Anda di halaman 1dari 27

MPU2193

Falsafah Dan Isu


Semasa
Kuliah 3: Logik dan Metodologi
LOGIK &
TAJUK 3
METODOLOGI
SENI DAN KAEDAH PERINCIA
BERFIKIR
N
Logik MAKSUD LOGIK
DUA JENIS LOGIK :
Kaedah berfikir 1. DEDUKTIF
2. INDUKTIF
Falasi
DUA JENIS KAEDAH BERFIKIR:
1. KAEDAH ABDUKSI
2. KAEDAH HEURISTIK

FALASI
3. FALASI BERSIFAT FORMAL
4. FALASI BERSIFAT TIDAK FORMAL
Deduktif Abduksi
Bentuk/
Induktif Kaedah Heuristik

LOGIK
(Penghujahan)
Formal
Ilmu
Falasi
Baru Tidak
Formal
Kita lihat semua orang berfikir.
Semua orang mempunyai cara
berfikir.
Di dalam konsep falsafah
terdapat kaedah-kaedah berfikir.
Bagaimanakah kaedah berfikir
dan cara berfikir menurut
falsafah?
MAKSUD LOGIK
• Logik itu adalah satu kajian mengenai penghujahan.
• Logic is the study of arguments.
• Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan (arguments)?
• Penghujahan terdiri daripada: Premis & Kesimpulan
• Penghujahan adalah terdiri daripada dua bahagian ayat iaitu:
1. Bahagian ayat pertama dipanggil Premis. Premis-premis ini menyokong kesimpulan.
2. Bahagian ayat kedua dipanggil Kesimpulan.
• Jadi, terdapat 2 bahagian; pertama dipanggil premis dan kedua dipanggil kesimpulan.
• Logik adalah kajian mengenai kaitan di antara premis dan kesimpulan (penghujahan)
Dalam logik, ada dua jenis logik:

Logik Logik
Deduktif Induktif
Apakah itu Logik Deduktif?
Sifat dan Ciri-ciri Logik Deduktif:
• Jika premis-premisnya benar, maka kesimpulan mestilah benar.
• Dalam logik deduktif terdapat sekurang-kurangnya dua atau lebih premis.
• Kemudian kesimpulan yang terbit dari premis-premis.

Premis Pertama : Biasanya pernyataan yang diberi adalah secara: Umum ataupun
universal argument

Premis Kedua : Satu pernyataan yang lebih khusus.

Kesimpulan
Contoh Pertama Logik Deduktif
Premis pertama: mengandungi pernyataan umum “Semua manusia mempunyai jantung”

Premis kedua: mengatakan bahawa “Ali ialah seorang manusia”

Kesimpulan: Jadi dari premis-premis tersebut boleh dibuat kesimpulan bahawa “Ali juga
mempunyai jantung”.

• Contoh ini memenuhi ciri-ciri logik deduktif yang sah kerana:


 Jika premis-premisnya memang benar, maka kesimpulan yang dibuat menjadi hujah yang
benar.
Contoh Kedua Logik Deduktif
Premis pertama: “Semua manusia akan mati”

Premis kedua: “Ali seorang manusia”

Kesimpulan: “Ali akan mati”.

• Contoh ini memenuhi ciri-ciri logik deduktif yang sah kerana:


 Terdapat dua premis(1. Umum dan 2. Khusus) dan
 satu kesimpulan.
Apakah itu Logik Induktif?
• Logik Induktif tidak memerlukan dua premis. Ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1
premis.
• Mempunyai elemen ketidakpastian.
• Kesimpulannya tidak semestinya benar walaupun premisnya benar.
Contoh Pertama Logik Induktif
• Premis pertama: “semua burung gagak yang saya lihat selama ini mempunyai bulu yang
berwarna hitam”.
• Maka, dari premis tersebut disimpulkan secara induktif bahawa: “Ini tidak semestinya
benar bahawa semua burung gagak di dunia ini mempunyai bulu hitam”.
• Premis ini bersifat khusus (kerana ia merujuk kepada pemerhatian yang telah dibuat
mengenai burung gagak dalam jumlah yang terhad) kesimpulan dihasilkan mengatakan
bahawa semua burung gagak mempunyai bulu yang berwarna hitam.
• Namun, ini tidak semestinya benar. Kerana ?
• Kesimpulan yang dibuat yang mengatakan bahawa: “Semua burung gagak iaitu termasuk
yang belum saya lihat lagi juga berwarna hitam”.
• Kesimpulan ini yang melangkaui batas yang terdapat didalam premis yang diberi.
• Jadi ini mewujudkan elemen ketidakpastian serta tidak menjamin akan kebenaran
kesimpulan tersebut.
Contoh Kedua Logik Induktif
Premis pertama: “Ali seorang datuk yang berkepala botak”
Premis kedua: “Ahmad seorang datuk yang berkepala botak”
Kesimpulan: “Semua datuk berkepala botak”
• Contoh yang diberikan di atas menepati syarat-syarat penggunaan logik induktif yang betul
kerana dalam contoh yang diberikan terdapat dua premis yang mana setiap premis itu
mengandungi ayat yang berupa ayat khusus.
• Dapat dilihat bahawa kenyataan umum yang terdapat didalam kesimpulan itu tidak
semestinya benar walaupun premis-premisnya benar. Ini adalah kerana mungkin terdapat
datuk-datuk yang mempunyai cucu yang masih lagi mempunyai rambut dan tidak
berkepala botak.
• Ini juga adalah satu sifat logik induktif yang mana dari premis-premis yang benar kita
menarik kesimpulan umum yang tidak semestinya benar.
Di dalam ilmu falsafah ini, terdapat kaedah-
kaedah berfikir lain seperti :

Kaedah Abduksi

Kaedah Heuristik
Apakah itu kaedah Abduksi ?
• Kaedah abduksi disebut sebagai inference to the best explanation
• Kaedah abduktif merujuk kepada berlakunya sesuatu fenomena. Dari situ kesimpulan
dibuat mengenai apakah yang berlaku sebelum wujudnya fenomena itu agar boleh
menjelaskan kenapa fenomena tersebut wujud atau terjadi.
• Maknanya, kita cuba memberi satu penjelasan atau explanation yang terbaik berdasarkan
kepada fenomena yang wujud itu.
• Dalam hal ini kita berfikir dengan berfikir secara ke belakang ataupun thinking backwards.
• Contohnya, kita melihat sesuatu fenomena, contohnya memerhatikan kereta yang
bergerak di jalan raya dan kita bertanya:
– Bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?
– Apakah yang menyebabkan kereta itu bergerak?
– Apakah yang mesti wujud? Iaitu kondisi ataupun keadaan yang mesti ada untuk membolehkan
fenomena seperti kereta bergerak tadi berlaku.
Contoh Kaedah Abduksi
Asap/kebakaran
• Kita lihat ada asap.
• Kita anggap api itu sebagai akibat terbakar. Kerana itu ada asap.
• Kita cari penyebab asap : hutan terbakar.

Jalan Basah
• Kita memandu, kita nampak jalan basah.
• Kita kemukaan faktor penyebab punca jalan itu basah.
• Sebelum sampai di jalan itu mungkin hujan turun atau ada lori sebelum
itu yang membawa air lalu tertumpah.

“When you have eliminated the impossible, whatever remains, however


improbable, must be the truth” –Sherlock Holmes
Apakah itu Kaedah Heuristik?
• Heuristik berasal daripada perkataan Yunani, iaitu eureka yang bermaksud “saya
menjumpai” atau “saya menemukan”.
• Strategi kaedah heuristik adalah dengan mengubah satu pendekatan untuk menyelesaikan
satu-satu masalah.
• Ia juga merupakan satu kaedah atau pendekatan yang menggunakan cara kritis dan kreatif
untuk mengarahkan perhatian dalam pembelajaran, penemuan atau penyelesaian
masalah.
• Permikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun exploratory.
• Tidak ada peraturan-peraturan yang sistematik ataupun teratur dalam pemikiran heuristik.
• Dua garis panduan pemikiran ini yang boleh digunakan iaitu:
1. Kaedah trial and error (cuba-cuba)
2. Lateral thinking
Kaedah trial and error (cuba cuba)
• Untuk melihat apakah keputusan yang dicapai melalui percubaan tersebut ?
• Boleh dikatakan sebagai satu rule of thumb ataupun garis panduan kasar.
• Kita akan lihat bahawa jika kita cuba beberapa cara dan mendapati masih juga gagal, kita
cuba cara yang lain pula
• Maka, mungkin dengan mengulangi kaedah-kaedah yang berlainan ini di dalam
penyelesaian masalah, jika kita bernasib baik mungkin kita mencapai satu penyelesaian.
• Tetapi tidak ada suatu jaminan.
• Namun begitu, ini adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung. Oleh itu, trial and
error adalah satu kaedah juga yang bersifat heuristik.
Kaedah Berfikir Heuristik Secara Lateral Thinking
• Tokoh yang terkenal dengan pemikiran lateral ialah Edward de Bono.
• Lateral thinking dianggap sebagai sejenis pemikiran heuristik kerana ia boleh membantu
kearah penyelesaian masalah.
• Kadang-kadang kesilapan/kegagalan kita menyelesaikan masalah itu kerana kita
mengambil:
(1) Satu pendekatan yang salah; (2) Membuat andaian ataupun tanggapan yang silap.
• Jika kita ubah andaian atau tanggapan itu mungkin kita akan dapat menyelesaikan
masalah itu.
• Contoh: Dalam kes-kes seharian misalnya situasi cuba membuka skru dengan memutar
ke sebelah kiri ataupun ikut arah anti-clockwise. Mungkin skru itu jenis yang lain, jadi
sepatutnya perlu menukar andaian tadi dan mengubah haluan pembukaan skru iaitu ke
arah yang sebaliknya (clockwise) atau pusing ke sebelah kanan.
Apakah itu Falasi ?
• Dalam kaedah berfikir ini kadangkala kita melakukan kesilapan.
• Kesilapan ini dipanggil falasi.
• Kesilapan berfikir menjadikan hujah tidak sah.
• Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-kaedah ataupun teknik-
teknik berfikir.
• Secara umumnya terdapat dua (2) jenis falasi iaitu:
1. Falasi yang bersifat formal/Formal Fallacy
2. Falasi bersifat tidak formal/Informal Fallacy
Falasi yang bersifat formal/Formal Fallacy
• Berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-peraturan yang betul di dalam logik
deduktif dan induktif.
• Mengabaikan penggunaan peraturan -peraturan yang betul dalam menarik kesimpulan
daripada premis-premis, maka kita telah melakukan satu kesilapan ataupun falasi.
• Contoh Falasi Formal 1 :
Semua manusia mempunyai otak.
Ali ialah seorang manusia.
Ali tidak mempunyai otak.
• Contoh Falasi Formal 2:
Semua manusia akan mati.
Ali adalah seorang manusia.
Ali tidak akan mati.
Falasi bersifat tidak formal/Informal Fallacy
1. Falasi Tidak Formal: Ad Hominem
• Serangan peribadi ke atas orang yang membuat kenyataan ataupun yang mengeluarkan
pandangan itu.
• Bukannya kepada pandangan ataupun penghujahan yang dibuat oleh seseorang itu.
• Serangan peribadi ini merupakan satu kesilapan di dalam berhujah ataupun di dalam
berfikir kerana
a) Tidak ada kena mengena dengan kandungan ucapan itu ataupun penghujahan yang dibuat ataupun
idea-idea yang diberi
b) Tetapi sebaliknya mengatakan bahawa pandangan itu tidak boleh diterima kerana sifat peribadi
seseorang itu.
• Contoh: Puan Halimah tidak layak bercakap tentang teknik dan motivasi cara hidup
keluarga bahagia kerana beliau sendiri baru bercerai dan tidak mempunyai anak.
2. Falasi Tidak Formal: Post hoc ergo propter hoc (Sebab
Akibat)
• Apa sahaja yang berlaku sebelumnya dianggap sebagai penyebab berlakunya perkara itu.
• Contohnya, seseorang masuk ke hutan dan terlanggar tunggul dan keesokannya orang
tersebut demam atau jatuh sakit. Oleh itu, tersepak tunggul di hutan itu ialah penyebab
kepada orang tersebut jatuh sakit.
• Sedangkan tidak ada kaitan sebab dan akibat (causal relation) yang sebenar di antara
tersepak tunggul dan jatuh sakit.
KATEGORI FALASI
FALASI UMUM FALASI BERDASARKAN FALASI GENETIK
EMOSI
1) Falasi Kemalangan 1)Falasi novelty 1)Falasi ad hominem
2) Falasi ad nauseam 2)Falasi belas kasihan 2)Falasi ad populum
3) Falasi soalan perangkap 3) Falasi rayuan khas 3)Falasi kewibawaan
4) Falasi jalan tengah 4)Falasi inferens
5) Falasi hitam putih/dilema
6) Falasi Kejahilan
7) Falasi Label
8) Falasi menyalahgunakan
prinsip
9) Falasi hujah berbelit-belit
10)Falasi Kiasan
11)Falasi kebetulan
12)Falasi Klise
Falasi Penyimpangan/ Falasi Mengalihkan Perhatian
• Falasi orang-orangan/manusia Jerami (straw man)
• Argumentum ad hominem (serangan peribadi)
• Ikan hering merah/red-herring/Ignoration Elenchi/Minang Jual
Sikat.
• Kebersalahan kerana perhubungan.

Anda mungkin juga menyukai