Anda di halaman 1dari 11

Minit Curai Mesyuarat HEM Kali Pertama 2019

Tarikh : 26 Disember 2018


Hari : Rabu
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKJ II

Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat 3/2018
3. Perkara berbangkit.
4. Pelantikan Jawatankuasa Induk HEM 2019
5. Isu dan Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah.

5.1. Amalan Guru Penyayang


5.2 Disiplin
5.3 Kehadiran Murid
5.4 Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan ( 3K )
5.5 Kantin
5.6 Takaful Pelajar
5.7 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM )
5.8 Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )
5.9 Program Pencegahan Dadah ( PPDa )
5.10 Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )
5.11 Sarana IbuBapa
6. Hal-Hal lain.
i. Gunting Rambut Murid.
ii. Pengisian Harian Data kehadiran murid dalam APDM
iii. Pendokumentasian Program/Aktiviti HEM
iv. Murid Ponteng Tegar.
7. Ucapan Penangguhan.
Agenda 1 Aluan Pengerusi

1.1. Terima kasih kepada J/Kuasa 2018 atas komitmen yang baik sepanjang 2018.
1.2. Semua guru diharap dapat beri kerjasama penuh dalam semua urusan HEM
khususnya dan Pengurusan Sekolah amnya
1.3 Harapan semoga 2019 menjadi tapak untuk mengatasi isu-isu yang timbul sepanjang
2018 seperti masalah kehadiran murid dan sahsiah murid yang kurang
membanggakan.
1.4. Mesyuarat ini diharap dapat meningkatkan Kualiti Pengurusan HEM dan berharap apa
yang dibincangkan akan menjadi garis panduan kepada semua urusan pengurusan
HEM di sekolah ini.

Agenda 2 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat

Agenda 3 Perkara berbangkit

Agenda 4 Berita Pihak Atasan.

4.1 SPI Bil 2/2018 : Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi
ke Sekolah-Sekolah KPM

4.1.1 Dibenarkan selaras dengan pelaksanaan Virtual Learning Environment ( VLE )


sebagai platform pembelajaran interaktif yang memerlukan guru dan murid
menggunakan peranti dalam proses PdP di sekolah.
4.1.2 Bertujuan memastikan pembelajaran murid lebih berkesan berasaskan e-
Pembelajaran untuk merangsang pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam
persekitaran pembelajaran interaktif dikalangan murid.
4.1.3 Pelaksanaan berdasarkan Garis Panduan yang ditetapkan yang mengandungi
peranti peribadi yang dibenarkan, tatacara pendaftaran, penggunaan,
pengurusan, kawalan dan peranan serta tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh pihak sekolah, PIBG, Ibubapa dan murid .

4.2 SPI Bil 1/2018 : Garis Panduan Keterlibatan Ibu Bapa / Penjaga dan Komuniti
Sebagai Sukarelawan Di Dalam Kelas ( SdK )

4.2.1 Dilaksanakan di semua peringkat pendidikan ( Pra, Rendah, Menengah,


Pendidikan Khas dan Program Inklsif.
4.2.2 Dilaksanakan secara pilihan ( bukan wajib ) – bergantung kepada keperluan
dan kesesuaian sekolah.
4.2.3 Untk mengwujudkan hubungan kerja yang yang positif antara sekolah dan
ibubapa serta komuniti
4.2.4 Berkonsepkan komuniti secara sukarela membantu guru dalam proses PdP
tetapi masih tertakluk dengan etika profesionlisme keguruan.
4.2.5 PIBG berperanan memilih ibubapa yang bersesuaian dan menepati
keperluan sekolah sebagai SdK.

4.2.6 Peranan SdK sebagai pembantu guru :


i. menjadi fasilatator semasa murid menjalani aktiviti
ii. menyediakan bahan bantu mengajar
iii. berkongsi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dengan guru dan
murid.
iv. membantu guru dlm pengurusan kelas spt menceriakan kelas,
membimbing murid secara individu / kumpulan kecil.
4.2.7 Pelaksanaan tertakluk kepada Garis Panduang yang telah disediakan.
Agenda 5 Perlantikan Jawatankuasa Induk HEM 2019
5.1 Rujuk Buku Pengurusan.
5.2 Dilantik dengan rasmi semua guru yang disenaraikan.
5.3 Pn Roslinda Mazliza bt Ramli selaku Setiausaha dan AJK terdiri dari:
5.3.1 En Shaharudin b Ismail Data
5.3.2 Pn Khairiyah bt Md Taib Disiplin
5.3.3 En Mohd Hakimi b Md Saad Pengawas
5.3.4 Pn Halimah bt Din SPBT
5.3.5 Pn Mardziah bt Md Yusoff RMT / PS1M
5.3.6 Pn Fadlina bt Muhamad Kantin
5.3.7 Pn Norhayati bt Ariffin Kebajikan & Bantuan
5.3.8 Pn Hasniza bt Harun Program 3K
5.3.9 Pn Rosnani bt Abdullah B&K / PPDa
5.3.10 Pn Fatimah bt Sarkun Guru Penyayang

- Hrp semua AJK dapat bekerja bersama-sama bagi membantu PK HEM


menguruskan dalam pelbagai urusan HEM sekolah.

Agenda 6 Isu dan Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah

6.1 Amalan Guru Penyayang.


6.1.1 Amalan Guru Penyayang mestilah diteruskan.
a. menyambut murid dipintu pagar
b. bermula pada hari pertma persekolahan
c. pastikan kehadiran seorang pentadbir sekurang-kurangnya.
d. 3 perkara memenuhi kehendak Pemantauan Jemaah Nazir ketika
menyambut murid :
i. Mengalu-alukan kedatangan murid
ii. Menunjukkan sikap mesra
iii. Membuat sapaan
e. Dokumentasikan pada hari pertama.
6.1.2 Menyediakan program Amalan Guru Penyayang:
a. Memberi penghargaan kepada murid
b. Program mentor mentee bagi mewujudkan semangat kekeluargaan
6.1.3 Menjalankan Penilaian kendiri Program Amalan Guru Penyayang 3 kali
setahun
a. menggunakan instrument KPM ( tindakan 3 kali setahun )
6.1.4 Pemantauan akan dijalankan oleh JPN dan PPD
6.2 Disiplin
6.2.1 Pengisian Data Disiplin dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
i. isi bila ada kes besar atau kecil
ii. sama ada kes salah laku atau amalan baik yang dilakukan oleh murid.
iii. memberi peluang murid mendapat markah bagi setiap amalan terpuji
yang dilakukan.
iv. Boleh di akses dan key in oleh semua guru di sekolah.
v. ID : KBA4033 PW : dispkba4033
vi. Masuk no K/P murid berkenaan untuk key in salah laku atau amalan
terpuji.
v. mesti print pada setiap hujung bulan ( tindakan setiap bulan )
vi. Simpan dalam fail Disiplin

6.2.2 Laporan kes 1:3:7


- Rujuk SPI Bilangan 7 Tahun 2011 – Pelaksanaan SOP 1:3:7
- memastikan isu tingkah laku tidak berdisiplin murid diselesaikan dalam
tempoh 7 hari di peringkat sekolah, PPD atau JPN.
- Melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan melampau, keracunan
makanan, kemalangan serius, bencana, Buli, pergaduhan, Isu Perkauman,
Pendemik ( Contoh H1N1 ), hysteria atau isu-isu lain yang pada pandangan
sekolah perlu dilaporkan segera.
6.2.3 Kes buli
i. melibatkan buli secara fizikal, bahasa atau isyarat
ii. contohnya memeras ugut, menghina, mengejek, menunjuk isyarat
lucah, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh
seseorang terhadap seorang yang lain.
iii. Rujuk SPI Bil 8/2010 Garis Panduan mencegah dan menangani
Perbuatan Buli di kalangan murid sekolah bagi sebarang kes buli yang
dkesan.
6.2.4 Pengisian borang BPD ( Borang pengurusan Disiplin 1( tindakan 2 kali
setahun)
6.2.5 Program Peningkatan Disiplin dan Dokumentasi
6.2.6 Bilik Gerakan Disiplin – Boleh guna Bilik Pengawas
6.2.7 Peti Aduan Disiplin
i. Masih diteruskan
ii. Catit aduan dalam Buku Laporan Peti Aduan Disiplin/Murid
iii. Taklimatkan Penggunaan Peti Aduan kepada Murid.
6.3 Kehadiran Murid

6.3.1 Rekod kehadiran harian dalam Sistem APDM ( KPM )


6.3.2 Buku Rekod Kedatangan Murid diisi dengan betul dan kemas dan mengikut
peraturan yang ditetapkan di dalam buku kehadiran murid berkenaan.
6.3.2.1 Patuhi siaran tentang Ketidakhadiran murid di dalam buku
kedatangan murid.
6.3.2.2 Langkah sekiranya murid tidak hadir:
i. Hubungi ibubapa secara bertulis atau telefon dengan catatan
panggilan dalam buku kedatangan kelas.
ii. memberikan surat doctor atau surat ibubapa dengan tanda
tangan yang sah setelah hadir semula ke sekolah.
iii. 2 hari tidak hadir tanpa surat doctor, murid bersama ibubapa
dikehendaki berjumpa guru besar kecuali ada bukti nyata
tentang ketidak hadiran murid
iv. tandakan ( S ) jika ada surat dan ( P ) jika tidak ada surat.
v. Surat Amaran pertama dihantar pada hari ketiga jika tidak
hadir 3 hari berturut-turut dan pada kali ke 10 jika tidak hadir
selama 10 hari bukan secara berturut tanpa surat.
vi. Surat Amaran kedua dihantar berdaftar jika masih tidak hadir
7 hari selepas amaran pertama dan selepas 20 hari tak hadir
10 jika masih tidak hadir secara bukan berturut-turut.
vii. Surat Amaran terakhir dihantar melaui Berdaftar Akuan
penerima jika tiada sebarang komunikasi 7 hari selepas
amaran kedua dikeluarkan atau telah 20 hari ditanda tidak
hadir secara bukan berturut-turut.
viii. Surat Buang Sekolah dikeluarkan selepas 2 minggu surat
amaran terakhir diberi atau selepas 20 hari tidak hadir bukan
secara berturut-turut.
ix. Murid yang balik dengan kebenaran sebelum masa ketiga
dianggap tidak hadir dan ditanda (S). Keluar kerana mewakili
sekolah dikira hadir.
x. PKHEM dan J/Kuasa Ponteng sekolah pantau murid tidak
hadir dari APDM dan bertindak menghubungi segera waris
murid yang telah tiga hari berturut-turut tidak hadir pada
bulan berkenaan tanpa mengambilkira awal, pertengahan
atau minggu akhir bulan berkenaan.

6.3.3 Program peningkatan kehadiran dan Dokumentasi.


6.3.3.1 Prog. Motivasi bersama waris -
6.3.3.2 Perjumpaan secara terus oleh j/kuasa PIBG dengan ibubapa murid
masalah kehadiran
6.3.3.3 Program Mentor-Mentee Guru Penyayang ( Sepanjang tahun )
6.3.3.4 Hadiah kehadiran penuh Bulanan ( Setiap 2 Bulan sekali)
6.3.3.5 Lawatan J/Kuasa Sekolah penyayang kerumah murid bermasalah
kehadiran (Sepanjang tahun )
6.3.3.6 Motivasi Pentadbir/Guru ( Setiap pagi.)
i. Kenalpasti murid kerap tidak hadir
ii. Tekankan Ponteng adalah satu kesalahan melanggar
peraturan sekolah dan boleh diambil tindakan disiplin.
iii. Program Ponteng Sifar.
6.4 Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan ( 3K ) - PKKK

6.4.1 Kawasan sekolah adalah kawasan yang selamat


6.4.2 Kawasan sekolah bersih dan ceria
i. Sekitart sekolah
ii. Kantin
iii. Tandas
iv. Kelas / Bilik Khas / Longkang
v. Pelupusan Sisa Pepejal
vi. Stor Bahan dan Alat Pembersihan
6.4.3 Sudut 3K dan Info berkaitan.
6.4.4 Papan Tanda arahan keselamatan di kawasan bahaya.
i. Di padang : Peraturan penggunaan padang
ii. Kawasan Dilarang Merokok
- Di kantin / Di pintu masuk kawasan sekolah
6.4.5 Arahan keselamatan oleh Guru bertugas Perhimpunan dan catat dalam buku
Laporan Perhimpunan.
i. Arahan keselamatan semasa PdP dan Masa rehat
ii. Arahan keselamatan semasa aktiviti kokurikulum, Sukan dan
Permainan.
6.4.6 Alat Pemadam Api diselenggaran ikut jadual ( Semak Tarikh Luput )
6.4.7 Pelan Laluan Kecemasan di setiap bilik, pejabat, PSS, Kantin, Asrama dan
lain-lain yang difikirkan perlu

6.5 Kantin

6.5.1 Laporan Kendiri kantin oleh Pengusaha dan Rumusan oleh pentadbir
6.5.1.1 Simpan dalam fail di sekolah
6.5.1.2 Tidak perlu hantar ke PKD dan PPD
6.5.2 Verifikasi Kendiri Kantin akan dibuat oleh PKD ke sekolah-sekolah.
6.5.3 Pemantauan berterusan PKHEM dan J/Kuasa Kantin:
6.5.3.1 Penjualan makanan ringan yang tidak dibenarkan.
6.5.3.2 Memahami 3 jenis makanan : Dibenarkan / Tidak digalakkan /
Tidak dibenarkan.
6.5.3.3 Pekerja mesti mendapat suntikan dari pihak kesihatan dan
pamerkan.
6.5.3.4 Pakaian pekerja ikut peraturan, apron bersih dan kasut bertutup.
6.5.3.5 kantin bebas dari Lilati ( Lipas/Lalat/Tikus )
6.5.3.6 Menyediakan Carta organisasi J/K kantin dan pengusaha dan
pekerja.
6.5.3.7 Kebersihan dan keceriaan Persekitaran kantin.
6.6 Takaful Pelajar

6.6.1 Semua murid berada di bawah perlindungan Takaful Pelajar Sekolah


Malaysia. (TPSM ) termasuk Pra sekolah
6.6.2 Perlindungan berkuatkuasa 1 Jan hingga 31 Dis tahun semasa
6.6.3 Perlindungan 24 jam meliputi seluruh dunia.
6.6.4 Sumbangan RM1.50 setahun ditanggung oleh kerajaan.
6.6.5 Murid Bukan Warganegara boleh sertai dengan bayaran RM1.60 dibayar
melalui sekolah.
6.6.6 Pelajar yang menaiki bas sekolah yang berdaftar dengan SPAD akan
mendapat perlindungan didawah skim insurans murid sekolah- suruhanjaya
pengangkutan awam darat (SPAD)
6.6.7 Wad sahaja yang boleh tuntut ( Satu hari RM25.00 )
6.6.8 Perlindungan tamat apabila murid berhenti atau diberhentikan dari sekolah
kerajaan.
6.6.9 Borang tuntutan boleh dituntut secara online. ( www.takaful-
malaysia.com.my )
6.6.10 2019 bergantung kepada Perjanjian KPM dengan syarikat.

6.7 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM )

6.7.1 KWAPM (permohonan sekolah)


a. APB (Aplikasi Pengurusan Bantuan) menyenaraikan kelayakan murid
berdasarkan pengisian data murid dan pendapatan waris dalam APDM
oleh guru kelas.
b. Bantuan berjumlah RM100.00 setiap murid yang layak.
c. Bantuan meliputi pakaian seragam sekolah dan Peralatan sekolah
d. Syarat Kelayakan :
i. Murid Warganegara Malaysia di sekolah Kerajaan./Bntuan
Kerajaan ( Tahun 1 hingga Tingkatan 1 )
ii. KIR berdaftar dengan e-Kasih atau eDamak
iii. Status kemiskinan MISKIN ATAU MISKIN TEGAR yang disahkan
iv. Pendapatan keluarga di bawah “Pendapatan Garis kemiskinan
(PGK ) Nasional

Miskin Miskin Tegar

Isi Rumah Perkapita Isi Rumah Perkapita


(RM) (RM) (RM) (RM)

930 230 580 140

v. Bukan penerima bantuan persediaan ke sekolah berbentuk


kewangan dari mana-mana pihak.
d. Pihak sekolah- guru KWAPM membuat penerimaan dan guru besar
membuat pengesahan
e. Jika terdapat pelajar yang layak tidak tersenarai, boleh buat
permohonan semasa tercicir
6.7.3 Pengurusan Fail KWAPM
a. berada dalam keadaan baik dan maklumat semasa
i. Fail Pengurusan KWAPM – Sekolah
- Senarai nama J/Kuasa Bantuan Sekolah
- Surat Pelantikan J/Kuasa Bantuan Sekolah
- Minit Mesyuarat J/Kuasa Bantuan
- Surat-surat berkaitan Bantuan
ii. Fail Pengurusan KWAPM – Murid
- Senarai nama murid layak dan jenis bantuan
- Borang-borang permohonan KWAPM dari murid
- Rumusan Permohonan murid ( Pengakuan dan t/tangan GB
iii. Fail Pengurusan Kewangan
- Bilangan murid KWAPM
- Borang akuan penerimaan bantuan KWAPM oleh ibubapa

6.8 Pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) 2019

6.8.1 Mematuhi :
i. Pekeliling Kewangan Bil 2/2016 bertarikh 14 Ogos 2016
ii. Pindaan Pekelilng Kewangan Bil 2/2016 bertarikh 1 Mac 2017
iii. Buku Panduan Pengurusan RMT
iv. Surat Siaran Semasa
6.8.2 Tempoh Pelaksanaan tidak melebihi 190 hari.
i. Tahun 2 hingga Tahun 6 : Bermula hari pertama Persekolahan
ii. Tahun 1 dan Cicir : Bermula Februari 2019
6.8.3 Kadar Per Murid Sehari : RM2.50
6.8.4 Syarat Kelayakan :
i. Warganegara mulai Tahun 1 hingga Tahun 6di Sekolah
Kerajaan/Bantuan Kerajaan.
ii. Pendapatan Isi Rumah di bawah Garis kemiskinan Nasional 2014.
a. Perkapita RM 140.00
b. Pendapatan RM 580.00
6.8.5 Ibubapa perlu mengisi borang permohonan.
6.8.6 Penyediaan Menu:
i. Mematuhi menu di dalam Buku Panduan Pengurusan RMT
6.8.7 Waktu makan : Digalakkan di awal sesi persekolahan.
i. Di antara 7.00 pagi hingga 8.30 pagi.
6.8.8 Tidak dilaksanakan di Bulan Puasa dan bekalan dibawa pulang tidak
dibenarkan.
6.8.9 Peranan J/Kuasa RMT:
i. Meluluskan permohonan
ii. Menetapkan menu
iii. Memilih pembekal makanan ( Dinyatakan dalam Minit Mesyuarat )
iv. Menyimpan ekod-rekod berkaitan.
6.8.10 Murid bertukar sekolah:
i. Dalam Negeri : Sekolah lama salurkan peruntukkan ke sekolah baru.
ii. Luar Negeri : Sekolah baru mohon peruntukkan dari JPN masing-
masing.
6.8.11 Buku Panduan Pengurusan Program RMT dimuat turun dari:
http://ubm-rmt.blogspot.my/
6.8.12 Borang permohonan disahkan oleh Guru Besar

6.8.13 Jawatankuasa Bantuan Murid (RMT)


i. Terdiri daripada:
- Guru Besar
- PKHEM
- Penyelaras RMT
- Pembantu Tadbir Kewangan
- Guru Penyelaras Tahun 1 hingga Tahun 6

6.8.15 Kemaskini Fail-fail RMT


i. Fail Pengurusan RMT
ii. Fail Pengurusan Maklumat RMT
iii. Fail Pengurusan Kewangan RMT
iv. Fail Pemantauan RMT.

6.8.16 Jadual bertugas RMT harian./ datang lebih awal hari bertugas.

6.8.17 Teguran Pemantauan Oleh EPRD, KPM Semasa Pemantauan RMT


i. Menu makanan kena ada dalam perjanjian
ii. Roti serat bukan roti putih
iii. Kad Kesihatan pekerja kantin masukkan dlm perjanjian
iv. Buah kena letak dlm pinggan – Jgn bagi murid ambil sendiri
v. Cuci tangan sebelum ambil makanan
vi. Adab semasa makan – Baca doa sebelum makan
vii. Air kordial tidak dibenarkan
viii. Bayaran siap bulan kepada kantin
ix. Perlantikan Jawatankuasa yg lengkap
x. Pemilihan menu minitkan
xi. Hidangan Cococrunch guna susu kotak bukan susu bancuh

6.11 Program Susu 1 Malaysia

i. Menubuhkan Jawatankuasa Program Susu 1 Malaysia


a. Pengerusi : Guru Besar
b. Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
c. Setiausaha : Guru Penyelaras PS1M
d. Ahli Jawatankuasa :
1. Guru Penyelaras Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2. Guru Penyelaras Kelas
3. Wakil PIBG (bukan guru)
4. Wakil murid

ii. Memastikan semua SOP diikuti seperti yang terkandung dalam:


a. Buku Panduan Pengurusan Prog Susu 1 Malaysia
b. Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah.
6.12 PPDa

i. Memantapkan Pengurusan dan Kepimpinan:


a. Mesyuarat Pengurusan PPDa sekurang-kurangnya 2 kali setahun
b. Membentuk J/Kuasa PPDa
i. J/Kuasa Induk
ii. J/Kuasa Pelaksana
c. Carta Organisasi Induk dan Pelaksana
e. Perancangan Program PPDa ( Takwim )
f. Fail Pengurusan PPDa ( 5 Fail )
g. Pekeliling PPDa

ii. Kurikulum
i. Mesej 5 Minit Jauhi Dadah ( Setiap Minggu )
a. Buku Mesej 5 Minit
b. Jadual Pelaksanaan
ii. PPDa dalam PdP - PK, BI dan BM
iii. Program PROSIDAR ( Prog. Sifar Dadah Sekolah Rendah )

iii. Bilik / Laluan / Sudut PPDa


i. One stop Centre mengandungi maklumat bahaya dadah, alcohol, rokok,
inhalan dan HIV/AIDS.

6.13 Sarana Ibubapa


i. Pengisian 5 aktiviti utama kehadiran ibubapa sekurang-kurangnya 65% kehadiran.

Bi Aktiviti Pelaksanaan Aktiviti Pengisian Data


l

1 Pendaftaran Tahun 1 Januari Januari

2 Mesyuarat Agong PIBG Feb – Mac April - Jun

3 Hari Pelaporan April – Julai Julai - Ogos

4 Hari Sukan Ogos – November Ogos November

5 Hari Anugerah Cemerlang Ogos – November Ogos - November

ii. 5 aktiviti utama didaftarkan dalam system e-Sarana dan wajib dilaksanakan.
iii. Tetapkan sasaran peratus kehadiran bagi setiap aktiviti supaya sasaran kehadiran
ibubapa tercapai.
iv. Kegiatan Sukarelawan Ibubapa di sekolah.
- sekurang-kurangnya 15% kehadiran.
- Contoh aktiviti : Gotong Royong / Qurban
v. Semua program/aktiviti melibatkan ibubapa perlu diambil maklumat kehadiran
yang lengkap dan juga mendokumentasikannya.
vi. Menubuhkan Kumpulan Sokongan Ibubapa ( KISB ) dan PIBK ( Penglibatan
Ibubapa dan Komuniti) diperingkat sekolah.
- membantu PdP di kelas
- membantu aktiviti sukan dan kokurikulum
- membantu aktiviti sukan dan permainan.

Agenda 7 Hal-Hal Lain

7.1 Hukuman Disiplin : Gunting Rambut


7.1.1 Sekolah tidak dibenarkan mengenakan hukuman menggunting rambut bagi
kesalahan berambut panjang.
7.1.2 Tindakan boleh dibuat jika telah mendapat kelulusan dalam mesy J/Kuasa
atau mesy Agung PIBG.
- Kesalahan berambut panjang boleh dikenakan hukuman amaran keras /
dicatatkan dalam buku kesalahan disiplin.

7.2 Pendokumentasian Program/Aktiviti HEM


- Semua program HEM terutamanya 5 proram Inisiatif Penglibatan Ibubapa dan
Komuniti ( PIBK ) seperti Hari Pendaftaran Tahun 1, Penetapan Target, Mesy
Agong PIBG, Hari Sukan Tahunan dan Hari Anugerah wajib didokumentasikan
bagi tujuan rujukan dan pemantauan.
- Dokumentasi perlu disiapkan dalam tempoh 2 minggu dari hari peristiwa dan
diserahkan satu salinan kepada PKHEM.

7.3 Murid Ponteng Tegar.


- Dibuang sekolah jika semua prosedur yang disyaratkan telah diambil.

Agenda 8 Ucapan Penangguhan

Anda mungkin juga menyukai