Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |1 UNIT 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menyatakan definisi am pembangunan sah siah. 2. Membincangkan pengertian pembangunan sahsiah daripada pelbagai perspekt if. 3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sahsiah guru. 4 . Membincangkan ciri-ciri sahsiah guru. 1.1 PENGENALAN A pakah yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan pembangunan sahsiah? Anda m ungkin terbayang cara seseorang berpakaian dan menghias diri atau tergambar ting kah laku seseorang atau sekelompok manusia. Ramai orang melihat sahsiah dari asp ek luaran tanpa meninjau secara terperinci aspek dalaman individu yang juga meng gambarkan sahsiah dirinya. Rajah 1.1 Guru sebagai cermin keperibadian murid

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |2 Mari kita fikirkan bagaimana guru sebagai cermin keperibadian murid dalam kontek s pembangunan sahsiah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Pada pendapat an da, apakah perkara penting yang mampu diubah dan dibangunkan oleh guru terhadap sahsiah murid-murid di sekolah? Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizika l, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasa rkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalu nya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yan g kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma d an nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan or ang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dika takan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu foku s yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaim ana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat d engan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. I a merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendid ikan Kebangsaan. Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid -murid serta menjadi role model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah d an berakhlak mulia. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuk sahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-mur id. 1.2 PENGENALAN PEMBANGUNAN SAHSIAH elepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, m ari kita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan juga berdasarkan beberapa perspektif yang berbeza. S Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau perib adi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri , sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik indi vidu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008). Menuru t Siti Fatimah (1993), sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |3 merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada car a bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah se bagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi ca ra seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitar nya (Ee Ah Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psik ologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan , sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizik al pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khus us. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan He rman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusi a itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 199 2). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembanguna n tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luar an. Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah la ku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia me wakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan maksud s ahsiah mengikut pemahaman yang anda perolehi. __________________________________ ________________________________________________ _______________________________ ___________________________________________________ ____________________________ ______________________________________________________ 1.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM embangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan. Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional darip ada perspektif Islam agar tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Jika diti njau dan dihalusi sirat terdahulu, umat Islam berjaya kerana mereka mampu memaks imumkan segala kekuatan yang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka. Dalam persp ektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Terdapat bebera pa pendapat yang berbeza berkaitan dengan pembangunan sahsiah mengikut perspekti f Islam. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Is lam memberi penekanan penting kepada kedua-dua akhlak tersebut. Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah P

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |4 bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. Mereka berpendapat bahawa fakto r-faktor lain yang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah hubungan man usia dengan Allah s.w.t, interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Pendapat ini adalah selaras dengan Mohd Ismail (1999) yang menyatakan bahawa proses pemba ngunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada proses pembangunan insan ya ng cemerlang, diikuti dengan proses pembangunan anak cemerlang serta proses pemb angunan individu cemerlang. Selain itu, Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pe mbangunan sahsiah berdasarkan empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercay aan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat -empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dal aman manusia. Namun, aspek dalaman boleh dilihat menerusi Mazahir atau tingkah l aku luaran. Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah da n amalan atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan k epercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan ak hlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina. Menurut Iman Al Ghazali (1989), p embangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan p engetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, menc ari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunan jiw a serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhada p pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panj ang. Dengan kata lain, sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengel uarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran, pen elitian serta paksaan. Secara ringkasnya, pembangunan sahsiah dari perspektif Is lam boleh diertikan sebagai membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan mat lamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempunyai nilai murni dan berdaya maju. 1.4 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT Dari perspektif Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi ke perluan jasmani manusia sendiri. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jas mani yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah keperluan fizikal dan keper luan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan k elas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan d an perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |5 A Berdasarkan definisi-definisi sahsiah yang dikemukakan oleh pelbagai tokoh, sila isikan dalam jadual di bawah intipati atau perkara asas yang mendefinisikan sah siah secara keseluruhan. Penilaian Perasaan Akal Naluri Minat Sikap Penampilan Ibadah Perhubungan Sesama Manusia Mencari Rezeki

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |6 Bina satu peta minda untuk merumuskan definisi-definisi pembangunan sahsiah berd asarkan pelbagai pendapat dan perspektif Islam. MyGuru. Kemudian, bincangkan dengan rakan-rakan sekumpulan berkaitan dengan pembangunan sahsiah daripada perspektif agama Islam, Buddha, Kristian dan sebagainya dalam

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |7 1.5 CIRI-CIRI SAHSIAH Sejauh mana anda mengenali diri anda? Pernahkah anda memahami ciri-ciri sahsiah yang ada dalam diri anda? Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan de ngan maksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajar an dan organisasi. Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku , tetapi melibatkan corak tingkah laku dan operasi yang bersifat konsisten. Sahs iah merangkumi empat aspek berikut iaitu; a. Hubungan dengan tuhan b. Kejiwaan yang kental c. Konsep kendiri yang mantap a. b. c. d. Berfikir secara positif Menangani stress Mengurus keperluan kerjaya Mengurus dir i dan kehidupan a. Mempamerkan tingkah laku b. Penampilan kendiri c. Pengurusan kendiri a. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi b. Penerimaan terhadap orang lain c. Persediaan untuk memberi dan menerima pendapat Rajah 1.2 Empat aspek dalam sahs iah Di samping itu, ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam adalah digariskan be rpandukan AlQuran. Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun s upaya kehidupan manusia

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |8 tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta ibadat kepada Pen cipta. Terdapat lapan ciri yang digariskan mengikut perspektif Islam seperti dal am Rajah 1.3. Rajah 1.3 Ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |9 1.6 P FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH embangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekita ran. Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan, penyaki t, kecerdasan dan temperamen. Faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak -kanak, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan masyarakat (rujuk Rajah 1.4). Rajah 1.4 Faktor baka dan faktor persekitaran mempengaruhi pembangunan sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 10 Faktor Baka Berikut adalah empat elemen penting dalam faktor baka yang mempengar uhi pembangunan sahsiah individu (Mohd Ismail et al. 2004); a) Saiz Badan Saiz b adan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Kebolehan me lakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuan orang. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kend iri individu dan seterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat. b) Penyakit Terda pat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma, ken cing manis, sakit jantung dan sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yang muda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya dengan rakan-rakan. Hal ini secara tidak langsung boleh mempen garuhi pembangunan sahsiah individu ke arah yang tidak sihat disebabkan perkemba ngan sosial dan emosi terganggu. c) Kecerdasan Setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikan masalah seharian mereka. Kem ampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademik atau pekerjaan. Menur ut Azizi et al. (2007), kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pre stasi akademik. Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyai tahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya. d) Temperamen Temperamen merupakan sifa t semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antara individu dengan individu yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesra deng an orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi. Faktor Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sah siah individu. Antara faktor persekitaran termasuk keluarga, pengalaman awal, ke budayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa dan masyarakat (Mohd Ismai l et al. 2004). a) Keluarga Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak m empengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. Keluarga yang mesra dan harmon i lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak didikan

Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 11 ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan. Selain itu, kedudukan kewangan keluarga juga menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya seperti bahan pengajaran tamb ahan. Ibu bapa yang mampu membeli buku rujukan tambahan, komputer, alat permaina n atau alat muzik lebih banyak menyediakan peluang kepada anak-anak untuk mempel ajari sesuatu yang baru dan sebaliknya. Dalam erti kata yang lain, terdapat pros es sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas iaitu kelas bawahan tidak meng galakkan anak berfungsi dengan lebih sempurna berbanding dengan anak-anak kelas pertengahan atau atasan yang lebih bersedia untuk masuk ke sekolah, disebabkan p ersekitaran yang berlainan. b) Pengalaman Awal Pengalaman awal kanak-kanak membe ri kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa kanak-kanak terse but melangkah ke peringkat dewasa. Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melaku kan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa merasa bimbang dan bersalah. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diri dan teranca m sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Impa k tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif. c) Kebudayaan Kebudayaa n yang berbeza mempunyai norma dan nilai yang berbeza. Budaya sama ada daripada keluarga atau masyarakat telah dipupuk dalam diri individu sejak kecil lagi. Pen ekanan kepada satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengar uhi pembangunan sahsiah kanak-kanak. Contohnya, sesebuah keluarga yang menekanka n kekayaan dan kebendaan sebagai nilai yang penting dalam hidup, maka kanak-kana k yang membesar akan bersifat materialistik. d) Pengaruh Sekolah Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. Tindakan atau tingkah laku yang d itunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sek olah. Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif, kurang inova tif serta takut membuat perubahan. Hal ini akan menyebabkan sifat kepimpinan mur id-murid terbantut. Selain itu, guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh . Guru yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil. Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya, guru yang tidak adil, pil ih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid -murid yang tidak baik. Maka, persekitaran sekolah merupakan situasi yang mengga lakkan pembangunan sahsiah berlaku. Suasana sekolah yang baik dapat membantu pem bangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitar an yang menyenangkan.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 12 e) Pengaruh Rakan Sebaya Menurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al. 2004: 27), terdapat tiga cara utama bagaimana individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka. Pertama, anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila mereka ingin dite rima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka; kedua, mereka terpengaruh dengan k epimpinan dan kemampuan rakan mereka. Ketiga, mereka ingin membuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan. f) Media Massa Media mass a memberi pengaruh yang kuat terhadap pembangunan sahsiah individu. Pendedahan k epada media massa yang sihat adalah penting seperti program-program bercorak kea gamaan, sains, national geography dan sebagainya akan membantu perkembangan inte lek seseoran individu. Secara langsung melalui program-program ini lebih menggal akkan individu untuk berfikir, membangkitkan motivasi dan minat untuk belajar. g ) Masyarakat Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat ak an melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia ber korban untuk menolong orang lain. Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih bany ak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan. Mereka sanggup melakukan tingk ah laku yang melanggar undang-undang demi memperolehi kekayaan. Hal ini jelas me nggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individ u yang tidak diingini. Oleh itu, adalah penting untuk melihat kepada dua faktor utama tersebut iaitu faktor baka dan faktor persekitaran dalam usaha untuk memba ngunkan sahsiah murid-murid di sekolah nanti. Dengan kata lain, guru bukan sahaj a bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggun gjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang da n budaya yang diterima olehnya.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 13 Berdasarkan pengalaman hidup anda, kaitkan dengan dua faktor utama yang paling m empengaruhi diri anda dalam konteks pembangunan sahsiah. ________________________________________________________________________________ __ _____________________________________________________________________________ _____ __________________________________________________________________________ ________ _______________________________________________________________________ ___________ ____________________________________________________________________ ______________ _________________________________________________________________ _________________ ______________________________________________________________ ____________________ ___________________________________________________________ _______________________ ________________________________________________________ _________________________ Statistik telah menunjukkan bahawa keruntuhan sahsiah di kalangan remaja semakin serius berlaku. Terdapat pihak yang menuding jari untuk menafikan tanggungjawab terhadap pembentukan sahsiah remaja kini. Apakah pendapat anda berkaitan dengan isu tersebut? RUMUSAN Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhan ia itu dari aspek fizikal, emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia jug a tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yan g amat besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bagi membangunkan sahsiah individu faktor persekitaran dan faktor keluarga adalah penting selain faktor ke ndiri individu itu sendiri. KATA KUNCI 1. Sahsiah 2. Akhlak 3. Penampilan 4. Baka 5. Persekitaran

Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 14 PENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan pe mbangunan sahsiah. 2. Senaraikan ciri utama dari perspektif Islam yang menunjukk an seseorang itu mempunyai sahsiah yang tinggi. 3. Apakah faktor-faktor yang mem pengaruhi pembentukan sahsiah? Bagaimanakah ia mempengaruhi pembentukan tersebut ? JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Keperibadian Penilaian Jasmani Rohani Akal Perangai Sentimen Minat Cita-cita Pem binaan Akidah Penampilan Penghayatan Al-Quran Berkeluarga Perhubungan Sesama Man usia Pembangunan Jiwa / Hati Personaliti Perasaan Perlakuan Akhlak Naluri Kognit if Kecerdasan Sikap Kepercayaan Nilai-nilai Ibadah Pengetahuan Agama Adab Kehidu pan Mencari rezeki Budi Pekerti

Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 15 RUJUKAN Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaanny a di IPT di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asram a Peringkat Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan perkembangan. Petaling Jaya: Longman. Abdullah Nashih Ulwan (1994). Pesanan kepada pemuda Isl am. Kuala Lumpur, Penerbitan AlRamadhan. Al-Ghazali (1989). Bimbingan mukmin pad a mencari ridha al-A lamin. (Terjemahan oleh Sayyid Ahmad Semait). Singapura: Pustak a Nasional Ptd. Ltd. Asmah Bee Mohd Noor & Iran Herman (1995). Membina kesejahte raan remaja. Bangi: Tekno Edar: Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, Nordiana Mohd Nor & Noordin Yahaya (2007). Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian aka demik. Unpublished Article. Pp1-17. Cloninger, S. (2008). Theories of personalit y: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey: Pearson Education Inc. Ee Ah Men g (1996). Psikologi pendidikan 1: Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Ba kti. Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub (1997). Psikologi personaliti. Kuala L umpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarul Azmi Jasmi (2002). Paradigma Imam al-Na wawi Dalam Pembinaan Insan: Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-Salihin. Tesis S arjana. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kamus Dewan (2011). Dipetik pada 6 http ://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sahsiah&id=+Cari. Mac 2011 daripada Mohd Ismail Mustari (1999). Belia sebagai insan cemerlang dari perspektif Islam: Kajian status beliabelia Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor : Unplished Thesis. Un iversiti Kebangsaan Islam. Mohd Ismail Mustari, Selamat Hashim, Azmi Shah Surath man, Abd Basit Abd Samat, Abdul Rahman Hamzah, & Abdul Hafiz Abdullah (2004). Ka jian sahsiah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor Kluang, Kluan g, Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Nasir Ripin, Azmishah Surat man, Ramli Awang, Sayed Mahussain Sayed Ahmad, dan Zulkiflee Haron, (2006). Kaji an Program Bina Sahsiah Staf di IPTA: Kajian kes di UTM & USM. Laporan Kajian. J ohor: Universiti Teknologi Malaysia.

Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 16 Shahabuddin Hashim & Rohizan Yaacob (2007). Teori personaliti dari perspektif Is lam, Timur, dan Barat. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: Insti tut Kefahaman Islam Malaysia. Wan Azmi Ramli (1992). Pembangunan masyarakat dari perspektif kebajikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai