori Hierarki Keperluan Maslow, manusia dilahirkan dengan keperluan-keperluan tertentu yang berhieraki. Keperluan di peringkat bawah perlu dipenuhi dan dipuaskan sebelum keperluan di hieraki yang lebih tinggi dipenuhi supaya tidak terjadinya masalah psikologi pada seseoang individu. Kini, saya sedar bahawa sebagai seorang pendidik, saya perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula agar keperluan yang terbawah iaitu keperluan fisiologi dapat dipernuhi. Selain itu, saya telah sedar pemindahan pembelajaran adalah hasil daripada pemahaman konsep secara beransuran mengikut peringkat. Startegik dan pendekatan yang sesuai telah saya pilih dan guna pakai sejajar dengan konsep teori Hierarki Keperluan Maslow dalam pendekatan humanistik dimana keperluan dan kebolehan murid perlu diambilkira.Penyampaian isi pelajaran telah dirancang dan disusun mengikuti konsep mudah kepada kompleks, umum kepada khusus, konkrit kepada abstrak dan daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru supaya murid saya mudah memahami pengajaran. Dalam proses pengajaran, saya juga selalu melakukan penyerapan dan pengabungjalinan yang sesuai dengan perkembangan murid-murid dalam semua aspek JERIS. ABM dan aktiviti yang sesuai disediakan untuk menarik minat murid untuk belajar disamping menyenorokan aktiviti pembelajaran agar menjadi pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Dalam kontek mengubah tingkah laku bermasalah mirid, saya telah gunakan teori terapi realiti. Srategik WDEP digunakan. Saya membimbing murid untuk mengenali masalah mereka dan menghubungkaitkan masalah yang dihadapi dengan kehendaknya. Murid akan dibimbing untuk membuat penilaian kendiri selepas arah tuju murid diterokai dan ditentukan oleh murid itu sendiri. Selepas itu, guru berbincang dengan murid dalam pilihan tindakan yang dipilihnya. Usaha mengubah tingkah laku ini dibentuk secara beransur-ansur dan berulang kali sehingga kelakuan yang diingini terhasil. Implikasi pendekatan pembelajaran pula, saya telah memahami hubungan antara rangsangan dan gerak balas serta kepentingan memerhati dan peniruan ke atas perubahan tingkah laku. Prinsip hukum yang kerap digunakan dahulu digantikan dengan peneguhan positif, generalisasi, diskriminasi, penghapusan, membentuk dan latihan kemahiran. Saya sedar murid-murid perlu diberi penghargaan kendiri. Hukuman tidak memberi makna malah akan mengakibatkan suasana tegang antara guru dan murid yang boleh menjejaskan proses pembelajaran murid. Dengan itu, pennghargaan melalui peneguhan positif memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, saya telah menjadi lebih fleksibel dan demokratik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya memberi peluang kepada semua murid untuk menampilkan diri di hadapan kelas. Motivasi dan prinsip membentuk digunakan untuk membantu murid-murid yang mempunyai personaliti pendiam, pemalu untuk menyalurkan pendapat dan menonjolkan diri di hadapan bilik darjah. Melalui peneguhan positif juga, diharapkan murid-murid tersebut berasa lebih berkeyakinan dan justeru itu lebih bersemangat untuk belajar. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusai dipengaruhi oleh tenaga psike yang meliputi penentuan psike dan tahap kesedaran. Dalam hal ini, saya telah meningkatkan kemahiran menyoal saya. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah mengemukakkan soalan yang berkaitan dengan pembelajaran yang lapas. Dengan ini, saya dapat membentuk personaliti ego murid kerana murid-murid akan berusaha mengingat dan mengamati apa-apa yang telah dipelajari sebelum ini. Apabila persoalan yang dikemuka dapat dijawab dengan lancar, mereka akan berasa puas kerana saya akan memberi respon dan rangsangan positif kepada apa-apa jawapan walaupun jawapan tersebut kurang tepat. Saya juga

menunjukkan emosi yang stabil bagi membolehkan murid saya berani dan rajin dalam bertanya dan meminta tunjuk ajar. Dulunya, murid saya segan dan tidak berani meminta tunjuk ajar kerana sikap garang dan pemarah. Dengan jelas reaksi emosi boleh menggangu hubungan murid dengan guru dan ini menjejaskan keberkesanan pembelajaran. Untuk memberi kepuasan untuk memenuhi desakn naluri murid, saya telah merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran yang selari dengan pekembangan psikoseksual agar personaliti yang kurang afektif dapat dielakkan. Teori terapi dalam pendekatan kognitif perkembangan sahsiah memberi tumpuan kepada konsep tanggungjawab dan kesannya kepaa perlakuan individu. Dalam hal ini, sikap tanggungjawab perlu disemai dalam jati murid agar mereka dapat membentuk sahsiah yang positif. Di dalam kelas, saya telah wujudkan satu peraturan rutin yang menentukan perkara yang boleh dibuat dan perkara yang tidak boleh dibuat. Peraturan ini dibina secara demokratik dimana murid-murid sama-sama menyumbang idea. Dengan adanya interaksi sosial antara saya dan murid, saya telah terapkan nilai hormat-menghoramati dan sikap tanggjungjawab dalam kalangan murid yakni mereka akan lebih berdisplin, berdikari, dan bertanggungjawab apabila melukan tugas-tugas masing-masing dalam bilik darjah. Kesimpulan Kursus Pembangunan Sahsiah dengan jelasnya banyak membantu para pendidik. Ianya bukan setakat memberi panduan kepada guru untuk mengubah karektor kendiri tetapi juga menjadi satu input kepada guru dalam memenangi masalah displin dan pembelajaran murid-murid. Guru yang memahami teori pembangunan sosial akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan, kematangan dan kebolehan murid-murid. Selain dari aspek kognitif, guru juga perlu memupuk ciri emosi dan rohani murid yang sihat sesuai dengan peringkat pekembangan dan keperluan. Tingkahlaku yang negetif dan emosi yang tidak diingini perlu dikawal dan dicegah setiap masa dengan cara yang betul menggunakan pendekatan yang sesuai. Strategi pengajaran secara kumpulan perlu diperbanyakkan bagi menggalakkan interaksi dan sosialisasi murid. Ketrampilan fizikal murid-murid juga perlu diberi penekanan supaya murid-murid dapat mengalami perkembangan yang menyeluruh. Akhir kata, guru perlu mempunyai pengetahuan terhadap teori-teori

pendekatan pembangunan sosiah supaya dapat membantu dan membimbing diri sendiri, murid dan rakan sejawat untuk membentuk sahsiah yang efektif.

Bibliografi Suppiah Nachiappan. Kamarulzaman Kamaruddin. Abd Aziz Abd Shukor. Ramlah Jantn. Roslinda Mustapha. Hazalizah Hamzah.(2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Noriati A Rashid. Boon Pong Ying. Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Dr Ragbir Kaur Joginder Singh.(2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI: Pedagogi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Modul Pembangunan Sahsiah. Perak: UPSI

Anda mungkin juga menyukai