Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI DAN PERSONALITI PEMIMPIN


KOLEJ VOKASIONAL ZON JOHOR

Siti Faezah Hani Binti M Tamizi


sitifaezahhani@graduate.utm.my

1. PENGENALAN

Kepimpinan dan gaya kepimpinan adalah elemen penting di dalam sesebuah


organisasi. Di dalam konteks pendidikan, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh
pemimpin di institusi pendidikan mampu mempengaruhi kecemerlangan atau
kemunduran sesebuah institusi pendidikan. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025; Gelombang 3 2021 – 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia
berhasrat mewujudkan pemimpin yang terbuka dan menerima cara kerja yang baharu,
melibatkan masyarakat dalam penambahbaikan institusi pendidikan, dan menjalankan
tugas sebagai pembimbing dan jurulatih untuk membina keupayaan kakitangan
institusi pendidikan masing-masing (KPM, 2013).

Menurut Barnett, McCormick dan Corners (2001), kepimpinan transformasi


merupakan antara gaya kepimpinan yang terbaik untuk menjayakan perubahan dan
penstrukturan di sesebuah institusi pendidikan. Kepimpinan transformasi merupakan
titik permulaan terhadap kesedaran yang perlu diwujudkan oleh pemimpin kepada
pengikutnya tentang pemikiran, budaya kerja dan anjakan paradigma terhadap
tanggungjawab dalam mencapai matlamat organisasi dan bukan sekadar mengharap
kepada ganjaran yang akan diberikan sahaja (Malarvily, 2012).

Dalam mentadbir urus sesebuah organisasi, banyak faktor yang mempengaruhi


gaya kepimpinan seseorang pemimpin dan salah satu faktornya adalah personaliti.
Madiono, Mistyca, Liang(2014), menyatakan bahawa antara faktor yang
mempengaruhi gaya kepimpinan seseorang pemimpin adalah sifat keperibadian
pemimpin itu sendiri. Perkara yang perlu diberi perhatian, penekanan dan
pertimbangan di dalam kepimpinan adalah faktor personaliti pemimpin (Woodman,
2013). Menurut Watkins (2008), setiap pemimpin mempunyai perbezaan dari segi
kognitif, emosi, fizikal,moral, minat, tingkah laku, personaliti dan aspek – aspek
mempunyai perkaitan dengan gaya kepimpinan.

Menurut Wan Suriati (2005) seseorang individu dengan individu yang lain
dapat dibezakan melalui sifat keperibadian dan personaliti. Kepelbagaian dan
perbezaan personaliti merupakan satu perkara yang unik kerana setiap individu
mempunyai personaliti yang tidak sama dengan individu yang lain. Keunikan
personaliti ini telah menyebabkan wujudnya kepentingan personaliti dalam kehidupan
manusia Dahlan dan Hudani (2015) menyatakan bahawa terdapat kepentingan untuk
mengetahui dan memahami trait personaliti seseorang individu, hal ini kerana
personaliti boleh mempengaruhi pembelajaran seseorang individu, personaliti juga
mampu memberi impak dalam pemilihan kerjaya seseorang dan personaliti juga
memberi kesan terhadap gaya kepimpinan seseorang individu yang bergelar
pemimpin.

Hudani, Ma’rof dan Hisham (2018) menyatakan bahawa personaliti seseorang


pemimpin data mempengaruhi tingkah laku kepimpinannya kerana personaliti
merupakan antara faktor utama dalam melahirkan pemimpin pendidikan yang
konsisten. Terdapat kepentingan bagi seseorang pemimpin untuk memiliki personaliti
yang menarik dan unik, kerana ianya mampu memberikan keyakinan dan pengaruh
kepada pengikutnya dan dianggap sebagai pemimpin yang berjaya (Bass, 1990).

Jelas disini bahawa personaliti memberi impak dan kesan terhadap gaya
kepimpinan transformasi seseorang pemimpin. Norseha (2018) menyatakan bahawa
pemimpin perlu mempunyai personaliti yang menarik dan gaya kepimpinan yang
sesuai supaya pengikutnya berasa selesa dalam mematuhi arahan dan melaksanakan
tugas dengan lebih efektif. Penting untuk seorang pemimpin mengetahui jenis
personaliti dan gaya kepimpinan transformasi dirinya untuk mentadbir urus sesebuah
organisasi terutamanya organisasi institusi pendidikan agar institusi pendidikan di
Malaysia lebih maju dan kehadapan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025.
2. PENYATAAN MASALAH

Isu berkaitan dengan personaliti pemimpin ini merupakan satu perkara yang
perlu diberi perhatian. Baik atau buruk personaliti seseorang pemimpin dapat
mencerminkan keperibadian pemimpin tersebut (Cacok, 2010). Menurut Göncz
(2017), pemimpin tidak seharusnya mempunyai trait personaliti Neuroticism yang
tinggi, ini kerana, jika seseorang pemimpin mempunyai trait personaliti Neuroticism,
pemimpin tersebut cenderung untuk mempunyai perasaan negatif yang mampu
menyekat hubungan komunikasi di antara pemimpin dan pengikutnya.

Personaliti pemimpin merupakan antara faktor utama yang menetukan kualiti


kepimpinan di institusi pendidikan. Menurut Hudani et.al (2018), personaliti seseorang
pemimpin mampu mempengaruhi gaya dan ciri kepimpinan seseorang pemimpin yang
merupakan elemen penting dalam melahirkan pemimpin yang konsisten dan
berkualiti. Tetapi permasalahan yang timbul adalah apabila pemimpin tidak
mengambil berat dan tidak mengambil tahu tentang personaliti diri mereka sendiri.
Kajian yang dilakukan oleh Lounsbury, Sundstrom, Gibson, Loveland dan Drost
(2016) mendapati masih kurang pengetahuan pemimpin berkaitan trait personaliti
semasa menjalankan tugas.

3. TUJUAN KAJIAN

Berdasarkan isu ini maka wujud beberapa persoalan yang begitu penting untuk
dikaji. Pada akhir kajian, pengkaji ingin menentukan dimensi gaya kepimpinan
transformasi dan juga jenis personaliti yang dimiliki oleh pemimpin. Selain itu, kajian
ini juga ingin mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dan jenis
personaliti pemimpin Kolej Vokasional di Zon Johor.

4. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis personaliti dan gaya
kepimpinan transformasi pemimpin di Kolej Vokasional Zon Johor. Secara khususnya,
objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti jenis gaya kepimpinan transformasi pemimpin Kolej
Vokasional Zon Johor.

ii. Mengenal pasti jenis personaliti pemimpin Kolej Vokasional Zon Johor.

iii. Menganalisis hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan personaliti


pemimpin Kolej Vokasional Zon Johor.

5. PERSOALAN KAJIAN

Merujuk kepada pernyataan masalah dan objektif kajian, kajian ini cuba
merungkai persoalan seperti yang berikut:

i. Apakah jenis gaya kepimpinan transformasi pemimpin Kolej Vokasional Zon


Johor ?

ii. Apakah jenis personaliti pemimpin Kolej Vokasional Zon Johor ?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan


transformasi dengan personaliti pemimpin Kolej Vokasional Zon Johor ?

6. KEPENTINGAN KAJIAN KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan rujukan bagi membantu pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya Bahagian Pendidikan dan Latihan
Teknik dan Vokasional (BPLTV) dalam memilih individu yang layak menjadi
pemimpin seperti pengarah, timbalan – timbalan pengarah, ketua jaminan kualiti dan
ketua – ketua jabatan di Kolej Vokasional di masa akan datang. Bakal-bakal pemimpin
terutamanya pengarah di Kolej Vokasional juga perlu mengikuti kursus Program
Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL) selama 15 minggu, oleh
yang demikian, hasil dapatan kajian diharap dapat membantu pihak Institut
Aminuddin Baki (IAB) merancang silibus dan modul yang bersesuaian terhadap
bakal-bakal pengarah di Kolej Vokasional.
7. METODOLOGI KAJIAN

7.1 KAEDAH PENGUTIPAN DATA

Pengkaji membuat kutipan data menggunakan borang soal selidik yang akan
diedarkan kepada 12 buah Kolej Vokasional Zon Johor. Soal selidik ini dirancang
untuk diedarkan pada bulan April 2023 sehingga Julai 2023. Pengkaji akan membuat
temu janji untuk hadir ke Kolej yang dipilih dengan menghubungi Pengarah yang
terlibat. Apabila tarikh dan waktu telah diperoleh, pengkaji akan membuat kunjungan
ke Kolej tersebut dan menemui Pengarah untuk memaklumkan hasrat untuk
menjalankan kajian di Kolej mereka. Pengkaji akan mengemukakan surat kebenaran
yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan Pendidikan (ERPD)
sebagai bukti sokongan.

Setelah persetujuan dari Pengarah diperoleh, barulah edaran borang soal selidik
dilakukan oleh pengkaji. Borang soal selidik diedarkan berserta taklimat ringkas
tentang tujuan, prosedur dan kepentingan kajian agar responden jelas tentang
maklumat yang perlu diberikan. Responden diberikan masa selama tiga hari untuk
melengkapkan soal selidik tersebut.

7.2 SAMPEL / RESPONDEN KAJIAN

Populasi kajian ini ialah pemimpin di Kolej Vokasional Zon Johor, ianya
melibatkan Pengarah, Timbalan pengarah Akademik (TPA), Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik (TPSA), Ketua Jaminan Kualiti (KJK) dan Ketua – ketua Jabatan
(KJ) di 12 buah Kolej Vokasional seluruh Johor. Jumlah keseluruhan populasi adalah
104 dan jumlah responden melibatkan kesemua 100 orang pemimpin di Kolej
Vokasional Zon Johor. Kajian ini menggunakan kaedah bancian census melibatkan
keseluruhan populasi.
Kajian ini mengedarkan borang soal selidik kepada 104 orang responden yang
merupakan pemimpin di Kolej Vokasional Zon Johor. Jadual 1.1 menunjukkan dengan
lebih jelas tentang responden yang terlibat dalam kajian ini.

Jadual 1.1 Senarai responden kajian

Bil Jawatan Jumlah


1 Pengarah 12
2 Timbalan Pengarah Akademik (TPA) 12
3 Timbalan Pengarah Sokongan Akademik 12
(TPSA)
4 Ketua Jaminan Kualiti 12
5 Ketua Jabatan Pentaksiran dan Penilaian 12
6 Ketua Jabatan Pendidikan Umum 12
7 Ketua Jabatan Mekanikal dan Pembuatan 8
8 Ketua Jabatan Elektrik dan Elektronik 6
9 Ketua Jabatan Teknologi Awam 6
10 Ketua Jabatan Seni Reka 3
11 Ketua Jabatan Hospitaliti 3
12 Ketua Jabatan Perniagaan 2
13 Ketua Jabatan Teknologi Maklumat 2
14 Ketua Jabatan Perkhidmatan Masyarakat 1
15 Ketua Jabatan Pertanian 1
Jumlah Keseluruhan Responden 104

7.3 LOKASI KAJIAN

Kajian ini berfokus di Kolej Vokasional Zon Johor. Terdapat 12 buah Kolej
Vokasional di Zon Johor dan setiap Kolej Vokasional menawarkan program yang
berbeza dan pelbagai. Antara justifikasi pemilihan Kolej Vokasional Zon Johor dipilih
untuk menjadi lokasi kajian adalah kerana Zon Johor mempunyai Kolej Vokasional
paling banyak di Malaysia berbanding dengan zon – zon lain (KPM, 2022). Kedua
seiring dengan pemerkasaan bidang Latihan dan Teknik Vokasional (TVET),
kreadibiliti pemimpin memainkan peranan dalam membentuk hala tuju Kolej
Vokasional, oleh itu kajian ini memilih Kolej Vokaisonal sebagai lokasi kajian
terutamanya Kolej Vokasional Zon Johor. Jadual 1.2 menunjukkan senarai Kolej
Vokasional di Zon Johor.

Jadual 1.2 Senarai Kolej Vokasional Zon Johor


Daerah Kolej Vokasional
Kolej Vokasional ERT Azizah
Johor Bahru Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru
Kolej Vokasional Tanjung Puteri

Pasir Gudang Kolej Vokasional Pasir Gudang

Kota Tinggi Kolej Vokasional Kota Tinggi

Pontian Kolej Vokasional Tanjung Piai

Kluang Kolej Vokasional Kluang

Kolej Vokasional Batu Pahat


Batu Pahat
Kolej Vokasional Tun Hussein Onn

Kolej Vokasional Muar


Muar
Kolej Vokasional Pagoh

Segamat Kolej Vokasional Segamat

7.4 INSTRUMEN KAJIAN

Soal selidik bagi kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A
untuk maklumat demografi (7 item), bahagian B untuk menilai dimensi kepimpinan
transformasi (40 item) dan bahagian C untuk menilai personaliti (44 item). Jumlah
item secara keseluruhannya ialah 91. Setiap responden perlu memilih jawapan yang
difikirkan paling tepat dan bersesuaian dengan penilaian mereka. Bahagian A terdiri
daripada maklumat demografi seperti jantina, bangsa, umur, tempoh perkhidmatan,
gred perkhidmatan, kelayakan akademik dan jawatan yang disandang. Bahagian ini
memberi gambaran kepada penyelidik tentang latar belakang responden.

Item soal selidik pada bahagian B adalah berkaitan kepimpinan transformasi.


Skala Likert Lima Mata berbentuk ordinal digunakan sebagai pengukuran bagi soal
selidik pada bahagian B, yang meletakkan pentakrifan 1 sebagai “sangat tidak setuju”,
2 sebagai “tidak setuju”, 3 sebagai “tidak pasti”, 4 sebagai “setuju” dan 5 sebagai
“sangat setuju”. Item soal selidik pada bahagian B ini dibina oleh Bass dan Avolio
(1995), dan telah diubahsuai dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh
Nursuhaila (2007) berfokuskan kepada empat dimensi iaitu motivasi inspirasi
(Inspirational Motivation, IM), pengaruh ideal (Idealized Influence, II), pertimbangan
individu (Individualized Consideration, IC) dan rangsangan intelek (Intellectual
Stimulation, IS).Jumlah item dalam bahagian B ini ialah sebanyak 40.

Bahagian C pula mengandungi item tentang penilaian personaliti. Kajian ini


menggunakan Big Five Inventory (BFI) yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa
Malaysia oleh Janet (2006) dan telah diubahsuai supaya menjadi ayat penyataan.
Jadual 3.5 menunjukkan pecahan item Big Five Inventory (BFI) mengikut dimensi
iaitu Keterbukaan (Openness), Kehematan (Conscientiouness), Ekstraversi
(Ekstravesion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neuroticism. Instrumen ini
menggunakan Skala Likert Lima Mata berbentuk ordinal digunakan sebagai
pengukuran bagi soal selidik pada bahagian B, yang meletakkan pentakrifan 1 sebagai
“sangat tidak setuju”, 2 sebagai “tidak setuju”, 3 sebagai “tidak pasti”, 4 sebagai
“setuju” dan 5 sebagai “sangat setuju”. Jumlah item dalam bahagian C ini adalah
sebanyak 44.

8. PENUTUP

Kertas cadangan penyelidikan ini telah memperincikan tentang pengenalan,


penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian
kepada KPM dan metodologi kajian. Pengkaji telah memberikan gambaran tentang
latar belakang kajian dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan, seterusnya
menjawab persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan. Hal ini akan membantu
pengkaji untuk menjalankan kajian dengan lancar dan dapat menghasilkan kajian yang
berkualiti.

RUJUKAN

KPM. (2013). MALAYSIA EDUCATION BLUEPRINT 2013-2025. www.moe.gov.my

Barnett, K., McCormick, J., & Conners, R. (2001). Transformational leadership in schools: Panacea,
placebo or problem? Journal of Educational Administration, 39(1), 24–46.
https://doi.org/10.1108/09578230110366892

Malarvily A/P Marimuthu. (2012). Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Dalam


Kalangan Guru Besar Di Sekolah J Enis Kebangsaan Tamil, Daerah Segamat
Malarvily A/P .Marimuthu Universiti Teknologi Malaysia.

Eddy Madiono Sutanto, Dewi Mistyca, & Miliangan Liang. (2014). HUBUNGAN ANTARA
GENDER DAN KEPRIBADIAN DENGAN GAYA KEPEMIMPINAN DI PT
MULTI CITRA ABADI MANADO. In Journal of Business and Banking (Vol. 4, Issue
2).

Wan Suriati, W. I. (2005). Pengaruh personaliti dan sikap terhadap produktiviti kerja : kajian
dikalangan pensyarah muslim Universiti Malaya.

Nurul Hudani, M. N., Ma’rof, R., & Noor Hisham, M. N. (2018). Hubungan Antara Trait
Personaliti Kehematan, Keterbukaan, Ekstraversidan Kesetujuan Dengan Kecerdasan
Emosi Dalam Kalangan Pemimpin Pendidik Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
www.sainshumanika.utm.my

Bass, B. M. (1990). From Transactional to Transformational Leadership: Learning to Share


the Vision.

Norseha, M. (2018). HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN GAYA KEPIMPINAN


DI MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH. Universiti Teknologi Malaysia.
Cacok @ Muhathir Muhamad Nor. (2010). Jenis personaliti dan gaya kepimpinan
transformasi jurulatih : satu kajian di Pusat Latihan Polis Marin (PULAMAR) di Tampoi,
Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

Göncz, L. (2017). Teacher personality: a review of psychological research and guidelines for
a more comprehensive theory in educational psychology. In Open Review of
Educational Research (Vol. 4, Issue 1, pp. 75–95). Taylor and Francis Ltd.
https://doi.org/10.1080/23265507.2017.1339572

Lounsbury, J. W., Sundstrom, E. D., Gibson, L. W., Loveland, J. M., & Drost, A. W. (2016).
Core personality traits of managers. Journal of Managerial Psychology, 31(2), 434–
450. https://doi.org/10.1108/JMP-03-2014-0092

Nursuhaila, G. (2007). TAHAP AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL


DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH BANDAR
TANGKAK. Universiti Teknologi Malaysia.
Janet Ho Siew Ching (2006). The Validity of the Big Five Inventory and Gender Differences
in Students, Personality Profile, UTM : Tesis Sarjana

Anda mungkin juga menyukai