Anda di halaman 1dari 11

PERKONGSIAN ILMU

PENULISAN LAPORAN
PENYELIDIKAN

Aris Fazil Haji Ujang


GS20833
Calon Phd (Sains Sukan)

Tesis & Kertas Projek


Bab 1 Apa?
Bab 2
Kenapa?
Bab 3
Bagaimana ?
Bab 4 Keputusan?
Bab 5 Perbincangan?

Proposal

Laporan

BAB 4 Analisis Data


Keputusan kajian dibincang & dipapar
berdasarkan jadual.
TIADA komen, ulasan dan
perbincangan.
Susunan analisis berdasarkan objektif
kajian @ persoalan kajian @ hipotesis.
Hasil analisis Jadual.
Rumusan

Penulisan Pendahuluan
Nyatakan tujuan kajian dijalankan.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara kebimbangan


dan orientasi matlamat dalam kalangan atlet remaja di Malaysia.
Selain itu, kajian ini juga akan membandingkan kebimbangan dan
corak orientasi matlamat dalam kalangan atlet remaja yang berlainan
jantina dan bangsa serta mengenal pasti faktor yang mempengaruhi
kebimbangan atlet remaja di Malaysia.
Dalam bab ini dihuraikan berkenaan proses penganalisisan data yang
diperoleh daripada responden yang berasaskan soal selidik mengenai
kebimbangan dan orientasi matlamat. Kaedah statistik diskriptif dan
statistik inferensi dengan menggunakan SPSS (versi 17.0) digunakan
untuk menganalisis dan menginterpretasi data.

Laporan Analisis Diskriptif Pembolehubah


Jadual 1 : Analisis Deskriptif pembolehubah kajian.

Berdasarkan
objektif kajian.
Pembolehubah
dalam kajian.
Min, sd,
frekuansi dan
peratus.

Pembolehubah

Kekerapan
(f)

Peratus
(%)

Jantina
Lelaki
Perempuan

62
189

24.7
75.3

Bangsa
Melayu
Cina
India

81
113
57

32.3
45.0
22.7

Umur
Tempat Tinggal
Bandar
Luar Bandar

189
62

75.3
24.7

Min

sd

13.45

2.13

Contoh laporan analisis Kolerasi


Analisis Hubungan Antara Kebimbangan Dengan Pemboleh Ubah Bebas
Kajian
Analisis kolerasi Pearson product moment diguna untuk menentukan
hubungan antara kebimbangan dengan pembolehubah bebas kajian dalam
kalangan atlet remaja di Malaysia. Merujuk nilai dalam jadual 2, didapati
terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan dengan orientasi
matlamat berorientasikan tugasan (r=.303, p0.05), tempat bertanding (r=.221,
p<0.05) dan pengalaman (r=-.252, p<0.05).
Berdasarkan kekuatan nilai pekali kolerasi, hasil analisis menunjukkan
hubungan yang lemah antara kebimbangan dengan orientasi tugasan, tempat
bertanding dan pengalaman. Hasil analisis juga menunjukkan suatu hubungan
yang negatif antara kebimbangan dengan pengalaman .
Jadual 2 : Analisis kolerasi kebimbangan dengan pembolehubah bebas.
Pembolehubah
Kebimbangan
*p<0.05

OM
Tugasan

OM Ego

Jantina

Bangsa

Tempat
bertanding

Pengalaman

.303*

.067

.021

.084

.221*

-.252*

Contoh laporan analisis Ujian-t


Analisis Perbandingan Tahap Kebimbangan dan Corak Orientasi
Matlamat Atlet Remaja Berdasarkan Jantina
Ujian-t tidak bersandar digunakan bagi mengkaji perbezaan tahap
kebimbangan dan corak orientasi matlamat antara atlet remaja lelaki dan atlet
remaja perempuan. Merujuk jadual 3, analisis ujian-t menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan min bagi corak orientasi matlamat antara atlet remaja
lelaki (min=20.06) dengan atlet remaja perempuan (min=24.31). Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaaan yang signifikan bagi corak orientasi
matlamat [ t (280) =.458, p < 0.05 ] antara atlet remaja lelaki dan perempuan.
Walau bagaimanapun, hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan bagi tahap kebimbangan antara kedua-dua jantina.
Jadual 3 : Analisis Ujian-t tahap kebimbangan dan Corak Orientasi Matlamat Atlet
Remaja Berdasarkan Jantina
Faktor

Jantina

Min

sd

df

Kebimbangan

Lelaki
Perempuan

19.91
20.00

4.46
4.34

280

.162

.432

Orientasi
Matlamat

Lelaki
Perempuan

20.06
24.31

3.92
4.22

280

.458

.030*

*p<.05

Contoh laporan analisis ANOVA


Analisis Perbandingan Corak Orientasi Matlamat Atlet Remaja
Berdasarkan bangsa
Untuk melihat sama ada atlet remaja yang berlainan bangsa mengamalkan
corak orientasi matlamat yang berbeza , ujian ANOVA sehala telah digunakan.
Berdasarkan jadual 4, analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaaan
yang signifikan bagi orientasi matlamat yang berorientasikan ego [ F(2,462)
=4.405, p < 0.05 ] antara atlet remaja bangsa Melayu, Cina dan India. Walau
bagaimanapun, bagi orientasi matlamat yang berorientasikan tugasan, hasil
analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara atlet
Melayu, Cina dan India. Ujian Pos Hoc Tukey dijalankan bagi melihat
perbezaan corak orientasi matlamat berorientasikan ego dengan lebih
terperinci terutama kumpulan bangsa yang menjadi penyumbang kepada
Degree of freedom
perbezaan yang signifikan bagi nilai F.
Jadual 4 : Analisis Ujian ANOVA Corak Orientasi Matlamat Atlet Remaja Berdasarkan
Bangsa.
Orientasi
ss antara
ss dalam
F
p
Matlamat
kumpulan
kumpulan
Berorientasikan
ego

312.12

44.31

4.405

.001*

Berorientasikan
tugasan

49.79

28.16

1.726

.243

*p<.05

Jadual 5 menunjukkan, min corak orientasi matlamat berorientasikan


ego atlet remaja berbangsa India (min=34.19) lebih tinggi berbanding
min bangsa melayu (min=31.98) dan min bangsa Cina (min=29.53).
Perbezaan min yang signifikan hanya antara bangsa India dan bangsa
Cina iaitu sebanyak 4.66 (p=.001). Perbezaan min antara bangsa
Melayu dan Cina sebanyak 2.46 manakala perbezaan min antara
bangas Melayu dan India sebanyak -2.21. Walau bagaimanapun,
kedua-duanya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan.
Hasil ujian menunjukkan perbezaan min yang besar antara bangsa
Cina dan India adalah penyumbang kepada nilai F yang signifikan.
Jadual 5 : Ujian Pos Hoc Tukey Corak Orientasi Matlamat Berorientasikan Ego
Orientasi
Matlamat
Berorientasikan ego

*p<.05

Bangsa (min)

Bangsa (min)

Perbezaan min

Melayu (31.98)

Cina (29.53)

2.46

.043

Melayu (31.98)

India (34.19)

-2.21

.435

Cina (29.53)

India (34.19)

4.66

.001*

Contoh laporan analisis Regrasi


Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi kebimbangan atlet remaja
Regrasi berganda stepwise digunakan untuk mengenal pasti pembolehubah
bebas yang mempengaruhi kebimbangan atlet remaja Malaysia. Dalam
analisis Regrasi, pembolehubah bersandar adalah kebimbangan manakala
pembolehubah bebas adalah orientasi tugasan, tempat bertanding dan
pengalaman. Merujuk jadual 6, hasil analisis mendapati, corak orientasi
matlamat yang berorientasikan ego adalah faktor yang menyumbang kepada
kebimbangan [R2=.092, F(1,462)=46.681, p<0.05] atlet remaja.
Orientasi tugasan (R2=.092) menyumbang sebanyak 9.2% varian dalam
kebimbangan. Sebanyak 90.8% varian dalam kebimbangan yang tidak dapat
diramalkan berkemungkinan disebabkan faktor lain yang tidak dikaji dalam
kajian ini.
Jadual 6 : Analisis Regresi Berganda stepwise bagi kebimbangan

Faktor
Orientasi Tugasan
*p<.05

R2

.303

n=464
.092

46.681*

Sekian, terima kasih


Semoga.Allah mempermudahkan
segala urusanku, memberkati
segala usahaku dan memberikanku
kekuatan dan kesabaran dalam
perjuangan ilmu ini..Amin.

Anda mungkin juga menyukai