Anda di halaman 1dari 15

MINIT CURAI

MESYUARAT GURU PERTAMA 2019


23 DIS 2019 ( AHAD )
BILIK MESYUARAT SKJ 2
8.30 PAGI

AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi
2. Membaca dan Mengesahan Minit Mesyuarat Bil 3/2018
3. Perkara-Perkara berbangkit
4. Berita / Pekeliling / Surat Siaran dari KPM / JPN / PPD
5. Fokus Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 2019
6. Isu Perkhidmatan dan Pengurusan Guru
6.1 Manual Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2019
6.1.1 Pengurusan dan Pentadbiran
6.1.2 Pengurusan Kurikulum
6.1.3 Pengurusan HEM
6.1.4 Pengurusan Kokurikulum.
7. Hal-Hal lain.
8. Ucapan Penangguhan.
I. Agenda 1 - Perutusan Pengerusi

1. Selamat kembali bertugas / Semangat baru / Menetapkan azam dan sasaran baru untuk 2019.
2. Terima kasih atas kerja buat yang dilaksanakan sepanjang 2018. Semua kejayaan atau kegagalan
telah menjadi sejarah dan dijadikan asas untuk menghasilkan keberhasilan yang lebih
cemerlang untuk 2019.
3. Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik berbanding 2018…Kita perlu berubah. Sebelum
berubah, muhasabah diri sendiri dan kenalpasti apa yang hendak diubah dan bagaimana cara
untuk mengubah.
Jawapannya :
a. Elak dari melakukan perkara yang sama yang diamalkan selama ini tetapi TIDAK MEMBERI
HASIL @ IMPAK.
b. Fokus perkara-perkara kecil yang mampun memberi IMPAK @ melonjak KEBERHASILAN.
Contoh : i. Memberi keutamaan pada murid-murid yang lemah sama ada akademik /
kokurikulum.
ii. Kebersihan dan kekemasan kelas sebelum memulakan PdP
iii. Keberadaan di sebarang prog/aktiviti/ kelas/majlis pada masa yang
ditetapkan.
iv. menyemak latihan murid/ memastikan semua murid membuat latihan dan
menghantar latihan.
v. murid menepati waktu berada di kelas.
vi. pasti bilangan murid yang sepatutnya ada dalam kelas.
4. Semua guru perlu melihat kembali matlamat dan tanggungjawab sebagai guru.
a. Matlamat Pendidikan :
- Melahirkan bangsa yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan, taat
setia, bersatupadu dan sejahtera bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara.
bi. Tanggungjawab umum :
i. Mendidik dengan sewajarnya
ii. Mewujudkan persekitaran yang sesuai
iii. menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid
iv. Menyelenggara peralatan yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
c. Tanggungjawab undang-undang :
i. Menyelia dan melindungi murid daripada segala mudarat
ii. Tanggungjawab menjaga ( Duty of care )
iii. “In loco perentis “ – peranan sebagai ibubapa murid selama mana masa murid berada
di sekolah.
5. Peka dan cakna dengan perubahan semasa / terkini :
a. Format Terbaru Minit Mesyuarat.( cara penulisan minit / Borang maklumbalas )
b. Corak Pembelajaran Abad 21
c. Pembelajaran Bilik Darjah ( PBD )
d. Format Soalan /Ujian
e. Format Latihan Murid
II. Agenda 2 - Membaca dan mengesahan Minit Mesyuarat Bil 3/2018

III. Agenda 3 - Perkara Berbangkit

- Tiada

IV. Agenda 4 - Berita / Pekeliling / Surat Siaran dari KPM / JPN / PPD

6. Perjumpaan Pengarah Bersama Guru Besar Negeri Kedah pada 14 November 2018
Di Dewan Seri Mentaloon, Anak Bukit, Kedah
a. 3 Elemen Budaya dalam Sistem Pendidikan.
i. KPM menerapkan 3 elemen budaya dalam system pendidikan iaitu
kegembiraan, kasih saying dan saling hormat menghormati.
ii. Penekanan budaya di dalam PdP dari peringkat sekolah rendah hingga
ke peringkat Universiti.
iii. Menjadi tonggak dalam sesi PdP di sekolah.

b. Budaya Buka Sekolah


i. Memastikan sekolah bersedia memulakan aktiviti persekolahan
sepenuhnya pada 1 Januari 2019
ii. Aspek kesediaan yang diberi penekanan:
1. Bekalan air dan elektrik
2. Kerusi meja murid
3. Kelas dan bilik-bilik khas
4. Padang
5. Kantin
6. Surau
7. Pengurusan Kebersihan dan keselamatan
- Tangga, Koridor, Tandas, Stor, Persekitaran sekolah dan Pintu
agar sekolah.
iii. Memberi penekanan kepada pelaksanaan 1 Murid 1 Kerusi, 1 Meja dan
1 set buku teks.
iv. Setiap guru perlu memastikan penyediaan
1. Jadual waktu persendirian dan kelas
2. Jadual penggunaan bilik-bilik khas.
v. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang dan RMT bermula pada hari
pertama.
c. Tanggungjawab Melaksana Program KPM
i. Memahami dan melaksanakan program-program KPM yang memberi
manfaat kepada murid. Bersikap pro aktif dan tidak menunggu arahan
bertulis / pemantaun. Contoh pelaksanaan Kelas Abad 21 dan
Pembelajaran Abad 21.

d. Penguatkuasaan Penggunaan email rasmi My GOVUC bagi JPN, PPD dan


Sekolah.
i. Surat arahan Ketua Pengarah MAMPU melarang penggunaan sebarang
email lain spt yahoo.com, gmail.com atau streamyx.com selain 1GOVUC
bagi sebarang urusan rasmi.
ii. Arahan diperluaskan oleh KPM ke sekolah melibatkan 8 pemegang
akaun :
1 Guru Besar 5. Guru Media
2. PKP 6. Guru Data
3. PKHEM 7. Guru ICT
4. PKKK 8. Penyelaras VLE
iii. Akaun tidak aktif melebihi 90 hari akan dilupuskan secara automatic.

e. Pengurusan Cuti
i. Urus cuti secara berhemah
ii. Elak cuti ketika sekolah ada aktiviti penting
iii. Utamakan kepentingan murid sebelum memutuskan untuk bercuti.
iv. Cuti sakit disokong denganMC yang tulen.
v. Cuti yang tidak terkawal menjejaskan produktiviti organisasi.

f. Aduan Awam
i. Akan disiasat dengan adil
ii. Aduan yang akan diberi keutamaan:
1. Ketidakakuran pengurusan PdP
2. Gangguan Seksual
3. Penyalahgunaan kuasa / kewangan
4. Penyertaan dalam politik

7. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 10 / 2018


- Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam oleh Murid di Sekolah
KPM.
a. Penguatkuasaan penggunaan secara soft landing sehingga 2021.
b. Dalam tempoh transisi ( 2019 – 2020 ) murid dibenarkan memakain kasut dan
stoking putih.
c. Sekolah dilarang mengadakan peraturan atau memaksa murid untuk memakai
kasut berwarna hitam atas apa-apa tujuan sekali pun.
d. Arahan ini meliputi semua murid di sekolah-sekolah kerajaan ( termasuk Pra
Sekolah ).
8. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 9 / 2018
- Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Harian bagi Perpaduan di sekolah KPM.
a. Sekolah diminta menerapkan elemen perpaduan dalam melaksanakan
aktiviti/program dengan mengambilkira penglibatan warga sekolah yang
berbagai aspek latar belakang.
b. Antara langkah :
1. Menyanyikan lagu kebangsaan / Lagu negeri dalam Perhimpunan Sekolah
2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti kebudayaan di sekolah
3. Penglibatan wajib dalam Perhimpunan Sekolah
4. Rancangan mencantikkan dan mengindahkan kawasan sekolah
5. Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas UPSR bagi murid-murid Tahun 6
6. Sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat Sekolah
7. Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah.
8. Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan.
9. Pelaksanaan malan Guru Penyayang.
c. Menubuhkan J/Kuasa Perpaduan Sekolah untuk memastikan semua
aktiviti/program perpaduan dilaksanakan.

9. Pekeliling Perkhidmatan
a. Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am
Bab G – Mematuhi waktu bekerja.

Peraturan ini memperuntukkan sesaorang pegawai yang ingin meninggalkan


pejabat bagi meneyelesaikan urusan persendirian yang terpaksa dilakukan pada
waktu kerja perlu:
i. mendapatkan kelulusan Pegawai Penyelia dengan menggunakan
borang yang disediakan.
ii. Keutamaan perlu diberika kepada tugas dan tanggungjawab hakiki jika
urusan persendirian tersebut boleh dilakukan selepas waktu kerja atau
secara onine.
iii. Tempoh maksimum dibenarkan adalah tidak melebihi 4 jam sehari atau
separuh daripada waktu bekerja sehari ( tidak termasuk waktu rehat )
iv. Jika melebihi tempoh maksimum, pegawai perlu mengambil Cuti Rehat
atau cuti lain yang bekelayakan.
v. Pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri dikehendaki
mengemukakan “time slip” atau sebarang dokumen yang mengesahkan
rawatan telah dilalui oleh pegawai.
vi. Pegawai Penyelia boleh menetapkan pegawai perlu menggantikan
semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk
menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatannya
tidak terjejas.
vii. Pegawai Penyelia juga perlu memastikan kemudahan ini tidak
disalahgunakan terutamanya dari segi kekerapan penggunaannya.
viii. Peraturan ini tidak terpakai untul pegawai yang mempunyai anak
kurang upaya.
ix. Untuk Guru-guru di SKJ2, semua kelulusan untuk keluarwaktu bekerja
perlu diperolehi dari Guru Besar jika GB ada di sekolah. Kuasa
Membenarkan ini akan diperturunkan kepada PK1 kemudian PKHEM
dan seterusnya PKKK jika GB tiada disekolah.
V. Agenda 5 Fokus Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 2019

10. Tagline Sekolah : Sederap Kearah Kegemilangan.

a. Sebarang usaha kearah kecemerlangan murid adalah tanggungjawab


bersama. Penglibatan perlu menyeluruh dengan membuang sikap
meletakkan tanggungjawab pelaksanaan kepada ketua sahaja.
b. Jawatan yang diberi adalah tanggungjawab yang harus dipikul dan
melaksanakannya dengan rasa ikhlas dan jujur pada diri sendiri dan
organisasi.
c. Bekerja dalam kumpulan adalah pegangan semua warga sekolah dan tiada
warga sekolah yang tidak berperanan dan tidak penting.

11. Perkhidmatan
a. Kehadiran ke sekolah
i. Biasakan berada di lokasi bertugas 10 minit sebelum bertugas.
ii. Berusaha elakkan tindakan jika 3 kali lewat dalam bulan yang sama dan
seterusnya.

b. Prasarana Guru
i. Fail Rekod Mengajar : Kemaskini dan dalam keadaan baik
ii. DSKP dan Rancangan Tahunan
iii. Jadual Waktu Individu dan kelas
iv. Senarai Tugas Sekolah / MyPortfolio

c. Manual Tugas Harian


i. Fail Rekod Mengajar
1. Dilengkapkan sebelum atau pada 31 Jan 2019
ii. Menjalankan PdP
iii. Kerja kepada murid ( kontrak latihan )
iv. Periksa kerja murid secara berkala
v. Membudayakan Analisis Item
1. Selepas setiap ujian dan peperiksaan
vi. Perkasakan Headcount
1. Menguasai HC – faham dan tahu cara buat headcount.
vii. Isu dan Intervensi
1. Mengesan isu dan mencari jalan/tindakan yang perlu diambil
2. Melaksanakan arahan Guru Besar.
12. Sahsiah
a. Sahsiah Guru
i. Intergriti dalam PdP dan perkara yang berkaitan.
1. guru melaksanakan apa yang telah dirancang melalui
rancangan pengajaran yang telah ditulis dalam buku rekod
mengajar itu.
2. melaksanakan penyampaian ilmu pengetahuan kepada pelajar
secara lengkap dan memenuhi kehendak kurikulum.
3. Menepati dan memenuhi masa dengan betul.

ii. Konsep Murrabi


1. Mendidik kerana Allah
2. Menjadi guru bukan kerja guru

iii. Ciri-Ciri Guru


1. Mahu mengajar, Boleh mengajar dan ikhlas mengajar

iv. Berfikiran Positif


1. Bersedia menerima dan melakukan perubahan.

v. Sabar dengan permasalahan murid dan waris.

vi. Pengurusan Masa yang betul.

vii. Etika penggunaan telefon bimbit di kelas.

13. Kemenjadian Murid


a. Semua murid dapat pengalaman dan berlaku peningkatan kemajuan
sebagai modal insan yang mencakupi dua aspek
i. Berilmu
ii. Berakhlak

VI. Agenda 6- Isu Perkhidmatan dan Pengurusan Guru

14. Buku Pengurusan dan Takwim Persekolahan 2019

a. Pentadbiran dan Pengurusan


i. Bilangan Guru 2019
1. DG 44 - 17
2. DG 42 - 13
3. DG 41 - 3
4. DG 38 - 2
5. DG 34 - 0
6. DG 32 - 2
Jumlah - 37
b. Kelulusan Permohonan Perjawatan ( ABM ) 2019
i. Guru Besar - 1
II. PKP - 1
iii. PKHEM - 1
iv. PKKK - 1
V. Guru Data - 1
vi. Guru PSS/Media - 1
vii. Guru Pemulihan - 1
viii. Guru Pra Sekolah - 2
ix. Guru Akademik - 20
x. Guru Pend. Islam - 7
xi. Guru Bimbingan - 1
Jumlah 37

c. Visi dan Misi Sekolah


Diseragamkan bagi semua sekolah.
Visi : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara
- Perlu dipamerkan di semua kelas , bilik-bilik khas dan
bilik guru/ bilik mesyuarat.

d. Ikrar Guru
Semua guru akan melaksanakan pada Perhimpunan Pertama 2019 hari
Selasa 1/1/2019. – Tindakan Guru Bertugas.

e. Cuti Perayaan, Takwim Persekolahan dan Cuti Umum Negeri


i. Guru peka semasa merancang takwim unit masing2. Samada
takwim Panitia, Persatuan, Kelab atau Unit Beruniform.
ii. Data Persekolahan Berdasarkan Takwim 2019 :
1. Bil Minggu Persekolahan : 42 minggu / 52 Minggu
2. Bil Hari Persekolahan : 195 hari.
3. Kelayakan Cuti Peristiwa : : 4 hari.

d. Dasar Sekolah dan Panduan Am Guru dan Kakitangan Sokongan SKJ II.
i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 14 - 21
ii. Semua guru dan kakitangan sokongan tertakluk kepada semua
Dasar, Panduan dan Peraturan yang ditetapkan.

e. Bidang Tugas Guru


i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 22 - 29
ii. Semua guru terlibat Rujuk semula bidang tugas yang
dipertanggungjawabkan.

f. Guru-Guru Kelas 2019


i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 33
ii. Memastikan bilik darjah bersedia untuk dilaksanakan PdP bermula
dari hari pertama persekolahan.
1. Kerusi Meja guru dan murid
2. Jadual Waktu Kelas
3. Senarai Nama Murid
iii. Memastikan elemen-elemen Kelas abad 21 diwujudkan.
iv. Memastikan kelestarian kelas dari segi kebersihan dan keceriaan.
g. Guru-Guru Bilik Khas.
i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 33
ii. Melaksanakan tanggungjawab sebagai Guru Bilik Khas
1. Menyelia dan menyelenggara bilik.
2. Memastikan bilik sentiasa ceria dan sedia untuk digunakan.
3. Memastikan setiap data / maklumat di dalam bilik adalah
terkini dan ada keesahan.
4. Menyelia peralatan supaya sentiasa boleh diguna pakai
5. Memastikan perkara-perkara asas seperti carta organisasi
pengurusan bilik, jadual tugasan murid, jadual penggunaan
bilik serta info-info berkaitan di papan kenyataan di
wujudkan.
6. Mengendalikan stok

h. Jadual dan Senarai Guru Tugas Mingguan ( MS 34 – 39 )


i. Kenal pasti Senarai dan Tanggungjawab Guru Bertugas Mingguan.
ii. Melaksanakan tugas secara kolaboratif.
1. Ketua :
a. Menguruskan dan memastikan semua tugas
dilaksanakan oleh rakan-rakan guru bertugas.
b. Mewakili rakan-rakan guru bertugas berucap dalam
Perhimpunan Rasmi.
2. RMT :
a. Beri keutamaan untuk berada lebih awal semasa
mengawasi pelaksanaan RMT pada setiap pagi
3. Dewan :
a. Mengawasi murid bagi setiap perhimpunan di
dewan.
4. Budaya Penyayang :
Berada di pintu pagar selewatnya 7.15 pagi bagi tujuan
meraikan Kedatangan murid.

i. Carta Organisasi Pengurusan Sekolah 2019


i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 42
ii. Tambahan bidang tugas Unit Kokurikulum
1. Bangunan dan Selenggaraan
2. Keselamatan
iii. Semua PK wujudkan Buku Pengurusan masing-masing dan Carta
Organisasi.

j. Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan.


i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 44 – 53

k. Pengurusan Kurikulum
i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 55 – 62

l. Pengurusan Hal Ehwal Murid


i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 64 - 66

m. Pengurusan Kokurikulum.
i. Rujuk Buku Manual Pengurusan SKJ II 2019 M/S 68 - 77
n. Takwim Pengurusan SKJ II 2019
i. Minggu Persekolahan : 42 Minggu daripada 52 Minggu.
ii. Tarikh-Tarikh Penting :
a. Sukan Tahunan - 21 Mac 2019 ( Khamis )
b. Hari Anugerah Cemerlang - 17 Julai 2019 ( Rabu )
c. Merentas Desa - 30 Jan 2019 ( Rabu )
d. Majlis Perj. Waris 1 - 14 Jan 2019 ( Isnin )
e. Mesyuarat Agong PIBG - 14 Mac 2019 ***( Khamis )
f. Ujian Mac - 4, 5, 6 Mac 2019
1. PKSR 1 - 7, 8, 9 & 12 Mei 2019
2. PKSR 2 - 14,15, 16, 17 Okt 2019
3. Percubaan UPSR - 29,30, 31 Jul & 1 Ogos 2019
4. UPSR - 23 – 26 Sept 2019
g. Hari Pelaporan i. 17 Mac 2019 ( AR1)
ii. 23 Mei 2019 (AR2)
Tahun 6 - iii. 08 Ogos 2018 ( AR3
Tahun 4 & 5 - iv. 31 Okt 2019 ( AR3 )

o. Pemantauan dan Pencerapan


i. Semua guru patuhi semua jadual yang diberi.
ii. Sebelum Mac, setiap guru perlu dicerap sekurang-kurang sekali.
Semua pencerap diminta berusaha untuk memenuhi jadual yang
ditetapkan.
iii. Setiap guru perlu sekurang-kurangnya sekali dicerap oleh Guru
Besar.
iv. Pencerapan perlu dilaksanakan serentak dengan semakan buku
latihan murid.
v. Kontrak latihan murid perlu disediakan dalam Fail Rancangan
Mengajar untuk dirujuk semasa semakan latihan murid dijalankan.
vi. Pentadbir perlu memastikan guru mengetahui skor yang perolehi
dan skor yang dimuktamadkan adalah skor yang dipersetujui
bersama dengan guru.
( Adakan perbincangan selepas pencerapan )
vii. Pencerapan berdasarkan instrument Standard 4 SKPMg2.

VI Agenda 6 Hal-Hal Lain.

15. Taskforce Persediaan Buka Sekolah ( 27, 30 & 31 Disember 2018 )


a. Semua guru perlu hadir ke sekolah.
b. Tindakan yang perlu dilakukan;
i. Memastikan semua Bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik ICT,
Surau, PSS dan bilik Muzik berada dalam keadaan kemas dan
bersedia untuk proses PdP di langsungkan pada 1 Jan 2019
ii. Memastikan kerusi, meja, sudut pembelajaran, papan kenyataan
kemas dan bersih.
iii. Papan kenyataan tiada bahan tidak berkaitan dilekatkan.
Kain/kertas penutup papan kenyataan dilekatkan dengan kemas.
iv. Buku, Fail, kerusi meja, tong sampah, penyapu disusun kemas di
belakang kelas.
v. Papan hitam dan Papan Putih berada dalam keadaan bersih.
vi. Tiada sebarang sampah di dalam atau diluar kelas.
vii. Tiada Kerusi meja berlebihan/rosak berada di kaki lima kelas atau
dewan.
c. Pemantauan Buka Sekolah pada Minggu Pertama akan diadakan oleh
PPD, JPN dan JNJK – Sekolah terpilih.

16. Hari Pertama dan Minggu Pertama Persekolahan 2019.


a. Berdasarkan instrument Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan
(PHPP) Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, perkara-perkara berikut
perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh semua Pentadbir dan
Guru.
i. Kerusi meja semua kelas mencukupi.
ii. Bilik darjah dan bilik khas serta prasarana berkaitan beroperasi
mulai hari pertama.
1. Bilik Guru
2. bilik Pra Sekolah
3. PSS
4. Bilik Sains
5. Bilik Komputer
6. Bengkel RBT
7. Bilik B & K
8. Bilik BOSS
9. Bilik Muzik
10. Surau
11. Stor Sukan
12 Padang

6.2.1.3 Kantin beroperasi dengan :


i. J/Kuasa Kantin ditubuhkan
ii. Alat Pemadam Api belum tamat tempoh tarikh luput
iii. Surat Perjanjian Kantin ( tempoh masih berbaki 23 bulan
mulai 1 Disember 2018 )
iv. J/Kuasa Kantin bertugas masa rehat
v. Tong Sampah berplastik dan bertutup disediakan.
vi. Singki kantin bersih, berfungsi.
vii. Kawasan kantin bersih ( meja makan dan kerusi murid, lantai
kantin serta longkang)
viii. Murid beratur ketika membeli makanan.

6.2.1.4 Pengurusan Kebersihan dan Keselamatan:


Kebersihan dan keselamatan perkara berikut diberi keutamaan:
i. Tangga
ii. Koridor
iii. Tandas murid
iv. Tandas guru
v. Stor Sukan
vi. Persekitaran sekolah
vii. Pintu Pagar Sekolah. (selamat )

6.2.1.5 Kehadiran Pentadbir dan Guru


i. Kehadiran 100%
ii. Tidak berlaku ketidakhadiran tanpa sebab yang dibenarkan.

6.2.1.6 Enrolmen kehadiran Murid diperolehi awal sesi pembelajaran..


( Selewat-lewatnya masa ketiga )
6.2.1.7 Penyediaan Jadual Waktu:
i. Jadual Waktu Induk - SU Jadual Waktu / PKP
ii. Jadual Waktu Bilik darjah - Guru Kelas
iii. Jadual Waktu Individu - Semua guru ( FRM )
iv. Jadual Waktu Guru Ganti - PKP
v. Jadual Waktu Penggunaan:
a. Bilik Sains
b. Bengkel RBT
c. Bilik Komputer
d. PSS

6.2.1.8 Pengurusan Sekolah : Perancangan dan Pengoperasian Sekolah


Disediakan:
i. Takwim Persekolahan 2019
ii. Mesy Pengurusan dilaksanakan sebelum sesi persekolahan
2019 - (minit / draf minit mesyuarat dibuat )
iii. Mesy Guru dilaksanakan sebelum sesi persekolahan 2019 -
(minit / draf minit mesyuarat dibuat )
iv. Rancangan/ Takwim Kurikulum, HEM dan Kokurikulum dibuat.
- Buku Pengurusan Sekolah.
- Takwim berasingan.
v. Agihan Tugas Guru - ( Di dalam Buku Pengurusan Sekolah )
vi. Program Suai Kenal Tahun 1 dilaksana sebelum sesi
persekolahan 2019 - ( Dokumentasi / Draf Program dibuat )
vii. Program Transisi dirancang – ( Kertas kerja Program
disediakan )
viii. RMT dilaksanakan mulai hari pertama ( Murid Th 2 – Th 6 )
xiv. Taklimat SKPMg2 telah diberi kepada guru.

6.2.1.9 Amalan Guru Penyayang di jalankan:


I Pentadbir / Guru :
a. Mengalu-alukan kedatangan murid
b. Menunjukkan sikap mesra
c. Membuat sapaan.
ii. Program Amalan Guru penyayang 2019 disediakan.

6.2.1.10 Buku Teks telah diberikan dan mencukupi .


i. Mempunyai senarai buku teks yang tidak mencukupi

6.3 FRM, Buku Kedatangan Murid dan alatan di dalam kelas.


i. Boleh diambil di pejabat mulai 23 Disember 2019
ii. Pastikan tandatangan di borang pengambilan bagi Fail Rancangan Mengajar.
iii. Alatan seperti penyapu, pemadam, bulu ayam , penyodok sampah boleh diambil
pada bila-bila masa mulai 23 Disember 2019
iv. Guru kelas akan menerima bahan-bahan tertentu untuk dipamerkan di dalam
kelas jadual kelas atau bilik khas. Kelas Perlu disiapkan dalam tempoh 2 minggu
persekolahan.
6.5 Pegawai Seranta Sekolah ( Mentor Sekolah )
i. Pegawai Seranta Sekolah Untuk 2019 : Rozita bt Hassan
( pegawai SISC+ Matematik PPDKP )
ii. Peranan di sekolah :
- mencerap PdP Guru ( 2 – 3 orang guru sehari )
- memeriksa BRM, Kerja-kerja murid dan Pemeriksaan Kerja murid.
iii. Memantau pengurusan pentadbiran sekolah:
- Prasarana sekolah
- Rekod Kehadiran Guru
- Rekod Pemantauan PdP guru
- Sistem Fail
- Jadual Guru Ganti
- lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

6.7 Mesyuarat J/Kuasa Induk Kurikulum.


i. Mesyuarat Induk Pertama 2019 akan dilaksanakan pada 24 Disember 2018.
ii. Agenda berfokus kepada pembentukkan Dasar-Dasar Kurikulum yang akan
digunapakai bagi pelaksanaan Kurikulum di sekolah pada tahun 2019.
iii. Untuk Mesy Induk seterusnya , Laporan / Pembentangan oleh Ketua / Penyelaras
Unit-Unit Kurikulum dijadikan salah satu agenda bagi setiap mesyuarat Induk
Kurikulum.
iv. Pastikan sebelum mesyuarat menyediakan data/maklumat yang perlu
dibentangkan dalam mesyuarat.
v. Perkara yang perlu dibentangkan:
a. Bilangan Murid
b. Bilangan & Peratus Lulus/ menguasai / Mencapai Tahap Minimun
c. Bilangan & Peratus A
d. Bilangan & Peratus Gagal
e. Bilagan murid yang perlu diberi perhatian ( Near Miss Lulus )
f. GPMP
iv. Unit terlibat :
a. Semua Panitia Mata pelajaran Teras dan Pendidikan Islam
b. LINUS
c. Pra Sekolah
d. Pemulihan
v. Pembentangan Untuk Mesyuarat Pertama 2018 hanya melibat kelas Tahun 1
hingga Tahun 5 2017.
vi. Pelaporan unit-unit dalam Kurikulum juga diperlukan.
a. LINUS - Penyelaras LINUS
b. PKB - PK Pentadbiran
c. iThink - Penyelaras IThink
d. SKPMg2 - PK Pentadbiran
e. VLE Frog - Admin Vle
f. Pemulihan - Penyelaras pemulihan
g. Pentaksiran Bilik Darjah - Ketua Panitia
h. PAJSK - Penyelaras
i. SEGAK - Penyelaras
6.7 Kad kedatangan Guru ( Punch Card )
6.7.1 Mulai 2019, SKJII menggunakan system Punch Card sebagai catatan kehadiran
guru dan staff. Semua guru dan staf diharap dapat memahami peraturan dan
tatacara penggunaan system ini. Antaranya
6.7.1.1 Menulis sebab tidak hadir atau pulang awal pada ruang catatan ( secara
ringkas ) jika guru tidak hadir bertugas atau keluar awal atas sebab
peribadi atau rasmi.
6.7.1.2 Buat juga catatan jika hadir lewat.
6.7.1.3 Elakkan mengetik kad orang lain.

6.9 Surat pelantikan Rasmi Jawatankuasa Pengurusan Sekolah.


6.9.1 Semua surat pelantikan bagi jawatankuasa Pengurusan, Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum di sediakan oleh Penolong Kanan berkenaan dan ditandatangani
oleh Guru Besar.
6.9.1.1 Pentadbiran dan Pengurusan - PKP
6.9.1.2 Kurikulum - PKP
6.9.1.3 HEM - PKHEM
6.9.1.4 Kokurikulum - PKKK
6.9.2 Surat pelantikan disediakan untuk Pengerusi dan Setiausaha sahaja.
6.9.3 Semua surat pelantikan perlu dimasukkan dalam fail unit masing-masing.

6.10 Pelantikan Setiausaha Perhimpunan


6.10.1 Bidang Tugas :
i. Mencatat butiran ucapan dalam perhimpunan Rasmi dan
Taklimat / Perjumpaan Guru dan Pentadbir .
ii. Menguruskan Fail Perhimpunan dan Taklimat.
6.10.2 Tidak terlibat sebagai Guru Bertugas Mingguan.
6.10.3 Sebahagian daripada tugas Setiausaha Sekolah.
6.10.4 Mesyuarat melantik Pn Rosnani bt Abdullah sebagai SU Sekolah dan
Perhimpunan.

6.11 Kelas KAFA 2019


6.11.1 Kelas-kelas yang digunakan pelaksanaan KAFA di sebelah petang.
i. Tahun 1 KAFA - Tahun 3 Bestari
ii. Tahun 2 KAFA - Tahun 2 Dinamik
iii. Tahun 3 KAFA - Tahun 3 Dinamik
iv. Tahun 4 KAFA - Tahun 5 Bestari
v. Tahun 5 KAFA - Tahun 5 Dinamik.
6.12 Papan Kenyataan / Papan Info
6.12.1 Semua guru yang bertanggungjawab terhadap papan-papan kenyataan di sekitar
sekolah diminta ambil tindakan berikut sebelum hari pertama persekolahan:
i. Memastikan semua maklumat dan info adalah yang terkini.
ii. Memastikan kekemasan dan kebersihan terbaik.
6.12.2 Guru Bertanggungjawab bagi Papan Kenyataan di sekitar sekolah:
i. Sejarah :
ii. Matematik :
iii Depan Matematik :
iv. Bahasa Malaysia :
v. Sudut Sains :
vi. Bilik Operasi LINUS :
vii. Sudut B & K :
viii. berita semasa ( Kokurikulum ? ) :
ix. Persatuan :
x. Unit beruniform :
xi. Permainan :
xii. Papan Info Pengawas ( dewan ) :
xiii. papan Maklumat PSS ( dewan ) :
xiv. PBS dan Sudut Pidato ( belakang dewan ) :

6.12.3 Aktiviti / Program melibat pihak luar di sekolah.


i. Penyelaras / Guru bertanggungjawab memaklumkan kepada pengawal
keselamatan lebih awal ( sehari sebelum / sebelum kedatangan ) untuk
mengelakkan kedatangan pihak-pihak yang tidak dialu-alukan ke sekolah.

Agenda 7: Ucapan Penangguhan.

Anda mungkin juga menyukai