Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1.0 PENGENALAN
Pada setiap tahun, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara telah
mengadakan Kejohanan Bola Tampar Daerah Kinta Utara. Tahun ini adalah merupakan tahun
pertama penganjuran Bola Tampar bagi Kinta Utara sejak PPD Kinta dipecahkan kepada dua
iaitu Kinta Utara dan Kinta Selatan. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Sungai
Raya telah mengambil bahagian dalam Kejohanan buat kali pertama ini. Pasukan sekolah
telah mengambil bahagian dalam ketegori Lelaki dan perempuan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan memberikan murid-muird peluang menyertai pertandingan Sukan
Bola Tampar.
2.2 Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat
sekolah rendah
lagi.
2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di ambil.
2.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
2.5 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan
cabaran.
2.6 Memupuk semangat perpaduan dikalangan murid selaras dengan "RIMUP".

3.0 RASIONAL
3.1 Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada murid.
3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan Jasmani untuk
diserapkan dalam
aktiviti luar.
3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.
3.4 Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah
kejohanan dari
awal hingga akhir.

4.0 BUTIRAN KEJOHANAN

Tarikh : 1,2 & 3 APRIL 2008


Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : SJK C Gunong Rapat

5.0 SASARAN PESERTA


Para peserta adalah dari kalangan dari Kelab Bola Tampar sekolah dan juga daripada murid-
murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6.

6.0 CATATAN / ULASAN


Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam kedua-dua ketogeri iaitu
ketogeri lelaki dan perempuan. Pasukan sekolah telah bermain dengan bersunggung-sungguh
namun nasib pasukan sekolah kita kurang baik kerana hanya dapat beraksi pada peringkat
kumpulan sahaja. Masih banyak kelemahan yang perlu di perbaiki untuk pasukan bola tampar
sekolah. Banyak latihan dan pendedahan yang perlu diberikan kepada mereka sebagai
pendedahan. Ada antara mereka berasa gementar dan kaku kerana kali pertama bertanding
dalam permainan bola tampr. Oleh itu saya mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu
mengenal pasti para pemain yang berbakat dan mengadakan latihan daripada awal tahun lagi.
Selain itu juga saya mencadangkan supaya diberikan galakan daripada pihak sekolah melalui
ganjaran semasa hari anugerah kepada pasukan yang berjaya. Ini secara tidak langsung akan
meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan bermain dengan bersungguh-sungguh.
Disediakan oleh:

... .............
(KANTHAROA A/L SUPEREMANY

Pengurus Pasukan
Bola Tampar
Disemak oleh:

Posted by KANTHAROA SUPEREMANY at 21:10

Anda mungkin juga menyukai