Anda di halaman 1dari 9

PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

SK LABU BESAR
09010 KULIM, KEDAH

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR


09010, KULIM KEDAH.

PROJEK INTERVENSI
OBESITI MURID 2019

ANJURAN :
PANITIA PJPK, PANITIA SKLB,
UNIT KAUNSELING DAN PIHAK LUAR

1.0 PENGENALAN
PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

Masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan pada semua peringkat
umur. Hasil Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006 menunjukkan 29.1% lebih berat
badan dan 14.0% obesiti di kalangan orang dewasa. Ianya berlaku disebabkan oleh amalan gaya hidup
tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat secara amnya termasuklah amalan pemakanan yang tidak
sihat dan kurang aktiviti fizikal. Obesiti berkait rapat dengan masalah kesihatan yang lain terutamanya
penyakit darah tinggi, kencing manis, hiperlipidaemia yang merupakan antara faktor risiko untuk
mendapat penyakit kardiovaskular terutamanya penyakit jantung iskemik dan stroke.
Projek Intervensi Obesiti Murid SKLB merupakan salah satu projek terbesar Panitia PJPK yang julung-
julung kali diadakan. Projek ini diwujudkan selaras dengan kehendak kementerian yang mengkehendaki rakyat
Malaysia mengurangkan kadar obesiti di terutamanya di kalangan murid sekolah. Hal ini, boleh  menjamin
insan dan masyarakat hidup lebih sihat dan sejahtera. Amalan gaya hidup sihat ini menjurus kepada
kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang  konsisten, mengelakkan stress dan  konflik 
serta  menjauhi penyalahgunaan dadah.
Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar
maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara
hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.
  
2.0    TUJUAN PROGRAM
Projek Intervensi Obesiti Murid SKLB  dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu
Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan
Gaya Hidup Sihat. Di samping itu, ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai
aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar. Tambahan lagi, Memastikan pelajar
sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani
sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata  bercahaya lahir dari minda yang cerdas
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan
sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan
penjagaan  kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat
penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah. Program
dijalankan secara berstruktur dalam tempoh masa yang ditetapkan. Peserta akan dibantu untuk
mencapai berat badan unggul berpandukan modul yang ditetapkan.
Insentif akan diberi kepada peserta yang berjaya.
3.0 OBJEKTIF
PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

1. Umum :
a) Untuk mempromosikan gaya hidup sihat terutamanya pemakanan sihat dan aktiviti fizikal dalam
kalangan murid sekolah SK Labu Besar.
b) Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di
kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri
dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti  merokok dan peyalahgunaan dadah.
c) Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada
para pelajar dan komuniti setempat.
d) Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka
berada.
e) Untuk meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi
meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan
kakitangan sekolah terhadap kesihatan.

2. Khusus :
a) Untuk mengetahui prevalen berlebihan berat badan dan obesiti dalam kalangan murid SK Labu
Besar.
b) Untuk membantu peserta mengurangkan indeks jisim tubuh (BMI) yang tinggi selepas tempoh 9
bulan menjalani intervensi obesiti.
c) Untuk membantu peserta mengurangkan faktor risiko kardiovaskular seperti hipertensi,
diabetes mellitus dan dislipidaemia selepas tempoh setahun menjalani intevensi obesiti.
d) Untuk memperkasakan guru-guru sekolah mengenai amalan cara hidup sihat untuk membantu
peserta menurunkan indeks jisim tubuh dan mengurangkan faktor risiko kardiovaskular.
e) Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan  sihat dan ceria ketika di sekolah,
f) Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti
penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

4.0    RASIONAL PROGRAM


PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

Projek Intervensi Obesiti Murid SKLB ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga
sekolah khususnya para pelajar demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab di kalangan para
pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui
program ceramah, kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat memupuk
perasaan cintakan kesihatan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


1. Murid yang mempunyai BMI OBESITI
2. Murid yang mempunyai BMI Berat Badan Berlebihan

6.0 TEMPOH MASA


1. Bermula bulan MAC – NOVEMBER ( 9 Bulan )

7.0 JAWATANKUASA KERJA DAN SENARAI PROGRAM / AKTIVITI


Rujuk LAMPIRAN 1

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Rujuk LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 1
PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

JAWATANKUASA KERJA

PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB 2019

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Fauziah Bt. Yusof (Guru Besar SKLB)

Timbalan Pengerusi : En. Yamin B. Nawi (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi I : En. Zamzuri B. Md Daud (GPK HEM)

Naib Pengerusi II : Pn. Salina Bt. Mat Jaya (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : En. Azizul Rahim B. Ismail (Ketua Panitia PJPK)

Setiausaha : Pn. Suria Bt. Ismail (S/U Panitia PJPK)

Bendahari : Pn. Zuraini Bt. Hassan

JAWATANKUASA PELAKSANA

JK HADIAH

1. Cik Faizmastura bt
2. Pn. Zuraini bt Hassan
3. Pn. Suria bt Ismail
4. Pn. Masita bt Ismail

JK PERALATAN / KELENGKAPAN

1. En. Shamsul Azrul b. Saari


2. En. Mohamad Niza b. Abdullah
3. En. Mohd Noor Safwan b. Mohd Noor
4. En. Faizal b. Hashim

SENARAI PROJEK
PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

INTERVENSI OBESITI MURID SKLB 2019

APRIL – NOVEMBER 2019

BIL PROGRAM / AKTIVITI BULAN KERJASAMA TINDAKAN


1. PERTANDINGAN MELUKIS PJPK / PN. MASITA
POSTER “GAYA HIDUP SIHAT” APRIL P.KESENIAN ISMAIL / KP
KESENIAN
2. PERTANDINGAN MEWARNA PJPK / PN. ZURAINI
“MAKANAN SIHAT” OKTOBER P.KESENIAN HASSAN / KP
KESENIAN
EN. AZIZUL RAHIM B
3. CERAMAH GAYA HIDUP SIHAT OGOS PJPK / KAUNSELING / ISMAIL / UST
“PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP KELAB DOKTOR SOLEHUDDIN ABD
SIHAT” MUDA / PEJABAT RANI / PENYELARAS
KESIHATAN KDM
4. KUIZ KESIHATAN MEI PJPK / CIK FAIZAMASTURA
UNIT KOKO BT HAMZAH
5. PERTANDINGAN MENULIS ESEI MEI PJPK / EN. AZIZUL /
“GAYA HIDUP SIHAT” P.BAHASA MELAYU TN.HJ.MARZUKI B
ABU BAKAR
6. TEKA SILANG KATA KESIHATAN JUN PJPK EN. MUHD. NIZA
ABDULLAH
7. ZERO OBES – 5 MINIT Seminggu PJPK EN. SHAMSUL
2 kali AZRUL SAARI
8. MINI GYM - PJPK / EN. M.N.SAFWAN
UNIT KOKO MOHD NOOR
9. SENAMROBIK BULANAN setiap PN. SURIA ISMAIL
bulan- PJPK PN. NORZAIHAYU BT
minggu ke 2 ZAINODDIN
10. SUDUT SIHAT & CERGAS - PJPK EN. FAIZAL B
HASHIM

LAMPIRAN 2
PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

ANGGARAN BELANJAWAN
PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

SEUNIT RM JUMLAH
BIL. PENDAPATAN KUANTITI (RM) BESAR SUMBER
(RM)
1. Panitia PJPK 300.00 Duit Panitia
2. Bantuan Sekolah 160.00
3. PIBG 200.00
4.
JUMLAH 660
JUMLAH JUMLAH
BIL. PERBELANJAAN KUANTITI SEUNIT KECIL BESAR
(RM) (RM) (RM)

1. Hadiah Melukis Poster T2


- Lelaki 9 3.00 27.00
- Perempuan 9 3.00 27.00 54.00

2. Hadiah Mewarna T1
- Lelaki 9 3.00 27.00
- Perempuan 9 3.00 27.00 54.00

3. Hadiah Teka Silang Kata T2


- Lelaki 3 3.00 9.00
- Perempuan 3 3.00 9.00 18.00

4. Kuiz Kesihatan
- Tahap 1 6 3.00 18.00
- Tahap 2 6 3.00 18.00 36.00

5. Hadiah Turun Berat Badan


Bulanan
- Lelaki 3 x 7 bulan 5.00 105.00
- Perempuan 3 x 7 bulan 5.00 105.00 210.00

6. Hadiah Pertandingan
Menulis Esei
Tahap 2
- Lelaki 3 3.00 9.00
- Perempuan 3 3.00 9.00 18.00

7. Cenderahati Pegawai 1 10.00 10.00


Kesihatan

8. Kelengkapan MINI GYM &


PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

Sudut Sihat & Cergas


- Banting 4 20.00
- Banner 1 40.00
- Alatan hiasan 1 set 50.00
- Alatan mini gym 150.00 260.00
JUMLAH 660.00
PROJEK INTERVENSI OBESITI MURID SKLB

Disediakan oleh;

……………………………………..
(PN. SURIA BINTI ISMAIL)
Setiausaha,
Panitia PJPK,
SK Labu Besar.

Disemak oleh;

……………………………………..
(EN. AZIZUL RAHIM BIN ISMAIL)
Ketua Panitia,
Panitia PJPK,
SK Labu Besar.

Diluluskan oleh;

……………………………………..
(PN. FAUZIAH BINTI YUSOF)
Guru Besar,
SK Labu Besar.

Anda mungkin juga menyukai