Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Teori etika dalam kehidupan manusia sejagat dan Kepentingan Teori

Perkembangan Moral dalam kehidupan manusia sejagat

Pengenalan Teori Etika

Frasa etika ini berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘Ethos’ yang membawa maksud adat
isitiadat. Oleh itu, etika ini sangat berkait rapat dengan nilai-nilai, tatacara hidup dan aturan
dalam kehidupan hidup. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, etika membawa maksud ilmu
yang melibatkan prinsip-prinsip akhlak atau moral. Menurut Abdullah Zhidi Omat et al (2014),
menyatakan bahawa teori etika ini merupakan satu tafsiran tentang perilaku moral sepanjang
kehidupan manusia. Maka, di sini jelas membuktikan bahawa teori etika ini merupakan satu
set teori yang mentafsir sama ada sesuatu tindakan yang dilakukan itu betul atau salah
dengan memberikan justifikasi terhadap sesuatu norma tersebut. Secara asasnya teori etika
ini terbahagi kepada empat iaitu Teori Kemoralan Sosial, Teori Keperibadian Mulia, Teori
Teleologi daan Teori Deontologi. Di mana, keempat-empat teori ini mempunyai fokus manusia
yang dikatakan bermoral adalah berbeza.

Kepentingan Teori etika dalam kehidupan manusia sejagat

Antara kepentingan teori etika ini dalam kehidupan manusia sejagat ialah menjadi
panduan kepada manusia untuk melakukan suatu tindakan bermoral. Hal ini kerana dalam
mempelajari teori etika ini manusia mampu untuk membuat keputusan sama ada sesuatu
perbuatan itu bermoral atau tidak dalam situasi tertentu. Sebagai contoh, menurut Teori
Teleologi, manusia mampu untuk melakukan sesuatu tindakan yang bermoral berdasarkan
kesan atau akbiat tindakan tersebut. Manakala, menurut Teori Deontologi, manusia mampu
untuk melakukan sesuatu tindakan yang bermoral melihat kepada niat tindakan seseorang
itu. Maka, hal ini menjelaskan bahawa manusia mampu untuk mempelajari pelbagai bentuk
atau jenis tindakan yang bermoral mengikut sesuatu setuasi tertentu. Oleh itu, daripada
mempelajari pelbagai Teori ini manusia dapat membuat keputusan sama ada sesuatu
perbuatan itu bermoral atau tidak mengikut situasi tertentu, seterusnya manusia mampu
melakukan tindakan bermoral mengikut situasi dan keadaan yang sesuai.

Selain itu, kepentingan etika ini juga ialah mengatasi manusia daripada membuat
andaian terhadap seseorang individu secara luaran semata. Hal ini kerana, dengan
mempelajari teori etika ini kita mampu untuk mentafsir sesuatu tindakan tersebut dengan lebih
mendalam dan terperinci. Sebagai contoh, pengetua merotan murid di majlis perhimpunan
sehingga memalukan murid tersebut kerana merosakkan kemudahan di makmal sekolah.

2
Apabila diteliti tindakan pengetua tersebut adalah tidak bermoral kerana merotan murid
tersebut dikhalayak ramai sehingga mampu mengaibkan pelajar tersebut. Tetapi, menurut
Teori Utilitarianisme yang merupakan cabang Teori Teleologi tindakan pengetua ini dikira
bermoral kerana ianya memberikan kebaikan kepada semua murid untuk tidak melakukan
kesalahan tersebut. Oleh itu, jelas di sini membuktikan bahawa dengan mempelajari teori etika
ini kita mampu untuk mentafsir sesuatu tindakan individu tersebut bukan secara luaran semata
namun secara lebih terperinci.

Tambahan pula, kepentingan teori etika dalam kehidupan manusia sejagat ialah
mempu untuk melahirkan manusia yang mempunyai keperibadian mulia yang tinggi. Hal ini
kerana dengan mempelajari teori etika ini manusia dapat menganalisis setiap kelebihan dan
kekurangan ada pada setiap teori masing-masing. Sebagai contoh, iaitu melalui Teori
Kemoralan Sosial kita mampu untuk melahirkan individu yang tidak mementingkan diri sendiri
kerana dalam teori ini sesuatu tindakan tersebut dikira bermoral jika tindakan kita selaras
dengan peraturan masyarakat, norma dan undang-undang. Namun, teori ini juga mempunyai
kelemahan iaitu sesetengah peraturan yang ditetapkan adalah tidak adil, kurang adil dan tiada
nilai moral. Oleh itu, apabila manusia mampu untuk menganalisis segala kekuatan dan
kekurangan bagi keempat-empat teori etika ini, kita mampu mengambil nilai-nilai yang baik
sebagai amalan sebaliknya menolak segala teori yang kurang bersesuaian dengan diri sendiri
seperti mengamalkan konsep yang ada pada Teori Keperibadian Mulia iaitu dengan
mengambil jalan tengah apabila melakukan sesuatu tindakan. Jelaslah di sini, dengan
mempelajari teori etika ini kita mampu memiliki keperibadian mulia yang tinggi dengan
membuat anlisis terhadap kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap teori etika.

3
Pengenalan Teori Perkembangan Moral

Menurut Lew Moi Mooi el al (2015) menyatakan bahawa perkembangan moral


merupakan suatu aspek yang penting dalam perkembangan hidup kerana pegangan moral
yang diterapkan akan akan memantau perlakuannya. Seterusnya, menurut Abdullah Zhidi
Omat et al (2014), menyatakan bahawa perkembangan moral ini lebih kepada pemahaman
manusia tentang benar atau salah, atau kemahiran kita untuk menilai perkara tersebut dari
sudut pemikiran tingkah laku dan perasaan. Maka, jelas menunjukkan bahawa teori ini
merupakan satu elemen yang penting dalam perkembangan hidup manusia melalui aspek
perasaan, tingkah laku dan pemikiran moral. Secara asasnya, Teori Perkembangan Moral ini
terbahagi kepada beberapa bahgian iaitu Kognetif, Behaviorisme, Sosial, Humanistik dan
Psikoanalisis.

Kepentingan Teori Perkembangan Moral dalam kehidupan manusia sejagat

Teori Perkembangan Moral banyak membawa kelebihan dalam kehidupan manusia


sejagat antaranya ialah menjadi aras panduan ibu bapa untuk membantu perkembangan
moral anak-anak. Menurut Zainudin Abu Bakar (2008), menyatakan bahawa pengetahuan
mengetahui pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Jelas membuktikan bahawa pentingnya ilmu terhadap
perkembangan dan pertumbuhan anak-anak sebelum ibu bapa ini membentuk anak mereka
menjadi insan yang bermoral. Dalam Teori Perkembangan moral Kognetif, Jean Piaget (1932-
1965) telah menjelaskan empat peringkat perkembangan intelek yang dilalui oleh kanak-
kanak. Oleh itu, peringkat perkembangan yang telah diperkenalkan ini sedikit sebanyak dapat
menambah ilmu ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Sebagai contoh, pada peringkat
Praoperasi (3-7 tahun), ibu bapa boleh tahu di mana anak mereka sekitar umur 6-7 tahun
sudah boleh mematuhi peraturan moral yang telah ditetapkan. Maka, pada peringkat ini ibu
bapa boleh membantu anak-anak mereka dengan menyemai nilai-nilai ilmu keagamaan.
Perkara ini menjelaskan bahawa dengan adanya peringkat perkembangan intelek yang telah
dijelaskan oleh Jean Piaget dapat membantu ibu bapa untuk mendorong perkembangan
moral anak-anak mereka.

Seterusnya, kepentingan teori ini juga ialah membantu ibu bapa untuk menggunakan
teknik yang pelbagai, tepat dan betul dalam mendorong perkembangan moral anak-anak. Hal

4
ini kerana melalui pembelajaran teori perkembangan moral ini kita dapat mengetahui pelbagai
jenis teknik untuk membantu perkembangan moral individu. Sebagai contoh, dalam
membantu perkembangan moral anak-anak ibu bapa dapat menggunakan Teori
Perkembangan Moral Behaviorisme yang menggunakan kaedah dendaan, ganjaran dan
peneguhan. Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu anak-anak menggunakan Teori
Perkembangan Moral Sosial menggunakan konsep yang telah diperkenalkan oleh Albert
Bandura iaitu pembelajaran kanak-kanak berlaku dengan cara pemerhatian terhadap orang
lain. Oleh itu, dalam konteks ini ibu bapa boleh mendidik dan membantu perkembangan moral
anak-anak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik kepada anak mereka. Jelaslah di
sini bahawa kepentingan teori ini dapat membantu ibu bapa untuk mempelbagaikan teknik
mereka dalam mendorong perkembangan moral anak-anak.

Kesimpulan

Oleh itu, secara holistik dapatlah disimpulkan di sini, bahawa kepentingan Teori Etika
dan Teori Perkembangan Moral masing-masing memberi impak yang besar kepada
kehidupan manusia sejagat. Contohnya, melalui kepentingan Teori Etika, manusia bukan
sahaja mampu untuk mengamalkan dan melaksanakan teori tersebut dalam kehidupan
seharian, malahan manusia mampu untuk menganalisis dan menerapkan nilai yang terbaik
dalam diri sendiri untuk membentuk keperibadian mulia yang tinggi. Manakala, melalui
kepentingan Teori Perkembangan Moral, ibu bapa mampu untuk membantu perkembangan
moral anak-anak mereka dengan menggunakan pelbagai teknik yang betul dan berkesan.
Maka, jelaslah di sini bahawa kepentingan kedua-dua teori ini saling melengkapi dalam
membentuk pemikiran, tingkah laku dan perasaan moral ke atas manusia sejagat.

5
Rujukan
Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam, Roslina Surantnu. (2014).
Pengantar pendidikan moral: ipta ipts ipg & kolej. Selangor: Penerbitan Multimedia
SDN. BHD

Abdul Rahman Md. Aroff. (2008). Pendidikan moral : teori etika dan amalan moral. Serdang,
Selangor: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Lehsan. (2007). "Prinsip Pembelajaran Tuntas mata pelajaran PAI", Juntal Pendidikan Agama
Islam, Vol.IV,No. 1, 2007, Yogyakarta: Jurusan PAI Fakukas Tarbiyah UIN Sunan
Kalijaga

Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah Md. Nordin. (2015). Perkembangan kanak-kanak.
Selangor, Malaysia: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Noresah Baharom et al. (Ed). (2013). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Usha Nanthini. (2012). Konsep insan yang bermoral. Dicapai
pada 3 Ogos 2015, daripada https://www.scribd.com/doc/95246995/Konsep-Insan-
Yang-Bermoral

Nataria Delli. (2014). Pengertian dan teori etika. Dicapai pada 5 Ogos 2014. Daripada
http://natariadaeli.blogspot.com/2014/10/pengertian-dan-teori-etika.html

Novi Sriyanti. (2014). Teori-teori perkembagan. Dicapai pada 6 Ogos 2014. Daripada
http://strawberry06perkembanganpesertadidik.blogspot.com/2014/02/teori-teori-
perkembangan.html

Viona Norvalinda. (2013). Behaviorisme. Dicapai pada 6 Ogos 2014. Daripada


http://vioranova.blogspot.com/

Wong Ic. (2011). Tajuk 4: insan bermoral. Dicapai pada 29 Julai 2015, daripada
http://treebuilder.blogspot.com/2011/02/tajuk-4-insan-bermoral.html
.

6
Zainuddin Abu Bakar. (2008). Psikologi pendidikan: teori-teori perkembangan. Johor Darul
Ta’zim: Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai