Anda di halaman 1dari 8

MINIT CURAI MESYUARAT PENGURUSAN KETIGA 2018

TARIKH :
HARI :
MASA :
TEMPAT : BILIK GB

Agenda :

1. Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Perlantikan Setiausaha Mesyuarat
5. Isu-Isu Pengurusan Sekolah:
5.1 Bidang Tugas Penolong Kanan
5.2 Buku Rekod Mengajar Pen Kanan
5.3 Mesyuarat Unit-Unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum
5.4 Pencerapan PdPc
5.5 Mesyuarat J/Kuasa PIBG
5.6. Penilaian PBPPP 2018
5.7 Pengurusan Fail dan Surat menyurat Pengurusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum
5.8 KPI Unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum
6. Laporan Penolong Kanan
6.1 Unit Kurikulum
6.2 Unit HEM
6.3 Unit Kokurikulum
7. Hal-Hal lain.
8. Ucapan Penangguhan.
Agenda 4: Pelantikan Setiausaha Mesyuarat Pengurusan 2018
4.1 PK Kokurikulum dilantik sebulat suara.

Agenda 5: Isu-Isu Pengurusan Sekolah

5.1 Bidang Tugas / Tanggungjawab Penolong Kanan


Pengerusi mendapatkan maklumat / kedudukan terkini berdasarkan bidang tugas
Penolong-Penolong Kanan ( Jika ada )

5.1.1 Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum


1. Kurikulum 8. Pra Sekolah
2. Pentadbiran 9. Ujian dan peperiksaan
3. Pemantauan dan Pencerapan 10. Perkembangan Staf
4. Maklumat dan Data Guru 11. Pemulihan / PROTIM/ LINUS
5. Panitia Mata Pelajaran 12. Perjawatan
6. Kewangan 13. Pusat Sumber
7. Jadual Waktu Kelas / Individu 14. Bilik Khas

5.1.2 Penolong Kanan HEM


1. APDM 8. Kebersihan dan Keceriaan
2. Kaunseling 9. Kantin dan Dewan Makan
3. Disiplin dan Pengawas 10. Biasiswa dan Bantuan
4. Kesihatan 11. Pendaftaran
5. SPBT 12. Perlindungan Murid
6. RMT/Projek Susu 1M
7. Kebajikan

5.1.3 Penolong Kanan Kokurikulum


1. Majlis Sukan Sekolah 8. Jurulatih Sekolah
2. Unit Beruniform 9. Keselamatan Sekolah
3. Sukan 10. Penyeliaan Bangunan
4. Kelab dan Persatuan 11. Perayaan/Majlis Sekolah
5. Permainan dan Olahraga 12. Lawatan
6. Ko Akademik 13. Kewangan Kokurikulum
7. Rumah Sukan 14. PAJSK / SEGAK

5.1.4 Semua urusan berkaitan bidang berkenaan akan diserah mengikut bidang
tugas yang telah ditetapkan. Urusan yang tidak terdapat dalam bidang tugas
di atas akan diserahkan kepada PK mengikut budi bicara GB.

5.2 Buku Rekod Mengajar

5.2.1 Semua PK hantar BRM kepada GB untuk semakan dan pengesahan pada hari
Khamis setiap minggu.
5.2.2 Memastikan semua aspek yang diperlukan dalam BRM lengkap:
i. Semua aspek dari muka surat depan hingga ke muka surat akhir.
ii. Maklumat dan data tambahan yang perlu dilekatkan spt:
a. Headcount mata pelajaran
b. Borang keberhasilan 2018
c. Kontrak Latihan Mata pelajaran yang di ajar.
d. RPT
iii. Maklumat sentiasa kemaskini terutama RPH dan Headcount.
5.3 Mesyuarat Unit-Unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.

5.3.1 Memastikan semua unit melaksanakan mesyuarat-mesyuarat sekurang-


kurangnya 3 kali pada tahun 2018.
5.3.2 Mesyuarat J/Kuasa Induk dipengerusikan oleh Guru Besar dan Mesyuarat
Unit-Unit dipengerusikan oleh Pen Kanan.
5.3.3 Memastikan semua salinan minit mesyuarat diserahkan kepada GB dan PK
masing-masing. GB dan PK sediakan satu fail untuk simpan salinan minit
mesyuarat.
5.3.4 Memastikan agenda yang disediakan oleh Ketua Unit disemak oleh PK bagi
memastikan perkara-perkara penting bagi unit masing-masing dibincangkan.
5.3.5 Memastikan Mesyuarat Kedua dan seterusnya melibatkan agenda pelaporan
dan maklum balas dari agenda mesyuarat yang sebelumnya.
5.3.6 Semua ketua Unit dimaklumkan perlu menyediakan pelaporan sebelum
mesyuarat bermula.

5.4 PKB, SKPMg2 dan PBPPP

5.4.1 Melibatkan Pencerapan PKB, SKPMg2 dan PBPPP ( Instrumen Fungsional )


5.4.2 Tempoh sekarang ( Oktober dan November ) adalah tempoh pemberian skor
yang muktamad kepada guru – guru. Jika belum buat perlu bertindak segera.
5.4.3 Bagi SKPMg2, semua pemberian Skor bagi semua standard boleh
dikenalpasti sekarang walaupun tarikh akhir difahamkan 5 Nov 2018.
5.4.4 Pastikan kewujudan eviden-eviden berkaitan standard dan aspek penilaian
dalam SKPMg2 dalam keadaan terkini. Audit SKPMg2 oleh pihak Nazir
berkemungkinan akan berlaku.
5.4.5 Pencerapan guru bagi standard 4 dan PBPPP :
a. Setiap guru sekurang-kurangnya dicerap sebanyak 2 kali sehingga
November dan eviden pencerapan adalah BRM dan borang Instrumen
Standard 4 – Ada dalam simpanan Admin SKPMg2 – (PK1)
b. Pemberian skor bagi PP1 dan PP2 dalam PBPPP perlu berjalan sekarang.
c. Sebahagian sasaran keberhasilan guru telah boleh di nilai kecuali
sasaran prestasi mata pelajaran selepas PAT nanti.
d. Memastikan lebihan sasaran dibuat dalam boring keberhasilan dan
dipindahkan dalam boring markah dalam system ePrestasi.

5.5 Mesyuarat J/Kuasa PIBG 2018

5.5.1 Semua Pk diminta menghadirkan diri dalam semua Mesyuarat J/Kuasa PIBG.
5.5.2 Guna peluang untuk menerangkan aktiviti/program yang telah atau akan
dilaksanakan. Sebarang isu yang timbul juga boleh diperjelaskan dan
mendapat sokongan PIBG.

5.6 Pengurusan Fail dan Surat menyurat Pengurusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum

5.6.1 Semua surat akan diminit terus kepada Pen Kanan mengikut bidang tugas
masing-masing.
5.6.2 Pen Kanan akan tentukan guru yang akan dipertanggungjawabkan kepada
arahan dalam surat berkenaan.
5.6.3 Surat berkaitan kewangan akan diminitkan terus kepada PT Kewangan.
5.6.4 Pen Kanan perlu bertanggungjawab memastikan surat berkenaan sampai
dan diambil tindakan oleh guru yang berkenaan.
5.8 Prestasi Unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.

5.8.1 Laporan Pencapaian Terkini:


5.8.2 Bidang Utama Unit Kurikulum:
1. Peratus Mencapai Tahap Minimum ( MTM)
Setiap Mata Pelajaran setiap Kelas - 65%
2. Peratus Mencapai Tahap Minimum ( MTM )
Setiap kelas bagi Mata Pelajaran Teras - 50%
3. Bilangan Pelaksanaan Mesyuarat Panitia
dalam setahun - 4 kali
4. Pendokumentasian Program/Aktiviti Kurikulum - 3 program
5. Penyediaan Headcount Mata Pelajaran Teras
Dan LINUS Setiap Kelas - 13 kelas
6. Pelaksanaan Dialog Prestasi di peringkat Panitia - 3 kali

5.8.3 Bidang Hal Ehwal Murid


1. Kehadiran Purata Murid Setiap Bulan bagi
Setiap kelas - 96%
2. Pelaksanaan Mesyuarat Unit-Unit HEM Setahun - 3 kali
3. Pendokumentasian Program/Aktiviti HEM - 3 program

5.8.4 Bidang Kokurikulum


1. Purata Kehadiran Murid dalam Aktiviti
Kokurikulum Setiap Bulan - 95%
2. Penyediaan pelaporan Aktiviti Kokurikulum - 100%
3. Penyediaan Pasukan Pelapis Untuk Pasukan
Sekolah ( Kebetarian) - 3 Pasukan
4. Pelaporan dan Pendokumentasian Majlis
Perayaan Sekolah - 3 Perayaan
5. Perekodan Penglibatan dan Kejayaan Murid
Dalam Pertandingan Sukan atau Kokurikulum
di Peringkat Daerah dan Negeri. - 100%

5.9 Kehadiran Murid


5.9.1 Peratus kehadiran Murid terkini : ……………………………………….
5.9.2 Program Galakan Hadir kesekolah:
1. Hadiah Kehadiran Penuh.
a. Cadangan memberi hadiah pada setiap bulan dan pemenang
dilakukan secara undian. Semua murid yang layak diundi dan
hanya satu atau 2 pemenang dipilih.
b. Hadiah tahunan juga di buat melalui cara yang sama.
c. Peruntukkan hadiah akan dipohon dari PIBG
5.9.3 Langkah kuatkuasa mengenalpasti murid yang tidak hadir perlu diteruskan
dan tindakan J/Kuasa ponteng sifar perlu diteruskan.
5.9.4 Pengeluaran surat amaran perlu ditingkatkan jika murid melanggar
peraturan kehadiran ke sekolah.
Agenda 6: Laporan Penolong Kanan

6.1 Unit Kurikulum

6.2 Unit HEM


6.3 Unit Kokurikulum

Agenda 7 Hal-Hal lain

7.1 Kebenaran Keluar Waktu Bekerja- ( Urusan Peribadi ).


7.1.1 Guru perlu berada di sekolah dan menjalankan tugas rasmi sekurang-
kurangnya separuh dari tempoh tugasan rasmi sebelum layak mendapat
pelepasan keluar waktu bekerja( Perintah AM Bab G)
7.1.2 Tertakluk kepada jika urusan berkenaan terpaksa diselesaikan dan tidak
boleh diselesaikan secara atas talian atau diluar waktu bekerja.
7.1.3 Kepentingan Perkhidmatan perlu diambil kira sebelum kebenaran diberi.
7.1.4 Waktu maksimum dibenarkan untuk meninggalkan premis kerja tidak
melebihi 4 jam atau separuh dari waktu bekerja. Jika melebihi waktu
berkenaan, cuti rehat perlu diambil.
7.1.5 Rawatan diklinik/hospital perlu dikemukakan “time slip” atau sebarang
dokumen yang mempunyai maksud yang sama.
7.1.6 Kebenaran keluar untuk guru dan staf perlu diperolehi dari Guru Besar jika
beliau berada di sekolah dan kuasa membenarkan akan diturunkan secara
hierarki kepada Penolong Kanan.
7.1.7 Dalam sesuatu masa hanya ada seorang sahaja pentadbir disekolah yang
boleh memberi kebenaran keluar untuk urusan peribadi.
7.2 Pelaksanaan Program / Aktiviti Unit Kurikulum, HEM atau Kokurikulum.
7.2.1 Perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran GB sebelum dilaksanakan.

7.3 Kehadiran dalam Mesyuarat/Taklimat/Perjumpaan di sekolah.


7.3.1 Semua Penolong Kanan digalakkan turut sama dalam semua mesyuarat,
taklimat dan perjumpaan yang diadakan di sekolah bagi tujuan
menambahkan dan meluaskan pengalaman pentadbiran dan pengurusan.

7.4 Penggunaan Minit Curai/ Buku Catatan Mesyuarat.


7.4.1 Penyediaan minit curai diwajibkan untuk semua PK dan Guru apabila
menghadiri Mesyuarat/ Taklimat / Perjumpaan di luar sekolah.
7.4.2 Minit curai perlu disediakan dalam 2 salinan dan ditandatangani oleh GB.
7.4.3 Format Minit Curai yang seragam akan diemaikan kepada semua guru.
7.4.4 Buku Catatan Mesyuarat diwajibkan kepada semua guru. Buku akan
disediakan oleh pihak sekolah dan disemak oleh PK/GB mengikut keperluan.

7.5 Peranan Pegawai Seranta Sekolah


7.5.1 Siapa ? ………………………………………………………………………………..
7.5.1 Pegawai Seranta bertanggungjawab membantu pengurusan sekolah
mentadbir sekolah dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Beliau
juga penghubung antara pihak sekolah dengan Tuan PPD.
7.5.2 Pen Kanan yang dapat mengesan sebarang masalah di sekolah diminta
memaklumkan dahulu kepada Guru Besar dahulu sebelum disampaikan
kepada Pegawai Seranta.

Agenda 7 Ucapan Penangguhan

7.1.1 Kerjasama semua Pen Kanan dalam membantu Guru Besar mentadbir
sekolah amat diharapkan.
7.1.2 Semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan perlu
dirahsiakan dari semua guru dan sebarang pemakluman kepada guru-guru
akan disampaikan oleh guru besar sahaja.
7.1.2 Kerjasama sesama Pen Kanan juga perlu dan diharap tidak hanya memberi
komitmen kepada urusan berkaitan bidang tugas sendiri sahaja dan
mengabaikan perkara berkaitan bidang tugas Pen. Kanan yang lain.
7.1.3 Semua Pen Kanan adalah tangan kanan dan kiri GB dan jika semua
Pentadbir dapat berganding dengan baik, semua urusan pengurusan dan
pentadbiran guru, murid, staf sokongan dan sekolah akan berjalan lancar
dan suasana bekerja yang seronok dapat diwujudkan.

Anda mungkin juga menyukai