Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

PERMOHONAN PERUNTUKAN
BAGI KURSUS SUKAN MASSA
(PAINTBALL)

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD FIRDAUS BIN HARUN
(PEGAWAI SUKAN KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT)
TARIKH : 21 MAC 2011

Tujuan
Penulisan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan peruntukan
kewangan

dari

MAJLIS

SUKAN

KOLEJ

KOMUNITI

(MASKOM)

bagi

mengadakan kursus marshall paintball dan pertandingan Paintball terbuka


Kolej Komuniti 2011 di Kolej Komuniti Kuala Langat.
1.

Matlamat
Mewujudkan kemudahan permainan Paintball di Kolej Komuniti, agar dapat
memberikan pendedahan kepada para pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti di
seluruh Malaysia khususnya, serta komuniti setempat umumnya, tentang
permainan paintball. Permainan paintball merupakan satu bentuk permainan
kategori extreme yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Tidak seperti
permainan ekstrem yang lain seperti berkayak, wall climbing ataupun sukan
payung terjun, permainan paintball merupakan sukan yang akan memberikan
deruan adrenalin yang tinggi tanpa melibatkan kecederaan yang serius,
sekiranya pemain tersilap perkiraan atau percaturan, semasa bermain. Ia juga
tidak memerlukan latihan yang ekstensif dan tidak mempunyai halangan untuk
sebarang jantina, umur mahupun kekuatan fizikal. Ia merupakan satu sukan
yang mencabar dan menarik yang akan mengajar dan menerapkan nilai-nilai
murni seperti kerjasama, semangat berpasukan, berdisiplin, komunikasi,
kesabaran dan ketenangan serta menitikberatkan ketepatan. Oleh itu tidak
hairanlah sekiranya sukan ini semakin mendapat tempat di kalangan golongan
muda mahupun berusia.

2.

Objektif
a.

Menjadikan Kolej Komuniti Kuala Langat sebagai hub bagi permainan


paintball khususnya bagi warga Kolej Komuniti seluruh Malaysia

b.

Mendedahkan

kepada

pelajar

konsep

permainan

paintball

dan

menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat berpasukan, kerjasama


dan komunikasi ke dalam diri pelajar
c.

Menyediakan pelajar untuk menyertai sebarang pertandingan paintball


yang akan dianjurkan di sebarang peringkat kebangsaan

d.

Mendapatkan pendedahan dan pengalaman dalam aspek penganjuran


sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan paintball samada yang

berorientasikan pembangunan diri dan motivasi ataupun berunsurkan


kesukanan semata-mata.
e.

Memberi peluang kepada masyarakat setempat di Kuala Langat


khususnya, untuk menceburkan diri dalam permainan paintball pada
kadar

yang

berpatutan,

pada

masa

yang

sama,

membantu

memperkembangkan permainan paintball.


3.

4.

Sasaran Peserta
3.1

Kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia

3.2

Institusi pengajian tinggi serta kolej tempatan.

3.3

Organisasi dan agensi kerajaan setempat

3.4

Masyarakat setempat

Strategi
Kolej Komuniti Kuala Langat telah berjaya menganjurkan Pertandingan
Paintball Merdeka de Tournament, sempena sambutan kemerdekaan pada
bulan Ogos tahun 2007, kursus Marshall paitnball pada 4 - 5April 2009, dan
terbaru pada tahun ini kursus pendek asas paintball dan Kuala Langat Paintball
de Tournament pada 1 dan 2 Januari 2011. Unit Sukan Kolej Komuniti Kuala
Langat telah pun merangka beberapa strategi untuk menjadikan Kolej Komuniti
Kuala Langat sebagai hub bagi permainan paintball. Antaranya:
a. Menganjurkan kursus kursus pendedahan, asas permainan dan
keselamatan paintball kepada sekolah-sekolah, institusi pengajian
tempatan

organisasi

dan

agensi

kerajaan

setempat

serta

masyarakat setempat
b. Mengenakan bayaran sewaan tempat dan kelengkapan permainan
paintball pada kadar yang berpatutan, bagi pihak yang berminat
c. Menganjurkan pertandingan liga paintball bagi daerah Kuala Langat
d. Menganjurkan pertandingan paintball antara Kolej Komuniti seluruh
Malaysia

e. Menganjurkan pertandingan paintball antara sekolah-sekolah serta


institusi

pengajian

tinggi

setempat

(ILP

Kuala

Langat,

GiatMara,Kolej MARA Banting, Politeknik Banting serta kolej-kolej


swasta)
f.

Menghantar penyertaan pelajar Kolej Komuniti ke sebarang


pertandingan paintball yang diadakan di peringkat kebangsaan.

5.

Anggaran Perbelanjaan kursus Marshall Paintball dan Pertandingan


Paintball terbuka Kolej Komuniti 2011

Bil

Perkara (KURSUS MARSHALL)

Yuran kursus

Makan/minum 2 hari

Harga
(RM)

Kuantiti

JUMLAH
(RM)

200

30

6000

30 (2 hari)

30

900

Pallet paintball

200

20

4000

Sewaan padang paintball

150

300

Sewaan peralatan paintball

50

20

1000

Sewaan khemah

200

1000

Nota

30

150

Air mineral

10

20

200

JUMLAH (A)

13550.00

SEWAAN PERALATAN DAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN PERTANDINGAN PAINTBALL

Bil
1
5
6
7
8
9

Item

Sewaan

Marshall
Pallet
CO2 Refill
station
Banner
t-shirt

Hadiah
pertandingan

Jumlah
Sewaan

Gunapakai peserta kursus marshall


RM 200.00 X 40

RM 8000.00

RM 500.00 X 2 set

RM 1000.00

RM 180.00 X 5
RM 15 X 50
RM 2000 johan = RM 1000
Naib = RM 500
Ke tiga = RM 200
Ke empat = RM 100
Ke lima = RM 50
Ke enam = RM 50
Ke tujuh = RM 50
Ke lapan = RM 50

RM 900.00
RM 750.00

RM 2000.00

JUMLAH (B)

RM 12650.00

JUMLAH KESELURUHAN (A+B)

RM 26200.00

Tarikh cadangan untuk kursus dan pertandingan ini ialah :Tarikh : 28 29 April 2011 (Kursus Marshall), 30 April dan 1 Mei 2011
(pertandingan+amali marshall)
Hari : Khamis hingga Ahad
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Tempat : Kolej Komunti Kuala Langat

6.

Laporan

Paintball Merdeka de Tournament


Untuk makluman pihak tuan, Kolej Komuniti Kuala Langat telah pun
menganjurkan Pertandingan Paintball Merdeka de Tournament peringkat
dalaman kolej pada 1 dan 2 September 2007. Pertandingan ini telah
menarik penyertaan sebanyak 20 pasukan yang melibatkan seramai 100
orang pemain yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti
Kuala Langat. Kursus pendedahan selama 1 hari telah diberikan terlebih
dahulu kepada para peserta bagi mendedahkan peserta kepada aspek
permainan dan keselamatan paintball. Laporan bergambar adalah seperti
dalam lampiran.
kursus Marshall paintball pada 4 - 5April 2009
untuk makluman pihak tuan, kursus ini telah melahirkan 7 orang Marshall
paintball yang diiktiraf oleh Malaysian Marshall dan telah dipanggil untuk
mengadili pertandingan penball Malaysian Paintball Official Circuit (MPOC)
dan juga World Cup Asia.
Kuala Langat Paintball de Tournament 2011
Buat makluman, pertandingan ini telah berlangsung selama 2 hari dan telah
menarik minat 20 pasukan daripada institusi pengajian tinggi awam dan
swasta sekitar Kuala Langat dan juga syarikat-syarikat swasta.

7.

Kelulusan

Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan


daripada pihak tuan. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kertas kerja disediakan oleh,


............................................................
(MUHAMMAD FIRDAUS BIN HARUN)
Pegawai Sukan
Kolej Komuniti Kuala Langat

Kertas kerja disemak oleh,


............................................................
(ZULKIFLI BIN ABD RAHMAN)
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Kolej Komuniti Kuala Langat

Kertas Kerja disokong oleh,

.......................................................
( GAZARI BIN OSMAN)
Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat

Ulasan Pengarah :
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai