Anda di halaman 1dari 9

ULASAN KRITIKAL BAGI JURNAL DAN ARTIKEL

PENGENALAN
Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan, saya
memilih sepuluh jurnal dan artikel yang berkaitan dengan isu-isu kepimpinan & pengurusan di
sekolah. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.
ARTIKEL DAN JURNAL YANG DIPILIH
(a)

Tajuk Artikel

: Leadership Soft Skills and Curriculum Management


of Principals in High Performing School

Penulis

: Zainab Ali & Tang Keow Ngang

Sumber

: Malaysian Journal of Education 39(1)(2014): 77-82

Artikel ini mengkaji hubungan antara kepemimpinan kemahiran insaniah dengan


pengurusan kurikulum pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap amalan kepemimpinan kemahiran insaniah pengetua
secara keseluruhan dan berdasarkan komponen-komponennya iaitu kemahiran kolaborasi dan
kerja berpasukan, kemahiran komunikasi, kemahiran inisiatif, kemahiran kepemimpinan,
pembangunan kemanusiaan dan kejurulatihan, keberkesanan kendiri/ penguasaan kendiri,
kemahiran perancangan dan pengelolaan, kemahiran persembahan pengetua dan juga persepsi
guru terhadap tahap pengurusan kurikulum pengetua. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji
hubungan antara persepsi guru terhadap amalan kelapan-lapan komponen kepemimpinan
kemahiran insaniah dengan pengurusan kurikulum pengetua. Dapatan kajian telah membuktikan
bahawa wujudnya hubungan antara amalan kepemimpinan kemahiran insaniah dengan
pengurusan kurikulum. Pengetua yang memiliki kemahiran insaniah tersebut akan bijak menilai
kelebihan para guru untuk menjayakan program organisasi yang dipimpinnya. Selain itu,
pengetua yang mahir berkomunikasi, bijak berkolaborasi serta mempunyai kemahiran dalam
perancangan dan pengelolaan dapat menggerakkan ahli organisasi sekolah untuk mencapai visi
dan misi yang dihasratkan.

(b)

Tajuk Artikel

: Leadership and Strategic Management in MARA


Educational Institution

Penulis

:Mariam

Md

Salleh,

Mohammed

Sani

Ibrahim

&

Siti Rahayah Ariffin


Sumber

: Malaysian Journal of Education 34(1)(2009): 219 233

Artikel ini mengkaji tentang gaya kepimpinan dan pengurusan strategik di institusiinstitusi pendidikan MARA iaitu Kolej Profesional MARA/Kolej MARA, Institut Kemahiran
MARA dan Maktab Rendah Sains MARA. Institusi pendidikan MARA mempunyai kekuatan
dari pelbagai aspek, namun komponen kepimpinan merupakan faktor penting dalam membuat
perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan penilaian agar segala kelemahan dapat diatasi,
peluang dapat direbut dan ancaman dapat dielakkan. Sejajar dengan visi, misi dan senario
semasa, kajian kepimpinan dan pengurusan strategik ini mampu melonjakkan pencapaian
institusi pendidikan MARA dan sekali gus mencetuskan perubahan minda dan paradigma dalam
kalangan pemimpin dan warga institusi pendidikan MARA ke arah menjadi institusi pendidikan
MARA yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dapatan kajian ini menghasilkan implikasi
praktikal untuk meningkatkan kualiti pendidikan di institusi pendidikan MARA. Gandingan
sektor pendidikan MARA dengan sektor usahawan MARA adalah perlu agar penumpuan kepada
melahirkan graduan dan tenaga mahir berpengetahuan (k-pekerja) berdaya saing dan
berorientasikan keusahawanan dapat dicapai.
(c)

Tajuk Artikel

: Competency of Malaysian Principals Based on Personal


Qualities, Knowledge Skills and Practices in Managing

School
Penulis

: Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md Yusof, Ramlee Mustapha


& Mohammed Sani Ibrahim

Sumber

: Malaysian Journal of Education 35(2)(2010): 31-41

Artikel ini meninjau tentang kompetensi pengetua Malaysia berdasarkan aspek kualiti
peribadi, pengetahuan, kemahirandan amalan dalam bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum,
hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran pejabat, persekitaran dan kemudahan fizikal, sumber
manusia dan perhubungan luar. Kerangka kajian adalah berdasarkan Standard Kompetensi

Kepengetuaan Sekolah Malaysia dan Standard Kebangsaan Pengetua Wales. Dapatan kajian ini
menyatakan bahawa kebanyakan pengetua memiliki ciri kualiti peribadi tertentu yang
membuatkan mereka diterima sebagai pengurus dan pemimpin di sekolah. Ciri kualiti peribadi
yang ada pada kebanyakan pengetua dan dinyatakan secara tersirat adalah ciri kualiti peribadi
bertanggungjawab, bersikap terbuka, prihatin, penyayang dan mesra. Manakala ciri peribadi
yang jarang disebut atau dinyatakan secara tersirat, tetapi ada pada sekurang-kurangnya seorang
pengetua ialah berwawasan, konsisten/tegas, berupaya menghadapi tekanan/sabar, yakin diri,
inovatif, proaktif, menghargai orang lain, komited terhadap tugas, bekerjasama, rajin, berfikiran
tajam, integriti, empati, bersikap menyokong/membantu, adil, cekap, fleksibel, berinisiatif,
kreatif dan keterampilan sebagai penyelesai masalah.
(d)

Tajuk Artikel

: Educational Excellence and Learner Diversity: Can the


Teacher Achieve Excellence in All Students?

Penulis

: Saheed Ahmad Rufai

Sumber

: Malaysian Journal of Education 35(2)(2010): 71-76

Kajian dalam artikel ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kepelbagaian dimensi
kecemerlangan dalam pendidikan dan mengenal pasti pelbagai strategi yang boleh membantu
pelajar mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran serta menghadapi kepelbagaian dalam
pendidikan. Kepentingan analisis ini adalah untuk memberi penjelasan tentang kebimbangan
guru terhadap pencapaian pelajar-pelajar mereka. Kaedah kritikal dan analitikal yang digunakan
dalam kajian ini adalah bergantung kepada pihak yang berautoriti dalam menjelaskan konsep
kepelbagaian pendidikan dan hubungannya dengan pemarkahan, kebertanggungjawaban dan
kecemerlangan dalam pendidikan. Kecemerlangan sinonim dengan kemajuan, kejayaan,
pencapaian kecemerlangan, kemenangan, perlaksanaan, kesempurnaan dan lain-lain perkataan
yang dianggap sebagai sama dalam menghadapi kepelbagaian pelajar. Kesemua ini adalah
cabaran kepada guru untuk mencapai kejayaan di dalam bilik darjah.

(e)

Tajuk Artikel

: Role of School Principal Leadership in Building of Team


Learning at Secondary School in Soppeng District

Penulis

: Mohd Anuar Abd Rahman & Lokman Mohd Tahir

Sumber

: Malaysian Journal of Education 37(2)(2012): 1-9

Artikel ini menerangkan tentang kajian analisis peranan kepimpinan pengetua dalam
membina pembelajaran berpasukan guru di Sekolah Menengah (SMP) Negeri Marioriwawo
daerah Soppeng. Dapatan dengan menggunakan Model Persamaan Struktural menunjukkan
peranan kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembelajaran
berpasukan guru di sekolah. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa indikator-indikator
peranan kepimpinan pengetua dan pembelajaran berpasukan guru merupakan peramal yang
signifikan. Seterusnya, model peranan kepimpinan pengetua berpengaruh positif dan signifikan
terhadap model pembelajaran berpasukan guru. Hal ini terbukti dengan hipotesis yang
mengatakan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan peranan kepimpinan pengetua terhadap
pembelajaran berpasukan guru di Sekolah Mengengah (SMP) Negeri Marioriwawo daerah
Soppeng diterima. Bagi meningkatkan pembelajaran berpasukan guru di sekolah, peranan
kepimpinan pengetua sangatlah diharapkan. Ini bermakna jika peranan kepimpinan pengetua
sekolah dijalankan dengan baik, maka pembelajaran berpasukan guru juga akan bertambah baik.
(f)

Tajuk Artikel

: Best Leadership Practices for Learning Organization


Schools

Penulis

: Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A.Ghani

Sumber

: Malaysian Journal of Education 37(2)(2012): 35-41

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan senarai amalan kepimpinan terbaik sebagai
panduan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Kutipan data dibuat
menggunakan teknik Delphi. Dari sudut teoretikal, kajian ini meyumbang kepada perkembangan
literatur berkaitan organisasi pembelajaran khususnya dalam bidang pendidikan yang kurang
diberi perhatian. Dari sudut dasar pendidikan, pihak yang terbabit dengan latihan kepimpinan
kepada pengetua dan guru besar sekolah seharusnya peka dengan amalan kepimpinan yang
lebih praktikal. Dicadangkan kepimpinan sekolah dilatih untuk menginstitusikan amalan
kepimpinan organisasi pembelajaran dengan pemantauan pihak berkenaan. Dari sudut amalan

pula, kepimpinan sekolah perlu mengaplikasikan amalan tersebut berdasarkan konteks sekolah
masing-masing. Pembangunan modal insan guru perlu diberi perhatian sewajarnya
memandangkan selama ini kepimpinan sekolah lebih memberi tumpuan kepada pencapaian
pelajar. Pembangunan diri dan profesionalisme guru adalah strategi yang dapat menjamin
peningkatan pencapaian pelajar dan sekolah secara keseluruhannya.
(g)

Tajuk Artikel

: The Role of Principal in the Management of Cocurricular


from Teachers Perspective at National Secondary

Schools in

Zone of Keramat

Penulis

: Norziana Ayob & Mohd Izham Mohd Hamzah

Sumber

: Malaysian Journal of Education 40(2)(2015): 129-138

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perspektif guru penasihat kokurikulum terhadap
peranan pengetua dalam pengurusan kokurikulum di sekolah sekolah menengah kebangsaan di
Zon Keramat, Kuala Lumpur. Peranan pengetua dikaji berdasarkan aspek sebagai perancang,
pengelola, pemimpin dan pengawal kokurikulum. Berdasarkan dapatan kajian, peranan pengetua
dalam pengurusan kokurikulum di sekolah kajian berada pada tahap tinggi. Peranan dalam
keempat-empat aspek pengurusan iaitu aspek perancang, pengelola, pemimpin dan pengawal
berjaya dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Hal ini menunjukkan bahawa guru-guru
penasihat kokurikulum di sekolah-sekolah menengah kebangsaan dalam Zon Keramat telah
bersetuju bahawa pengetua telah memainkan peranan yang bersungguh- sungguh dalam
pengurusan kokurikulum di sekolah mereka. Selain peranan pengetua sebagai pengurus
kokurikulum, faktor-faktor lain juga penting untuk turut membantu kepada pencapaian
cemerlang aktiviti kokurikulum di sekolah.

(h)

Tajuk Artikel

: The Demands and Influence of Leadership on Educational


Changes

Penulis

: Khuan Wai Bing & Khoo Yin Yin

Sumber

: Malaysian Journal of Education 40(1)(2015): 83-88

Artikel ini mengupas kajian-kajian lepas tentang tuntutan dan pengaruh kepemimpinan
terhadap perubahan dalam sistem pendidikan khususnya kepemimpinan teragih. Sistem
pendidikan sedang menghadapi perubahan secara terancang disebabkan oleh tuntutan dan
keadaan semasa. Perubahan ini meliputi peningkatan sistem penyampaian dan produktiviti kerja.
Aspek kepemimpinan adalah faktor yang penting dalam pelaksanaan perubahan. Pemimpin
bertindak sebagai penasihat dan juga fasilitator dalam organisasi. Pemimpin perlu mengamalkan
kepemimpinan yang bersesuaian dengan pelaksanaan perubahan dalam sistem pendidikan.
Kepemimpinan

teragih

diketengahkan

dalam

peningkatan

keberkesanan

organisasi.

Kepemimpinan teragih bersesuaian dengan pelaksanaan perubahan sistem pendidikan.


(i)

Tajuk Artikel

Socialisation Tactics

of

New

Principals

in

Penang:

A Case Study
Penulis

: Jamaliah Abd Hamid, Norashimah Ismail, Foo Say Fooi &


Suhaida Abd Kadir

Sumber

: Malaysian Journal of Education 34(2)(2009): 93 109

Kajian ini mengkaji taktik-taktik sosialisasi yang dijalankan dalam proses sosialisasi
pengetua baru (PB) di sekolah menengah kebangsaan di Pulau Pinang yang telah memegang
peranan pengetua selama lebih kurang tiga tahun. Kesemua pengetua ini baru pertama kali
dilantik atau dinaikkan pangkat menjadi pengetua sewaktu kajian mula dijalankan. Dapatan
kajian menunjukkan PB amat memerlukan sokongan dalam bentuk latihan, bimbingan,
mentoring dan role model dalam pengurusan sekolah, walaupun mereka didapati telah
menunjukkan inisiatif diri seperti membaca, berbincang dengan rakan sejawat, dan bertanya
kepada staf yang lebih arif dalam bidang mereka seperti bidang kewangan sekolah. Kajian ini
juga mendapati taktik organisasi yang dijalankan oleh sekolah dan pihak atasan untuk
mensosialisasikan PB kepada prosedur tugas, dan budaya kerja masih dianggap belum memadai.
Kebanyakan PB yang dikaji tidak diberi kursus persediaan sebelum, yang menjelaskan peranan

mereka sebagai pengetua. Pengetua-pengetua ini banyak bergantung kepada pengalaman mereka
masingmasing memandangkan taktik sosialisasi seperti sesi suai kenal, perjumpaan, mesyuarat
profesional, program mentoring, kursus dan bengkel khusus untuk memantap proses sosialisasi
PB masih lagi kurang dilaksanakan pada awal sosialisasi mereka.

(j)

Tajuk Artikel

: Servant Leadership and Influence on Changes Management


in Schools

Penulis

: Izani Ibrahim & Yahya Don

Sumber

: Malaysian Journal of Education 39(1)(2014): 19-26

Kajian ini bertujuan untuk meninjau perspektif guru-guru tentang pengaruh kepimpinan
servant terhadap pengurusan perubahan di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kepimpinan servant memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keberkesanan
pengurusan perubahan di sekolah. Pemimpin sekolah di Malaysia seharusnya diberi pendedahan
dan latihan yang mencukupi bagi meningkatkan kepimpinan servant mereka dalam usaha
melaksanakan pengurusan perubahan yang lebih berkesan di sekolah. Untuk mencapai agenda
transformasi pendidikan negara, aspek-aspek kepimpinan servant dan pengurusan perubahan
organisasi perlu diberi perhatian sewajarnya.

RUJUKAN
Khair Mohamad Yusuf. 2009. Technology-abled innovations for future educational leaders,
administrations and managers dalam Proceeding 1st Regional Conference on Educational
Leadership and Management, 29-37. Institut Aminuddin Baki: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Shahril Marzuki. 2000. Kepimpinan pengajaran di kalangan pengetua. Jurnal Institut Pengetua
1(1): 7-17.
Metwally, D. 2012. Leadership and managing change: Does gender make a real difference in
Egypt? The Business Review, Cambridge 19(2): 101-114.
Park, J.H. & Jeung, D.W. 2013. School reforms, principal leadership and teacher resistence:
Evidence from Korea. Asia Pacific Journal of Education 33(1): 34-53.
Hall, G.E. & George, A.G. 1988. Development of a Framework and Measure for Assessing
Principal Change Facilitator Style. Paper presented at the Annual Meeting of the
American Educational Research Association. New Orleans, LA, April 5-9.
Smylie, M.A., Lazarus, V. & Brownlee-Conyers, J. 1996. Instructional Outcome of SchoolBased Participative Dicision Making. Journal Educational Evaluation and Policy
Analysis. 18(4): 181-198.
Leithwood, K. 2005. Understanding successful principal leadership: process on a broken front.
Journal of Educational Administration. 43(6): 619-629.
Siti Hawa Hashim. 2000. Managerial activities of a secondary school principal: A case study.
Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Stogdill, R.M. 1974. Hand book of leadership and research. New York: The Free Press: A
Division of Mac Millan Publishing Co. Inc.

Trump, J.L. 1981. The instructional leadership role of the high school principal. American
Secondmy Education 11: 2-4.
Zaiton Md. Noar. 2001. Masalah bidang sekolah yang dihadapi pengetua dan guru besar yang
baru dilantik. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Finn, C.E. 1984. The Excellence Backlash: Sources of Resistance to Education Reform. New
York: The American Spectator. Printing Office.
Gardner. 1961. Excellence: Can We Be Equal and Excellent Too? New York: Harper and
Brothers Publishers.
Goodlad. 1984. A Place Called School: Prospects for the Future. New York: Mc Greenhill Book
Company.
Hadis, B.F. 2005. Gauging the impact of study abroad: how to overcome the limitations of a
single-cell design. Assessment and Evaluation in Higher Education 30(1): 3-9.

Anda mungkin juga menyukai