Anda di halaman 1dari 2

CONTOH LAPORAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

PENGENALAN

1.0 Pada setiap tahun, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Derah Petaling telah mengadakan Kejohanan
Bola Tampar Daerah Petaling Utama. Tahun ini adalah merupakan tahun pertama penganjuran
Bola Tampar bagi Petaling Utama sejak PPD Petaling dipecahkan kepada dua iaitu Petaling
Utama dan Petaling Perdana. Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun
2 telah mengambil bahagian dalam Kejohanan buat kali pertama ini. Pasukan sekolah telah
mengambil bahagian dalam ketegori Lelaki dan perempuan.

2.0 2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan memberikan murid-muird peluang menyertai pertandingan Sukan Bola
Tampar.
2.2 Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat sekolah
rendah lagi.
2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di ambil.
2.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
2.5 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran.
2.6 Memupuk semangat perpaduan dikalangan murid selaras dengan "RIMUP".

3.0 RASIONAL
3.1 Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada murid.
3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan Jasmani untuk
diserapkan dalam aktiviti luar.
3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid.
3.4 Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah
kejohanan dari awal hingga akhir.

3.0 BUTIRAN KEJOHANAN

Tarikh : 1,2 & 3 APRIL 2008

Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 Petang

Tempat : SJK C TROPICANA, DAMANSARA.

4.0 SASARAN PESERTA


Para peserta adalah dari kalangan dari Kelab Bola Tampar sekolah dan juga daripada murid-
murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6.

5.0 CATATAN / ULASAN

Pasukan sekolah telah mengambil bahagian dalam kedua-dua ketogeri iaitu ketogeri lelaki dan
perempuan. Pasukan sekolah telah bermain dengan bersunggung-sungguh namun nasib pasukan
sekolah kita kurang baik kerana hanya dapat beraksi pada peringkat kumpulan sahaja. Masih banyak
kelemahan yang perlu di perbaiki untuk pasukan bola tampar sekolah. Banyak latihan dan
pendedahan yang perlu diberikan kepada mereka sebagai pendedahan. Ada antara mereka berasa
gementar dan kaku kerana kali pertama bertanding dalam permainan bola tampr. Oleh itu saya
mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu mengenal pasti para pemain yang berbakat dan
mengadakan latihan daripada awal tahun lagi. Selain itu juga saya mencadangkan supaya diberikan
galakan daripada pihak sekolah melalui ganjaran semasa hari anugerah kepada pasukan yang
berjaya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan
bermain dengan bersungguh-sungguh.

Disediakan
oleh: ………………………………..
Pengurus Pasukan Bola
Tampar

Disemak oleh: ………..……………………… JAMIL BIN


HASSAN Penolong Kanan Kokurikulum SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO’ HARUN (
2 ) Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Anda mungkin juga menyukai