Anda di halaman 1dari 25

PEMARKAHAN

1 Penilaian Rakaman Video 2 Makro-pengajaran dan refleksi 3 Laporan Kajian Tindakan 4 5 Kuiz Forum

JUMLAH

KPD 3026 :PENGAJRAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

PORTFOLIO
Kumpulan

JHR.BAHRU EL-J05
DESEDIAKAN OLEH: NO ID D20112053030

NAMA TAN TEONG LAI

NO TELEFON 013-7423399

NAMA TUTOR E-LEARNING: Dr. Suppiah a/l Nachiappan TARIKH SERAH: 24 November 2012

Penilaian Rakaman Video Sesi Pengajaran

Kemahiran dinilai:

Kemahiran Memulakan Pengajaran (Induksi set)

Penilaian Rakaman Video Makropengajaran


Kemahiran Memulakan Pengajaran 1. Menepati tujuan: a) Menarik perhatian murid b) Membantu murid bersedia dari sudut kognitif c) Membantu murid bersedia dari sudut afektif d) Memperkenalkan objektif pembelajaran e) Membina aliran pemikiran f) Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi murid 2. Memenuhi prinsip a) Menarik perhatian b) Menimbulkan motivasi c) Menstuktur pengajaran dan pembelajaran d) Membuat perkaitan X Ada hubungkait air dengan kegunaan air dalam kehidupan seharian X X X Ada pemeringkatan isi X X X Memperkenalkan tajuk baru Melalui penyoalan Melalui penyoalan X X X Gambar terlalu kecil Murid tidak menumpukan perhatian Melalui bacaan doa Ya Tidak Catatan

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, unsur terpenting ialah kemahiran memulakan pengajaran (induksi set). Namun, kebanyakkan di kalangan guru sering mengabaikan kemahiran ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran makro dalam rakaman video ini, terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan kemahiran yang ditonjolkan. Guru yang dinilai ini dikatakan memadai prinsip induksi set tetapi kurang menepati tujuan induksi set. Pada dasarnya, tujuan induksi set digunakan pada awal sesi pengajaran adalah untuk mendapatkan perhatian murid. Perhatian murid pada awal pengajaran amat penting. Tanpa rangsangan yang menarik perhatian murid akan

mengakibatkan murid hilang minat untuk mengikuti pengajaran yang seterusnya. Dalam tayangan video, terdapat seorang murid sedang bermain dengan jam tangannya tanpa memberi perhatian kepada induksi set guru yang dinilai. Ini mungkin disebabkan gambar-gambar yang ditunjukkan kurang menarik. Tambahan pula, gambar-gambar yang digunakan oleh guru adalah terlalu kecil. Gambar yang

kecil ini sememangnya tidak dapat merangsang murid untuk memberikan perhatian kepada sesi pengajaran khasnya murid-murid yang duduk di belakang kelas. Ini adalah kerana murid-murid yang duduk di belakang kelas agak sukar untuk melihat gambar kecil dengan jelas dan ini memang akan menyebabkan murid-murid berasa bosan. Sebenarnya, gambar-gambar ini boleh ditunjukkan melalui penggunaan kertas mahjong atau mengintegrasikannya dalam persembahan slaid komputer

supaya dapat dilihat dengan jelas demi menarik minat belajar pelajar. Posisi guru dalam kelas yang tidak bergerak juga tidak dapat merangsang penglibatan semua murid. Guru seharusnya menggabungkan suara, pergerakkan, isyarat badan dan eye contact dalam situasi ini agar dapat menimbulkan suasana pengajaran yang lebih menyenorokan. Dari sudut menyediakan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru yang dinilai dikatakan berjaya membantu murid bersedia dari sudut afektif. Melalui bacaan doa sebelum sesi pengajaran bermula, guru telah mendedahkan unsur penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang terhadap murid-murid. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya murid dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan

bermasyarakat kelak. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang di mana sspek ini akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran murid. Dengan ini pelaziman bacaan doa sebelum memulakan pengajaran dapat membantu mencapai maklamt unsur FPK yang dihasratkan oleh negara. Walaupun demikian, pada sudut kognitif pula, guru yang dinilai kurang menepati tujuan tersebut. Guru hanya mengingatkan kembali tajuk yang pernah dipelajari tetapi tidak menerokainya dengan lebih mendalam. Sebenarnya, kebanyakkan murid mungkin telah lupa atau kurang faham dengan pelajaran yang lepas. Guru harus menanyakan beberapa soalan untuk membantu murid bersedia dari sudut kognitif dimana mereka akan diingat kembali pelajaran yang lepas sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Kita sedia maklum, keinginan belajar bergantung kepada sifat ingin tahun yang wujud pada diri setiap individu. Tanpa motif diri, murid akan hilang minat untuk mengikuti pengajaran guru. Dengan itu, melalui penanyaan soalan-soaln yang mencabar, sifat ingin tahun murid boleh dicungkil dan motivasi murid untuk belajar dapat dipertingkatkan. Tujuan objektif pembelajaran, iaitu tajuk kegunaan air telah diberitahui kepada murid-murid tetapi alangkah lebih baik jika diperkenalkan melalui penampalan tajuk dalam papan hitam. Sebagai guru, kita harus memahami teori kecerdasan pelbagai murid dan menyedari murid-murid mempunyai gaya

pembelajaran tersendiri. Dengan itu, tindakan menampalkan tajuk pada papan hitam dapat menarik tumpuan dan perhatian murid yang bergaya penglihatan. Manakala penyebutan tajuk secara terang dan kuat oleh guru yang dinilai ini pula akan menarik perhatian mereka yang bergaya pendengaran. Dalam pada itu, pendedahan tajuk oleh guru yang dinilai dapat membantu murid-murid mengetahui objektif yang perlu dicapai setiap sesi pengajaran. Ringkasan keseluruhan aktiviti dimaklumkan, iaitu mengenai kegunaan air. Pemberitahuan ini penting kerana dapat memberi overview kepada murid apa dan bagaimana hendak mencapai objektif pembelajaran. Dalam sesi induksi set juga, guru yang dinilai berjaya membina aliran pemikiran murid. Soalan-soalan yang dikemukakan berkenaan dengan gambargambar yang ditunjukkan secara berperingkat. Satu demi satu jenis air

diperkenalkan melalui soal jawab dan ini dapat membantu murid untuk berfikir dan menyatakan pendapat mereka. Hubungkaitan jenis-jenis air dengan kegunaannya juga dibincang dan ini boleh membantu membuat perkaitan topik dengan lebih mendalam. Pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi murid juga dapat dikenalpasti melalui aktiviti soal jawab ini. Konsep dan idea sesi pengajaran telah berjaya

dicungkil melalui penyoalan. Huraian yang terperinci juga diterangkan kepada muridmurid berkenaan dengan kegunaan air dalam kehidupan harian. Ini membolehkan murid-murid membanding dan membezakan antara pengetahuan baru dengan kerangka alternatif yang wujud dalam minda pelajar sebelum pelajaran baru didalami. Dari segi prinsip menstrukturkan pengajaran dan pembelajaran, guru yang dinilai telah berjaya memenuhi prinsip tersebut. Struktur pengajaran dalam induksi setnya adalah bersistematik. Pemeringkatan isi telah dibuat secara terancang iaitu melalui pengenalan kepada jenis-jenis air kemudian berbincangkan punca air serta kegunaan air tersebut. Pada keseluruhannya, guru yang dinilai ini telah berjaya membimbing murid dalam mengikuti struktur induksi setnya secara teratur, sistematik dan berhala tuju. Namun, kelemahan utamanya adalah dari segi penyediaan bahan untuk induksi setnya. BBM yang kurang menarik dan tidak prihatin kepada murid ini telah mengakibatkan sebilangan kecil murid tergelincir dan tidak mengikuti pelajaran sepenuhnya.

Rancangan Harian Dan Refleksi Makropengajaran

Subject: Science Year 6

Theme: Investigating Living Things

Learning Area: Living Together Or In Solitary

Lesson Plan
Subject: Science Class: 5D Time: 30 min Enrolment: 37 Theme: Investigating Living Things Learning Objective: 1.1 Understanding that some animals live in groups and others live in solitary. Learning Outcomes: By the end of the lesson, pupils should able to: a) give two examples of animals that live in group and two examples of animals that live in solitary. Concepts: a) Some animals live in groups and others in solitary. Science Process Skills: a) Classifying, communicating, making inferences Moral Values: Cooperation, to love and not to harm any animals Resources: a) Madagascar cartoon characters cardboard b) Worksheet with animals photos c) Zoo maps d) Powerpoint presentation slide e) Blog url for futher discussion

Existing Knowledge: pupils know most of the animals name

Time Set Induction (5 min)

Contents Instruction: Lisen carefully and guess where is it.

Teaching activities Teacher guides Pupils activities Teacher present Pupils paying the powerpoint attention to the slide of the jungle screen then give and playing the the corresponding sound. responds. Teacher invite four pupils come out to the stage. Teacher giving each pupil a Pupils volunteer themselves to the stage to show off the cardboard.

Remark
Resources:

Powerpoint presentation (jungle photo with sound effects)

Madagascar cartoon

cardboard of Madagascar movie character then asking the class regarding those animalss name. Teacher introduces the topic to the class by using the presentation slide. Presentation (class: 10min) Zebra, lion, hippopotamus and giraffe live in groups. Teacher show presentation slide of zebras, lions, hippopotamues and giraffes photo then guide the pupils to state the similarity regarding their living behaviour. Teacher playing a video clip of a leopoard and instructs the pupils to watch it living behaviour. Teacher show the photo of bear, owl, octopus and spider and guide pupils to state their living behaviour. Teacher instructs pupils to done the given worksheet individually. Teacher goes around and gives help to those needed. Teacher discusses the answer with the class.

Pupils respond to the questions.

characters cardboard

(topics mindmap)
Moral values:

To love not to harm any animals Pupils give the corresponding responds.
Resources:

Powerpoint presentation (zebra, lion, hippopotamus and giraffe photo)

Leopoard live in solitary.

Pupils paying attention to the video and looking for the leopoard living behaviour.

Video clip of leopoard.

Bear, owl, octopus and spider live in solitary.

Pupils give the corresponding responds.

(bear, owl, octopus and spider photo) SPS: making inferences

Presentation (individual activity: 5 min)

Pupils classifiying the animals by their living behaviour.

Worksheet with animal pictures.

SPS: Classifying

Pupils give the corresponding answer.

Presentation (group activity: 10 min)

Instruction: Form a group of four. Cooperative in group to done the classifying for the given worksheet. The first group done with minimum wrong answer will be the winner.

Teacher conducts a competition in groups by giving instruction and gives the zoo map to the group leader. Teacher writes down the time each group finish the worksheet and given mark for it.

Pupils work in group of four to classifying animals living behaviour.

Worksheet with the zoo map.

Group leader immediately pass up the worksheet.

Teacher show the answer to the class. Teacher announces the winner and giving gifts to the winner.

Pupils check their answer show in the slide.

Answer sheet in powerpoint slide

Gifts
Moral values:

Cooperation SPS: Classifying, communicating

Closure (5 min)

Some animals live in groups and others live in solitary

Teacher evaluates pupils by asking them to write down two examples of animals for each type of living behaviour. Teacher checks pupils answer and gives the corresponding responds. Teacher concludes the topic with the class. Teacher asking pupils to have futher discussion in teachers blog.

Pupils write down their examples in the custom made writing cardboard and show their answer to the teacher.

Resources:

Marker pen Custom made writing cardboard

Pupils making conclution guding by teacher with the powerpoint slide. Pupils write down the blog url.

Conclusion in powerpoint slide

Blog information in powerpoint slide

Refleksi
penggunaan dan pengintegrasian TMK dapat menarik minat muridmurid untuk terus mengikuti pelajaran aktiviti kumpulan dalam bentuk pertandingan dapat merangsang murid-murid untuk berusaha menyumbang idea melalui perbincangan secara aktif berupaya mengawal displin kelas walaupun aktiviti kumpulan dilaksanakan arahan yang diberikan jelas dan dapat dipatuhi murid-murid dengan mudah set induksi yang melibatkan murid dalam watak filem Madagascar dapat memberi keseronokan belajar kepada semua murid penggunaan papan tulis mudah alih dapat membantu dalam mengesan tahap penguasaan murid-murid dengan serta-merta refleksi semasa pengajaran dibuat sehingga pengagihan masa diatur semula telah melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya

Makropengajaran
pertuturan bahasa Inggeris yang lemah pada diri sendiri serta muridmurid menyebabkan komunikasi duahala terhad den tersekat ketepatan masa tidak terkawal suara tidak cukup lantang semasa penyampaian isi pelajaran nilai yang digariskan tidak ditegaskan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran permulaan set induksi tidak mengambil kira kesediaan murid seluruh kelas masa untuk latihan tidak mencukupi kerana masa untuk murid berfikir diabaikan semasa perancangan penukuhan kurang diberikan teknik penyoalan perlu diperbaiki aspek afektif tidak diterapkan dalam pengajaran penutup pengajaran kurang kreatif aktiviti pembelajaran yang dirancang kurang senorok kepada murid tidak mengambil kira keadaan persekitaran bilik darjah ketika merancang pengajaran video clip harimau bintang yang disunting boleh diperbaiki kualiti dan masa tayangannya agar menjadi lebih lebih pendek dan jelas supaya tidak membosankan

Strengths

Weaknesses

Opportunities

Threats

kemudahan dan infrastuktur TMK yang mencukupi di sekolah penguasaan kemahiran TMK yang mendalam memudahkan penyediaan BBM yang mengintegrasikan TMK tapak Blog yang disediakan dapat menyumbang kepada pembelajaran di luar bilik darjah

pengalaman murid kurang mengenai habitat haiwan kekeliruan berlaku akibat kerangka alternatif dan persepsi yang salah terhadap haiwan yang mereka perhatikan di zoo atau melalui tayangan dokumentasi haiwan-haiwan keadaan bilik darjah yang terlampau terang untuk menayangkan persembahan pengajaran dalam bahasa Inggeris mengakibatkan tekanan

Semasa menjalankan makro pengajaran, saya telah mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah penggunaan dan pengintegrasian TMK dalam pengajaran saya dapat menarik minat murid-murid mengikuti pelajaran saya. Saya bersyukur kerana saya mempunyai kemahiran dan kebolehan menyediakan bahan pengajaran berasaskan komputer. Tambahan pula, kemudahan dan infrastuktur TMK yang sedia ada di sekolah adalah amat mencukupi. Keadaan ini merupakan satu peluang yang baik untuk saya membuat persediaan yang rapi dan teratur dalam slaid persembahan powerpoint. Penggunaan komputer dalam pembelajaran ini telah membantu murid-murid saya memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Isi pelajaran yang telah disusun dan diperingkatkan mengikut struktur yang tersusun dalam powerpoint ini telah mengambil kira tahap kecerdasan murid serta gaya pembelajaran murid. Gabungan suara, video dan gambar-gambar dapat memenuhi keperluan dan melibatkan semua murid yang berlian-lain jenis gaya pembelajaran. Lebih-lebih lagi, induksi set yang menggunakan watak kartoon dalam filem Madagascar dapat menarik perhatian murid pada permulaan pelajaran. Illustrasi yang berbentuk gambar kartoon dalam filem Madagascar telah berjaya menimbulkan sifat ingin tahun murid-murid terhadap pelajaran hari ini. Mereka didapati cukup senorok dan teruja dengan gambar-gambar serta video dalam slaid persembahan powerpoint saya. Namun, saya juga terlihat juga antara murid perempuan yang menunjukkan bahawa mereka tidak berminat terhadap gambar-gambar serta video haiwan. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan bilik darjah yang terlalu terang sehingga menyebabkan tayangan gambar kurang jelas. Tambahan lagi, mutu video clip harimau bintang yang ditayangkan agar lemah. Namun, saya telah mengambil tindakan segera telah saya ambil dengan mengemukakan soalan kepada kelompok ini. Selain itu, aktiviti kumpulan dalam bentuk pertandingan telah dapat merangsang murid-murid supaya berusaha menyumbang idea dalam perbincangan kumpulan. Saya telah sedar bahawa sifat suka bersiang murid-murid boleh dipergunakan untuk meningkatkan motif belajar. Pembelajaran telah menjadi bermakna kerana murid-murid telah berusaha melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan yang berbentuk pertandingan. Melalui pertandingan, murid saya menjadi lebih aktif dan bermotivasi dan ini telah membantu saya membimbing mereka mencapai objektif sesi pengajaran. Kekuatan yang seterusnya ialah displin bilik darjah telah saya berjaya mengawalnya. Pelbagai tindakan telah saya ambil sekian lama untuk mengatasi kelemahan saya ini dan hari ini saya telah berupaya mengawal murid-murid dalam

kelas semasa aktiviti dijalankan. Kejayaan ini disebabkan saya telah melazimkan aktiviti kumpulan dan sering menerapkan nilai murni serta kemahiran kolabolatif kepada murid-murid kelas saya sejak mereka berada pada tahun 4 lagi. Dalam pada itu, arahan yang jelas telah diberikan kepada murid dan ini telah memastikan arahan-arahan dipatuhi murid-murid dengan mudah. Walau

bagaimanapun, saya terperasan bahawa arahan

saya jelas tetapi terdapat juga

beberapa orang murid yang bingung terhadap arahan saya. Ini mungkin disebabkan suara saya yang kurang lantang atau pun disebabkan kelemahan bertutur dalam bahasa Inggeris pada diri saya dan murid-murid. Saya juga berasa kagum kerana telah mencipta papan hitam mudah alir dengan kerjasama rakan sejawat saya. Penggunaan papan hitam ini amat berguna dan telah berjaya membantu saya mengesan penguasaan murid-murid dengan serta-merta. Kita sedia umum, pemerhatian merupakan salah satu cara pentaksiran yang paling berkesan. Melalui penggunaan papan hitam ini, jawapan murid ditulis dan ditunjukkan kepada saya. Saya boleh menyemak jawapan mereka serta-merta dan ini membantu saya mengambil tindakan susulan yang sewajarnya dengan segera. Semasa pelaksanaan pengajaran, saya juga mendapati bahawa saya telah lebih mengunakan masa yang diperuntukkan dalam slot penyampaian isi. Ini kerana murid-murid saya kurang pengalaman terhadap cara hidup haiwan dan mungkin juga terdapat kerangka alternatif pada diri mereka. Situasi ini telah menjadikan saya terdesak-desak untuk mengulangi penerangan. Namun, saya telah membuat refleksi serta-merta dan mengagihkan masa semula. Perbincangan kepada aktiviti kumpulan dimansuhkan dan digantikan dengan arahan menyemak jawapan dalam blog saya. Tujuan ini dibuat adalah supaya pengajaran tidak terjejas dan pembelajaran dapat menjadi lebih licin. Melalui ajaran ini, saya telah sedar kawalan masa dalam pengajaran amat penting. Tanpa ketepatan masa, sesi pengajaran yang dirancang walaupun padat dengan kanduangan dan kaya dengan aktiviti, tetap menjadi siasiakan sahaja. Kelemahan utama saya ialah tidak berkemampuan untuk mengajar subjeksubjek Sains dalam bahasa Inggeris serta memiliki kefasihan berbahasa Inggeris yang tidak mencukupi. Penggunaan bahasa Inggeris untuk pengajaran ini telah memberikan tekanan baru kepada saya untuk menyampaikan bahan yang disediakan dengan baik. Seterusnya ini juga mengakibatkan komunikasi dua-hala terhad dan tersekat. Saya amat berasa kecewa ke atas kegagalan saya memberikan penerangan dengan berkesan disebabkan kefasihan berbahasa Inggeris yang lemah. Saya akan lebih berusaha mempelajari bahasa Inggeris khasnya dalam aspek lisan.

Penambahbaikan ini perlu dan penting pada diri saya mahupun mencapai objektif dasar Mempertabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang dilaksanakan baru-baru ini. Selain penyampaian isi, teknik penyoalan saya dalam bahasa Inggeris juga perlu diperbaiki. Penyoalan yang tidak teratur ini telah mengakibatkan murid-murid saya tidak faham kehendak soalan sehingga mereka mendiamkan diri sahaja. Nilai murni dan unsur afektif merupakan antara unsur-unsur terpenting yang perlu diterapkan dalam pengajaran. Namun, saya telah terlupa tentang penerapan nilai sepanjang pengajaran saya ini. Saya berasa menyesal atas perbuatan saya yang tidak bertanggungjawab ini. Saya telah sedar bahawa tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi sepatutnya perlu menyumbang dalam

pembentukkan insan yang seimbang dari semua aspek JERI. Saya akan mengingatkan diri saya pada sesi pengajaran yang seterusnya agar tidak mengulangi kesalahan ini. Selain itu juga, saya perlu meningkatkan kemahiran memperkukuh. Dalam sesi pengajaran ini, saya jarang-jarang sekali memberi galakan atau pujian kepada murid. Sepatutnya, saya perlu juga lebih mementingkan penerapan unsur afektif dalam pengajaran seterusnya. Walaupun induksi set saya menarik minat muridnamun saya mendapati bahawa saya kurang prihatin terhadap isu kesediaan murid. Sepatutnya, saya perlu berusaha menarik perhatian semua murid sebelum memulakan induksi set saya. Perbuatan saya ini telah mengabaikan beberapa orang murid di belakang kelas yang sedang menyimpan buku-buku mata pelajaran sesi sebelumnya ke dalam bag. Lain kali, saya akan memastikan semua murid tidak membuat kerja-kerja lain sebelum saya memulakan induksi set saya. Antara kelemahan yang seterusnya ialah masa aktiviti berbentuk latihan individu dan latihan kumpulan yang diperuntukkan tidak mencukupi. Saya mendapat murid-murid saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyelesaikan latihan yang diberi. Ini mungkin disebabkan latihan itu terlampau padat tetapi masa yang diberi adalah singkat. Tambahan pula, latihan berbentuk latih tubi ini nampaknya kurang memberi kesan terhadap pembelajaran mereka. Walaupun aktiviti perbincangan kumpulan dikendalikan melalui pertandingan, saya masih mendapati sebilangan murid juga tidak berminat. Antara mereka ini juga terdapat segelintir antara mereka yang hanya meneka jawapan sahaja. Oleh itu, adalah wajar saya mencari alternatif yang lain untuk menyelesaikan isu ini supaya pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan bermakna.

Pada keseluruhannya, walaupun objektif pengajaran, iaitu murid-murid dapt memberi contoh-contoh haiwan mengikut kategori cara hidup mereka. Namun, contoh-contoh yang diberikan oleh kebanyakkan murid masih terhad kepada jenis haiwan yang dipelajari dalam sesi ini sahaja. Tambahan pula, ketika beraktiviti, saya telah dapat mengesan bahawa mereka agak keliru dan kurang yakin dalam mengelaskan jenis haiwan yang hidup menyendiri dan haiwan yang hidup secara berkumpulan. Dengan itu, saya berasa hasil pembelajaran yang ditunjukkan mungkin sekadar ingatan sahaja. Oleh itu, adalah wajar saya mengkaji persoalan ini dengan lebih terliti supaya dapat benar-benar membantu murid-murid menguasai pelajaran ini.

KAJIAN TINDAKAN
Matapelajaran: Sains Tahun 6

Tajuk Kajian:

Meningkatkan Penguasaan Pelajar Dalam Pengelasan Haiwan Menggunakan Strategik Main Sambil Belajar

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN SAINS

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM PENGELASAN HAIWAN MENGGUNAKAN STRATEGIK MAIN SAMBIL BELAJAR
Oleh

Tan Teong Lai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang Batu 8 1/2, Jalan Skudai, 81300 Skudai, Johor.

NOVEMBER 2012

ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti punca serta kaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar 5D dalam topik Cara Hidup Haiwan. Masalah utam bagi pelajar saya ialah kekeriruan dalam mengelaskan haiwan-haiwan. Masalah tersebut telah dikenalpasti sejak tahun 4 dimana mereka telah menunjukkan kelemahan dalam pengelasan haiwan mengikut kategori seperti cara haiwan membiak (tahun 4) dan cara pemakanan haiwan (tahun 5). Dengan itu, tinjauan awal telah dilaksanakan melalui temubual, soal selidik, ujian pra dan analisis post-mortem ujian-ujian dan peperiksaan yang lepas. Hasil tinjauan mendapati pelajar sememangnya menghadapi kesukaran untuk mengelaskan haiwan-haiwan mengikut kategori. Perancangan tindakan adalah menggunakan strategik main sambil belajar demi menarik minat serta memperkukuhkan ingatan mereka melalui unsur didik hibur. Murid didedahkan dengan permainan UNO yang diubahsuaikan dengan isi kandungan cara membiak, cara pemakanan dan cara hidup haiwanhaiwan. Didik hibur ini dijalankan selama 60 minit dan kemudiannya diteruskan dengan permaian tradisional ting-ting (jengkek kapal terbang) yang diubahsuaikan untuk tujuan pengukuhan ke atas kebolehan pengelasan haiwan yang dipelajari.

Keputusan ujian pos yang dilaksanakan beberapa hari selepas permaianan telah menunjukkan peningkatan kebolehan dan keyakinan pelajar dalam mengelaskan haiwan-haiwan dengan betul.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pengajaran dalam topik benda hidup dalam mata pelajaran Sains sering menghadapi cabaran membantu pelajar mengubah miskonsepsi dalam minda mereka khasnya dalam kemahiran mengelas. Kemahiran mengelas biasanya berkait rapat dengan kemahiran memerhati. Dalam konteks pelajar saya, mereka kurang terdedah kepada pengalaman mengeksploitasikan alam haiwan. Pengalaman mereka terhad di mana pemerhatian mereka biasanya hanya diperolehi melalui tayangan video dokumentasi yang membosankan, maklumat daripada laman web yang terlampau padat dan jarang sekali melalui pemerhatian semasa lawatan ke zoo. Tambahan pula, strategik guru dalam topik pengelasan lazimnya memilih kaedah latih tubi atau teknik penghafalan. Penggunaan strategik sedemikian sememangnya kurang berkesan dan tidak dapat

merangsang pembelajaran yang bermakna.

2. ISU KEPRIHATINAN Daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang dibuat, didapati kemahiran mengelas murid adalah lemah. Masalah ini dianggap penting kerana pengelasan haiwan merupakan kemahiran yang diberi tumpuan dalam kemahiran proses sains. Kehilangan minat dalam bidang dunia haiwan akan menjejaskan pembelajaran seterusnya yang berkaitan dengan haiwan-haiwan dan lebih-lebih lagi akan menjejaskan pengisian pelajar aliran biologi ketika menengah dan pengajian tinggi nanti. Oleh itu, pelbagai cara telah dicuba untuk tujuan

merangsang pembelajaran secara seronok dan berkesan. Antara strategik yang dikenalpasti berkesan dan diminati murid ialah melalui strategik main sambil belajar. Strategik ini telah diakui berkesan dan dapat menjamin pembelajaran yang seronok lagi bermakna melalui penglibatan pelajar secara aktif khasnya untuk murid-murid pada peringkat sekolah rendah.

3. OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang terlibat dapat mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar dalam kemahiran mengelas kemudiannya akan

dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila berdepan dengan topik pengelasan haiwan-haiwan atau apa-apa jua topik yang berkaitan dengan kemahiran mengelas.

i) Objektif Am Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pengelasan haiwan menggunakan strategik main sambil belajar. ii) Objektif Khusus Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru. Pelajar dapat mengelaskan haiwan mengikut kategori yang ditetapkan. Pelajar dapat dirangsang dan dipertingkatkan minat untuk mengetahui alam haiwan. Guru dapat melibatkan pelajar dalam pembelajaran secara aktif dan seronok. Mengelaskan haiwan-haiwan sekurang-kurangnya 80% betul dalam Ujian Post yang dijalankan. Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran sains.

4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 37 orang pelajar 5D yang keseluruhannya terdiri dari pelajar cina untuk topik pengelasan haiwan yang mencakupi isi sukatan tahun 4, 5 dan 6. Pelajar tesebut akan disaring berdasarkan daripada temubual, hasil pemerhatian serta analisis post-mortem ujian pra yang dijalankan. Selepas saringan dilakukan 20 orang pelajar telah terpilih.

5. PELAKSANAAN KAJIAN i. Tinjauan Masalah Tinjauan terhadap masalah dapat mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-

a) Pemerhatian dan temubual Saya telah membuat pemerhatian ke atas pelajar semasa pengajaran topik cara hidup haiwan. Semasa aktiviti di bilik darjah sama ada secara individu

atau secara berkumpulan,

saya telah mendapati bahawa

pelajar

menghadapi kekeliruan dan kurang yakin dalam mengelaskan haiwanhaiwan. Pelajar juga didapati kurang berminat sewaktu penyampaian isi pelajaran walaupun persembahan slaid dilengkapi dengan gambar photo yang bernarik. Tumpuan mereka terhadap tayangan video haiwan semasa pengajaran dan pembelajaran juga amat kurang. Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masalah lebih yang mereka jika hadapi dalam itu

pembelajaran

mendapati

mereka

berminat

pelajaran

dilaksanakan melalui permainan.

b) Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kebolehan mereka dalam mengelaskan haiwan-haiwan mengikut kategori:- i) cara membiak ii) cara pemakanan iii) cara hidup. Analisis daripada postmortem ujian menunjukkan bahawa pelajar tidak berkeupayaan mengelas haiwan-haiwan. Hasil ujian telah menunjukkan bahawa mereka keliru dan tidak yakin dalam menjawab soalan berbentuk pengelasan. Tambahan pula, jawapan dibuat juga adalah secara teka-meneka sahaja.

c) Soal selidik Respon mengenai pengalaman dan punca kelemahan dalam topik tersebut dikumpul. Maklumat daripada soal selidik menunjukkan kelemahan murid berpunca daripada dua faktor yang utama: i) pengalaman sambil lewa di zoo menimbulkan kerangka alternatif Pemerhatian mereka di zoo telah mewujudkan miskonsepi atau persepsi yang salah terhadap haiwan. Pengalaman mereka di zoo hanya secara sambil lewa tanpa mendalami ilmu mengenai haiwanhaiwan. Keadaan ini menimbulkan kerangka alternatif pelajar dalam ilmu alam haiwan. ii) kekurangan minat terhadap mata pelajaran sains Pelajar yang tidak berdaya mengelaskan haiwan dikenalpasti kurang berminat dalam mata pelajaran sains khasnya golongan perempuan. Mereka kurang menunjukkan motif dan penglibatan mereka dalam pembelajaran adalah pasif. Tambahan pula, strategik pengajaran dan pembelajaran yang masih menggunakan pendekatan chalk and talk

dan latihan latih tubi tanpa kreativiti menyebabkan keadaan menjadi lebih serius.

d) Ujian dan Peperiksaan Lepas Item-item soalan ujian dan peperiksaan dikumpul untuk tujuan post-mortem. Daripada dapatan analisis, dikenalpasti pelajar tidak yakin dan kurang berkeupayaan dalam soalan-soalan berbentuk pengelasan khasnya yang berkaitan dengan haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. ii. Kaedah Pelaksanaan a) Permainan UNO yang diubahsuaikan 1. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan (5 atau 6 orang setiap kumpulan) 2. Setiap kumpulan dibekalkan satu dek kad Uno Haiwan (30 jenis haiwan dalam 3 salinan) yang mengandungi cara hidup haiwan, cara membiak haiwan dan cara pemakanan haiwan. Terdapat juga 3 helai kad khas, iaitu "skip" (langkau), "draw two" (cabut dua kad), dan "reverse" (pusing balik). Juga terdapat dua lagi kad khas berwarna hitam iaitu "wild" (kad bebas) dan "wild draw four" (cabut empat kad), empat helai kad "wild" dan empat helai kad "wild draw four", maka terdapat 107 helai kad kesemuanya.

Contoh kad haiwan:


Cara membiak

Bertelur

dinyatakan

Beranak

Cara hidup haiwan ditunjukkan melalui gambar

Burung Hantu
Makanan haiwan ditunjukkan melalui gambar

Lembu

3. Sebelum bermain, seorang pembahagi (ketua kumpulan) dipilih untuk membahagikan 7 kad haiwan kepada setiap pemain, kad khas yang lain serta kad haiwan yang selebihnya disimpan balik dalam dek. Kad teratas dari simpanan didedahkan sebagai asas timbunan. Jika kad itu merupakan kad khas (iaitu skip,draw two, reverse, atau wild), maka

dianggap bahawa pembahagi memainkan kad itu dan melakukan tindakannya. Jika kad wild draw four didedahkan pula, maka kad itu disimpan balik dalam dek dan sehelai lagi kad dicabut. Permainan bermula dengan pemain di sebelah kiri pembahagi, oleh itu para pemain mengambil giliran mengikut arah jam (melainkan dikenakan kad reverse). 4. Dalam setiap giliran, seorang pemain boleh memainkan kad yang memadani cara membiak haiwan, cara hidup haiwan dengan kad yang pemakanan haiwan atau cara terdedah, atau memainkan

kad wild atau wild draw four. Sekiranya seseorang pemain tiada kad yang betul, maka dia perlu mencabut kad teratas dari simpanan, sama ada memainkannya atau menyimpan dalam tangannya. Jika pemain itu sahaja tidak mahu meletakkan kad (walaupun ada padanan dengan kad terdedah), sebaliknya mencabut kad baru maka penalti tidak dikenakan. Selepas kad diletakkan atau dicabut, giliran diberi kepada pemain seterusnya mengikut arah jam, atau melawan arah jam sekiranya kad reverse dikenakan. Sekiranya tiada kad lagi dalam simpanan, maka kad timbunan dikocok dan diterbalikkan untuk mengitar semula kad simpanan. 5. Sebelum giliran seterusnya, pemain yang meletakkan kad yang betul perlu mengucap kenyataan mengenai kad haiwan yang sepadan itu. Contohnya: Burung hantu ialah haiwan karnivor. Ia bertelur dan hidup menyendiri. Lembu ialah haiwan beranak. Lembu beranak dan hidup secara berkumpulan. 6. Setelah cuma tinggal sehelai kad, pemain perlu menyebut "alam haiwan" untuk mengingatkan pemain lain. Pusingan tamat setelah seorang pemain menghabiskan semua kadnya 7. Selepas seorang pemain menghabiskan kadnya, pemain-pemain lain mengira markah mengikut jumlah kad-kad haiwan betul yang mereka memadani sepanjang masa permainan. Pemain pertama yang kehabisan kad itu meraih markah dari kad-kad haiwan yang tinggal dalam genggaman lawannya. Pemain yang mencapai markah yang terbanyak dikira sebagai pemenang.

b) Pengukuhan melalui permainan tradisi ting-ting (jengkek kapal terbang) yang diubahsuaikan Selepas pemainan aktiviti 1, murid-murid dikumpul untuk aktiviti riadah melalui permainan ting-ting. Permainan tradisional ini bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid. 1. Murid-murid melompat ke petak pertama untuk mengangkat contoh haiwan yang diletakkan pada bulatan sebelah tepi petak pertama. 2. Murid menyebut nama haiwan dengan suara yang kuat kemudian melompat mengikut cara hidup, cara membiak dan cara pemakanan

haiwan yang disebut itu. Murid-murid lain pula menjadi hakim manakala guru menjadi ketua hakim dalam memastikan lompatan yang betul dibuat. 3. Apabila berada di petak akhir, langkah 1 dan 2 diulangi sehingga berjaya melompat balik ke garisan permulaan. 4. Sekiranya gagal atau kesilapan dibuat, maka pelompat perlu mengulangi langkah 1 dan 2. Penalti boleh dikenakan jika perlu, seperti: Memberi tugasan rumah kepada pesalah dalam mencari maklumat tentang haiwan yang berkaitan dalam internet supaya ditampalkan pada sudut sains bilik darjah.

Garisan permulaan Petak pertama Beranak Bertelur

kad-kad haiwan

Karnivor

Herbivor

Omnivor

Menyendiri

Berkumpulan

kad-kad haiwan

Petak akhir

6. RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Selepas menggunakan strategik permainan dan mengaitkan dengan kemahiran

mengelas, saya telah menjalankan penilaian terhadap pelajar melalui ujian pos. Ujian ini diberikan beberapa hari selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini bertujuan untuk menentukan sama ada mereka masih memahami apa yang telah mereka pelajari mengenai pengelasan haiwan bagi kategorikategori yang ditetapkan guru. Soalan yang diberikan adalah sama cuma ditambah beberapa contoh yang tidak terpilih dalam permainan. Kedudukan soalan juga berubah posisinya dan struktur soalan ujian pra dan ujian pos juga tidak banyak berbeza.

Hasil ujian pra mendapati pelajar mempunyai masalah dalam soalan-soalan yang berkenaan dengan pengelasan haiwan-haiwan. Untuk soalan yang lain, yang berkaitan dengan tujuan dan sebab-sebab haiwan hidup menyendiri atau secara berkumpulan, semua pelajar memberikan jawapan yang tepat.

Ujian pos yang dijalanlan terhadap pelajar memberikan keputusan yang memberangsangkan. Semua pelajar yang hadir sewaktu pengajaran dan pembelajaran djijalankan dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat. Namun, masih terdapat 5 orang yang kurang yakin ketika menjawab soalan yang melibatkan contoh-contoh yang tidak dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran.

7. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tersebut, beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: a) Sebelum kaedah ini dijalankan, guru mestilah membuat penerangan yang terliti. Peraturan permainan UNO dan cara permainan ting-ting yang diubahsuaikan perlu benar-benar difahami oleh murid-murid sebelum melaksanakan kajian ini. Ini bertujuan untuk memastikan kelicinan kajian supaya kualiti pelaksanaan kajian tidak terjejas. b) Guru perlu mengawal displin semasa aktiviti permainan Aktiviti yang dirancang dapat dijalankan secara licin dan teratur sekiranya displin bilik darjah terkawal. Ini untuk memastikan kajian dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang dan teratur. Selain itu, keberkesanan kajian akan dapat dipertingkatkan lagi supaya murid-murid menjadi lebih produktif agar tugasan semasa aktiviti permainan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

c) Kajian ini boleh digeneralisasikan untuk pelajaran yang memerlukan kemahiran mengelas Selain topik pengelasan haiwan, topik-topik lain yang melibatkan kemahiran mengelas juga boleh mengaplikasikan strategik main sambil belajar yang berunsurkan didik hibur kajian di atas.

Bibliografi
Mok Soon Sang.(2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Ipoh: Penerbit Multimedia Sdn Bhd. Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan Dalam Pengajaran. Ipoh: Penerbit Multimedia Sdn Bhd. Dr Ragbir Kaur Joginder Singh.(2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI: Pedagogi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ahmad Fadzli Fauzi.(2009).Bagaimana Meransang Seronok Belajar.Selangor:PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Othman Lebar.(2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan.Tanjung Malim: Penerbit Universiti UPSI.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Manual Kajian Tindakan. Putra Jaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai