Anda di halaman 1dari 15

DEFINISI ETIKA

Etika secara bahasa etika berasal dari bahasa Yunani; ethos; yang berarti watak
kesusilaan atau adat. Etika dalam kamus dirujuk sebagai ilmu pengetahuan tentang asas-asas
akhlak. Menurut istilah etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk dan menerangkan apa
yang seharusnya dilakukan manusia (Ahmad Amin). Konsep etika bersifat humanistis dan
anthropocentris, kerana ia berdasarkan pada pemikiran manusia dan diarahkan pada perbuatan
manusia. Dengan kata lain etika adalah aturan yang dihasilkan oleh akal manusia. Komponen yang
terdapat dalam etika meliputi 4 perkaran iaitu Objek yang merujuk kepada perbuatan manusia,
Sumber yang berasal dari fikiran dan falsafah , Fungsi sebagai penilai perbuatan manusia dan
Sifat yang berubah-ubah sesuai dengan tuntutan zaman. Etika adalah falsafah tingkah laku.
Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab
menentukan tindakan seseorang dengan mematuhi nilai-nilai moral.

Kenyataan etika akan dapat menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau salah, atau
perbuatan yang sejenis dengannya betul atau salah; ia mampu menyediakan garis perbezaan
antara kebaikan dan keburukan mengenai perbuatan atau kecenderungan seseorang; atau
sekurang-kurangnya ia dapat memajukan garis panduan yang dengannya boleh dibuat berbagai-
bagai pertimbangan moral

J.L. Mackie mendefinisikan etika sebagai "disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan
buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan
keburukan seseorang." A.R. Licey dan W.L. Reese menyatakan etika sebagai "kegiatan aktiviti
praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan
seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti."Dalam bidang falsafah, etika
merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Secara am,
apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, ia bermaksud sama
ada orang itu baik atau tidak. Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagai bermoral
atau tidak, ini bererti tindakan itu adalah sama ada betul atau salah.

Dalam falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang tertumpu kepada nilai dan
kelakuan manusia. Apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral,
maksudnya ialah orang itu adalah orang yang baik atau tidak baik.Apabila kita merujuk kepada
tindakan manusia sebagi bermoral atau tidak bermoral, maksudnya ialah tindakan itu adalah betul
atau salah.

TEORI KEBAIKAN DALAM ETIKA

PENGENALAN

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah dan tujuan yang mengarah
kepada makna sesuatu tindakan.Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal
manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambilkira tindakan atau tingkahlaku
manusia.Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral,prinsip
moral,kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
Etika berasal daripada perkataan ethics yang diambil daripada perkataan ethos yang
membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan.Etika boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan
dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu
Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik
dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah
dianalisis.Dengan lain perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip
moral.

Etika menurut French dan Granrose (1995) adalah : "A set of normative guidelines
directed towards resolving conflicts of interest,so as to enhance societal well-being". Untuk
membentuk etika yang baik,tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu ada
panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap
tindakan yang dilakukan.Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap
keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang itu.

Buchnolz (1989) pula mendefinisikan etika sebagai: " is a systematical


attempt,through the use of reason,to make sense of our individual and social moral experience in
such a way as to determined the rules that ought to governed human conduct and the values
worth pursuing in life".

Bagi memberi makna kepada perjalanan moral sosial dan individu,perlu ada satu sistem
yang boleh menggunakan alasan-alasan dan bertindak sebagai satu panduan yang boleh memberi
kebaikan kepada tingkahlaku manusia dan seterusnya menjadi kehidupan itu lebih bermakna.

White (1993) pula mengatakan etika adalah cabang falsafah yang berkaitan dengan
kebaikan moral(virtue moral) dan menilai tindakan manusia.Falsafah etika adalah berbeza
daripada undang-undang,keagamaan,budaya dan pendekatan secara peribadi kepada etika adalah
menerusi kajian tingkahlaku tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan
manusia.

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan
kepada kebaikan moral.Socrates(469-399B.C.) menggunakan pendekatan yang mencabar dan
menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan(virtue) dan kesihatan roh (health
of the soul).Idea utama Socrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang
agar menjadi berakhlak mulia(virtuous).Socrates mengatakan bahawa kebahagian adalah mustahil
diperolehi tanpa memiliki moral kebaikan dan tindakan yang tidak beretika akan menggangu orang
lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai
psikologi yang tidak sihat.

Hubungan etika dan personaliti manusia dilanjutkan oleh anak muridnya iaitu Plato(428-
348B.C.) yang mengatakan bahawa moral kebaikan adalah suatu imbangan dan harmoni di kalangan
perbezaan yang wujud dalam roh(soul) dan alasan(reason) akan mengamblalih keperluan fizikal
dengan dibantu oleh emosi.Sepertimana Socrates,Plato melihat moral kebaikan sebagai suatu
keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan yang sejati adalah sukar dicapai dan
bergantung sepenuhnya kepada peringkat pembelajaran falsafah yang tinggi dan kebenaran
metafizik yang memerlukan kajian yang lama.Oleh itu,mengikut Plato kebaikan moral adalah
berada di bahagian dalaman intelektual.Bagi Aristotle(384-322B.C.)pula,beliau melihat kebaikan
moral agak berbeza daripada Plato dan Socrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan
moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat(character)
atau personaliti.Aristotle mendefinisikan kebaikan moral (virtue moral) sebagai: "not
according to the nature of the actions,but according to the dispositions of the doer". Aristotle
juga mempertikaikan tentang kebaikan moral dikembangkan sepertimana kemahiran fizikal iaitu
menerusi latihan dan tabiat.Bagi Aristotle,beretika adalah merupakan dimensi dalaman dalam
tindakan seseorang dan kebaikan(virtue) bergantung kepada sifat bukan perbuatan(deeds) dan
sifat seseorang itu dibentuk oleh setiap tindakan yang dipamerkan.Plato dan Socrates pula
mengatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti
yang sihat.Walau bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan
seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada di dalam tangan seseorang itu.

Sekiranya etika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya,etika moden banyak
menfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan dan telah membentuk 2
persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral
daripada akibat(consequences) yang dibuat dan tindakan itu samada betul atau salah.Dahulunya ia
dikenali sebagai Teologikal dan sekarang dikenali dengan Deontological iaitu pendekatan kepada
etika.

Etika bukan sahaja terdiri daripada satu set peraturan atau huraian yang menentukan
bagaimana seseorang seharusnya bertindak tetapi ia terdiri daripada tindakan dan motif orang
yang beretika dalam melakukan sesuatu yang betul(right) dalam semua situasi yang
dihadapi.Tindakan beretika datang dari seorang yang berakhlak mulia(virtuous) yang mengambil
berat tentang melakukan sesuatu yang baik dan bukannya menjadi hamba kepada satu set
peraturan yang difikirkan mempunyai kaitan dengan kebaikan dalam keadaan yang tertentu.

Teori Etika Teologikal dan Deontologikal adalah berkaitan dengan prinsip dan peraturan
yang memperkatakan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya apakah jenis manusia
yang hendak dibentuk.Teori Etika Teologikal yang juga dikenali dengan consequentialism adalah
sejenis teori yang mendakwa bahawa samada sesuatu tindakan secara moral itu betul atau salah
adalah bergantung sepenuhnya kepada akibat(consequences) atau hasil daripada sesuatu
tindakan.Sementara Teori Etika Deontologikal pula adalah sejenis etika kepercayaan yang
mendakwa atau menyatakan bahawa kewajipan atau tugas adalah asas kepada betul(right) atau
salah(wrong).Tugas etika adalah menyediakan garispanduan kepada tindakan (action) yang tekal
dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral.

Dalam membuat pertimbangan tentang etika dan moral,seseorang itu tidak sahaja
membuat penilaian terhadap tindakan seseorang samada betul atau salah,ia juga perlu membuat
penilaian dari segi perwatakan yang baik atau buruk.Kritikan dibuat adalah secara positif atau
negatif dan bukan setakat berdasarkan kepada apa yang dilakukan tetapi siapa mereka dan
apakah perwatakan dalaman yang dipamerkan.Sebagai contoh, dalam satu insiden kemalangan
kapalterbang yang jatuh terhempas ke dalam laut dan terdapat beberapa mangsa yang
terselamat dalam tragedi tersebut.Salah seorang daripada mangsa tersebut telah menjumpai tali
dan menjalankan proses menyelamat dengan tujuan untuk mengumpul mangsa-mangsa yang
berselerakan.Tanpa menghiraukan keselamatan dirinya,mangsa tersebut telah menyelamatkan
mangsa-mangsa yang lain ke tempat yang selamat dan akhirnya dia sendiri telah tenggelam ke
dasar laut.Tindakan mangsa yang mati tadi seharusnya dipuji kerana disifatkan sebagai seorang
yang berhati baik kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berkesanggupan untuk
menggorbankan nyawa bagi menyelamatkan orang lain.

Etika kebaikan(virtue) memperkatakan tentang penyemaian tret berakhlak


mulia(virtuous) dalam sifat seseorang sebagai antara fungsi asas perlakuan moral.Pilihan yang
betul yang dibuat adalah berdasarkan kepada perasaan tanggungjawab tetapi tidak semestinya
menentukan seseorang itu sebagai seorang yang berakhlak mulia(virtuous).Seseorang yang
memiliki ethical egoism bertindak kerana hanya melaksanakan tanggungjawab kadangkala
dianggap sebagai tidak ikhlas dan lebih kepada memenuhi keperluan moralnya.Oleh yang
demikian,kita tidak boleh menganggap mangsa yang mati tadi sebagai seorang yang berakhlak
mulia dan memiliki sifat yang baik dan bermoral.Mangsa yang mati tadi boleh dipuji kerana
tindakannya tetapi tidak kepada tindakan yang dibuatnya dari segi individu itu sendiri.

Dalam kes mangsa yang mati kerana untuk menyelamatkan orang lain,maklumat lain
tentang mangsa tersebut tidak diketahui melainkan tindakan yang telah diambilnya untuk
menyelamatkan orang lain.Sebaliknya pula dia dianggap sebagai seorang yang berakhlak mulia
kerana tidak mementingkan diri sendiri dan berani dengan tindakan yang diambilnya.Samada dia
melakukannya kerana tanggungjawab atau tidak,adalah tidak diketahui dan mungkin tindakannya
itu tidak membawa sebarang makna.Kita menganggapnya sebagai seorang hero kerana tindakannya
dan menganggap dia memiliki ciri-ciri tret yang tekal dengan tindakannya.Kita percaya bahawa
terdapat hubungan dengan tindakan yang diambilnya,yang mana kita boleh mempertikaikan
tindakan moralnya dan dirinya sendiri daripada mengatakan etika itu adalah apa yang telah
dilakukannya.Malah kita boleh katakan bahawa etika itu terdiri daripada tindakan moral yang
diambil atau dilakukan oleh seseorang yang bermoral.

Mangsa yang mati kerana menyelamatkan orang lain boleh katakan sebagai seorang yang
mempunyai egoism jenis psychological egoism iaitu tingkahlaku seseorang itu dimotivasikan oleh
kehendak sendiri.Adalah sukar untuk diterima bahawa mangsa itu telah meletakkan keutamaan
orang lain daripada keselamatan dirinya sendiri dan mengorbankan nyawa sendiri untuk
membolehkan orang lain hidup.Menerusi tindakannya itu tidak seorangpun boleh mengatakan
bahawa dia melakukan tindakan tersebut kerana keinginannya sendiri.Tetapi sekiranya dikaji
secara mendalam,ia akan dapat melihat bahawa tindakan mangsa tersebut mempunyai unsur-unsur
keinginan sendiri(self-interest).Mangsa yang membantu dalam menyelamat tadi mungkin telah
wujud di dalam dirinya perasaan integriti yang menyebabkan ia berkorban dalam situasi
tersebut.Untuk ia melakukan sesuatu yang lain adalah mustahil kerana ini akan merosakkan imej
dan integriti dirinya sendiri.Sekiranya dia membiarkan dirinya diselamatkan dan menyebabkan
orang lain mati,dia mungkin tidak dapat meneruskan hidup kerana merasa malu kepada
keluarga,rakan dan seterusnya timbul perasaan menyesal sepanjang hidupnya.Jadi dia tidak
mempunyai pilihan selain daripada bertindak berdasarkan imej yang telah dibentuk untuk sekian
lama.Dia samada boleh membiarkan orang lain menyelamatkannya dan ini akan merosakkan
psikologinya atau dia menyelamatkan orang lain dan merosakkan dirinya secara fizikal.

Mangsa tersebut juga mungkin membuat satu andaian secara tidak sedar tentang
kebaikan selepas mati di mana dia menerima pujian daripada rakan-rakannya dan dianggap sebagai
seorang yang tidak mementingkan diri sendiri.Mangsa tadi mungkin juga mempunyai sifat ethical
egoism iaitu melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi dan dalam keadaan ini dia menganggap
tindakannya itu sebagai satu ganjaran kepada sifat superegonya itu di mana sekiranya dia tidak
melakukan tindakan tersebut dia mungkin menyesal kerana tidak bertindak dan seterusnya
menjadi hero dalam situasi tersebut.

Sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada penilaian
daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau
kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan.Etika kebaikan adalah berkaitan dengan sifat-
sifat semulajadi,tabiat atau tret yang dimiliki oleh seseorang atau keinginan yang
dimilikinya.Moral kebaikan boleh dikatakan sebagai sifat semulajadi yang kekal,tabiat atau tret
yang berkaitan dengan moral yang terpuji.Dengan kata lain,kebaikan(virtue) adalah berhubung
dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti
sehariannya.Etika kebaikan adalah berasaskan kepada keadaan semulajadi daripada apa yang
telah dilakukan.

Falsafah tentang kebaikan adalah berbeza dan bergantung kepada kewujudan dalam
kehidupan moral seseorang itu.Agama Kristian menyatakan bahawa kebaikan kesetiaan(virtue of
faith),pengharapan(hope) dan kasih sayang(love) sebagai tret utama dalam sifat-sifat yang
bermoral.Ini boleh ditambahkan lagi dengan kearifan
(wisdom),keberanian(courage),kesederhanaan(temperance) dan keadilan(justice) yang mana
merupakan kebaikan yang diperkenalkan oleh para ahli falsafah purba Greek.Kearifan,
keberanian, kesederhanaan dan keadilan merupakan kebaikan utama dan tidak boleh dipisahkan
antara satu sama lain serta moral kebaikan yang lain dipercayai sebagai cabang daripada
kebaikan-kebaikan di atas.Kebaikan yang berkaitan dengan
keadilan(fairness),kesetiaan(faithfulness) dan mengenang budi(gratefulness) juga dipercayai
atau merupakan kualiti yang seharusnya dimiliki dan ditunjukkan oleh seseorang yang
bermoral.Dalam islam,kesanggupan meniru sifat-sifat ketuhanan seperti
takwa,keimanan,sabar,ikhlas,jujur,zuhud dan segala sifat kesempurnaan Allah S.W.T. yang lain
merupakan syarat kesempurnaan etika.Pembentukan etika yang berkesan adalah menerusi hati
daripada sebarang perkara lain melainkan Allah S.W.T. dan pencetusan etika yang terpuji adalah
yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah serta bertunjangkan akidah,syariah dan akhlak.

Aristotle mengatakan bahawa moral kebaikan secara umumnya adalah ciri-ciri terpuji
yang dimiliki oleh sifat seseorang dan telah wujud dalam diri seseorang.Seorang yang berakhlak
mulia(virtuous) adalah seorang yang mempunyai matlamat dan berada dipertengahan dan tidak
keterlaluan serta mengelakkan tindakan yang berlebihan atau berkurangan.Imbangan sifat
keterlaluan ini ditentukan menerusi tindakan kearifan(wisdom) oleh seseorang yang mempunyai
pengalaman dan mempunyai kemahiran pertimbangan(judgement) dalam menghadapi sesuatu
situasi yang baru.Seseorang yang memiliki wisdom tahu akan matlamat yang hendak dituju dan
apa yang hendak dicapai dengan memelihara emosi dengan baik dan di samping memperlihatkan
imbangan yang sesuai di antara taakulan(reasoning),perasaan(feeling) dan kemahuan(desire).

Dengan yang demikian terdapat sedikit perbezaan antara kebaikan dalam etika dengan
dalam prinsip etika di mana kebaikan dalam etika menfokuskan kepada tret-tret sifat yang
seharusnya dimiliki oleh seseorang dan berpegang kepadanya serta diperlukan dalam mengarah
seseorang itu ke arah tindakan yang beretika dan apa yang seseorang akan menjadi
kelak.Seseorang yang berpegang kepada etika kebaikan seharusnya mempercayai teori etika
bahawa kebaikan yang dilakukan oleh seseorang yang berakhlak mulia bukan satu yang dapat
melambangkan kewajipan manusia.

Memandangkan Teori Kebaikan(Virtue) tidak menfokuskan kepada tindakan,timbul satu


persoalan: Bagaimanakah teori ini boleh menentukan betul atau salah sesuatu tindakan itu?.
Sebagai contoh,terdapat dua orang yang dianggap sebagai berakhlak mulia dalam semua tindakan
seharian mereka dan kedua-duanya mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu
masalah.Keadaan ini banyak wujud dalam kehidupan seharian di mana seseorang yang dianggap
sebagai berakhlak mulia seringkali memegang pendapat yang berbeza tentang sesuatu tindakan
berhubung dengan sesuatu perkara.Isu rokok merupakan contoh yang baik di mana terdapat
ulama yang mengatakan merokok adalah haram sedangkan terdapat ulama yang merokok.Dengan
kata lain,seseorang yang berakhlak mulia yang membuat keputusan memilih sesuatu tindakan
sedangkan dia sendiri tidak melakukan tindakan yang bermoral.Jadi tindakan yang manakah yang
betul dan bagaimanakah ditentukan perbezaan kedua-dua tindakan berasaskan Teori Kebaikan.

Seseorang yang berakhlak mulia kadangkala tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan
dalam situasi tertentu kerana dia mungkin tidak tahu akan adanya alternatif lain ataupun tidak
mempunyai maklumat yang mencukupi tentang sesuatu perkara.Membuat penilaian tentang kualiti
moral terhadap sesuatu tindakan dengan menilai kualiti moral seseorang adalah kurang
tepat.Malah seseorang yang berakhlak mulia boleh bertindak di luar sifatnya dan melakukan
tindakan moral yang salah dan ini tidak bermakna seseorang yang berakhlak mulia boleh
melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut dibenarkan.Tetapi sekiranya seseorang itu benar-
benar berpegang kepada etika kebaikan maka adalah sukar untuk mengetahui samada tindakan
tersebut salah atau tidak.

Etika kebaikan dan prinsip etika saling berkait.Teori etika yang lengkap memerlukan
prinsip yang boleh digunakan untuk menilai tindakan yang bermoral dan mengkhususkan kebaikan
tersebut akan boleh memaparkan ciri-ciri seseorang itu.Berdasarkan kepada kedua-dua
pendekatan,kita boleh mengetahui seseorang itu berakhlak mulia menerusi tindakannya.Sekiranya
untuk melihat kebaikan,kita boleh melihat menerusi tindakan yang diambil terhadap sesuatu dan
dalam persekitarannya.

KEPENTINGAN ETIKA DALAM KEHIDUPAN

Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam menguruskan


individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan dan
kebahagiaan.Justeru,kepentingan etika dilihat dalam konteks sejagat melalui
individu,keluarga,organisasi dan masyarakat.

Individu

Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.Individu


yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau
memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji.Masyarakat mengiktirafnya sebagai orang
yang berbudi tinggi.

Keluarga

Etika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang beretika.Ikatan
yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang sedemikian dapat mewujudkan keharmonian.Oleh
yang demikian,keamanan dan keakraban rumah tangga dapat menjamin keutuhan keluarga.

Organisasi

Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat memelihara


nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-
masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan
produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan yang
berterusan.

Masyarakat

Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia dapat
memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.Masyarakat yang beretika
juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan menghindari masalah-masalah sosial seperti
pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.

PENGENALAN ETIKA

Kemahiran pengurusan yang baik memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
organisasi.Namun,perkembangan kemahiran pengurusan sahaja tidak mencukupi.Tidak kurang
pentingnya penekanan yang seimbang diberikan kepada penerapan dan pengambilan nilai-nilai
positif serta beretika.Pengurus-pengurus yang tidak memperaktikan nilai-nilai kerja yang
cemerlang,walaupun mereka mahir dalam proses pengurusan,memberikan kesan yang yang
merugikan organisasi masing-masing.Justeru itu,setiap pengurus perlu membimbing para
pekerjanya bagi mencapai perkhidmatan yang cemerlang dengan berazam bagi meningkatkan mutu
kerja mereka secara berkerja dengan penuh tanggungjawab,berusaha mengikis sikap
mementingkan diri,berkhidmat dengan penuh kemesraan,berkerjasama membanteras kelemahan
dan berpegang kepada ajaran islam.

Selain itu,etika juga adalah sebahagian daripada bidang falsafah yang berkaitan dengan
kehidupan yang baik,menjadi orang baik,melakukan perkara yang betul,dapat bergaul dengan
orang lain dan memerlukan perkara yang betul dalam hidup.Ia juga dikatakan ilmu yang
membincangkan berkenaan teori tingkah laku manusia yang dipandang daripada sudut baik dan
buruk yang dapat ditentukan oleh akal manusia.Etika mempunyai tanggungjawab
menganalisis,menilai dan mengembangkan norma-norma,kriteria-kriteria moral bagi menyelesaikan
masalah-masalah moral.Ia juga adalah teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah-hujah dan
tujuan yang diarahkan kepada makna sesuatu tindakan.Ia juga dikenali sebagai falsafah moral
yang tidak berkaitan dengan fakta ataupun fizikal manusia tetapi sebagai falsafah nilai yang
mengambil kira tindakan ataupun tingkah laku.

Selain itu juga,etika bermaksud suatu ukuran dan piawaian yang digunakan bagi
membezakan kelakuan seseorang sama ada baik ataupun buruk.Perkataan etika juga berasal
daripada perkataan Yunani ethos yang membawa maksud perangai.Dalam perkataan Latin
pula,etika etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral ataupun perangai.Ia juga
didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan.Moral lebih sesuai dengan idea-idea umum bagi
diterima pakai dalam tindakan manusia.Persoalan itu mencakupi perbuatan yang baik dan wajar
berhubung dengan etika.Manakala etika lebih bersifat teori bagi menyelidik,memikir dan
mempertimbangkan perkara yang baik dan buruk.Tegasnya,etika memandang kelakuan dan
perbuatan manusia secara universal.Sedangkan moral pula dibentuk oleh etika yang lahir dengan
kelahiran manusia.

KAEDAH DALAM PEMBENTUKAN ETIKA

Terdapat dua kaedah atau pendekatan bagi mengukur gerak laku manusia dalam etika
sekular barat iaitu kaedah deontologikal dan kaedah teleologikal.Istilah deontologikal diambil
daripada bahasa Yunani deontos yang bermaksud tugas atau tanggungjawab.Manakala istilah
teleologikal diambil daripada bahasa Yunani juga iaitu telos yang bererti sesudah,selepas ataupun
kemudiannya.Teori etika teleologikal dan deontologikal adalah berkaitan dengan prinsip dan
peraturan yang memperkatakan apa yang sebaik-baiknya dilakukan dan bukannya apakah jenis
manusia yang hendak dibentuk.Dengan ini,didapati para sarjana etika sekular Barat menjelaskan
gerak laku manusia pada dua keadaan,iaitu semasa gerak laku (deontologikal) dan selepas gerak
laku (teleologikal).

Kaedah teleologikal mengukur etika manusia daripada kesan yang membawa mudarat
ataupun manfaat,manakala kaedah deontologikal mengukur perbuatan manfaat ataupun mudarat
semasa perbuatan itu berlaku.Teleologikal juga dikenali dengan consequentialism.Ia adalah teori
yang mendakwa sama ada suatu tindakan secara moral itu betul ataupun salah adalah bergantung
sepenuhnya pada akibat (consequences) atau hasil tindakan itu.Sementara teori deontologikal
sejenis etika kepercayaan yang menyatakan kewajipan atau tugas adalah asas pada betul ataupun
salah.

Persoalan baik dan buruk ini mengikut dua pendekatan yang berbeza dapat dilihat dalam
beberapa contoh.Contohnya,Ali mencuri wang orang kaya bagi membantu orang-orang
miskin.Mengikut etika teleologikal,perbuatan yang dibuat oleh Ali betul atau tidak salah kerana
niat atau matlamatnya adalah membantu orang-orang miskin.Walau bagaimanapun,bagi etika
deontologikal perbuatan itu salah kerana sifatnya adalah tidak baik.Mengambil harta harta orang
lain tanpa pengetahuannya adalah tindakan yang tidak dibenarkan oleh masyarakat ataupun
undang-undang.Maka dengan itu,kita dapat memahami kedua-dua kaedah dalam pembentukan
etika.

Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat resam,
kebiasaan dan budi pekerti. Dengan kata lain etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan
peraturan masyarakat yang terdiri dari tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.
Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan dengan tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod,
nilai dan pantang larang masyarakat. Peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan
itu juga bersifat konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam sesebuah masyarakat.

Menurut Kamus Dewan DBP (Edisi Ketiga, 2002), etika adalah prinsip atau nilai akhlak
yang menjadi pegangan seseorang atau dengan kata lain garis panduan yang harus dipatuhi oleh
seseorang semasa menjalankan tugas mereka.

Etika (dalam Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) adalah disiplin falsafah yang memberi
perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan
persaorangan serta antara individu. Durkheim (1961) pula menyatakan bahawa etika terdiri
daripada suatu sistem peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana
seseorang itu mesti bertindak dalam situasi tertentu.

Etika adalah suatu tindakan yang menuntut kepatuhan terhadap piawaian profesional
serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Menurut Othman Mohamed
(1999), kod etika merupakan tatasusila yang menentukan peraturan kawalan diri terhadap praktis
yang dijalankan oleh ahli sesuatu profesion. Ianya merupakan standard asas bagi mencerminkan
satu praktis profesional.

Etika juga boleh membawa maksud yang berlainan tetapi saling berhubungan di antara
satu dengan yang lain, iaitu ;

1) pola hidup am atau suatu cara hidup

2) set peraturan tingkah laku atau kod moral

3) tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku.

Daripada beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika mengkaji tingkah
laku manusia sama ada patut atau tidak manusia bertingkah laku (bagaimana seharusnya manusia
bertingkah laku). Etika melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-
nilai yang baik di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika dianggap penting
bai membantu membuat keputusan dalam pengendalian kelompok.

RASIONAL MENGAPA ETIKA PROFESIONAL SANGAT DITEKANKAN DALAM


PERKHIDMATAN KAUNSELING

1.0 PENGENALAN

Secara umunya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu
seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pada
dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu ethos yang bermaksud hukum, adat
resam, budi pekerti dan kebiasaan. Secara umumnya terdapat tiga ciri utama etika iaitu
bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu
dipatuhi (Professional Counseling, 2010). Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan
tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke
arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika dalam kaunseling adalah
merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang
perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka.

Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan
sebagai panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan
Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan kaunseling
yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang
bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh
Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya kesemua kod etika yang digariskan
oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu menitikberatkan
amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien. Matlamat utama etika ini digubal
adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus, amanah, serta
menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.

Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara


ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan
kepada empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada syarat
yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan. Prinsip kedua ialah bukan berbentuk
kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak daripada
perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien. Prinsip ketiga ialah kepatuhan yang
merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan klien. Seterusnya
prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada tindakan kaunselor untuk memberikan
hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Huraian dalam perbincangan
kertas kerja ini akan memfokuskan kepada rasional penekanan etika profesional dalam
perkhidmatan kaunseling.

2.0 Rasional penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling

Dalam profesion menolong, etika adalah merupakan panduan yang dapat memastikan tugas
kaunselor dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang ingin
dicapai. Antara tujuan utama etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling
adalah untuk menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang kesilapan yang dilakukan
oleh kaunselor dapat diminimakan. Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat meningkatkan
keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh &
Hapsah Md. Yusof, 2002).

Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat
menjalankan tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat,
kaunselor dilihat sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan profesion
menolong, oleh itu jika berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang dilakukan oleh
kaunselor maka tanggapan masyarakat mungkin akan berubah terhadap kaunselor dan ahli-ahli
profesional yang lainnya. Dalam hal ini, ketidakcekapan seorang kaunselor lazimnya akan
digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh segelintir individu terhadap profesion kaunseling.
Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam masyarakat tentu akan memandang serong
terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka mendengar kes-kes dimana kaunselor yang
melanggar etika seperti melakukan aktiviti seksual dengan klien mereka atau cubaan mencabul
kehormatan klien mereka. Kesannya masyarakat akan sentiasa memberi kritikan sehingga
membentuk stereotaip secara keseluruhannya ke atas mereka yang berada dalam bidang
profesion kaunseling. Oleh sebab itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan
kaunseling sangat ditekankan untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang
digariskan, jika etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan
dapat dijalankan dengan cekap dan baik.

Satu lagi faktor yang menyebabkan etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan
kaunseling ialah menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion
kaunseling, profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will) kepada mereka
yang yang mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). Secara rasionalnya apabila
seseorang kaunselor mempunyai nama baik maka ini tentu akan mengekalkan reputasi baik mereka
dan boleh membawa manfaat yang lain kepada mereka. Sebagai contohnya bagi kaunselor
profesional yang mempunyai reputasi yang baik, hal ini akan menyebabkan mereka mudah
mendapatkan klien untuk menerima perkhidmatan kaunseling daripada mereka kerana klien
biasanya akan lebih yakin dengan kaunselor-kaunselor yang mempunyai nama baik dan rekod
reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling mereka.

3.0 Rasional penekanan prinsip etika persetujuan termaklum (informed consent)

Salah satu etika profesional utama yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah
persetujuan termaklum. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan
perjanjian utama bagi melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum
perkhidmatan kaunseling dijalankan. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang
kaunselor untuk memberikan penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkara-perkara
berkaitan matlamat kaunseling, teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan,
limitasi dan risiko tertentu serta hal-hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien.
Dalam hal ini kaunselor juga seharusnya menjelaskan dengan lebih mendalam kepada klien
terhadap perkara-perkara seperti implikasi daripada proses kaunseling, penarikan diri daripada
terus menerima perkhidmatan, pengunaan ujian dan laporan serta jumlah bayaran bagi khidmat
kaunseling yang dijalankan tersebut.

Secara rasionalnya dengan adanya etika ini, klien dapat mengetahui dengan lebih
mendalam dan dapat memberi gambaran secara kasar tentang proses-proses yang akan berlaku
pada keseluruhan khidmat kaunseling yang diterima oleh mereka. Klien juga akan dapat menilai
sejauhmana keberkesanan daripada khidmat kaunseling yang bakal dijalankan di samping
mempunyai kebebasan untuk menarik diri jika syarat-syarat yang dijelaskan seperti mana yang
dijelaskan oleh kaunselor tidak dipatuhi. Selain itu, melalui makluman dan penjelasan yang
diberikan juga membantu klien untuk mengelak daripada sebarang penipuan dalam aspek-aspek
tertentu seperti bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan, klien juga dapat mengetahui
hak-hak mereka dalam undang-undang. Bagi kaunselor pula, perkara-perkara yang dijelaskan
dalam etika persetujuan termaklum ini berperanan sebagai panduan kepada mereka untuk
menjalankan perkhidmatan kaunseling secara cekap dan telus sesuai dengan prinsip profesional
yang dipegang oleh mereka. Dengan erti kata lainnya kaunselor akan melaksanakan tugas
berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan dan dimaklumkan kepada klien.

4.0 Rasional penekanan prinsip etika kerahsiaan.

Seterusnya etika profesional yang sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling


ialah prinsip kerahsiaan. Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh
mendedahkan maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga harus memastikan
bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset dan video disimpan
di tempat yang selamat dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh
mendapatkan rekod maklumat tersebut (ACA, 2005). Prinsip kerahsiaan dalam etika kaunseling
ini sangat penting dan perlu diterangkan kepada klien pada setiap sesi kaunseling yang dijalankan.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan prinsip etika ini sangat rasional
ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling. Salah satu di antaranya ialah untuk mengelakkan klien
daripada menerima keaiban daripada orang lain, sebagai contohnya klien tersebut mungkin
terlibat dengan isu-isu sensitif atau peristiwa trauma yang berlaku dalam dirinya seperti
penderaan, menjadi mangsa rogol, masalah seksual, terlibat dengan penyalahgunaan dadah,
mempunyai keinginan untuk membunuh diri, menyertai kumpulan haram dan sebagainya. Setiap
klien yang menerima perkhidmatan kaunseling tidak akan dapat mengelak daripada meluahkan
pengalaman tidak kira pahit atau pun manis terhadap kaunselor. Oleh itu prinsip kerahsiaan dalam
bidang kaunseling ini sangat rasional ditekankan agar menjadikan klien lebih yakin, percaya dan
berasa selamat dengan maklumat yang mereka dedahkan. klien juga dapat meluahkan masalah
yang dihadapinya dengan rasa bebas tanpa wujud perasaan ragu-ragu. Kesannya hal ini akan
menyebabkan kaunselor mudah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan adanya
prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai individu yang boleh
dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kepentingan privasi klien.

5.0 Rasional penekanan prinsip etika keadilan

Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan.
Prinsip etika ini menekankan kaunselor bersikap adil secara sama rata terhadap klien yang datang
mendapatkan bantuan kaunseling. Mengikut etika ini, kaunselor tidak boleh mengamalkan atau
melakukan diskriminasi terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek seperti budaya, umur,
gender, bangsa, etnik, agama, kepercayaan, ketidakupayaan fizikal dan mental, orientasi seksual,
bahasa yang digunakan, status perkahwinan, status sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang
membezakan di antara klien dengan kaunselor (NCDA, 2007). Kaunselor seharusnya perlu
mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki oleh klien. Kaunselor haruslah mempunyai kemampuan
mengubah perasaan negatif mereka terhadap sesetengah klien suapaya klien merasa diri mereka
dihormati (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof, 2002).

Dalam hal ini, terdapat rasionalnya mengapa etika keadilan ini sangat ditekankan, perkara
ini dapat membantu klien berasa selesa semasa menerima khidmat kaunseling. Bayangkan jika
seseorang kaunselor itu menekan klien dengan isu-isu sensitif yang tidak disukainya, keadaan ini
akan membawa kepada kesan negatif kepada klien tersebut. Keadilan dalam perkhidmatan
kaunseling ini bukan sahaja terhad kepada isu-isu yang sensitif tetapi juga kepada pengalaman-
pengalaman lepas yang dilalui oleh klien. Sebagai contohnya kaunselor tidak sepatutnya cuba
menghakimi klien tentang pengalaman lepas klien yang pernah terlibat dengan masalah mendera
anak-anaknya dengan teruk. Akibatnya apabila berlaku perkara-perkara seperti ini, persepsi
negatif akan wujud di antara kaunselor dan juga klien, contohnya dalam situasi tadi kaunselor
akan cenderung menilai klien sebagai seorang yang jahat kesannya klien mula hilang kepercayaan
kepada kaunselor dan beranggapan bahawa tidak ada sesiapa lagi di dunia ini yang sudi
memaafkan kesalahan lampaunya. Situasi-situasi seperti ini akan menjejaskan perjalanan
kaunseling, kesannya matlamat kaunseling yang dibina tidak tercapai. Perkara ini membuktikan
kepada kita bahawa etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga menjadi
garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan klien
secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia.

6.0 Rasional penekanan prinsip etika kesejahteraan (wellness)

Kod etika profesional juga mengariskan bahawa dalam perkhidmatan kaunseling, kaunselor
seharusnya menjaga kesejahteraan klien yang datang mendapatkan khidmat kaunseling. Etika ini
menekankan seseorang kaunselor perlu menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien
dengan cara memelihara minat dan kesejahteraan klien (Pack-Brown & Williams, 2003).
Kesejahteraan klien tersebut termasuklah memberi perlindungan kepada klien dari segi fizikal,
emosi dan juga trauma psikologikal. Selain itu, etika ini juga menggariskan bahawa klien tidak
boleh diperalatkan untuk kepentingan diri kaunselor bagi tujuan kewangan, emosi, seksual dan
sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh menyalahgunakan hasil penilaian dan intrepretasi
dalam kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab untuk menghalang orang lain daripada
menggunakan maklumat tersebut. Bagi menjaga perasaan klien, kaunselor juga perlu menghormati
hak klien yang mana klien berhak untuk mengetahui keputusan sesi yang dijalankan, intrepretasi,
kesimpulan dan cadangan-cadangan yang dibuat oleh kaunselor (ACA, 2005).

Secara rasionalnya etika ini ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah agar
memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan klien dapat dijaga sepanjang mereka menerima
khidmat kaunseling. Bayangkanlah jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini dalam sesi
kaunseling sehingga menyebabkan emosi dan mental klien terganggu disebabkan oleh kaunselor,
maka perkara ini boleh menyebabkan matlamat kaunseling yang dibina di antara klien dan
kaunselor tidak akan dapat tercapai. Matlamat utama perkhidmatan kaunseling adalah untuk
membimbing klien dalam mencari penyelesaian masalah dan bukannya untuk lebih memudaratkan
lagi keadaan klien dengan menyebabkan emosi dan mental mereka terganggu. Oleh yang demikian,
etika untuk menjaga kesejahteraan klien ini sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling
bagi mengelak kaunselor bertindak yang tidak sepatutnya dilakukan. Etika ini juga membantu ke
arah proses menolong secara profesional dimana dengan adanya sikap untuk melindungi klien dan
menjaga kesejahteraan mereka dari aspek fizikal, emosi dan juga psikologikal maka perkhidmatan
kaunseling yang dijalankan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lebih berkesan.

7.0 Rasional penekanan prinsip etika perhubungan kaunselor dan klien dalam kaunseling

Satu lagi aspek yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah etika berkaitan dengan
perhubungan kaunselor dengan klien dan juga ahli profesional yang lain. Etika profesional ini
menggariskan bahawa seseorang kaunselor tidak boleh menjalankan perkhidmatan kaunseling
dengan klien yang mempunyai pertalian atau hubungan tertentu dengan kaunselor, jika perkara itu
berlaku kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada ahli profesional yang lain. selain itu,
kaunselor juga harus mengelak hubungan hubungan dua hala (dual relationship) dengan klien yang
boleh mempengaruhi penilaian profesional ataupun apa-apa yang boleh menyebabkan risiko
kemudaratan kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Sebagai contohnya disini kaunselor
terlibat dengan perhubungan intimasi dan seksual dengan klien. Dalam etika profesional
seseorang kaunselor tidak boleh mengadakan sebarang interaksi dan hubungan peribadi dengan
klien ataupun mana-mana ahli keluarga klien dalam jangka masa selama lima tahun selepas
perkhidmatan kaunseling terakhir dilakukan. Selain itu terdapat juga etika lain yang melibatkan
perhubungan di antara kaunselor dengan klien, antaranya ialah kaunselor tidak boleh terlibat
dengan aktiviti yang memberi kepentingan kepada mereka seperti terlibat dengan perniagaan
atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh klien.

Dalam hal ini terdapat rasional mengapa etika ini ditekankan oleh kaunselor dalam
perkhidmatan kaunseling. Salah satu perkara yang menyebabkan etika ini rasional ditekankan
ialah jika klien yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling tersebut adalah merupakan
ahli keluarga, saudara mara dan orang-orang yang dikenali seperti sahabat handai maka hal ini
sudah tentu akan mempengaruhi pertimbangan kaunselor secara profesional ketika melakukan
sesi kaunseling. Begitu juga halnya pertimbangan wajar sebagai seorang kaunselor juga akan
terganggu jika mereka terlibat dengan sebarang perhubungan emosi (percintaan) dan seksual
dengan klien, apabila keadaan seperti ini berlaku sesi kaunseling yang dijalankan cenderung akan
berubah kepada suasana romantik yang mana ia boleh mempengaruhi pemikiran dan emosi
kaunselor. Keadaan seperti ini boleh lari daripada prinsip profesionalisme yang dipegang oleh
seseorang kaunselor, sebagai akibatnya perkara-perkara seperti ini boleh menjejaskan matlamat
proses kaunseling.

Secara kesimpulannya dapatlah dijelaskan bahawa penekanan etika profesional dalam


perkhidmatan kaunseling boleh membawa kepada manfaat penting kepada pihak-pihak yang
terlibat dalam proses kaunseling iaitu kaunselor, klien mahupun kepada ahli-ahli profesional lain
yang berada dalam bidang profesion kaunseling. Etika yang digariskan dalam kaunseling secara
amnya bertujuan untuk memastikan perkhidmatan kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik
seperti mana matlamat kaunseling yang sepatutnya yang ingin dicapai. Selain itu, etika profesional
yang ditekankan juga adalah bertujuan untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan biasa yang
dilakukan oleh kaunselor yang mana ianya boleh menggangu proses perjalanan dalam memberikan
perkhidmatan yang dilakukan secara profesional. Oleh sebab itulah terdapat rasionalnya mengapa
etika-etika profesional ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat dalam
perkhidmatan kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai