Anda di halaman 1dari 12

KKD2063 - Pembangunan Sahsiah

TAJUK

KAJIAN KES GURU BERMASALAH


Kumpulan
JHR.BAHRU 06

DESEDIAKAN OLEH: NAMA TAN TEONG LAI NO ID D20112053030 NO TELEFON 013-7423399

NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Nurul 'Ain binti Mohd Daud TARIKH SERAH: 30 April 2012

Pengenalan
Satu demi satu kejadian salah laku guru yang tidak beretika telah wujud atas faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu melakukan perbuatan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip etika yang seharusnya diamalkan sebagai seorang penjawat awam. Isu-isu ini telah menimbulkan kebimbangan masyarakat. Dalam mata masyarakat, guru adalah insan yang sempurna. Guru harus mencerminkan keperibadian yang tinggi nilainya. Ketidakupayaan guru menunjukkan model dan teladan yang baik menjadi batu penghalang dalam mencapai aspirasi negara seperti apa yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Tindakan segera serta menyeluruh perlu diambil dengan segara bagi menyekat kejadian ini daripada terus berlaku. Di sekolah saya, tidak asing juga dengan isu-isu guru yang bermasalah. Dalam kajian kes ini, seorang guru yang bermasalah serious telah dikesan. Latar berlakang, pandangan dan persepsi terhadap guru itu diperolehi melalui temubual dengan pelbagai pihak. Rakan sebaya yang juga jiran pada masa zaman kanak-kanak guru tersebut telah banyak menyumbang dalam pengumpulan maklumat. Rakan sekerja, murid-murid yang diajar serta beberapa orang bekas muridnya ditemubual untuk mendapat pandangan dan persepsi terhadap guru tersebut. Objektif kajian secara umumnya bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis masalah guru tersebut. Pendekatan psikoanalitik telah saya gunakan dalam menganalisis masalah personaliti guru tersebut. Cadangan pelan tindakan telah dibuat untuk membantu membentuk sikap dan sahsiah guru berkenaan.

Latar Belakang Guru


Cikgu Teo Meng Li adalah seorang guru yang berpengalaman di SJK(C) Kuo Hwa. Dia telah berkhidmat di sekolah tersebut selama 20 tahun. Cikgu Teo masih belum berkahwin walaupun usianya sudah 45 tahun. Cikgu Teo juga seorang perokok dan dia adalah bebas daripada kepercayaan agama. Cikgu Teo berkelulusan diploma dari Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Dia mengajar Bahasa Melayu tahap 1 dan dilantik sebagai penolong panitia Bahasa Melayu sejak 8 tahun dahulu. Dia amat dipandang tinggi oleh pihak pentadbir kerana kebolehan dan keupayaan bekerjanya adalah tinggi. Menurut Cikgu Ng, rakan sebaya yang juga jiran sebelah Cikgu Teo semasa zaman kanak-kanak, Cikgu Teo sebenarnya datang dari keluarga yang cerai-berai. Dia dibesarkan oleh ibu tunggalnya yang berkahwin di usia muda. Semasa Cikgu Teo dalam zaman kanak-kanak, bapanya sering memukul dan menderanya tanpa sebab. Dia juga selalu dilarang pergi ke tandas, dan terpaksa menahan air kencing. Makan dan minumnya juga tidak dijaga menepati masa. Kejadian ini berpunca kerana ibunya masih muda pada masa itu dan kurang berpengalaman dalam mengasuhnya manakala bapanya pula berasa tidak selesa dan benci akannya. Namun, apabila Cikgu Teo berumur 6 tahun, bapa Cikgu Teo telah bercerai dengan ibunya dan meninggalkkan mereka. Oleh sebab hidup dalam kemiskinan, mereka menghadapi tekanan kehidupan yang besar. Ibunya mengamalkan disiplin yang amat ketat terhadapnya. Dia selalu didenda dan dihukum dengan berat seperti dirotan dan ditampar oleh ibunya apabila melakukan kesalahan. Dia tidak dibenarkan berkawan dengan kanak-kanak yang berlain jantina atau bermain dengan mereka. Dia dikehendaki mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan perlu membantu ibunya menjual mi goreng pada waktu malam. Jika dia gagal memenuhi kehendak ibunya, dia akan dikenakan hukuman dera yang berat.

Masalah-masalah Guru
Latar belakang keluarga Cikgu Teo yang sebegitu mungkin telah mempengaruhi watak dan sikapnya. Sebagaimana yang dapat saya tahui melalui murid-murid yang diajarnya, Cikgu Teo sering bertindak secara agresif dengan memarahi murid dengan kasar serta mengadakan dendaan dan hukuman yang terlampau. Dia seorang yang panas baran, bengis dan cepat marah. Kawalan emosi yang lemah mengakibatkan dia kurang sabar dan terlalu mengikut perasaan khasnya dalam menghukum murid. Murid-muridnya berasa takut datang ke sekolah. Mereka menganggap sekolah adalah tempat yang akan mengancam keselamatan mereka. Walaupun Cikgu Teo telah menerima banyak aduan daripada ibu bapa, malah dia menganggap cara pengajarannya adalah betul dan belaian negatif dan hukuman itu adalah wajar. Dia tidak mempedulikan nasihat dan pendapat orang lain dan enggan mengubah tingkah lakunya walaupun telah banyak kali ditegur. Cikgu Teo juga terlampau mementingkan kejayaannya. Dia menghadapi banyak tekanan dalam pekerjaan. Unutk mempertingkatkan prestasi matapelajaran Bahasa Malaysia di sekolah, dia telah mengamalkan kaedah latih-tubi yang melampau. Dia menganggap latihan yang banyak dan mencabar perlu diberikan kepada murid-murid supaya dapat mengukuhkan penguasaan dan pengetahuan mereka. Berdasarkan kepercayaan ini, dia telah menyediakan latihan tambahan yang tidak berhabis-habisan untuk murid-murid sehingga sebilangan besar murid tidak sempat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Disebabkan kesuntukkan masa, dia sering mengejar sukatan pelajaran akibat terlalu banyak menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan latih tubi. Keadaan ini lebih teruk lagi apabila murid-murid diarah dan dipaksa olehnya untuk menyiapkan latihan tambahan dengan usaha sendiri di rumah tanpa ajaran dan bimbingannya. Ini telah membebankan murid-murid yang lemah. Mereka terpaksa membuat latihan yang terlalu sukar bagi tahap kebolehan dan kematangan mereka. Sekiranya latihan tidak disempurnakan, mereka akan dimarahi dan dihukum dengan pelbagai cara yang kadang-kala menderakan. Hal ini telah menyebabkan gangguan emosi murid-muridnya dan sering menangis dan enggan ke

sekolah. Cikgu Teo juga selalu menyalahgunakan kuasanya yang sebagai penolong ketua panitia untuk mengarahkan rakan sejawatnya untuk melaksanakan sesetengah kerja yang sebenarnya bukan tugas mereka terutamanya guru yang berijazah atau sedang mengikuti Pendidikan Jarak Jauh. Oleh sebab dia hanya berkelulusan diploma

penguruan, dia berasa iri hati dan cemburu terhadap rakan sejawat yang berkelulusan lebih tinggi daripadanya. Dia tidak puas hati dengan gaji rakan sejawat yang lebih tinggi daripadanya dan sering merosakkan nama rakan sejawat yang tidak mengikuti percakapan dan arahan daripadanya. Sejak tahun 2011, Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengubah sukatan baru untuk murid mula dari tahun 1 kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sukatan baru ini amat berbeza

dengan sukatan lama. Cikgu Teo amat tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan sukatan baru ini kerana dia beranggap kurikulum ini tidak sesuai dan akan dimansuhkan pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, Sukatan baru ini juga tidak menggalakkan strategi pengajaran tradisional yang objektivisme dengan kaedah chalk and talk yang biasa digunakan oleh Cikgu Teo. Jadi, Cikgu Teo hanya menyediakan fail-fail dan dokumen yang akan dikehendaki oleh KPM untuk disemak oleh pegawai-pegawai, tetapi sebenarnya dia tidak melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta penaksiran mengikut kehendak KSSR. Dia tidak mahu mengubah dan sering mempengaruhi rakan sekerjanya untuk menentang kurikulum baru ini.

Justifikasi Masalah
Daripada masalah-masalah yang dikesan, iaitu hukuman dera, penyediaan latihan yang terlampau, penyalahgunaan kuasa dan enggan perintah terhadap kurikulum baru, didapati masalah utama Cikgu Teo adalah berkenaan dengan masalah sahsiah dan personalitinya. Masalah Cikgu Teo ini perlu diberi perhatian dan usaha dalam menangani masalah tersebut perlu diambil tindakan segera. Kegagalan mengatasi masalah tersebut akan merosakkan nama baik sekolah dan juga kepada profesion

perguruan. Seperti yang dimaktubkan dalam Etika Profesion Perguruan, tanggungjawab utama guru ialah terhadap murid-muridnya. Guru seharusnya lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid. Namun, tindakannya telah mendatangkan gangguan emosi dan desakan fizikal kepada murid. Murid takut ke sekolah kerana takut dimarahi dan dihukum. Mereka juga berasa tertekan dengan beban tugasan yang banyak dan diluar kebolehan mereka. Dengan itu, jelaslah bahawa sahsiah Cikgu Teo ini telah merosakkan imej profesion guru dimana guru seharusnya bersifat penyayang. Di samping itu, guru juga seharusnya berperanan sebagai pengganti ibu-bapa dalam usaha membentuk tingkah laku dan menjadi dirinya contoh teladan kepada murid. Tetapi apa yang dapat kita lihat, Cikgu Teo telah menunjukkan yang disebaliknya. Cikgu Teo sering memarahi murid dengan kata-kata yang kasar sehingga merendahkan harga diri murid-murid. Pertuturannya sering mencabar maruah murid-murid dengan perkataan-perkataan yang tidak elok. Ketrampilan yang tidak sihat dan kejiwaannya serta emosinya yang kurang mantap ini bukan sahaja menjejaskan perkembangan seimbang murid-murid tetapi juga merangsang

pembentukkan tingkah laku keganasan di kalangan murid. Hal yang sememangnya akan mengancam ketenteraman dan membawa kepada keruntuhan akhlak masyarakat generasi akan datang. Dalam konteks tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionnya, Cikgu Teo juga tidak mempamerkan sikap yang sewajarnya. Dia sering mencemarkan nama baik guru-guru lain dihadapan murid atau ibu-bapa dan berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah guru-guru lain yang dianggap dapat merebut atau mencabar jawatannya. Tindakannya sedemikian bertujuan untuk membesar-besarkan namanya agar dapat memperkukuhkan jawatan penolong panitianya disamping menonjolkan kepentingannya dalam organisasi sekolah. Cikgu Teo juga tidak memenuhi prinsip tanggungjawap terhadap ibu-bapa. Guru seharusnya dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan ibu-bapa untuk kepentingan dan kebaikan murid. Malah, Cikgu Teo sering berpegang kepada kepercayaan diri

sendiri. Dia tidak mempedulikan pandangan dan tunjuk ajar daripada pihak lain, sama ada daripada rakan sejawat atau pun daripada ibu-bapa. Dia sering bergaduh dan memarahi ibu-bapa murid-muridnya dengan kasar tanpa mengambil kira maruah orang lain. Aduan ibu-bapa terhadapnya tidak ambil peduli langsung setiap masa dan hukuman terhadap murid-murid tetap diulanginya. Perbuatan penipuan Cikgu Teo dalam menyediakan data dan maklumat penaksiran berasaskan sekolah ini telah melanggar prinsip tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Usaha KPM mengubal kurikulum baru mengikuti ketepatan dan kemajuan sedunia semestinya diberi penghargaan dan perlu dilaksanakan oleh semua warga pendidik. Namun, tingkah laku Cikgu Teo yang menentang dan membuat laporan palsu ini sememangnya adalah sifat yang amat tidak bertanggungjawab. Dia tidak melaksanakan tugasnya dengan baik dan tidak mengambil tahu tentang cita-cita dan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sikap negatifnya terhadap perkembangan dan tranformasi pendidikan telah menyekat akauntabilitinya sebagai agen perubahan dimana sebagai seorang guru haruslah sentiasa mengemaskini diri demi membawa perubahan dalam kalangan masyarakat agar melahirkan generasi masa depan yang dinamik dan proaktif sejajar dengan aspirasi negara.

Analisis Masalah
Daripada hasil dapatan, amatlah nyata bahawa kes Cikgu Teo ini berkaitan rapat dengan sahsiah dan personalitinya dimana masalah tingkah laku negatif dan kepanasan perasaannya berpunca daripada pengalaman trauma penderaan semasa kecil lagi. Ancaman yang wujud semasa zaman kanak-kanaknya menyebabkan Cikgu Teo sentiasa dalam keadaan yang tertekan. Pengalaman ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada kognisinya yang mengakibatkan pembentukkan

personalitinya yang agresif. Dengan itu, pendekatan psikoanalitik amat sesuai digunakan untuk menganalisis dan dijadikan sebagai satu mekanisme untuk merawat Cikgu Teo yang mempunyai masalah personaliti.

Menurut Sigmund Freud, personaliti berkembang mengikut 5 peringkat. Pada setiap peringkat itu, terdapat kepuasan yang seharusnya di penuhi dalam desakan nalurinya. Daripada fahaman Sigmund Freud, personaliti terbentuk pada usia sekitar 5-6 tahun. Dengan ini, adalah nyata bahawa perkembangan emosi-fizikal Cikgu Teo tidak dipenuhi sejak kecil lagi ini telah membuktikan bahawa perkembangan pada peringkat tahap oral itu tidak dipenuhi. Dia tidak disusui dan dibelai dengan mesra oleh ibunya pada masa kecil ini juga telah mengakibatkan Cikgu Teo seorang perokok yang berpertuturan kasar dan suka mengkritik orang lain. Sifat-sifat agresif dan dendam Cikgu Teo ini dipercayai berpunca akibat gangguan kepuasan pada peringkat tahap anal. Pembuangan najlis yang mengakibatkannya keliru dan berasa tertekan telah menyekat perkembangan personaliti. Keadaan ini telah memberi implikasi dalam terwujudnya tingkah laku agresif terhadap murid-murid dan dendam kepada rakan sejawatannya. Tambahan pula, Cikgu Teo sering dipukul oleh ibu-bapanya sepanjang masa perkembanga pada tahap peringkat Falik, ini telah mendorong kepada peniruan tingkah laku ibu-bapanya sehingga dewasa ini. Mengikut Sigmund Freud, manusia dilahirkan dengan desakan naluri yang semulajadi. Berdasarkan pandangan ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidak dapat menentukan haluan dirinya. Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh naluri kehaiwanan dan desakan biologikal. Desakan seksual yang berasaskan konsep LIBIDO mula-mula dikaitkan rapat dengan bahagian-bahagian mulut, anus, dan alat kelamin, iaitu bahagian-bahagian tubuh yang boleh menimbulkan kepuasan seksual. Namun, selepas perkembangan sistem kejiwaan manusia, rasa puas ini lama-kelamaan terlepas dari kaitannya dengan tubuh dan menjadi dorongan-dorongan yang berdiri sendiri. Sifat, kekuatan, dan cara penyaluran dari LIBIDO pada masa anak-anak sangat menentukan kehidupan kejiwaan dan keperibadian seseorang individu. Dengan itu, terbuktilah Cikgu Teo yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak sempurna ini menyebabkannya diekspresikan melalui

perlakuan mengejut dan luar biasa yang bersifat agresif dimana desakan THANATOS telah berpengaruh sepenuhnya dalam nalurinya. Tambahan pula, seorang guru perempuan yang masih tidak berkahwin pada usia yang uzur ini tidak dapat dibendung dengan pengalaman-pengalaman kekeluargaan dan ini mengakibatkan tindkanya lebih dikawal oleh desakan biologikal. Dia bertindak diluar kawalan dan cenderung untuk menyerang murid-murid dengan hukuman dera apabila berhadapan dengan murid-murid lemah yang tidak memahami pengajarannya dan juga dengan murid-murid yang tidak menyiapkan tugasan yang ditentukannya. Tingkah-laku yang ditonjolkan adalah bersifat kehaiwanan dimana telah merosakkan imej profesionnya dan peraturan-peraturan dalam masyarakat. Sigmund Freund juga menyatakan bahawa personaliti manusia terbahagi kepada tiga komponen yang salaing berkait rapat antara satu sama lain. ID merupakan komponen biologi iaitu tempat-tempat penumpuan naluri-naluri yang bersifat tidak logik dan tidak bermoral. Ianya didorong oleh nafsu tenaga LIBIDO yang menyimpan desakan asas. EGO pula ialah komponen psikologi yang mengendalikan kesedaran dan bertindak sebagai hakim dalam mengimbangi ID dan SUPEREGO. EGO ini berlaku secara realistik, logik dan tersusun. Komponen terakhir ialah SUPEREGO. Ianya merupakan komponen sosial dan nilai-nilai moral masyarakat yang mementingkan kesempurnaan dan berfungsi menghalang keinginan-keinginan ID. Dalam kes Cikgu Teo, kita dapat kesan bahawa ID Cikgu Teo bernafsu untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam organisasi sekolah. Pertimbangan dalam EGO bahawa dia perlu mempertahankan kedudukan yang diperlukan oleh nalurinya dalam ID supaya bertindak sesuatu. Disebabkan pengalaman pahit sejak zaman kanak-kanaknya itu, terbinalah nilai-nilai peribadi Cikgu Teo yang mementingkan diri sendiri dan iri hati dalam EGOnya. EGO ini kemudian berasa bahawa merosakkan nama baik guru lain itu tidak bersalah dan EGOnya pun mula bertindak apabila ID telah mendahului EGOnya. Dalam perkembangan yang berunsur-unsur, SUPEREGO kita semakin bertambah dengan adanya ajaran nilai agama, moral, adat resam dan sebagainya. Namun, disebabkan Cikgu Teo tidak berkepercayaan kepada agama,

SUPEREGOnya kurang diasuhi oleh didikan nilai dan moral, maka kuranglah pengaruh SUPEREGO sehingga Cikgu Teo berasa merosakkan nama baik rakannya itu tingkah laku yang wajar dilakukan. Dalam situasi melakukan hukuman, Cikgu Teo juga mengalami proses mental mekanisme bela diri yang bertujuan mengurangkan kecemasan di mana EGO membela dirinya terhadap konflik dan kerisauan. Hukuman yang telah dilakukan oleh Cikgu Teo terhadap murid yang diluar kawalan emosinya telah menyebabkan kerisauannya. Namun mekanisme bela diri jenis Projeksi mula berfungsi. Dia mempertahankan perlakuan menghukum murid itu adalah rasional dimana semua guru akan juga turut menghukum murid jika murid tidak menyaipkan kerja rumah. Situasi yang sama berlaku dalam kes Cikgu Teo enggan mamatuhi kurikurum baru KSSR dimana dia juga membela diri dengan membuat generasi bahawa semua guru juga bertindak serupa dalam menyediakan laporan palsu.

Cadangan Pelan Tindakan


Strategi 1: Memperkasa profesionalisme guru dari segi pembangunan sahsiah Menyediakan peluang penglibatan dalam kursus pembangunan sahsiah Merancang dan melaksanakan pemantauan yang berterusan dan berkesan terhadap pembentukkan sahsiah ke arah yang afektif Memberi pengiktifan kepada perubahan tingkah laku

Strategi 2: Membina jaringan kerja efektif dengan Alumni, PIBG, PKG dan PPD Menjalankan aktiviti bersosial bersama masyarakat setempat Merancang dan memantapkan program pembangunan sahsiah bersama

Strategi 3:

Membimbing dan mengadakan sesi kaunseling

Menjemput kauselor berwibawa dalam usaha membentuk sahsiah ke arah yang lebih baik

Strategi 4:

Menerapkan nilai dan moral melalui ajaran agama

Membimbing dan menyedari kepentingan kepercayaan agama dalam kehidupan harian

Rumusan
Status dan peranan utama guru dalam membentuk warganegara tidak dapat dinafikan. Personaliti guru yang melihatkan ketrampilan yang baik akan menjadikan guru satu profesion yang diiktirafkan. Namun, isu-isu guru bermasalah yang semakin menjadi-jadi ini berpunca daripada banyak faktor dorongan menjadikan guru bertindak ganas sehingga tergamak mencederakan murid. Faktor paling utama adalah dibelenggu tekanan. Tidak kurang juga guru disebabkan pengaruh pengalaman pahit pada zaman kanak-kanak. Pendekatan teori psikoanalitik telah berjaya menjelaskan bahawa masalah guru yang mempunyai tahap komponen personaliti yang berbeza. Sekiranya seorang guru lebih menonjolkan Idnya, maka guru ini akan mengutamakan keperluannya sahaja tanpa mengira keperluan orang lain. Manakalah guru yang mengutamakan EGOnya lebih daripada ID ini akan membuat pertimbangan-pertimbangan sebelum melaksanakan sesuatu tindakan. Sebaliknya, guru yang mempunyai kawalan SUPEREGO yang tinggi akan sentiasa mengawasi tindak-tanduknya mengikut norma masyarakat. Dalam kod etika profesion keguruan, terdapat tatasusila profesion keguruan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan dan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap warga pendidik dalam menjaga imej profesionnya. Setiap isu masalah guru harus dikaji segala mengambil kira elemen dalam kod etika profesion dan pada masa sama menyiasat semua kes yang berlaku bagi mendapat gambaran sebenar, seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian. Usaha membantu guru dalam menangi masalah yang berlaku ini perlu dilaksanakan segera dan berterusan demi kebaikan semua pihak.

BILOGRAFI
Suppiah Nachiappan. Kamarulzaman Kamaruddin. Abd Aziz Abd Shukor. Ramlah Jantn. Roslinda Mustapha. Hazalizah Hamzah.(2009). Pembelajaran dan

Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Noriati A Rashid. Boon Pong Ying. Wong Kiet Wah. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Dr Ragbir Kaur Joginder Singh.(2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI: Pedagogi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Modul Pembangunan Sahsiah. Perak: UPSI Ahmad Fadzli Fauzi.(2009).Bagaimana Meransang Seronok Belajar.Selangor:PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus.Mahani Razali.Ramlah Jantan.(2006). Modul Psikologi Pendidikan OUM.Selangor:Meteour Doc Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai