Anda di halaman 1dari 1

BENGKEL BIMBINGAN PEMANTAPAN PBD

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

30 OGOS 2021 (2.30-5.00 petang)

JU PJPK NEGERI KEDAH – EN ABU BAKAR BIN ABDULLAH (SK Bandar Baru Sintok)

1. Perlu ada rekod PJ, rekod transit : Dijadikan sebagai justifikasi mengapa kita beri TP 1-6. Sebab
bulan Jan - Mac sahaja kita bersemuka, jika lepas waktu itu murid tak pernah masuk, gunakan
justifikasi yg sesuai.

2. Jika murid tidak hadir ambil modul, walaupun dah maklumkan dalam whatapps, dah mesej
dalam group kelas tidak balas, caranya ialah maklumkan kpd pkhem/gb untuk diambil tindakan
kepada murid tersebut. Penting sebab perlu tahu untuk beri Justifikasi dan TP nanti.

3. Bagi subjek pj murid yg tidak masuk langsung, kita tidak boleh menghukum murid dengan tidak
memberi TP langsung, kita kena faham, mungkin murid tidak dapat acces langsung dengan
internet, penyelesaiannya..pohon murid/waris ambil modul dan siapkan, kemudian hantar
semula. Kenalpasti apa masalah murid yang tidak dpt masuk kelas pdpr langsung.

PJ bagi Aspek kemahiran:

1. Pemberian TP adalah berdasarkan habisnya sesuatu kemahiran, contoh kemahiran gimnastik,


selesai pdpr gimnastik keseluruhannya, barulah tentukan TP yg sesuai utk murid tersebut..Jadi
penyediaan rekod transit perlu sebelum pemberian TP keseluruhannya di aspek Kemahiran.

Cara Isi Borang Transit

1) Boleh tulis menguasai atau belum menguasai. 1 = menguasai , 0 = belum menguasai. Kepada
yang belum menguasai beri masa untuk menguasai. Kemudian setelah selesai, barulah letak TP
dalam borang PBD.
2) Bagi subjek PJ, Penggunaan Liveworksheet/google form kurang sesuai.. latihan bertulis lebih
kepada pengetahuan. PJ sebenarnya lebih kepada pelakuan (melakukan) barulah menepati
aspek PJ yg sebenar. Untuk pemberian TP, kalau tidak penuhi kualiti tiada masalah, yang penting
murid melakukankan kemahiran/kecergasan tersebut. Murid perlu tunjuk/buat aktiviti dan
hantar video. Biar lambat terima pun takpa, asalkan hantar.
3) Perlu ada borang transit (agar menjadi bukti) dan sebagai JUSTIFIKASI pemberian TP kepada
murid.
4) Semua eviden(gambar/video) murid perlu disimpan sebagai bukti kerja. Tetapi janganlah terlalu
rigid kesemuanya. Sekadar ada.
5) Contoh borang transit boleh diperoleh dari internet. Olah ikut kesesuaian pdp guru.

Tambahan:

JU memaklumkan dalam proses (hampir siap) menghasilkan sebuah modul pembelajaran kendiri untuk
PJPK supaya memudahkan kerja guru menyemak kerja murid nanti. Harga dan jenis buku seperti buku
tulis biasa dan akan dimaklumkan kemudian. KP PJPK akan dimasukkan ke dlm group whatapps PJPK KBB
nanti untuk mendapatkan bahan-bahan pengajaran yang sesuai.

Disediakan oleh;
EN. AZIZUL RAHIM BIN ISMAIL
Ketua Panitia PJPK,
SK Labu Besar.

Anda mungkin juga menyukai