Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

JALAN BEHOR PULAI,


01000, KANGAR,
PERLIS

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI


DAN KESIHATAN

“KERTAS KERJA SUKANEKA”

KURSUS :
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENDIDIKAN JASMANI
AMBILAN JANUARI 2009

DISEDIAKAN OLEH:

NUR FAIRUS IZYANA BT AZMI


NUR FAZLIEN AL AIN BT MAT HASAN
MOHD FIRDAUS BIN HJ MOHD BAKARI
WAN MOHD RABANI BIN WAN SAZALI
MOHD KAMIL BIN AB MALIK
1.0 TAJUK

Sukaneka.
Permainan :
1) isi air dalam botol
2) bawa bola menggunakan gelung rotan
3) cari gula-gula dalam tepung
4) lari dalam guni
5) tiup belon sampai pecah

2.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh


kebiasaannya kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa
lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan
Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek
adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi
sumbangan yang baik terhadap perkembangan para peserta. Menerusi permainan
sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini.
Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah
beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga
dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam
pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

3.0 MATLAMAT

2
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu,
sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak
tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan
produktif.

4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.

3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.

4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing


masing.

5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui


aktiviti-aktiviti sukaneka yang dijalankan.
6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam
penghasilan kertas kerja.
8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi,
memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan
dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang dijalankan.

5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 12 Februari 2011


Masa : 10.00 – 11.00 pagi

3
6.0 TEMPAT

Gimnasium, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

7.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tahap Satu ( TAHUN 3 )

8.0 BILANGAN PESERTA

20 orang peserta ( 10 orang lelaki, 10 orang perempuan )

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Mohd Kamil Bin Ab Malik


Naib pengerusi : Wan Mohd Rabani Bin Wan Sazali
Setiausaha : Nur Fairus Izyana Bt Azmi
Naib setiausaha : Nur Fazlien AL Ain Bt Mat Hasan
Bendahari : Mohd Firdaus Bin Hj Mohd Bakari

10.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

10.1 Pembahagian kumpulan

Kumpulan A : 5 orang
Kumpulan B : 5 orang
Kumpulan C : 5 orang
Kumpulan D : 5 orang
*(Rujuk Lampiran 1)

10.2Senarai Alatan

4
Alatan Kuantiti
Air 4 baldi
Baldi 4
Botol 4
Bola 20
Gelung rotan 4
skitel 8
Pinggan 8
Gula-gula 40
Tepung 1
Guni 4
Belon 20

10.3Prosedur Pelaksanaan Permainan

BIL. ACARA PROSEDUR

1. ”Isi air dalam botol ” Prosedur

Alatan : Peserta bagi setiap kumpulan akan


– air bergilir-gilir untuk mengisi air di dalam
– baldi botol. Air yang terdapat di dalam baldi
– botol hendaklah diambil menggunakan
tangan dan diisi di dalam botol yang
disediakan. Kumpulan yang berjaya
mengisi air dengan penuh terlebih
dahulu dikira sebagai pemenang.

2. “Bawa bola menggunakan Prosedur


gelung rotan”
Peserta akan membawa bola dengan
Alatan : cara menarik bola menggunakan
– bola gelung rotan menuju ke arah skitel
– gelung rotan yang disediakan iaitu sejauh 5 meter.
– Skitel Peserta perlu mengelilingi skitel dan
bergerak semula ke tempat
permulaan. Permainan akan
diteruskan oleh peserta yang lain di
dalam kumpulan tersebut. Kumpulan
yang tamat melakukan permainan
terlebih dahulu akan dikira sebagai
pemenang.

3. ” Cari gula-gula dalam Prosedur


tepung”
Peserta perlu meniup tepung hingga
Alatan : menjumpai gula-gula yang terdapat di
5
– pinggan dalam pinggan berisi tepung. Peserta
– gula-gula perlu mengambil gula-gula tersebut
– tepung dengan menggunakan mulut dan
memasukkan gula-gula tersebut di
dalam pinggan berasingan yang
disediakan. Peserta perlu melakukan
permainan ini secara bergilir-gilir
dengan ahli kumpulan masing-
masing. Gula-gula yang terdapat di
dalam pinggan berisi tepung itu
adalah sebanyak 10biji. Kumpulan
yang berjaya mencari kesemua gula-
gula dan memindahkan ke dalam
pinggan berasingan terlebih dahulu
akan dikira sebagai pemenang.

4. ”Lari dalam guni” Prosedur

Alatan : Peserta perlu berlari dalam guni


sejauh 5 meter dan mengelilingi skitel
– guni yang disediakan serta bergerak
semula ke tempat permulaan.
Permainan diteruskan oleh peserta
yang lain di dalam kumpulan tersebut.
Setiap ahli dalam setiap kumpulan
perlu melakukan permainan ini.
Kumpulan yang berjaya menamatkan
permainan dalam masa yang
terpantas akan dikira sebagai
pemenang.

5. ”Tiup belon sampai pecah” Prosedur

Alatan : Peserta perlu meniup belon sehingga


– belon pecah. Setiap peserta di dalam setiap
kumpulan perlu meniup sebiji belon
hingga pecah. Peserta akan bergilir-
gilir melakukan permainan hingga
tamat. Kumpulan yang berjaya
menamatkan permainan dalam masa
yang paling pantas akan dikira
sebagai pemenang.
*(Rujuk lampiran 2)

10.2Pelan Kedudukan Perlaksanaan Permainan Sukaneka

Permainan 1 : Isi air dalam botol

6
MULA

X X X
TAMAT X
X X X X
X X X X peserta
X X X X
X X X X

Arah larian

botol

baldi berisi air

TAMAT

Permainan 2 : Bawa Bola Menggunakan Gelung Rotan

MULA/TAMAT

X X X X
X X X X
X X X X peserta
X X X X

X X X X

7
Gelung rotan dan bola

5meter

skitel

8
3) Permainan 3 : Cari Gula-gula Dalam Tepung

MULA
XX XX XX XX
peserta
PINGGAN KOSONG

arah larian

PINGGAN BERISI GULA-GULA

TAMAT

9
Permainan 4 : Lari Dalam Guni

XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX XXXXX


GUNI PESERTA

SKITEL

Permainan 5 : Tiup Belon Sampai Pecah


10
X X X X
X X X X
X X X X
X X X X
X X X X Peserta

belon

10.3Langkah-Langkah Perlaksanaan Permainan Sukaneka.

11
10.3.1 Sebelum memulakan permainan, pastikan segala peralatan dan kawasan
permainan telah siap sedia untuk digunakan.
10.3.2 Kumpulkan para peserta yang terlibat dengan sukaneka ini.
10.3.3 Bahagikan para peserta kepada empat kumpulan iaitu pasukan A, pasukan B,
pasukan C dan pasukan D.
10.3.4 Terangkan cara melaksanakan setiap aktiviti dalam sukaneka ini.
10.3.5 Berikan penerangan kepada semua pasukan mengenai peraturan dan syarat-
syarat permainan yang dijalankan.
10.3.6 Ingatkan peserta tentang langkah-langkah keselamatan dan kaedah yang
sepatutnya digunakan dalam setiap aktiviti dalam sukaneka ini.

10.4Peraturan Am Permainan

10.4.1 Bilangan pemain adalah seramai 5 orang bagi setiap pasukan.


10.4.2 Syarat-syarat bagi setiap permainan adalah seperti yang tertakluk dalam
prosedur pelaksanaan permainan yang disediakan oleh penganjur.
10.4.3 Sekiranya didapati terdapat penyelewengan dalam permainan, kumpulan
tersebut akan disingkirkan dari permainan.
10.4.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

10.5 Anggaran Perbelanjaan

12
Perkara Harga / Unit (RM) Jumlah (RM)

Makanan RM 3.00 x 30 orang


1 RM 3.00
– Makan Pagi = RM 90.00

Tempat pertama - RM 70
2 Hadiah Tempat kedua - RM 50 RM 150.00
Tempat ketiga - RM 30

JUMLAH RM 240.00

10.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang
baru kepada para peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat
melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini
dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat
membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia
juga dapat membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting,
melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar mengenai pengurusan,
pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini
sedikit sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab kami apabila bergelar guru
kelak. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan
kepada para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping
meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-
masing.

Lampiran 1

KUMPULAN A
13
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.

KUMPULAN B
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.

KUMPULAN C
BIL NAMA PESERTA
1.
2.
3.
4.
5.

KUMPULAN D

BIL NAMA PESERTA


1.
2.
3.
4.
5.

14
Lampiran 2

BORANG PEMARKAHAN

NAMA KUMPULAN : ……………………………………………..

NAMA PESERTA MASA MARKAH

15
Tarikh : ………………. …………………… ……………………..
(Pencatat) (Pengadil)

16
KEPUTUSAN RASMI

TEMPAT KUMPULAN MASA MARKAH


KESELURUHAN

17