Anda di halaman 1dari 1

Falasi Cerun Licin / Falasi Domino

P1 :Jika pada festival yang berlansung ogos lalu itu juga, skrip naskhah tulisan Alfie
Palermo itu pula dinobatkan sebagai skrip terbaik. Maka filem redha pula memenangi
tiga anugerah termasuk pelakon lelaki terbaik dan anugerah khas juri pada festival
filem antarabangsa kazan yang juga berlansung di Rusia baru-baru ini.
Hujah penyokong di atas ini mengandungi kesalahan berhujah yang betul. Hal ini
demikian kerana, hujah ini mengandungi falasi jenis tidak formal iaitu falasi cerun licin atau
dikenali juga sebagai falasi domino (slippery slope). Falasi jenis ini sering kali dilakukan
dalam penghujahan. Falasi cerun licin ialah falasi yang terjadi apabila penghujah yang
melakukan falasi ini cuba membuktikan bahawa peristiwa A akan mengakibatkan peristiwa B,
yang akan mengakibatkan peristiwa C, yang kemudian mengakibatkan D dan seterusnya,
sehingga kita sampai ke peristiwa X yang merupakan suatu peristiwa tragik (atau suatu
peristiwa yang dianggap negative, atau suatu yang tidak diingini). Oleh yang demikian,
mengikut penghujah kita tidak patut memulakan peristiwa atau tindakan A.

Anda mungkin juga menyukai