Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PUSAT PENGAJIAN SAINS MAKLUMAT,


KOLEJ PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN, INFORMATIK DAN MEDIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
(UiTM)

DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT


(IM1101/D)

MAN AND RELIGION


(IDA102)

TAJUK:
KEPENTINGAN AGAMA KEPADA MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH:
1. JESSWYNA ANESSA ANAK JOANNES WAT (2022856984)
2. ROXIANNE REMIA APITT ANAK NEXAN (2022676142)
3. MARCELA ALICIA ANAK JOEL (2022820668)

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH NUR ADILAH BINTI AMIRUDDIN

DISEMBER, 2022
KEPENTINGAN AGAMA KEPADA MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH:

JESSWYNA ANESSA ANAK JOANNES WAT (2022856984)


ROXIANNE REMIA APITT ANAK NEXAN (2022676142)
MARCELA ALICIA ANAK JOEL (2022820668)

PUSAT PENGAJIAN SAINS MAKLUMAT,


KOLEJ PENGAJIAN PENGKOMPUTERAN, INFORMATIK DAN MEDIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
KAMPUS SAMARAHAN
DISEMBER , 2022
PENGHARGAAN

Kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas pemberian-Nya melalui kekuatan dan
keberkatan sepanjang proses menyiapkan tugasan kami. Lebih-lebih lagi, kami ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Ustazah Nur Adilah Binti
Amiruddin, atas segala nasihat dan tunjuk ajar beliau dalam menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan seperjuangan yang telah bertungkus lumus
dalam mendapatkan ilmiah tentang tajuk yang kami pilih. Dalam masa yang sama, kami juga
ingin memberi penghargaan terhadap responden yang telah memberi kerjasama dan meluangkan
masa lapang untuk menjawab soalan yang telah disediakan dalam borang berbentuk ‘Google
Form’. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang telah menyediakan kemudahan seperti
Internet, komputer riba serta kata-kata semangat dan sokongan moral yang amat bermakna bagi
kami sepanjang menjalankan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1 1.0 Pengenalan 1-2

2 2.0 Objektif Kajian 3

3 3.0 Kajian Literatur 4

4 4.0 Metodologi, Dapatan dan Perbincangan Kajian 5-12

5 5.0 Rumusan 13

6 6.0 Rujukan 14
1.0 PENGENALAN
Alam semesta kita ini mempunyai permulaan yang sama seperti manusia. Walau bagaimanapun,
manusia dan alam semesta adalah dua perkara yang amat berbeza. Tetapi sudah tentulah alam
semesta ini sangat luas. Persoalan, berapakah luasnya alam semesta ini? Alam semesta kita
bukanlah dilahirkan dan terus berada dalam keadaan seperti hari ini, ia mengembang sejak
permulaan hidupnya. Menurut kajian yang telah kami lakukan, alam semesta ini bermula dari
sebuah titik kecil dan mengembang kepada alam semesta yang kita lihat pada hari ini. Seperti
yang diketahui, titik ini terhasil daripada pemgembangan yang dikenali sebagai Big Bang atau
Letupan Besar. Namun begitu, adakah kita tahu akan penghujung alam semesta?

Meneliti lebih dalam, dua perkataan iaitu ‘dunia’ dan ‘bumi’. Pertama sekali , dunia adalah suatu
tempat atau kawasan di dalam planet Bumi. Ia lebih merujuk kepada sebuah tempat tinggal atau
planet yang dikediami oleh segala makhluk hidup. Bumi pula adalah menunjukkan planet yang
dipanggil atau bernama ‘Bumi’. Mengenai perkara ini, terdapat pelbagai makhluk yang hidup di
planet Bumi tetapi fokus kita adalah manusia. Jadi, siapakah manusia dan bagaimana manusia
dicipta dan kenapa? Dalam singkat, manusia adalah makhluk yang mempunyai kemampuan
berfikir dan lebih istimewa daripada makhluk lain yang tinggal di dunia. Manusia dikatakan
diciptakan dari unsur tanah dan kita diciptakan dan dihidupkan di muka bumi ini bertujuan untuk
mengabdikan diri dengan Tuhan secara menyeluruh dengan merangkumi seluruh aspek dan
gerak kerja dalam kehidupan.

Dalam hubungan ini, setiap manusia di dunia ini menganuti sebuah agama dan kepercayaan.
Namun begitu, terdapat segelintir manusia di dunia ini tidak menganuti sebarang agama atau
mempunyai kepercayaan. Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan agama dan
kepercayaan? Mengikut kamus Bahasa Melayu, agama adalah kepercayaan pada Tuhan dan
sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaranNya. Manakala, kepercayaan adalah pada
umumnya bermaksud akuan akan kebenaran sesuatu perkara. Sudah terang lagi jelas bahawa
terdapat pelbagai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh manusia di pelusuk dunia. Misalnya,
agama- agama utama di dunia ialah Islam , Kristian , Buddha, Hindu dan lain-lain.

1
1.1 LATAR BELAKANG
i) Agama Islam
Agama Islam merupakan agama samawi yang lahir dan tersebar melalui dakwah Islamiah yang
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Seperti yang kita sedia maklum, perkataan Islam berasal dari
bahasa arab yang membawa erti selamat, sejahtera dan berserah diri. Kedatangan islam diawali
dengan lahirnya Nabi Muhammad SAW, nabi akhir zaman dan selanjutnya beliau menyampaikan
islam kepada seluruh kaum Arab di Mekah dan Madinah setelah Allah SWT mengangkatnya
menjadi Rasul. Beliau menyampaikan bahwa Allah adalah pencipta seluruh alam semesta,
pencipta kehidupan, kematian, pemberi rezeki dan lain sebagainya.

ii) Agama Kristian


Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia iaitu ,kira-kiranya 2.1 bilion penganut di dalam
dunia. Agama Kristian merupakan sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan
ajaran-ajaran Yesus Kristus. Agama Kristian berkongsi dengan kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani
dengan agama Yahudi dan oleh kerana itu, agama Kristian ini juga digelar sebuah usulan
Abraham. Kristian berasal daripada bahasa Yunani atau ‘Christos’ dan seterusnya berubah
menjadi ‘Christus’ di dalam bahasa Latin. Penganut agama Kristian mengikuti ajaran ‘Jesus
Christ’. Jesus Christ juga dikenali dengan panggilan ‘Al-Masih’.

ii) Agama Buddha


Agama Buddha didirikan 2500 tahun silam di India oleh Siddharta Gautama. Ajaran Buddha
meluas ke seluruh Asia dan kini merupakan agama terbesar keempat di dunia. Buddha membantu
umatnya untuk mengembangkan daya manusia kita secara penuh dengan memahami sifat sejati
kenyataan. Buddha mengajarkan upaya-upaya terampil untuk bangun seperti yang ia telah
diwujudkan, sehingga orang lain pun dapat menjadi seorang Buddha dalam pilihan, minat dan
bakat. Ia juga mengajarkan berbagai macam-macam cara untuk mengatasi batas seseorang dan
mewujudkan dayanya secara penuh.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kami telah ditugaskan untuk melengkapkan tugas kajian kami dalam kepentingan agama kepada
manusia oleh pensyarah IDA102 kami, Ustazah Nur Adilah Binti Amiruddin. Berdasarkan
tugasan ini, kami telah merumuskan beberapa objektif kajian yang telah kami kaji. Antara
objektif kajian berdasarkan kajian kami ialah untuk mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai kepentingan agama terhadap seseorang umat dalam agama yang ada di Malaysia.
Sebagai contoh, agama Islam, agama Kristian dan agama Buddha yang menjadi agama utama
dalam tugasan kami. Selain itu, untuk menghargai usaha-usaha bagi mewujudkan kepercayaan
masing-masing dalam keagamaan di negara kita. Hal ini dapat menubuhkan kepercayaan atas
keberadaan-Nya yang mencipta dunia ini mengikut agama masing-masing. Di samping itu, kami
juga menyelidik tentang amalan yang dilakukan oleh agama masing-masing untuk menghormati
antara satu sama lain. Akhir sekali, semangat kerjasama di kalangan masyarakat Malaysia dapat
dipupuk antara setiap agama dalam menghargai kepercayaan orang lain. Kesimpulannya, kami
dapat mengenali agama lain berdasarkan kefahaman kami dengan membuat penyelidikan melalui
borang soal jawab dan rujukan internet.

3
3.0 KAJIAN LITERATUR
i) Pengenalan
Alam semesta kita ini mempunyai permulaan yang sama seperti manusia. Walau bagaimanapun ,
manusia dan alam semesta adalah dua perkara yang amat berbeza. Alam semesta kita bukanlah
dilahirkan dan terus berada dalam keadaan seperti hari ini, ia mengembang sejak permulaan
hidupnya. Menurut kajian yang telah kami lakukan, alam semesta ini bermula dari sebuah titik
kecil dan mengembang kepada alam semesta yang kita lihat pada hari ini. Seperti yang diketahui,
titik ini terhasil daripada pemgembangan yang dikenali sebagai Big Bang atau Letupan Besar.

Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan yang dianuti oleh manusia di pelusuk dunia.
Misalnya, agama- agama utama di dunia ialah Islam , Kristian , Buddha, Hindu dan lain-lain.

ii) Objektif
Untuk mengenalpasti kepentingan agama terhadap diri seseorang dalam agama masing-masing.
Selain itu, menyelidik cara seseorang dalam mempraktikkan ajaran agama dalam kehidupan
seharian. Di samping itu, mengenali lebih dalam tentang keagamaan yang ada di Malaysia.
Tambahan pula, kami ingin mengetahui larangan yang ditegaskan dalam agama yang dianuti.

iii) Kaedah Kajian


● Borang soal jawab
Kami telah mengedarkan borang soal jawab kepada rakan-rakan yang terdiri dari
pelbagai bangsa dan agama.
● Rujukan Internet
Kami juga menambah serba sedikit maklumat dan ilmu melalui rujukan media massa dan
Internet.

4
4.0 METODOLOGI, DAPATAN DAN
PERBINCANGAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN
Agama adalah kepercayaan yang mesti ada pada setiap manusia. Kewujudan manusia akan
menjadi huru-hara tanpa agama. Tujuan agama yang paling menonjol adalah sebagai pemangkin
kepada pembangunan manusia. Agama juga menjadi asas kepada tamadun dan rujukan pada latar
belakang budaya sesebuah masyarakat. Agama juga boleh mempengaruhi pandangan dunia
seseorang dan masyarakat, serta tingkah laku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat
dilihat dalam pertuturan, tingkah laku dan cara hidup seseorang. Tambahan pula, agama
memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan dunia kehidupan manusia serta
menimbulkan ketegangan dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat dunia, justeru agama
dijadikan sumber kekuatan dan harapan. Dalam menjalani kehidupan ini, setiap manusia
mempunyai tanggungjawab masing-masing dari pelbagai aspek tanpa mengira agama dan
bangsa. Jika dilihat, manusia pada masa kini makin mengabaikan agama dalam kehidupan
seharian. Pada dasarnya manusia memiliki keterbatasan pengetahuan dalam banyak hal ,
walaupun benda yang baik ataupun jahat. Namun begitu, manusia mudah leka dengan sesuatu
perkara yang dapat mendatangkan padah tanpa memikirkan keburukannya mahupun
kebaikannya. Oleh itu, seperti yang diketahui agama adalah sangat penting kerana ia memberi
petunjuk kepada kita ke arah kebaikan , kebenaran, keindahan serta ketenangan hidup dalam
menjalani kehidupan seharian. Antara kepentingan agama adalah menjadikan manusia berakhlak
mulia, membentuk rohani yang bersih, menidakkan ajaran sekularisme yang jauh terpesong.
Bukan itu sahaja, dari segi moral, ia dapat membentuk rohani yang bersih serta mengetahui
tanggung jawab terhadap Tuhan dan semua makhluk dan ciptaan-Nya.

5
i) AGAMA ISLAM
Berdasarkan pandangan agama Islam, ianya agama yang bukan melalui Evolusi. Dari mula
hingga akhirnya ia merupakan wahyu dari Allah yang membawa konsep Tauhid. Secara
umumnya mengetahui bahawa agama Islam mempercayai keesaan Allah yang bermaksud tiada
Tuhan selain Allah. Agama Islam berpandukan kepada Al-Quran sebagai sumber utama.
Manakala sumber kedua agama Islam adalah Sunnah Rasulullah yang dikenali sebagai
Hadith-hadith Nabi. Rukun Iman dalam agama Islam adalah beriman kepada Allah, beriman
kepada Malaikat, beriman kepada Rasul dan Nabi, beriman kepada Kitab, beriman kepada Hari
Kiamat dan juga beriman kepada Qada’ dan Qadar.

Berdasarkan kajian kami melalui borang soal jawab, terdapat lima perkara rukun Islam iaitu
mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan Haji bagi yang berkemampuan. Umat Islam
wajib mengerjakan solat lima waktu sehari semalam iaitu solat subuh, solat zohor, solat asar,
solat maghrib dan solat isyak. Selain 5 waktu solat yang wajib, umat Islam juga digalakkan
mengerjakan solat-solat sunat yang lain seperti sunat taubat, sunat dhuha, sunat tarawih dan
sebagainya. Selain solat, setiap muslim diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan.
Umat Islam berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang
membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Pada bulan Ramadhan, umat Islam banyak melakukan amalan sedekah dan amalan baik yang
lain kerana ganjaran pahala pada bulan ini adalah berganda berbanding pada bulan-bulan biasa.
Selain puasa Ramadhan terdapat juga puasa wajib yang lain seperti puasa Kifarah, puasa Qadha
dan puasa Nazar. Puasa sunat pula adalah seperti puasa hari Isnin dan Khamis, puasa sunat
Asyura, puasa enam di bulan Syawal dan sebagainya. Manakala puasa haram pula ialah puasa
pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dan puasa hari-hari tasyriq.

Menurut hasil daripada borang soal jawab yang telah kami edarkan, kepentingan agama kepada
manusia terutamanya umat Islam adalah agama dapat membentuk akhlak mulia dalam diri

6
seseorang insan yang bergelar manusia. Seperti yang diketahui, agama dapat mengajar umat
manusia untuk menilai sesuatu perkara sama ada baik dan buruk melalui nilai-nilai moral yang
diterapkan dalam ajaran agama. Oleh hal yang demikian, jika setiap manusia mempunyai akhlak
mulia yang tinggi dalam diri maka keamanan dan keharmonian dapat dicapai bagi membentuk
masyarakat yang taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT, memiliki ilmu dan bersyukur
kepada Allah.

Selain itu, kepentingan agama kepada manusia ialah membentuk jiwa dan diri yang suci. Secara
literal nya, agama merupakan ketentuan Ilahi yang menetapkan prinsip-prinsip umum untuk
membimbing urusan manusia bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di
akhirat. Antara satu prinsip umum yang diterapkan adalah mengawal nafsu dan jiwa dari
melakukan perkara yang dapat mencemarkan diri. Justeru itu, mendekatkan diri dengan Allah
dan mengingati Allah dapat memelihara jiwa dan diri daripada perkara yang tidak elok.

Di samping itu, kepentingan agama agama yang tidak kurang pentingnya adalah menjamin hidup
yang aman dan bahagia. Ramai yang menganggap bahawa untuk mencapai kebahagian dan
kesejahteraan hidup itu terletak kepada limpahan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan.
Manusia sanggup bertungkus lumus bekerja dan mengorbankan hartanya semata-mata bagi
memperoleh kebahagiaan yang ingin mereka kecapi. Walhal, kebahagian juga terletak pada
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup mempelajari agama.

Akhir sekali, manusia dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia dengan ada nya
agama. Hal ini dapat kita lihat apabila umat Islam menunaikan solat jemaah di masjid
bersama-sama umat yang lain. Menurut responden, Allah SWT sangat menyukai orang yang
sentiasa menjaga hubungan silaturahim dan akan mengurniakan pahala yang besar kepada
mereka yang menjaga hubungan silaturahim.

7
ii) AGAMA KRISTIAN
Tahukah anda semua bahawa agama Kristian adalah agama yang terbesar di dunia? Ya itu benar
seperti yang dinyatakan pada pengenalan bagi latar belakang agama Kristian. Penganut agama
Kristian mengikuti ajaran Jesus Christ yang juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, iaitu tokoh
utama agama Kristian. Agama Kristian selalunya dibahagikan kepada tiga aliran yang terutama
iaitu Katolik Roma, Ortodoks dan Protestan. Pada waktu sama, sumber maklumat yang utama
mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah Gospel hukum gereja dalam Perjanjian
Baru iaitu Matthew, Mark, Luke, dan John.

Menurut cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa Yesus
adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh John si
Pembaptis dan mati atas perintah Gabenor Rom iaitu dikenali sebagai Pontius Pilate disebabkan
tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. Dalam agama Kristian, terdapat dua kitab suci iaitu
Perjanjian Lama ( Old Testament) dan Perjanjian Baru ( New Testament). Terlebih dahulu,
Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan
tambahan. Manakala, Perjanjian Baru pula adalah kitab kedua dalam kitab suci dalam agama
Kristian.

Penganut agama Kristian menyambut pelbagai jenis perayaan tetapi yang paling istimewa bagi
penganut agama Kristian adalah Hari Krismas atau Hari Natal. Secara umum, Hari Krimas
disambut pada 25 Disember pada setiap tahun. Perayaan ini telah menjadi tradisi dari seluruh
dunia bagi penganut agama Kristian sejak 2000 tahun yang lalu. Perayaan ini disambut sebagai
penghargaan dan peringatan kelahiran Jesus Christ. Berdasarkan kajian kami melalui borang soal
jawab, antara aktiviti yang dijalani oleh penganut agama Kristan adalah sesi bertukar-tukar
hadiah , menghiasi pokok Krismas, menghadiri gereja untuk bersembahyang dan sebagainya.
Tidak ketinggalan jua, aktiviti seperti makan beramai-ramai , menzirahi ahli keluarga serta
aktivit yang amat dinantikan iaitu ‘Christmas Carolling’ dan ‘Christmas Parade”. Lebih- lebih
lagi, penganut agama Kristian juga wajib menunaikan satu perayaan yang dikenali sebagai Hari
Easter. Apakah itu Hari Easter? Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian
bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali pada hari Ahad itu. Lazimnya perayaan ini
disambut pada pada bulan April. Tetapi adakah anda tahu? Sebelum Hari Easter disambut,

8
penganut agama Kristian akan menyambut Minggu suci ( Holy Week) dan pada hari jumaat
sebelum Hari Easter yang dikenali sebagai Good Friday. Hari tersebut adalah hari Jesus telah
disalib. Manakala pada Hari ahad itu yang dikenali sebagai ( Palm Sunday) yang menandakan
permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para
paderi pada bahagian dahi.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap agama mempunyai kepentingannya. Jelaslah
bahawa kepentingan agama kepada manusia terutamanya bagi agama Kristian adalah dapat
memperjelaskan hubungan manusia dengan pencipta. Jika kita lihat, penganut agama Kristian
akan sering melakukan aktiviti kerohanian atau keagamaan. Lebih teliti, apabila penganut agama
Kristian ingin menjalani sebarang aktiviti keagamaan atau menyambut sebarang perayaan,
mereka akan berkumpul tanpa mengira tempat dan hubungan untuk bersembahyang terlebih
dahulu.

Lain daripada itu, dapat mengetahui tanggungjawab terhadap Tuhan. Misalnya, penganut agama
Kristian akan pergi ke gereja pada setiap hari Ahad bagi menunaikan tanggungjawab kepadaNya.
Lebih-lebih lagi, penganut agama Kristian juga akan berpuasa pada hari tertentu iaitu pada setiap
hari Rabu selama sebulan lebih. Walaupun demikian, penganut agama Kristian hanya berpuasa
daging iaitu tidak dibenarkan makan daging pada sepanjang musim puasa tersebut. Hal ini secara
tidak langsung dapat membentuk disiplin seseorang individu serta mengajar seseorang tersebut
erti kesabaran dan tanggungjawab. Melalui ini, sifat ini dapat diterapi dalam kehidupan seharian
manusia.

Kesudahannya, kepentingan yang terakhir adalah dapat membentuk hubungan bersatu padu dan
menuju kebaikan. Penganut agama Kristian akan sentiasa percaya akan budi baik akan dibalas
dengan kebaikan. Oleh itu, mereka akan sentiasa terbuka hati untuk menolong sesiapa sahaja
tanpa mengira bangsa dan agama. Pada pandangan saya, setiap agama mempunyai kepentingan
masing masing yang dikaitkan dengan agama yang tersendiri akan tetapi jika difahami dengan
teliti, hampir setiap kepentingan agama ini membawa maksud yang sama iaitu ke arah
kebenaran, kebaikan, dan kesucian. Dalam erti kata lain, bermaksud ke tujuan yang positif.

9
iii) AGAMA BUDDHA
Terdapat pelbagai aliran Buddhisme di seluruh dunia seperti aliran Mahayana, Theravada,
Hinayana, Chan, Zen, Son, Nichiren, Shingon, Tantric, Tiantai, Yogacara dan Vajrayana yang
memiliki beberapa perbezaan mengikut pengaruh setempat. Tahukah anda bahawa ada beberapa
ciri asas ajaran Buddha yang mungkin kurang diketahui oleh masyarakat kita? Marilah kita
mengetahui tentang ajaran Buddha untuk menambah lebih ilmu tentang agama tersebut. Ajaran
Buddha mempunyai konsep asas iaitu “Empat Kebenaran Mulia” (The Four Noble Truths) dan
“Jalan Lapan Lapis” (The Noble Eightfold Path).

“Empat Kebenaran Mulia” atau Dukkha bermaksud kepuasan yang tidak dapat dipenuhi, sifat
ketidak puasan dan ketidak jaminan semua fenomena yang mempunyai kondisi dan kesakitan.
“Jalan Lapan Lapis” atau juga dikenali sebagai “Jalan Kesederhanaan” bermaksud seseorang itu
dikatakan bebas dari kitaran kesengsaraan dan kelahiran semula. Konsep ini merupakan aliran
Theravada yang paling diamalkan di Sri Lanka dan Asia Tenggara.

Sebagai seorang Buddhis, sebuah imej atau gambar Buddha di dalam rumah adalah hal yang
wajib bukan untuk perhiasan untuk dipamerkan. Hal ini sebagai satu penghormatan dan
penghargaan terhadap agama mereka. Selain itu, rupa bentuk Patung Buddha yang tenang, yang
melambangkan Metta (kasih sayang suci), kesucian dan kesempurnaan melahirkan satu sumber
inspirasi yang boleh menolong mengatasi segala kesulitan dan keresahan. Di samping itu,
seorang penganut agama Buddha harus memberi penghormatan kepada Guru Agung setiap hari
pada waktu pagi atau waktu malam sebelum tidur. Seterusnya, penganut diingatkan untuk tidak
melupakan atau mengabaikan kewajiban sosial mereka terhadap kegiatan-kegiatan di vihara atau
dikenali sebagai wat pada hari bulan purnama dan hari bulan baru iaitu hari pertama dan hari
ke-15 kalendar cina. Kunjungan ke vihara dan menyertai dalam upacara keagamaan dianggap
sebagai satu perbuatan yang berpahala serta berpatutan. Pakaian yang dimintai untuk menghadiri
upacara ini adalah berpakaian sederhana yang serba putih dan berada di vihara selama sehari.
Bahagian di dalam upacara keagamaan ini seperti meditasi, perbincangan agama, membaca
buku-buku agama serta mengembangkan kasih sayang suci.

10
Antara perayaan yang sering kita dengar adalah Hari Wesak atau dikenali sebagai Trisuci
Waisak. Hari Wesak merupakan hari terpenting yang diraikan oleh penganut agama Buddha. Hal
ini untuk mengingatkan hidup pengasas ajaran mereka iaitu Siddharta Gautama Buddha dalam
peringkat-peringkat penting beliau seperti kelahirannya di Lumbini, pencapaian kecerahan agung
selepas sekian lama bertapa dan kemangkatannya di Kusinara. Perayaan ini disambut luas serata
di Asia Selatan, Tenggara dan Timur antara bulan April hingga selewat Jun, tetapi khususnya
pada bulan Mei.

Semua agama juga mempunyai larangan yang tidak dibenarkan oleh agama mereka tersendiri.
Tidak lupa juga dengan larangan oleh agama Buddha yang diterapkan dalam ajaran mereka.
Antaranya, penganut agama Buddha harus menghindari daripada melakukan pembunuhan.
Selain itu, mereka juga dilarang untuk menghindari mengambil barang yang tidak diberikan
dengan rela hati. Seterusnya, mereka juga harus bertekad untuk melatih diri dari perbuatan
asusila. Penganut Buddha juga dilarang untuk menghindari segala minuman keras yang
menyebabkan lemahnya kesedaran.

Terdapat pelbagai kepentingan yang dapat kita pelajari dalam mengenali agama Buddha. Salah
satunya adalah memperjelaskan hubungan manusia dengan pencipta. Selain itu, penganut agama
Buddha dapat dijadikan sebagai manusia bersatu padu dan menuju kebaikan serta meningkatkan
martabat manusia sebagai makhluk berakal. Ajaran agama tersebut juga dapat menjadi panduan
dan pedoman hidup individu, masyarakat dan negara. Di samping itu, kepentingan yang terdapat
pada agama Buddha adalah dapat mengawal nafsu manusia dan menjaga batas untuk
menentukan keseimbangan di dunia dan akhirat. Akhir sekali, ajaran agama ini dapat
mewujudkan manusia yang berakhlak mulia dalam mengetahui tanggungjawab terhadap tuhan
dan semua makhluk atau benda ciptaan-Nya.

Akhir kata, Agama Buddha dapat membentuk rohani yang bersih dalam menghadiri
upacara-upacara dan perayaan yang mereka hadiri. Hal ini dapat menyatukan mereka untuk
mengenali pencipta mereka. Jelaslah bahawa ini dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri
dalam bentuk kepercayaan dalam agama yang mereka anuti.

11
4.2 KAEDAH KAJIAN
i) Kaedah Borang Soal Jawab ‘Google Form’
Untuk menjalankan tugasan ini, kami telah menggunakan dua kaedah bagi mendapatkan
informasi yang tepat dan padat. Terlebih dahulu, antara kaedah yang telah kami gunakan ialah
kaedah borang soal jawab dalam bentuk ‘google form’. Tujuan kami menggunakan kaedah ini
adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan kepentingan agama kepada manusia daripada
pemahaman pelajar UiTM yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kami telah
mengedarkan borang tersebut dalam bentuk link https://forms.gle/snvjxiZLcBoXCpXb6 yang
boleh diakses dengan gadget kepada pelajar UiTM. Di dalam borang soal jawab tersebut,
terdapat beberapa soalan yang kami telah ajukan. Antaranya ialah kepentingan agama terhadap
pelajar, adakah pelajar mempraktikkan ajaran agama mereka dalam kehidupan seharian,
berdasarkan pemahaman pelajar, terangkan serba sedikit mengenai agama yang mereka anut,
amalan yang dilakukan oleh agama pelajar semasa beribadah dan larangan yang ditegaskan
dalam agama yang mereka anut. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang baik dan padu
dalam menjawab setiap soalan yang kami ajukan. Oleh hal demikian, kami mendapat tahu serba
sedikit ilmu melalui jawapan-jawapan yang telah diberikan di dalam borang soal jawab tersebut.

ii) Kaedah Rujukan Internet


Di samping itu, untuk mendapatkan maklumat dan ilmu tambahan, kami telah menggunakan
kaedah sumber rujukan Internet. Kami telah melayari beberapa laman web yang sahih untuk
mengasah lagi ilmu dan maklumat yang telah kami dapat melalui borang soal jawab dalam
bentuk ‘google form’. Tujuan kami memilih kaedah ini adalah lebih senang dan cepat
berbanding buku. Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai maklumat hanya di hujung jari
sahaja. Namun begitu, tidak semua maklumat adalah tepat dan sahih untuk dipetik. Oleh itu,
sebagai pengguna Internet yang bijak, kami telah membuat tapisan setiap maklumat yang dicari
dan juga berdasarkan pemahaman yang kami peroleh daripada jawapan borang soal jawab.

12
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, setiap agama mempunyai kepercayaan sendiri berdasarkan latar belakang
sesebuah agama. Namun begitu, masyarakat di negara kita tetap hidup bersatu padu dan harmoni
serta saling menghormati antara satu sama lain. Setiap agama juga mempunyai pendirian sendiri
untuk selalu setia kepada satu agama seperti tidak menduakan Tuhan masing-masing. Kita
seharusnya memahami dan memberi ruang kepada setiap individu untuk menganut agama
masing-masing. Agama juga merupakan sesuatu kepercayaan yang dipercayai mengamalkan
secara berkumpulan demi mewujudkan kesetiaan kepada agama sendiri. Walaupun negara kita
mempunyai pelbagai agama, negara kita mempunyai sikap hormat menghormati supaya negara
tetap aman dan damai. Kita juga haruslah mengingati bahawa pentingnya untuk mengetahui dan
bertoleransi antara satu sama lain. Tambahan pula, agama adalah penting untuk meningkatan
keimanan dalam diri. Setiap agama mempunyai tujuan peranan masing-masing untuk melahirkan
seorang insan yang taat setia kepada agama. Remaja pada zaman sekarang juga harus
menyelidiki dan memahami latar belakang serta kepentingan agama kepada manusia agar dapat
melahirkan seorang pengikut yang setia dan dapat menghormati penganut agama lain untuk
mententeramkan kehidupan masyarakat dan negara. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh yang membawa maksud persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat
mengeratkan hubungan dan memperkuatkan sesebuah masyarakat dalam menghormati agama
serta pembangkang dalam keharmonian negara akan memecahkan dan juga melemahkan
kehidupan bermasyarakat sekiranya tidak bersatu padu dalam keagamaan.

13
6.0 RUJUKAN

● Sejarah Project. (2022, December 12). Agama Kristian. Retrieved December 12, 2022,

from Blogspot.com website:

http://sejarahproject.blogspot.com/2012/05/agama-kristian.html

● rosalia, A. (2016, August 11). Sejarah Agama Islam Lengkap - DalamIslam.com.

Retrieved December 13, 2022, from

https://dalamislam.com/sejarah-islam/sejarah-agama-islam

● Dr. Alexander Berzin, Matt Lindén. Apa Itu Agama Buddha? Study Buddhism by Berzin

Archives.

https://studybuddhism.com/id/dasar-dasar/apa-itu/apa-itu-agama-buddha

14

Anda mungkin juga menyukai