Anda di halaman 1dari 3

TANAMAN SERAI

SEPINTAS LALU

Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari


yang cukup untuk pertumbuhan.  Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat
cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut.  Taburan hujan yang seragam
dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.

Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2
kaki x 3 kaki.  Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai.  Anak pokok serai
mula membiak setelah 2 minggu ditanam.  Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja
NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4
bulan.

Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok.  Setelah serai
berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh.  Tanaman serai tidak memerlukan banyak
penjagaan.  Jika terdapat pertumbuhan rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi
mengurangkan penggunaan racun kimia.  Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu
satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat
menghalang pertumbuhan rumpai.

Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80
batang serai dalam satu rumpun.  Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali
menggunakan 'scoop'.  Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan
parang atau kapak dan gunting 'secateurs'.  Semasa kerja pembersihan dilakukan,
pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih.

Varieti Serai: (Serai Makan dan Serai Wangi)

Serai Makan

Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.


Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Serai makan ialah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea.  Terdapat 2 spesies
serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai 'lemongrass' iaitu
Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus.  Penanaman C. flexus lebih tertumpu di
kawasan Malabar, di India.  Spesis C. citrates tersebar luas di kawasan beriklim tropika,
cukup cahaya matahari dan hujan.  Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara
250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau.
Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan
salirannya tidak memuaskan.  Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.
 

Serai Wangi

Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle


Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae
 

Bahan Tanaman:
Serai ini dibiak dengan menggunakan anak berakar.  Anak-anak serai perlu diambil
daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 - 9 bulan.  Di dalam sesuatu rumpun, hanya
anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman.  Daun-
daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

Penyediaan Tanah:

Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa
permulaan musim hujan.  Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak
putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur.  Sekiranya kawasan
terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

Penanaman:

2-3 batang serai ditanam bagi setiap lubang tanaman.  Jarak tanaman dan kepadatan
tanam bergantung kepada kesuburan tanah.  Untuk tanah yang kurang subur, jarak
tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.  Julat jarak
antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam
sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m.  Kepadatan 20,000 rumpun sehektar
adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

Pembajaan:

Serai makan dikenali sebagai tanaman yang menghauskan tanah.  Oleh itu pembajaan
yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang. 
Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status
kesuburan tanah.  Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali
sebagai baja tambahan.  Baja asas ditabur dan digaul ke dalam tanah semasa atau
sebaik sahaja penanaman dilakukan. 

Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam.  Jumlah baja yang diperlukan bagi
sehektar tanaman di tanah mineral ialah 80-100 kg N;  40-80 kg. P2 05 dan 40-80 kg. K20. 
Bagi tanah gambut, kapur sebanyak 2.5 t/ha perlu juga ditabur.  Sebagai panduan, jadual
pembajaan yang dicadangkan untuk sehektar tanaman menggunakan baja sebatian ialah
seperti berikut:-
 

Baja Asas - Sebatian NPK 12:12:17:2 + unsur pekit sebanyak 250 g


Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan
Baja Tambahan-
selepas tanam.
 

Kawalan Rumpai:

Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya di peringkat awal
pertumbuhan.  Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali
merumput biasanya mencukupi.  Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga
atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

 
Penuaian:

Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6-8 bulan selepas
ditanam.  Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul.  Akar serta daun dipotong
meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10-15 cm.  Bagi tanaman yang
berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan
40 batang yang boleh dipasarkan.  Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga
disuling untuk pengeluaran minyak pati.

Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman
berumur 6-8 bulan.  Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. 
Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4
bulan.  Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya
semakin rendah.  Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 dan
12 tan/ha. bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman.  Oleh itu, anggaran hasil
bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun
berikutnya ialah 32 hingga 48 tan/ha.

Pengeluaran Minyak Pati

Keharuman dan perisa serai makan disebabkan oleh minyak pati yang terkandung
didalam daunnya.  Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga cokelat, kemerahan
dan berbau seperti limau 'lemon'.  Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian,
kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehid.  Peratusan sitral minyak pati
daripada C. citratus ialah antara 65% hingga 85%.

Pengendalian Lepas Tuai

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai

KOS

Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4
hektar) semusim.
Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan
jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit
untuk benih kerana benih-benih terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses.
JCB/Backhoe - RM300-350/ hari (bergantung pada kawasan)
Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar (bergantung pada kawasan)
Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga di sesetengah
tempat.
Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.

Anda mungkin juga menyukai