Anda di halaman 1dari 11

1. 2. 3.

PEMARKAHAN BAHAN PP ESEI FORUM JUMLAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

KKD2036 PEMBANGUNAN SAHSIAH


TAJUK TUGASAN 2

KUMPULAN EL-TAWAU02 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA AZMI B. ABDUL KADIR NO. ID D20112054677 NO. TELEFON 0135521066

TUTOR E-LEARNING ENCIK ZULKIFLI B. MAMAT

TARIKH PENGHANTARAN 10 APRIL 2012

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT 01. 02. 03. 04. 05. Pengenalan Pengertian Sahsiah dan Pembangunan Sahsiah 4 Perkara Utama Dan Kesan Kepada Perubahan Karektor Diri Kesimpulan Rujukan 10 11 3 46 79

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

1. PENGENALAN Profesion perguruan merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana indiviu yang dihasilkan kelak bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga perlu diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Tugas tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja banya berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks. Ini adalah kerana kesan daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang semakin pesat. Oleh yang demikian, implikasi Falsafah Pendidikan Negara terhadap pendidik adalah perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita FPK. Selain itu, guru sebagai role model haruslah mempunyai akhlak mulia, percaya kepada tuhan dan melaksanakan amanah bersungguh-sungguh. Malahan guru juga hendaklah peka kepada perubahan semasa dan sentiasa mengamalkan budaya mencari ilmu. Ini menuntut kepada perubahan sahsiah guru yang positif. Untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Guru, guru diharapkan boleh menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta memiliki sahsiah yang sewajarnya. Maka, kursus Pembangunan Sahsiah merupakan jalan yang terbaik untuk melahirkan guru yang bersahsiah tinggi. Melalui Kursus Pembangunan Sahsiah ini diharapkan agar para guru dapat memperolehi konsep asas pembangunan sahsiah serta membina karektor kendiri ke arah etika profesion keguruan yang lebih berkualiti.Kursus Pembangunan Sahsiah ini juga telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang profesional dan berkesan.

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

2. i)

PENGERTIAN SAHSIAH DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH Sahsiah Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan

peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya Pattern and Growth in Personality, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1).

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

ii)

Pembangunan Sahsiah Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna berlandaskan

ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual adalah kejayaan kepada masyarakat dan Negara. Pendidik adalah penggerak utama dalam

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

membangunkan sahsiah murid dan menjadi contoh dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Manakala, Wan Azmi (1992) pula menyatakan bahawa pembangunan sahsiah merupakan aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada berbentuk positif atau negatif. Mohd Nazir et al.(2006) pula menyatakan bahawa pembangunan sahsiah bererti membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju. Menurut Kamarul Azmi (2002), pembangunan sahsiah adalah meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial eknomi yang dianggap sebagai tunjung dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarkat manusia. Semua pernyataan ini menjurus kepada maksud yang sama mengenai pembangunan sahsiah iaitu pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu dan merupakan semua tingkah laku yang tetap iaitu yang pasti pada seseorang individu, namun ianya berlainan dengan orang lain. Setiap tingkah laku mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Fokus utama pembangunan sahsiah ini merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dari segi dalaman atau luaran. Pembangunan sahsiah boleh dilihat mengikut dua perspektif iaitu perspektif Islam dan perspektif Barat iaitu i) Pembangunan sahsiah mengikut perspektif Islam Setiap insan harus tahu cara menguruskan hidup secara profesional supaya tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani malah merangkumi aspek rohani, naluri dan akal individu.

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

ii)

Pembangunan sahsiah mengikut perspektif Barat Pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk emenuhi keperluan jasmani manusia sendiri. Berdasarkan pandangan Mark (1818-1883), Weder (1864-1920) dan Maslow (1908-1970), keperluan jasmani yang ditekankan ilah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia.

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

3. 4 PERKARA UTAMA DAN KESAN KEPADA PERUBAHAN KAREKTOR Dewasa ini guru merupakan contoh dan tauladan kepada murid-murid. Guru juga menjadi role model atau idola kepada murid- murid di sekolahnya. Maka dengan itu guru seharusnya mempunyai sahsiah yang jitu dan terpuji, dapat dicontohi dan dihormati oleh murid dan orang ramai di sekitarnya. Personaliti dan jati diri guru yang seimbang dalam semua aspek adalah penting dalam merangsang murid untuk menjadikan guru itu sebagai contah sari teladan dalam proses perkembangan mereka. Perkara penting yang ditekankan dalam kursus Pembangunan Sahsiah ini termasuklah ciri-ciri sahsiah dari aspek kognitif, fizikal, sosial dan rohani.

i)

Penekanan Dalam Aspek Kognitif dan Perubahan Karektor Diri Melalui kursus ini perubahan yang jelas ketara dapat dilihat melalui perubahan

pandangan yang lebih terbuka terhadap skop kerjaya saya sebagai seorang guru pembimbing persatuan. Jika sebelum ini saya banyak mengelak dari tugas yang diberikan kepada saya terutama yang membabitkan persatuan-persatuan. Tangapan saya adalah mengajar adalah lebih penting dari berpersatuan sehingga mengakibatkan saya tidak mengambil peduli dengan persatuan di sekolah. Dengan adanya penekanan kepada aspek kognitif ini saya dapat berfikir secara positif. Saya menambah ilmu pengetahuan tentang persatuan-persatua ini dengan memasuki pusat ko-kurikulum. Di sini saya dapat menagani stress dan mengurus keperluan kerjaya saya dengan baik. Teori pilihan telah saya amalkan dimana saya telah berjaya mengawal tingkahlaku saya. Berdasarkan teori pilihan, sifat tanggungjawab amat penting.keupayaan sya menanam nilai tanggungjawab dengan mendalam membolehkan saya mengatasi konflik dalam pemikiran. Kini saya lebih bersemangat di dalam berpersatuan. ii) Penekanan Dalam Aspek Fizikal Dan Perubahan Karektor Diri Pemikiran dan emosi seseorang individu biasanya diterjemahkan dalam bentuk tindakan fizikal. Persepsi dan justifikasi ke atas personaliti individu lain ditaksir melalui tingkah laku dan ketrampilan yang ditunjukkannya. Guru harus menyedari bahawa cara guru

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

mempamerkan tingkah laku akan mempengaruhi penampilan murid-muridnya. Perwatakan guru yang tampan, kemas dan bersih sememangnya dapat menarik minat murid, menarik perhatian dan dihormati. Tubuh badan yang sihat, mencerminkan akal yang cerdas. Kursus ini telah banyak memberi kesan terhadap perubahan karektor diri saya dalam aspek fizikal. Kesan yang ketara adalah pada penampilan kendiri. Ketrampilaan fizikal yang ditonjolkan saya tidaklah begitu kemas sebelum ini. Saya memakai pakaian asalkan muat di badan sahaja. Tanpa mengira kesesuaian warna, kasut yang tidak bergosok sehingga hitam berkilat. Dalam proses perubahan karektor diri saya mengaplikasikan pembelajaran sosial. Saya sering bertanya kepada rakan-rakan tentang penampilan saya. Disamping itu saya mengamalkan prinsip pelaziman dengan memerhati dan meniru rakan sejawat yang kelihatan kemas dan segak. Kini saya sentiasa bertali leher dan kasut saya sentiasa berkilat.

iii)

Penekanan Dalam Aspek Sosial Dan Perubahan Karektor Diri Dalam modul pembangunan sahsiah, kebolehan guru berinterkasi dan berkomunikasi

amat diutamakan. Amalan sifat hormat- menghormati dan penerimaan terhadap orang lain disaraankan agar guru dapat menunjukkan sahsiah yang tinggi dalam organisasi, komuniti dan masyarakat setempat. Pertuturan yang lemah- lembut, sopan santun, dan baik hati juga dijadikan tunjang kepada ciri-ciri sahsiahnya semasa pergaulan. Sebagai seorang pendidik saya perlu berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat khasnya di sekolah yang sentiasa di datangi berbagai-bagai ragam manusia. Keperluan saya untuk memupuk nilai-nilai sosial seperti kerjasama, kongsi bersama, dan peramah amatlah tinggi. Dalam masa yang sama saya juga perlu peka kepada tanggungjawab saya terhadap sekolah didalam memberikan tindakbalas kerana kemungkinan tindakan saya itu tidak selari dengan kemahuan pihak sekolah dan pentadbiran. iv) Penekanan Dalam Aspek Rohani Dan Perubahan Karektor Diri Unsur rohani yang diterapkan dalam perubahan sahsiah guru merangkumi unsur hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

amalan keagamaan. Dalam hal ini saya lebih membanyakkan amalan sembahyang berjemaah di surau sekolah dengan rakan sejawat dan murid-murid yang berkesempatan. Kalau sebelum ini saya lebih banyak menghabiskan masa di kawasan menunggu di sekolah untuk pulang ke rumah, kini saya lebih selesa menunaikan sembahyang dahulu sebelum pulang.

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

4. KESIMPULAN Dengan jelasnya, kursus Pembangunan Sahsiah ini telah banyak mendorong dan membimbing saya dalam mengubah personaliti yang kurang sempurna kepada yang lebih sempurna. Perubahan karektor saya juga memberi kesan dalam implikasinya terhadap proses pengajaran, pengurusan bilik darjah dan pengubahan sahsiah murid-murid. Dalam proses pengajaran saya melakukan penyerapan dan pengabungjalinan yang sesuai dengan perkembangan murid-murid dalam semua aspek JERIS. Kursus Pembangunan Sahsiah dengan jelasnya banyak membantu para guru. Guru yang memahami teori pembangunan sosial akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan, kematangan dan kebolehan murid-murid. Kursus ini juga memberi input kepada guru dalam menangani masalah disiplin dan pembelajaran murid-murid. Tingkahlaku yang negatif dan emosi yang tidak stabil perlu di kawal dan dicegah setiap masa dengan cara yang betul menggunakan pendekatan yang sesuai. Akhir kata dengan adanya kursus pembinaan sahsiah ini ianya akan berjaya menangani pelbagai masalah yang mendatang.

10

KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

5. RUJUKAN 1. Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia 2. Ee Ah Meng (1996). Psikologi pendidikan 1:Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti 3. Rahmattullah Khan Abdul wahab Khan, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2011). Modul:KKD2063 Pembangunan Sahsiah.Perak: UPSI 4. Shults, D.P., dan Schultz, S.E.(2009). Theories of personality.(9th Ed.)Belmont, CA:Wadsworth. 5. Wan Azmi Ramli (1992). Pembangunan masyarakat dari perspektif kebajikan. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai