Anda di halaman 1dari 3

Mari kita fikirkan bagaimana guru sebagai cermin keperibadian murid dalam kontekspembangunan sahsiah seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 1.1. Pada pendapat anda,apakah perkara penting yang mampu diubah dan dibangunkan oleh guru terhadap sahsiah murid-muriddi sekolah?Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilaisahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikalyang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilaimasyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegangkepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalahlebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat.Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam kontekspendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yangsempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakatdengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakansatu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek danemosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadirole model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konseppembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yangpenting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuksahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi olehmurid-murid. 1.2 PENGENALAN PEM BANGUNAN S AHSI AH elepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, marikita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan jugaberdasarkan beberapa perspektif yang berbeza. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yangmembawa maksud keperibadian atau peribadi (KamusDewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagaidiri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yangsudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watakdirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti

unikindividu yang membezakan dirinya dengan individu yanglain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah

Pengenalan Pembangunan Sahsiah | 3 merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yangtersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majiddan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi danperlakuan manusia.Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi caraseseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng,1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secarakeseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dannilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama adaperubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentukindividu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawamakna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itubertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunantersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap padaseseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individuyang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan maksud sahsiah mengikut pemahaman yanganda perolehi. 1.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM embangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan.Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional daripada perspektif Islam agar tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Jika ditinjau dan dihalusi siratterdahulu, umat Islam berjaya kerana

mereka mampu memaksimumkan segala kekuatanyang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukansahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akalindividu.Terdapat beberapa pendapat yang berbeza berkaitan dengan pembangunan sahsiah mengikutperspektif Islam. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlakterbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekananpenting kepada kedua-dua akhlak tersebut. Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah

Anda mungkin juga menyukai