Anda di halaman 1dari 11

KULIAH 9

UUW 130:
FALSAFAH & ISU SEMASA
ETIKA SEBAGAI ISU
KEFALSAFAHAN
Hasil Pembelajaran
• Membincangkan falsafah etika daripada teori dan konsep yang betul
dalam memahami etika / moral untuk mewujudkan insan/ kehidupan
sejahtera
• Mengenali, memahami dan seterusnya mengamalkan etika adalah salah
satu daripada keperluan untuk mencapai kesejahteraan hidup manusia
Apakah ETIKA?
• Etika adalah suatu perbincangan falsafah yang telah diletakkan dalam
perbahasan axiologi (
• Tujuan utama perbahasan etika adalah untuk kita memahami apakah nilai
yang dikaitkan dengan beberapa indikator falsafah etika itu sendiri seperti
perilakuan manusia, tabiat moral, menakrifkan antara benar atau salah,
perilaku benar atau tidak dan juga yang patut atau tidak patut dilakukan
dalam perlakuan manusia seharian
• Di Barat, falsafah etika ini juga dikenali sebagai falsafah moral
Konsep Falsafah Etika
• Etika bermaksud suatu ukuran mahupun piawaian yang digunakan untuk
membezakan kelakuan seseorang sama ada baik mahupun buruk,
menyenangkan atau tidak menyenangkan
• Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan hujah dan tujuan
yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan
• Etika merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip
moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul
Pandangan Ahli Falsafah tentang Etika

Plato Socrates
ETIKA: Berasal daripada perkataan
‘ethics’ yang diambil daripada Normatik
perkataan ‘ethos’ yang membawa
maksud sikap @ adat yang
menentukan tingkahlaku sesuatu
golongan/ individu
Meteathic

Analitik Kritikal
Teori Etika Teologikal & Deontologikal
• Teori Etika Teologikal juga dikenali sebagai ‘consequentialism’ adalah
sejenis teori yang mendakwa bahawa sama ada sesuatu tindakan secara
moral itu betul atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat
(consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan
• Teori Etika Deontologikal pula adalah etika kepercayaan yang mendakwa
atau menyatakan bahawa kewajipan atau tugas adalah asas kepada betul
atau salah. Tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada
tindakan yang kekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau
moral
Falsafah Etika Keagamaan

Islam Kristian Hindu Buddha


Konsep SEJAHTERA dalam Falsafah Etika
• Membangunkan konsep sejahtera dalam lapangan kehidupan dengan menitikberatkan aspek
etika/moral amatlah penting dalam dunia globalisasi kini
• Di dalam FPK, tujuan pendidikan di negara kita adalah untuk melahirkan insan sejahtera
melalui segenap lapangan kemasyarakatan seperti politik, ekonomi dan pendidikan
• konsep kesejahteraan akan dapat diimbangi dengan mewujudkan 10 ramuan seperti rohani,
fizikal-psikologi, intelektual, kognitif, budaya, etika, emosi, ekologi, ekonomi dan sosial
• Proses untuk mengimbangi ramuan kesejahteraan ini adalah suatu proses yang beterusan dan
perlu dipupuk melalui pendidikan awal yang ditekankan dalam FPK dengan pendekatan
daripada nilai etika/ moral
Konsep SEJAHTERA dalam Falsafah Etika

• Berlandaskan kepada FPK, Insan Sejahtera yang lahir dari usaha pendidikan
adalah insan yang berkebolehan dan berdaya saing dalam mengawal diri dalam
melawan perilaku-perilaku etika yang bercanggah dengan konsep atau tujuan
utama kehidupan individu itu sendiri dalam melaksanakan amanah dalam
pekerjaan, pendidikan mahupun kehidupan seharian dan berdaya saing untuk
menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara
• Mereka juga dapat berkolaborasi dalam pembangunan yang lestari (Sustainable
Development) dan hidup secara harmoni. Mereka mampu menjadi khalifah atau
pemimpin yang menjadi rahmat kepada seluruh alam
Kesimpulan
• Menjadi kompetitif atau berdaya saing sahaja tanpa keseimbangan dan kesejahteraan
akan mengakibatkan kemusnahan kepada diri, masyarakat, negara dan juga bumi.
• Falsafah Etika/ moral diwujudkan bagi mengimbangi masyarakat dalam tindakan
mereka seharian.
• FPK telah menggariskan usaha yang perlu dijalankan di dalam pendidikan bagi
melahirkan insan sejahtera yang dapat memastikan keharmonian dan kemakmuran
untuk semua. Keharmonian dan kemakmuran ini adalah suatu yang jauh lebih hebat
dari Rumah Putih yang telah dimomokan kepada masyarakat/ generasi kita pada
masa kini

Anda mungkin juga menyukai