Anda di halaman 1dari 2

Bincangkah bagaimana budaya telah mempengaruhi perubahan tingkah laku anda pada

hari ini?
Seiring dengan waktu, manusia menjalani peningkatan fasa demi fasa dalam kehidupan.
Dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga tua. Mereka menghadapi pelbagai
perubahan dari segi fizikal dan psikologi serentak dengan perjalanan usia yang semakin
meningkat. Walaupun manusia melalui kitaran pembesaran yang sama, mereka mempunyai
tingkah laku yang kompleks dan tidak 100% hampir sama. Menurut Lewis M.Beaker tingkah laku
adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar oleh seseorang individu tersebut. Setelah menginjak usia, berlaku perubahan tingkah
laku yang jelas dan tidak jelas.
Dalam bidang sosiologi tingkah laku dianggap sebagai tidak bermakna kerana ia tidak
ditujukan kepada orang lain dalam bidang sosiologi. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal
sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu menurut Lewis M.Beaker. Tingkah laku harus
tidak dikelirukan dengan tingkah laku sosial yang merupakan tindakan yang lebih maju. Hal ini
kerana tingkah laku sosial merupakan tingkah laku yang ditujukan khusus kepada orang lain.
Kebolehterimaan tingkah laku dinilai berdasarkan norma sosial dan dikawal oleh berbagai-bagai
kawalan sosial. Tingkah laku tiap individu boleh berubah disebabkan dipengaruhi beberapa faktor.
Antara faktor yang mempengaruhi perubahan tingkah laku individu adalah budaya. Ahli
sosiologi bersepakat bahawa budaya adalah cara hidup manusia. Budaya manusia terdiri daripada
elemen sedar (cara yang disengajakan dan jelas) dan tidak sedar (cara yang tersirat). Budaya tidak
akan wujud sekiranya tanpa masyarakat. Menurut Ralph L. Beals dan Harry Hoijer dalam bukunya
An Introduction to Antropology menyatakan konsep kebudayaan ialah mengenalpasti kelakuan
yang biasa dipraktikkan, diperolehi melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat.
Sekumpulan orang yang berinteraksi yang berkongsi, menyalurkan, dan mewujudkan budaya.
Secara asasnya seseorang individu hidup dalam masyarakat dan akan berkongsi
kebudayaan. Budaya disampaikan daripada orang yang lebih tua atau yang sudah berpengalaman.
Seperti contoh, ketika makan, adab makan semua individu adalah sama iaitu menggunakan tangan
tetapi cara penggunaan tangan ketika makan itu ditentukan oleh budaya sama ada menyuap
makanan menggunakan sudu ataupun tanpa menggunakan sudu. Maka, budaya akan menjadi
panduan untuk seseorang individu memilih tindakan tingkah laku mereka untuk menangani
kehidupan persekitaran. Ia mempengaruhi bukan sahaja bagaimana seseorang berkelakuan tetapi
bagaimana seseorang menjangkakan orang lain berkelakuan kepadanya kembali. Namun terdapat
beberapa faktor budaya yang telah mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia.
Antara faktor budaya yang mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia seterusnya
adalah pengaruh rakan sebaya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 rakan sebaya merupakan
sahabat yang sama umurnya. Rakan sebaya merupakan sahabat yang mempunyai lingkungan latar
belakang yang sama dan mempunyai minat yang sama. Oleh itu, kelompok ini merupakan
kelompok kedua yang boleh dipercayai bagi seseorang individu kerana mudah didekati. Mereka
juga lebih gemar untuk meluangkan masa bersama rakan sebaya. Dalam tempoh perkembangan
manusia, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk sosioemosi yang baik
bagi seseorang individu. Pergaulan antara rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
pembentukan sahsiah dan tingkah laku. Selain daripada mereka mempelajari adab dan sikap yang
baik daripada keluarga, Seseorang manusia akan mempelajari cara-cara menangani interaksi sosial
sebaik sahaja mengenali seseorang di hadapannya.
Manusia akan mengubah suai dan mengadaptasikan nilai rakan sebayanya.. Hal ini untuk
mendapatkan penerimaan dan pengakuran daripada kumpulan rakan sebaya yang ingin diikutinya.
Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu.
Dengan mencontohi rakan sebayanya, remaja akan dapat belajar tingkah laku baharu yang cuba
diserap dan disesuaikan pula dalam personalitinya. Oleh itu, rakan sosial atau rakan sebaya perlu
wujud dalam persekitaran seseorang seseorang individu bagi meningkatkan perkembangan
interaksi sosialnya. Seperti cara belajar, cara pemakaian ataupun cara percakapan yang lebih
kasual yang lebih diterima rakan-rakan yang lain.
Diantara rakan sebaya tertentu, seseorang individu selesa untuk berkongsi pendapat, rahsia
dan juga masalah. Disebabkan keakraban antara rakan sebaya dan juga kepercayaan itu tinggi,
seseorang individu berasa dia patut mengikut rakannya dari segi fikiran mahupun tingkah laku.
Disini jelas bahawa pergaulan antara rakan sebaya mampu memberi kesan yang positif dan negatif
dalam kehidupan seseorang individu terutamanya tingkah laku.
Selain itu juga, semakin pesat pembangun sosioekonomi negara, perubahan tingkah laku
seseorang individu juga dipengaruhi dengan kepesatan media massa. Pada era globalisasi saat ini,
penguasaan teknologi menjadi penunjuk aras kemajuan suatu negara. Kemajuan teknologi adalah
sesuatu yang tidak boleh dihindari dalam kehidupan kita ini. Penggunaan teknologi kini tiada lagi
had umur kepada kelompok masyarakat. Hal ini kerana, kemajuan teknologi berjalan sesuai seiring
dengan kemajuan ilmu pengetahuan sejagat.
Internet digunakan dengan meluas dinihari kerana kebolehannya memberikan maklumat
yang cepat dan padat walaupun ,kesahihan maklumat itu belum disahkan. Maklumat juga mampu
diperoleh melalui cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar, majalah
dan sebagainya. Begitu juga penyebaran budaya yang melalui media massa. Banyak budaya yang
disebarkan melalui media massa dengan kata kunci ‘trend’ ataupun ‘viral’. Begitu ghairah
masyarakat ingin mengejarkan kekayaan dan kemewahan kini mereka juga ingin mengejar
popularity melalui media massa. Populariti kini tidak terhad kepada golongan baik yang
mempunyai keturunan, pendidikan mahupun jawatan penting.
Seseorang individu akan mengubah tingkah laku dengan sentiasa mengikut ‘trend’ yang
disetujui dalam komuniti kerana mengikut perkembangan semasa di internet dianggap sebagai
sesuatu yang gempak oleh masyarakat sekeliling, Dakwah juga boleh dilakukan di media. Hal ini
dengan melalui mesej yang disampaikan dalam drama, dokumentari, iklan dan pelbagai lagi yang
dapat menyalurkan unsur-unsur ingatan, teguran, nasihat dan renungan kepada manusia yang
bersifat alpa. Oleh yang demikian media massa mampu mempengaruhi tingkah laku manusia
kepada lebih baik.
Kesimpulannya, budaya mampu mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia dengan
melalui beberapa cabang. Penyebaran budaya di zaman ini adalah tiada batasan. Oleh itu, manusia
perlu menilai sesuatu budaya sebelum menerima ia dalam kehidupan. Perubahan tingkah laku yang
kearah kebaikan adalah amat dituntut untuk keharmonian masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai