Anda di halaman 1dari 1

SAINS TAHUN 3A

PROSES PENCERNAAN

1. Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan yang lebih kecil

supaya nutrient daripadanya boleh diserap semasa melalui urutan aliran makanan di

dalam badan.

2. Makanan yang dimakan akan melalui beberapa bahagian badan, bermula dari mulut,

esofagus, perut, usus dan berakhir di dubur.

3. Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi cebisan yang lebih kecil

supaya lembut dan mudah ditelan.

4. Makanan akan melalui esofagus dan menjadi makin kecil di perut.

5. Nutrien makanan akan diserap ke dalam usus.

6. Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau tahi yang tidak diperlukan lagi.

7. Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti berlari selepas makan, makan gelojah

dan bercakap semasa makan boleh memberi kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan

sakit perut. 

Anda mungkin juga menyukai