Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah dan tujuan yang mengarah
kepada makna sesuatu tindakan.Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau
fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambilkira tindakan atau
tingkahlaku manusia.Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang
moral,prinsip moral,kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Etika berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’ yang
membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan.Etika
boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan
yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula
dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua
peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan
mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.Dengan lain perkataan,etika dapat
didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral.

Etika menurut French dan Granrose (1995) adalah : "A set of normative guidelines
directed towards resolving conflicts of interest,so as to enhance societal well-being".
Untuk membentuk etika yang baik,tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan
seseorang itu perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi
mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan.Dengan berasaskan kepada etika
yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya
meningkatkan fungsi sosial seseorang itu.

Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: "…… is a systematical


attempt,through the use of reason,to make sense of our individual and social moral
experience in such a way as to determined the rules that ought to governed human
conduct and the values worth pursuing in life".

Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu sistem
yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh
memberi kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itu
lebih bermakna.

White (1993) pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan
kebaikan moral(virtue moral) dan menilai tindakan manusia.Falsafah etika adalah
berbeza daripada undang-undang,keagamaan,budaya dan pendekatan secara peribadi
kepada etika adalah menerusi kajian tingkahlaku tentang moraliti melalui rasional yang
dilihat kepada kehidupan manusia.

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan
tumpuan kepada kebaikan moral.Socrates(469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang
mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan(virtue) dan
kesihatan roh (health of the soul).Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung
dengan menyakinkan orang agar menjadi berakhlak mulia(virtuous).Socrates mengatakan
bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi tanpa memiliki moral kebaikan dan
tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang lain malah beliau menganggap orang
yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.

Hubungan etika dan personaliti manusia dilanjutkan oleh anak muridnya iaitu Plato(428-
348B.C.) yang mengatakan bahawa moral kebaikan adalah suatu imbangan dan harmoni
di kalangan perbezaan yang wujud dalam roh(soul) dan alasan(reason) akan
mengamblalih keperluan fizikal dengan dibantu oleh emosi.Sepertimana Socrates,Plato
melihat moral kebaikan sebagai suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan
yang sejati adalah sukar dicapai dan bergantung sepenuhnya kepada peringkat
pembelajaran falsafah yang tinggi dan kebenaran metafizik yang memerlukan kajian yang
lama.Oleh itu,mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman
intelektual.Bagi Aristotle(384-322B.C.)pula,beliau melihat kebaikan moral agak berbeza
daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral
mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat(character)
atau personaliti.Aristotle mendefinisikan kebaikan moral (virtue moral) sebagai: "not…
… according to the nature of the actions,but according to the dispositions of the doer".
Aristotle juga mempertikaikan tentang kebaikan moral dikembangkan sepertimana
kemahiran fizikal iaitu menerusi latihan dan tabiat.Bagi Aristotle,beretika adalah
merupakan dimensi dalaman dalam tindakan seseorang dan kebaikan(virtue) bergantung
kepada sifat bukan perbuatan(deeds) dan sifat seseorang itu dibentuk oleh setiap tindakan
yang dipamerkan.Plato dan Socrates pula mengatakan beretika itu mempunyai hubungan
yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti yang sihat.Walau bagaimanapun ketiga-
tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya
dan berada di dalam tangan seseorang itu.

Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya,etika moden banyak
menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah
membentuk 2 persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan
memerlukan status moral daripada akibat(consequences) yang dibuat dan tindakan itu
samada betul atau salah.Dahulunya ia dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali
dengan Deontological iaitu pendekatan kepada etika.

Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang menentukan
bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri daripada tindakan dan motif
orang yang beretika dalam melakukan sesuatu yang betul(right) dalam semua situasi yang
dihadapi.Tindakan beretika datang dari seorang yang berakhlak mulia(virtuous) yang
mengambil berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadi hamba
kepada satu set peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam
keadaan yang tertentu.

Teori Etika Teologikal dan Deontologikal adalah berkaitan dengan prinsip dan
peraturan yang memperkatakan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya
apakah jenis manusia yang hendak dibentuk.Teori Etika Teologikal yang juga dikenali
dengan ‘consequentialism’ adalah sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu
tindakan secara moral itu betul atau salah adalah bergantung sepenuhnya kepada
akibat(consequences) atau hasil daripada sesuatu tindakan.Sementara Teori Etika
Deontologikal pula adalah sejenis etika kepercayaan yang mendakwa atau menyatakan
bahawa kewajipan atau tugas adalah asas kepada betul(right) atau salah(wrong).Tugas
etika adalah menyediakan garispanduan kepada tindakan (action) yang tekal dengan
anggapan umum tentang maksud etika atau moral.

Dalam membuat pertimbangan tentang etika dan moral,seseorang itu tidak sahaja
membuat penilaian terhadap tindakan seseorang samada betul atau salah,ia juga perlu
membuat penilaian dari segi perwatakan yang baik atau buruk.Kritikan dibuat adalah
secara positif atau negatif dan bukan setakat berdasarkan kepada apa yang dilakukan
tetapi siapa mereka dan apakah perwatakan dalaman yang dipamerkan.Sebagai contoh,
dalam satu insiden kemalangan kapalterbang yang jatuh terhempas ke dalam laut dan
terdapat beberapa mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.Salah seorang daripada
mangsa tersebut telah menjumpai tali dan menjalankan proses menyelamat dengan tujuan
untuk mengumpul mangsa-mangsa yang berselerakan.Tanpa menghiraukan keselamatan
dirinya,mangsa tersebut telah menyelamatkan mangsa-mangsa yang lain ke tempat yang
selamat dan akhirnya dia sendiri telah tenggelam ke dasar laut.Tindakan mangsa yang
mati tadi seharusnya dipuji kerana disifatkan sebagai seorang yang berhati baik kerana
tidak mementingkan diri sendiri dan berkesanggupan untuk menggorbankan nyawa bagi
menyelamatkan orang lain.

Etika kebaikan(virtue) memperkatakan tentang penyemaian tret berakhlak


mulia(virtuous) dalam sifat seseorang sebagai antara fungsi asas perlakuan moral.Pilihan
yang betul yang dibuat adalah berdasarkan kepada perasaan tanggungjawab tetapi tidak
semestinya menentukan seseorang itu sebagai seorang yang berakhlak
mulia(virtuous).Seseorang yang memiliki ‘ethical egoism’ bertindak kerana hanya
melaksanakan tanggungjawab kadangkala dianggap sebagai tidak ikhlas dan lebih kepada
memenuhi keperluan moralnya.Oleh yang demikian,kita tidak boleh menganggap mangsa
yang mati tadi sebagai seorang yang berakhlak mulia dan memiliki sifat yang baik dan
bermoral.Mangsa yang mati tadi boleh dipuji kerana tindakannya tetapi tidak kepada
tindakan yang dibuatnya dari segi individu itu sendiri.

Dalam kes mangsa yang mati kerana untuk menyelamatkan orang lain,maklumat lain
tentang mangsa tersebut tidak diketahui melainkan tindakan yang telah diambilnya untuk
menyelamatkan orang lain.Sebaliknya pula dia dianggap sebagai seorang yang berakhlak
mulia kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berani dengan tindakan yang
diambilnya.Samada dia melakukannya kerana tanggungjawab atau tidak,adalah tidak
diketahui dan mungkin tindakannya itu tidak membawa sebarang makna.Kita
menganggapnya sebagai seorang hero kerana tindakannya dan menganggap dia memiliki
ciri-ciri tret yang tekal dengan tindakannya.Kita percaya bahawa terdapat hubungan
dengan tindakan yang diambilnya,yang mana kita boleh mempertikaikan tindakan
moralnya dan dirinya sendiri daripada mengatakan etika itu adalah apa yang telah
dilakukannya.Malah kita boleh katakan bahawa etika itu terdiri daripada tindakan moral
yang diambil atau dilakukan oleh seseorang yang bermoral.
Mangsa yang mati kerana menyelamatkan orang lain boleh katakan sebagai seorang yang
mempunyai egoism jenis ‘psychological egoism’ iaitu tingkahlaku seseorang itu
dimotivasikan oleh kehendak sendiri.Adalah sukar untuk diterima bahawa mangsa itu
telah meletakkan keutamaan orang lain daripada keselamatan dirinya sendiri dan
mengorbankan nyawa sendiri untuk membolehkan orang lain hidup.Menerusi
tindakannya itu tidak seorangpun boleh mengatakan bahawa dia melakukan tindakan
tersebut kerana keinginannya sendiri.Tetapi sekiranya dikaji secara mendalam,ia akan
dapat melihat bahawa tindakan mangsa tersebut mempunyai unsur-unsur keinginan
sendiri(self-interest).Mangsa yang membantu dalam menyelamat tadi mungkin telah
wujud di dalam dirinya perasaan integriti yang menyebabkan ia berkorban dalam situasi
tersebut.Untuk ia melakukan sesuatu yang lain adalah mustahil kerana ini akan
merosakkan imej dan integriti dirinya sendiri.Sekiranya dia membiarkan dirinya
diselamatkan dan menyebabkan orang lain mati,dia mungkin tidak dapat meneruskan
hidup kerana merasa malu kepada keluarga,rakan dan seterusnya timbul perasaan
menyesal sepanjang hidupnya.Jadi dia tidak mempunyai pilihan selain daripada bertindak
berdasarkan imej yang telah dibentuk untuk sekian lama.Dia samada boleh membiarkan
orang lain menyelamatkannya dan ini akan merosakkan psikologinya atau dia
menyelamatkan orang lain dan merosakkan dirinya secara fizikal.

Mangsa tersebut juga mungkin membuat satu andaian secara tidak sedar tentang kebaikan
selepas mati di mana dia menerima pujian daripada rakan-rakannya dan dianggap sebagai
seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.Mangsa tadi mungkin juga mempunyai
sifat ethical egoism iaitu melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi dan dalam
keadaan ini dia menganggap tindakannya itu sebagai satu ganjaran kepada sifat
superegonya itu di mana sekiranya dia tidak melakukan tindakan tersebut dia mungkin
menyesal kerana tidak bertindak dan seterusnya menjadi hero dalam situasi tersebut.

Sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian
daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip
atau kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan.Etika kebaikan adalah berkaitan
dengan sifat-sifat semulajadi,tabiat atau tret yang dimiliki oleh seseorang atau keinginan
yang dimilikinya.Moral kebaikan boleh dikatakan sebagai sifat semulajadi yang
kekal,tabiat atau tret yang berkaitan dengan moral yang terpuji.Dengan kata
lain,kebaikan(virtue) adalah berhubung dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh
seseorang dan dilihat menerusi aktiviti sehariannya.Etika kebaikan adalah berasaskan
kepada keadaan semulajadi daripada apa yang telah dilakukan.

Falsafah tentang kebaikan adalah berbeza dan bergantung kepada kewujudan dalam
kehidupan moral seseorang itu.Agama Kristian menyatakan bahawa kebaikan
kesetiaan(virtue of faith),pengharapan(hope) dan kasih sayang(love) sebagai tret utama
dalam sifat-sifat yang bermoral.Ini boleh ditambahkan lagi dengan kearifan
(wisdom),keberanian(courage),kesederhanaan(temperance) dan keadilan(justice) yang
mana merupakan kebaikan yang diperkenalkan oleh para ahli falsafah purba
Greek.Kearifan, keberanian, kesederhanaan dan keadilan merupakan kebaikan utama dan
tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain serta moral kebaikan yang lain dipercayai
sebagai cabang daripada kebaikan-kebaikan di atas.Kebaikan yang berkaitan dengan
keadilan(fairness),kesetiaan(faithfulness) dan mengenang budi(gratefulness) juga
dipercayai atau merupakan kualiti yang seharusnya dimiliki dan ditunjukkan oleh
seseorang yang bermoral.Dalam islam,kesanggupan meniru sifat-sifat ketuhanan seperti
takwa,keimanan,sabar,ikhlas,jujur,zuhud dan segala sifat kesempurnaan Allah S.W.T.
yang lain merupakan syarat kesempurnaan etika.Pembentukan etika yang berkesan adalah
menerusi hati daripada sebarang perkara lain melainkan Allah S.W.T. dan pencetusan
etika yang terpuji adalah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta
bertunjangkan akidah,syariah dan akhlak.

Aristotle mengatakan bahawa moral kebaikan secara umumnya adalah ciri-ciri terpuji
yang dimiliki oleh sifat seseorang dan telah wujud dalam diri seseorang.Seorang yang
berakhlak mulia(virtuous) adalah seorang yang mempunyai matlamat dan berada
dipertengahan dan tidak keterlaluan serta mengelakkan tindakan yang berlebihan atau
berkurangan.Imbangan sifat keterlaluan ini ditentukan menerusi tindakan
kearifan(wisdom) oleh seseorang yang mempunyai pengalaman dan mempunyai
kemahiran pertimbangan(judgement) dalam menghadapi sesuatu situasi yang
baru.Seseorang yang memiliki wisdom tahu akan matlamat yang hendak dituju dan apa
yang hendak dicapai dengan memelihara emosi dengan baik dan di samping
memperlihatkan imbangan yang sesuai di antara taakulan(reasoning),perasaan(feeling)
dan kemahuan(desire).

Dengan yang demikian terdapat sedikit perbezaan antara kebaikan dalam etika dengan
dalam prinsip etika di mana kebaikan dalam etika menfokuskan kepada tret-tret sifat yang
seharusnya dimiliki oleh seseorang dan berpegang kepadanya serta diperlukan dalam
mengarah seseorang itu ke arah tindakan yang beretika dan apa yang seseorang akan
menjadi kelak.Seseorang yang berpegang kepada etika kebaikan seharusnya
mempercayai teori etika bahawa kebaikan yang dilakukan oleh seseorang yang berakhlak
mulia bukan satu yang dapat melambangkan kewajipan manusia.

Memandangkan Teori Kebaikan(Virtue) tidak menfokuskan kepada tindakan,timbul satu


persoalan: Bagaimanakah teori ini boleh menentukan betul atau salah sesuatu tindakan
itu?. Sebagai contoh,terdapat dua orang yang dianggap sebagai berakhlak mulia dalam
semua tindakan seharian mereka dan kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza
tentang sesuatu masalah.Keadaan ini banyak wujud dalam kehidupan seharian di mana
seseorang yang dianggap sebagai berakhlak mulia seringkali memegang pendapat yang
berbeza tentang sesuatu tindakan berhubung dengan sesuatu perkara.Isu rokok
merupakan contoh yang baik di mana terdapat ulama yang mengatakan merokok adalah
haram sedangkan terdapat ulama yang merokok.Dengan kata lain,seseorang yang
berakhlak mulia yang membuat keputusan memilih sesuatu tindakan sedangkan dia
sendiri tidak melakukan tindakan yang bermoral.Jadi tindakan yang manakah yang betul
dan bagaimanakah ditentukan perbezaan kedua-dua tindakan berasaskan Teori Kebaikan.

Seseorang yang berakhlak mulia kadangkala tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan
dalam situasi tertentu kerana dia mungkin tidak tahu akan adanya alternatif lain ataupun
tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang sesuatu perkara.Membuat penilaian
tentang kualiti moral terhadap sesuatu tindakan dengan menilai kualiti moral seseorang
adalah kurang tepat.Malah seseorang yang berakhlak mulia boleh bertindak di luar
sifatnya dan melakukan tindakan moral yang salah dan ini tidak bermakna seseorang
yang berakhlak mulia boleh melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut
dibenarkan.Tetapi sekiranya seseorang itu benar-benar berpegang kepada etika kebaikan
maka adalah sukar untuk mengetahui samada tindakan tersebut salah atau tidak.

Etika kebaikan dan prinsip etika saling berkait.Teori etika yang lengkap memerlukan
prinsip yang boleh digunakan untuk menilai tindakan yang bermoral dan mengkhususkan
kebaikan tersebut akan boleh memaparkan ciri-ciri seseorang itu.Berdasarkan kepada
kedua-dua pendekatan,kita boleh mengetahui seseorang itu berakhlak mulia menerusi
tindakannya.Sekiranya untuk melihat kebaikan,kita boleh melihat menerusi tindakan
yang diambil terhadap sesuatu dan dalam persekitarannya.

PENUTUP

Tanggungjawab(duty) dan prinsip moral dan kebaikan bermoral atau ciri-ciri tret
bukanlah suatu yang bertentangan antaranya untuk dibuat pilihan tetapi merupakan
perkaitan dalam aspek bermoral.Biarpun apa bentuk falsafah yang dipegang etika dan
kebaikan moral merupakan dua entiti yang mempunyai perkaitan yang rapat dan saling
bertimbal-balik.Memiliki ciri-ciri tret kebaikan yang berlandaskan kepada panduan dan
peraturan etika membolehkan seseorang itu untuk membentuk dirinya mencapai
peringkat berakhlak mulia dan seterusnya dapat bertindak ke arah kebaikan menerusi
alasan-alasan dan berdasarkan persekitaran yang wujud.

BIBLIOGRAFI

1. Buchnolz,R.A.(1989),Fundamental Concepts and Problems in Business Ethics,Prentice


Hall,Englewood Cliffs,N.Jersey. 2. French,W.A. & John Granrose(1995),Practical
Business Ethics,Prentice Hall,Englewood Cliffs,N.Jersey 3. Hosmer,L.R.T.(1994),Moral
Leadership in Business,Irwin Inc.,Boston 4. Hosmer,L.R.T.(1991),The Ethics in
Management,Irwin Inc.,Boston 5. Mustaffa Daud(1996),Etika Pengurusan,Utusan
Pub.&Dist.Sdn.Bhd.,K.L. 6. Myra Windwiller,Nadine Lambert & Elliot
Turiel(1980),Moral Development and Socialization,Allyn and Bacon Inc.,U.S.A. 7.
White,T.I.(1993),Busines Ethics: A Phylosophyical Reader, MacMiller Pub.Co.,N.York

Disediakan oleh: Rorzali Salleh MSc. (HRD) UNIMAS

Anda mungkin juga menyukai