Anda di halaman 1dari 3

ii. Kaedah Pelaksanaan a) Permainan UNO yang diubahsuaikan 1.

Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan (5 atau 6 orang setiap kumpulan) 2. Setiap kumpulan dibekalkan satu dek kad Uno Haiwan (30 jenis haiwan dalam 3 salinan) yang mengandungi cara hidup haiwan, cara membiak haiwan dan cara pemakanan haiwan. Terdapat juga 3 helai kad khas, iaitu "skip" (langkau), "draw two" (cabut dua kad), dan "reverse" (pusing balik). Juga terdapat dua lagi kad khas berwarna hitam iaitu "wild" (kad bebas) dan "wild draw four" (cabut empat kad), empat helai kad "wild" dan empat helai kad "wild draw four", maka terdapat 107 helai kad kesemuanya.

Contoh kad haiwan:


Cara membiak

Bertelur

dinyatakan

Beranak

Cara hidup haiwan ditunjukkan melalui gambar

Burung Hantu
Makanan haiwan ditunjukkan melalui gambar

Lembu

3. Sebelum bermain, seorang pembahagi (ketua kumpulan) dipilih untuk membahagikan 7 kad haiwan kepada setiap pemain, kad khas yang lain serta kad haiwan yang selebihnya disimpan balik dalam dek. Kad teratas dari simpanan didedahkan sebagai asas timbunan. Jika kad itu merupakan kad khas (iaitu skip,draw two, reverse, atau wild), maka dianggap bahawa pembahagi memainkan kad itu dan melakukan tindakannya. Jika kad wild draw four didedahkan pula, maka kad itu disimpan balik dalam dek dan sehelai lagi kad dicabut. Permainan bermula dengan pemain di sebelah kiri pembahagi, oleh itu para pemain mengambil giliran mengikut arah jam (melainkan dikenakan kad reverse). 4. Dalam setiap giliran, seorang pemain boleh memainkan kad yang memadani cara membiak haiwan, cara hidup haiwan dengan kad yang pemakanan haiwan atau cara terdedah, atau memainkan

kad wild atau wild draw four. Sekiranya seseorang pemain tiada kad yang

betul, maka dia perlu mencabut kad teratas dari simpanan, sama ada memainkannya atau menyimpan dalam tangannya. Jika pemain itu sahaja tidak mahu meletakkan kad (walaupun ada padanan dengan kad terdedah), sebaliknya mencabut kad baru maka penalti tidak dikenakan. Selepas kad diletakkan atau dicabut, giliran diberi kepada pemain seterusnya mengikut arah jam, atau melawan arah jam sekiranya kad reverse dikenakan. Sekiranya tiada kad lagi dalam simpanan, maka kad timbunan dikocok dan diterbalikkan untuk mengitar semula kad simpanan. 5. Sebelum giliran seterusnya, pemain yang meletakkan kad yang betul perlu mengucap kenyataan mengenai kad haiwan yang sepadan itu. Contohnya: Burung hantu ialah haiwan karnivor. Ia bertelur dan hidup menyendiri. Lembu ialah haiwan beranak. Lembu beranak dan hidup secara berkumpulan. 6. Setelah cuma tinggal sehelai kad, pemain perlu menyebut "alam haiwan" untuk mengingatkan pemain lain. Pusingan tamat setelah seorang pemain menghabiskan semua kadnya 7. Selepas seorang pemain menghabiskan kadnya, pemain-pemain lain mengira markah mengikut jumlah kad-kad haiwan betul yang mereka memadani sepanjang masa permainan. Pemain pertama yang kehabisan kad itu meraih markah dari kad-kad haiwan yang tinggal dalam genggaman lawannya. Pemain yang mencapai markah yang terbanyak dikira sebagai pemenang.

b) Pengukuhan melalui permainan tradisi ting-ting (jengkek kapal terbang) yang diubahsuaikan Selepas pemainan aktiviti 1, murid-murid dikumpul untuk aktiviti riadah melalui permainan ting-ting. Permainan tradisional ini bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid. 1. Murid-murid melompat ke petak pertama untuk mengangkat contoh haiwan yang diletakkan pada bulatan sebelah tepi petak pertama. 2. Murid menyebut nama haiwan dengan suara yang kuat kemudian melompat mengikut cara hidup, cara membiak dan cara pemakanan

haiwan yang disebut itu. Murid-murid lain pula menjadi hakim manakala guru menjadi ketua hakim dalam memastikan lompatan yang betul dibuat. 3. Apabila berada di petak akhir, langkah 1 dan 2 diulangi sehingga berjaya melompat balik ke garisan permulaan. 4. Sekiranya gagal atau kesilapan dibuat, maka pelompat perlu mengulangi langkah 1 dan 2. Penalti boleh dikenakan jika perlu, seperti: Memberi tugasan rumah kepada pesalah dalam mencari maklumat tentang haiwan yang berkaitan dalam internet supaya ditampalkan pada sudut sains bilik darjah.

Garisan permulaan Petak pertama Beranak Bertelur

kad-kad haiwan

Karnivor

Herbivor

Omnivor

Menyendiri

Berkumpulan

Petak kad-kad haiwan akhir

Anda mungkin juga menyukai