Anda di halaman 1dari 8

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/329525080

HUBUNGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DENGAN EFIKASI


KENDIRI GURU SEKOLAH RENDAH

Conference Paper · July 2018

CITATIONS READS

0 818

2 authors:

Nancy Leong Dg Norizah Ag Kiflee


Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
1 PUBLICATION   0 CITATIONS    4 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Kepimpinan Instruksional dan kecerdasan emosi guru besar terhadap efikasi kendiri guru View project

All content following this page was uploaded by Nancy Leong on 10 December 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


HUBUNGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DENGAN EFIKASI
KENDIRI GURU SEKOLAH RENDAH

Nancy Leong
nc_rachelz@yahoo.com
Dg Norizah Binti Ag Kiflee@Dzulkifli (PhD)
dndz@ums.edu.my
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan membincangkan kepimpinan Instruksional guru


besar dengan efikasi kendiri guru sekolah rendah di daerah Kota Marudu.
Kepimpinan instruksional adalah tindakan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh
seorang pemimpin sekolah bertujuan memantapkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kepimpinan yang berkualiti dan berwibawa merupakan
faktor utama dalam keberkesanan sekolah kerana pemimpin dapat
menggerakkan budaya cemerlang dalam menerajui organisasi. Oleh itu,
hubungan antara guru besar sebagai pemimpin di sekolah dengan guru perlu
berlangsung dengan baik bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah untuk kecemerlangan murid.
Guru besar harus memikirkan cara yang sesuai dalam memperbaiki
pembelajaran murid dengan mempengaruhi efikasi kendiri guru dalam strategi
pengajaran. Apabila guru yakin dan sentiasa bermotivasi dalam pengajaran,
maka proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan bagi
mencapai matlamat sekolah yang telah ditetapkan iaitu melahirkan murid yang
cemerlang. Justeru tidak hairan bahawa kepimpinan instruksional guru besar
berkait rapat dengan peningkatan efikasi guru. Guru besar yang mengamalkan
kepimpinan instruksional dalam mentakrif matlamat sekolah, mengurus program
instruksional dan menggalakkan iklim sekolah berupaya mempengaruhi guru
untuk saling bekerjasama dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Kata Kunci :Kepimpinan Instruksional, Efikasi Kendiri dan Guru Sekolah Rendah

PENGENALAN
Dasar global langit terbuka di abad ini menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang
pesat dalam bidang teknologi dan penyebaran maklumat. Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar agar Malaysia mampu
untuk bersaing dengan negara-negara maju di seluruh dunia. Fokusnya adalah anak-
anak kecil di sekolah rendah yang bakal menerajui dan memimpin negara suatu masa
nanti. Bagi memastikan dasar-dasar yang dirangka dapat disebar dan diaplikasikan
dengan mantap, semua ini memerlukan kerjasama yang utuh daripada pemimpin
sekolah dan guru-guru sebagai tulang belakang. Sekolah sebagai sebuah organisasi
sosial merupakan pusat pendidikan bagi melahirkan generasi masa hadapan yang
cemerlang. Sekolah yang dipimpin oleh guru besar adalah tempat bagi guru untuk
menabur bakti dengan keyakinan dan motivasti dirinya mengajar bagi mencapai
matlamat sekolah. Faktor amalan kepemimpinan instruksional guru besar turut dikenal
pasti mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri guru.

Kepemimpinan instruksional adalah sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh


pihak sekolah bagi meningkatkan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran dan
pembangunan sekolah. Menurut Hallinger (2003) keberkesanan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah terletak pada kepemimpinan instruksional guru besar dan ini amat
berkait rapat dengan efikasi kendiri guru. Walau bagaimanapun, dalam realiti sebenar
peranan guru besar yang kurang efektif dalam membimbing dan berkongsi matlamat
dengan guru-guru menyebabkan program pengajaran yang dirancang sering tidak
mencapai matlamat sekolah. Matlamat yang kurang jelas menyebabkan sukar dikongsi
dan dicapai oleh warga sekolah. Menurut Hallinger (2000), elemen menetapkan
matlamat yang jelas dapat membantu guru besar membawa hala tuju sekolah untuk
menjayakan pengajaran dan pembelajaran. Guru besar sebagai nadi penggerak sekolah
ialah punca kecemerlangan dan kejatuhan sebuah sekolah.

Namun begitu, adakah keyakinan dan motivasi guru itu sendiri atau lebih dikenali
sebagai efikasi kendiri mampu menjadikan dirinya sediri sebagai alat untuk
memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid sekolah rendah.
Griffin dan Moorhead (2014) berpendapat bahawa efikasi diri seseorang adalah sejauh
mana seseorang percaya dapat mencapai matlamatnya bahkan walaupun jika pernah
gagal melakukannya di waktu yang lalu. Robbins dan Judge (2013) menjelaskan bahawa
efikasi diri merujuk pada keyakinan individu bahawa ia mampu melakukan tugas.
Semakin tinggi efikasi dirinya maka semakin yakin atau percaya mampu meraih
keberhasilan. Dengan memiliki efikasi diri atau keyakinan yang tinggi, seseorang
menjadi percaya atau yakin akan adanya kemungkinan keberhasilan dalam
mengerjakan tugas-tugas tertentu. Peluang untuk mencapai keberhasilan akan tercapai
pada tugas dengan tingkat kesulitan yang lebih tinggi dibandingkan dengan orang yang
tidak memiliki efikasi atau dengan efikasi diri yang rendah.

PERBINCANGAN

Kepimpinan Instruksional Guru Besar sekolah rendah

Pemimpin instruksional harus memastikan satu persekitaran pembelajaran yang teratur


dan berfokus pada matlamat yang tinggi tetapi yang boleh dicapai. Nilai kerajinan dan
mengutamakan kejayaan akademik mesti diserap dalam budaya sekolah dan diamalkan
oleh semua guru dan murid. Kejayaan dan perkembangan murid, iklim sekolah, motivasi
dan semangat guru dan murid dipantau dan dinilai dengan tujuan untuk peningkatan
akademik. Guru-guru merupakan pusat dalam peningkatan instruksional kerana hanya
guru-guru sendiri sahaja yang boleh berubah dan mahu meningkat. Guru besar memberi
sokongan yang membina seperti menyediakan sumber dan bahan yang diperlukan
kepada guru-guru supaya mereka boleh berjaya dalam bilik darjah. Tambahan pula,
guru besar sendiri adalah pemimpin intelektual dan perlu mengambil berat tentang
perkembangan yang terbaru dalam pengajaran, pembelajaran, motivasi, pengurusan
bilik darjah dan aspek penilaian. Semua ilmu tersebut mesti dikongsi dengan guru-
gurunya.

Mohd Yusri dan Aziz (2014) telah berjaya membangunkan model kesan
kepimpinan instruksional guru besar terhadap kompetensi pengajaran guru berdasarkan
pendidikan di Malaysia. Kajian menunjukkan kepimpinan instruksional mempunyai
hubungan positif dan menyumbang secara signifikan terhadap kompetensi pengajaran
guru. Hallinger (2000) mengatakan guru besar sebagai pemimpin di sekolah harus
bekerjasama dalam membentuk matlamat sekolah berkaitan pencapaian murid.
Seseorang guru besar harus mewujudkan matlamat yang memberikan inspirasi dan
membangunkan kesepakatan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Menurut Hallinger
(2012), guru besar mempengaruhi pencapaian murid secara tidak langsung melalui
peranan sebagai pemimpin instruksional. Guru besar mengamalkan kepimpinan
instruksional sentiasa melakukan pemantauan terhadap pencapaian murid, dapat
berbincang serta mengenal pasti kekuatan serta kelemahan murid bersama guru dan
seterusnya merancang program yang boleh membantu peningkatan prestasi mereka.

Efikasi Kendiri Guru Sekolah Rendah

Menurut Tschannen-Moran, et al., (2001) efikasi kendiri guru adalah keyakinan yang
ada pada seseorang guru terhadap kebolehannya untuk mengajar dan memotivasikan
murid tanpa mengambil kira kebolehan dan latar belakang keluarga murid. Mereka turut
menyatakan efikasi kendiri guru adalah kepercayaan guru pada keupayaan diri untuk
menyusun atur serta melakukan satu siri tindakan yang diperlukan bagi
menyempurnakan tugasan pengajaran dalam konteks yang spesifik.

Efikasi kendiri ini dikaitkan dengan tingakah laku dan sikap positif guru. Menurut
beliau lagi dalam usaha menjadi guru yang berkesan, pengetahuan mengenai
kandungan muridan serta pedagogi sahaja tidak mencukupi malah keupayaan serta
keyakinan guru mengajar adalah lebih kuat pengaruhnya terhadap keberkesanan
pengajaran. kajian oleh Faridah (2015) yang mendapati terdapat hubungan yang
signifikan antara tingkah laku kepimpinan instruksional guru besar dengan efikasi kendiri
guru. Fungsi menyelia dan menilai pengajaran guru merupakan fungsi yang paling
dominan kepada efikasi kendiri guru.

Kepimpinan Guru Besar dengan Efikasi Guru Sekolah Rendah


Pengkaji dalam bidang pendidikan berpendapat senada bahawa guru besar merupakan
guru ke dua kepada guru dalam mempengaruhi tahap pencapaian murid di sekolah
(Louis et al., 2010). Tambahan pula, sumbangan guru besar kepada guru sekolah bukan
secara lansung namun secara tidak lansung melalui struktur, proses dan guru itu sendiri.
Efikasi kendiri guru, sebagai contoh, didapati sebagai salah satu cara yang paling
berkesan di mana pemimpin sekolah secara tidak langsung boleh menyumbang kepada
hasil pembelajaran murid (Ross and Gray, 2006).

Menurut Calik et al., (2012) guru besar yang mengamalkan kepimpinan


instruksional dapat meningkat efikasi guru dan lebih komited dalam pengajaran di
samping bekerja keras ke arah mencapai matlamat organisasi Dapatan kajian ini juga
menyamai dapatan oleh Gu (2014) yang mendapati kepimpinan pengajaran guru besar
merupakan peramal signifikan kepada efikasi kendiri guru dimana peramal utama adalah
berbincang dengan guru untuk menggalakkan maklumbalas dan kedua adalah
menggalakkan perkembangan profesional guru. Walau bagaimanapun, dapatan kajian
ini berbeza dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Nor Amimah (2008) iaitu tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional pemimpin sekolah
dan efikasi kendiri guru. Daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa kepimpinan
instruksional guru besar sangat penting dalam meningkatkan efikasi kendiri guru. Guru
besar harus memikirkan cara yang sesuai dalam memperbaiki pembelajaran pelajar
dengan mempengaruhi efikasi kendiri guru dalam strategi pengajaran. Apabila guru
yakin dan sentiasa bermotivasi dalam pengajaran, maka proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan berkesan bagi mencapai matlamat sekolah yang telah
ditetapkan iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang.

RUMUSAN
Amalan kepimpinan instruksional didapati berkaitan rapat dengan tahap efikasi kendiri
guru sekolah rendah. Terdapat tiga peranan utama guru besar sebagai pemimpin
instruksional yang perlu diamalkan iaitu mentakrif matlamat sekolah, mengurus program
instruksional dan menggalakkan iklim sekolah agar guru boleh melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru, guru memerlukan sokongan
dan motivasi dari guru besar dalam meningkatkan efikasi kendiri mereka. Apabila efikasi
guru meningkat, maka guru akan lebih berusaha sepenuhnya mengajar bagi melahirkan
murid yang cemerlang. Guru merupakan insan yang menyalurkan ilmu kepada murid.
Seorang guru bukan sahaja orang yang dapat membantu murid dalam menguasai segala
kemahiran, tetapi haruslah menjadi seseorang yang membekalkan ilmu tentang
pembelajaran sehingga murid mampu membuat pilihan dan mengambil keputusan yang
bijak.

RUJUKAN

Calik, T., Sezgin, F., Kavgaci, H. and Kilinc, A.C., (2012), " Examination of relationships
between instructional leadership of school principals and self-
efficacy of teachers and collective teacher efficacy", Educational Sciences:
Theory and Practice, Vol. 12 No. no. 4, pp. 2498-2504
Faridah, O. (2015). Pengaruh Kepimpinan Instruksional Guru besar Ke Atas Efikasi Guru.
Paper presented at 4th RCELAM 2015 : Globalisation and The 2nd Machine Age,
16-19 November, Institute Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Griffin dan Moorhead. (2014). Organizational: Behavior, Managing People and
Organizations. South Western: Engage Learning.
Gu, S. L. (2014). The relationships between instructional leadership behavior, school
climate and teacher efficacy in secondary schools in Kedah (Doctoral
dissertation, Universiti Utara Malaysia).
Hallinger, P. (2000). A review of two decades of research on the principalship using
thePrincipal Instructional Management Rating Scale. Retrieved from
http://www.leadingware.com
Hallinger, P. (2003). Leading educational change:Reflections on the practice of
instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education,
33(3), 329-352.
Hallinger, P. (2012). Assessing and developing instructional leadership in schools. In
Shen, J. (Ed). Tools for improving the principalship. Oxford, UK: Peter Lang.
Louis, K.S., Leithwood, K., Wahlstrom, K.L. and Anderson, S.E., (2010), "Investigating
the links to improved student learning: final report of research findings",
University of Minnesota, University of Toronto, and Wallace Foundation, Toronto,
available at:, www.wallacefoundation.org, July 5, 2012).
Mohd Yusri, I. & Aziz, A. (2014). Model Kepimpinan instruksional Guru besar dan
Kompetensi Pengajaran Guru. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik,
2(1): 11-25.
Nir, A.E. and Kranot, N., (2006), "School principal's leadership style and teachers' self-
efficacy", Planning and Changing, Vol. 37 No. no. 3, pp. 205-218
Nor Amimah, O. (2008). Hubungan Amalan Kepemimpinan Pengetua dan Efikasi Guru.
(Tesis Sarjana Kepengetuaan Yang Tidak Diterbitkan), Universiti Malaya.
Robbins & Judge. (2013). Organizational Behavior. New Jersey: Pearson Education Inc.
Ross, J. A., & Gray, P. (2006). School leadership and student achievement: The
mediating effects of teacher beliefs. Canadian Journal of Education/Revue
canadienne de l'éducation, 798-822.
Shafinaz, A. M. (2017). Hubungan antara kecerdasan emosi dan kepimpinan
instruksional guru besar dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah
kebangsaan di Negeri Sembilan/Shafinaz A. Maulod (Doctoral dissertation,
University of Malaya).
Tschannen-Moran, M and Hoy, A. W (2001). Teacher Efficacy: Capturing an elusive
construct. Teaching and Teacher Education, 17, 783-805.
http://www.coe.ohio.state.edu/ahoy/AERAEfficacymeasure%20.pdf

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai