Anda di halaman 1dari 59

TOPIK 3: SENI DAN KAEDAH

BERFIKIR
FALSAFAH DAN ISU SEMASA
UQI11202/ UQI11302
intan@uthm.edu.my

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN TOPIK 3

1.Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan


Ilmu Logik dengan Ilmu Falsafah serta pelbagai
kesalahan dalam berfikir dan penghujahan atau Falasi.

2.Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan


perbezaan dua pendekatan utama dalam logik

3.Menganalisis metodologi penghasilan dan


penjanaan ilmu-ilmu baru.
PERINCIAN KULIAH 3
SENI DAN KAEDAH BERFIKIR

-Induktif / Aruhan (Induction)


-Deduktif (Deduction)
-Intuitif
-Falasi
-Kaedah-kaedah lain eg:
simbolik, ilham, linguistik, abduksi,
dialog
-Inkuiri falsafah melalui komuniti
(COPI): ciri-ciri, kandungan dan
prosesnya
PENGENALAN SENI DAN KAEDAH BERFIKIR

Semua
orang
Bagaimanakah
berfikir kaedah berfikir
yang dianjurkan
Setiap
orang
dalam ilmu
mempunyai falsafah?
Di dalam
cara berfikir konsep falsafah
terdapat
kaedah-kaedah
berfikir
Perbincangan Falsafah turut merangkumi
tentang berfikir, cara berfikir ataupun kadar
berfikir.

Dalam ilmu falsafah, cara atau kaedah berfikir dikaitkan


dengan LOGIK iaitu salah satu cabang falsafah.

Apa yang dimaksudkan Perkaitannya dengan cara berfikir


dengan Logik? menurut falsafah.
PENGERTIAN LOGIK
Logik daripada perkataan logos
• Pengucapan (utterance)
• Pernyataan (statement)
• Pemikiran (thought)
• Pemikiran akal/ sebab (reason)

Sains berkaitan prinsip yang


membolehkan pemikiran dan penaakulan
dibuat secara teratur dan bersistem
1. Logik satu kajian mengenai penghujahan.
2. Bahasa Inggeris = arguments. Logic is the study of
arguments.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan penghujahan
(arguments)?
- Argument ialah sesuatu yang terdiri daripada dua
bahagian ayat iaitu
• Pertama - bahagian yang dipanggil premis. Premis-
premis ini menyokong kesimpulan.
• Kedua - bahagian yang dipanggil kesimpulan.

Jadi, terdapat 2 bahagian; pertama dipanggil premis dan


kedua dipanggil kesimpulan.
PENGERTIAN LOGIK
• Logik adalah kajian mengenai
kaitan antara premis dan
kesimpulan; sama ada kesimpulan
itu ditarik (dibuat) dengan secara
betul ataupun dengan secara sah
daripada premis-premis yang
dikemukakan.

• Logik adalah pengkajian tentang


argument. Argument yang terdiri
daripada premis dan kesimpulan.
LOGIK INDUKTIF DAN LOGIK
DEDUKTIF
KAEDAH LOGIK DEDUKTIF

Berfikir secara deduktif, kita menggunakan logik deduktif. Iaitu ada


❑ Premis
❑ Kesimpulan

Jika premis itu BENAR,


Kesimpulan semestinya BENAR
LOGIK DEDUKTIF

Logik deduktif
melibatkan premis dan
kesimpulan
Terdapat premis-premis
dan disusuli kesimpulan
yang terhasil daripada Logik deduktif yang sah (valid), adalah
premis tersebut. jika premis-premisnya benar maka
kesimpulan yang terhasil daripada premis
tersebut mestilah benar.
LOGIK DEDUKTIF
❑ Dalam logik deduktif terdapat sekurang-
kurangnya dua atau lebih premis dari mana PREMIS 1: Pernyataan umum

kesimpulannya ditarik.
❑ Premis pertama biasanya wujud satu PREMIS 2:
Pernyataan khusus
pernyataan yang umum ataupun universal
argument .
❑ Premis kedua tidak semestinya ada satu
universal argument atau premis yang umum
tetapi sebaliknya satu pernyataan yang khusus. KESIMPULAN
CONTOH 1 KESIMPULANNYA :
PREMIS PERTAMA :
Semua manusia mempunyai Ahmad
jantung mempunyai
jantung
PREMIS KEDUA :
Ahmad adalah seorang manusia
KAEDAH LOGIK DEDUKTIF

Dalam contoh pertama jika premis pertama dan kedua diterima maka kita
tidak boleh tolak kesimpulannya, kerana kalau betul premis pertama : yang
semua manusia itu mempunyai jantung
dan betul juga premis kedua : Ahmad adalah seorang manusia
Maka kesimpulannya
= Ahmad semestinya mempunyai jantung
Jadi itu dikatakan kaedah logik secara deduktif iaitu jika premis-premisnya
benar, kesimpulannya benar.
CONTOH 2
PREMIS PERTAMA :
Semua manusia akan mati

PREMIS KEDUA :
Ali adalah seorang manusia
KESIMPULANNYA :
Ali akan mati
KAEDAH LOGIK DEDUKTIF
Contoh 2 menunjukkan ciri-ciri logik deduktif yang sah kerana terdapat 2
premis dan 1 kesimpulan.

Jika premis-premis tersebut adalah benar iaitu jika benar bahawa “semua
manusia akan mati” dan dalam kes ini memang benar dan “Ali adalah
seorang manusia” dan kita dapati juga benar kerana ada manusia bernama
Ali yang bersifat sebagai seorang manusia
✓ maka sudah tentulah kesimpulan yang boleh ditarik ialah “Ali juga akan
mati”.
LOGIK INDUKTIF

❑ Logik induktif tidak mempunyai kriteria atapun sifat yang


sama seperti logik deduktif. Ini adalah kerana dalam logik
induktif sekiranya premis ataupun premis-premis betul, tidak
semestinya bermakna bahawa kesimpulannya juga semestinya
betul.
Logik Induktif berbeza dari logik Deduktif

Logik Induktif tidak memerlukan dua


premis. Ia hanya memerlukan sekurang-
kurangnya 1 premis. Walaupun
kebiasaannya terdapat lebih daripada satu
premis yang digunakan dan dari premis
tersebut ataupun dari premis-premis
tersebut kita membuat kesimpulan.
LOGIK INDUKTIF
❑ Walaupun premis benar, kesimpulannya TIDAK SEMESTINYA
BENAR
❑ Membina streotaip/ pattern, kesimpulan yang sering digeneralisasikan
CONTOH LOGIK INDUKTIF
BURUNG GAGAK
HARI HUJAN
▪ Kita lihat ada 1, kemudian 2, dan
ANGSA PUTIH ▪ Sekarang musim
ada 3 burung gagak berbulu
hitam dan seterusnya ▪ Di Eropah, dikatakan tengkujuh
▪ Kesimpulan SEMUA gagak bulu semua angsa berwarna ▪ Maka setiap hari hujan
hitam putih
▪ Disimpulkan esok
▪ Premis bahawa gagak yg ▪ Tapi bila diterokai juga hujan
PERNAH dilihat adalah hitam Benua Australia
didapati ada angsa ▪ Tidak ada kepastian
▪ Tetapi kesimpulan SEMUA kesimpulan tersebut
gagak adalah hitam tidak berwarna hitam
benar
semestinya benar walau premis
benar
PERBEZAAN INDUKTIF DAN
DEDUKTIF
PERBEZAAN
DEDUKTIF
INDUKTIF
1. Berfikir daripada
umum kepada khusus 1. Berfikir daripada khusus
kepada umum

2. Ada kepastian dalam


kesimpulan 2. Tiada kepastian dalam
kesimpulan
CONTOH PERBEZAAN
DEDUKTIF INDUKTIF
Premis 1: Semua manusia Premis 1: 90% pelajar UA tidak
akan mati mahir berbahasa Inggeris
Premis 2: Saya seorang Premis 2: Joey pelajar UA.
manusia. Premis 3: Oleh itu, Joey
Kesimpulan: Oleh itu, saya berkemungkinan tidak mahir
akan mati berbahasa Inggeris
LOGIK ABDUKSI

• Di dalam falsafah terdapat kaedah-kaedah berfikir


lain seperti kaedah Abduksi dan kaedah Heuristik.

• Kaedah abduction atau abduksi. Abduction dalam


Bahasa Inggeris disebut sebagai inference to the
best explanation - berlakunya sesuatu fenomena
dan kita dapat melihat ada berlakunya sesuatu
fenomena.
LOGIK ABDUKSI

❑ Membuat kesimpulan atau hipotesis terbaik


berdasarkan maklumat yang tidak lengkap
atau terhad
❑ Bermula dengan data tidak lengkap →
berusaha mengenal pasti penjelasan paling
munasabah
❑ Satu cara untuk mengisi kekosongan dalam
pengetahuan dengan membuat tekaan
berpendidikan dan meneroka kemungkinan
alternatif
Melalui logik abduksi, kesimpulan dibuat
mengenai apakah yang berlaku sebelum
wujudnya fenomena itu yang boleh
menjelaskan kenapa fenomena tersebut
wujud atau berlaku.

Bererti dengan logik abduksi, kita


memberi satu penjelasan atau explanation
yang terbaik mengenai fenomena yang
wujud itu. Dalam hal ini individu berfikir
dengan berfikir secara ke belakang
ataupun thinking backwards.
LOGIK ABDUKSI
Contohnya, dengan melihat sesuatu fenomena→
memerhatikan kereta yang bergerak di jalan raya
dan menimbulkan persoalan:
❑ bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?
❑ Apakah yang menyebabkan kereta itu
bergerak?
❑ Apakah yang harus wujud? Iaitu kondisi
ataupun keadaan yang mesti ada untuk
membolehkan fenomena kereta bergerak tadi
berlaku.
CONTOH LOGIK ABDUKTIF
ASAP
❖ Kelihatan ada asap JALAN BASAH PENJENAYAH
❖ Rumusan awal dianggap ❖ Jalan basah sewaktu ❖ Situasi mencari
api punca terbakar yang memandu penjenayah
menyebabkan ada asap ❖ Logik abduktif - ❖ Logik abduktif:
❖ Maka logik abduktif dikemukakan faktor -Semak CCTV
digunakan dengan penyebab; mungkin
berfikir secara ke hujan turun, @ ada -Lokasi jenayah- cap jari,
belakang lori sebelum itu bawa jejak
-cari penyebab asap; orang air tumpah@ pili
hisap vape atau jerebu atau bomba bocor
hutan terbakar
Sifat pemikiran abduktif
➢ satu teknik berfikir secara ke
belakang ataupun thinking
backwards dalam bahasa Inggeris
➢ Terdapat fenomena yang berlaku dan
individu ingin mengetahui ataupun
menemui apakah faktor-faktor ataupun
keadaan yang wujud sebelum fenomena
itu berlaku yang membawa kepada
terjadinya fenomena tadi
KAEDAH BERFIKIR
LOGIK

1 2 3
INDUKTIF DEDUKTIF ABDUKTIF
Deduktif • Umum kepada khusus
• Pragmatik
• Kesimpulan mesti benar
• Pengalaman
• Uji/nilai teori

Heuristik LOGIK Induktif

• Khusus kepada umum


• Mula dengan data tidak lengkap
• Bina
• Fikir ke belakang
teori/pattern/streotaip
• Kesimpulan tebakan terbaik
Abduksi • Kesimpulan kemungkinan
• Bina kefahaman baru benar
• Bina cadangan baru
HEURISTIK
• Logik induktif, deduktif dan juga abduksi
adalah cara berfikir secara logik di mana
terdapat peraturan pemikiran yang boleh
diaplikasikan.

• Walau bagaimanapun, bagi kaedah


heuristik ianya berbeza daripada kaedah-
kaedah deduktif, induktif dan abduktif. Ini
kerana, kaedah heuristik tidak ada
peraturan-peraturan yang sistematik
ataupun yang teratur yang boleh
diaplikasikan seperti di dalam logik
deduktif dan induktif.
HEURISTIK

❑ Pemikiran heuristik adalah bersifat penerokaan ataupun


exploratory.
❑ Ianya bukan bersifat penilaian seperti yang terdapat dalam
logik deduktif dan induktif di mana kaedah logik digunakan
untuk menilai samada sesuatu penghujahan atau pendalilan
ataupun argumen itu boleh diterima sebagai sah ataupun
tidak sah.
HEURISTIK

• Ini membezakan ataupun


membuatkan heuristik sebagai
suatu jenis berfikir yang berlainan
daripada pemikiran logik yang
lain.

• Walaupun logik heuristik ini tidak


mempunyai peraturan yang
tertentu namun ada garis
panduan untuk melaksanakan
pemikiran heuristik.
HEURISTIK
To study, to determine, to
explore
Mental shortcuts
Are ways to in thinking
approach solving a process of
problem problem solving

Aid to creative thinking when Solutions are not


overcoming a problem expected to be ‘perfect’

Control and freedom in Match between system


problem solving and reality
HEURISTIK
Proses heuristik:
1. Meneroka keadaan-keadaan yang baharu yang mempunyai permasalahan-
permasalahan tertentu.

2. Mencari penyelesaian ataupun jawapan kepada masalah-masalah ataupun


persoalan-persoalan tersebut.

3. Kaedah dalam heuristik antaranya ialah kaedah trial and error ataupun
‘cuba dan lihat’ akan apakah keputusan yang dicapai melalui percubaan
tersebut.
HEURISTIK
❑ Jadi, trial and error bukannya satu kaedah
yang khusus tetapi boleh dikatakan sebagai
satu rule of thumb ataupun garis panduan
kasar. Dengan melakukan beberapa kali
percubaan mungkin dapat menemukan
penyelesaian kepada masalah walau melalui
beberapa kali kegagalan.

❑ Disebabkan itu, trial and error juga adalah


satu kaedah yang bersifat heuristik. Lebih
baik mencuba daripada tidak mencuba
langsung.
HEURISTIK
1. Heuristik juga adakalanya dikenali sebagai
short cut (jalan pintas) terutama dalam
penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan

2. Minda kita adakalanya tidak dapat mencerna setiap


perincian, maklumat, kaedah bagi satu perkara yang
memerlukan keputusan segera. Maka heuristik kaedah
berfikir yang digunakan
Baju apa yang sesuai
Apa sarapan untuk hari ni
untuk cuaca hari ni
Hari ini hendak bawa motor, kereta atau
naik bas ke tempat kerja
HEURISTIK
• Tetapi masih wujud masalah yang belum
diselesaikan menunjukkan bahawa kaedah
heuristik itu walaupun mempunyai garis-garis
panduan yang boleh digunakan tidak dapat
menjamin akan tercapainya satu
penyelesaian.

• Boleh berlaku ralat, kesilapan, bias dan


prejudis atau tidak berjaya

• Tetapi ia berguna kerana boleh meningkatkan


kemungkinan ataupun kebarangkalian
tercapainya sesuatu penyelesaian iaitu boleh
membantu ke arah penyelesaian masalah.
KAEDAH BERFIKIR

• Pemikiran secara sistematik, universal


Pemikiran
dan radikal dalam menganalisis
logik
sesuatu secara mendalam

• Pengumpulan dan pemecahan


Pemikiran
maklumat menjadi pecahan kecil
analitikal
untuk membantu memahami hal itu
KAEDAH BERFIKIR

• Kemampuan berfikir dengan


rasional dan melihat permasalahan
Pemikiran
secara objektif sehingga hasil yang
kritis
akan diperolehi tidak bias dan
sesuai dengan kenyataan yang ada
Aplikasi pemikiran Analitikal Aplikasi pemikiran kritis

Kenal pasti fakta


Kumpul maklumat
dan bukti 1. Kumpulkan semua
maklumat yang
berkaitan
Pecahkan maklumat
kepada bahagian
Kenal pasti perkara
utama
2. Nilaikan sumber
yang lebih kecil
3. Tentukan berat sebelah
dan andaian
Kenal pasti corak Tentukan sebab dan 4. Kenal pasti kesimpulan
dan trend akibat
yang munasabah
5. Uji semua kesimpulan
Gunakan logik dan
penaakulan untuk
Susun maklumat
membuat
kesimpulan
FALASI/ FALSE
FALASI
❑ Dalam kaedah-kaedah berfikir kadangkala kita melakukan kesilapan,
kesilapan ini dipanggil falasi.
❑ Falasi merujuk kepada kesilapan dalam penggunaan kaedah-kaedah
ataupun teknik-teknik berfikir seperti logik deduktif, logik induktif dan
lain-lain lagi.
❑ Jadi, umumnya falasi merujuk kepada kesilapan di dalam mengunakan
kaedah-kaedah berfikir.
• Fallo yang bermaksud "saya
menipu".

• Kesalahan dalam berfikir yang


menyebabkan hujahan palsu dan
mengelirukan diterima sebagai sah
dan benar.

• Hujahan yang pada sekali imbas


nampak benar dan sah, tetapi
sebenarnya tidak, kerana sama
ada kesimpulannya nampak sah
tetapi hakikatnya tidak sah, atau
pun premis-premisnya nampak
benar tetapi hakikatnya tidak benar.
FALASI

❑ FALASI adalah hujahan palsu digunakan untuk mengelirukan atau


mempengaruhi orang supaya mempercayainya benar.

❑ Logik berfungsi membezakan penghujahan berfalasi daripada


penghujahan sah
JENIS FALASI
▪ Formal (mudah dikesan)
MAKSUD FALASI ▪ Tidak formal (sukar dikesan)
▪ Kesalahan pemikiran logik
▪ Hujah yang lemah dan cacat
▪ Kesilapan/ kepalsuan cara
berfikir
JENIS FALASI
▪ Secara umumnya terdapat 2 jenis falasi
1. Formal (mudah dikesan)
▪ Falasi yang bersifat formal ataupun Formal Fallacy
▪ Formal falasi berlaku apabila kita tidak menggunakan peraturan-
peraturan yang betul di dalam logik deduktif dan induktif.
JENIS FALASI
1. Formal (mudah dikesan)

▪ Bila kita mengabaikan penggunaan peraturan -peraturan yang betul


didalam menarik kesimpulan daripada premis-premis, maka kita
telah melakukan satu kesilapan ataupun falasi.
JENIS FALASI

2. Falasi yang bersifat tidak formal ataupun Informal Fallacy

Falasi informal pula ianya tidak melibatkan pelanggaran apa-apa


peraturan logik dalam menarik kesimpulan daripada premis-premis.
FAKTOR BERLAKU FALASI INFORMAL
▪ Maklumat dan fakta yang tidak cukup
▪ Sikap prejudis dan pesimis
▪ Andaian yang meleset
▪ Kesimpulan yang menyeleweng
▪ Faktor tekanan emosi
▪ Faktor paksaan
CONTOH FALASI INFORMAL
Falasi penyimpulan tidak relevan (False Cause)
Penyimpulan yang dikemukakan menyimpang dari tujuan
Contoh: Masalah pengangguran dalam negara disebabkan masalah
ekonomi dunia.
Falasi bersandarkan kekuatan (appeal to force)
Kebenaran hujahan disandarkan kepada kuasa, kekuatan, ugutan,
sokongan
Contoh: Hujah menuntut kenaikan gaji pekerja disandarkan kepada
sokongan dari majoriti pekerja.
Falasi serangan peribadi
Mengalih hujah dengan isu peribadi, bukan pendapat atau prinsip
Contoh: Pendapat Ali benar disebabkan cara pemakaiannya yang baik
CONTOH FALASI
Falasi jamak soalan
Hujahan untuk memerangkap dengan bertanya soalan yang tidak boleh
dijawab ‘ya’ atau ‘tidak’
contoh: Adakah awak sudah berhenti memukul isteri awak?
Falasi cerun licin (slippery slope) :Hujahan yang mengatakan sekiranya sesuatu
itu berlaku, maka sesuatu yang lain juga akan berlaku
Contoh: Jika diberikan hak pelarian untuk bekerja, mereka pasti menuntut
khidmat kesihatan pendidikan percuma, dan akhir sekali mereka menuntut
untuk menjadi warganegara.
Falasi ekuivokasi : Istilah sama yang berlainan makna digunakan dalam
hujahan untuk mengelirukan
Contoh: Ali dituduh menghina tetamunya kerana menghidangkan tetamunya
dengan air tuak (tuak bagi orang Kelantan adalah air nira kelapa segar).
fallacies

Penguins are black and white


Some old tv shows are black
and white
Therefore, some penguins are
old tv shows
PERANAN LOGIK DAN PENCEGAHAN FALASI
– KESALAHAN BERFIKIR

Logik sebagai seni dan kaedah berfikir diperlukan


dalam pembuatan keputusan dan penyelesaian
masalah kehidupan seharian

Kaedah berfikir yang sejahtera melibatkan proses


penaakulan, penilaian dan pertimbangan yang bernas,
wajar dan sihat.
PERANAN LOGIK DAN PENCEGAHAN FALASI
– KESALAHAN BERFIKIR

❑ Logik berperanan melatih minda untuk berfikir dengan betul


❑ Dengan mengetahui falasi, sesuatu perkara akan dipertimbangkan sama
ada benar atau salah/ batil
❑ Aplikasi konsep logik dan falasi membantu dalam mengenal pasti
kesalahan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah
❑ Melalui kaedah berfikir yang tepat dapat mengaplikasikan kaedah
berfikir yang betul dalam menentukan kebenaran dan kesalahan
KEPENTINGAN SENI DAN KAEDAH BERFIKIR

Setiap individu perlu:


❑ Mendidik pemikiran yang baik dan
murni
❑ Mengamalkan budaya berfikir yang
sihat dan matang
❑ Mengelakkan kesilapan dalam
berfikir
❑ Memupuk seni dan kaedah berfikir
yang sejahtera dalam kehidupan
seharian
REFLEKSI

Apakah kaedah berfikir yang sering anda


gunakan dalam pembuatan keputusan?
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai