Anda di halaman 1dari 1

Sains Tahun 3

TAJUK : PENCERNAAN

1. Pencernaan ialah proses menghancurkan makanan menjadi cebisan


yang lebih kecil sipaya nutrient daripadanya boleh diserap semasa
melalui urutan aliran makanan di dalam badan.
2. Makanan yang dimakan akan melalui beberapa bahagian badan,
bermula dari mulut, esofagus, perut, usus dan berakhir di dubur.
3. Makanan dihancurkan oleh gigi, lidah dan air liur menjadi cebisan
yang lebih kecil supaya lembut dan mudah ditelan.
4. Makanan akan melalui esofagus dan menjadi makin kecil di perut.
5. Nutrien makanan akan diserap ke dalam usus.
6. Apabila sampai ke dubur, makanan menjadi tinja atau tahi yang
tidak diperlukan lagi.
7. Perbuatan yang mengganggu pencernaan seperti berlari selepas
makan, makan gelojah dan bercakap semasa makan boleh memberi
kesan seperti tersedak, muntah, tercekik dan sakit perut. 

Anda mungkin juga menyukai