Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN

Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul
dan kehidupan baik dalam seseorang individu. Etika membawa erti yang lebih meluas dengan
menganalisis apa yang betul dan salah seperti apa yang sering dianggap. Antara aspek utama
etika ialah “kehidupan baik”, iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang juga
dianggap lebh pentig daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Bukan itu sahaja,
etika juga berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah,
kewajipan, tanggungjawab, serta analisis. Etika juga antara teori tentang tingkah laku yang
betul dalam kehidupan yang baik dan bukannya amalan. Selain itu, etika juga mengkaji fakta,
menganalisis dan merumuskan apakah tingkah laku yang sepatutnya dilakukan oleh
seseorang individu. Etika dalam seseorang individu adalah berbeza mengikut ajaran agama
ang berbeza.

Subjek Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan subjek untuk mempersiaplan


pelajar dalam menghayati etika dan peradaban wujud dalam kalangan masyarakat
kepelbagaian etnik di Malaysia untuk memperteguhkan pemikiran kritikan dan analitikal bagi
pelajar dalam mengharungi kehidupan yang lebih mencabar. Subjek Penghayatan Etika dan
Peradaban juga memfokuskan kepada penghayatan etika dan perdaban dalam pembentukan
acuan Malaysia. Melalui subjek ini, pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika
dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan
susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga pasca-kolonian. Oleh itu,
penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan
pada peringkat individu keluarga komuniti masyarakat dan negara.

Pemilihan subjek Penghayatan Etika dan Peradaban kerana nilai etika dan peradaban
masih lagi menjadi asas dan prinsip bagi menjamin rasa keterikatan manusia kepada
kelakuan, sikap, persepsi, motivasi dan personaliti yang baik bagi memastikan kehidupan
terus unggul dalam keadaan yang terjamin dan sejahtera. Ini bermakna perubahan dalam
aktiviti kehidupan dan proses kemajuan dan pembangunannya tidak memadai dengan
perubahan undang-undang sahaja tetapi mestilah diselarikan dengan kemantapan dalam
perkembangan ke atas kefahaman dan penghayatan nilai etika.
i. Apakah falsafah atau matlamat yang menjadi dasar bagi subjek yang dipilih?

Falsafah membantu untuk membina pemikiran kritis dalam kalangan mahasiswa


apabila mereka berhadapan dan menilai isu-isu semasa. Falsafah juga memberikan
pendedahan kepada pelajar tentang keluasan skop dan konteks isu semasa. Falsafah ini juga
membina insan yang beretika iaitu seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Menurut kajian falsafah juga bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada
makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini dapat di lihat
dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf
Islam mahupun Barat. falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak semua
manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana, ia memerlukan satu
persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan sebagai satu
bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia ini.

Matlamat Pengkaji mengkeritik subjek Etika adalah untuk mengetahui dengan lebih
mendalam dan terperinci mengenai subjek ini dan adakah subjek ini mempengaruhi minda
atau pemikiran, sikap, tingkah laku dan tindakan sesorang. Selain daripada itu, matlamat
pengkjai memilih subjek Etika ini ialah untuk mengetahui sama ada ssubjek ini masih releven
ataupun tidak diajar di peringkat university. Hal ini kerana subjek Etika akan mewujudkan
modal insan yang berkualit dan berintegriti. Disamping itu, pengkaji juga ingin mengetahui
apa pandangan pelajar dan perasaan mereka semasa belajar subjek etika ini, Sama ada subjek
ini mudah untuk difahami dan dipelajar atau sukar untuk di fahami. Selain itu, matlamat
pengkaji mengkaji subjek etika ini ialah mengenai kandungan ilmu yang di sampaikan oleh
subjek ini dan adakah kandungan dalam subjek ini menepati capaian falsafah. Di samping itu,
matlamat pengaji mengkritik subjek Etika ini ialah untuk mengetahui nilai ilmu yang
diperolehi oleh sesorang individu dalam konteks individu dan masyarakat. Akhir sekali,
matlamat pengkaji mengkritik subjek ini adalah ingin mengetahui apakah subjek Etika ini
mempunyai nilai tersendiri jika dibandingkan dengan subjek-subjek yang lain.
ii) Adakah ilmu yang disampaikan / kandungan subjek menepati atau mencapai
falsafah / matlamat tersebut? Jelaskan

Ya. Ilmu yang disampaikan dalam subjek ini mencapai matlamat tersebut. Falsafah
ilmu adalah kajian scara filsasafat yang ingin menjawab pertanyaan mengenai hakikat ilmu.
Ilmu yang disampaikan dalam subjek tersebut adalah dari segi fizikal, rohani dan mental.
Sebagai contoh, sentiasa menjaga perilakunya agar tidak melakukan perkara yang
bertentangan dengan kehendak masyarakat. Orang yang beretika mulia tidak gemar
memikirkan hal-hal yang tidak mendatangkan perhitungan buruk dan baik sebelum
melakukan sesuatu. Jadi, seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang
unggul walau di mana ia berada kerana nilai etika membentuk falsafah hidup, gaya berfikir
dan tindak tanduknya.

Falsafah adalah bertujuan untuk mencari kebenaran secara asasnya, melalui pemikiran
radikal, sistematik dan universal, untuk meneroka semua perkara yang dibincangkan. Nilai
dalam sesebuah organisasi juga mencapai matlamat falsafah. Masalah perlanggaran disiplin
organisasi tidak akan timbul sekiranya seluruh organisasi mahupun institusi memiliki nilai
etika yang tinggi. Lahiriah suatu budaya kerja yang positif dan yang mementingkan
produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran organisasi yang kondusif, semangat
kekeluargaan dalam organisasi berkenaan akan menyumbangkan peningkatan keuntungan
organisasi tersebut.

Seterusnya, nilai yang disampaikan mencapai matlamat falsafah merupakan nilai


dalam kekeluargaan. Setiap ahli keluarga merasakan selamat dan bahagia dalam usaha untuk
mewujudkan suasana mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga. Sebagai contoh, ibu
bapa mempunyai peranan penting dalam kekeluargaan terutamanya untuk anak-anak mereka.
Ibu bapa perlulah menunjukkan tingkah laku yang baik dan memberi tunjuk ajar yang baik
bagaimana menghormati orang lain mahupun melakukan perkara yang baik agar tidak
melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai yang beretika.
Akhir sekali, nilai yang disampaikan seperti nilai yang lebih progresif, aman, damai
dan harmonis mencapai matlamat falsafah dalam kalangan masyarakat. Conntohnya,
hubungan yang wujudnya melalui masyarakat akan sentiasa melakukan perkara yang baik
seperti tolong-menolong, kunjung antara satu sama lain masa perayaan, bertolak ansur
sesama masyarakat dan hormat-menghormati. Jadi, ini adalah penting untuk mempunyai
kehidupan yang harmoni seharian kita sebagai msyarakat. Falsafah ialah panduan
kesejahteraan hidup.
iii) Apakah nilai ilmu/ subjek tersebut dalam konteks sudut individu, masyarakat, dan
lain-lain?

Pada masa kini, nilai etika amtlah penting dalam kalangan kehidupan manusia kerana
etika akan membantu kepada pembentukan keharmo nian, kesejahtteraan dan kedamaian
hidup. Kepentingan etika dapat dilihat dari sudut individu, masyarakat, kekeluargaan
organisasi dan institusi dan negara.

Nilai ilmu yang terdapat dalam subjek tersebut dalam konteks sudut individu adalah
secara individunya, seseorang yang beretika akan menimati kebaikan fizikal, rohani dan
mental. Seseorang individu yang beretika akan sentiasa menjaga perilakunya agar tidak
melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu juga dengan
kemurniaan hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada pembentukan
sifat-sifat sabar, pengasih, bertimbang rasa, rasional dan lain-lain lagi. Jikalau dari segi
mental seseorang itu, orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan hal-hal yang tidak
mendatangkan perhitungan buruk dan baik sebelum melakukan sesuatu. Maka, jadilah ia
seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia
berada kerana nilai etika membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.

Masyarakat yang mempunyai nilai etika akan menjadi lebih progresif, aman, damai
dan harmonis dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan etika dan persekitaran yang
wujudnya melalui masyarakat akan sentiasa melakukan perkara yang baik seperti tolong-
menolong, kunjung antara satu sama lain masa perayaan, bertolak ansur sesama masyarakat
dan hormat-menghormati. Hal ini sangat penting untuk mempunyai kehidupan yang harmoni
seharian kita sebagai msyarakat.

Selain itu, nilai etika dalam kekeluargaan juga penting. Hal ini demikian untuk
mewujudkan suasana mesra, aman, harmonis, kerukunan rumah tangga, keutuhan
kekeluargaan dan setiap ahli keluarga merasakan selamat dan bahagia. Sebagai contoh
pasangan suami isteri perlulah mempunyai sifat tolak ansur antara satu sama lain supaya
keluarga mereka hidup aman damai tanpa sebarang berlakunya konflik di dalam keluarga
mereka. Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam kekeluargaan terutamanya untuk anak-
anak mereka. Hal ini kerana, mereka perlulah menunjukkan tingkah laku yang baik dan
memberi tunjuk ajar yang baik bagaimana menghormati orang lain mahupun melakukan
perkara yang baik agar tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai yang
beretika.
Di samping itu, nilai etika dalam sesebuah organisasi atau institusi amat penting.
Sekiranya seluruh organisasi mahupun institusi memiliki nilai etika yang tinggi, maka
masalah perlanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan
kuasa, gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Oleh itu, lahiriah suatu budaya
kerja yang positif dan yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran
organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan dalam organisasi berkenaan akan
menyumbangkan peningkatan keuntungan organisasi tersebut. Sebagai contoh, pada masa
kini, kebanyakan organisasi merka tercapai. Sebagai contoh, organisasi perbankaan,
pekerjanya perlulah bercakap dengan sopan dan sentiasa melemparkan senyuman kepada
pelanggan.

Akhir sekali bagi negara yang adanya individu. Negara juga akan turut mencapai
faedahnya. Negara kita akan aman, damai harmonis, maju dan mempunyai imej yang tinggi
di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat mengekalkan tahap amalan etika
yang tinggi, maka selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang.
Iv) Adakah subjek tersebut mempunyai nilai tersendiri jika dibandingkan dengan
subjek-subjek atau pelbagai bidang ilmu lain? Jelaskan.

Subjek penghayatan etika dan peradaban mempunyai nilai tersendiri jika


dibandingkan dengan bidang ilmu yang lain. Menurut Shukri (2002), nilai merupakan sebuah
konsep dari segi dalaman ataupun luaran yang bertujuan untuk membezakan seseorang
individu, perwatakan, ciri-ciri ataupun keinginan yang mempengaruhi pemilihan sesuatu cara
hidup, matlamat dan tujuan sesuatu perlakuan itu. Di samping itu, nilai juga merupakan
sesuatu yang dirasai oleh manusia, kehendak atau hasrat yang ditetapkan oleh pandangan akal
dan disimpulkan baik dalam kehidupan manusia. Contohnya, nilai-nilai yang baik adalah
benar, amanah dan jujur manakala nilai buruk pula seperti menipu, dengki dan berdusta. Nilai
kebiasaannya diletakkan pada ukuran sama ada positif, negatif ataupun neutral. Nilai Islam
turut berasaskan kepada prinsip ajaran kebaikan Islam yang mengandungi nilai-nilai murni,
positif dan akhlak.

Melalui nilai yang terkandung dalam subjek ini, generasi muda akan mudah untuk
menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik
di Malaysia. Selain itu, subjek ini dapat mengukuhkan pemikiran kritikal dan analitikal dalam
kalangan generasi baru bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan
datang. Melalui subjek ini, para pelajar akan didedahkan dengan dinamika konsep etika dan
peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia sejak masa evolusi
sejarahnya dari era pro-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Subjek ini amat penting dalam
melahirkan sikap yang bertanggungjawab dalam kalangan individu, keluarga, komuniti,
masyarakat dan juga negara. Hal ini dikatakan demikian kerana perubahan yang berlaku
dalam kalangan masyarakat dan pembangunan telah membawa cabaran baru dalam
mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia.

Selain itu, kemuliaan sesuatu umat bukan hanya bergantung pada ilmu yang tinggi
tetapi kemurnian akhlak juga penting dalam diri seseorang umat. Hal ini dikatakan demikian
kerana manusia tidak akan sempurna tanpa mempunyai nilai akhlak yang tinggi. Nilai yang
terdapat dalam subjek ini dapat melahirkan individu yang mempunyai peribadi yang mulia
dan bermoral tinggi. Kehidupan yang berlandaskan peribadi mulia dan bermoral tinggi
merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bertamadun. Peradaban juga lahir apabila
sesebuah masyarakat dan bangsa mencipta dan mengamalkan kehidupan budaya tinggi
khusunya apabila tradisi ilmu meluas dan berpengaruh. Dalam konteks ajaran agama Islam,
pembangunan etika dan integriti menjurus kepada konsep akhlak seperti pendapat Imam al-
Ghazali. Seseorang individu juga perlu mempunyai nilai etika yang penting seperti kejujuran
dan kebenaran, keadilan, amanah, menepati janji, istiqamah, taufian dan berkemahiran serta
keazaman. Nilai-nilai ini merupakan nilai yang terkandung dalam subjek penghayatan etika
dan peradaban.

Seterusnya, etika dan nilai murni yang baik juga amatlah penting dalam kalangan
masyarakat terutamanya para remaja zaman kini kerana ia berupaya untuk membantu dalam
memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga negara. Etika dan nilai murni dalam
kalangan generasi muda pada masa kini kian pudar selaras dengan perkembangan teknologi
yang dikecapi. Contohnya, penggunaan media sosial yang meluas kini telah digunakan oleh
para remaja untuk mengkritik, menempelak dan meluahkan perasaan atas segala aspek yang
dirasakan tidak adil pada perspektif mereka. Oleh itu, subjek etika dan peradaban ini amatlah
penting untuk dipelajari dalam generasi muda zaman sekarang bagi menanam nilai yang
positif dalam kalangan mereka. Isu-isu yang dipelajari dalam subjek ini sangat memberi
pengajaran kepada para pelajar kini terutamanya dalam menyusuri kehidupan yang fana akan
ditempuhi pada zaman moden ini. Di samping itu, topik-topik yang dipelajari juga dapat
membuka minda anak watan kini dalam membentuk jati diri yang baik untuk menerusi
contoh tauladan pada masa akan datang dalam memajukan negara.
PENUTUP (kritikan etika and peradaban)
Matlamat kursus ini adalah untuk mempersiapkan pelajar untuk memahami dan
menerapkan prinsip etika dan moral kepada pelbagai kumpulan etnik di Malaysia untuk lebih
memahami dan menerapkan pemikiran kritis dan analitis untuk mencapai kehidupan yang
lebih memuaskan. Peradaban yang tinggi akan mencerminkan keperibadian seseorang
individu mahupun masyarakat dalam sesebuah kehidupan. Oleh itu, sangat penting subjek
etika peradaban ini wujud di sekolah atau mana mana institusi yang tinggi kerana ia tanpa
mengira umur, pangkat mahupun darjat yang mempelajarinya.

selain itu, pelajar juga dapat mengenal pasti kontent falsafah dan pemikiran dalam
bentuk tradisional dan modeniti. Daripada aspek pemikiran tradisional ialah perspektif ini
menyatakan bahawa matlamat telah ditentukan dan ditetapkan, sementara manusia hanya
diberi ruang untuk memilih bagaimana mencapai tujuan, manakala aspek pemikiran moden
ialah perspektif ini menyatakan bahawa manusia mempunyai hak untuk menentukan
matlamat hidup mereka dan hak untuk memilih bagaimana mencapai tujuan tersebut.

Penghayatan nilai membawa maksud pelajar akan mengenalpasti perbezaan antara


nilai-nilai baik dan buruk dalam pelbagai konteks etika dan peradaban, dan dalam masa yang
sama dapat menterjemahkannya dalam konteks di Malaysia. Pelajar juga akan memiliki
kesedaran dalaman untuk memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai baik yang
terdapat dalam etika dan peradaban dan sekali gus menjadi warganegara yang terdidik dan
bertanggungjawab.

Penghayatan etika dan peradaban aspek kekeluargaaan Masyarakat. Sesebuah


kumpulan orang yang hidup bersama disesuatu tempat dengan cara dan mempunyai peraturan
tertentu, kekeadilan dan Malaysia adalah sebuah negara masyarakat yang berbilangan kaum
yang meliputi Melayu, India ,Cina, Sabah juga dan Sarawak. Apabila hkehidupan dalam
sebuah masyarakat yang berbilangan kaum secara tidak lansung ini telah melahirkan satu
budaya yang sihat . Realiti sesebuah kehidupan pada hari ini kita telah dikelilingan dengan
pelbagai citarasa, pandagan, gaya kehidupan, pelabgaii bahasa dan budaya yang berbeza-
beza.
Akhir sekali, penghayatan etika dan peradaban ini perlu menitikberatkan dalam
kalangan individu, keluarga, komuniti dan masyarakat. Selain itu, kita juga harus sedar
bahawa setiap peringkat itu adalah tergolong daripada mereka. Kita merupakan individu yang
yang tergolong daripada mereka, kerana kita yang akan membangkitkan semangat
kerjasamaa dan menyayangi sesama kita.

Maka secara tidak lansung kita juga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-
masing dalam membentuk dan penghayatkan etika dan peradaban. Apalgi pada peringkat
individu, adalah semestinya tanggunjawab kita individu yang besar, kerana individu itu
merupakan diri kita sendiri, maka kita haruslah menitikberatkan persekitaran kita supaya
setiap etika dan peradaban yang terjadi sama ada baik atau buruk. Oleh itu , kajian etika dan
perabadan ini mampu menyedarkan masyrakat dengan pelbagai faktor dan peranan yang
harus diambil berat , supaya masyarkat kita ini tidak akan mudah terjejas dengan etika yang
tidak baik.
REFERENCES
Fadilah Zaini. (2020, 5 Feb). Kursus Umum Penghayatan Etika Dan Peradaban
Bentuk Graduan Beretika dan Bersifat Positif. Dimuat turun daripada
https://news.utm.my/ms/2020/02/kursus-umum-penghayatan-etika-dan-peradaban-bentuk-
graduan-beretika-dan-bersifat-positif/

Hassan, R. Zain, F. Bakar, K et al. (2020). Kefahaman Nilai Etika Dan Moral Pelajar
Di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Sorotan Literatur. Malim: Jurnal Pengajian Umum Asia
Tenggara (Sea Journal of General Studies), 21(1), 126-141.

Ong (2020), Ketamadunan Pentingnya Etika Dan Susila. Dimuat turun daripada
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1867009

S. Anna Malai (2018). Etika: Sebagai Panduan Hidup. Jurnal Pembentukan Etika, 28,
1-28
LAMPIRAN
MINIT MESYUARAT

PERBINCANGAN TUGASAN BERKUMPULAN BERKENAAN KRITIKAN


SUBJEK BAGI ETIKA DAN PERADABAN

TARIKH: 29 MARCH 2021

MASA: 8.00 P.M – 10.00 P.M

SENARAI KEHADIRAN

1) FAZLIN LAIM (H19A0129)

2) ALICE SIA JIA YING (H19A0034)

3) JACKQULINE LYA ANAK ENGUN (H19A0165)

4) AMBAS ANAK NGILAH (H19A0042)

5) VANEESA BIBI ANAK JUTI (H19A0885)

6) LAU PHEI CHEE (H19A0187)

7) MUHAMMAD ADIB FAKRI BIN SAIDI (H19A0269)

AGENDA

1) MEMILIH SUBJEK ATAU KURSUS UNTUK DINILAI

2) PERBINCANGAN TENTANG KURSUS YANG TELAH DIPILIH

3) PEMBAHAGIAN TUGAS

4) MENCARI MAKLUMAT DAN PENDAPAT

5) MENGUMPUL DAN MENYIAPKAN TUGASAN


1) MEMILIH SUBJEK ATAU KURSUS UNTUK DINILAI
Memilih subjek di fakulti untuk dinilai iaitu subjek Etika dan Peradaban. Ahli
kumpulan sependapat untuk mengkritik subjek dan yang bertajuk ` Etika keruntuhan
akhlak dalam kalangan pelajar`.

2) PERBINCANGAN TENTANG KURSUS YANG TELAH DIPILIH


Ahli kumpulan memberikan serba sedikit pendapat dan pengetahuan yang diperoleh
dari mana-mana rujukan.

3) PEMBAHAGIAN TUGAS
Tugas dibahagikan secara sama rata untuk memudahkan tugasan. Pembahagian
tugasan berdasarkan keperluan tugasan iaitu menyediakan `laporan tugasan`.

4) MENCARI MAKLUMAT DAN PENDAPAT


Mencari maklumat berkaitan subjek yang ingin dikritik pada setiap ahli untuk lebih
faham maklumat yang diperolehi.

5) MENGUMPUL DAN MENYIAPKAN TUGASAN


Ahli kumpulan mengumpul setiap maklumat yang diperolehi dan seterusnya
menyedia atau menyiapkan tugasan dalam bentuk format yang diberikan iaitu `esei`.

Anda mungkin juga menyukai