Anda di halaman 1dari 18

MINGGU 1 (TOPIK 1)

PENGENALAN ILMU ETIKA


DAN PERADABAN
TOPIK KULIAH

PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN

■ Individu
■ Masyarakat
■ Negara
■ Warga global
APA ITU ETIKA?

Etika dari segi bahasa, berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang
berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.

Etika merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayan menentukan perbuatan yang dilakukan manusia untuk dikatakan
baik atau buruk.

Etika adalah aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik dan buruk dalam
masyarakat serta menghadkan perlakuan baik dan jahat .

Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu
yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
DEFINISI ETIKA

Thiroux (2001) Ismail Ibrahim (1995) Robert B. Zeuschner (2001)


Etika merupakan teori yang berkaitan Etika ialah proses pemikiran tentang Etika merujuk kepada prinsip-prinsip
dengan tindakan, hujah dan tujuan yang baik dan buruk berkaitan perilaku yang memandu dan mendorong manusia
mengarah kepada makna sesuatu seseorang untuk melakukan sesuatu yang bermoral,
tindakan Ia juga merupakan disiplin ilmu yang iaitu kajian mengenai tataetika yang
Tumpuan etika ialah terhadap tingkah mengkaji tentang moral, prinsip moral sepatutnya dipatuhi oleh manusia.
laku individu, bagaimana manusia kaedah moral dan tindakan serta Ini kerana etika merupakan cabang
bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan kelakuan manusia yang betul kepada Teori Nilai (Axiology), di mana
Etika ialah sains perlakuan (behavioural Etika = apa yang betul dan salah, manusia mampu berfikir dan membuat
science) yang mengkaji tentang perbuatan yang baik dan buruk, perkara pertanyaan tentang nilai dan fakta
perlakuan manusia dalam masyarakat, yang boleh dan tidak boleh dilakukan,
membuat tafsiran mengenai tingkah laku perkara yang patut dilakukan dan tidak
mereka dan memberi panduan cara-cara patut dilakukan serta yang berkaitan
bertingkahlaku yang betul berdasarkan dengan soal tanggungjawab
kepada piawaian etika atau moral
manusia serta masyarakatnya
PERADABAN

DBP [pe.ra.da.ban]/[per.a.da.ban]
| ‫ڤ رادبن‬ Arab Berasal daripada kalimah
adabun atau jamaknya adab :
Definisi : sistem dan tahap tertib, sopan. “Peradaban”
perkembangan sosial sesuatu membawa pengertian kepada
bangsa; kemajuan sosial dan adab sopan dan tatasusila hidup
kebudayaan sesuatu yang baik serta keluhuran dan
bangsa. (Kamus Pelajar Edisi kehalusan budi.
Kedua)
ETIKA DAN PERADABAN
ACUAN MALAYSIA
– Prinsip rukunegara
– Falsafah Pendidikan Kebangsaan
– Himpunan nilai, tradisi, budaya dan agama yang dikongsi bersama oleh masyarakat majmuk di
Malaysia
– Nilai-nilai kemanusiaan sejagat (keadilan, keamanan, keharmonian dan kesatuan)
– Nilai-nilai (peradaban Barat & Timur) yang bermanfaat dan baik sesuai dengan nilai agama, budaya
dan norma masyarakat setempat.
KEPENTINGAN ETIKA
- Etika penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu kepada pembentukan keharmonian,
kesejahteraan kerukunan dan kedamaian hidup.

Individu Masyarakat
• Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal, rohani dan • Wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi, saling hormat
mental menghormati
• Sentiasa menjaga tingkah laku agar tidak bertentangan dengan
masyarakat, tidak gemar memikirkan perkara yang tidak
mendatangkan faedah

Negara
• Wujud suasana aman, sejahtera, selamat, maju, disegani, dan
mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
ETIKA

FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
ETIKA

Pengaruh Rakan Nilai dan Moral


Pengaruh Keluarga Pengalaman Hidup Faktor Keadaan
Sebaya Peribadi
Pengaruh Keluarga

– Pengaruh keluarga merupakan faktor utama dalam pembentukan etika peribadi.


– Ibu bapa dan keluarga merupakan hubungan sosial pertama seseorang indivdu.
– Nilai peribadi terbentuk melalui hubungan kekeluargaan, amalan budaya dan adat, dan nilai-nilai
murni serta sosial yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga.
– Anak-anak akan mencontohi dan mempelajari nilai dan etika daripada tingkah laku ahli keluarga.
– Sekiranya ibu bapa menunjukkan nilai yang baik seperti jujur, beradab dan adil maka anak-anak juga
akan mengikuti perlakuan yang sama.
– Sekiranya ahli keluarga mempunyai etika tidak baik seperti mencuri, menipu maka perbuatan ini
akan menjadi ikutan anak-anak yang seterusnya membentuk etika tidak baik.
Pengaruh Rakan Sebaya

– Pengaruh rakan sebaya boleh dilihat diperingkat sekolah ataupun di tempat kerja.
– Etika seseorang biasanya dipengaruhi oleh tingkah laku rakan dan menjadi ikutan.
– Jika rakan sekerja mempunyai nilai moral yang baik seperti jujur, bertanggungjawab dan rajin maka
ia akan membantu membentuk etika yang baik.
– Jika seorang pelajar mempunyai rakan yang selalu ponteng sekolah, malas membuat kerja rumah dan
terlibat dengan aktiviti tidak baik maka kemungkinan perbuatan negatif ini akan menjadi ikutan
rakan-rakan yang lain.
Pengalaman hidup

– Pelbagai peristiwa positif mahupun negatif dalam kehidupan seseorang mampu mempengaruhi etika
dalam diri manusia.
– Melalui pengalaman juga dapat memberikan kesan yang positif dan negatif kepada kehidupan
manusia.
– Contohnya, sekiranya perbuatan salah yang sering dilakukan seperti perbuatan meniru tugasan,
menciplak dan sebagainya tidak tertangkap atau dikenakan tindakan, seseorang akan terus melakukan
perbuatan tersebut dan akan menjadi sebati dalam diri. Sekiranya perbuatan itu dikenakan tindakan
setimpal, maka kekesalam yang timbul dalam diri akan mengubah etika indivdu tersebut.
Nilai dan Moral Peribadi

– Nilai peribadi dan prinsip moral boleh dilihat dari segi kerjaya dan keluarga.
Seseorang yang mementingkan pangkat, pengaruh dan kedudukan tinggi dalam
masyarakat akan bertindak untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan
kesannya terhadap orang lain.
– Bagi individu yang mementingkan keluarga, kerja akan dilihat sebagai
tanggungjawab kedua dan segala tindakan yang di ambil akan mengutamakan
kepentingan semua pihak.
Faktor Keadaan Semasa

– Tingkah laku dan etika boleh berubah apabila faktor keadaan mempengaruhi tindakan seseorang.
– Walaupun manusia mengetahui tindakan seperti mencuri adalah sesuatu yang tidak beretika, tetapi
keadaan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan tersebut.
– Contohnya, seseorang yang kehilangan kerja dan mendapati sukar untuk mendapatkan kerja baru
boleh bertindak mencuri untuk mengelakkan kesempitan hidup.
Faktor lain

– Antara faktor lain yang menyokong faktor-faktor utama adalah:


– Didikan agama yang diterima dan dipelajari daripada keluarga dan sekolah
– Pendidikan yang diterima di peringkat keluarga dan sekolah
KESIMPULAN
Rujukan

– Md Nawi, N. (2010). Konsep Insan Moral Menurut Acuan Malaysia. Perspektif:


Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 2(1), 108-125. Retrieved from https://
ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1576
– Nik Mohd Rosdi & Nik Kamaliah (2008). Kenalilah Tamadun (Al-Hadharah). Shah
Alam. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM.
– A. Aziz Deraman (2005). Peradaban Melayu Timur Laut : Kesinambungan dan
Perubahan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai