Anda di halaman 1dari 1

Jehai Anak Kana, Pengerusi Biro Wanita Kampung Temiang, 94800 Simunjan Samarahan, Sarawak.

H/P: 019-8384839

Yang Berhormat Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri, Ahli Parlimen P. 200 Batang Sadong. Yang Berhormat,

5 Ogos 2010

Memohon Sumbangan Untuk Membeli Alat-alatan. Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat saya yang bertarikh 24 Jun 2010. Di sini saya merangkap Pengerusi Biro Wanita Kampung Temiang ingin mendapatkan kepastian sama ada permohonan saya tempoh hari sudah dipertimbangkan ataupun belum. 2. Sehubungan dengan itu, sekiranya belum dipertimbangkan, saya memohon pihak Yang Berhormat tidak keberatan untuk mempertimbangkan permohonan kami seperti berikut. (i) Tikar getah 5 golong dengan anggaran harga berjumlah RM 1,000.00 (ii) Perkakas dapur seperti dapur gas dan lain-lain dengan anggaran kos berjumlah RM 1,000.00 *Senarai lengkap berkenaan jenis alat-alatan yang perlu dibeli telah dinyatakan dalam surat yang terdahulu. 3. Kerjasama dan jasa baik pihak Yang Berhormat kami sudahi dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

Disahkan oleh,

(Jehai Anak Kana) Pengerusi Biro Wanita Kampung Temiang

(TR. Hipong Anak Lekam) Ketua Kampung, Kampung Temiang.

Anda mungkin juga menyukai