Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGELOLAAN DAN PENGANJURAN


1.1 Kejohanan ini dianjurkan dan dikelolakan bersama oleh Panita Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan SK Pendidikan Khas Sg. Petani dan Unit Pendidikan Khas Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah.

2.0 PERATURAN AM
2.1 Sebarang kejadian perkara-perkara bukan teknikal akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola.
2.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan berasaskan undang-undang
2.3 Selain daripada peraturan diatas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah
berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan
matlamat penganjuran kejohanan ini.
2.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
adalah MUKTAMAD.

3.0 PENDAFTARAN
3.1 Setiap sekolah hendaklah mendaftarkan maksimum 5 orang peserta sahaja bagi
setiap kategori

3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dilakukan pada pautan google form yang telah
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
3.3 Hanya peserta berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian. Jika
didapati pemain yang mengambil bahagian adalah pemain yang tidak berdaftar,
penyertaan peserta tersebut dalam acara ini akan terbatal secara automatik.

3.4 Pendaftaran boleh dibuat bermula 26 September hingga 29 September 2021 sahaja.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Setiap video penyertaan mestilah selaras dengan jenis pertandingan ini iaitu aktiviti
senaman regangan
4.2 Penyertaan video hendaklah disertakan nama peserta, kategori penyertaan dan
nama sekolah
4.3 Penyertaan video adalah dibenarkan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris

5.0 SYARAT PERTANDINGAN


5.1 Pertandingan bermula pada 26 September sehingga 30 September 2021
5.2 Video yang dihasilkan mestilah tidak melebihi tempoh masa 5 minit.
5.3 Setiap peserta hanya boleh menghantar satu video sahaja.
5.4 Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada
menggunakan telefon pintar / perakam video untuk menghasilkan video di mana
elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing adalah
dibenarkan
5.5 Disarankan aktiviti senaman regangan yang dijalankan perlulah mengandungi
aktiviti berikut:
5.5.1 Lari Setempat
5.5.2 Lompat Bintang
5.5.3 Regangan Kepala
5.5.4 Regangan Tangan
5.5.5 Regangan Pinggang
5.5.6 Regangan Kaki
5.5.7 Menarik Nafas
5.6 Kos penyertaan pertandingan adalah ditanggung oleh peserta
5.7 Video yang lengkap dan terbaik hendaklah dihantar pada 30 September 2021
pautan telegram yang akan dimaklumkan oleh pihak urusetia

6.0 KRITERIA PENGHAKIMAN


6.1 Keseluruhan video yang dihantar akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema
pemarkahan yang berikut:
i ) Penampilan = 20 markah
ii) Semangat = 20 markah
iii) Perancangan Senaman = 20 markah
iv) Teknik Senaman = 20 markah
v) Kreativiti = 20 markah
100 markah
6.2 Semua keputusan hakim adalah muktamad
6.3 Semua video penyertaan yang diterima oleh pihak Urusetia menjadi hak milik
Urusetia dan Urusetia boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk
apa-apa tujuan

7.0 SENARAI PEMENANG DAN HADIAH


7.1 Senarai pemenang akan dikeluarkan pada 4 Oktober 2021
7.2 Hadiah yang disediakan adalah untuk tempat pertama sehingga tempat kelima
7.3 Peserta yang berjaya boleh mengambil hadiah di sekolah masing-masing selepas
7 Oktober 2021

8.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN


8.1 Semua penyertaan yang berdaftar hendaklah menghantar video masing-masing
selewat-lewatnya pada 30 September 2021 sebelum jam 6.00 petang
8.2 Penyertaan yang diterima selepas tarikh penutupan akan ditolak

9.0 PERTANYAAN
9.1 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Urusetia Pertandingan e-Aktif Cergas,
SK Pendidikan Khas Sungai Petani,
08400 Merbok, Kedah.

No. Telefon : 04-4571104


No. Faks : 04-4571153
Emel : skpendkhas.ppdkmy@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai