Anda di halaman 1dari 9

Sahsiah. Ciri-ciri guru positif dan negatif.

BIL KANDUNGAN

1.0 1. Pengenalan dan definisi sahsiah.

2.0 2. Penerapan pengertian etika profesionalisme perguruan.


2.1 Etika Profesion Perguruan.

3.0 3. Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.


3.1 Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
3.1.1 Sifat rohaniah.
3.3.2 Sifat Fizikal.
3.3.3 Ciri-ciri sahsiah yang unggul.
3.2 Karektor guru negatif.

4.0 4. Faktor-faktor mempengaruhi pembangunan sahsiah.

5.05.0 Kepentingan pembangunan sahsiah kepada guru dan


profesion perguruan.

6.0 6.0 Pengaruh pembangunan sahsiah terhadap perkembangan karektor diri


saya sebagai seorang guru.
6.1.Kognitif.
6.2 Rohani
6.3 Fizikal
6.4 Sosial.

7.0 7.0 Rumusan.

8.0 8.0 Rujukan.

1. PENGENALAN DAN DEFINISI SAHSIAH


1.1 Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada dalaman
(psikologi) dan input persekitaran luar. Kursus Pembangunan Sahsiah telah digalur
berfokuskan sebagai input perubahan karektor pendidik yang professional dan berkesan. Di
antara perkara utama yang ingin diterapkan kepada guru-guru adalah
etika profesionalisme guru,
ciri sahsiah guru yang positif dan negatif,
faktor mempengaruhi pembangunan sahsiah individu dan
kepentingan pembangunan sahsiah kepada guru dan murid.
1.2 Menurut Wan Azmi, 1992, pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek
perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau
negative. Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan
sama ada dalaman atau luaran.
1.3 Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan
empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan
moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah
dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia. Unsur dalaman terlihat menerusi tingkah
laku luaran. Tingkah laku ini dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalan
atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau
akidah yang dikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat
manusia itu hendak dibina.
1.4 Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap
pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang
bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang.
Sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan
dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran, penelitian serta paksaan.

2.0 Penerapan pengertian etika profesionalisme perguruan.


2.0.1 Menurut Kamus Dewan, 2005 etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat
atau tingkah laku atau kesusilaan. Ia juga melambangkan prinsip moral, tanggungjawab
dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif
Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan
kepada Allah.
.2.0.2 Etika dapat dijelaskan sebagai suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak
dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi dengan tujuan memberi
garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Etika juga berhubungkait dengan pembuatan
keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa
seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna,
berkhemah dan berkesan.
2.1 Etika profesion perguruan.
2.1.1 Etika profesion perguruan telah dibentuk dengan mengariskan amalan yang
tertentu. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika
Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.
2.1.2 Terdapat beberapa aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan
dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia. Antaranya adalah profesionalisme,
integrit,, kejujuran intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa, pengurusan
masa dan ketepatan waktu dan membuat keputusan.
2.1.3 Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengalurkan etika kerja berdasarkan prinsip
berdisiplin dan beradap, pergerakan ke arah kebaikan, niat yang tulus, perlakuan yang baik,
menghargai dan bertanggungjawab atas hasil usaha organisasi, dan memperkotakan apa
yang dikatakan.
2.1.4 Kementerian Pelajaran Malaysia juga memberi fokus kepada nilai amanah, benar,
bijaksana, bersyukur, dedikasidan ikhlas dalam etika kerjanya.
2.1.5 Pekeliling-pekeliling telah dibentuk sebagai sumber rujukan dalam pembentukan
etika perguruan iainya berkaitan etika pakaian, pengurusan masa, tanggungjawab asas
guru, jadual waktu, sukatan pelajaran dan tatakelakuan terlarang.

3. Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.


3.0. Sahsiah mempunyai tiga ciri utama yang ingin diterapkan iaitu ;.
3.0.1 Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri.
3.0.2 Kedua, ialah kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil
pembelajaran atau pengalaman.
3.0.3 Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan
tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten.
Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.
3..0.4 Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu
secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,
kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.
3.1 Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah
merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.
3.1.1 Sifat Rohaniah
Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt.
Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan fizikal.
3.1.1.1. Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji,
amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal,
hilm, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi
murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
3.1.1..2 Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai
mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai bidang
akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid,
fasih, bijak dan petah dalam penyampaian
3.1.1.3 Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap.
Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila
mengingatiNya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan
baik yang kuat. Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik dalam
pergaulan. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.
3.1.2. Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari
penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan
bersih.
3.1.3 Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra,
rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong, tenang,
dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif,
pemurah, dan bijaksana.

3.2 Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan (negatif).3.2.1
Antaranya ciri-ciri guru negatif adalah
a. bersikap tidak adil dan pilih kasih
b. tidak demokratik dan mengutamakan cara autokratik
c. terbatasnya amalan timbang rasa.
d. Kurang responsif dan sering menjauhkan diri terhadap amanah.
e. Berjiwa kasar dan membosankan
f. Tidak asli tetapi lebih stereotype.
h. Tidak peduli dan amalan kurang memberi kesan
j. Kurang bertanggungjawab dan bersikap dalih
k. Emosi tidak seimbang dan mudah naik perasan.

3.2.2 Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti
a. Menguruskan perniagaan atau pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
b. Memberi keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
c. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara;
d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;
e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian
f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.
j. Ingkar perintah.
k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas

4.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH


4.1 Pembangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan
persekitaran. Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan,
penyakit, kecerdasan dan temperamen. Faktor persekitaran pula merangkumi aspek
keluarga seperti didikan ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal
kanak-kanak, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan
masyarakat.
4.2 Pembangunan sahsiah merupakan penampilan kendiri seseorang secara
keseluruhan iaitu dari aspek fizikal, emosi, spiritual, cara berfikir dan berinteraksi. Ia juga
tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan agama. Oleh itu ia memberi kesan yang amat
besar dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bagi membangunkan sahsiah individu
faktor persekitaran dan faktor keluarga adalah penting selain faktor kendiri individu itu
sendiri.

5 KEPENTINGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH KEPADA GURU DAN


PROFESIONALISME PERGURUAN.
5.1 Pembangunan sahsiah yang diterapkan sememangnya berkepentingan dalam
mencorak kendiri individu, menjangka dan meramal tingkahlaku, memperihalkan sasiah
secara menyeluruh, menjelaskan pembangunan sahsiah secara toritikal dan merupahan
perubahan kepada proses pertumbuhan diri yang murni.
5.1 Pembangunan sahsiah dapat mencorakkan kendiri individu yang berperanan
sebagai piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan. Pengalaman yang telah ditempuhi
akan dimanipulasi sebagai satu garis panduan. Nikmat yang dikecapi termasuk jangkaan
anda tentang masa depan, keadaan kesihatan diri anda juga dipengaruhi oleh sahsiah diri
anda sendiri dan juga sahsiah individu disekeliling anda. Sahsiah diri yang ditampilkan juga
berupaya menghadkan atau membolehkan meneroka sesuatu peluang yang mewujudkan
satu fenomena seseorang lebih tertutup atau lebih terbuka dengan dunia individu lain.
5.2 Ilmu pembangunan sahsiah yang diterapkan juga membantu
individumenjangkakan dan meramal tingkahlaku. Pengalaman kehidupan dan interaksi
dengan pelbagai individu akan mewujudkan erti kemurnian peradapan individu. Idea-idea
ini melahirkan perancangan dan diri lebih peka terhadap tindakbalas yang bersesuaian
dengan situasi. Ilmu yang akan memudahkan kita berusaha, bertawakal dan redha.
5.3 Individu mampu berikhtiar mengawal kehidupannya jika ia dapat memerihalkan
sahsiah secara menyeluruh. Ini kerana keputusan yang dibuatkan adalah berdasarkan
persepsi seseorang individu. Yang sering mengambarkan penjelasan tentang kritieria
tertentu berdasarkan pemerhatian tingkahlaku daripada orang lain.
5.4 Penjelasan secara teoritikal dengan menggunakan perkataan yang lebih tepat
dalam konteks bahasa yang diterima adalah perlu bagi memerihalkan sahsiah seseorang
secara lebih jitu. Pengalaman diri yang terbina hasil dari interaksi tidak mencukupi untuk
memerihalkan pembentukan sahsiah seseorang. Maklumat ini perlu diolah dengan
penjelasan formal secara teoritikal dan kepelbagaian. Hasil yang diharapkan dapat
membantu seseorang untuk lebih memahami dan membantu dirinya dan individu lain ke
arah kebaikan secara efektif.
5.5 Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri yang memberi kesan
langsung terhadap tahap produktiviti diri serta pendekatan sosial. Amalan dan gaya hidup
guru akan memberi kesan ke atas tahap penerimaan pengajaran dan pembelajaran
kepada muridnya. Pengalaman lampau serta keupayaan dan kekuatan diri yang
diselaraskan akan membantu murid untuk membuat perubahan yang adaptif bagi
mencapai keseimbangan hidupnya. Konflik dalaman yang dilalui perlu dimurnikan dengan
harapan akan berlakunya anjakan paradigma diri kepada tahap tahap peringkat
pertumbuhan diri yang seterusnya dengan lebih matang bagi mencapai cita-cita Islam yang
syumul.

6. PENGARUH PEMBANGUNAN SAHSIAH TERHADAP PERKEMBANGAN


KAREKTOR DIRI SAYA SEBAGAI SEORANG GURU.

6.0 Secara umumnya saya sedari saya mengalami kemanisan nilai perubahan pada
karektor diri saya. Saya berharap ianya adalah kemanisan nilai ilmu dan amalan atas hanya
kerana Yang Maha Esa. Moga Allah s.w.t sentiasa mencurahkan hidayah dan nur
ketakwaan kepada saya dalam setiap detik saat mengingatinya, Empat perkara utama yang
saya dapat huraikan perubahan karektor diri adalah aspek kognitif, rohani, fizikal dan sosial
dengan harapan ianya melibatkan corak tingkah laku bertatasusila dan operasi yang
bersifat konsisten.
Secara terperinci pembentukan karektor diri saya merangkumi empat aspek berikut iaitu;

6.1 KOGNITIF.
6.1.1. Elemen yang diharapkan dapat saya elementasikan secara tulus adalah berfikir
secara positif, mampu dan reda menangani stress, berusaha dan bertawakal dalam
mengurus keperluan kerjaya, diri dan tanggungjawab kehidupan.
6.1.2. Semasa bertugas saya akan memastikan saya berkeupayaan menghuraikan
pelajaran dengan jelas dan enguasai mata pelajaran dengan baik. Saya akan adil dalam
pemarkahan serta berikhtiar menarik perhatian pelajar dalam proses p&p. Saya mula
mengkaji pendekatan-pendekatan agar sentiasa menyampaikan arahan yang jelas dan
spesifik.
6.1.3. Saya berharap karektor diri saya berkembang dengan tidak menyalahgunakan
peraturan, luas pengetahuan am, sentiasa muhasabah diri dengan mengajar tidak lari atau
terkeluar dari tajuk bila mengajar. Saya mula mengenal dan menjana titik kekuatan murid
agar dapat dimurnikan dengan mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan.
6.1.4 Saya sedaya upaya mengamalkan tugas dan tanggungjawab terhadap penguasaan
ilmu. Sebagai seorang guru muslim memastikan penguasaan ilmu takhassus secara
mantap dan mendalam. Penimbaan ilmu ini akan dilakukan secara beriltizam dengan
amanah ilmiah.
6.1.5 Saya semakin prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang
dipelajari. Kini saya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran
ilmu yang berkaitan. Sebagai seorang guru Muslim saya mula melalui landasan atau
dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. Saya berharap akan
celik keperluan bagi memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan
keamanan umat manusia sejagat.
6.2. ROHANI.
6.2.1 Elemen rohani yang mula saya rasai adalah menjaga semulianya hubungan dengan
Allah s.w.t. Saya mula melatih diri agar berjiwaan yang kental melalui kehidupan
beramanah atas landasan tuntutan agama semata-mata. Saya juga bercita-cita memiliki
prinsip kendiri yang mantap.
6.2.2 Saya berdoa dan berusaha untuk sentiasa berkelakuan baik (penyayang dan
penyabar) pada semua makhluk ciptaan Allah swt. Saya cuba agar tidak berat sebelah dan
sentisa berdisiplin. Sikap amanah dan menunaikan janji akan membina karektor yang
dihormati. Jika situasi memerlukan saya akan mengkaji beberapa bentuk prosedur lebih
awal agar berupaya membuat penghukuman yang betul. Nilai simpati terhadap kelemahan
murid tidak akan saya lalaikan. Saya mula berazam mempunyai kemahuan yang kuat
terhadap melakukan perkara baik sebagai perjuangan hidup seorang muslim.
6.2.3 Etika guru muslim terhadap Allah mula menjadi kajian untuk saya bentuk diri saya.
Saya berusaha untuk memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping
mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. Sifat istiqamah, iltizam
semangat berbakti dan beramal soleh saya usahakan agar menjadi amalan harian. Saya
dapat rasakan perlunya menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. Keprihatin
mula membara untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah
mendaulatkan syariat Islam. Saya redha melaksanakan kewajiban agama, menghindari
laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan
dengannya. Juga tidak lupa akan rasa bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa
kepadaNya dengan membaca kalam Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.
6.3. FIZIKAL
6.3.1 Antara sifat fizikal yang mula membentuk karektor diri dan perlu untuk saya
tampilkan adalah mempamerkan tingkah laku seorang muslim sejati, penampilan kendiri
yang sederhana serta mengamalkan pengurusan kendiri yang tulus dan tidak
memudaratkan.
6.3.2 Semasa saya bertugas saya akan mengelakkan dari berlakunya suara yang tidak
baik(serak-serak basah) atau yang tidak bersesuaian. Saya mencari langkah tertentu agar
boleh mengendalikan pengurusan diri secara berkala. Saya semakin mementingkan
kebersihan, kesihatan dan sentiasa memastikan pengudaraan bilik darjah yang baik.
Semangat riadah atau kesukanan yang kini mula pudar akan saya wujudkan ruang masa
agar dapat diluangkan dengan keluarga tersayang.
6.3.3 Sayajuga mula prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat
tinggal untuk diri dan untuk ahli keluarga. Saya mengambil peluang untuk beri keutamaan
menjaga adap-adap yang lebih semasa melakukan ibadah solat dan semasa musafir ke
rumah Allah swt.

6.4 SOSIAL
6.4.1 Sikap sosial adalah merupakan faktor yang paling terlihat secara terus dalam
urusan kehidupan harian saya. Antaranya perkembangan karektor yang terlibat adalah
keinginan berinteraksi dan berkomunikasi secara bertatasusila, saya mula mengamalkan
sikap berlapang dada terhadap elemen berkaitan penerimaan terhadap orang lain. Kini
saya mengutamakan situasi menang-menag dalam persediaan untuk memberi dan
menerima pendapat.
6.4.2 Antara karektor yang saya impikan terbina dalam diri adalah adanya kesantunan
unsur humor dalam tutur kata. Budaya suka menolong pelajar di luar kelas serta fahami
masalah pelajar akan saya ikhtiarkan. Saya sentiasa berhati-hati dan memohon pertunjuk
Allah agar boleh membezakan antara intan dan kaca dalam memberikan kerjasama dan
penglibatan diri. Saya akan mengelakkan diri dari bersubahat atau terperdaya.
6.4.3 Diri mula mempunyai azam yang kuat agar mempunyai bakat kepimpinan yang
murni dan mulia. Saya akan mengelakkan amalan suka menghina murid atas kesalahan
mereka tetapi lebih kepada membina penambahbaikan dalam diri mereka. Saya sentiasa
berfikir sejenak agar pandai memilih kata-kata yang hikmah dan sejuk dada mendengarnya.
Saya berusaha untuk memberi ruang para pelajar menelaah dan
mengulangkaji setelah mengambil kira suasana mereka di rumah.
7.0 Rumusan.
7.1 Pembentukan sahsiah yang unggul akan membentuk generasi guru berkualiti bagi
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia. Pembentukan sahsiah penting kerana guru adalah
agen yang bertindak secara langsuang sebagai penyebar ilmu yang mampu berfikir secara
kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial).
7.2 Guru juga bertindak sebagai pembentukan nilai / role model yang harus membentuk
murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi
bagi menghayati ilmu dengan bermakna dan membawa penyuburan serta semangat
kepada jiwa manusia.
7.3 Guru merupakan tenaga ikhtisas yang mempunyai kemahiran profesional serta
kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi
yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak serta berkemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif.
7.4 Guru perlu bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikaan
juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi
mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru.
7.5 Pembentukan sahsiah akan menjadikan guru lebih cnderung sebagai pengajar
efektif yang sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif sebagai egen segi
perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran yang optimun.

8.0 Rujukan.
Dr. MustapaZahri, Kunci Memahami Ilmu Tasawwuf, Surabaya: PT Bina Ilmu, 1979, hlmn
19, 20, 26, 67, 68, 71.

Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, Sistem Kekeluargaan Dalam Islam, Kuala Lumpur : Darul
Syakir Enterprise, 2010, hlmn 460, 461, 462, 472.

Abdullah Nasih Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, Singapura: Pustaka Nasional
Pte Ltd, 1998, hlmn 139, 181, 205, 337, 377.

Talib Samat, Motivasi dan Jihad Umat Islam Alaf Baru, Kuala Lumpur: Thinkers Library Sdn
Bhd, 1998, hlmn 443, 459.
$Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, Kuala
Lumpur: Penerbit Seribu Dinar, 2000, hlmn 165, 166, 246, 212, 213, 214, 215, 216,
220, 222, 225.

Anda mungkin juga menyukai