Anda di halaman 1dari 3

TEKANAN PERASAAN

Pengenalan kepada stress Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif yang dinamakan sebagai eustress dan ada pula yang buruk lagi negatif iaitu distress. Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.

S: Apakah yang berlaku ketika stress ? J: Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama adrenaline ke dalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi diri. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); serta pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan). Perubahan-perubahan ini berlaku selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu.

1. TANDA2 TEKANAN PERASAAN Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian : Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh. Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, dan pemikiran bercelaru. Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku, makan yang berlebihan, merokok, pengambilan alkohol, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

2. FAKTOR/PUNCA2 TEKANAN PERASAAN

Faktor Pemakanan :Seseorang individu juga akan merasakan tekanan disebabkan faktor pemakanan yang mengandungi bahan kimia seperti kafein,gula dan garam yang berlebihan.

Kafein dapat meningkatkan hormon tekanan dan individu akan sukar untuk tidur dan akan merasa tidak selesa. Peningkatan kandungan gula dalam darah yang berlebihan daripada pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh boleh memberi tenaga berlebihan kepada individu tersebut dalam waktu yang singkat. Keadaan ini akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula. Ia boleh member kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak. Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan individu yang mengambilnya mengalami tekanan.

Faktor Dalaman :Tekanan perasaan yang dialami adalah berpunca dari individu itu sendiri dimana seseorang tidak mencapai sesuatu yang dihajati atau diharapkan. Faktor dalaman tidak melibatkan pihak ketiga. Keinginan melakukan yang terbaik Terlalu ideal Putus asa Kurang pengetahuan agama Desakan untuk mendapat pujian Masalah kewangan

3. KESAN/AKIBAT TEKANAN PERASAAN Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku.

Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan catecholamines seperti epinephrine dan norepinephrine ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksireaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi, cirit-birit dan sakit usus, mandul dan alahan kulit.

4. CARA/LANGKAH MENGATASI

Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu menyumbangkan emosi yang kurang baik seperti kemurungan dan emosi tidak terkawal. Jika ia tidak perlu, kita boleh cuba elakkan pengambilan ubat-ubatan sebegini seboleh mungkin. Jangan mengambil pil tidur tanpa preskripsi doktor.
Kawal respon emosi Tukar cara berfikir Relaxation/meditasi/senaman Tidur yang cukup Diet yang seimbang Pengurusan masa yang bijak Luahkan perasaan Dapatkan sokongan profesional Sembahyang/Doa

Anda mungkin juga menyukai