Anda di halaman 1dari 4

Maksud etika

Etika berasal dari perkataan ethos (Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian.Etika
adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan Ia juga bermaksud prinsip moral atau
set prinsip moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat. Dari sudut perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan
Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan
baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering
dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau
memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara
isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang
betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan
menghalangnya.
Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan,
tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan
(pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku
yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan
merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya. Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan
"tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu.
Etika berbeza dengan agama.
Maksud etika profesional pula adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam
masyarakat. Ia mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar
peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. Oleh itu, etika perguruan bermaksud
satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat, negara, pelajar, ibu bapa pelajar
dan rakan sejawat.
Istilah Etika berasal dari bahasa Yunani kuno. Bentuk tunggal kata etika yaitu ethos sedangkan bentuk
jamaknya yaitu ta etha. Ethos mempunyai banyak erti iaitu : tempat tinggal yang biasa, padang rumput,
kandang, kebiasaan/adat, akhlak,watak, perasaan, sikap, cara berpikir. Sedangkan arti ta etha yaitu adat
kebiasaan.

Kepentingan Etika dalam Kehidupan
Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan
individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan
kebahagiaan.Justeru,kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui
individu,keluarga,organisasi dan masyarakat.
Individu

Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu yang beretika
juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara dirinya
dengan sifat-sifat yang terpuji.Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi.
Keluarga

Etika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang beretika.Ikatan yang erat
berdasarkan etika kekeluargaan yang sedemikian dapat mewujudkan keharmonian.Oleh yang
demikian,keamanan dan keakraban rumah tangga dapat menjamin keutuhan keluarga.

Organisasi

Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara nilai-nilai murni
organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat
memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan
reputasi serta menjamin perkembangan yang berterusan.
Masyarakat

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat memelihara
keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.Masyarakat yang beretika juga dapat
membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan
bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.

Kepentingan dalam pengurusan Etika
Terdapat empat kepentingan beretika iaitu sebagai fitrah manusia,etika keamanan,etika sebagai
lambang status manusia dan etika demi survival tamadun manusia.

Fitrah

Asal kejadian manusia adalah bersih dan murni yang digarapkan dengan akal dan hati sebagai penyuluh
jiwa manusia dalam menentukan tingkah laku yang baik ataupun buruk berdasarkan suruhan dan
larangan yang diasaskan dalam agama.Sebagaimana Nabi Muhammad s.w.a bersabda:

Setiap bayi dilahirkan dalam fitrah.Ini bermaksud manusia dilahirkan dalam watak yang murni dan tidak
berdosa.Ibu bapalah yang membesarkannya sebagai orang Islam ataupun kristian.Keyakinan ibu bapa
serta cara mereka berfikir mempengaruhi fikiran si anak yang mudah dipengaruhi.

Keamanan

Keamanan dapat diwujudkan dengan adanya nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri.Dengan adanya
nilai murni ini masyarakat yang berpegang pada agama itu sebagai panduan dan dasar
ikutannya.Manakala masyarakat yang tidak beragama menjadikan akal rasional sebagai
panduannya.Apabila nilai agama tidak diikuti maka orang itu akan melakukan perbuatan yang dilarang
daripada segi agama dan inilah yang menyebabkan berlakunya masalah sosial yang semakin berleluasa
pada zaman ini.

Status manusia

Etika adalah sebahagian daripada cara manusia berurusan dalam kehidupan seharian,maka ia penting
pada individu,keluarga,organisasi dan masyarakat serta ia dapat dilihat dalam konteks sejagat yang
memberi kepentingan kepada manusia selurunya.

Etika bagi individu,ia perlu mendapat kebaikan fizikal dan ketenangan jiwa dan perasaan serta sihat
sejahtera yang membolehkan beliau menjaga dirinya dengan sempurna.Individu yang beretika dapat
memelihara dirinya dengan sifat-sifat terpuji dan dipandang dalam masyarakat sebagai orang yang
berbudi tinggi.

Bagi etika dalam sesebuah keluarga,setiap ahli keluarga perlu berbuat baik dan menghormati ahli yang
lain serta perhubungan dan pergaulan perlu dijaga.Setiap ahli perlu tahu tanggungjawab masing-masing
dan menghormati antara satu sama lain serta sekali gus dapat mewujudkan keharmonian dan menjamin
keutuhan keluarga.

Etika dalam organisasi sama seperti etika keluarga.Dengan adanya hormat-menghormati,tahu
tanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing,maka sesebuah organisasi menjadi kuat
serta kukuh.Dengan adanya semua ini,ia dapat meningkatkan lagi produktiviti,kredibiliti dan reputasi
sesebuah organisasi,Selain itu,dalam etika masyarakat,dengannya adanya kehidupan yang aman
tenteram,keluarga yang utuh dan organisasi yang stabil maka wujudnya masyarakat yang harmoni.

Survival tamadun dunia

Manusia sebaik-baiknya bantu-membantu sesama sendiri dalam mengejar kemajuan dan sebarang
perselisihan faham dibawa ke meja perundingan penyelesaian dengan menggunakan senjata canggih
mengakibatkan kemusnahan yang teruk pada yang menyerang ataupun di serang.Seperti yang berlaku di
Iraq,ramai kaum islam terkorban akibat perbuatan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri serta
hanya menunjukan dialah yang berkuasa di dunia ini.Mereka hanya menyerang Iraq disebabkan minyak
mentah.Apa yang kita tahu,Iraq adalah negara yang mempunyai minyak yang banyak serta pengeluar
minyak yang terbesar.Inilah sifat manusia pada zaman ini yang hanya mementingkan keperluan sendiri
dengan sanggup membunuh orang lain dan tidak berperikemanusian pada manusia yang lain.

Anda mungkin juga menyukai