Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA MEMANAH

PENGENALAN

Memanah adalah merupakan satu aktiviti yang telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Zaman dahulu manusia menggunakan kemahiran memanah untuk memburu binatang dijadikan makanan ataupun berperang. Tetapi hari ini banyak negara berlumba-lumba menguasai kemahiran ini adalah untuk melonjakkan nama dalam arena sukan. Sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini yang semakin mencabar dalam era menuju ke pendidikan global dan bertaraf dunia, seharusnya pensyarah IPG khususnya yang terlibat dalam dunia sukan diperlengkapkan dengan sebanyak mungkin ilmu bagi memikul tanggungjawab mendidik, membimbing dan melatih bakal-bakal guru bagi mencapai visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia

RASIONAL

Di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah samada peringkat Kebangsaan mahupun negeri telah wujud pertandingan dalam berbagai kategori namun dari segi penyertaannya belum begitu meluas. Perkara ini mungkin didorong oleh kekurangan jurulatih ataupun ketidakmampuan dari segi kos penyediaan alat. Kekurangan dari segi kos mungkin boleh di atasi dengan agak mudah berbanding masalah dari segi ketiadaan jurulatih. Untuk menyediakan jurulatih yang berwibawa mungkin akan memakan masa yang lama. Justru itu Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Persatuan Memanah Malaysia dan Majlis Sukan Negara berusaha untuk menganjurkan Kursus

2 Kejurulatihan Memanah kepada para pensyarah IPG di seluruh negara. Dengan harapan setelah mereka pulang ke institusi masing-masing akan menubuhkan Gerko Memanah. Atas keperluan inilah Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Institut Perguruan Temengong Ibrahim Johor Bahru dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah menganjurkan kursus berkenaan yang akan dijalankan pada 27 30 Ogos 2006. Sehubungan dengan itu setelah tertubuhnya Gerko Memanah di institusi masingmasing secara tidak langsung pelatih-pelatih yang terlibat dapat menimba ilmu dalam sukan memanah. Akhirnya setelah mereka ditempatkan di sekolah masing-masing mereka pula akan dapat menubuhkan kelab memanah. Sukan memanah adalah sejenis sukan yang sesuai untuk semua golongan tanpa mengira peringkat umur dan kekuatan fizikal. Jadi dengan adanya kelab memanah di sekolah-sekolah akan memberi pilihan kepada murid-murid yang kurang kemampuan dari segi fizikal untuk menyertai kelab berkenaan.

MATLAMAT

Adalah diharapkan kursus memanah ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pensyarah IPG menerima pendedahan dalam kemahiran memanah. Secara tidak langsung akan dapat melahirkan tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan asas kemahiran memanah yang akhirnya akan dikembangkan di kalangan guru pelatig IPG di seluruh negara.

OBJEKTIF

Adalah diharapkan dengan terlaksananya kursus memanah ini akan dapat : 1. Memberi peluang kepada para pensyarah mendapat pendedahan asas dalam kemahiran memanah.

3 2. Memperkenalkan serta mengembangkan sukan memanah di kalangan pensyarah dan guru pelatih IPG . 3. Melahirkan tenaga pengajar sukan memanah sebagai memenuhi keperluan masa kini di IPG dan sekolah-sekolah. 4. Memberikan pendedahan sukan memanah dari aspek kemahiran asas, pengurusan, teknikal, Undang-Undang dan peraturan yang berkaitan. 5. Menjadikan sukan memanah sebagai suatu aktiviti riadah bagi pensyarah, dan guruguru pelatih IPG. 6. Menyumbang ke arah pembangunan sukan memanah di peringkat IPG khususnya dan negara amnya.

TARIKH TEMPAT

: 27 Hingga 30 OGOS 2006 : Padang IPTI.

JUMLAH PESERTA: 32 Orang. FASILITATOR : Persatuan Memanah Selangor

AHLI JAWATANKUASA INDUK: Penaung : Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengerusi : 1. Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Pengarah, Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

4 Timbalan Pengerusi : 1. Ketua Penolong Pengarah, Unit HEP, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Timbalan Pengarah, Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Setiausaha : 1. Tn. Hj. Zainal Bin Mahat Penolong Pengarah. Unit HEP, BPG. :2. Tn. Hj. Jamian Bin Giman, SUG, IPTI. Penyelaras : En. Mohd. Tahir Bin Kamarulzaman Penolong Pengarah, Unit HEP, BPG Penolong Penyelaras : En. Adib Bin Sulaiman Bendahari : 1. En. Murat Bin Hashim BPG 2. Pn. Ramlah Binti Mohamad - BPG 3. Pn. Rahayu Binti Anis. Pegawai Eksekutif Kanan

JAWATAN KUASA KERJA: Pengerusi : Pengarah, Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah, Institut Perguruan Temenggong Ibrahim,

5 Johor Bahru. Urusetia : Poniran Bin Salamon : En. Kamaluddin Bin Mukri Ahli Jawatankuasa a. Peralatan b. Perhubungan c. Pendaftaran : : En. Ahmad Fadzil Bin Hj. Noor : En. Norhizan Bin Zainol : Pn. Rashidah Binti Suib

d. Perasmian dan Penutupan : Pn. Lailati Binti Mohd. Noh e. Buku Program & Dokumentasi : En. Mohd. Jasa Bin Hj. Siraj f. Pengangkutan g. Hadiah & Cenderamata h. Jamuan i. Penginapan j. Keselamatan ANGGARAN PERBELANJAAN : 1. Makan Urusetia RM 10.00 X 18 orang X 3 Hari 2. Minuman latihan RM 6.00 X 50 orang X 3 Hari 3. Kertas Laminat 4. Inkjet Berwarna RM 45.00 X 5 1. Handle KAP Evolution 11 RM 450.00 X 25 unit 2. Limb KAP Evolution 11 RM 432.00 X 25 unit 3. Imported Beginner Arrow Quiver RM 200 X 9 dozen RM RM RM RM 540.00 900.00 45.00 225.00 : En. Ramlee Bin Ismail : Pn. Fatimah Binti Mustaffa : Cik Shaireena Binti Jaafar :En. Bahrom Bin Sulman : En. A.Jalil Bin Yunos

RM 10,560.00 RM RM 7,260.00 2,600.00 1,518.00 380.00

4. Imported Beginner Target Sight- ARTEN U.K. RM 69.00X 25 RM 5. Jazz Point Easton RM 38.00 X 10 dozen RM

6 6. Nock RM RM 23.00 X 10 dozen 7. Fletchers RM 23.00 X 10 paket 8. Target Butt 125cm RM 482.00 X 10 RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM Jumlah 230.00 230.00 4,820.00 400.00 160.00 120.00 100.00 500.00 320.00 615.00 1,400.00 1000.00 50.00 368.00 450.00 790.00 450.00 1960.00 220.00 100.00

9. Target Face 122cm RM 20.00 X 20 10. Target Face 80cm RM 16.00 X 10 11. Target Face 60cm RM 12.00 X 10 12. Target Face 40cm RM 10.00 X 10 13. Finger Tap RM 20.00 X 25 14. Arm Guard RM 12.80 X25 15. Chest Guard RNM 24.60 X 25 16. Markaman Soft Bow Case RM 56.00 X 25 17. Bow Stand RM 40.00 X 25 18. CD 1 Kotak 19.Cartel T Gauge RM 23.00 X 8 20. Stretching bend RM 45.00 X 15 unit 21.Target Stand RM 79.00 X 10 22. String RM 18.00 X 30 23. Fletching Jig RM 245.00 X 8 24. Fletchtipe Gum RM 22.00 X 10 25. Tool Box dan lain-lain alatan

RM 38,311.00

* Senarai harga alatan ada dilampirkan

PENUTUP

7 Adalah diharapkan dengan terlaksananya kursus pengenalan asas memanah ini, akan membolehkan ke semua Institut Perguruan Malaysia akan melaksanakan Gerko Memanah di institut masing-masing. Diharapkan juga di kejohanan kagum dua tahun akan datang akan ada pertandingan memanah.

Disediakan oleh:

(PONIRAN BIN SALAMON) Setiausaha, Kursus Kejurulatihan Asas Memanah, Bahagian Pendidikan Guru, D/A, IPTI. Johor Bahru, Johor.

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHOR

KERTAS KERJA
KURSUS KEJURULATIHAN ASAS MEMANAH ANJURAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU,JOHOR. PADA 27 HINGGA 30 OGOS 2006

TEMPAT INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM,

JOHOR BAHRU.

10 Aturcara Majlis Taklimat : 1. 2. 3. 4. Ucapan Pengerusi Ucapan Pegawai BPG Taklimat Bahagian Penginapan Taklimat perjalanan kursus

Aturcara Majlis Penutupan : 1. 2. 3. 4. Bacaan Doa Penyampaian Sijil Penyertaan Kursus Penyampaian Cenderahati kepada fasilitator Ucapan penutupan kursus

Anda mungkin juga menyukai