Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN POST MORTEM KEJOHANAN MERENTAS DESA

SKPK SG PETANI 2016


Satu mesyuarat Post Mortem Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 2
Mac 2016, jam 1.15 petang di bilik Penolong Kanan Kokurikulum.Mesyuarat ini
diadakan bertujuan berbincang perkara-perkara berbangkit yang timbul semasa
kejohanan merentas desa berlangsung pada 24 Februari yang lalu. Hasilnya,
beberapa perkara yang berupa aduan, komen, cadangan telah dimaklumkan oleh
pihak pentadbir dan guru-guru untuk diberi perhatian dan tindakan. Berikut adalah
dapatan dari post mortem tersebut:
1. Terdapat pelajar yang tidak menyerahkan kembali gelang tanda kategori
kepada urusetia.
2. Pelaksanaan acara merentas desa agak baik. Cuma diharapkan pada
bahagian penamat perlu dibuat satu lorong khas berserta tali penamat.
3. Tiada penglibatan wakil dari pihak PIBG yang mungkin dapat meringankan
tugas guru dan mengeratkan silaturahim.
4. Trek kejohanan pada kali ini masih sama dengan tahu sebelumnya. Ada
cadangan dari guru untuk mengubah laluan untuk tahun yang akan datang.
Kesimpulannya, segala dapatan di atas lebih kepada cadangan penambahbaikan
kepada perkara kecil yang timbul. Namun ianya tidak menjejaskan perjalanan
kejohanan merentas desa. Malah boleh dianggap bahawa kejohanan merentas desa
kali ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada semua warga sekolah
yang telah memberikan komitmen demi memastikan kejohanan merentas desa pada
kali ini berjaya dengan cemerlang. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjijng. Ke
bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bulat air kerana pembetung. bulat kata
kerana muafakat. Sekian.
Dicatat oleh,
..................................................
(MUHAMMAD SAFWAN BIN ARIFFIN)
Setiausaha Sukan,
SKPK Sg Petani,
08400 Merbok,Kedah.

Anda mungkin juga menyukai