Anda di halaman 1dari 30

IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)


ELM 3101E
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL
TAJUK KERJA KURSUS:

Tugasan 1. Pilih artikel berkaitan dimensi-dimensi moral individu atau prisip-prinsip


asas kemoralan daripada sumber rujukan yang sahih.
2. Berdasarkan artikel yang dipilih, anda dikehendaki menghasilkan
pengurusan grafik yang mengandungi analisis isu/perkara berkaitan insan
bermoral. (kumpulan: 2-3 orang)
Tugasan 2. 1. Berdasarkan artikel (Tugasan 1) anda perlu menghasilkan esei iaitu
dengan mengulas artikel yang dipilih.
2. Ulasan artikel mestilah dikaitkan dengan peranan guru dalam
pembentukan insan bermoral di sekolah. (individu)

DISEDIAKAN OLEH:
SYARUDIN BIN IBRAHIM
NO. KP: 761104-04-5227
A. GILIRAN: 2012141360117
PPG BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH
AMBILAN FEBRUARI 2012 MEI 2016
SEMESTER 5

UNTUK PERHATIAN:
ENCIK DZULKIFLI BIN ABD SAMAD
TARIKH HANTAR: 15 MAC 2014
HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tanda Tangan

: ..

Nama

: SYARUDIN BIN IBRAHIM

Angka Giliran

: 2012141360117

No.K/P

: 761104045227

Tarikh

: 15 Mac 2014
ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

Halaman Pengakuan

Penghargaan

Pengurusan Grafik

Pendahuluan

Konsep Moral

Ulasan artikel

Penulisan Reflektif

Rujukan

Lampiran

MUKA SURAT
2
4
5
6
7
9
26
29
30

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kerja kursus pendek (KKP) ELM 3101E
Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral ini dapat disiapkan dalam masa
yang ditetapkan.
Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah bimbingan,

Encik

Dzulkifli Bin Abd Samad yang sangat pemurah dalam mencurahkan ilmu kepada
kami dan rakan-rakan tanpa mengenal penat dan jemu. Kami percaya jika beliau tidak
membantu, kerja kursus ini tidak akan berjaya mencapai standard yang dikehendaki.
Seterusnya diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seunit
yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang pada kami sangat berguna
dalam penghasilan kerja kursus ini agar menjadi semakin mantap dan baik.Diharapkan
kalian semua dapat berkongsi maklumat lagi pada masa kelak.
Tidak dilupakan sama sekali, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat
rakan-rakan sekelas atas usaha dan komitmen bagi kejayaan kami menuntut di IPG.
Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung
ataupun tidak.
Sekian, terima kasih.

Tugasan 2. Berdasarkan artikel yang dipilih, anda dikehendaki menghasilkan


pengurusan grafik yang mengandungi analisis isu/perkara berkaitan insan
bermoral. (kumpulan: 2-3 orang)
4

1.0

PENDAHULUAN
Pendidikan Moral di sekolah sentiasa dikaitkan dengan Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan ataupun Pendidikan Agama Islam yang masing-masing mempunyai


tujuan hampir sama iaitu membentuk sikap dan akhlak iaitu moral. Secara tidak
lansung, pendidikan moral telah menjadi batu loncatan untuk mengajar para pelajar

tentang isu-isu moral serta menanamkan keyakinan terhadap tingkah laku moral,
supaya pelajar mempunyai rasa tanggungjawab moral.
Bagi mata pelajaran Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM
3101) ini, kursus ini memberi saya dan rakan-rakan menimba ilmu pengetahuan dan
kemahiran asas tentang konsep asas moral, konsep asas nilai, teori-teori etika, insan
bermoral, nilai-nilai agama dan masyarakat dan teori-teori perkembangan moral yang
terdapat dalam modul kali ini.
Pelbagai objektif kursus ini yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah menjelaskan
kosep asas moral dan konsep asas nilai, menganalisis teori-teori etika dan
mengaplikasikannya

dalam

profesion

perguruan,

membezakan

teori-teori

perkembangan moral dan menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan


pembentukan insan bermoral, dan menghayati dan mengamalkan nilai murni agama
dalam kehidupan seharian.
Selain itu, bidang kajian ini mendidik dan mengajar saya memahami isi
kandungan secara menyeluruh, terperinci dan membuat rujukan yang meluas. Ini
menuntut penghasilan esei atau karya yang menarik dan berkualiti memandangkan
mata pelajaran ini tiada peperiksaan sepenuhnya bergantung pada kerje khusus
pendek ini semata-mata.

1.1

KONSEP MORAL

1.1.1 Pengertian
Menurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin
moralis atau mores iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti
dan perangai atau pun tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau
peraturan hidup bermasyarakat. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
7

Edisi Keempat (2010:1043) moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk
baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban) sikap atau cara berkelakuan
yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak.
Moral juga boleh dilihat dalam membicarakan persoalan betul atau
salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu
dan dalam keadaan tertentu. Manakal pertimbangan moral bergantung
kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Sebagai contoh
dalam, sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti sesuatu
bangsa atau negara. Menurut Dagobert D. Runes Moral adalah hal yang
mendorong manusia untuk melakukan tindakan-tindakan yang baik sebagai
kewajiban atau norma. Manakala menurut Helden (1977) dan Richards
(1971) Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan
dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa
kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan. Namun berbeza
dengan pendapat Atkinson (1969) Moral merupakan pandangan tentang baik
dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.

1.2

KONSEP ETIKA

1.2.1 Pengertian
Maksud etimologi bagi perkataan etika (ethics) yang berasal daripada
perkataan Yunani ethos ialah adat (customs) atau kegunaan (usages). Etika boleh
ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik,

kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan cirri-ciri
kehidupan yang baik.
Selain itu, etika juga diertikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku manusia
yang terdapat dalam masyarakat. Ia merupakan satu bidang yang mentafsirkan tingkah
laku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk. Berkenaan tingkah laku
manusia pula ia merangkumi tindakan sengaja atau tindakan yang boleh dikawal. Ini
menunjukkan bahawa tindakan sengaja termasuk tindakan yang dilakukan dengan satu
niat tertentu. Tindakan sengaja juga termasuk tindakan yang dilakukan secara tidak
disedari oleh pelaku tersebut. Oleh yang demikian, etika adalah berbeza dengan logik,
di mana logik mengkaji standard-standard yang digunakan untuk menentukan sama
ada satu-satu kenyataan itu benar atau salah, tetapi etika mengkaji standard-standard
yang digunakan untuk menentukan sama ada tingkah laku manusia itu betul atau salah.
Dalam bidang etika, tingkah laku itu boleh juga merangkumi aktiviti-aktiviti
dalaman seperti motif dan keinginan seseorang itu serta aktiviti-aktiviti luaran seperti
kata-kata atau pergerakan individu itu. Tingkah laku yang dikaji meliputi tingkah laku di
dalam masyarakat serta tingkah laku yang mempengaruhi ahli-ahli di dalam masyarkat
itu. Perkataan etika sebenarnya berasal daripada perkataan Greek ethos yang
bermaksud adat atau cara hidup. Etika juga bermaksud satu set peraturan tingkah
laku seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan sebagainya.
Tugasan 2. 1. Berdasarkan artikel (Tugasan 1) anda perlu menghasilkan esei iaitu
dengan mengulas artikel yang dipilih.
2. Ulasan artikel mestilah dikaitkan dengan peranan guru dalam
pembentukan insan bermoral di sekolah. (individu)

Tajuk Artikel : PENAAKULAN MORAL: KEPENTINGAN TERHADAP CALON


GURU PENDIDIKAN MORAL
9

Penulis

: Norzihani Saharuddin (norzihani@yahoo.com),


Nur Surayyah Madhubala Abdullah, dan
Samsilah Roslan

Sumber

: Jabatan Pendidikan Bahasa & Kemanusiaan


Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

2.0

ULASAN ARTIKEL PENAAKULAN MORAL


Menurut Modul ELM 3101E (2013) penaakulan moral disebut juga sebagai

pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional dan bebas. Ini
bermaksud seserong individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikir akan
sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilainilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat. Prinsip keadilan dipentingkan
semasa membuat sesuatu keputusan. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan dengan
membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi
dan persekitaran.
Menurut Abdul Rahman Aroff & Chang Lee Hoon (1994) mendefinisikan
penaakulan moral merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada
prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik dan patut dilakukan. Menurutnya lagi tahap
penaakulan moral yang tinggi haruslah dipunyai oleh bakal guru yang akan ditempatkan
untuk mengajar di sekolah kelak. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang amat penting
dengan mengambil kira peranan guru di sekolah sebagai agen moral. Oleh yang
demikian kurikulum di sekolah terutama di sekolah rendah amat mementingkan aspek
moral apatah lagi ia melibat dan terkandung pada Falsafah Pendidikan Negara iaitu:
10

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005: hlm. ii)
Ini jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan suasana dan ajen moral kepada tahap yang tertinggi agar hasrat kerajaan
mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dapat melahirkan insan yang
bermoral tinggi disamping membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan kelak. Namun menurut kajian artikel ini, satu daripada aspek penting
yang jelas dalamnya menyelidik pembentukan insan berakhlak mulia terutama guru itu
sendiri yang bakal membentuk insan kecil dan muda di sekolah. Justeru kepentingan
penghayatan nilai mumi dalam kalangan insan walaupun seseorang guru amat penting,
kerana nilai murni yang dihayati itu akan menentukan jenis manusia yang diingini. Oleh
itu, pendidikan dan penerapan moral tidak boleh dipisahkan.
Maka dapat saya lihat pada kertas kajian ini telah memberi tumpuan berkenaan
keperluan untuk menyelidik kepentingan aspek penaakulan moral dalam kalangan
calon guru Pendidikan Moral. Selain itu kertas ini akan membincangkan tentang
pandangan teori perkembangan moral kognitif terhadap aspek penaakulan moral calon
guru yang bakal ditempatkan di sekolah. Ini disebabkan seseorang guru itu sendiri
harus menjadi role model kepada para pelajarnya agar bertingkah laku baik dan
bermoral. Pada artikel ini juga seseorang guru juga harus terlibat secara langsung
dalam penaakulan moral. Ini dapat dijelaskan dengan kenyataan berikut iaitu: Dalam
usaha untuk memperkembangkan kemahiran penaakulan moral pelajar dengan efektif,
proses yang dilakukan dalam institusi pendidikan tinggi perlulah secara berfokus dan
11

secara holistik. Jika kita hanya bergantung kepada pengagihan kursus mengikut
keperluan atau kelas etika terpencil untuk menghasilkan siswazah dididik dengan
moral, maka kita bakal berdepan dengan kegagalan menurut Hersch & Schneider,
(2005).
Oleh itu, guru haruslah sedar dan sentiasa memberi pengajaran dan
pembelajaran secara menyeluruh tanpa mengamalkan diskriminasi atau tertumpu
kepada murid yang bijak sahaja dengan membiarkan golongan yang lemah terus
ketinggalan. Kanak-kanak atau golongan pelajar ini harus dibentuk dengan pendidikan
moral yang tinggi yang mana pengajaran adalah asas kepada kemoralan di mana orang
dewasa bertanya dan mengkehendaki kanak-kanak berubah arah kepada apa yang
telah dipilih oleh orang dewasa terutama guru itu sendiri. Ini disokong menurut Rest,
Thoma & Edwards (1997) guru melakukan pertimbangan moral yang melibatkan
mengenalpasti apa sebenarnya isu moral tersebut, bagaimana konflik ini ingin
diselesaikan dan rasional pemilihan tindakan tersebut.
Selain itu, guru pendidikan moral seharusnya mampu untuk melihat lebih jauh,
melangkaui kepentingan diri dan mengambil pandangan yang lebih luas terhadap aspek
kemoralan yang mengambil kira perspektif kesemua pelajar tanpa mengira bangsa,
kaum, budaya dan mengiktiraf hak untuk dihargai sebagai manusia. Ini membuktikan
bahawa pihak sekolah mahupun ibu bapa secara umumnya dan guru secara khususnya
sepatutnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang besar di
dalam menerapkan penaakulan moral secara tidak langsung melaluinya, pelajar dididik
supaya berakhlak, bermoral dan mengamalkan budaya hidup yang murni. Ini juga dapat
mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah yang semakin hari semakin
meruncing untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apa yang terjadi masing-masing
menuding jari dan mencari siapa salah dan siapa betul, lama kelamaan sistem
pendidikan sekarang dianggap meremehkan. Dengan itu profesion perguruan pada
masa kini akan dianggap kelas kedua oleh sesetengah pihak, walhal tujuan dan objektif
pendidikan itu sendiri telah menuntut agar semua insan dapat mengamalkan moral
12

yang tinggi. Ini diterangkan lagi dengan pendapat Abd Rahim Abd Rashid (200I) dalam
jurnal

Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi

Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan juga menjelaskan pendidikan dan persekolahan
perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-nilai
murni sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti
moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai
murni tidak boleh diambil ringan.
Dalam artikel ini, penulis-penulis telah menerangkan beberapa konsep-konsep
utama dalam penaakulan moral antaranya ialah penaakulan moral merujuk kepada satu
sistem perlakuan yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik
dan patut dilakukan menurut Abdul Rahman Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Konsep
yang kedua oleh Berkowitz (1964) menyatakan bahawa ia merujuk kepada kelakuan
yang melibatkan pertimbangan atau penaakulan yang mematuhi norma sosial yang
ditetapkan sebagai tingkah laku yang betul.
Manakala konsep seterusnya, pendapat oleh Rest (1976), Penaakulan moral
bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan tentang apa yang patut
dilakukan dalam sesuatu dilema moral. Selain itu penaakulan moral turut didefinisikan
sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan
sesuatu keputusan moral bagi pendapat Gibbs, Basinger dan Fuller, (1992). Selain itu,
Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral Malaysia penaakulan moral merupakan
hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan
Kurikulum 1988). Pengetahuan Moral yang diuji di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) untuk pelajar tingkatan 5 juga adalah berasaskan penilaian penaakulan moral,
bagi pendapat oleh Jeevajothi (1997).
Begitu jugalah dalam hal pembelajaran dan pengajaran penaakulan moral juga
dilihat menekankan aspek-aspek kerohanian, kemanusiaan, sosial dan pembentukan
nilai individu. Ia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni yang
13

terdapat dalam masyarakat Malaysia, berdasarkan pelbagai tradisi agama dan budaya,
masyarakat yang berbeza dan juga sejajar dengan nilai-nilai sejagat. Ini tidak dapat
disangkal kerana peranan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai model
penerapan moral, iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor; mencipta
komuniti moral; mengamal disiplin moral; membina kelas yang bercirikan demokrasi;
mengajar nilai merentas kurikulum; menggunakan pembelajaran kooperatif; memupuk
keprihatinan melangkaui batas kelas; membina budaya moral yang positif di sekolah;
dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi amatlah dituntut. Ini membuahkan suasana
yang harmoni serta toleren sesama pelajar, ibu bapa, pihak pentadbir dan guru itu
sendiri.
Bukan itu sahaja, dalam artikel ini juga diterangkan mengenai objektif am
penaakulan moral yang mana penulis-penulis berkenaan telah menyatakan bahawa di
sekolah rendah dan sekolah menengah adalah pembentukan individu yang mengiktiraf,
menerima, dan mengenalpasti peranan mereka sebagai pembuat keputusan yang
bertanggungjawab mengenai nilai-nilai moral dalam masyarakat yang demokratik. Ini
menyentuh mengenai kaitan seseorang pelajar boleh membuat keputusan secara
rasional tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. Oleh itu, para pelajar di
sekolah diajar untuk berkomunikasi dan berhujah tentang sesuatu tajuk pelajaran yang
ditetapkan. Dengan kata lain, terdapat beberapa model atau pendekatan pengajaran
seperti pendidikan kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan
pembinaan tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan
ilmu. Ini memberi ruang kepada guru supaya dapat memilih mana-mana pendekatan
yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang telah ditentukan. Pada peringkat awal
ini para pelajar boleh diajar mengenali nilai yang ada dalam diri dan seterusnya melihat
bagaimana mereka menjaga barang-barang dan perkara yang mereka anggap bernilai.
Artikel ini juga ada membincangkan pemahaman tentang perkembangan moral
pelajar akan membantu guru-guru memilih kandungan dan kaedah pengajaran yang
sesuai dengan peringkat perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di
14

sekolah. Sebagai contoh, dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik
bercerita, yang mana seseorang guru boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat
dalam cerita itu seperti cerita Sang Kancil dan Buaya iaitu Sang Kancil yang berdusta
atau bercakap bohong. Akibat daripada perbuatan dustanya, menipu Sang Buaya maka
tidak dapat juga ia memakan buah rambutan setelah dapat menyeberang sungai.
Selain itu, guru mampu merangsang proses meningkatkan perkembangan moral
pelajar ke satu peringkat seterusnya yang lebih tinggi melalui dilema moral yang
dibincangkan di dalam bilik darjah. Justeru membawa maksud bahawa kaedah-kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan peringkat perkembangan moral
pelajar mungkin dapat merangsangkan pemikiran yang rasional dalam artikel ini
dibincangkan. Oleh kerana proses ini telah diwujudkan mengikut sistem pendidikan
negara, maka penumpuan kepada jenis sekolah yang kurang memberi perhatian
kepada aspek pembangunan nilai sama ada aspek pengajaran akhlak, penerapan nilai,
penghayatan akhlak dan nilai murni harus diberi perhatian. Dewasa ini, rata-rata
sekiranya ibu bapa ingin menghantar anak ke sekolah mereka akan memilih jenis
sekolah yang boleh meningkatkan pencapaian akademik dan nilai serta akhlak pelajar.
Secara tidak langsung tahap persepsi ke atas sekolah berkenaan akan menjadi
perhatian dan ibu bapa tidak agak-agak menghantar anak-anak mereka ke sekolah
berkenaan.
Sebelum mencapai tahap yang sebegini rupa, guru juga perlu turut mempunyai
tahap penaakulan moral yang tinggi demi merangsang pelajar dengan pengajaran yang
mendorong pemikiran kritikal. Ditambah pula dengan pendapat oleh OKeefe & Johnson
(1989) mendapati bahawa secara spesifiknya, guru yang mempunyai tahap penaakulan
moral yang tinggi mampu untuk lebih empati terhadap para pelajar, lebih bertoleransi
dalam melontarkan pandangan dan lebih fleksibel dalam pengajaran mereka. Dapatan
ini seterusnya disokong oleh Beyer (1997) yang mendapati bahawa kemampuan guru
untuk memahami dimensi moral dalam pengajaran adalah amat penting dalam
berhadapan dengan masyarakat demokratik yang wujud di sekolah. Berbanding atau
15

jika sebaliknya berlaku seperti pendapat Thies, Sprinthall,(1894); Reiman & Peace,
2002). menyatakan manakala guru yang menaakul pada tahap yang rendah dikatakan
sebagai seorang guru yang kurang efektif, cenderung untuk membuat penilaian yang
kurang tepat terhadap pelajar yang menaakul pada tahap yang tinggi, dan
menggunakan pendekatan yang kurang pelbagai dalam pengajarannya. Ini akan
memberi kesan yang negative terhadap perkembangan pemikiran serta tingkah laku
pelajar di sekolah yang mana kegagalan bagi meningkatkan pencapaian akademik
misalnya terjadi tetapi mungkin lebih daripada itu iaitu kegagalan dalam memnbina dan
membangun potensi diri terutama sahsiah, nilai dan akhlak pelajar. Maka beberapa
aspek berkaitan dengan sekolah dan guru haruslah diketengahkan untuk dibincang
bersama untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Menurut Chang (1994) menyatakan bahawa bagi mengukuhkan lagi kajian dan
kepentingan tentang penaakulan moral terhadap pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral, guru-guru ini mampu untuk menerima pendapat yang pelbagai dan
sedaya upaya akan berusaha untuk membantu para pelajar mereka memahami dan
menaakul tentang sesuatu peraturan atau undang-undang dari perspektif yang berbeza.
Ini disebabkan pelbagai undang-undang dan peraturan telah diwujudkan di sekolah
yang rata-rata menuntut agar semua warga sekolah mamatuhinya. Perkara pokoknya
setakat mana undang-undang dan peraturan yang duwujudkan itu dapat dipatuhi dan
diamalkan

seterusnya

akan

menjadi

budaya.

Persoalan

inilah

yang

harus

diketengahkan bagi mendapatkan jawapannya. Oleh itu, sesuai dengan pandangan


oleh Conroy (1987) mendapati bahawa guru-guru yang berada pada penaakulan moral
pos-konvensional mempunyai pandangan humanistik-demokratik terhadap disiplin
pelajar.
Menurut Johnston & Lubomudrov (1987), tambahan pula guru-guru ini
menganggap peranan mereka sebagai seorang yang demokratik dan pemudahcara. Ini
dapat dijelaskan bahawa seseorang guru harus bersikap mendengarkan dan tidak
mendominasi kerana para pelaajr merupakan penyumbang utama dalam pembelajaran,
16

maka sebagai fasilitator, guru harus memberi kesempatan agar para pelajar dapat
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu
guru juga harus berupaya menjadi fasilitator berpusatkan pelajar dan ini boleh
dilakukan sedikit demi sedikit mengikut tahap penguasaan pelajar-pelajarnya. Dalam
hal ini juga guru harus bersikap sabar yang tinggi dan menjadi aspek utama
pembelajaran adalah proses belajar yang dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Jika guru
kurang

sabar

atau

hilang

pertimbangan,

takut-takut

proses

pengajaran

dan

pembelajaran menjadi kurang lancar dan terganggu.


Bukan itu sahaja, artikel ini juga ada membincangkan tentang penaakulan moral
yang tinggi dikatakan mampu mencipta iklim bilik darjah yang berasaskan saling
menghormati

menurut Holt, Kauchak & Person, (1980). Ianya berkaitan dengan

pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik
darjah. Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif merupakan rangka yang menentukan
keadaan pembelajaran yang menarik dan mewujudkan moral yang tinggi. Misalnya,
iklim fizikal bilik darjah yang baik mampu menggalakkan pembelajaran yang lebih
berkesan, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau
ditentukan oleh guru. Melalui pendidikan moral, guru dan pelajar harus mempunyai
perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi,
merancang berkaitan dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan
pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna. Ini secara tidak langsung
memberi ruang dan peluang para pelajar mengamalkan moral dan nilai-nilai murni
dalam menjalankan tanggungjawab menjaga perabot sekolah, berakhlak mulia dan
menghargai hasil usaha orang lain.
Ini dapat juga dilihat dalam penulisan mereka yang menyentuh penaakulan moral
yang tinggi mampu untuk lebih empati terhadap keperluan pelajar dan lebih bersedia
untuk memudahkan perkembangan pelajar, menghormati hak pelajar, dan lebih objektif
dalam mengendalikan masalah yang ditimbulkan oleh pelajar. Secara jelas, guru yang
berada pada tahap penaakulan moral pos-konvensional mampu untuk lebih
17

berpusatkan pelajar dengan lebih bertimbang rasa, bersikap demokratik dan


professional. Ini akan mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah, personaliti guru,
pengalaman mengajar guru dan mata pelajaran yang diajar akan mempengaruhi
peranan guru untuk menerapkan nilai dan moral dalam pengajaran yang seterusnya
boleh mempengaruhi penghayatan dan pembangunan penaakulan moral dalam
kalangan pelajar di sesebuah sekolah.

Ulasan artikel ini diteruskan lagi dengan topik yang menyentuh aspek daripada
pandangan Abdul Rahman dan Chang (1994), pemahaman tentang perkembangan
moral pelajar akan membantu guru-guru memilih kandungan dan kaedah pengajaran
yang sesuai dengan peringkat perkembangan moral yang telah dicapai oleh pelajar di
sekolah. Oleh itu, pelbagai kaedah boleh digunapakai oleh seseorang guru dalam
menyampaikan pelajaran seperti kaedah berlakon, main peranan dan lawatan serta
projek. Ini membolehkan penaakulan moral pelajar serta guru mampu merangsang
proses meningkatkan perkembangan moral pelajar ke satu peringkat seterusnya yang
lebih tinggi melalui dilema moral yang dibincangkan di dalam bilik darjah. Ini akan
merangsang minat dan saling percaya antara satu sama lain antara rakan-rakan di
sekolah.
Pandangan berkenaan kemoralan telah dibangkitkan oleh Kohlberg (1981), di
mana teori perkembangan moralnya mengandaikan bahawa wujud hubungan diantara
perkembangan kognitif dan kemampuan penaakulan moral. Menurut Kohlberg lagi,
pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan
apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan,
kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain, walaupun beliau tidak mengetahui
maksud moral yang sebenar.

Kohlberg melalui penyelidikannya telah mengenalpasti

tiga tahap perkembangan moral dan setiap tahap dibahagikan pula kepada dua
peringkat iaitu:
18

I. Tahap Prakonvensional
Peringkat 1: Orientasi hukuman dan kepatuhan - Pada peringkat ini, seseorang itu
mementingkan diri sendiri. Mereka mematuhi sesuatu autoriti yang lebih berkuasa
kerana takut kepada hukuman atau denda.
Peringkat 2: Orientasi Instrumental Relativis - Pada peringkat ini, seseorang itu
mengambil berat tentang orang lain tetapi mempunyai kepentingan diri. Motif utama
seseorang adalah untuk memuaskan keperluan diri sendiri dan tidak mempedulikan
keperluan orang lain.
II. Tahap Konvensional
Peringkat 3: Orientasi Persetujuan Antara Individu - Pada peringkat ini, seseorang itu
mengambil berat tentang orang lain dan mengikuti norma-norma mereka. Motif mereka
ialah untuk menjadi seorang yang baik seperti yang diharapkan oleh orang lain. Kasih
sayang dan sikap prihatin memainkan peranan yang penting.
Peringkat 4: Orientasi Undang-undang dan Peraturan - Seseorang itu mengambil berat
tentang ketenteraman dalam sesebuah masyarakat. Seseorang itu mempunyai
tanggungjawab untuk memelihara peraturan-peraturan dalam masyarakat. Fokus utama
adalah untuk memelihara masyarakat dan mengelakkan perpecahan dalam sistem
tersebut.
III. Tahap Poskonvensional
Peringkat 5: Orientasi Contract-Legalistic sosial - Pada peringkat ini, seseorang itu
mempunyai obligasi terhadap undang-undang disebabkan kontrak sosialnya untuk
mematuhi undang-undang demi menjaga kebajikan orang ramai dan melindungi hak
mereka. Undang-undang dibuat untuk kebaikan semua. Walau bagaimanapun, nilai19

nilai seperti kebebasan dan nyawa harus dipertahankan dalam mana-mana masyarakat
tanpa mempedulikan pendapat majoriti.
Peringkat 6: Orientasi Prinsip Etika Sejagat - Pada peringkat ini, seseorang yang
rasional percaya validiti prinsip-prinsip moral sejagat dan mereka mempunyai komitmen
peribadi terhadapnya. Prinsip-prinsip sejagat tersebut adalah seperti keadilan,
persamaan dan hormat kepada kemuliaan orang ramai sebagai seorang individu.
Sesuatu undang-undang atau persetujuan sosial social agreement tertentu pada
kebiasaannya adalah sah kerana ia adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip
tersebut. Apabila sesuatu undang-undang itu dilanggar, seseorang itu akan bertindak
mengikut prinsip tersebut.
Perbincangan dan ulasan mengenai artikel ini diteruskan lagi dengan pendapat
oleh Chang (1994) mencadangkan bahawa tahap penaakulan moral guru akan
membawa kesan terhadap persepsi pelajar terhadap atmosfera bilik darjah dan juga
disebut bahawa guru yang mempunyai tahap penaakulan moral yang tinggi adalah lebih
mudah untuk memotivasikan pelajar dan mewujudkan perkembangan sosial yang sihat
berbanding guru yang berada pada tahap penaakulan moral yang rendah. Sudah
menjadi lumrah bagi seseorang guru mengamalkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan bagi menarik minat pelajar-pelajarnya. Namun, seperti saya juga di
sekolah salah satu cara untuk memotivasikan pelajar yang kadang kala tahap
pencapaian serta motivasinya berada pada tahap yang rendah. Jadi bagi guru yang
peka dan prihatin supaya anggapan dan perspektif pelajat tidak merudum, guru perlu
mencari jalan untuk menyelesaikannya. Misalnya jika di dalam kelas itu terdapat pelajar
yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran
dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan
pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai
bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas
harian, dan sebagainya. Ini akan memotivasikan diri mereka secara tidak langsung
dapat meningkatkan tahap penaakulan moral di dalam bilik darjah. Ganjaran bukan
20

sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang
diberikan.
Bukan setakat itu sahaja, mengikut Beyer (1997) juga pernah menegaskan
bahawa kemampuan guru dalam mengambil kira dimensi moral dalam amalan bilik
darjah adalah amat penting lebih-lebih lagi dalam masyarakat demokratik. Oleh yang
demikian, kemampuan guru dapat dilihat dengan kebolehannya berdepan dengan isu
atau dilema moral dan dapat membuat pertimbangan berdasarkan keadilan serta
prinsip moral. Oleh itu, pada pandangan saya yang juga bertugas sebagai guru
mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa
memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih
satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka
terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang
mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea. Perlu juga
pengawalan dan pemantauan agar segala objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai sepenuhnya.

Dalam artikel ini juga terdapat hujah mengenai guru memandang serius terhadap
tanggungjawab sebagai ajen moral, maka mereka sewajarnya mampu untuk menaakul
tentang isu moral mahupun dilema yang dihadapi pada tahap pos-konvensional justeru
mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab etika dan moral diri
mereka sendiri. Oleh yang demikian, moral dan etika merupakan bentuk langsung dari
sikap yang ditunjukan oleh guru kepada anak didiknya. Jika moral dan etika buruk,
maka buruk juga sikap guru dimata anak didiknya, dan terkadang anak didik
menjadikan ikutan dalam kehidupan sehari-hari mereka. Untuk mencapai moral dan
etika yang baik kepada pelajar, sudah selayaknya sebagai calon guru yang profesional,
mampu membina kembali sistem pendidikan yang akan dilakukan kepada pelajar.
Untuk mendapatkan apresiasi yang baik daripada pelajar, maka terlebih dahulu guru
mengamalkan moral atau ejen dan etika mereka dihadapan pelajar dan bukan
21

menjadikan moral sebagai topeng. Ini dinyatakan lagi oleh pendapat Kamaruddin
Hussin (1995) oleh yang demikian para guru memainkan peranan penting dalam
mencorakkan kehidupan pelajar. Guru adalah orang yang penting dalam kehidupan
pelajar. Hubungan guru dengan pelajar adalah sangat rapat dan hubungan ini
merupakan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Apa yang menarik dalam artikel ini, terdapat pendapat Mosher (1980), selepas
menjalankan penyelidikan, Piaget telah menjelaskan semula peringkat-peringkat
penaakulan moral Dewey kepada peringkat-peringkat berikut:
1
(1) Peringkat Pramoral
Di mana seseorang itu tidak mempunyai obligasi terhadap peraturan. Pada
peringkat ini, pelajar belum lagi memahami fungsi sesuatu peraturan.

(2) Peringkat Heteronomos


1 Iaitu sesuatu yang betul itu merupakan ketaatan kepada peraturan. Seseorang
itu sudah mula menerima peraturan dan mempunyai obligasi dan kepatuhan
terhadap kuasa dan hukuman.
(3) Peringkat Autonomos
Di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk menimbang di antara
tujuan dan kesan-kesan sesuatu peraturan. Obligasi terhadap peraturan adalah
berasaskan kepada amalan timbal balik dan pertukaran.
Dalam penaakulan moral ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar
dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan
moral mereka. Namun apa yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses
(struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan atau pertimbangan. Oleh kerana
22

pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu
menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral
diberikan penekanan yang setara. Oleh itu, pelajar akan memberikan tindak balas yang
positif terhadap guru yang ambil berat misalnya tentang diri dan masalah mereka.
Memahami adalah lebih baik dari menghukum bahkan ada ketikanya guru perlu
bercerita kisah lampau,

memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka

lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud
kemesraan antara guru dan pelajar, secara tidak langsung mewujudkan jambatan
emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab. Namun jika mereka lakukan
kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi
guru perlu menjelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar
dari kesilapan adalah lebih baik.
Berbincang pula tentang penaakulan moral dalam kalangan calon guru, Hurt
(1977) yang mengkaji tahap penaakulan moral guru pelatih melalui kemahiran
kaunseling dalam memupuk sikap empati melalui aktiviti kaunseling sebaya dan analisis
kendiri. Menerima dan menyokong individu berkaitan dengan apa yang dikatakan atau
apa yang dilakukan. Guru yang berempati perlu mencari kekuatan dan aset positif yang
ada dalam diri para pelajar. Lebih kukuh lagi ia didefinisikan sebagai memilih aspek
positif dalam penceritaan pelajar dan memilih aspek positif dalam pernyataan pelajar.
Ini penting kerana ia sebagai satu asas kepada empati yang efektif semasa mendengar
permasalahan pelajar. Guru boleh bertindak balas dan membuat penambahan sedikit
apa yang telah pelajar katakan walaupun dalam situasi yang sukar. Justeru semua guru
khasnya guru pendidikan moral seharusnya mempunyai tahap penaakulan moral yang
lebih tinggi bagi memastikan pengajaran berkualiti mampu disampaikan kepada para
pelajarnya.
Dalam kajian ini turut ditemukan bahawa kandungan moral dalam kurikulum
merupakan salah satu faktor yang menggalakan perkembangan moral. Ini kerana
dengan memberi pelajar peluang berbincang tentang isu yang melibatkan dimensi
23

moral

mampu

menggalakkan

mereka

untuk

mengambil

perspektif

sekaligus

menyediakan mereka ruang untuk terlibat dalam membuat keputusan moral. Kurangnya
penekanan moral oleh guru dalam mana-mana mata pelajaran tersebut mungkin boleh
menyebabkan

pelajar

kurang

dapat

melihat

perkaitan

sesuatu

ilmu

dengan

pembangunan moral dan nilai. Oleh sebab itu, guru yang mempunyai pengalaman luas
mempunyai

pandangan

yang

lebih

mengenai

objektif

terhadap

penguasaan

pengetahuan berbanding dengan guru yang tidak banyak pengalaman mengajar. Oleh
itu, jelas menunjukkan pengalaman mengajar di sekolah rnempengaruhi seseorang
guru dalam amalan pengajaran dan seterusnya membantu dalam pembentukan moral
pelajar.
Penemuan penting kajian ini juga antara lainnya menyatakan bahawa
pembentukan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong pelajar untuk
bertanya mahupun menyuarakan pandangan berkenaan isu moral dikatakan sebagai
amat penting dalam menggalakkan pertumbuhan taakulan moral. Menurut Veugclers
(2000) jenis sekolah, persekitaran dan budaya sekolah, personaliti guru, pengalarnan
mengajar guru dan mata pelajaran yang diajar akan mempengaruhi peranan guru untuk
menerapkan nilai murni dan moral dalam pengajaran yang seterusnya mempengaruhi
penghayatan dan pembangunan moral dalam kalangan pelajar. Suasana fizikal bilik
darjah yang kondusif adalah penting untuki meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah
mungkin merupakan kawan atau musuh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan ini persekitaran fizikal di dalam bilik darjah perlu merangkumi aspek-aspek
seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan
pembelajaran yang pelbagai guna, ruang atau sudut pembelajaran yang sesuai, ruang
pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan perlu diambil
kira. Selain itu, persekitaran fizikal kawasan sekolah turut mempengaruhi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung ia merangkumi bentuk bangunan,
pokok

dan

bungaan

serta

kemudahan

seperti

tempat

bersukan

dan

perpustakaan. Bangunan sekolah juga perlu indah, kawasan sekolah yang bersih dan
24

ditanam dengan pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada
pelajar.
Dalam artikel ini juga telah menyentuh soal pihak fakulti atau institut pengajian
bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar yang efektif, termasuklah
memupuk kemahiran untuk mencipta ruang di mana para pelajar berasa selamat untuk
berbual secara jujur berkenaan isu bangsa antara satu sama lain serta belajar untuk
menghormati keterbezaan masing-masing. Kajian ini sedikit sebanyak telah memberi
celik akal terhadap proses mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang disatukan
dengan pembangunan penaakulan moral pelajar perguruan. oleh yang demikian, minat
yang ditunjukkan oleh para guru terhadap profesyen perguruan akan menentukan tahap
minat pelajar terhadap guru tersebut serta pengajarannya. Salah satu faktor yang
memainkan peranan penting dalam menentukan minat guru terhadap profesyen
perguruan ialah motivasi dan motivasi ini pula berkait rapat dengan personaliti guru
tersebut menurut David Selvam, (2000). Guru yang mengajar pendidikan moral perlulah
menguasai kemahiran-kemahiran serta pedagogi untuk diaplikasikan di sekolah kelak.
Ini dapat dinyatakan oleh Chang (1994) kemudian merumuskan bahawa walaupun
mengajar adalah sesuatu yang bersifat moral secara semula jadi dan guru membuat
keputusan moral berterusan, namun para guru dilihat sebagai belum bersedia terhadap
aspek tugas ini.
Yeazell and Johnson (1988) yang menyatakan kebimbangan bahawa dikhuatiri
bakal guru ini menjadi guru yang mempunyai tahap pertimbangan moral yang kurang
daripada pelajar mereka. Beliau turut menyatakan bahawa kemampuan penaakulan
moral yang rendah bukan hanya menimbulkan keraguan serius terhadap kemampuan
bakal guru ini untuk memahami dan mengajar prinsip etika dan memudahcara
perkembangan panaakulan moral pelajar, namun turut membangkitkan persoalan serius
tentang bagaimana bakal guru ini membuat keputusan di dalam aktiviti bilik darjah yang
melibatkan situasi moral seperti keadilan, pengurusan kekurangan masa dan sumber
dan segala proses berkenaan disiplin kelas.
25

Sebagai kesimpulannya, perkembangan moral pelajar-pelajar membawa kepada


pembentukan insan bermoral. Bermula dari peranan ibu bapa, guru di sekolah, rakan
sebaya, hinggalah

masyarakat di sekeliling, semuanya memberi impak serta

menentukan perkembangan seseorang individu itu, bukan dari sudut moral sahaja,
malahan dari sudut kognitif (cara pemikiran) serta sosial. Ini menunjukkan juga guru
serta semua pihak boleh berganding bahu membentuk keperibadian pelajar melalui
penaakulan moral yang tinggi supaya segala dasar pendidikan kerajaan dapat bersaing
dengan negara maju selain membentuk negara bangsa kita ke tahap yang berdaya
saing, maju, berkerampilan serta harmoni. Dengan ini, lahirlah generasi yang berakhlak
mulia dan akan dapat memberi sumbangan kepada negara, bangsa dan masyarakat
pada masa akan datang. Bak kata pepatah melayu "Meluntur buluh biarlah dari
rebungnya", didikan moral seharusnya diterapkan dalam diri pelajar semenjak kecil lagi
terutama di peringkat sekolah rendah.
3.0

PENULISAN REFLEKTIF
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya

dapatlah saya Syarudin Bin Ibrahim (761104045227) Unit Bahasa Melayu


dapat menyiapkan tugasan ELM 3101E Pengenalan Konsep Asas Pendidikan
Moral yang diberikan kepada semua pelajar Program Pensiswazahan Guru
PPG Semester 5 tahun 2014 ini. Tugasan kali ini perlu saya buat secara
individu dan berkumpulan. Oleh itu saya telah meluangkan banyak masa
untuk menyiapkan tugasan ini. Proses pertama tugasan ini memerlukan saya
mencari artikel atau jurnal yang menjadi teks wajib untuk membuat tugasan
ini. Nasib saya baik , setelah memilih dan memuat turun dari pelbagai
sumber, akhirnya saya telah memilih satu artikel iaitu jurnal yang bertajuk
Penaakulan Moral: Kepentingan Terhadap Calon Guru Pendidikan Moral.
Tugasan pertama ini memerlukan saya membaca dan mencerakinkan
kandungan jurnal ini. Setelah itu, saya perlu membuat peta minda atau
pengurusan grafik dan nota ringkas mengenai tajuk-tajuk yang terkandung
dalam artikel yang dibaca. Proses membuat peta minda ini banyak memakan
26

masa . Sehubungan dengan itu saya telah menggunakan satu perisian untuk
membuat peta minda iaitu perisian Edraw Max. Perisian ini membolehkan
saya membuat peta minda lebih cepat dan prosesnya amatlah mudah.
Namun terdapat kekurangan semasa menggunakan perisian ini kerana perlu
melakukan proses mengubah atau convert ke prisian MS Word.
Untuk tugasan yang kedua pula saya perlu menggunakan maklumat
yang diperoleh untuk mengulas dan menghurai berkaitan dengan peranan
guru dalam pembentukan insan bermoral di sekolah. Tugasan kali ini begitu
mencabar kerana tugasan perlu dibuat sewaktu dalam bulan Februari dan
Mac. Di mana pada bulan ini saya banyak terlibat dengan sukan olahraga
peringkat MSSNM Kawasan Tanjung.

Di sekolah pula , tugasan menanda

kertas peperiksaan kerana saya mengajar tahun 6 yang sememangnya


pelbagai program kecemerlangan diatur. Hal ini kerana setiap minggu mulai
bulan Februari di adakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang
akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada awal
September nanti.

Tempoh masa sebulan menyiapkan tugasan ini amat

mencabar. Kekangan masa ini menyebabkan saya lebih merangka dan


menyusun tugasan sekolah serta pengajian melalui masa terluang yang ada.
Pengalaman hampir sebulan untuk menyiapkan kerja kursus ini sungguh
bermakna. Ini merupakan satu cabaran dalam meningkatkan lagi ilmu
terutama

bidang

yang

berkaitan

pendidikan

moral

ini

memberikan

pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan dimensi moral, penaakulan


moral dan ciri-ciri insan bermoral.
Dengan adanya pengetahuan ini tahap keyakinan saya semakin
bertambah dalam menyampaikan ilmu pendidikan moral di sekolah walhal
buat masa ini saya tidak pernah mengajar pendidikan moral walau sekali
pun. Apabila saya tekun menyiapkan tugasan ini, barulah saya faham banyak
ilmu berkaitan pendidikan moral yang masih saya tidak ketahui walaupun
saya seorang guru bahasa Melayu di sekolah rendah. Sesungguhnya rasa
bersyukur apabila saya dapat membuat tugasan ini disamping bantuan
27

rakan-rakan dan terutamanya pensyarah iaitu Encik Dzulkifli bin Abd Samad
banyak memberi input dan penerangan. Pada mulanya saya mengalami
kesukaran untuk menganalisis artikel tersebut memandangkan ia perlu
dilaksanakan dengan betul dan mengikut peraturan dan kehendak proforma
kursus.
Semasa menghurai dan menganalisis juga saya mengalami kekeliruan
penaakulan moral dengan nilai-nilai murni. Ini disebabkan kedua-duanya
berkaitan antara satu sama lain. Yang mana secara kasar, misalnya
penaakulan moral

dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional

berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran berbanding


nilai berkaitan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda
(manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini,
berharga atau sebaliknya. Cuma kita perlu memegang konsep dan pengertian
yang

telah

diberikan

di

dalam

modul,

buku

dan

melayari

internet

memberikan gambaran dan konsep yang sangat jelas.


Saya beranggapan jika saya tidak ditugaskan membuat tugasan ini ,
sudah tentu saya masih lagi tidak mengetahui mengenai pendidikan moral
yang saya ada ini dengan penuh penelitian tajuk demi tajuk. Akhirnya
dengan

bahan-bahan

rujukan

yang

diperoleh

daripada

internet

dan

perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan tugasan analisis artikel ini


berjaya disiapkan.
Sekalung penghargaan saya ucapkan sekali lagi kepada pensyarah
yang bertanggungjawab untuk KKP ini iaitu atas bimbingan Encik Dzulkifli bin
Abd Samad dan panduan yang telah diberikan sewaktu saya menyiapkan
tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa tunjuk ajar daripada pihak tuan, sudah
tentu tugasan ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
SYARUDIN BIN IBRAHIM
PPG BAHASA MELAYU
28

SEMESTER 5

RUJUKAN
BUKU:

(2010), Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Noriati A. Rashid et al. (2012), Murid dan Alam Belajar Edisi Kemas Kini, Shah
Alam,
Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

INTERNET:
http://eprints.uthm.edu.my/2327/1/4B-PERANAN_PENDIDIKAN.pdf
http://eprints.utm.my/4019/1/AziziYahaya_kajian_agama.pdf
http://jurnal.upi.edu/file/04_MODEL_PENDIDIKAN_NILAI_MORAL-KOKOM.pdf
http://repo.uum.edu.my/1793/1/5.pdf
29

http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/ARTIKEL%20DIMENSI%20MORAL
%20DALAM%
20PKN.pdf
http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%2023-36.pdf
http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/konsep-asas-moral.html
http://leemersing.blogspot.com/2011/04/guru-sebagai-agen-pembentukanakhlak.html
http://majorpra.blogspot.com/2010/11/1.html
http://pismppklihat.blogspot.com/2013/05/persekitaran-pembelajaran-yangkondusif.html

LAMPIRAN

30

Anda mungkin juga menyukai