Anda di halaman 1dari 119

1 / 119

CARA UNTUK MENCANTIKKAN LAGI KARANGAN

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

-mendukung kebenaran yang kita sepakati

-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

-mengambil langkah sederap

-menghirup udara hasil kemerdekaan

-mengikut acuan sendiri

-mengundang kontroversi

-menjadi cerucuk utama pembangunan

-menjulang negara ke puncak jagat

-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi

-menyambut gamitan menara impian

-menyebabkan imej negara tercalar

-menyediakan kursus dan latihan yang relevan

-menyembunyikan masalah utama masyarakat

-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran

-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi

-muafakat merupakan inti kepada perpaduan

-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

-nilai keinsanan yang syumul

-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

-pelbagai cabaran yang bakal menghambat

-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

-pembentukan masyarakat sakinah

-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

2 / 119
-perlu dibaja kembali

-perubahan yang diharap masih belum menjelma

-petanda kehancuran generasi

-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah

-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

-manifestasi kesanggupan bangsa

-manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa

-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan

-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

-masalah sosial dan susila yang meruncing

-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

-melangkah dengan seribu kekuatan

-melontarkan soalan yang cukup penting

-melupakan cita-cita yang lebih luhur

-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

-membetulkan ketidaktepatan fakta

-membimbing mereka memenuhi impian

-membina impian masa depan yang lebih gemilang

-membongkar kepincangan

-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka

-mempengaruhi minda generasi muda

3 / 119
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman

-mempertingkat dan memperteguh kefahaman

-mempraktikkan elemen tolak ansur

-memudaratkan kesejahteraan rakyat

-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

-menampilkan wajah baru yang disulami tekad

-menangkis tuduhan yang tidak berasas

-mencapai tahap yang mencemaskan

-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya

-mendapat perhatian dan liputan media massa

-mendepani masa depan yang tidak menentu

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru
dunia ini tentang isu

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda
kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri
ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan
rintangan yang bakal menghambat.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan
pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri.

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN

4 / 119
Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan
dengan terperinci demi kebaikan bersama.

Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah


ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik
dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat
yang menyatakan .

Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar
umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

Kita dapat menyaksikan betapa

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana

Lazimnya, dalam keadaan

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah

Pada hemat saya

Pada pandangan saya

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa

Sebagaimana yang kita ketahui

Sebagaimana yang kita maklumi

Sejak awal lagi

Sejak kebelakangan ini

Selain itu, pada masa ini juga

Seperti yang telah dinyatakan

Umum mengetahui bahawa

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

Bagi sesetengah orang

Begitu juga dengan

Begitu juga halnya dengan

5 / 119
Bertitik tolak daripada itu

Bukan itu sahaja


Dalam hal ini Dalam
konteks ini ..

Dalam zaman yang serba canggih ini

Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa

Dengan adanya

Dengan berbuat demikian


Dengan perkataan lain ..

Disebabkan hal itu

Disebabkan keistimewaan inilah kita ..


Hal ini berlaku disebabkan

Hal ini penting dalam

Hal ini serupa dengan

Hal yang serupa berlaku apabila

Ini disebabkan

Ini membuktikan bahawa

Ini menggambarkan bahawa

Ini secara tidak langsung akan

Ini semua meninggalkan kesan kerana

Ini tentu sekali membuatkan

Jadi kita perlu

Jadi kita hendaklah

Keadaan ini tentunya

Lantaran itu sehingga kini

Kesemua ini menyumbang kepada

Kita mengakui hakikat bahawa

Kita sering menonton di kaca televisyen

Kita sering membaca di dada-dada akhbar

Memandangkan keadaan yang sedemikian

Namun sejak kebelakangan ini

Oleh itu, bolehlah dikatakan

6 / 119
Secara logiknya masa yang

Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

Keadaan ini seharusnya boleh

Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini

Kendatipun demikian, kita masih

Yang paling nyata ialah

Yang perlu kita pastikan ialah

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun
menunjukkan bahawa sebanyak

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

Sebagai contohnya

Biar kita lihat

Biar kita ambil contoh

Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

Sebagai analoginya,

Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Intihanya,

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

Konklusinya,

Dengan ini diharapkan

Bukan itu sahaja

Mudah-mudahan perkara ini

Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa

7 / 119
Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, insyallah perkara ini akan

Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

1. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta
hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah
orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
5. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju
kita,
Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang

6. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah
al-Hajj:77
7. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta
pertolongan" ~Surah Yusuf:18
8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu
memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John
Schwartz
10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu
bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku
Habsah Tengku Petera
(Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah.
Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki."
~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan
penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak
salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak;
sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan
madu." 18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha
untuk mengejar impian hari esok.

19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia
yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar
dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat
tiada yang berat.

21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.


22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang
membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan
bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang
zalim atau; hartanya menjadi rebutan orangorang jahat dan akan digunakan untuk

8 / 119
kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. -
SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang
hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan
buah.
25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Bahagian 2

i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,


b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu


a) Selain itu,

b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan a)


Hal ini demikian kerana

b) Hal ini berlaku kerana


c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam


karangan a) Misalnya,

b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,

9 / 119
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan


b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi a)


Kesannya,

b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat


Contoh:

Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala
(Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan


penutup a) Kesimpulannya,

b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
10 / 119
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, .......


b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahas

11 / 119

1.1 Malaysia.......................................................................................
.....................14-15
2.Faedah-Faedah 1 Murid 1
Sukan.........................................................................16-17
3.Langkah-Langkah Menjaga Kebersihan Alam
Sekitar..........................................17-18
4.Amalan Gaya Hidup
Sihat....................................................................................18-19
5.Usaha-Usaha Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan
Membaca..............................19-22
6.Masalah-Masalah Dihadapi Oleh Badan
Kebajikan.............................................22-23
7.Bangunan
Bersejarah...........................................................................................
23-24
8.Langkah-Langkah Ibu Bapa Dalam Menggalakkan Pengunaan
Produk Mlaysia..25-26
9.Langkah-Langkah Menarik Minat Orang Ramai Membaca Karya
Sastera...........27-28
10.Bencana
Alam....................................................................................................
29-30
11.Kepentingan Budaya Dan Adat
Resam...............................................................30-31
12.Langkah-Langkah Untuk Mencapai Kecemerlangan Dalam
Peperiksaan..........31-34
13.Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang
(Ceramah)...............................................................34-36
14.Isu Teknologi Maklumat
(Ceramah)...................................................................36-38
15.Ciri-Ciri Remaja
Berwawasan.............................................................................38-39
16.Usaha-Usaha Membantu Rakan Terlibat Dalam Gejala
Sosial...........................39-41
17.Langkah-Langkah Menjaga Nama Baik Ibu
Bapa...............................................41-43
18.Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan
Menabung..................................43-45
19.Usaha-Usaha Memartabatkan Permainan
Tradisional......................................45-46
20.Sumbangan Kepada Ibu Bapa Setelah
Berjaya...................................................46-48
21.Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Minat
Membaca.......................................48-49
12 / 119
22.Usaha-Usaha Ibu Bapa Dalam Memastikan Anak Menjadi Insan
Berguna........49-51
23.Langkah-Langkah Anak Membalas Jasa Ibu
Bapa..............................................51-53
24.Langkah-Langkah Dalam Menangani Kes Pembuangan
Bayi.............................54-56
25.Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Gaya Hidup
Sihat.........................56-58
26.Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu Anak Mencapai
Kejayaan........................58-60
27.Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Minat
Bersukan........................................60-61
28.Peranan Keluarga Dalam Pembentukan Sahsiah Anak-
Anak.............................61-63
29.Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Semangat
Kejiranan.................................63-65
30.Peranan Ibu Bapa Dalam Menerapkan Semangat
Patriotik...............................65-67
31.Usaha-Usaha Membantu
OKU...........................................................................67-68
32.Usaha-Usaha Memperkukuh Perpaduan
Kaum ................................................69-70
33.Langkah-Langkah Meningkatkan Semangat
Kejiranan......................................70-72
34.Surat Bantahan Terhadap Projek
Perumahan...................................................72-74
35.Usaha-Usaha Untuk Mengelakkkan Kejadian Tanah
Runtuh.............................74-75
36.Faktor Kedatangan Pendatang
Asing.................................................................75-76
37.Punca Berlakunya Gejala
Samseng....................................................................76-78
38.Punca-Punca Gejala
Sosial.................................................................................78-79
39.Pengaruh-Pengaruh
Iklan(+,-)...........................................................................79-80
40.Internet............................................................................................
.................81-82
41.Isu Pemainan
Tradisional..................................................................................82-83
42.Aktiviti Yang Berfaedah Ketika Cuti
Sekolah......................................................83-85
43.Usaha-Usaha Untuk Memajukan Sektor Pelancongan
Negara.........................85-86
44.Aktiviti Yang Berfaedah Untuk Mengisi Masa
Lapang...........................................87
13 / 119
45.Ciri-Ciri Remaja Berwawasan
(2)......................................................................88-89
46.Karangan Cemerlang Modal Insan
Berkualiti...................................................89-91
47.Langkah-Langkah Ibu Bapa Bagi Mengelakkan Anak Berkelakuan
Liar............91-93
48.Usaha Memupuk Semangat
Kejiranan.............................................................93-94
49.Kepentingan Mewujudkan Perasaan
Kekeluargaan ........................................94-95
50.Usaha Untuk Mengelakkan Kemalangan Jalan
Raya........................................95-96
51.Kepentingan Dan Kesan Negatif Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi..........96-97
52.Kesan Kedatangan Buruh
Asing........................................................................97-98
53.Sebab-Sebab Berlakunya Kesesakan Lalu
Lintas.............................................98-100
54.Sebab-Sebab Terdapat Pihak Berpendapat Penduduk Desa Sia-
Sia.............100-101
55.Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sukan
Negara..................................101-103
56.Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Dewa Bahasa Dan
Pustaka...................103-104
57.Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Sektor
Pendidikan...........................104-105
58.Kebaikan Dan Keburukan Tercetus Daripada
Muzik....................................105-106
59.Langkah-Langkah Memupuk Nilai-Nilai
Murni.............................................106-108
60.Punca-Punca Wujudnya Pengangguran Dan Cara
Mengatasinya................108-109
61.Peranan Anak-Anak Membahagiakan Ibu
Bapa...........................................109-111
62.Karangan Peribahasa Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi
Arang...............111-112
63.Kesan Penduduk Negara Mencecah 70 Juta
Orang.....................................112-113
64.Punca-Punca Ponteng
Sekolah....................................................................113-114
65.Cara-Cara Menjadi Remaja
Berilmu............................................................114-115
66.Usaha-Usaha Memupuk Semangat Kebangsaan
Remaja............................115-116
67.Cadangan-Cadangan Mengatasi Masalah Kemudahan
Awam....................116-118
14 / 119
68.Warga
Tua...................................................................................................118-119

15 / 119
1MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA
Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan
tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan
sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam
mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh
Perdana Menteri Malaysia kelima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan
gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang
lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan
keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri Rakyat Didahulukan, Pencapaian
diutamakan.
1Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaik hubungan antara kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata
Datuk Seri Najib, beliau berbicara saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka
dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik.
Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan
lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua
kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana
pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1
Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana
identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan
dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang
patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum
tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan
pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Memetik kata-kata daripada seorang
peguam di Indonesia, beliau berkata keadilan yang hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia
cuba hampiri ke tahap itu. Justeru, kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia
seharusnya diiringi dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana
harmoni tanpa sebarang diskriminasi.
Seterusnya, 1Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun
India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan
perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi
masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling
menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan
bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan
kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap serperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan
sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat
kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama tiga kelompok berbeza adalah suatu
perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur
kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, sinergi daripada
setiap lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai
salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.
Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa
Malaysia yang bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang
akan menjadi tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan

16 / 119
ini akan berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang
demikian, konsep 1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling bekerjasama
sesama rakyat. Sekadar mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia
mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain
itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa
tersebut semata-mata, malahan anak-anak Melayu dan India turut menuntut di sekolah yang
sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu kepada sekolah jenis
kebangsaan tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak
hanya wujud dalam golongan profesional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia
harapan bangsa turut mampu mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain.
Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia membantu mempertingkat lagi sikap tersebut
seterusnya perpaduan negara lebih mudah dicapai.
Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok
berbeza bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan
perpaduan yang dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang
menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini
didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras
perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua
perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan
memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu perkara
dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana
tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu
pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang
dapat menerima apa sahaja perkara baik dan mendapat persetujuan secara kesepakatan.
Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah
negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan
lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
kesimpulannya, konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat
sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud
perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa
Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama
memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana
setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian
menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1
Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa.
Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan
perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan
datang. Mantan Presiden Indonesia ada menyatakan, jika ingin melihat generasi pada masa akan
datang, lihatlah generasi pada hari ini.

(995 patah perkataan)

17 / 119
MANFAAT DASAR IMURID 1SUKAN

Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada
tahun 2011. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah.
Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan
sukan sekolah, iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak menyedari manfaat dasar ini. Hal ini
menyebabkan wujud kekeliruan yang menganggapkan dasar ini menyusahkan dan membuang
masa. Sebenarnya, dasar ini banyak manfaatnya kerana ia berupaya untuk meningkatkan kadar
penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

Antara manfaat dasar 1Murid 1Sukan ini ialah aktiviti sukan tersebut dapat mengisi masa
lapang murid secara berfaedah. Selain itu, dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka
dapat mengelakkan gejala negatif daripada mempengaruhi mereka. Hal ini demikian kerana,
kebanyakan murid yang terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat selalunya dikaitkan dengan
tindakan mereka yang suka membuang masa dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu aktiviti
yang bermanfaat kepada mereka. Contohnya, berlaku penglibatan murid dengan ponteng,
merokok malah dadah disebabkan masa lapang yang tidak diurus dengan baik. Ternyata, dasar ini
menjadi alternatif yang beguna kepada murid.

Dasar ini membolehkan murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan
itu, dapat mengharumkan nama sekolah dan negara. Mereka dapat menyumbangkan bakat dan
kemahiran mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara tertentu dalam bidang sukan ini
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai contohnya, mereka
boleh menjadi pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, dan sebagainya. Dengan cara itu,
mereka dapat menunjukkan bakat mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai
kemenangan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara.

Manfaat lain program ini dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan murid
sekolah. Seterusnya, murid-murid yang sihat ini menjadikan mereka cerdas dalam pelajaran.
Perkara ini akan turut menyuburkan budaya suka bersukan untuk kesihatan dalam kalangan murid
sekolah. Dengan badan yang sihat, murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Hal ini demikian kerana, otak yang
cerdas itu ada pada badan yang sihat.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan murid dalam sukan. Hal
ini demikian kerana, setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau
sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid
yang tidak berpeluang atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan
yang diminatinya. Jadi, pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan
penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada dan mewujudkan kerjasama
dengan agensi berkaitan dengan sukan.

Melalui dasar ini, usaha kerajaan untuk memupuk semangat kesukanan dan perpaduan
kaum akan menjadi lebih mudah. Dengan melibatkan diri dalam sukan atau permainan tertentu,
murid-murid akan mempelajari dan menghayati semangat kesukaan semasa dalam permainan.
Selain itu, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum.
Seterusnya, perkara ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara
ini.
Kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu
tranformasi baharu dalam sistem pendidikan yang banyak manfaatnya. Oleh itu, ibu bapa dan
semua pihak yang terlibat perlu memahami dan menyokong usaha murni kerajaan ini. Sekiranya
usaha ini tidak digerakkan dengan betul dan sempurna, sudah tentu hasrat murni tersebut tidak
akan tercapai. Jadi, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal ini, ibarat bulat air kerana
18 / 119
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan usaha yang bersepadu itu, kita berharap
lebih banyak ahli sukan yang bertaraf dunia akan dilahirkan pada masa akan datang.
(522 patah perkataan)

SOALAN: Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.


Jelaskan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.

Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat
berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah
dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini.
Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di
manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang
bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.

Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar
ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan
pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada
alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin
merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon
dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia.
Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat
menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang


menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif.
Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi
piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang
dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada
tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian
kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk
digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di
dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh
diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh
dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos
mereka mahupun kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik
supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup
kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan
hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa
bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar
kepentingan alam sekitar.

Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan

19 / 119
kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan
dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya
akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan
slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat

(440 patah perkataan)

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

(TEMA) Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan
kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. (ISU) Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu
banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. (ARAHAN) Oleh
itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
(ISI) Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang.
(MENGAPA) Tubuh orang yang mengamalkanpemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin
yang diperlukan. (BAGAIMANA)Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang
berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau
mengandungi kolesterol yang tinggi. (KESAN) Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih
baik daripada mengubatinya. (PENEGAS) Jadi, izharlah bahawa pemakanan yang seimbang membolehkan
kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria dan sihat.
(ISI) Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. (MENGAPA) Aktiviti
sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan
perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. (BAGAIMANA) Oleh itu, setiap orang hendaklah
melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang
itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang.
(KESAN)Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana
badan cergas, otak cerdas. (PENEGAS) Tegasnya, aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin
kesihatan seseorang.
(ISI) Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. (MENGAPA) Hal ini
akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas
berfungsi dengan baik. (BAGAIMANA) Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung
koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam
bidang perubatan. (KESAN)Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera kerana
alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru
tengadah. (PENEGAS)Ringkasnya, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan
mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual sebelum kudis menjadi tokak.
(ISI) Akhir sekali, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti
pengambilan alkohol yang banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang.
(MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan
kesihatan dan mengancam nyawanya atau nyawa orang lain. (BAGAIMANA) Pengambilan alkohol dan
dadah akan mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti, kencing
manis dan kesihatan mental. Selain kita, setiap orang juga perlu menjauhi amalan mengunjungi rumah
pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit kelamin dan HIV
Aids. (KESAN) Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan
produktiviti negara. (PENEGAS) Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan
memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

20 / 119
(PENUTUP) Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan dengan banyak cara.
Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat.
(CADANGAN)Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk
melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk
melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama ibarat
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (HARAPAN)Semoga kempen kerajaan iaitu kempen
Rakyat Sihat Negara Majudapat direalisasikan kerana rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada
pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif.

Latihan 9

Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum
mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu.

Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.

Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak
mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca
bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan
animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku
motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al
Islam, dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan
kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya
ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan
majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan
bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang
jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan
yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain.
Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?

Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak
ke pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan
pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila
ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan
bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta
menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan
diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak agar dapat
memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu,
anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah,
motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang
memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak
tentang Negara luar.Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku
merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-

21 / 119
karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan.

Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca.
Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan
persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu
bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu
senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-
anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah
kuah kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang
dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak anak sejak kecil lagi
untuk membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya
dan asas pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama
anak-anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa
janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri
tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah
anak-anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila
melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada
anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana
sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau,
terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.

Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau
majalah yang yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-
anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak
membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka
hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan
Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli
secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku dan
majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka.
Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka.
Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul,
mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah
sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai
contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah
tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana
menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia
buku. Tak kenal maka tak cinta.

Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku dengan cara
mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak
akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai
contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai
perkara yang berkaitan dengan buku . Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan
bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih
bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan
pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak
22 / 119
menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
Dengan menghadiri kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran
tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa
perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-
anak menyertai ahli kelab buku agar anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat
membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.

Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah
yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus, buku- buku
agama, dan buku motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan
minat anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga
hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-buku yang
disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak juga digalakkan untuk membaca surat
khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini
akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar
rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak.
Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini
tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak.
Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak
sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada
setiap minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan membaca sebagai
amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada
masa terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika
ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan
awam yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Perpustakaan awam memuatkan
berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-
anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap,
aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan
membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh
digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang
menyalahgunakan internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah
merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari
internet untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai buku
berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-
bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang
terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan
anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca
dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka
cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat
membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti
23 / 119
membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa
depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu
bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan
makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan

1489 patah perkataan

SOALAN: Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan
oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai
masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat
yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang memerlukan
pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif.
Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini
untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai
pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu.

Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka
membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka melihat
atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut
dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan.
Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia
dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh dikaitkan dengan imej
badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada pihak menganggap badan kebajikan hanya untuk
mereka yang tidak mempunyai impian besar atau tanggungan keluarga. Malah, ada badan
kebajikan yang dianggap oleh masyarakat sebagai mengambil kesempatan dengan memperoleh
wang tetapi tidak menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Jadi, badan kebajikan
dianggap kerjaya yang tidak berstatus tinggi pada mata masyarakat kita.

Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa kini.
Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan
wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang
memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada
semua badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya
memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka.

Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran
sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan
aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan
ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus memudahkan

24 / 119
urusan badan kebajikan mereka. Malah, pihak berkuasa seharunya menyediakan bangunan khas
untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanp perlu membayar apa-apa. Namun,
semua ini tidak diperoleh oleh badan kebajikan.

Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang bahaya.
Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas kasihan masyarakat untuk
turut membantu. Masyarakat harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk
memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa badan kebajikan nasib
golongan terpinggir ini akan menjadi lebih menyayatkan.

(398 patah perkataan)

KARANGAN JENIAS PERBAHASAN:


BANGUNAN BERSEJARAH MEMERLUKAN KOS YANG TINGGI UNTUK
MENGEKALKANNYA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat
daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Yang Dipertua,


Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan kali ini. Dalam sesi penggulungan ini saya akan
membidas ketiga-tiga hujah pincang yang telah dikemukakan oleh barisan pembangkang sebentar
tadi dan seterusnya saya akan merumuskan hujah-hujah kerajaan.

Saya akan membidas hujah yang dikemukakan oleh pihak pembangkang iaitu bangunan
bersejarah itu memerlukan kos yang tinggi untuk mengekalkannya. Beliau mengatakan
bahawa kerajaan terpaksa membelajakan wang yang banyak untuk memulihara dan mengekalkan
bangunan bersejarah yang rata-ratanya sudah lama ditinggalkan oleh penjajah. Sebenarnya, kita
perlu sedar bahawa kos yang dibelanjakan tersebut tidak sama dengan nilai sejarah yang terdapat
pada bangunan tersebut yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti. Jadi, bangunan tersebut
sememangnya perlu dijaga dan dipulihara daripada musnah ataupun rosak, walaupun terpaksa
menanggung kos yang tinggi. Kita tidak mahu bangunan yang tinggi nilai sejarahnya ini rosak atau
musnah kerana bangunan tersebut tidak dapat digantikan dengan bangunan yang baharu kerana
bangunan yang baharu itu tidak sama nilai sejarahnya dengan bangunan yang asal.

Hujah kedua pembangkang pula ialah saingan dengan bangunan baharu. Pembangkang
mengatakan bahawa bangunan bersejarah tidak perlu dikekalkan sebagai warisan negara kerana
adanya faktor saingan dengan bangunan baharu. Saya membidas hujah ini kerana kita sedia
maklum bahawa bangunan baharu sememangnya lebih cantik, besar, unik dan canggih. Namun
demikian, bangunan yang baharu dibina ini tidak mempunyai nilai sejarahnya seperti bangunan-
bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Kita memang boleh membina banyak
bangunan baharu tetapi apakah unsur sejarah yang terdapat pada bangunan tersebut? Sudah
tentu jawapannya, tiada unsur sejarah yang hendak ditonjolkan berbanding dengan bangunan-
bangunan bersejarah tinggalan penjajah yang sarat dengan unsur sejarah yang tidak boleh ditukar
ganti dengan bangunan baharu.

Tuan Yang Dipertua,


Beralih pula kepada hujah ketiga pembangkang, iaitu kesukaran untuk mengekalkan keaslian
akibat dipulihara. Pembangkang mengatakan bahawa bangunan bersejarah tidak perlu
dikekalkan sebagai warisan negara kerana memang sukar untuk mengekalkan keaslian bangunan
tersebut akibat proses pemuliharaan yang dilakukan terhadap bangunan tersebut. Semasa proses
memulihara bangunan bersejarah itu dijalankan, sudah tentu akan berlaku kerosakan pada
bangunan tersebut. Hal ini demikian kerana, bangunan tersebut sudah lama dibina dan mungkin
ada yang sudah tidak kukuh lagi. Saya membidas hujah pembangkang ini kerana semasa kerja-
25 / 119
kerja pemuliharaan dijalankan, pihak kerajaan akan memastikan pekerja-pekerja yang
menjalankan kerja-kerja pemuliharaan haruslah terdiri daripada pekerja-pekerja yang mahir dan
berpengalaman dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan lama dan bersejarah. Jadi, pihak
kerajaan akan memastikan bahawa langkah ini akan dijalankan semata-mata untuk mengekalkan
keaslian bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Tuan Yang Dipertua,


Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga hujah kerajaan seperti yang telah dikemukakan
dalam sesi pertama sebentar tadi. Hujah kerajaan yang pertama berdasarkan indikator
mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita ini
mempunyai nilai sejarah yang tinggi bukan sahaja kepada negara kita, malahan kepada dunia.
Hal ini jelas terbukti dengan perisytiharan Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui UNESCO pada tahun lepas kepada negeri Melaka
dan Pulau Pinang. Badan dunia yang disegani ini sudah tentu memilih kedua-dua buah negeri
tersebut kerana di Melaka dan Pulau Pinang memang banyak terdapat bangunan yang bersejarah
dan nilai sejarahnya itu amat tinggi.
Hujah kerajaan yang kedua berpaksikan frasa, sebagai bahan kajian. Bangunan bersejarah
yang terdapat di negara kita ini menjadi tumpuan para pengkaji dalam pelbagai bidang. Banyak
aspek yang boleh dikaji oleh para penyelidik bangunan lama yang memiliki unsur sejarah yang
tinggi ini. Para pengkaji atau penyelidik akan melaporkan hasil kajian tersebut dalam bentuk
penulisan atau dokumentari agar dapat dibaca, ditonton dan seterusnya difahami oleh masyarakat
Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Berdasarkan kajian itu juga, para pengkaji akan
mendapat pengetahuan yang berguna tentang ilmu senibina yang telah digunakan oleh arkitek
atau jurubina pada zaman dahulu.
Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan frasa, menarik pelancong. Bangunan-bangunan
bersejarah itu berupaya untuk menjadi daya tarikan utama kepada pelancong dari dalam atau luar
negara. Para pelancong yang datang ke negara kita pastinya hendak melihat kesan-kesan sejarah
tinggalan penjajah zaman dahulu. Oleh itu, bangunan-bangunan tersebut merupakan sebahagian
daripada kesan sejarah dan perlulah dikekalkan dan dipulihara daripada musnah. Jadi, bangunan-
bangunan tersebut perlulah dipelihara dan dikekalkan keasliannya sampai bila-bila, seperti kata
pepatah, Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, dan boleh disaksikan oleh generasi yang
akan datang.

Tuan Yang Dipertua,


Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang
dibentangkan ini iaitu bangunan bersejarah perlu dikekalkan sebagai warisan negara. Jadi,
berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan
oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara.

Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.


Sekian, terima kasih.
(756 patah perkataan)

LATIHAN 15

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan penting bagi menggalakkan anak-anak
menggunakan barangan buatan Malaysia.

Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam
menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia.

26 / 119
Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju menjelang
2020, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan
serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita agar tidak lagi mengagung-
agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar
dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik.
Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari tentang kelebihan
dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi orang muda-muda yang
kononnya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kebendaan. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia?

Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu bapa
perlulah menjadi role model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akan sentiasa
mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa
bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan insan yang paling dikagumi kerana ibu
bapalah orang yang terdekat dengan anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata
yang belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian
yang indah dan bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak hilang rasa
kagum dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah membeli kereta buatan
Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar, barangan elektrik seperti Panasonic, Philips dan
lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan
menyokong barangan buatan Malaysia yang berkualiti ini.

Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anak mereka
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana
semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja supaya mereka terpanggil untuk
membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh menanam
minat anak-anak terhadap barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik nilai
cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban untuk negara
kepada generasi muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk mencontohi warganegara
Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan negara mereka
sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara
sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir
yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita
digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang baik untuk meningkatkan taraf kehidupan
negara ke alaf baru. Jika anak-anak telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin
membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat
dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja.
Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita. Hal ini kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti
akan laris di pasaran.

Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa membawa anak-anak
ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke
Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
dengan premis perniagaan seluruh negara. Karnival sebegini telah ditetapkan hanya barangan
Malaysia yang mempunyai tawaran potongan harga yang istimewa. Sebagai contoh, kraf tangan
dan batik, yang merupakan budaya yang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu
27 / 119
mendedahkan anak-anak dengan pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada pelbagai
bentuk dan keunikannya yang tersendiri. Apabila anak-anak meminta sesuatu benda yang tidak
keterlaluan, ibu bapa haruslah membeli barang tersebut dan barang tersebut mestilah merupakan
barangan buatan Malaysia. Terdapat juga pameran yang mengadakan pelbagai jenis
pertandingan. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai
pertandingan-pertandingan seperti menulis esei, melukis poster dan menjawab soalan-soalan kuiz
yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda anak-anak supaya
mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan
Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah membeli
barangan buatan Malaysia untuk didedahkan kepada anak-anak generasi baru ini.

Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia
kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami faedah-faedahnya, menyokong dan
menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu bapa haruslah memberitahu anak-anak tentang
kualiti produk-produk Malaysia yang kini bukan sahaja kualitinya setanding dengan produk-produk
luar negara, malah harganya juga cukup murah untuk dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh
menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti Kempen Beli Barangan Malaysia
kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak sedar dan mengetahui secara mendalam
barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis, memandang rendah barangan tempatan dari sudut
pemikiran juga seharusnya dilontar jauh-jauh oleh ibu bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada
anak-anak mereka, tetapi, sebaliknya, membinakan semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi,
termasuk soal kualiti dan standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting
dalam menerangkan manfaat-manfaat barangan buatan Malaysia kepada anak-anak supaya
mereka sedar dan bijak memilih benda yang baik dan mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang merupakan insan
terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan peranannya yang amat penting dalam
menggalakkan anak-anak menyokong, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia.
Harapan kerajaan Malaysia supaya negara kita bukan sahaja mengimport barangan luar negara
malah juga mengeksport barangan buatan Malaysia dapat dicapai. Sedarlah bahawa barangan
Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah mempunyai
kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha daripada ibu bapa semata-mata
adalah tidak mencukupi. Rakyat Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia
Menjana Transformasi menyemarakkan semangat seisi negara agar seia sekata sebagai satu
bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia.
Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar kita berbangga
dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

(928 patah perkataan)

LATIHAN 16

Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat
orang ramai membaca karya sastera

28 / 119
Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki sebuah
komputer untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding mencari maklumat atau
membaca daripada buku. Hal ini menyebabkan minat untuk membaca karya-karya sastera dalam
kalangan rakyat makin berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya
sastera yang dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad,
A.Samad Said dan sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera yang
dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa kita. Minat untuk
membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam kalangan masyarakat.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik
minat orang ramai untuk membaca karya sastera?

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai
membaca karya sastera termasuklah peranan pihak sekolah khususnya Pusat Sumber Sekolah.
Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti novel Ranjau
Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad, Salina oleh A.Samad Said, Saudagar Besar Dari Kuala
Lumpur oleh Kamaludin Muhamad dan Tulang-tulang Berserakan oleh Usman Awang agar murid
mahupun guru berpeluang untuk membacanya. Pusat sumber boleh mengadakan pertandingan
mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada setiap bulan. Langkah ini membolehkan para
pelajar untuk membaca karya-karya sastera memandangkan mereka ingin menghasilkan ulasan
yang menarik. Secara tidak langsung, minat pelajar terhadap karya sastera akan semakin
bertambah. Pihak sekolah turut boleh menggalakkan setiap kelas menyediakan satu ruang atau
sudut membaca di kelas bagi memudahkan pelajar untuk menghayati karya sastera ketika guru
tiada di dalam kelas. Tegasnya, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam menarik
minat pembaca terhadap karya sastera.

Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk menarik minat
anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang karya
sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh membaca sastera ralyat kepada anak-anak sebelum
mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak bukan
sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya
masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera untuk dibaca oleh
anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa selain dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel yang sesuai
kepada anak-anak mengikut umur mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan bacaan yang hendak
dibeli untuk anak-anak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran
buku. Seterusnya, ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi
dengan pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti prosa atau puisi tradisional
dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah. Dengan itu, minat anak-anak untuk
membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa mereka.

Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam mengambil
langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera. Sebagai contohnya,
pihak media boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen
dan surat khabar. Melalui cara ini, lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan
karya sastera di pasaran. Bukan itu sahaja, pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera
atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada orang ramai. Dengan itu,
orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara kita dengan lebih mendalam.
Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan peraduan teka teki atau menulis sajak dan
29 / 119
syair yang bertemakan karya-karya sastera. Jelasnya, pihak media haruslah mengambil langkah
untuk menarik perhatian orang ramai untuk membaca karya sastera.

Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen
menghayati karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang untuk
mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak kerajaan boleh
membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca
ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh mengambil
inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini dapat
menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah
berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak
kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam mengambil langkah untuk menarik minat
orang ramai membaca karya sastera.

Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih banyak karya
sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh bekerjasama
dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit juga perlu
memberikan bayaran setimpal dan berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya Sastera
boleh ditubuhkan untuk melindungi karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh pihak tertentu
yang bermotifkan keuntungan dan bagi membolehkan para peminat berkongsi pendapat bersama
dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan karya sastera dalam
setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk menghasilkan karya
sastera yang bermutu.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas


tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca karya
sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah tersebut
mendapat sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku warga
Malaysia haruslah mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan warisan
bangsa dan mencerminkan identiti kita.

(830 patah
perkataan)ISU

BENCANA ALAM

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.
Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi
bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa
yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu,
tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada
jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana,
sudah menjadi lumrah alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan
terjadi. Tiada satu kuasapun yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam
yang berpunca daripada sikap manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia
tidak terancam.

30 / 119
Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun
antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu
yang terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang
pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang
telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah
kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta
benda. Oleh itu, langkah yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah
ini daripada berlaku.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan
pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun
asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan
menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati
semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan
supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk
mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa
manusia sejagat yang tidak berdosa.

Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu


dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar
atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak
boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Hal ini demikian kerana,
sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan
longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat
berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh
itu, pihak berkuasa haruslah mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti
pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan
keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya,
sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan
mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak
pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan
untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan
yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian
tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku
akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu


dengan mengamalkan peribahasa seperti aur dengan tebing untuk menangani masalah ini.
Janganlah kita mengamalkan peribahasa seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa
menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah
sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-
mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai
amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan
kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.

(635 patah perkataan)

31 / 119
SOALAN: Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat
resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu
identiti kepada kaum tersebut.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada
masyarakat dan negara kita.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita
mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di
Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau
budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai
banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang
menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya
buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan
menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa
bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah
berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling
mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya
memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja
dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu
membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran
sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan
sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja negara ini.
Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan
suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan
menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi
individu yang terbilang.

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput
ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit
demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas
alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang
mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti
akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung
anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan
budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain
menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh.
Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus
dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan
sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat
budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi
iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita
boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

32 / 119
(447 patah perkataan)

LATIHAN 1

Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya
murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam
peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri mempunyai
azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya menganggap perkara ini
sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa
hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa hadapan
disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata
orang tua-tua sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Oleh sebab itu, saya
sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik
darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah
sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang
pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah
disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif ketika proses pengajaran
dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria
supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati
apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi.
Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya akan
lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang fahami kerana berdasarkan satu
kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-
pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan
soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.
Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan menyiapkan segala
kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah dalam mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan jadual
waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu
belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan

33 / 119
mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar
yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana peribahasa
menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar yang
berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan awal. Manakala,
pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka membuang masa
dan tidak berpegang kepada pepatah masa itu emas dan masa yang lalu tidak akan kembali
maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya,
pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk membuat persediaan
awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki
nanti.

Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan membuat
lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan
yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, practice makes perfect. Kalau ungkapan ini
ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi, praktis asas
kecemerlangan. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu
membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.saya akan
membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal ini
kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya akan biasa
dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya juga akan membuat ulang
kaji secara berterusan bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain dan
sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan
membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam
pelajaran dan terutamanya dalam mata pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak
latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya akan mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di
sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya
juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak
kata pepatah malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Malahan, jika saya
tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya
bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat sesuatu
topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan menguasai sesuatu
topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat tuisyen
terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti program
di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan.
Saya akan menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti
Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan lain-lain lagi.
Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya akan
didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam
peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan mengikuti kelas-
kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus
asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama
dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara
34 / 119
kerana saya berpegang pada prinsip, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Saya
juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang
yang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya, tentu dia
telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu tentu ada kekangan
yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian untuk sesuatu
soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa kali sehingga saya
mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi
halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus
asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya
dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, Tuhan hanya akan
menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa, Kenyataan ini pasti benar
kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada
nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu.
Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu,
saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa dan
dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya tidak
mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu dan
dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada
Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu
merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan saya
juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala pemberianNya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya tulis
dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa
depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan
adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-
gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan kita,
kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar berungguh-sungguh
untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi
arang.

(1323 patah
perkataan)

Karangan Contoh Format Ceramah : Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Contoh Soalan:

Sebagai seorang guru kaunselor , anda telah menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar sempena
program motivasi di sekolah anda. Tajuk ceramah anda ialah Ciri-ciri Pelajar Cemerlang.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Karangan Contoh

35 / 119
Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi 'Permata Hati', yang dihormati guru-guru serta
pelajar-pelajar SMK Dato Syed Esa yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana pada
pagi yang ceria ini, kita dapat bersama-sama dalam program motivasi 'Permata Hati' yang sangat
bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM
tidak beberapa lama lagi. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang 'Ciri-ciri Pelajar
Cemerlang'.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,


Semua insan inginkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka. Malah, semua pelajar yang
berada di dalam Dewan Budiman yang permai ini juga ingin menjadi pelajar yang cemerlang. Pendek kata,
semua pelajar ingin cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Contohnya, sudah pasti pelajar ingin
cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Pelajar cemerlang umpama
benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau. Persoalanya, apakah sebenarnya ciri-ciri pelajar
cemerlang? Bagaimanakah caranya untuk menjadi cemerlang? Apakah pelajar di hadapan saya ini
pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai pelajar-pelajar, kerana sebentar lagi kita akan bersama-sama
mengupas tajuk ciri-ciri pelajar yang cemerlang.

Para pelajar yang disayangi,


Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan ialah dari segi
pencapaian akademik. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk memastikan pecapaian akademik mereka
sentiasa memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan. Contohnya, pelajar cemerlang akan
mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan pembelajaran kendiri serta
bersama kumpulan sebaya di luar bilik darjah. Pelajar cemerlang sentiasa menggembleng segala potensi
dan fakulti yang ada dalam diri mereka bagi memperoleh hasil pembelajaran yang optimum. Mereka
menetapkan matlamat pembelajaran yang munasabah, dan berusaha untuk mencapainya. Dengan itu,
pelajar cemerlang akan mengenepikan sebarang bentuk gangguan bagi memastikan pencapaian akademik
mereka sentiasa cemerlang.

Selain itu, semasa di bilik darjah, pelajar cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti
pembelajaran terancang bersama guru. Sebagai contoh, pelajar cemerlang akan menunjukkan motivasi
pembelajaran yang maksimum dengan memberi kerjasama dan perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Mereka tidak mudah dipengaruhi hasutan negatif sama ada yang datang daripada dalam diri sendiri
mahupun persekitarannya. Pelajar cemerlang tidak meletakkan terlalu banyak syarat dalam pembelajaran
supaya semuanya berkenan di hati. Mereka tidak bersifat sentimental dengan terlalu banyak berharap
tentang guru yang sempurna atau persekitaran bilik darjah yang sempurna. Mereka mampu bertahan
dalam iklim pembelajaran yang seadanya.

Demikian juga apabila melaksanakan tugasan kumpulan, mahupun menyertai kumpulan belajar,
pelajar cemerlang menampilkan peranan yang seimbang, iaitu tidak terlalu menonjol dan tidak hanya
sebagai penumpang.Mereka mungkin memiliki banyak idea, tetapi bersabar mendengar idea rakan
sekumpulan. Pelajar cemerlang tidak cuba berlagak menguasai perbincangan, tetapi kelihatan sebagai
pemimpin yang boleh dipercayai dan adil. Mereka datang dengan persediaan yang mencukupi, bukan
dengan tangan kosong. Maka, kehadiran pelajar cemerlang dalam mana-mana aktiviti pembelajaran
berorientasi kumpulan sentiasa meninggalkan impak, bukan sekadar melukut di tepi gantang, datang tidak
menambah, pergi tidak disuruh.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,


Selanjutnya ialah, pelajar cemerlang juga meletakkan sasaran yang tinggi dalam peperiksaan
awam. Sasaran yang dibuat bukan sekadar cakap kosong, tetapi dibuktikan menerusi strategi dan usaha
yang optimum. Mereka tidak bergantung kepada soalan ramalan, tetapi lebih fokus terhadap perancangan
jawapan yang menepati tugasan soalan. Pelajar cemerlang menggunakan segala pengalaman
pembelajaran di bilik darjah untuk mematuhi segala kehendak sukatan pelajaran yang menjadi asas
penggubalan item soalan peperiksaan awam. Dengan meletakkan sasaran yang tinggi dari segi
peperiksaan awam, pelajar cemerlang berpeluang mengintai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang
yang diklasifikasikan sebagai kritikal dan menjadi rebutan, di samping melamar tempat di institut pengajian
tinggi terkemuka dengan tajaan biasiswa yang berprestij.

36 / 119
Apakah tindakan ke sana ke mari dengan buku sehingga digelar sebagai 'ulat buku' merupakan ciri
pelajar yang cemerlang? Sebenarnya, Pelajar cemerlang tidak rela dicop atau dilabel sebagai ulat buku
semata-mata. Mereka juga menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya
bidang kokurikulum ialah pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah
wahana bagi aplikasi pengetahuan dan kemahiran kurikulum. Pelajar cemerlang menjadikan aktiviti
kokurikulum sebagai kesempatan bagi menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat suka rela dalam
perkhidmatan sosial dan mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan menggunakan kapasiti diri
sama ada sebagai pemimpin, peserta atau petugas dalam aktiviti kelab, persatuan, unit pakaian seragam,
permainan dan sukan. Mereka sentiasa cuba mencari pengalaman dengan mengamalkan sikap ringan
tulang dalam membantu pihak sekolah menjayakan sebarang aktiviti kokurikulum.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,


Disiplin asas kejayaan. Oleh itu, pelajar cemerlang juga sinonim dengan amalan disiplin yang tinggi.
Mereka tidak kisah jika digelar sebagai pelajar skema yang akur dengan segala peraturan sekolah.
Walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi penampilan dan tingkah laku, pelajar cemerlang tidak
berasa kekok untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan yang sinikal, mahupun rakan yang kurang
beruntung. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk muncul sebagai peribadi rujukan yang mampu
mempengaruhi lebih ramai pelajar supaya bersikap positif dalam menimba pengalaman pembelajaran di
sekolah. Mereka tidak perlu membutirkan tunjuk ajar, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah
laku yang disenangi. Sebagai contoh, pelajar cemerlang mementingkan ketepatan masa, dan sentiasa
melaksanakan sesuatu tugasan sesempurna mungkin. Setiap kali diberi tugasan, pelajar cemerlang tidak
melaksanakannya dengan sambalewa semata-mata seperti "melepaskan batuk di tangga". Jelaslah
prinsip pelajar cemerlang ialah mementingkan disiplin dalam memacu kecemerlangan hidup mereka.

Seterusnya, pelajar cemerlang juga perlu menampilkan sahsiah dan budi pekerti yang mulia dan
murni. Percakapan mereka dihiasi dengan sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga.
Rakan akan berasa selamat dan dilindungi kerana mereka akan hanya mendengar hal yang baik-baik,
serta tidak mengalami provokasi yang tidak berfaedah. Sudah tentu, sebagai manusia biasa, pelajar
cemerlang tetap memiliki kelemahan tertentu, tetapi mereka akan cuba melakukan kawalan sebaik
mungkin supaya tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak.

Akhirnya, satu lagi ciri yang sangat penting ialah, pelajar cemerlang sentiasa berpegang teguh pada
tali agama. Kepercayaan dan kepatuhan kepada suruhanNya sepatutnyalah menjadi perkara utama dalam
kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang cemerlang sentiasa berusaha melaksanakan suruhan Tuhan dan
menjauhi larangannya. Malah pegangan agama yang kukuh menjadi penyuluh dan petunjuk jalan dalam
kehidupan pelajar supaya sentiasa berada pada jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana, pelajar yang
cemerlang sentiasa meninginkan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Sebagai kesimpulannya, pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi dari segi
akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama. Mereka menepati ciri-ciri modal insan
minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Mereka menjadi harapan negara
untuk meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Oleh itu pelajar cemerlang haruslah sentiasa
berusaha melakukan penambahbaikan setiap masa dan jangan sesekali menganggap bahawa diri mereka
serba sempurna. Marilah kita bermuhasabah diri, adakah ciri-ciri yang telah dinyatakan tadi dalam diriku?
Mampukah saya menggarab ciri-ciri kecemerlangan tersebut. Jawapanya adalah, jika hanya satu atau dua
ciri sahaja yang ada dalam diri pelajar-pelajar ketika ini, syabas dan tahniah saya ucapkan. Satu
permulaan yang baik dan teruskan untuk mencapai ciri-ciri kecemerlangan itu. Saya percaya dan penuh
keyakinan bahawa semua pelajar akan mampu menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tepuk dada tanya selera. Sekian. Terima Kasih.

Contoh Karangan Ceramah : Isu Teknologi Maklumat


Soalan : Kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi memajukan negara kita dari segi teknologi
maklumat dan komunikasi. Satu kempen kesedaran tentang implikasi teknologi maklumat telah
diadakan di tempat anda. Selaku seorang pengamal teknologi maklumat, anda diminta memberikan
ceramah dalam majlis pelancaran kempen tersebut. Tuliskan teks ceramah itu.

37 / 119
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi
Majlis, pegawai-pegawai persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada era
dotcom ini, banyak negara di dunia yang berlumba-lumba untuk memajukan bidang multi media (pelbagai
media) mereka. Dalam hal ini Malaysia, sebagai harimau Asia tidak ketinggalan. Kerajaan sedang
berusaha membangunkan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multi-media Super Corridor
(MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Projek ini ternyata meninggalkan pelbagai
implikasi atau kesan kepada rakyat Malaysia sama ada implikasi yang positif atau negatif. Kesan-kesan
MSC dapat dilihat dari aspek pendidikan, ekonomi, industri, sosial dan politik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kehadiran teknologi multi media adalah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas
mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia telah
menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar,
menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan
antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan
lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang
disiarkan melalui iklan di suratkhabar baru-baru ini menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika
anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut
memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya
tanpa perlu pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi multi media dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang budiman,

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan
adanya kemudahan multi media ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga atau e-commerce, cara
perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web mereka beserta alamat mel
elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu sebagai emel!). Kini www.sesuatu.com.my
bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet,
bukan sahaja dari dalam negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang
mengkhabarkan seorang surirumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel! Justeru, jelas
bahawa perkembangan multi media membawa kesan positif daripada aspek perniagaan.

Hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemajuan multi media juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri
kita. Perkembangan multi media secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia.
Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum.
Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas
sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat kita tidak dapat bersaing di pasaran
antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-
siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan multi media. Malah ketika melawat MSC, Bill
Gates (Microsoft Corporation), insan terkaya di dunia, memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius
dalam membangunkan pusat multi medianya. Beliau menambah, di luar Amerika Syarikat pembangunan
seumpama ini (seperti di Malaysia) sukar didapati. Jadi terbukti bahawa pembangunan multi media
membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang
lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi sosialnya pula, pembangunan multi media mengeratkan lagi hubungan antara rakyat
Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas
urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-
bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita,
ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan

38 / 119
seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada
panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara
terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat
persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan rakyat pelbagai negara dan berbagai-bagai kaum.
Bukankah multi media satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Hadirin sekalian,

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat multi media tidak bebas daripada implikasi negatifnya.
Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek yang negatif. Malah di Malaysia sendiri, ada pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar
angin. Saya yakin kita masih ingat khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di
Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet. Selain itu, kempen memburuk-burukkan
pemimpin kerajaan dan kerajaan sendiri memang terus-menerus berlaku. Inilah aspek negatif internet yang
sukar dibendung oleh sesiapa.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya di kalangan generasi
muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet.
Remaja yang dahagakan pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini.
Pengusaha-pengusaha ini juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur
seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak
dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini turut memeningkan
kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif
ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan
pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Dari sini juga lah
aktiviti-aktiviti negatif yang lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula
bertapak di sanubari anak-anak.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, jika perkembangan multi media tidak dikawal implikasi yang lebih buruk boleh melanda
sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu perkauman dan agama yang disebarkan dengan
niat yang jahat pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh
membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasir-anasir yang jahat boleh menyalurkan isu-isu
sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi menwujudkan huru-hara di dalam
negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki
mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Oleh itu, kesan negatif multi media yang boleh
mengheret rakyat ke kancah perang sivil dan kaum wajiblah dielakkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama
memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Menjadi tugas kitalah bagi
mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh.

Sekian, terima kasih.

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

(TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan
peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli pujangga pernah berkata
39 / 119
bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. Generasi berwawasan
dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan
negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa
ini, isu generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Isu
generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan yang
sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja
yang berwawasan semakin diberikan keutamaan. (ARAHAN) Persoalannya, apakah ciri-ciri
seseorang remaja yang dikategorikan mempunyai wawasan?

(ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk
menelurkan remaja yang berwawasan. (MENGAPA) Intelek merupakan faktor perdana untuk
menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
mencakupi semua bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi
kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. (BAGAIMANA)Sehubungan dengan itu, remaja
kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala
pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca
buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. (KESAN) Ketekunan dan
inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran
katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang,
remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian
mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk
dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut
rasa binasa. (PENEGAS) Tegasnya, remaja yang berwawasan sentiasa memastikan dirinya
tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama.

(ISI) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan progresif dalam
menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai perubahan yang lebih baik daripada
sebelumnya. (MENGAPA)Hal ini dikatakan demikian kerana negara yang pesat membangun
seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri-ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam
setiap aspek. (BAGAIMANA) Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti berputus
asa sebaliknya bersemangat tinggi. Dalam mengejar kejayaan, individu yang berwawasan
seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang
bergolek bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang. (KESAN)Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan progresif sudah pasti dapat
mencapai cita-cita yang diimpikan. (PENEGAS) Pendek kata, remaja yang berwawasan sudah
pasti akan memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan negaranya.

(ISI) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan berinovatif untuk
memacu kegemilangan negara. (MENGAPA)Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang
sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang
terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani
mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. (BAGAIMANA) Rentetan daripada itu,
remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi
yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga
jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat
jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. (KESAN)Dalam konteks ini,
penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau
keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan,
pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. (PENEGAS) Sesungguhnya,
pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan.

(ISI) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan seharusnya cinta akan
negara. (MENGAPA)Remaja yang berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang akan
menerajui tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti mereka
perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan
40 / 119
cemuhan masyarakat luar. (BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu
kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Rukun Negara. Mereka tidak akan sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan
melibatkan diri dalam gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik
remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya menjaga
maruah negara di pentas global. (PENEGAS)Ringkasnya, remaja yang berwawasan sentiasa
bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya.
(PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan seseorang remaja itu
mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan
negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial. Generasi yang berwawasan menjadi
akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita.
(CADANGAN)Oleh itu, golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki
kelemahan diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal
jalan. Golongan remaja kita perlulah melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas
pertama dan memangkinkan kecemerlangan negara. (HARAPAN)Diharapkan kelahiran remaja
berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara di samping dan menyerbakkan
keharuman negara kita di persada antarabangsa

Dimensi Diri

Latihan 1:
Seorang rakan anda telah terlibat dengan gejala sosial yang serius sehingga rakan anda itu
mengabaikan
pelajaran.
Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.

Baru-baru ini, seorang rakan sekelas saya telah terlibat dengan gejala sosial yang serius. Rakan saya
itu kerap memonteng kelas, terlibat dengan vandalisme dan sering tidak hadir ke sekolah. Sebenarnya rakan
saya ini seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Namun, guru-guru di sekolah
berasa hairan kerana sejak akhir-akhir ini rakan saya itu sering mengabaikan pelajarannya. Sebagai seorang
sahabat, saya bertanggungjawab untuk membantu rakan saya itu supaya dia insaf bak kata pepatah sesat di
hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Saya berharap, usaha-usaha yang saya lakukan itu akan menyedarkan
rakan saya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang remaja dan sebagai seorang pelajar. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu rakan saya itu?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk membantu rakan saya itu ialah saya akan menasihatinya
supaya tidak menjerumuskan diri dalam kancah gejala sosial. Saya akan mengingatkan sahabat saya itu
tentang akibat sekiranya rakan saya itu terlibat dengan gejala sosial. Saya akan menyedarkan rakan saya
akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak agar tidak menghampakan harapan ibu bapanya. Rakan saya
perlu sedar bahawa dia pernah mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pernah menerima anugerah
pelajar terbaik PMR. Saya berharap nasihat-nasihat saya itu dapat menyedarkan rakan saya dan rakan saya
akan berubah sikap serta insaf akan kesalahan yang dilakukan sebelum nasi menjadi bubur. Saya tidak mahu
rakan saya berasa menyesal pada kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Selain itu, saya juga akan berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa rakan saya itu dan
memberitahu mereka tentang pembabitan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berbuat demikian kerana
kemungkinan ibu bapa rakan saya itu tidak tahu tentang penglibatan anak mereka dalam kegiatan yang tidak
sihat di sekolah. Saya berharap, ibu bapa rakan saya itu dapat mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi oleh anak mereka. Besar kemungkinan, faktor kekurangan kasih sayang daripada kedua-dua ibu
41 / 119
bapa yang menyebabkan rakan saya terjebak dalam gejala sosial. Apabila ibu bapa rakan saya sudah
mengetahui masalah anak mereka, saya berharap ibu bapa rakan saya dapat memberikan sepenuh perhatian
dan kasih sayang terhadap rakan saya itu. Ibu bapa rakan saya mungkin akan lebih bertanggungjawab dan
mengadakan perbincangan dengan anaknya untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Jelasnya,
tanggungjawab saya untuk memberitahu ibu bapa rakan saya itu diharapkan dapat membantu rakan saya
untuk kembali ke pangkal jalan.
Di samping itu, saya akan mengajak rakan saya untuk berjumpa dengan guru kaunseling untuk
menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling. Saya akan memberitahu guru kaunseling tentang penglibatan
rakan saya dalam gejala sosial. Saya berharap guru kaunseling dapat membantu dan membimbing rakan
saya dengan menasihatinya supaya berubah sikap. Sesi kaunseling ini amat penting kerana menerusi sesi
kaunseling, diharapkan rakan saya itu akan sedar dan insaf tentang perbuatannya yang salah selama ini.
Rakan saya juga dapat mengenali identiti diri dan bermotivasi untuk berubah apabila guru kaunseling
memberi nasihat dan dorongan kepada rakan saya itu. Saya juga berharap, rakan saya dapat membina
keyakinan diri dan menyedari betapa pentingnya pembinaan sahsiah diri dan akhlak dalam kalangan remaja
sebagai benteng supaya tidak mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Tegasnya, menerusi
sesi kaunseling ini, rakan saya sebagai remaja dapat menginsafi dan menyedari peranannya sebagai remaja
yang mewarisi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Hujatul Islam Imam Al-Ghazali dalam
bukunya Ihya Ulumuddin mengatakan bahawa sekiranya kita ingin melihat masa depan remaja maka
lihatlah pada diri remajanya. Seandainya baik diri remaja, maka baiklah masa depan negara. Sebaliknya, jika
buruk diri remaja maka buruklah masa depan negara.
Seterusnya, saya juga akan mengajak rakan saya itu menyertai program-program yang berfaedah.
Saya akan membawa rakan saya menghadiri majlis-majlis ilmu seperti program yang berunsurkan agama
dan motivasi diri. Sebagai contoh, saya akan mengajak rakan saya menghadiri ceramah agama, Majlis
Tazkirah, kelas mengaji al-Quran, Kem Bina Insan dan Kecemerlangan Diri. Menerusi majlis ilmu yang
dihadiri itu, saya berharap rakan saya akan insaf dan lembut hatinya serta menyesal dengan apa yang pernah
dilakukannya selama ini. Menerusi Kem Kecemerlangan Diri dan Bina Insan pula, rakan saya pasti
membina keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk berubah terutamanya dalam proses pembentukan
minda dan akhlak. Hasil daripada pergaulan dengan rakan-rakan yang baik dalam majlis-majlis ilmu itu,
rakan saya itu dapat membezakan dan mengenali antara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik.
Jelasnya, rakan saya itu tidak akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik dan dia
juga tahu menghargai masa kerana masa itu emas.
Akhir sekali, saya juga akan sentiasa membantu rakan saya dalam pelajaran. Saya akan mengajak
rakan saya menghadiri kumpulan perbincangan. Saya juga akan membantu rakan saya menerangkan tajuk-
tajuk bagi memahami topik-topik pelajaran yang ketinggalan selama ini. Saya akan mengajak rakan saya
mengulang kaji pelajaran di perpustakaan dan mencari rujukan serta berbincang tentang topik-topik yang
kurang difahami. Saya juga akan mengajak rakan saya menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan di
sekolah atau di luar sekolah. Saya akan menasihati rakan saya tentang kepentingan pelajaran dalam
kehidupan. Tanpa pelajaran, masa depan seseorang itu gelap. Pada masa yang sama, saya akan mengajak
rakan-rakan yang lain untuk membantu dan sudi mengadakan perbincangan dengan rakan saya ini. Tujuan
saya berbuat demikian adalah untuk memastikan rakan saya benar-benar insaf dan tidak mengabaikan
pelajaran.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha membantu rakan yang terlibat
dalam gejala sosial adalah sesuatu yang murni dan perlu diteruskan. Saya berharap, usaha yang saya lakukan
ini dapat membantu rakan saya supaya tidak melibatkan diri dalam gejala sosial. Saya juga berharap, rakan
saya benar-benar insaf dan bertanggungjawab terhadap masa hadapannya kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna. Rakan saya perlu ingat bahawa sekiranya dia tidak berubah, tidak ada
sesiapa pun yang akan membantunya untuk berubah. Sebagai remaja, rakan saya perlu mempunyai jati diri
agar tidak mudah dipengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik. Tegasnya, rakan saya perlu berusaha
gigih untuk mencapai kecemerlangan kerana pepatah mengatakan rajin dan usaha tangga kejayaan dan yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

42 / 119
LATIHAN 3 (DIMENSI DIRI)

Salah satu cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk menggembirakan ibu bapa adalah
dengan menjaga nama baik mereka.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menjaga nama baik ibu bapa anda.

Tidak ada ibu bapa di dunia ini yang tidak sayang akan anaknya. Mereka sanggup berkorban apa-apa
sahaja untuk memastikan anak-anak sentiasa selamat dan sihat. Ibu bapa juga sanggup berkorban dan
bersengkang mata berjaga malam semata-mata untuk menjaga terutamanya ketika anak-anak sakit. Bagi ibu
bapa, tiada detik yang paling menggembirakan mereka melainkan ketika melihat anak-anak membesar
sebagai seorang yang berguna dan berjaya dalam hidup. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita
perlu sentiasa ingat akan pengorbanan ibu bapa kita dan membalas jasa mereka walaupun mereka tidak
pernah mengharapkan sebarang balasan daripada kita. Sebagai seorang anak, saya bertanggungjawab
menggembirakan ibu bapa saya dan menjaga nama baik mereka kerana saya sedar bahawa tiada ibu bapa,
tiadalah saya. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang harus saya lakukan untuk menjaga nama baik
mereka?
Langkah utama yang akan saya lakukan untuk menjaga nama baik ibu bapa saya adalah dengan belajar
bersungguh-sungguh sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang. Ibu bapa saya pasti akan gembira
apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman sekolah atau peperiksaan
awam. Untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan , saya akan menumpukan sepenuh perhatian saya
semasa guru sedang mengajar. Sekiranya saya tidak memahami sesuatu tajuk dalam pelajaran tertentu, saya
tidak akan malu bertanya kepada guru saya kerana pepatah menyatakan bahawa malas berkayuh perahu
hanyut, segan bertanya sesat jalan. Selain itu , saya akan mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan
bersama-sama rakan sekelas ketika ada masa yang terluang. Saya juga akan menyediakan jadual belajar
secara sistematik dan efisyen. Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru akan saya siapkan mengikut
ketetapan masa yang diberi oleh guru. Saya juga akan sentiasa membuat persediaan lebih awal dengan
mengulangkaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar kerana pepatah
menyatakan sediakan payung sebelum hujan. Kejayaan yang akan saya peroleh hasil usaha saya yang
bersungguh-sungguh ini tentulahkan akan menaikkan nama baik ibu bapa saya. Reputasi ibu bapa saya
sebagai contoh dalam kalangan masyarakat akan terselah dan nama baik mereka juga akan terbina. Jelasnya,
saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang untuk menjaga nama
baik ibu bapa saya.
Selain itu, untuk menjaga nama baik ibu bapa, saya akan bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan yang
baik dan dapat membimbing saya menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa
kelak. Hal ini demikian kerana, saya akan memastikan diri saya tidak terlibat dengan rakan-rakan yang
bermasalah yang boleh mempengaruhi saya terjebak dalam kancah gejala sosial seperti merempit, melepak ,
ponteng sekolah , melakukan vandalime dan melibatkan diri dalam penagihan najis dadah. Saya akan
sentiasa berpegang pada pepatah yang menyatakan bahawa jika kita berkawan dengan seorang tukang
besi, baju kita akan tercarik kerana terkena percikan api, tetapi jika kita berkawan dengan seorang
penjual minyak wangi, tubuh badan kita akan turut berbau harum. Saya juga akan membezakan
anatara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik. Saya akan berkawan dengan rakan-rakan yang
mengutamakan pelajaran agar saya dapat bertukar-tukar pandangan dan ilmu dengan mereka. Hal ini penting
bagi menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya, agar mempunyai semangat dan motivasi untuk
belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa saya pasti bersyukur sekiranya sebagai seorang anak saya tidak
melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang ke muka mereka. Jelasnya , saya akan bergaul dengan
rakan-rakan yang berakhlak baik agar saya tidak tersilap langkah demi menjaga nama baik ibu bapa saya.
Di samping itu , bagi menjaga nama baik ibu bapa, saya akan menjaga akhlak dan tingkah laku saya
sendiri agar tidak mencemarkan maruah ibu bapa saya. Setiap ibu bapa pasti berasa bangga seandainya
anak-anak yang lahir mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan. Kecemerlangan
yang dicapai oleh anak-anak dalam bidang akademik bukan jaminan untuk ibu bapa gembira sekiranya
anak-anak yang cemerlang ini tidak memiliki akhlak yang terpuji dan berbudi bahasa. Sebagai seorang anak,
saya akan sentiasa menghormati ibu bapa dan bercakap dengan lemah lembut terhadap mereka. Saya juga
akan sentiasa mendengar nasihat mereka dan tidak sekali-kali menjadi anak derhaka seperti cerita si
Tanggang. Akhlak akan seiring dengan kejayaan yang saya miliki . Sebagai seorang murid sekolah pula,
saya akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya akan mengelakkan diri
43 / 119
daripada terlibat dalam masalah disiplin seperti ponteng kelas , tidak menghormati guru dan tidak
menyiapkan kerja sekolah. Saya sedar sekiranya saya melanggar peraturan sekolah dan terlibat dengan salah
laku di sekolah, ibu bapa saya akan di panggil dan mereka akan berasa malu akibat perbuatan saya ini. Oleh
itu, saya akan sentiasa menghormati guru-guru di sekolah dan menghormati orang yang lebih tua daripada
saya apabila berjumpa dengan mereka di mana-mana sahaja. Hal ini demikian kerana masyarakat pasti
bertanya Anak siapakah yang berbudi bahasa itu? Secara tidak langsung, ibu bapa saya akan
dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mendidik anaknya dengan baik. Hadis Riwayat Al-Tarmizi
menyatakan bahawa ibu bapa yang baik terdiri daripada ibu bapa yang melahirkan anak-anak yang
berakhlak mulia.
Tambahan lagi , saya akan menjaga nama baik ibu bapa dengan manjalinkan hubungan yang baik dengan
ahli keluarga , jiran tetangga dan masyarakat setempat. Sebagai seorang anak yang baik, saya sentiasa
menjalinkan hubungan dengan ahli keluarga dan saudara mara yang jauh dan dekat sama ada di sebelah ibu
mahupun di sebelah bapa walaupun mereka telah meninggal dunia. Saya akan meneruskan jalinan kasih
sayang dengan ibu bapa saudara dan sepupu-sepupu saya termasuklah mereka yang mempunyai
hubungan bau-bau bacangdengan saya. Hubungan yang terjalin ini dapat mengeratkan ikatan
kekeluaargaan dan tali persaudaraan yang mungkin hampir terputus kerana tinggal berjauhan serta tidak
mengenali antara satu sama lain. Sebagai contohnya, saya akan membawa ibu bapa saya menziarahi sanak
saudara dan kaum kerabat saya pada musim perayaan atau majlis kenduri-kendara. Saya yakin hubungan
saya ini dapat menjaga nama baik ibu bapa saya kerana menjalinkan hubungan baik dalam kalangan
keluarga. Selain itu, saya juga akan menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga seperti selalu bertegur
sapa dengan mereka, menziarahi mereka sekiranya mereka sakit , membantu mereka apabila mereka
memerlukan bantuan dan mengunjungi rumah mereka pada hari perayaan. Sebagai seorang anggota
masyarakat, saya akan menyertai setiap program kemasyarakatan yang dianjukan oleh masyarakat di
kawasan tempat tinggal saya. Ibu bapa saya pasti gembira apabila saya melibatkan diri dalam program
kemasyarakatan kerana mereka tidak perlu berasa bimbang sekiranya saya akan bergaul dengan rakan-rakan
yang tidak baik. Penglibatan saya dalam program kemasyarakatan juga membuktikan saya menjadi lebih
matang dan berminda terbuka dan tidaklah seperti katak di bawah tempurung.Tegasnya, nama baik ibu
bapa dapat dijaga dan dapat dipelihara sekiranya saya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat
setempat. Bak kata pepatah, hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa.
Akhir sekali, saya akan sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama demi menjaga nama baik ibu bapa
saya. Sebagai anak yang baik, saya akan sentiasa mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan saya agar
saya mempunyai benteng keimanan yang kukuh dan ampuh serta dapat mengelakkan diri daripada terjebak
dan terpengaruh oleh perkara-perkara yang tidak baik. Sekiranya saya berpegang teguh pada ajaran agama,
saya dapat membezakan perkara yang salah dan benar. Hal ini amat penting untuk menentukan kejayaan
saya pada masa hadapan. Saya akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan tidak menghampakan harapan
mereka terhadap saya , kerana saya sedar, siapalah saya tanpa ibu bapa. Saya akan mempraktikkan
didikan agama yang saya terima agar saya mempunyai matlamat hidup yang jelas. Saya sedar akan
kepentingan masa hadapan saya. Untuk meningkatkan nilai kerohanian dalam diri , saya akan menghadiri
kelas-kelas agam a atau kelas fardhu ain serta majlis-majlis ilmu agar dapat membentuk jiwa saya kearah
melakukan perkara-perkara baik. Hal ini penting untuk melawan serangan pemikiran yang boleh
menjerumuskan saya untuk melakukan perkara yang tidak baik. Tegasnya, didikan agama yang saya terima
hasil asuhan ibu bapa akan saya praktikkan dalam kehidupan saya supaya saya dapat membentuk
keperibadian yang baik dalam diri saya sekali gus dapat menjaga nama baik ibu bapa saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menjaga nama baik ibu bapa atau
menggembirakan mereka menjadi satu tanggungjawab anak-anak yang hidup di dunia. Oleh itu, saya ingin
menyeru agar semua remaja dan anak-anak sentiasa menjaga nama baik masing-masing dan jangan sesekali
melukakan perasaan ibu bapa mereka atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan imej mereka. Kita
perlu ingat bahawa harta benda boleh dicari tetapi ibu bapa tiada galang gantinya. Tegasnya, berbuat
baiklah kepada ibu bapa selagi hayat mereka masih ada dan sebelum terlambat kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

44 / 119
CONTOH KARANGAN:

Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.

Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?

Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam kehidupan.
Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan
dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu
disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing ini diharapkan terbawa-bawa sehingga
dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini
dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan
mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan
ini menjadi budaya masyarakat kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat
dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana
suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak.
Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam. Ibu bapa
merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa
ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong.
Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan
kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh
mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian
sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang
perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa
perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak sebelum kudis menjadi tokak.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku
prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil,
mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan
mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi
ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran
ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam
hati anak-anak. Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah
muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu
bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-
kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh
itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-
anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis
rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah
keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap
pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang
bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada
oleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah
yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai
budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses
penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.

45 / 119
Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan
secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka
harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap
menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak
merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat.
Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-
anak untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan
untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, semua orang memerlukan pujian. Dengan hal tersebut,
ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan
tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu
bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung
mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan
penerapkan amalan menabung sudah terang seperti murai berkicau hari siang.

Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-
anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung wang bersama
dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka
menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan
dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan
mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus
mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk
menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang yang boros dan tidak pandai menguruskan wang?
Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak.
Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan dengan
penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum, Kawan merupakan magnet sakti yang boleh
mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan
mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-
anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, ikut hati
mati, ikut rasa binasa. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur
dengan golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak
hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk
perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam memastikan
amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan Jikalau tiada wang semua
kerja tak terjadi. Peribahasa Melayu pula menunjukkan ada padii semua jadi, ada beras semua deras.
Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan
kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung dan menjadikan amalan ini sabagai satu
tabiat hidup. Pembentukan generasi muda barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui
negara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. Air bersih,
ikannya jernih

(1079 PP)

Latihan 6 (Dimensi Diri)

Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.

46 / 119
Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di
negara kita.

Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat berkembang
menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita
daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya yang sudah
diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara
kita kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Antara jenis permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu
seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada permainan
tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa permainan
tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk mengetengahkannya dalam
kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini. Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya
mainkan dalam usaha memartabatkan permainan tradisional di negara kita?

Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah dengan
memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini banyak terdedah dengan
pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk
dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai generasi muda, saya harus sedar bahawa
saya berperanan memartabatkan permainan tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri
untuk mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat
tentang permainan tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang
ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan pelbagai
permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud kesedaran dalam diri sendiri
untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi menyaingi permainan moden yang semakin
popular dalam kalangan remaja.

Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan tradisional sebagai
pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya pada waktu petang atau pada masa
cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang
lebih tua tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan
memainkannya bersama rakan-rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional
malah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan
diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-
rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan
tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional
mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi muda masa ini.

Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah haruslah
berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti
semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada pihak sekolah menerusi persatuan agar
memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini
secara tidak langsung akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga
akan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti
kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan
membuat wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang
lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap permainan
tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak
kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula diperkenalkan dengan pelbagai
permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan tertanam secara semula jadi. Maka para
pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional.

Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta akan budaya
terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat
Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu
47 / 119
yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan
silu mempertahankan dan memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang
sukar pada awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga
yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula menanamkan sikap
sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan tradisional terpelihara megah
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan terhadap permainan tradisional akan
memupuk juga rasa cinta terhadap negara

Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar permainan


tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda
khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan meminta bantuan golongan yang lebih tua agar
permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua
golongan boleh saling bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan
dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

LATIHAN 4 (DIMENSI DIRI)

Semua orang berusaha untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Huraikan sumbangan yang akan anda berikan kepada ibu bapa jika anda telah berjaya dalam
kerjaya pada satu masa nanti.

Kejayaan merupakan satu anugerah bagi orang yang berusaha. Orang tua-tua pernah menyebut
bahawa usaha tangga kejayaan. Pakar Motivasi, Dr.Shukri Abdullah berkata bahawa, pemisahan antara
orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah sikap rajin. Orang yang rajin akan berjaya manakala
orang yang gagal akan kecewa. Kejayaan bukan bergantung kepada nasib tetapi kerjaya akan dapat
direalisasikan jika ada usaha yang padu dalam keluarga. Ibu bapa merupakan orang yang terpenting di
sebalik kejayaan seseorang. Ibu bapa berkorban jiwa raga , masa dan wang ringgit untuk memastikan anak-
anak mereka berjaya. Ibu bapa jugalah yang memberi panduan kepada anak-anak agar tidak terpesong
daripada landasan kejayaan. Persoalannya, apakah sumbangan yang akan saya berikan kepada ibu bapa jika
saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti?
Jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti, saya akan membalas jasa ibu bapa
dengan memberikan wang kepada ibu bapa saya setiap bulan tidak kira ibu bapa saya berkedudukan atau
berjawatan dan mempunyai pendapatan yang baik. Ibu bapa saya boleh menggunakan wang tersebut untuk
keperluan harian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan mereka seperti kesihatan. Saya akan
memastikan wang yang saya berikan itu mencukupi untuk kegunaan harian dan kebajikan mereka. Saya
akan bertanya kepada ibu bapa saya berkaitan jumlah wang yang diperlukan oleh mereka. Sekiranya,
pemberian saya tidak memadai dan mencukupi, saya akan sentiasa menambahkan kiriman tersebut sesuai
dengan pendapatan yang saya peroleh.. Saya akan menggunakan pelbagai cara untuk memberikan wang
kepada mereka. Contohnya, saya akan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank ibu bapa saya
secara terus kepada mereka atau pun mengirimkan wang menerusi kiriman wang pos dan
sebagainya. Dengan adanya wang di tangan mereka, hati mereka akan tenang dan kehidupan mereka akan
senang. Jadi, pemberian wang merupakan salah satu sumbangan saya kepada ibu bapa jika saya telah
berjaya pada suatu masa nanti untuk menggembirakan mereka.
Selain memberikan wang tunai secara tetap. saya juga akan membawa ibu bapa saya menunaikan
haji atau umrah serta melancong ke tempat-tempat yang disukai mereka jika saya telah berjaya dalam
kerjaya pada suatu masa nanti. Selama ini, Ibu bapa saya mungkin tidak berpeluang untuk menunaikan haji
dan umrah atau makan angin serta melancong ke mana-mana kerana pendapatan mereka yang terhad ketika
membesarkan saya dan adik-beradik yang lain. Pada hemat saya, inilah masa yang sesuai untuk membawa

48 / 119
ibu bapa saya menunaikan umrah dan haji atau melancong sambil menggembirakan mereka. Setiap ibu bapa
pasti gembira dan bersyukur seandainya anak-anak dapat memenuhi impian mereka untuk pergi ke Tanah
Suci menunaikan rukun Islam yang ke-5. Selain itu, saya juga akan membawa ibu bapa saya melancong dan
mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti mengunjungi Bumi Anbiya di Jordan, Syria, Turki dan
Mesir untuk melihat sendiri kesan peninggalan dan penyebaran Islam di sana. Oleh itu, menghantar ibu
bapa menunaikan haji atau umrah dan melancong bersama ibu bapa merupakan sumbangan saya jika saya
telah berjaya pada suatu masa nanti.
Di samping itu, saya juga akan membelikan insurans kesihatan kepada ibu bapa saya jika saya telah
berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti. Saya berpendapat bahawa insurans sebegini sangat penting
kepada ibu bapa kerana peribahasa Melayu sering menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Jika ibu
bapa saya menghadapi masalah kesihatan, mereka tidak perlu risau kerana melalui pembelian insurans
kesihatan, mereka akan mendapat rawatan terbaik. Sebagai contohnya, jika ibu bapa saya sakit, saya akan
membawa mereka ke hospital swasta yang terbaik dan merawat mereka segera melalui skim insurans yang
di tawarkan. Saya tidak mahu ibu bapa saya menunggu terlalu lama sebelum mendapatkan rawatan untuk
dirinya di hospital biasa. Kita faham bahawa nisbah seorang doktor dan pesakit di hospital biasa ialah 1:100.
Bilangan rakyat yang memerlukan rawatan di hospital terlalu ramai. Sebagai seorang anak yang
bertanggungjawab, saya akan menyediakan insurans kesihatan untuk ibu bapa saya agar mereka mendapat
rawatan terbaik pada hari tua mereka. Jadi jelaslah bahawa pembelian insurans kesihatan merupakan
sumbangan yang dapat saya berikan kepada ibu bapa saya jika saya telah berjaya pada suatu masa nanti.
Seterusnya, jika saya telah berjaya dalam kerjaya pada suatu masa nanti, saya akan membina sebuah
rumah yang indah dan lengkap dengan segala kemudahan untuk kedua-dua ibu bapa saya nanti. Rumah
tersebut akan didirikan di kawasan pinggir bandar yang berdekatan dengan masjid atau surau dan pusat
membeli belah. Rumah yang disediakan ini mempunyai beberapa buah bilik. Selain bilik tidur yang
dilengkapi perabot, saya juga akan menyediakan bilik-bilik khas untuk ibu bapa saya menjalankan aktiviti
harian tanpa sebarang gangguan seperti bilik riadah, bilik ibadat, dan bilik bacaan. Dengan adanya bilik-
bilik khas ini, ibu bapa saya akan dapat menjalankan aktiviti dalam suasana yang kondusif. Mereka juga
dapat melakukan senaman untuk menjaga kesihatan walaupun ketika hujan. Salah satu contoh rumah agam
yang menjadi idaman saya untuk disumbangkan kepada ibu bapa saya adalah seperti rumah yang dimiliki
oleh Datuk Yusuf Haslam yang bernila RM6 juta. Jadi, rumah agam yang lengkap merupakan sumbangan
saya kepada ibu bapa jika saya telah berjaya satu masa nanti.
Akhir sekali, saya akan menyumbangkan sebuah dusun seluas beberapa ekar kepada ibu bapa jika
saya telah berjaya dalam kerjaya suatu masa nanti. Ibu bapa saya telah bersusah payah mengerjakan tanah
yang tidak sampai suku ekar sewaktu membesarkan saya. Mereka sanggup membanting tulang berbakti
kepada tanah untuk mencari rezeki dalam membesarkan saya adik-beradik. Sebagai cara untuk membalas
jasa mereka, saya akan menyediakan dusun bersama-sama pembantu khas. Di dalam kawasan dusun
tersebut, saya akan membina sungai kecil yang mengalir perlahan. Di dusun tersebut juga, saya akan
menanam pokok buah-buahan kegemaran ibu bapa saya. Dusun tersebut merupakan contoh dusun yang akan
saya sumbangkan agar mereka dapat menikmati keindahan alam semula jadi . Saya yakin bahawa
sumbangan ini akan menyebabkan ibu bapa saya ceria dan gembira. Sebagai orang tua yang sudah lama
tinggal di kampung, saya faham tentang jiwa ibu bapa saya yang tidak akan meninggalkan rumah dan tanah
tempat kelahiran mereka. Sudah terang lagikan bersuluh, sumbangan dusun seluas beberapa ekar akan saya
sempurnakan untuk ibu bapa saya nanti jika saya telah berjaya dalam kerjaya suatu masa nanti.
Berdasarkan huraian berkaitan sumbangan saya terhadap ibu bapa jika saya telah berjaya dalam
kerjaya suatu masa nanti, saya yakin impian ini akan terlaksana dalam tempoh sepuluh tahun lagi. Hal ini
demikian kerana pencapaian saya dalam bidang akademik sangat terserlah. Kejayaan dalam bidang
akademik akan membolehkan saya membina kerjaya yang cemerlang. Kecemerlangan dalam kerjaya akan
membolehkan saya memberikan sumbangan yang bermakna kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah
bersusah payah memelihara, mengasuh dan mendidik saya tanpa jemu. Jika ditakdirkan saya kurang berjaya
sekalipun, saya akan tetap memberikan sumbangan mengikut kemampuan saya. Kata-kata hikmah yang
sering diucap, harta benda boleh dicari tetapi ibu bapa tiada galang gantinya. Kesimpulannya, saya
perlu belajar bersungguh-sungguh agar impian untuk memberi sumbangan kepada ibu bapa akan terlaksana.

49 / 119
Amalan Membaca dapat melahirkan generasi yang berjaya. Bincangkan peranan ibu bapa dalam
usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.

Membaca jambatan ilmu. Itulah ungkapan yang sering menjadi halwa telinga kita dalam
menjelaskan kepentingan membaca. Sememangnya amalan membaca itu menjadi tali yang menghubungkan
seseorang dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Membaca dapat menambahkan ilmu dan keyakinan
seseorang untuk berhadapan dengan dunia realiti. Namun begitu, amat menyedihkan apabila kajian yang
dibuat menunjukkan majoriti masyarakat Malaysia hanya tiga buah buku sahaja setahun. Amalan membaca
sepatutnya menjadi suatu budaya dalam lapisan masyarakat tanpa mengira agama ataupun bangsa seseorang.
Oleh itu, dalam merealisasi hasrat murni ini, peranan ibu bapa sangat ditagih. Persoalannya , apakah peraran
ibu bapa dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak ?
Ibu bapa ialah suri teladan utama kepada anak-anak. Ibu bapa mesti mendidik dan menanam minta
membaca dalam kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Unt uk itu, ibu bapa hendaklah menerapkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Ibu
bapa hendaklah membudayakan amalan mulia ini di hadapan anak-anak di samping mengajak mereka
membaca bersama-sama. Tindakan segelintir ibu bapa yang selalu membacakan buku cerita kepada anak-
anak kecil mereka sebelum tidur pada waktu malam wajar dipuji kerana amalan ini tanpa disedari boleh
memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kedua-dua ibu bapa jugaperlu membimbing anak-
anak untuk memilih bahan bacaan yang bermutu dan sesuai dengan usia mereka.
Dalam usaha menjadikan amalan membaca sebagai budaya dalam kalangan anak-anak, ibu bapa
haruslah bersedia membuat sedikit pelaburan dengan membeli bahan bacaan yang mencukupi untuk anak-
anak. Walaupun pelaburan ini tidak menampakkan keuntungan dalam jangka masa pendek, namun dalam
jangka masa panjang pelaburan ini cukup menguntungkan. Hal ini dikatakan demikian kerana ,anak-anak
yang gemar membaca akan mempunyai pemikiran yang matang di samping melahirkan anak-anak yang
cemerlang dalam bidang akademik. Secara tidak langsung, tindakan ini seolah-olah menjadi serampang dua
mata dalam usaha melahirkan anak-anak yang cemerlang. Bahan bacaan yang boleh menjadi pilihan ibu
bapa untuk tatapan anak-anak ialah bahan bacaan ilmiah dan majalah seperti Asuh, e-Baca, Kawan dan
sebagainya. Selain itu, ibu bapa boleh membeli akhbar perdana setiap hari seperti akhbar Berita Harian dan
Utusan Malayisia supaya anak-anak dapt membaca berita utama setiap hari sebagai persediaan untuk
menjawab soalan karangan bahagian A dan B. Seelok-eloknya, ibu bapa melanggan surat khabar harian dan
majalah-majalah seperti ini pada setiap bulan.
Untuk menanam minat membaca dalam kalangan anak-anak, ibu bapa juga sewajarnya
menyediakan ruang yang selesa di rumah sebagai tempat membaca. Bagi yang berkemampuan, mereka
boleh menyediakan sebuah bilik yang dilengkapi dengan kerusi dan meja yang selesa serta pendingin hawa.
Bilik yang kondusif seperti ini mampu mencetus minat yang lebih baik kepada anak-anak untuk membaca.
Mereka juga boleh belajar dan mengulang kaji pelajaran di bilik ini. Ibu bapa yang kurang berkemampuan
pula boleh menyediakan satu sudut atau bilik khas yang jauh daripada ruang menonton televisyen agar
tumpuan anak-anak ketika membaca tidak akan terganggu. Dengan adanya bilik atau tempat khusus untuk
membaca ini dan ditambah pula dengan susulan buku yang pelbagai genre di dalam bilik tersebut akan
melahirkan suasana seperti sebuah perpustakaan di rumah sendiri yang mampu menarik minat semua orang
untuk membaca.
Perpustakaan merupakan khazanah ilmu. Kunjungan seseorang ke perpustakaan akan membuka
nafsu mereka untuk membaca. Oleh itu, dalam hal ini ibu bapa sewajarnya menetapkan satu hari pada setiap
bulan untuk membawa anak-anak berkunjung ke perpustakaan awam. Anak-anak perlu dibiasakan dengan
gedung ilmu ini kerana selain membaca, ibu bapa juga boleh membantu anak-anak meneroka pelbagai ilmu
yang dapat diperoleh melalui buku-buku di perpustakaan. Anak-anak akan mempunyai pilihan untuk
memilih bahan-bahan yang diminati. Sebenarnya, kunjungan ke perpustakaan selain dapat terus memupuk
minat membaca dalam kalangan anak-anak, kunjungan ini juga dapat menjimatkan belanja ibu bapa kerana
tidak perlu membeli buku untuk di baca oleh anak-anal sebaliknya hanya meminjam sahaja daripada
perpustakaan.
Akhir sekali, ibu bapa dapat menggalakkan anak-anak membaca dengan memberi hadiah dan
ganjaran. Hadiah dan ganjaran mungkin dalam bentuk barangan atau wang ringgit. Ganjaran yang dijanjikan
ini akan memberi motivasi dan galakan kepada anak-anak dan seterusnya menjadi tarikan untuk mereka
membaca. Anak-anak di minta membaca buku atau bahan bacaan lain sebanyak mungkin dalam tempoh
sebulan.Mereka perlu bersaing antara adik-beradik untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan oleh ibu
50 / 119
bapa. Persaingan ini sangat sihat kerana mereka akan memdapat pelbagai ilmu dan maklumat yang buku
yang di baca di samping hadiah yang bakal diberikan oleh ibu bapa mereka.
Hakikatnya , budaya membaca banyak mendatangkan manfaat. Sehubungan dengan itu, ibu bapa
perlu proaktif dalam usaha menggalakkan anak-anak membaca. Walaupun sesibuk mana, ibu bapa perlu
meluangkan sedikit masa untuk menemani dan membaca bersama-sama dengan anak. Pepatah bapa borek
anak rintik memberi gambaran kepada umum bahawa anak-anak akan mengikut semua tindakan yang dibuat
oleh ibu bapa mereka. Jadi, ibu bapa hendaklah menjadikan amalan mulia ini sebagai ikutan anak-anak.

Latihan 11 (Dimensi Keluarga)

Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu
tercapai.

Anak-anak yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan idaman setiap ibu bapa.
Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk merealisasikan hal tersebut. Setiap ibu bapa
mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka perlu
berusaha untuk merealisasikan impian itu dengan mengaplikasikan kemahiran keibubapaan ke tahap yang
paling optimum. Jika hal ini dipraktikkan, harapan untuk memiliki anak-anak yang berguna akan dapat
direalisasikan. Persoalannya,apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan mereka tercapai?
Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang. Ibu bapa haruslah
memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka. Ibu bapa boleh
mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak
agar anak-anak berasa diri mereka diambil berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa
haruslah memberikan pujian kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan
mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting
kerana sepatah kata yang positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan
serta motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan kerana pepatah menyatakan rajin
dan usaha, tangga kejayaan.Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan anak menjadi sampah
masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang porak-peranda di samping sikap ibu bapa yang
materialistik dan mementingkan kerjaya .Sebagai contohnya, banyak ibu bapa yang menyerahkan
tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak
berasa tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif. Tegasnya,anak-anak akan menjadi
insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, dan negara jika keluarga yang saling berkasih
sayang dan mengambil berat dapat diwujudkan.
Selain itu,untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang menepati konsep Rumahku Syurgaku demi keselesaan anak-anak. Ibu bapa
perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak berasa tenang ketika berada di
rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. Ibu
bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut agar anak-anak mendengar segala arahan dan
nasihat daripada ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah
menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik
untuk anak-anak belajar dan bilik untuk anak-anak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah
terbukti bahawa anak-anak yang tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan
sesetengahnya tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk
gejala negatif seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar
besar, khususnya di kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan

51 / 119
kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka menginginkan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna dan menyayangi keluarganya.
Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu bapa haruslah
memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana pepatah
menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari
rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada anak-anak di
samping membantu mereka mengetahui batas hidup yang betul. Penerapan nilai agama dapat membantu
anak-anak untuk membezakan baik atau buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan
berpandukan ajaran agama. Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik,
kebiasaannya keturunannya akan baik kerana kalau asal benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau,
dilontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Jika ibu bapa mempunyai pegangan
dan didikan agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu
satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan kesempurnaan
didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya
dan sebagainya.Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan impian ibu bapa untuk
memiliki anak-anak yang berguna.
Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah menjadi
suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa
janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Ibu bapa meminta anak-anak
menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan. Peribahasa Melayu bapa borek anak rintik
sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana
anak-anak biasanya meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah
didikan ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik dan
bertanggungjawab. Sebagai contohnya, jika anak-anak melihat ibu bapanya mendirikan solat dan
mengamalkan sikap suka membaca, anak-anak sudah pasti akan mencontohi setiap perbuatan dan perlakuan
ibu bapa mereka. Oleh itu, ,ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan
bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana keperibadian ibu bapa menjadi
penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang
baik agar anak-anaknya turut menjadi insan yang baik dan berguna.
Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang lain
berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak
sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran. Hal ini demikian kerana
teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak mereka tetapi untuk membetulkan
kesilapan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah menjaga tepi kain orang
lain dalam masyarakat adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara positif.
Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera membetulkan kesilapan anak dan mencari
punca anak mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang
sama. Ibu bapa janganlah mudah melenting apabila terdapat jiran-jiran atau guru-guru memberitahu tentang
perangai anak-anak kita kerana sebagai manusia yang bukan bersifat sempurna, kadang-kadang kita sendiri
sebagai ibu bapa tidak pernah mengambil tahu kekurangan dan kelemahan anak-anak kita. Hal ini demikian
kerana kita sibuk dengan urusan dan kerjaya masing-masing. Oleh itu, kita perlu menganggap setiap
kritikan yang diterima sebagai satu teguran yang membina. Jadi, untuk membentuk anak menjadi insan
yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka. Peribahasa
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna atau sudah terhantuk baru terngadah sewajarnya
menjadi panduan kepada ibu bapa.
Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama ada
dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil berat ibu bapa
menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu bapa, anak-anak
akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum.
Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak.
Sebagai contoh, ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru
disiplin, guru kelas atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti
perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru disiplin sekolah
52 / 119
berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku
anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa juga perlulah bertanya kepada anak
sebab-sebab anak-anak keluar rumah atau pulang lewat. Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau perkembangan
pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk anak-anak
menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak
menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas yang mudah. Semua ini perlu dilakukan melalui
proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan
sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna.Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat
dan negara serta mempertahankan maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak
mereka jadi sampah masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada
masyarakat dan negara malah membawa masalah serta menjatuhkan keluarga kita.

Latihan 3: (Dimensi Keluarga)


Ibu bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam kehidupan.
Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa
mereka.

Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga
seorang ibu. Situasi sebeginilah yang sedang berlaku pada zaman ini. Ibu bapa ditinggalkan hidup
merempat di jalan oleh anak anak yang tidak berperikemanusiaan. Mereka sanggup menghantar ibu bapa
mereka ke rumah orang tua-tua dalam keghairahan mengejar kemewahan dan kemajuan materialisme. Kita
seharusnya ingat bahawa si ibu yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari dan
membawa kita ke muka bumi ini. Si bapa pula telah bersengkang mata untuk mencari nafkah bagi
membesarkan kita. Mereka sanggup mengetepikan kegembiraan mereka semata-mata untuk membahagiakan
kita. Bagi mereka, kesusahan yang dilalui oleh mereka tidak bererti apa-apa sekiranya anak- anak mereka
hidup bahagia. Oleh itu, kita perlu menghargai dan membalas jasa ibu bapa kerana mereka merupakan insan
yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa ibu bapa, siapalah kita? Persoalannya, apakah langkah-
langkah yang dapat diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka?
Sebagai seorang anak yang taat, kita seharusnya menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Apabila usia
sudah lanjut, ibu bapa mudah tersinggung dengan apa-apa yang diperkatakan oleh anak- anak. Dalam hal
ini, kita seharusnya menjaga pertuturan dan pengucapan kita apabila berbual dengan ibu bapa agar mereka
tidak berasa tersisih. Menurut pujangga sekiranya engkau tidak menghormati ibu bapamu, maka suatu hari
nanti, anak-anakmu tidak akan menghormatimu. Sekiranya kita menghormati ibu bapa kita dan sentiasa
bersopan santun dengan mereka, mereka akan merasakan bahawa diri mereka disayangi dan dihargai.
Sebagai contoh, ketika kita berjalan di hadapan orang tua kita, kita seharusnya tunduk sebagai tanda hormat.
Hal ini menunjukkan bahawa kita sentiasa bersikap merendah diri di hadapan ibu bapa kita. Ibu bapa hanya
mengharapkan diri mereka dihormati sejajar dengan usia mereka. Kita janganlah sesekali menyakitkan hati
ibu bapa kerana kesedihan dan kekecewaan mereka boleh memusnahkan kita dalam sekelip mata. Kita harus
mengambil iktibar daripada kisah Si Tanggang dengan ibunya agar tidak menerima nasib seperti Si
Tanggang yang bertukar menjadi batu akibat sumpahan ibunya. Anak yang derhaka tidak akan mendapat
keredaan Allah kerana menyakiti hati ibu bapa merupakan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Oleh itu,
wajarlah kita menghormati ibu bapa untuk membahagiakan mereka.
Di samping itu, kita juga perlu menjaga ibu bapa kita yang sudah uzur. Kita janganlah bersikap
seperti kacang lupakan kulit setelah memperoleh kesenangan dengan menghantar mereka ke rumah orang
tua. Hal ini kerana mereka telah membesarkan dan menjaga kita dengan baik sehingga kita berjaya dalam
hidup . Oleh itu, kita perlu menjaga ibu bapa kita sehingga mereka menemui ajal mereka. Falsafah Cina ada
menyebut menyimpan seorang tua di dalam rumah umpama kita memiliki suatu barang yang amat
berharga. Ibu bapa yang sudah tua mengharapkan anak- anak mereka ada bersama-sama mereka kerana
mereka tiada tempat bergantung melainkan kita. Kitalah menjadi tempat mereka
mengadu, menangis, bergembira dan berkongsi segala perasaan mereka. Hal ini kerana hubungan yang
terjalin antara seorang ibu dengan anaknya ialah hubungan yang ditentukan oleh Tuhan di dunia dan
akhirat. Selain itu, kita juga perlu menyediakan segala keperluan dan permintaan ibu bapa kita. Pada usia
53 / 119
yang semakin lanjut, mereka mudah lupa tentang apa-apa yang diperlukan oleh mereka. Dalam hal ini, kita
perlu menyediakan segala keperluan ibu bapa kita seperti makanan, pakaian, tempat tinggal yang selesa dan
ubat-ubatan. Ada ketikanya, ibu bapa berasa segan untuk meminta sesuatu daripada kita sebagai anak kerana
mereka merasakan bahawa hal ini akan membebankan kita. Kita seharusnya ingat bahawa suatu ketika
dahulu, ibu bapa kita telah menyediakan segala keperluan untuk kita tanpa diminta. Mereka sanggup
memakai pakaian yang lama untuk membeli pakaian yang baharu untuk kita. Oleh itu, kita harus menjaga
segala keperluan ibu bapa kita bagi membalas segala penat lelah mereka. Ulama ada mengatakan bahawa
seseorang yang tidak mendapat keredaan ibu bapa tidak akan mencium bau syurga. Sekiranya kita gagal
menjaga kebajikan ibu bapa kita, maka kita telah melakukan dosa. Jelasnya, kita harus melaksanakan
kewajipan kita sebagai anak yang saleh dengan menjaga ibu bapa kita dengan baik.
Selain itu, kita juga harus belajar bersungguh-sungguh untuk menggapai kejayaan dalam pelajaran.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak- anak mereka agar berjaya dalam hidup. Mereka sanggup bertungkus
lumus demi menyekolahkan kita agar kita hidup senang pada kemudian hari. Dalam hal ini, kita seharusnya
berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan untuk membalas jasa ibu bapa kita. Kita janganlah
membiarkan hasrat ibu bapa kita berkecai seperti kaca terhempas ke batu. Hal ini akan meletakkan ibu bapa
kita dalam keadaan yang sedih sekiranya kita gagal menunaikan hasrat mereka. Mereka tidak mengharapkan
wang ringgit daripada kita tetapi hanya mendoakan agar kita menjadi insan yang berilmu dan berguna serta
dipandang mulia oleh masyarakat. Ibu bapa akan berasa bangga dan gembira apabila melihat anak- anak
mereka memperoleh segulung ijazah. Kita juga tidak harus melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak
sihat. Kita harus mengikuti jalan yang betul untuk menjaga perasaan ibu bapa kita. Meraka sudah tentu akan
berasa sedih sekiranya melihat kita melakukan aktiviti yang tidak sihat. Tegasnya, kita harus belajar
bersungguh-sungguh agar pengorbanan ibu bapa kita tidak menjadi sia- sia.
Seterusnya, kita perlu meluangkan masa bersama-sama ibu bapa kita. Walaupun sibuk dengan
kerjaya, kita harus meluangkan masa untuk bergaul dan beramah mesra dengan mereka. Apabila semakin
tua, ibu bapa kita mudah diselubungi perasaan kesunyian. Pada ketika inilah, mereka memerlukan teman
untuk berbual-bual. Kita seharusnya menemani mereka ketika mereka berasa sunyi dan sepi. Memang tidak
dapat dinafikan apabila telah berkerjaya, kita lebih banyak menghabiskan masa dalam kerjaya. Namun
begitu, pada masa lapang, kita perlu menziarahi mereka dan berbual-bual dengan mereka. Kita juga perlu
bergurau senda dengan mereka untuk menghiburkan hati mereka. Ilmuwan Islam ada menyatakan
sekiranya kita lupa akan jasa ibu bapa, maka kita juga telah lupa akan diri kita. Bagi anak-anak yang
tinggal berjauhan, mereka boleh berhubung dengan ibu bapa mereka melalui telefon. Ketika berbual dengan
mereka, kita perlu menggunakan pertuturan yang bersopan dengan mereka agar tidak menggores perasaan
mereka. Bukan itu sahaja, kita juga boleh membantu ibu bapa kita melakukan kerja-kerja rumah untuk
meringankan beban mereka. Sebagai contoh, kita boleh membantu ibu kita untuk memasak, mencuci
pakaian, mengemas rumah dan sebagainya. Jelasnya, komunikasi yang baik antara anak-anak dengan ibu
bapa dapat menjamin keharmonian keluarga.
Sejajar dengan konteks perbicaraan, kita juga perlu menyambut sesuatu perayaan bersama-sama ibu
bapa kita. Kita perlu ingat bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu bapa. Menjelang musim
perayaan, kita perlu balik ke kampung untuk menyambut sesuatu perayaan. Ketika musim perayaan, kita
dapat meluangkan masa yang lama bersama-sama mereka. Kita juga perlu meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu
sebagai tanda menghargai jasa mereka. Dengan itu, ibu bapa kita akan merasakan bahawa diri mereka
dihargai kerana kita sudi mengadakan majlis untuk mereka . Malah, kita juga boleh mengadakan majlis
sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapa kita. Melalui majlis sebegini, ibu bapa kita dapat mengimbau
kembali kenangan manis mereka sewaktu muda. Walaupun ibu bapa kita sudah tua, kita juga boleh
menyambut hari jadi mereka. Masa itu emas, jikalau kita meluangkan masa untuk ibu bapa kita dalam
mengadakan majlis khas untuk mereka, masa itu bagaikan permata, lebih mahal daripada emas. Bukan itu
sahaja, kita juga perlu meraikan kejayaan kita bersama- sama ibu bapa kita. Hal ini kerana kejayaan itu
sebenarnya hasil titik peluh ibu bapa kita. Walaupun sudah berkahwin, kita perlu memberikan keutamaan
kepada ibu bapa kita kerana jasa mereka tidak ternilai.
Akhir sekali, kita perlu mendoakan kesejahteraan hidup ibu bapa kita di dunia dan di akhirat. Doa
kita akan termakbul sekiranya permintaan kita ikhlas. Bayangkanlah sekiranya ibu bapa kita telah meninggal
dunia, adakah kita akan berpeluang untuk melihat mereka semula? Maksud Al-Quran ada menyatakan
Dan ucapkanlah doa : Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibu bapaku, sebagaimana mereka mendidik
dan mengasihani aku sewaktu aku kecil. Oleh itu, kita harus berdoa agar ibu bapa kita dikurniakan dengan
kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Bagi ibu bapa yang sudah meninggal, kita juga boleh berdoa
54 / 119
agar mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang mulia. Setiap anak digalakkan membaca ayat-
ayat suci al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ibu bapa mereka. Orang India pula akan mengadakan
upacara sembahyang pada setiap ulang tahun kematian ibu bapa mereka. Bagi masyarakat Cina, mereka
akan menyembah roh arwah ibu bapa dan nenek moyang mereka pada setiap Tahun Baru Cina dengan
melawati kubur orang tua mereka. Dalam hal ini, setiap agama menyeru kepada bangsanya untuk berdoa
agar roh ibu bapa mereka tenteram.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak harus melaksanakan
kewajipan mereka dengan menjaga ibu bapa dengan baik. Selagi ibu bapa kita hidup di muka bumi ini, kita
perlu memenuhi segala permintaan dan hajat mereka sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka. Hal ini
kerana apabila mereka sudah tiada di dunia, kita tidak berpeluang melakukan sesuatu bagi membalas jasa
kedua-dua orang tua kita. Ketika itu, kita akan menyesal namun pepatah menyatakan bahawa sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, marilah kita menyahut slogan Sayangilah
Ibu Bapa kita dan berbakti kepada ibu bapa kita agar hidup diberkati. Firman Allah SWT yang
bermaksud Sesungguhnya orang-orang yang mulia ialah orang- orang yang tida melakukan
dosa. Kita janganlah melakukan dosa dengan menyakitkan hati ibu bapa kita. Tegasnya, setiap insan harus
mendukung kewajipan sebagai anak yang soleh dan solehah serta melaksanakan kewajipan tersebut dengan
baik agar hidup diberkati.

Karangan Dimensi keluarga

Latihan 1

Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama dada akhbar tempatan saban hari. Peningkatan kes
pembuangan bayi perlu dibendung sebelum menjadi trend masyarakat untuk mencari penyelesaian
mudah menyelesaikan masalah kelahiran anak tidak sah taraf terutama dalam kalangan remaja.

Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menangani
masalah ini.

Saban hari, terdapat pelbagai berita yang terpapar di dada-dada akhbar harian tentang jenayah
pembuangan bayi. Kadar pembuangan bayi yang tidak berdosa kian meningkat. Baru-baru ini, kita
dikejutkan dengan berita penemuan seorang mayat bayi yang dimasukkan ke dalam beg pakaian dan
dibuang ke dalam perigi dan juga bayi yang baru lahir dicampakkan dari tingkat dua di satu kawasan
perumahan. Perkara yang menyedihkan kita jenayah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan
akan mencorak kegemilangan negara kelak. Persoalannya, di manakah letaknya sikap bertanggungjawab
dan belas kasihan serta perikemanusiaan remaja yang berani membuang bayi mereka begitu sahaja. Remaja
ini seharusnya mengikut akal fikiran yang waras dan bukannya bertindak mengikut hati dan hawa
nafsu serakah semata-mata, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Pelbagai strategi telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha membendung masalah ini.
Namun, masalah ini gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa adalah golongan yang paling hampir dengan
remaja. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah pembuangan bayi
ini. Ibu bapa perlu bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-
anak. Ibu bapa perlu menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak-anak serta memberikan kasih
sayang secukupnya terutamanya anak-anak yang sedang meningkat remaja kerana anak remaja sebenarnya
memerlukan perhatian dan layangan yang lebih daripada ibu bapa kerana mereka akan rasa lebih dihargai.
Contohnya, ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung
minggu atau melakukan aktiviti yang melibatkan ahli keluarga bersama-sama. Selain dapat mengeratkan
hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa aktiviti yang dilakukan ini dapat menghalang anak-anak
daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah di luar pengetahuan ibu bapa.
Dalam melayari kehidupan remaja yang penuh cabaran, remaja sering mencari model yang boleh
dicontohi. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang positif kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu menjadi model yang boleh diikuti dan dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya Si ayah

55 / 119
atau Si ibu mahu anak-anak mereka berakhlak mulia, tidak meninggalkan solat, maka sebagai orang tua,
hendaklah melakukannya terlebih dahulu, seperti kata peribahasa, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal, sekiranya corak yang dilakar
menarik dan cantik, maka akan baik dan eloklah akhlak anak itu. Sekiranya hitam corak yang dilakar, maka
akan hitamlah kehidupan anak-anak itu kelak. Mendidik anak biarlah dari kecil, bukannya bila dah menjadi
buluh baru hendak dilentur, akan pecah dan patahlah buluh tersebut. Begitu juga dengan anak-anak, bila
sudah besar amat sukar untuk dididik seandainya pada asasnya tidak dimulakan, bak kata pepatah Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa berperanan besar memastikan anak-anak tergolong
dalam golongan yang berakhlak mulia, lalu tidak sesekali akan melakukan maksiat yang menyebabkan
kesudahan yang mengaibkan dalam menutup episod hitam yang berlaku. Mereka tidak akan sanggup untuk
menconteng arang ke muka kedua- dua ibu bapa mereka kerana anak yang berakhlak akan sentiasa menjaga
maruah diri mereka dan juga maruah keluarga.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana
yang kita ketahui , rakan merupakan golongan kedua yang paling hampir dan rapat dengan remaja selain ibu
dan bapa.Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya
kita berbau harum, dan sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, kita juga turut terkena percikan
apinya. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan mengamalkan
pergaulan bebas. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan dengan siapa anak mereka berkawan. Ibu
bapa perlu menasihati dan memberi kesedaran kepada anak tentang batas-batas pergaulan antara lelaki
dengan perempuan bagi mengelakkan berlakunya hubungan intim dan keterlanjuran yang secara tidak
langsung menyumbang kepada berlakunya jenayah pembuangan bayi ini. Berkawan antara lelaki dengan
perempuan tidak mengapa, asalkan tahu batas-batas pergaulan. Jangan sampai mendorong melakukan
maksiat, melakukan zina seterusnya mengandung anak luar nikah. Akhirnya, untuk menutup malu, lalu
remaja yang terlibat sanggup membuang bayi yang tidak bersalah di masjid, di depan rumah atau dibuang ke
dalam sungai. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar berkawan dengan kawan yang mempunyai akhlak
yang baik, berwawasan dan mendorong melakukan aktiviti yang berfaedah. Kawan yang baik dan berakhlak
akan mengelakkan diri daripada menghampiri maksiat dan kejahatan. Mereka akan sentiasa menjaga adab
pergaulan.
Agama teras kehidupan dan merupakan panduan kepada setiap penganutnya. Oleh itu, ibu bapa
perlu memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama merupakan benteng
yang ampuh untuk untuk mengelakkan golongan remaja terjebak dalam kancah maksiat. Mereka akan dapat
membezakan antara baik dan buruk, halal dan haramnya tindakan serta perlakuan yang akan dilakukan.
Anak-anak akan mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya
negatif. Oleh itu, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mendalami bidang agama seawal usia tujuh tahun.
Apabila pegangan agama menguasai diri, seseorang itu akan berfikir berulang kali sebelum melakukan
sesuatu yang menyalahi ajaran agama. Namun, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak
mereka menghadiri kelas-kelas yang mengajar anak-anak ilmu keduniaan berbanding dengan program-
program kerohanian dengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada
perkembangan dan kemajuan seseorang. Didikan agama yang kurang akan menipiskan tahap keimanan
seseorang. Akibatnya mereka tidak takut untuk membuat dosa dengan beranggapan perbuatan tersebut tidak
mendapat balasan Alllah SWT pada masa itu juga. Remaja yang nipis imannya tidak dapat bertindak secara
rasional dan lebih suka bertindak mengikut emosi untuk mengatasi sesuatu masalah. Lantaran itu, bagi
remaja yang melahirkan anak tidak sah taraf ini, mereka sanggup membuang bayi mereka kerana bertindak
mengikut emosi dan tidak memikirkan bahawa perbuatan mereka ini akan menambahkan lagi dosa yang
sedia ada. Seandainya anak yang dibuang itu masih hidup dan ditemui oleh orang lain, akan selamatlah anak
tersebut, tetapi seandainya bayi itu mati, jadilah dia seorang pembunuh.
Seterusnya langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menangani masalah pembuangan bayi
ini adalah mengubah tanggapan dan persepsi mereka terhadap anak-anak. Jangan memberikan
kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu membuat ketetapan dan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh anak-anak terutamanya kepada anak-anak perempuan kerana gejala pembuangan bayi ini lebih
melibatkan golongan remaja perempuan. Tetapkanlah peraturan, anak-anak perempuan tidak dibenarkan
keluar malam atau pulang lewat malam. Selain itu, ibu bapa perlu menegur anak-akan perempuan agar tidak
memakai pakaian yang terlalu mencolok mata sehingga menimbulkan keghairahan orang lain untuk
menghampiri mereka dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada mereka. Keadaan ini bukan hanya
berlaku di luar rumah, malahan mungkin akan berlaku di dalam rumah sendiri yang boleh menyebabkan
56 / 119
berlakunya sumbang mahram yang akhirnya melahirkan zuriat. Ibu bapa perlu mengawasi pergerakan
anak jika sekiranya ada sesuatu yang meragukan. Sebab pernah terjadi, anak yang masih bersekolah
mengandung tanpa disedari oleh ibu bapa disebabkan kurang berkomunikasi dengan anak-anak. Selain itu,
ibu bapa juga jangan terlalu mengongkong anak-anak. Sekiranya mereka berpeluang hidup berjauhan
dengan keluarga, mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas difikiran mereka tanpa berfikir
panjang. Anak-anak akan berubah sikap seperti membujur lalu melintang patah dengan bertindak liar
tanpa pengawasan ibu bapa. Hal ini berlaku terutamanya bagi anak-anak gadis yang berpeluang menuntut di
pusat-pusat pengajian tinggi kerana beranggapan mereka bebas melakukan apa-apa sahaja. Jangan sampai,
sudah terhantuk baru terngadah dan nasi sudah menjadi bubur. Sesungguhnya, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Intihanya, gejala pembuangan bayi yang serius tiada penghujung sekiranya tidak ada kesedaran
dalam kalangan masyarakat sarwajagat untuk mengubah sikap kerana untuk menangani masalah
pembuangan bayi ini bukan hanya menjadi tanggunggjawab ibu bapa sahaja tetapi memerlukan kerjasama
semua pihak. Langkah-langkah yang diambil sewajarnya akan menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan
agar setiap remaja yang terdedah kepada gejala negatif ini perlu mempunyai semangat yang kuat untuk
menghadapi cabaran. Gejala tersebut merupakan satu kesalahan yang amat kejam. Sedangkan haiwan pun
tidak berlaku kejam kepada anaknya. Anak itu satu anugerah daripada Tuhan. Oleh itu, kita mesti
menghargainya dengan baik dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya masih ada ruang untuk ibu-ibu muda
yang mengandung anak luar nikah ini mencari jalan pulang, bak kata pepatah Melayu, sesat di hujung
jalan, kembali ke pangkal jalan. Walaupun di depan jalan amat berliku, namun remaja yang terlibat perlu
menguak halangan untuk mencari sinar kehidupan.

LATIHAN 7 (Dimensi Keluarga)

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada
masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan
terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak
kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan
secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti,
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-
anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk
memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak adalah
dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan.
Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar
yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah
sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Ibu bapa perlu merujuk
kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Anak-anak digalakkan
mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih kerana baik untuk kesihatan mata, gusi, kulit serta
mengekalkan kecergasan tubuh badan. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti
anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan
memasak makanan untuk anak-anak dan mengelakkan makan di luar rumah kerana makanan di luar,
khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan, dibimbangi telah tercemar kerana mungkin terdedah
kepada habuk dan asap kenderaan serta banyak mengandungi perisa makanan yang tidak baik untuk
kesihatan. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan makanan ringan oleh
anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula
yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli.
Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk
amalan gaya hidup sihat.

57 / 119
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak
akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang
keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu
membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan
sekurang-kurannya 30 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
senam robik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa
yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa
pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri
dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Anak-anak yang mengamalkan
senaman dan beriadah, akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di kelas semasa
guru sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. Menurut kajian, murid-murid yang tidak gemar
bersukan dan beriadah lebih cenderung untuk berkelakuan pasif di dalam kelas selain suka berkhayal dan
mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Tegasnya, ibu bapa perlulah
melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk
bagi melahirkan otak yang cerdas dan badan yang cergas.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara
berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak
menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun di
hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam
darah dan tahap kolesterol. Tujuan pemeriksaan dibuat agar ibu bapa dapat memastikan tahap kesihatan
anak-anak berada dalam keadaan sihat dan baik. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana
mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani
rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika ibu
bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segera membawa anak-anak berjumpa
dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Hal
ini penting bagi membantu ibu bapa mengawal penyakit yang dihidapi anaknya daripada menjadi lebih
serius dan kronik, bak kata pepatah cegah sebelum parah. Seterusnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-
anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan
kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri dan
kebersihan persekitaran tempat tinggal pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada
sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat
yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan
aspek berkenaan mungkin boleh membawa pada. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya
hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak
mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama
ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,
lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik
pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian,
ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka sekaligus akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam diri anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari
ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang
sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan
diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak
langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada
diri pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan
sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak
akan bersyukur atas kurniaan badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-
anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun
58 / 119
pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan
menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang
sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak
mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar
yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Anak-anak yang mendapat tidur
yang secukupnya berupaya menambah tenaga untuk bergiat aktif ketika di sekolah. Bagi anak-anak yang
telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan
selesa. Nik Nor Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008, menyarankan agar semua pelajar tidur secukupnya.
Namun, ramai dalam kalangan anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam
walaupun keesokannya merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan
akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga terganggu dan lama-kelamaan prestasi
mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah
menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan
sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak.. Amalan ini adalah penting untuk
dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-
langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata
pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya
hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat
dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih.

LATIHAN 8 (Dimensi Keluarga)

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan


seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak,
seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-
anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa
sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan
melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu
bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu
anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang
dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah
tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan
abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan
selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan
anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa

59 / 119
yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran
anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang
bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti
dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup
dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab
memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa
bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal
ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala
tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir
sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga
mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila
anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap
rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar.
Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya
anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada
setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan
tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi
perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak
yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan
agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak
kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat
sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut.
Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk
kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang
buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami
peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa.
Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk
anak-anak belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu
bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini,
ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak
akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-
anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap
untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga
perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu
bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai
buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak
60 / 119
telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan
dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan
mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan
mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anaksebelum
nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan
anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka
terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk
mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

LATIHAN 14 (Dimensi Keluarga)

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak.
Huraikan pendapat anda.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita selain bidang pelancongan
dan perindustrian. Hal ini demikian kerana, bidang sukan mendatangkan pelbagai faedah kepada masyarakat
dan negara. Selain melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat, bidang sukan juga mampu menjana
ekonomi yang baik kepada negara dan memberi pulangan yang lumayan kepada ahli-ahli sukan. Dato Lee
Chong Wei yang merupakan pemenang pingat perak sukan Olimpik dua kali berturut-turut pada tahun 2008
dan 2012 dan Dato Nicol David, Ratu Squasy negara yang sudah beberapa kali dinobatkan sebagai Juara
Dunia adalah antara ahli sukan yang memperoleh pendapatan yang lumayan hasil daripada bidang sukan
yang diceburi. Oleh itu, untuk melahirkan lebih ramai generasi muda yang berminat dalam bidang sukan, ibu
bapa hendaklah memberi galakan dan motivasi kepada anak-anak agar menceburkan diri dalam bidang
sukan. Berdasarkan kajian, 80 hingga 85 peratus ibu bapa mampu mempengaruhi anak-anak untuk
bersukan. Sekiranya ibu bapa mampu memberikan sokongan dan galakan, sudah pasti matlamat untuk
memajukan bidang sukan negara akan tercapai dan Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan, Persoalannya, apakah peranan ibu bapa
dalam memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak?
Usaha pertama yang perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa bagi memupuk minat bersukan dalam diri
anak-anak ialah menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menunjukkan
semangat kesukanan agar anak-anak juga memiliki semangat yang sama dalam diri mereka. Untuk
memupuk semangat bersukan, ibu bapa boleh bermula dengan melakukan senaman atau riadah bersama
anak-anak. Ibu bapa boleh berjoging, bermain badminton dan melakukan aktiviti kecergasan di padang
terutama pada waktu hujung minggu. Secara tidak langsung, minat anak-anak terhadap sukan akan
bercambah. Apabila anak-anak membesar, minat mereka terhadap sukan akan berkembang. Sebagai
contohnya, anak-anak yang telah didedahkan dengan sukan bola sepak dan badminton oleh ibu bapa sejak
kecil, sudah pasti mereka akan berminat menceburkan diri dalam sukan badminton. Jelasnya, ibu bapa
harus menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan aktiviti sukan
sebagai satu amalan ke mana- mana sahaja mereka berada, bak kata pepatah, benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Selain itu, langkah lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak
bersukan ialah ibu bapa perlu menyediakan peralatan sukan yang lengkap kepada anak-anak yang boleh
mendorong minat anak-anak untuk bersukan. Peralatan-peralatan sukan yang mudah didapati haruslah
disediakan seperti raket badminton, bola sepak, kasut bola dan alat-alat keselamatan untuk bersukan.
Sebagai contohnya, ibu bapa yang sanggup berkorban dengan memperuntukkan sejumlah besar wang bagi
menyediakan gelanggang sukan pelbagai guna seperti gelanggang badminton, sepak takraw, bola keranjang
dan tennis sudah pasti dapat menyuburkan minat anak-anak untuk bersukan dengan menggunakan
61 / 119
kemudahan yang tersedia di depan mata mereka. Kasih sayang yang dicurahkan bagai menatang minyak
yang penuh oleh ibu bapa kepada anak-anak sudah pasti mampu membuka mata anak-anak untuk
menghargai segala usaha yang dilakukan oleh ibu bapa dan seterusnya menimbulkan minat yang mendalam
untuk bersukan. Sejarah sukan badminton tanah air pasti tidak pernah melupakan pengorbanan Dato Mohd
Siddik Kamar dalam usaha membantu negara melahirkan jaguh badminton terkenal di persada antarabangsa
seperti Misbun Siddik, Razif Siddik, Jailani Siddik, Rashid Shiddik dan Rahman Shiddik. Pengorbanan
beliau dengan membina gelanggang badminton di halaman rumahnya sendiri akhirnya berbaloi kerana
semua anaknya berjaya menjadi pemain badminton yang terkenal. Tegasnya, usaha ibu bapa menyediakan
peralatan sukan yang lengkap dapat melahirkan generasi yang minat untuk bersukan.
Di samping itu, untuk memupuk semangat bersukan dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh membawa
anak-anak ke stadium dan tempat-tempat pertandingan yang menganjurkan pelbagai jenis kejohanan sukan
sama ada peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Hal ini dapat menimbulkan rasa minat untuk
bersukan dalam diri anak-anak kerana tak kenal maka tak cinta. Anak-anak terbiasa dengan suasana meriah
dan penuh dengan semangat kesukanan apabila berdiri bersama lautan penyokong sukan daripada pelbagai
lapisan masyarakat dan negara serantau. Anak-anak yang menyaksikan kejohanan sukan secara langsung di
stadium akan bersama-sama bertepuk tangan memberikan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding.
Mereka turut bersemangat apabila berdiri menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama pemain-pemain
memenangi kejohanan sukan yang disaksikan. Sebagai contohnya, apabila anak-anak sering menyaksikan
sukan bola sepak di stadium sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa bersama-sama ibu
bapa, mereka akan jatuh cinta dan berminat untuk menceburkan diri dalam sukan tersebut dan berusaha
mencuba menjadi yang pemain yang terbaik dalam sukan itu. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak
ke stadium-stadium dan tempat-tempat kejohanan sukan berlangsung, merupakan salah satu langkah yang
berkesan bagi melahirkan anak-anak untuk bersukan dengan lebih cemerlang dan menjadi penggiat sukan
dan seterusnya melahirkan anak-anak yang cinta dan minat untuk bersukan.
Akhir sekali, ibu bapa juga hendaklah memupuk minat bersukan dengan membelikan majalah sukan
yang diminati oleh anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam sukan dengan lebih serius. Mereka akan mendapat maklumat yang terkini tentang
perkembangan sukan melalui majalah sukan tersebut. Selain itu, ibu bapa juga boleh membimbing anak-
anak mereka melayari internet untuk mendapat bahan tentang jenis sukan dan cara-cara atau teknik-teknik
terbaik untuk permainan yang diminati. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh digunakan oleh semua
lapisan masyarakat tidak kira tua mahupun muda. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet
untuk mencari bahan tentang cara permainan sukan yang terbaik dan terkenal supaya boleh menjadi contoh
dan diikuti apabila bersukan. Sudah terang lagikan bersuluh, hampir semua golongan remaja terpengaruh
dengan internet. Oleh hal yang demikian, ibu bapa bolehlah menjadikan internet sebagai salah satu medium
utama dalam usaha memupuk minat bersukan dalam diri anak-anak. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak
bersukan supaya boleh melahirkan anak-anak yang sihat. Ilmu yang diperoleh daripada bahan-bahan internet
boleh dijadikan panduan untuk bersukan dengan lebih baik dan bermutu tinggi. Hal ini disebabkan mesej-
mesej yang terkandung dalam internet. Justeru, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat
bersukan dengan membimbing anak-anak melayari internet.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi yang
minat bersukan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan anak-anak bersukan. Asas
pendidikan bermula dari rumah, sudah pasti ibu bapa memainkan peranan penting kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Profesor Diraja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan
universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Jika anak-
anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti bersukan, kesihatan anak-anak sudah pasti terjamin. Imam Al-Ghazali
pernah menyatakan bahawa, ciri yang membezakan anatara manusia dengan haiwan ialah ilmu, maka
manusia menjadi mulia kerana ilmunya dan bukan kerana kekuatan dirinya.tegasnya, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam memupuk minat sukan dalam kalangan anak-anak.

Latihan 9 (Dimensi Keluarga)

62 / 119
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu,
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti pertama
bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka . Kata-kata ini jelas
menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah Tuhan yang tidak ternilai .
Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan
berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak
mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain
tersebut. Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-
anak ?
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-anak dengan
memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak . Pepatah sering menyatakan
bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan
agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak dapat membuka minda serta
mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif . Penerapan nilai agama dapat membantu anak-
anak untuk membezakan antara baik dan buruk perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga
akan membesar dengan berpandukan ajaran agama. Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang
ampuh untuk mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan
dalam keluarga yang mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya .
Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan
mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah
bahawa pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.
Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih berusia seperti kakak atau
abang berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak atau adik-adik bagi memastikan anak-anak
mempunyai sahsiah yang baik . Hal ini demikian kerana anak-anak yang berusia setahun jagung memang
mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain,
sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat
dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin membaca dan sentiasa
menunaikan solat, sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana sedemikian akan mencontohi
perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca dan mendirikan solat apabila masuk waktunya tanpa perlu
disuruh oleh ibu bapanya. Walau ke mana-mana pun mereka pergi, amalan tersebut akan terbawa-bawa
kerana sudah sebati dalam jiwa. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang
baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi
penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah
keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh
dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal.
Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-
anak. Anak anak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba
melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling bekerjasama dan berkasih
sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia . Dalam hal ini , ibu bapa perlulah memberikan
sepenuh kasih sayang kepada diri anak-anak bagai menatang minyak yang penuh agar anak-anak tahu
menghargai hidup untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa perlu meletakkan panggilan manja untuk anak-
anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long bagi anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi
anak kedua supaya kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga
perlu diajarkan kepada anak-anak supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima
bantuan. Ibu bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara dan
kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling bekerjasama . Perbuatan seperti ini akan
terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang
63 / 119
berperanan untuk mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga akan dapat
melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan bertanggungjawab . Ibu
bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak lebih bertanggungjawab. Anak-anak
perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh baju, menggosok pakaian dan menyimpan baju
dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja
yang ada di rumah mereka . Hal ini amat penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur
dengan apa yang dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah
agar anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja . Anak-
anak yang sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang sederhana
sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak juga melakukan sesuatu
dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi
masa depan yang berpandangan jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat
dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan bertanggungjawab
.
Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak khususnya anak-
anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh
anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang rakan sebaya anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan
rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan anak-anak kerana anak-anak lebih
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai
prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya
kepada anak-anak . Hal ini demikian kerana anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa
dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh menconteng arang di muka keluarga .
Oleh itu , ibu bapa perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap masa
agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum
habis. Ibu bapa perlulah mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan
mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah
pasti masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi
gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak yang bersahsiah baik , ibu
bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang mulia . Setiap
ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini
penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa
harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan
keperibadian mereka. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan
yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia.

LATIHAN 5 (Dimensi Keluarga)

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.

Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau
empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat
kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan
bekerjasama antara satu sama lain. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran Sepakat
Membawa Berkat. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu
perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden,
semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur. Oleh itu, semua
lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat
64 / 119
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar
diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat
majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak
lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-
royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa
boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong,
semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa
tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong
ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat
bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar
dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran.
Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa kelak,
anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu
bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan
dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau role model yang baik kepada
anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri.
Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing atau ke bukit sama di
daki, ke lurah sama dituruni dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk
mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu
bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka..
Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain
mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-
masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban
yang ditanggung oleh jiran. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu
memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital,
memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan
nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa
terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka.
Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis
rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak
bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama
lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu
perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan
itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara
ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun
Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis-
majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam
kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat
kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa
anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran
kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat
kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta
membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan seperti enau di
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan
65 / 119
bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah
berpegang teguh pada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Jadi, melalui lawatan kita,
sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara
tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut
mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu
bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk
semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri
dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari
Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap
diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Selain itu, ibu bapa boleh
mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat
setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini
hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Sebagai contoh, melalui
Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak
diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam
peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-
menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan
dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan membentuk
perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah
mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika
kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan
menghiburkan ketika kita senang. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan
berbaik-baik dengan kita. Cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan
dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya
murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam
kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah
utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan
semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan
sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali.

LATIHAN 6 (Dimensi Keluarga)

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk
pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai
kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.
Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia
66 / 119
sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat
dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara
hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok
Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan
kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama
dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.
Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ,
terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan
dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul
pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan
sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang
bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja
dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang
erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan
setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah
atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada
anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui
lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat
membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut
mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan
bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat
penting. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik
dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah
dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-
anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana
kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan
dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan kepada
anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan
pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan
sokongan terhadap negara. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang
tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa
boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah
Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan
sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara
dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.

67 / 119
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-
sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September
dan sebagainya. Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat
disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak kemerdekaan, mendengar
perkisahan cerita-cerita tentang kesengsaraan pengorbanan para pejuang tanah air untuk
memerdekakan negara, dan sama-sama menyaksikan perbarisan yang boleh menyemarakkan
semangat cinta akan tanah air. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan
kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah
disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat
menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang
harus dikorbankan demi melihat Malaysia berdiri megah seperti sekarang. Dengan menyertai
aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada
kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan
antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat
patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari
Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis
Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah yang dapat diberikan oleh
seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Hal ini amat
jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan
personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan
bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.

Karangan Dimensi Masyarakat/Negara


Latihan 5:

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan
kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan
ini?

Orang Kelainan Upaya (OKU)ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau
mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini
menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan
pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak
kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut
memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu
OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan
kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini
68 / 119
kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna
malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kelainan Upaya (OKU)haruslah
diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka
tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara
istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk
di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik
anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar
mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam
membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas
tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali
memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan
masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk
menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat
menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan
mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada
mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kelainan Upaya
(OKU)diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik,
membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan
Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya
mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap
dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain
membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan
keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan
elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan
pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan
Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU
malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga
diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata
golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah
berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan
daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk
membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada
orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang
berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-
anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para
pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan
tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup
mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat
dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada
OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja
sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour
yang telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka
memberi peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga
mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan
dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak
69 / 119
terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut.
Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam
era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat
sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Latihan 2: Dimensi Masyarakat/Negara

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya
yang berlainan, perpaduan amat penting dalam mencapai matlamat pembangunan
negara.
Sarankan usaha-usaha meperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di
negara kita.

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama
hitam, hati lain-lain, namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan
damai. Menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh perpaduan kaum bukannya mudah.
Pelbagai usaha dijalankan ke arah perpaduan termasuk penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional, Rukun Tetangga hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional, Sekolah
Wawasan, dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Persoalannya, apakah usaha-
usaha memperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini?
Antara usaha untuk memperkukuhkan perpaduan kaum di negara ini ialah rakyat
Malaysia perlu menyertai aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contohnya, masyarakat boleh
mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan. Masyarakat yang berbilang
kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan seperti
membersihkan kawasan longkang, semak-samun dan sebagainya. Melalui aktiviti
kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan
dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, jika kita mengamalkan
prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati suasana harmoni
dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung seperti rumah
terbuka rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk
semangat perpaduan. Kebudayaan dan adat resam antara kaum dapat difahami dengan lebih
mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman, bertimbang rasa serta membina
masyarakat yang saling menghormati. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang
jernih ternyata mampu menjalin hubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.
Tambahan lagi sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi
atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk
tempatan. Usaha ini secara tidak langsung, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih
mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu
sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara
kaum.
Di samping itu, pendidikan juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia.
Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada semua kaum dan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan sejak dari
kecil lagi malahan dapat memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti kokurikulum dan

70 / 119
kokurikulum. Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang lebih
bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu serta tidak mempunyai masalah perhubungan
dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu
yang dijalin ini sejak di prasekolah lagi sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk
membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada prinsip Rukun Negara. Hal ini sangat
penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak di
bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk
mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-
cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Bagi mempererat perpaduan antara kaum di bumi bertuah ini, media massa pula
mempunyai peranan yang tersendiri. Semua saluran media di Malaysia, tidak kira media
cetak atau elektronik, membuat liputan yang begitu bertanggungjawab tentang isu-isu yang
membabitkan kaum. Pihak media jarang-jarang menyiarkan berita yang boleh menggugat
perpaduan nasional dan kestabilan politik negara. Pihak media harus sedar betapa besarnya
peranan dan pengaruh yang ada pada mereka. Justeru, mereka sungguh berhati-hati dalam
mengendalikan sesuatu isu sensitif yang menyentuh soal bangsa, agama dan bahasa. Banyak
pengajaran yang telah kita terima daripada peristiwa-peristiwa hitam yang pernah melanda
negara seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
Seterusnya, perpaduan dapat dikukuhkan melalui penglibatan dalam kegiatan
sukan. Hal ini demikian kerana melalui bersukan, semua lapisan masyarakat dapat
melibatkan diri tanpa mengira perbezaan kaum. Berkongsi minat dalam sukan yang sama
akan melahirkan sikap tolong-menolong dan saling menghormati di samping memupuk
semangat kesukanan dan semangat berpasukan yang tinggi. Rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum akan sama-sama memberikan sokongan padu kepada atlet-atlet yang bertanding atas
semangat Malaysia Boleh. Tegasnya, kegiatan sukan dapat menyatukan semua kaum dalam
sesebuah pasukan.
Secara tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama
untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat
berkembang maju dengan lebih lancar bawah gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Oleh itu, kita yang sudah melalui
zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh
semangat perpaduan kaum. Semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila
agarWawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Karangan Dimensi Masyarakat/Negara


Latihan 6:

Semangat Kejiranan dalam kalangan rakyat di negara ini semakin longgar.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pelbagai pihak supaya
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan?

71 / 119
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan dan juga di
belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan
dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita
dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa Jiran sepakat membawa berkat. Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat
kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, apakah langkah-
langkah yang wajar diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat?
Langkah primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah kerajaan menjalankan kempen-kempen
kejiranan yang bersesuaian di semua peringkat sama ada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.Tujuan
kempen ini adalah untuk menanam semangat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep
1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menekankan
semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.Usahasama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan
diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Kempen
kejiranan yang dijalankan ini perlulah berterusan dan janganlah seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Jelasnya,kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk memupuk
semangat kejiranan.
Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah mengadakan aktiviti
gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang
tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang ,mereka akan dapat berkenal-
kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran
mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan
bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong
ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri kendara dan sebagainya. Melalui
cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Malahan, menurut laporan
majalah The Times di Australia. kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara
aktiviti yang terbaik di dunia.
Di samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat penting dalam meningkatkan
semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam menyuburkan
semangat kejiranan.Media cetak misalnya boleh menyiarkan artikel-artikel tentang kepentingan semangat
kejiranan .Media elektronik pula boleh menyiarkan dokumentari dan rancangan menarik tentang kejiranan.
Melalui media massa, pelbagai maklumat dan berita boleh disampaikan dengan cepat dan mudah
.Sesungguhnya,berita dan isu semasa yang disiarkan oleh media massa lebih mudah menarik perhatian orang
ramai terutamanya generasi muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3 menyiarkan Colour of Malaysia wajar
disokong. Justeru,semangat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah ini wajar kita tonjolkan
melalui media massa.
Seterusnya, setiap penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan
dalan kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita
tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya ,melalui rumah terbuka ini, semua ahli dalam
masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh
tuan rumah. Sebagai contoh, sambutan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina,Krismas, Deepavali dan sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah
terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
Di samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga hendaklah mengadakan
aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa
aktiviti Hari Keluarga diadakan,s emua ahli keluarga jiran akan turut serta melibatkan diri dalam aktiviti
berkayak, memasukkan air ke dalam botol ,terompah gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga
diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga.Aktiviti
seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi atau padang
sekolah yang berhampiran .Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang
secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti
yang terungkap dalam peribahasa Melayu,ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai
satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk
72 / 119
sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan
Rukun Tetangga, Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan
sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir
mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini
dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat
sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.
Akhir sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan
rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat,
kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang
dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa
jiran kita dimasukkanke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai
jiran, kita mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Maksudnya ialah
jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan
keperitan yang dialami oleh jiran kita itu.
Kesimpulannya, kita perul memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam
era globalisasi, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal
seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan
negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Oleh itu,dengan
meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi,dalam setiap masa, kita
mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita
sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Model 1 (Surat Kirfiman Rasmi)

Sebuah syarikat pemaju perumahan bercadang untuk menjalankan projek perumahan di sebuah
kawasan bukit yang terletak berhampiran dengan rumah anda. Sebagai setiausaha jawatankuasa
penduduk, anda ingin menghantar surat bantahan kepada pihak yang terbabit.
Tulis surat tersebut selengkapnya.

Contoh jawapan:
Setiausaha Kehormat,
Jawantankuasa Penduduk Taman Bukit Mewah,
Persiaran Mewah,
Bandar Puchong Jaya,
46000 Petaling Jaya.
Selangor Darul Ehsan.

_________________________________________________________________________

Pengurus Besar,
Syarikat Perumahan Bumi Holding,
Jalan Persekutn,
25200,
Kuala Lumpur 27 FEBRUARI 2012

Tuan,
Bantahan Terhadap Projek Perumahan Bukit Mewah Fasa II

73 / 119
Merujuk perkara di atas, saya mewakili Jawatankuasa Penduduk Taman Bukit Mewah ingin menyatakan
bantahan kami terhadap projek perumahan Bukit Mewah Fasa II yang sedang dilaksanakan oleh pihak tuan
berdasarkan papan iklan projek yang bernombor siri PP/DBKL92-08/34. Bantahan ini dibuat berdasarkan
usul bantahan yang dicadangkan oleh ahli jawatankuasa penduduk dalam mesyuarat yang telah diadakan
pada 17 Februari 2011. Usul tersebut telah disokong secara sebulat suara oleh semua ahli jawatankuasa yang
hadir. Berikut kami nyatakan sebab-sebab bantahan tersebut.
2. Pertamanya, kebanyakan penduduk berasa kecewa dan terkilan kerana pihak pemaju tidak pernah
memaklumkan projek terebut kepada para penduduk. Seperti yang pihak tuan tahu, kami merupakan
pembeli rumah di Taman Bukit Mewah, iaitu projek syarikat pemaju perumahan yang sama, enam tahun
yang lalu. Semasa kami membeli rumah tersebut, pihak tuan tidak pernah memaklumkan kepada kami
tentang projek perumahan fasa II yang akan melibatkan penarahan kawasan bukit berdekatan. Malahan,
dalam iklan projek perumahan tersebut, pihak pemaju telah menggunakan bukit itu sebagai daya tarikan
dengan mengaitkan kawasan perumahan tersebut dengan alam yang lestari. Sebagai pembeli, kami semua
terpengaruh dengan iklan yang memaparkan kelestarian alam yang dijamin pengekalannya di kawasan
tersebut. Semua penduduk yang membeli rumah di kawasan tersebut mengimpikan kawasan perumahan
yang bebas daripada pencemaran dan dapat menghirup udara yang segar. Namun, selepas enam tahun
keadaan tersebut berubah. Kami dimaklumkan bahawa bukit di kawasan tersebut pula hendak ditarah demi
keuntungan syarikat sahaja. Sudah pasti, sebagai pembeli, kami berasakan bahawa pihak syarikat telah
mempermain-mainkan pembeli,
3. Seterusnya, kami juga kecewa kerana bukit tersebut merupakan kawasan tadahan hujan walaupun
saiznya yang sederhana. Untuk pengetahuan pihak tuan, masih terdapat anak-anak sungai yang mengalir.
Hal ini menandakan bukit tersebut masih merupakan sumber mata air yang tidak kurang pentingnya. Oleh
hal yang demikian, jika syarikat pemaju meneruskan projek perumahan terebut, dikhuatiri keadaan ini akan
menyebabkan kami kehilangan kawasan tadahan hujan. Jika pokok-pokok ditebang, struktur tanah akan
menjadi longgar dan tanah secara beransur-ansur boleh menggelongsor ke bawah. Situasi ini juga akan
menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh. Sekiranya perkara ini berlaku sudah tentulah
kami yang akan menanggung akibatnya. Beberapa buah rumah di tepi bukit pasti menjadi mangsa paling
terancam kerana berisiko untuk tertimbus jika hakisan tanah berlaku.
4. Di samping itu juga, kami berasa bimbang jika keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat atau banjir
lumpur. Seperti yang sering dipaparkan oleh media massa, kebanyakan tempat yang mengalami banjir kilat
dan banjir lumpur biasanya dikaitkan dengan penarahan hutan di kawasan tanah tinggi. Oleh itu, lebih baik
mencegah sebelum parah. Dalam keadaan ini, sebagai jawatankuasa penduduk kami ingin mencegah
kejadian seperti banjir kilat dan banjir lumpur daripada berlaku di kawasan kami pada masa akan datang.
Kami tidak mahu kejadian banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Perak yang menyebabkan banyak
kematian akan berlaku pula di tempat kami. Menurut maklumat yang kami peroleh, pihak tuan masih belum
lagi mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar, tetapi pihak tuan sudah mula memasang papan iklan
berkenaan projek tersebut. Oleh itu, kami membantah projek yang masih belum mendapat kelulusan pihak
yang berkuasa.
5. Selain itu juga, penduduk di kawasan Taman Bukit Mewah telah menggunakan sebahagian daripada
kawasan bukit tersebut sebagai kawasan riadah atau rekreasi. Hal ini bertepatan dengan hasrat kerajaan
untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas. Pada setiap pagi dan petang terutama pada hari
minggu, penduduk dan ahli keluarga masing-masing, sering beriadah di kawasan bukit tersebut seperti
berjoging, barjalan kaki dan lain-lain smabil menyedut udara yang segar dan bersih. Malah, pihak kami
telah menubuhkan Kelab Cintai Bukit Mewah yang mengumpulkan ahlinya daripada golongan muda.
Melalui kelab ini, kami telah menghantar surat kepada Majlis Daerah untuk menaiktarafkan sebahagian
daripada kawasan bukit itu kepada kawasan rekreasi, khusunya kepada penduduk setempat dan kawasan
sekitarnya, Oleh itu, jika projek pihak tuan diteruskan, hal ini sudah tentu akan mengecewakan para
penduduk, khususnya golongan muda yang mula mencintai alam sekitar di kawasan tersebut.
6. Akhir sekali, harapan kami agar pihak tuan dapat membatalkan projek perumahan tersebut demi
kemaslahatan penduduk dan alam sekitar. Di sini, kami ingin menegaskan bahawa kami bukan
antipembangunan, tetapi kami hanya ingin memastikan khazanah alam sekitar terus terpelihara. Kita perlu
sedar bahawa alam ini tidak kita warisi daripada generasi terdahulu sebaliknya, alam ini hanya dipinjamkan
kepada kita untuk kita serahkan kembali kepada generasi akan datang dalam keadaan yang baik dan
selamat. Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang
lebih tegas jika pihak tuan tetap ingin meneruskan projek perumahan ini.
74 / 119
7. Kami berharap pihak tuan sedia memberikan kerjasama dan mengadakan perundingan dengan
wakil penduduk agar masalah ini dapat diselesaikan secara perundingan sebelum nasi menjadi bubur.
Kerjasama pihak tuan amat kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Seth Tan

(SETH TAN KOO)


Setiausaha Jawatankuasa Penduduk,
Taman Bukit Mewah.

Latihan 3: Dimensi Masyarakat/Negara

Kejadian tanah runtuh merupakan petaka yang terjadi akibat kelalaian manusia. Manusia masih
mempunyai cara untuk mengelakkan tanah runtuh.
Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Bencana tanah runtuh merupakan satu fenomena yang serius seperti kejadian tanah runtuh di Bukit
Antarabangsa, Kuala Lumpur pada Disember, 2006 dan kejadian meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu
Langat baru-baru ini memerlukan satu pendekatan yang dinamik dan menyeluruh. Fenomena ini merupakan
rentetan daripada kegagalan pelbagai pihak bertindak ke atas kesan-kesan semula jadi dan tindakan manusia.
Pelbagai reaksi yang ditunjukkan, ada pihak melempar batu, sembunyi tangan. Ada pihak tidak ambil
pusingdengan tanda-tanda awal kejadian mungkin berlaku. Justeru, usaha-usaha yang lebih pragmatis perlu
dilakukan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini lagi.
Pemusnahan hutan dan aktiviti pembalakan tanpa kawalan lazimnya dikaitkan dengan
fenomena tanah runtuh ini. Kerakusan manusia menggeledah rimba raya dan bukit bukau ini telah
mengganggu ekosistem dan lestari alam. Keadaan tanah di cerun bukit digondolkan serta mendedahkanya
kepada risiko tanah runtuh. Pokok-pokok yang menjadi ikatan kepada tekstur tanah telah ditebang dan
dibuang. Apabila hujan turun air yang mengalir menjadi beban kepada cerun yang longgar dan tidak stabil.
Hal ini boleh menyebabkan tanah rebah seperti yang pernah berlaku di tanah tinggi Genting Highland dan
Pos Dipang satu ketika dahulu. Oleh itu, kawalan terhadap penebangan hutan dan aktiviti pembalakan ini
diharapkan dapat menjadi satu usaha jitu dalam menyelamatkan cerun dan tanah daripada runtuh dan
mengancam nyawa.
Selain itu, usaha menanam semula tumbuh-tumbuhan selepas aktiviti pembangunan merupakan
langkah yang agak efisen bagi meminimakan kejadian tanah runtuh. Manusia mengolah alam sekitar dan
hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, dan
mendirikan tempat rekreasi. Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk
pertanian, perumahan, industri, perlombongan, membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau.
Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar alam persekitaran serta menghapuskan habitat semula jadi, banyak
sepsis tumbuhan musnah. Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terbabit membuang segala sifat evasif
dengan memikul tanggungjawab lapang bagi memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat
pembangunan. Ghalibnya, usaha ini dapat kembali menguatkan tanah yang telah melalui proses
pembangunan.
Bagi mengelak kejadian buruk ini, negara perlu mendepani persaingan pembangunan dengan
strategik dan bijak. Tindakan strategik dan sistematik terhadap setiap pelan pembangunan adalah sangat
mustahak dipraktikkan bagi memastikan pembangunan tidak mengundang padah. Pembangunan
terancang mestilah bersifat mesra rakyat, mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Kita ambil
contoh, pembangunan tanah perlu diberi perlesenan wajar, mengambil kira jenis tanah dan kawasan serta

75 / 119
faktor cuaca dan alam semula jadi. Perancangan pembangunan perlu melihat simbiosis alam dengan projek
yang bakal dimajukan. Usaha ini diharapkan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Tanah runtuh juga mungkin dapat dielakkan, jika negara menguatkuasakan undang-
undang. Hanya undang-undang sahaja yang dapat mencegah kedegilan dan kerakusan manusia mengaut
keuntungan tanpa menghiraukan kebajikan sosial. Pesalah perlu dihukum mengikut undang-undang. Rasuah
dan sikap pilih bulu perlu diketepikan sama sekali dalam menjayakan agenda negara agar keberkesanan
tindakan dapat dilihat hasilnya. Penetapan akta seperti Akta Pembangunan, akta tanah, akta perhutanan dapat
menjaga hak dan menyelamatkan situasi genting. Pembangunan dilakukan dengan berhati-hati sudah pasti
dapat meminimakan kejadian ini.
Konklusinya, sikap bertanggungjawab semua pihak amat perlu dalam mengelakkan kejadian tanah
runtuh ini. Setiap langkah keselamatan dan peraturan tidak boleh dipandang enteng kerana sikap
sedemikian sering mengundang padah. Bagi mengatasi masalah ini, sinergi dari semua lapisan masyarakat
sahaja dapat menjayakan misi dan visi murni ini. Sesungguhnya, tindakan kita perlu umpamamenarik
rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Kerja yang teliti pasti membuahkan hasil
yang baik.

FAKTOR KEDATANGAN PENDATANG ASING DI MALAYSIA

Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang
asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara. Pekerja
asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Indonesia,
Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari China. Berdasarkan statistik
sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91
juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara
ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan


pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Statistik
unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini
akan melebihi dua juta orang berbanding penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada
28.306 juta. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata
pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang
memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan
lancar.

Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran dan
kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang kepada
penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun ramai penduduk
tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal agar ia tidak menjadi lebih
serius. Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang dengan
lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang menyusup masuk
dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih tegas agar pendatang haram
ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga haruslah dikawal sepanjang masa untuk
mengelakkan mereka menyusup melalui jalan laut.

Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah kekurangan
pekerja tetapi hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini menyedarkan negara bahawa mereka juga
boleh bertindak ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman ini akan menjadi kacau bilau
kerana kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal. Sesetengah pihak juga sering menyalahkan
belia kerana terlalu memilih pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah
belia itu sendiri? Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan
akan mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu tidak.
76 / 119
Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan tidak dikenakan
caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan? Begitu juga sekiranya belia itu
mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam sua sana di kalangan pekerja asing.
Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu?

Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran pekerja


asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan harian mereka
dengan bekerja sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang kebun. Tetapi jika
kehadiran pekerja asing ini menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah seperti membunuh, samun
bersenjata api, merogol, pecah rumah, ragut dan banyak lagi maka inilah yang menyedarkan
mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan
Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh
Malaysia ialah seramai 362,958 kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara ini.

Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing ini tetap ada
keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau
menghadapi masalah dengan isu ini. Untuk mencapai yang terbaik, kerajaan haruslah mengkaji
segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial agar kedatangan pandatang asing ini dapat
dimanfaatkan untuk pembangunan negara. (559 patah perkataan)

SOALAN: ISU GEJALA SAMSENG DI SEKOLAH SEMAKIN LELUASA SEHINGGA


MEMBIMBANGKAN BANYAK PIHAK. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA
BERLAKUNYA GEJALA SAMSENG INI?

Sedasawarsa ini, isu gejala samseng di sekolah sering meniti dari bibir ke bibir umat
manusia di segenap empat penjuru dunia. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, peratus
gejala samseng meningkat secara drastik dari semasa ke semasa sekali gus menyebabkan imej
negara tercalar di persada dunia. Rekod polis telah menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar
yang cerdik pandai telah menjadi bagai pelanduk di cerang rimba akibat gejala buli yang semakin
ganas. Dalam hal ini,apakah punca gejala samseng yang menjadi duri dalam daging institusi
pendidikan di negara ini?

Punca perdana yang mendorong aktiviti gejala samseng ini adalah ramai dalam kalangan
pelajar kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana
dengan kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, seseorang itu akan menjadi lebih liar dan
sukar dikawal oleh penjaganya. Kebiasaannya, pelajar samseng akan mempunyai sikap
hedonisme dan bertindak mengikut nafsu. Lantaran itu, apabila nafsu mereka tidak dipenuhi,
mereka akan melepaskan geram tersebut kepada seseorang. Hal ini jelas membuktikan bahawa
mereka jarang menggunakan akal fikiran mereka yang waras dalam membuat sesuatu keputusan
dan pertimbangan, persis kata orang tua-tua, akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja
yang menentukan, nafsu ialah rasuah yang akan menggulingkan menteri dan raja itu. Gejala
samseng ini berlaku apabila pelajar yang lemah dan muda daripada mereka menjadi sasaran
utama bagi samseng yang ingin memuaskan nafsunya. Sebagai contoh, pembuli tingkatan empat
yang tidak dapat merokok untuk seharian suntuk akan melepaskan perasaan yang terpendam
terhadap mangsa yang berada di tingkatan dua iaitu pelajar yang lebih muda daripadanya. Jika
ibu bapa memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak mereka, maka
gejala buli ini akan berkurangan dan mungkin akan menemui titik noktahnya. Jelaslah bahawa, isu
gejala samseng di dada akhbar dapat dikurangkan apabila ibu bapa memberi perhatian dan kasih
sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, pelajar kurang mendapat didikan agama dan moral secukupnya
merupakan pencetus gejala samseng di sekolah. Dalam Al-Quran telah dijelaskan bahawa Islam
merupakan agama yang syumul justeru Islam menyeru umat mansia melakukan kebaikan dan
77 / 119
melarang umat manusia melakukan kejahatan. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, pelajar
yang kurang didikan agama dan moral sudah pasti tidak tahu membezakan antara buruk dan baik.
Selain itu,mereka juga tidak mempunyai misi hidup seperti kapal yang berlayar tanpa haluan.
Sehubungan dengan itu, mereka sering melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan impaknya
pada kemudian hari. Tambahan pula,umur mereka yang setahun jagung itu menyebabkan mereka
tidak pernah terlintas yang masa depan mereka semakin kabur apabila mereka menjadi seorang
samseng. Tamsilnya, seorang pelajar yang bergelar samseng di sekolah mungkin tidak dapat
melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sebaliknya menghabiskan hidup dengan aktiviti
yang tidak berfaedah. Seandainya pelajar mendapat didikan ilmu agama dan moral yang mustaid,
sudah pasti gejala samseng dapat dikekang dengan mudah. Tegasnya, pelajar yang kurang
didikan agama dan moral mudah terdorong menjadi seorang samseng yang seterusnya menjadi
barah kepada masyarakat.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor gejala samseng
leluasa dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana rakan sebaya akan
mempengaruhi pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Secara psikologi, gerak gerik dan
perlakuan pelajar yang negatif lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dan rapat
dengannya. Pelajar yang menyimpang tingkah lakunya akan mencuba untuk mempengaruhi
kawan-kawannya yang untuk menyertai tindakannya yang negatif itu. Di sebuah sekolah, pelajar
bebas bergaul antara satu sama lain tanpa memikirkan bangsa,latar belakang dan kaum yang
berbeza-beza yang dihimpunkan di dalam satu institusi pendidikan yang sama. Oleh itu, pelajar
yang menjadi samseng itu dianggap sebagai nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.
Sebagai contoh, pelajar yang menjadi samseng akan menyebabkan prestasi sekolah itu menurun
dan pada masa yang sama menjejaskan nama baik sekolah itu kesuluruhannya. Sekiranya pelajar
menjauhi gejala samseng ,prestasi sesebuah sekolah akan terpelihara. Sudah terang lagi
bersuluh, gejala samseng di sekolah dapat diatasi jika seseorang pelajar itu memilih rakan sebaya
yang cenderung ke arah kelakuan positif.

Di samping itu,media massa merupakan penyumbang utama kepada gejala samseng


dalam kalangan belia di bangku sekolah.Program-program televisyen khasnya, lebih
mementingkan hiburan daripada menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Tayangan-tayangan
filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam
jiwa remaja terutama pelajar sekolah. Adegan-adegan lucah telah menjadi halwa mata yang
menjadi keutamaan bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu
golongan remaja amnya, akan meniru gaya dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah
budaya punk, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi gejala
samseng yang semakin leluasa. Secara tidak langsung, aktiviti ini mencetus kemelut jati diri bagi
remaja yang sedang mencari identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme
ini.Seandainya, media massa menapis kandungan filem tersebut,kemungkinan peratus pelajar
yang terjerumus dalam gejala samseng dapat dikurangkan.Pendek kata, media massa juga
merupakan faktor utama gejala samseng semakin leluasa di sekolah.

Jika ditinjau dari aspek pendidikan pula, terdapat banyak ruang kosong yang harus
dipenuhi bagi mengatasi gejala samseng di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem
pendidikan di Malaysia lebih banyak menekankan kecemerlangan akademik berbanding
sahsiah.Pelajar sering di ajar cara untuk menjawab soalan bagi menghadapi peperiksaan
berbanding cara untuk menjadi insan yang bersahsiah demi menjalani kehidupan yang sebenar.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia sering menguji pelajar
dari aspek pendidikan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),Penilaian Menengah
Rendah(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) berbanding sahsiah yang hanya diajar melalui
subjek Sivik dan Kewarganegaraan.Berdasarkan sejarah,tamadun yang berjaya ialah masyarakat
yang mempunyai adab dan sahsiah yang tinggi .Jika kerajaan memberikan penekanan sedikit
terhadap pendidikan sahsiah pelajar, maka sudah pasti gejala samseng di sekolah akan
berkurangan.Sesungguhnya, kerajaan harus menggubal satu sistem pendidikan negara yang
lebih mementingkan sahsiah bagi mengatasi gejala samseng di sekolah.
78 / 119
Tuntasnya, isu gejala samseng di sekolah tidak seharusnya dibiarkan terus merebak.
Semua pihak seharusnya bersinergi mengatasi gejala samseng ini yang sudah pastinya banyak
memberi onar kepada banyak pihak. Ibu bapa memainkan peranan peri vital kerana mereka
merupakan ihsan yang paling rapat dengan para remaja. Aforisme pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara menunjukkan betapa pentingnya remaja kepada negara. Oleh sebab itu,
generasi sekarang yang sudah tersasar dari landasan yang benar perlu ditarik balik untuk kembali
ke pangkal jalan agar negara kita mampu melahirkan generasi minda kelas pertama yang bukan
sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga cemerlang dalam bidang akademik.

(1017 patah perkataan)

Latihan 7

Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius. Huraikan pendapat anda
tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Masalah gejala sosial semakin meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini. Dalam surat
khabar sering dipaparkan berita tentang golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial ini.
Gejala sosial dapat ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial dan kekeliruan yang timbul dalam
kalangan remaja akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara
ini. Contoh gejala sosial yang berlaku ialah ponteng sekolah, remaja lari dari rumah, penagihan
najis dadah, vandalisme gengsterisme dan melepak. Masalah gejala sosial ini telah menjadi
perdebatan hangat dalam kalangan pemimpin sehingga menimbulkan kebimbangan tentang masa
depan para remaja. Menurut Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin,
sekiranya kita ingin melihat masa depan negara, maka lihatlah pada diri remajanya. Seandainya
baik diri remaja maka baiklah masa depan negara. Sebaliknya, buruk diri remaja maka hancurlah
masa depan sesebuah negara. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan gejala
sosial ini dan apakah cadangan-cadangan untuk menangani gejala sosial ini?

Salah satu punca yang menyebabkan gejala sosial ialah ibu bapa yang terlalu sibuk
dengan kerjaya dan urusan seharian. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak dapat memberikan
sepenuh perhatian terhadap rumah tangga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa dirinya
kurang diambil berat dan kurang diberi perhatian oleh kedua-dua ibu bapanya. Sebagai contoh,
ibu bapa tidak mempunyai masa untuk bertanya masalah anak-anak sama ada di sekolah
ataupun di rumah. Apa yang menyedihkan, terdapat ibu bapa yang tidak bekesempatan langsung
untuk berbual-bual mesra dengan anak kerana semasa keluar untuk bekerja terlalu awal dan
apabila balik dari kerja, hari sudah malam dan ada kemungkinan anak-anak telah memasuki untuk
tidur. Ibu bapa mungkin bertembung sebentar semasa bersarapan. Keadaan ibu bapa yang sibuk
boleh mewujudkan kerenggangan antara ibu bapa dengan anak-anak kerana anak-anak tidak
mendapat sepenuh belaian kasih sayang daripada ibu bapa. Menurut pakar psikologi, remaja
yang tidak mendapat belaian kasih sayang daripada ibu bapa mudah terlibat dalam masalah
gejala sosial seperti ponteng sekolah, melepak dan menonton video lucah. Jelasnya anak-anak
berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.

Di samping itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan bertengkar di hadapan anak-anak turut
menyumbang kepada kepincangan institusi keluarga sehingga menyebabkan gejala sosial dalam
kalangan remaja. Ibu bapa yang sering bergaduh di hadapan anak-anak boleh menyebabkan

79 / 119
anak-anak berasa bosan dan menghadapi tekanan di rumah. Keadaan menjadi bertambah buruk
apabila kedua-dua ibu bapa bercerai-berai. Apatah lagi sekiranya, ibu bapa tersebut telah
berkahwin lain dan telah mempunyai anak dengan pasangan lain. Anak-anak hasil perkahwinan
yang pertama ini akan menjadi mangsanya. Mereka kehilangan kasih sayang ibu bapa dan hidup
tanpa belaian kasih sayang seorang ayah atau ibu. Keadaan inj boleh menyebabkan jiwa anak-
anak memberontak dan sebagai jalan keluar, anak-anak mungkin mencari seseorang untuk
meluahkan perasaan dan melepaskan tekanan yang dihadapinya. Sebagai contoh anak-anak
yang kehausan kasih sayang daripada ibu bapa ini akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan
sebaya yang tidak baik. Keadaan ini boleh membawa anak-anak atau remaja terjerumus dalam
kancah gejala sosial. Tegasnya, kehidupan rumah tangga yang tidak aman, sering bergaduh dan
berpecah-belah turut menyebabkan anak-anak terlibat dalam masalah gejala sosial.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang turut mempengaruhi remaja
terlibat dalam masalah gejala sosial. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya biasanya tidak
ada tumpuan terhadap keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa kesunyian kerana
tidak ada tempat untuk mengadu atau menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Menurut pakar psikologi, anak-anak remaja lebih mudah meniru, mencontohi dan terikut-ikut
dengan sikap rakan sebaya kerana mereka mempunyai nilai, sikap, identiti dan perasaan yang
hampir sama. Kumpulan rakan sebaya ini biasanya mempunyai prinsip dan setiap ahli kumpulan
akan akur dan patuh kepada kumpulan tersebut. Kebanyakan remaja berasa bimbang kerana
disingkirkan daripada kumpulan rakan sebaya. Oleh sebab itu, remaja sanggup melakukan apa-
apa sahaja kehendak anggota kumpulan rakan sebaya. Sebagai contoh, seandainya rakan
sebaya mereka melepak atau ponteng sekolah, remaja tersebut sudah pasti mencontohi kelakuan
tersebut. Dalam hal ini, nasihat ibu bapa tidak akan ambil peduli. Sekiranya, ibu bapa memarahi
mereka, remaja ini sanggup lari dari rumah mengikuti rakan sebaya mereka. Jelasnya pengaruh
rakan sebaya yang tidak baik turut menjerumuskan remaja dalam masalah gejala sosial.

Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa masalah gejala sosial


memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu ditangani segera oleh semua
pihak terutamanya ibu bapa. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah bertanggungjawab dan
mengambil berat terhadap anak-anaknya. Saya berharap anak-anak juga perlulah mempunyai
kesedaran dan keinsafan serta tahu menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh
ibu bapa mereka. Tegasnya, masalah gejala sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi
agar tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga menjejaskan nama baik negara di persada
masyarakat.

SOALAN: Iklan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden. Kerap
kali kita mendengar komen mengenai pengaruh iklan dalam masyarakat kita.
Pada pandangan anda, apakah pengaruh-pengaruh positif dan negatif yang
dibawa oleh iklan terhadap masyarakat.

Sememangnya iklan sudah menjadi sebahagian lumrah kehidupan manusia sejagat pada
era globalisasi ini. Iklan jelas terpampang di mana-mana seperti akhbar, poster, papan iklan
gergasi, dan radio. Situasi ini seolah-olah membuktikan betapa kuatnya pengaruh iklan dalam
80 / 119
kehidupan kita. Jadi, iklan memang membawa pengaruh-pengaruh positif dan negatif terhadap
kehidupan insan di dunia ini.

Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan untuk
membuat pembeliannya. Kewujudan iklan menyebabkan pengguna mengetahui betapa
banyaknya produk yang sama tetapi berlainan jenama dihasilkan pada zaman ini. Pengguna akan
menggunakan semua maklumat yang ada di dalam iklan untuk membuat pilihan terbaik mereka.
Iklan memastikan pengguna membeli produk yang terbaik mengikut keperluan mereka.

Selain itu, iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar sesuatu
produk itu. Kalau kita kaji, pengeluar sesuatu produk itu akan cuba menghasilkan iklan yang
terbaik mengikut kemampuan mereka untuk menarik minat pembeli. Keadaan ini menyebabkan
semua pihak cuba menonjolkan kelebihan produk mereka berbanding produk pesaing. Jelaslah,
iklan menyebabkan pengeluar memastikan produk mereka menepati mutu seperti yang tersiar di
dalam iklan mereka itu.

Namun begitu, iklan turut memiliki wajah negatifnya. Iklan sering mempergunakan wanita
terutama wanita seksi untuk melariskan jualan produk mereka. Malah, ada produk yang tidak
mempunyai kaitan dengan wanita tetapi menggunakan wajah wanita seksi untuk iklan tersebut.
Penggunaan model lelaki yang tampan dan sasa turut diekploitasikan oleh iklan. Keadaan ini
seolah-olah memberi makna palsu seperti penggunaan produk ini akan menghasilkan wajah
sebegitu atau penggunaan produk ini menyebabkan wanita sebegini akan tertarik kepada
seseorang. Bayangkan pengaruhnya kepada remaja kita?

Tambahan pula, kewujudan iklan menyebabkan harga barangan akan meningkat. Kos
untuk menghasilkan sesuatu iklan amat tinggi kerana penggunaan model, teknologi dan krew
penerbitan yang berpengalaman. Malah, iklan yang disiarkan di media massa terpaksa membayar
kos masa penyiaran yang terlalu mahal. Keadaan ini menyebabkan pengeluar akan meninggikan
harga produk mereka untuk memastikan iklan dapat dihasilkan.

Iklan turut menghasilkan satu kumpulan pengguna yang hanya mementingkan jenama.
Pegguna jenis ini sudah taksub dengan iklan jenama tertentu dan hanya membeli atau
menggunakan produk jenama tersebut tanpa memikirkan baik buruknya kepada diri mereka. Iklan
telah menghasilkan satu budaya pengguna yang mementingkan status diri mereka pada
pandangan masyarakat. Pengguna mahu diri mereka dipandang tinggi dan dihormati apabila
menggunakan sesuatu jenama itu.

Malahan, iklan turut menyebabkan pengguna memberi barangan yang tidak mereka
perlukan. Pembelian mereka semata-mata atas dasar melihat iklan yang menarik. Penayangan
iklan telah menyebabkan mereka tertarik dan membeli barangan itu walaupun barangan itu tidak
mereka perlukan untuk satu tempoh yang lama. Sikap ini menjurus ke arah pembaziran dan
pembelian yang boleh menyebabkan pengguna berhutang atau mengalami masalah kewangan.

Kesimpulannya, iklan mempunyai dua peranan. Satu untuk memberitahu dan satu lagi
untuk memusnahkan. Mungkin pengguna perlu bersikap bijak dengan membuat penilaian rasional
selepas melihat sesuatu iklan. Pengguna tidak harus terburu-buru membeli selepas melihat iklan.
(452 patah perkataan)

SOALAN: Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun,
menyebarluaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada
adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara. Ulaskan pernyataan di atas.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan
manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah
81 / 119
kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam
zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat
menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.
Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada
internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal
ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara.
Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas
dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang
ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.
Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi
mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat.
Hubungan siber (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet
yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya.
Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya
penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas. Malah yang
mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan
melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar
kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan
mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut
hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.
Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah.
Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan
budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah
kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan
internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet
turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain
pula.
Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini
demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita
yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai
sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok
dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka
sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara.
Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi
penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang
tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada
masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada
masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru
sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak
sesuai di internet berlaku.
Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh
kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini
boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu
lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan
golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.

ISU PERMAINAN TRADISIONAL

82 / 119
Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang
berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat
dengan perkembangan tersebut generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer
sehingga seakan melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu,
permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat.
Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran
zaman yang berlaku? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang
pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut
diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta mempopularkan
permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian keranan
kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan
permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah
dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak
mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang
dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari
Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat
memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan
tradisional seperti permainan congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha
tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama ahli keluarga,bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional
sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan
menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan
permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan
mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu
permainan itu, pelajar akan rasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam
minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka
bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan
tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tradisional di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita
terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka komitmen
pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan
permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah
yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media
elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain
memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan
kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen
tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses
tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata tempat bersesuaian dengan kata
peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal
rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan
permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia
akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka
kelak,mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini
secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh

83 / 119
berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek
panas. Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa yang mana
mereka akan diajar cara-cara bermain tradisional seperti gasing, galah panjang dan teng-teng. Diharapkan langkah ini
akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang
kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan
mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandinganmerupakan inisiatif yang agak praktikal
untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan
semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka.
Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding dan berlaga untuk
mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh
bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional
dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang
terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor
dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya
menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini,
penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri
pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan
tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya.
Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita
tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan
peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini
pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan
generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan
menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana
Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!.

Contoh Karangan SPM: Aktiviti berfaedah ketika cuti sekolah?

Sesetengah pelajar tidak mempunyai aktiviti tertentu pada masa cuti sekolah.

Bincangkan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa tersebut.

Cuti sekolah merupakan masa untuk pelajar berehat kerana mereka tidak
perlu ke sekolah untuk belajar. Selain cuti hujung minggu, pelajar juga mempunyai
cuti pertengahan semester dan cuti semester selain cuti umum negara. Pelbagai
pihak sudah memberikan pandangan mereka tentang cara yang baik untuk
memenuhi masa cuti pelajar ini. Jadi, wujud banyak aktiviti yang berfaedah buat
pelajar ketika cuti mereka itu.

Satu aktiviti yang baik ialah aktiviti yang mamu meningkatkan pencapaian
akademik mereka. Contohnya, mereka boleh menghadiri kelas tambahan di pusat

84 / 119
tuisyen, membuat ulang kaji pelajaran di rumah dan menyiapkan semua tugasan
yang diberikan oleh guru sebelum cuti tersebut. Semua aktiviti ini mampu
merangsangkan minda pelajar untuk terus berfikir walaupun mereka masih bercuti
untuk meninggikan prestasi pelajaran mereka kelak. Oleh itu, aktiviti yang berkaitan
dengan pelajaran perlu dilakukan oleh pelajar ketika mereka bercuti ini.

Selain itu, aktiviti yang dapat menambah pengetahuan dan pengalaman


pelajar juga boleh dilakukan ketika cuti sekolah ini. Antara aktiviti itu ialah pelajar
menghadiri seminar motivasi atau membantu ibu bapa di kebun, ladang dan
sebagainya yang baru buat diri pelajar itu sendiri. Semua aktiviti ini pasti
memberikan satu pengalaman yang berguna kepada pelajar lalu boleh dikaitkan
dengan kehidupan mereka sebagai pelajar pula nanti. Maka, pelajar boleh
melibatkan diri dalam aktiviti yang memberikan mereka satu pengalaman baru dan
berguna dalam kehidupan ketika cuti sekolah.

Mungkin juga pelajar boleh melakukan aktiviti yang berupaya untuk


mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pelajar boleh pergi melancong bersama-
sama keluarga, pulang ke kampung halaman dan berkunjung ke rumah sanak-
saudara ketika mereka tidak ke sekolah itu. Ketika melakukan aktiviti ini sudah pasti
interaksi dan hubungan lebih akrab akan terjalin antara pelajar dengan keluarga
mereka terutama ayah dan ibu pula. Sesungguhnya, pelajar boleh melakukan
aktiviti yang mampu menjalin hubungan erat antara ahli keluarga mereka ketika
tidak ke sekolah itu.

Selain melancong, belajar dan mendapatkan pengalaman baru, pelajar juga


boleh menggunakan masa cuti itu untuk bekerja mendapatkan pendapatan. Kerja
sambilan sudah menjadi satu gaya hidup pelajar kini kerana selain mendapat
pengalaman kerja, diri pelajar juga boleh memperoleh wang yang dapat digunakan
untuk keperluan persekolahan mereka kelak. Pada masa yang sama, bekerja
sambilan ini mendedahkan pelajar dengan alam kerjaya yang sebenar sebelum
mereka benar-benar memasuki alam tersebut lalu menjadikan diri mereka lebih
matang. Oleh itu, masa cuti sekolah boleh digunakan oleh pelajar untuk
mendapatkan sedikit wang saku dengan bekerja secara sambilan.

Kesimpulannya, cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar akan cuti daripada


belajar. Sebaliknya, pelajar harus mengisi masa terluang itu dengan pelbagai aktiviti
yang sudah disarankan tadi. Pelajar boleh menambah pengetahuan, bersiar-siar
dengan keluarga dan sebagainya kerana mereka perlu sedar masa itu emas. Jika
mereka gagal menggunakan masa dengan baik sudah pasti diri mereka sendiri
akan mengalami kerugiannya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam
sektor pelancongan. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana
85 / 119
untuk disiarkan oleh akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah Usaha-
usaha Untuk Memajukan Sektor Pelancongan Negara.
Tulis rencana itu selengkapnya.

JAWAPAN:

Usaha-usaha Untuk Memajukan Sektor Pelancongan Negara


oleh
Nur Yusmira Adilla bt. Mohamed

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber


pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di
negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah
menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan
berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun,
masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk
memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika
ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk
memajukan sektor pelancongan di negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan


produk pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara
(negara-negara asing). Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh
pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat
melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep
pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya
hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim
buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk
pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong
mancanegara. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di
negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk memperkenalkan
keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup dan kesenian
masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa untuk tinggal
bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup mereka. Jadi,
usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu dapat meningkatkan
sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh


pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini,
banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik
di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai
kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang
kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah
diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh
seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan
di Brazil untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan
86 / 119
menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
Oleh yang demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan
langkah yang berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi
pelancongan yang menarik.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor


pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat
Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun
Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara
kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini
menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini.
Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para
pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan
Tahun Melawat Malaysia ini lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga
memikul tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan yang kompetitif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam
mestilah melibatkan diri untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun
Melawat Malaysia dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan


dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak
hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata
pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika
tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-
sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan
mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan
menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di
dunia.

Golongan remaja sering kali dikatakan suka membuang masa dengan melakukan aktiviti-
aktiviti yang kurang berfaedah sedangkan banyak aktiviti berfaedah boleh dilakukan
terutama pada masa lapang. Bincangkan.

CONTOH JAWAPAN:

Pada zaman ini,segala kelengkapan telah dinaik taraf dan pembangunan serta ekonomi
semakin maju setaraf dengan negara luar.Kemudahan infrastruktur telah dipelbagaikan demi
mencapai keselesaan rakyat Malaysia.Malaysia turut memajukan sistem teknologinya yang
mampu untuk berdaya saing dengan negara yang hebat seperti sistem teknologi di Amerika
Syarikat dan di Jepun.Namun,disebalik pembangunan negara yang semakin pesat ini,masih ada
lagi golongan remaja yang berfikiran sempit dang sering kali melakukan perkara yang tidak
mendatangkan manfaat.Masa lapang sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah dan masa
amatlah penting bak kata pepatah Masa Itu Emas.Masa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja
kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang.
87 / 119
Pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh golongan remaja untuk mengisi masa
lapang antaranya ialah dengan beriadah.Dengan beriadah,seseorang remaja itu dapat
mengekalkan kekuatan dan kesihatan tubuh badan.Sekiranya badan kuat dan sihat,golongan
remaja dapat memberi bantuan dalam bentuk tenaga kerja seperti membantu ibu bapa dan
keluarga dalam menguruskan hal di rumah dan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh
ibu bapa.Selain itu,sikap tanggungjawab dan bekerjasama dapat disemai dalam diri setiap remaja
dan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Seterusnya,golongan remaja boleh mengisi masa lapang dengan menimba ilmu yang
merangkumi pelbagai bidang tidak kira samada di sekolah,kelas tambahan,kolej mahupun hanya
di rumah.Dengan cara ini,masa lapang dapat digunakan dengan penuh manfaat.Remaja boleh
mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan ilmiah dan bukan
bahan bacaan yang mengandungi hiburan semata-mata.Sekiranya remaja rajin menimba
ilmu,nescaya banyak pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh.Golongan remaja yang
seperti ini akan dihormati dan disenangi oleh ahli keluarga dan masyarakat.

Selain itu,remaja perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang sering
kali dianjurkan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak yang mewakili kebajikan masyarakat.Hal ini
dapat meningkatkan serta mengukuhkan ikatan ukhwah sesama anggota masyarakat dan
mengeratkan perpaduan dalam negara.Golongan remaja boleh mendaftarkan diri untuk menjadi
sukarelawan yang membantu mereka yang susah terutamanya mangsa bencana alam.Golongan
remaja perlu menjadi pelapis bagi generasi yang prihatin akan kesusahan dan kesempitan hidup
orang lain.

Remaja juga boleh melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan dan mengambil upah bekerja
bagi menambah wang perbelanjaan.Remaja juga boleh menyimpan wang yang diperoleh di dalam
akaun simpanan untuk kegunaan masa hadapan.Dengan ini,beban yang ditanggung oleh ibu
bapa dapat diringankan.Wang yang diperoleh juga boleh digunakan untuk tujuan lawatan sambil
belajar ke tempat-tempat yang tertentu di samping dapat merehatkan serta menenangkan
fikiran.Selain itu,dengan aktiviti lawatan yang dijalankan remaja dapat menambah ilmu
pengetahuan dan meluaskan pengalaman serta menyemai semangat patriotik dan cinta akan
alam sekitar.

Konklusinya,setiap remaja mesti bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu
sahaja.Remaja yang tidak menghargai masa akan merugikan diri sendiri dan mudah terjebak
dalam kegiatan yang tidak sihat. Masa itu emas tanpa mengira waktu dan keadaan.

KARANGAN B:

TEMA : REMAJA BERWAWASAN


SOALAN : Remaja yang terjebak dalam gejala negatif dikatakan tidak
mempunyai wawasan dalam kehidupan mereka.

Jika anda sebagai remaja, huraikan ciri-ciri yang sepatutnya


dimiliki oleh remaja berwawasan di Malaysia.

CONTOH JAWAPAN:

88 / 119
Teruja kenari di tepi pulasan,
Pegun nak dara gemersik suara:
Remaja kini tinggi wawasan,
Tonggak kejayaan aspirasi negara.

Pantun di atas jelas menunjukkan bahawa remaja kini merupakan tunjang


kecemerlangan sesebuah negara. Mereka merupakan pelapis yang akan
menduduki tampuk pemerintahan pada masa akan datang. Sayang dan malang
sekali, remaja hari ini tidak sedar akan obligasi yang terbeban di bahu mereka itu.
Realitinya, Malaysia memerlukan lebih ramai remaja berwawasan yang mampu
mendukung aspirasi negara. Dalam perbincangan ini, saya akan mengutarakan
tentang ciri-ciri remaja berwawasan yang diperlukan di negara Malaysia.

Remaja berwawasan dan mempunyai akhlak yang mulia boleh dicontohi.


Selaras dengan cogan kata, budi bahasa budaya kita, remaja perlulah mempunyai
nilai moral yang tinggi. Mereka hendaklah mengamalkan amalan bersopan santun
ketika bertutur,berjalan, makan dan minum serta cara berpakaian. Mereka juga
mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada mereka dengan bertutur
dengan nada yang rendah dan membongkokkan badan apabila berjalan di hadapan
mereka. Selain itu, remaja yang berwawasan juga sentiasa membantu rakan-rakan
mereka yang berada di dalam kesusahan,bak kata peribahasa, berat sama
dipikul,ringan sama dijinjing.Perintah agama juga tidak pernah dilupakan oleh
remaja berwawasan kerana segala kejayaan bermula apabila kita taat kepada
perintah agama. Dengan ini jelaslah bahawa, berakhlak mulia merupakan salah
satu ciri remaja berwawasan.

Melihat daripada perspektif yang lain, seorang remaja yang berwawasan


mestilah mempunyai pengetahuan yang tinggi. Cogan kata ,membaca jambatan
ilmu, kerana ilmu hanya didapati melalui pembacaan bahan ilmiah. Remaja yang
berwawasan sentiasa menelaah buku untuk mendapatkan ilmu. Kita sedia maklum
bahawa remaja adalah pewaris tampuk pemerintahan negara dan dengan adanya
ilmu di dada, mereka pasti dapat menangani segala onak dan duri yang bakal
didepani oleh negara kelak. Seterusnya, renaja berwawasan yang berilmu
pengetahuan tidak akan mudah terpedaya dengan tipu helah anasir-anasir
mazmumah yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan anak bangsa ,ibarat
duri dalam daging. Sudah terang lagi bersuluh, dengan mempunyai ilmu
pengetahuan, remaja mampu menjadi remaja berwawasan dan negara dapat
melahirkan golongan inteligesia yang mampu menggalas aspirasi negara.

Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, kriteria remaja berwawasan


seterusnya ialah seseorang yang gigih berusaha dan berani mendepani cabaran.
Peribahasa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
,perlulah disemat di dalam diri setiap remaja .Remaja yang berwawasan sentiasa
berusaha untuk mendapatkan kejayaan dan tidak bersikap pesimistik.Tamsilnya,
mereka tidak akan berputus-asa apabila tidak mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan, sebaliknya mereka menjadikan perkara tersebut sebagai
permulaan sesuatu kejayaan, bak kata Adelucia Longbotton, satu pintu akan
89 / 119
tertutup, pintu yang lain akan terbuka. Namun, kadang-kadang kita melihat dan
menyesali pintu yang tertutup itu terlalu lama sehingga terlupa untuk melihat pintu
yang telah terbuka. Remaja berwawasan juga tidak pernah mengeluh untuk
melaksanakan sesuatu perkara kerana hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.
Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa, remaja berwawasan sentiasa gigih
berusaha.

Semangat patriotik yang tinggi merupakan pemangkin kepada


kemerdekaan negara yang sudah mencapai angka lima puluh lima tahun pada hari
ini. Remaja yang berwawasan hendaklah menanam semangat patriotik di dalam diri
kerana George Santayana pernah berkata, manusia yang melupai sejarah, pasti
akan mengulanginya semula. Semangat sayang akan negara dapat
menyelamatkan tanah tumpah darah ini daripada dijajah oleh kuasa asing semula.
Remaja berwawasan tidak akan mudah terpengaruh dalam segala bentuk
penjajahan sama ada dari segi mental, intelektual, hiburan dan sebagainya. Mereka
juga tidak akan mudah terpengaruh dengan budaya barat yang berbeza sama sekali
dengan budaya timur yang kita amalkan selama ini. Jelaslah bahawa,semangat
patriotik yang tinggi merupakan ciri remaja berwawasan yang diidam-idamkan oleh
negara.

Akhirulkalam ,ciri-ciri remaja berwawasan ini mampu dicapai oleh setiap


remaja kerana ia merupakan aspek-aspek yang sememangnya sudah diterapkan di
dalam diri setiap warganegara Malaysia tidak kira kanak-kanak, remaja, orang
dewasa mahupun warga emas. Dengan ini, diharapkan bahawa cita-cita negara
untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan dapat duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara atas angin yang moden tidak
menjadi seperti angan-angan Mat Jenin.

Karangan Cemerlang Modal Insan Berkualiti

Golongan remaja, tidak dapat dinafikan, merupakan modal insan ataupun aset berharga kepada nusa dan
bangsa. Demi pembangunan negara, negara berhasrat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, yakni
berpendidikan, berwawasan, berdedikasi, berkaliber dan berdisiplin. Oleh hal yang demikian, dalam RMK-
9, sebanyak 20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan
keupayaan dan penguasaan ilmu. Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan
idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam segala bidang, khususnya dari aspek iktisad. Jadi,
bagaimanakah remaja dapat memainkan peranan dalam usaha merealisasikan visi kudsi kerajaan, yakni
melahirkan modal insan yang berkualiti.

Sebagai bakal modal insan yang berkualiti, seseorang remaja hendaklah berbekalkan
pendidikan formal yang sempurna. Maksud saya, setiap remaja haruslah memerah otak sehingga
mencapai ijazah kelas pertama, sarjana muda, dan jika diizinkan Allah sehingga falsafah kedoktoran. Kita
boleh mencapai kemuncak dalam bidang pendidikan dengan berbekalkan semangat yang kental dan usaha
yang gigih. Demi mencapai kejayaan yang cemerlang, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati
sagunya. Malangnya, remaja dewasa ini bersemangat rapuh dan mudah putus asa apabila menempuh onak
dan duri; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. Senario ini amat ketara dalam kalangan
pemuda pemudi kita kerana rata-rata melepaskan batuk di tangga. Apabila memperoleh diploma, mereka
90 / 119
sudah puas dan berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari pekerjaan. Yang bernasib baik dapat bekerja
sebagai jururawat di hospital swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Yang bernasib malang
pula bergelandangan di perut kota dengan segulung diploma dari sebuah pejabat ke sebuah pejabat. Kata
orang tua-tua, asal sabut terapung, asal besi tenggelam. Tuntasnya, demi menjadi modal insan yang
berguna kepada tanah air, remaja perlulah bertungkus lumus untuk memperoleh pendidikan yang setinggi
mungkin. Bukankah genggam bara api biar sampai jadi arang?
Selain melengkapkan diri dengan pendidikan, remaja hendaklah mengamalkan gaya hidup
sihat. Saya katakan demikian oleh sebab kesihatan menjamin kecergasan dan kecerdasan seseorang individu
sejajar dengan kata hikmat badan cergas, otak cerdas. Dunia ini dunia stres tidak dapat dinafikan kerana
siapa cepat, dia dapat. Demi mengejar pangkat dan pendapatan yang tinggi, kesihatan diabaikan. Oleh sebab
terlalu ghairah akan kertas hijau dan merah, mereka kesuntukan waktu untuk bersenam, beriadah, dan
bersantai. Apabila sudah terlantar di hospital seperti kura-kura terlentang kerana hipertensi, segala-galanya
sudah terlambat; kuman menjadi barah; belukar menjadi rimba. Menurut berita di Utusan Melayu baru-
baru ini, seorang mekanik motor berkuas tinggi (superbike) yang berusia 38 tahun dikejarkan ke hospital
bahana serangan sakit jantung. Sesampainya di Hospital Daerah Seberang Jaya, dia pun disahkan
sudah berpindah ke balik papan. Persoalannya, bolehkah generasi muda yang berpenyakit dapat
menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan negara? Jadi sebagai generasi muda yang berpendidikan, kita
haruslah mengambil inisiatif untuk melakukan senaman secara konsisten, seperti bersenam di gim ataupun
beriadah di taman rekreasi. Selain itu, kita perlu menjaga pemakanan setiap masa; kita perlu makan untuk
hidup, bukan hidup untuk makan. Seperkara lagi, rokok, najis dadah dan arak sewajarnya dihindari kerana
mengundang pelbagai komplikasi. Tegasnya, gaya hidup sihat hendaklah menjadi agenda perdana dalam
kamus hidup kita jika hendak menjadi modal insan yang berkualiti.
Di samping gaya hidup sihat, remaja hendaklah mempunyai jati diri yang unggul demi
menjadi modal insan yang dapat menyumbang kepada nusa dan bangsa. Antara keperibadian unggul
termasuklah tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi berpaksikan prinsip
kelima Rukun Negara, yakni kesopanan dan kesusilaan. Hal ini dapat memandu dan memimpin generasi
muda agar tidak terbabas dari landasan yang benar lalu terjerumus ke dalam lembah laknatullah, seperti
berjinak-jinak dengan najis dadah, yang menghancurkan wawasan negara, iaitu Wawasan 2020. Menurut
pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak
anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh
minum (perempuan sundal), ekoran terhakisnya nilai-nilai moral. Sehubungan ini, remaja haruslah
menyemaikan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohaniaan, seperti amanah, tulus ikhlas, toleransi dan
bertimbang rasa, dalam lubuk kalbu mereka agar menjadi modal insan yang bersahsiah mulia serta menjaga
imej tanah air yang tercinta ini. Apa gunanya anak gadis yang cantik tetapi tidak bersopan santun laksana
bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. Anak gadis yang tidak bermoral bukan sahaja dianggap
sebagai cacing di pelimbah malahan dilabelkan sebagai sampah masyarakat. Jadi, anak-anak muda kita
haruslah mematuhi adat dan peraturan di mana-mana sahaja mereka berada; di mana bumi dipijak, di situ
langit dijunjung. Pendek kata, modal insan yang berkeperibadian mulia bukan sekadar dapat menyumbang
ke arah pembangunan negara malahan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Tidak ketinggalan juga, generasi muda haruslah menghayati ajaran al-Quran. Hal ini
dikatakan demikian kerana remaja yang mematuhi ajaran al-Quran, bangsa Malaysia yang budiman dan
disegani dapat dilahirkan. Dalam konteks ini, remaja dapat membezakan yang mana intan, yang mana
kaca. Remaja yang beriman dan berpaksikan akidah tidak akan menjadi hamba kepada hawa nafsu. Mereka
mengetahui siapa yahudi, siapa nasrani, dan siapa majusi. Dengan berbekalkan usuluddin ataupun ilmu
tauhid, yakni ilmu yang membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian,
dan perkara-perkara yang ghaib seperti qadak dan qadar, hari akhirat, syurga, dan neraka, mereka akan
menjauhi angkara dan maksiat. Anak gadis yang soleh, misalnya, akan menjaga gerak-geri apabila
berinteraksi dengan kaum lelaki. Tutur kata dan tingkah laku akan dijaga agar tidak mencemari imej
keluarga. Kata orang, biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.
Ajaran agama Islam juga mencelikkan mata remaja bahawa dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air
yang keruh dan dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. Dengan adanya kesedaran ini,
tumbuk rusuk ataupun rasuah yang dapat menghancurkan negara dapat dihindarkan. Tuntasnya, nilai-nilai
keagamaan hendaklah disemaikan dan disuburkan dalam lubuk sanubari setiap remaja untuk menjadi modal
insan yang berkualiti.

91 / 119
Akhirulkalam, modal insan yang menjadi harapan negara ialah generasi muda yang berpendidikan
formal, berjati diri mulia, sihat wal afiat dan beriman. Demi mendukung cita-cita dan hasrat negara ini,
remaja hendaklah melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul,
bukannya membilang buah kerayung seperti melepak di kompeks beli-belah, berlumba haram dan berjudi.
Sebagai warganegara yang berjiwa patriotik, remaja haruslah mengetepikan aliran politik yang sempit yang
berorientasikan komunalisme (fahaman perkauman) demi kepentingan nusa dan bangsa. Seperkara lagi,
nilai-nilai negatif hendaklah dikikis sama sekali kerana memang susah untuk mengikis tabiat buruk.
Bukahkah ayam pulang ke lombong, itik pulang ke pelimbahan? Remaja juga sewajarnya berfikir dengan
semasak-masaknya sebelum bertindak dalam apa-apa juga aspek kehidupan kerana ingat sebelum kena,
jimat sebelum habis. Tiada gunanya kita menyesali sesuatu tindakan yang sudah menimpa diri kerana sesal
dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Dengan kesedaran ini, remaja bukan sahaja akan menjadi
modal insan kelas pertama bahkan dapat memperkasakan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang maju
yang dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

SOALAN: Kecelaruan tingkah laku seperti keganasan dalam kalangan pelajar kian
leluasa di sekolah.
Apakah langkah-langkah yang dapat dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-
anak berkelakuan liar?

Belakangan ini, kecelaruan tingkah laku seperti keganasan dalam kalangan pelajar kian
leluasa di sekolah. Banyak guru enggan memegang jawatan guru disiplin apabila memikirkan
risiko yang bakal dihadapi mereka. Antara pengalaman pahit guru disiplin termasuklah dipukul
oleh pelajar dan harta benda mereka dirosakkan oleh pelajar nakal. Sebelum nasi menjadi bubur,
langkah-langkah pencegahan perlulah dilaksanakan agar masalah tersebut tidak menjadi tokok
dan nanah di dalam diri pelajar. Persoalanya, apakah langkah-langkah yang dapat dipraktikkan
oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak berkelakuan liar?

Prakarsa perdana bagi mengelakkan anak-anak berkelakuan liar dan ganas ialah ibu bapa
perlulah menjadi suri teladan dalam keluarga. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar akan
terikut-ikut dengan tingkah laku ibu bapa mereka bersesuain dengan peribahasa bagaimana
gendang begitulah tarinya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menjadi ikon dalam keluarga mereka
dengan berkelakuan lemah lembut, baik hati, penyayang dan menunjukkan contoh teladan yang
baik di hadapan anak-anak. Perkara ini secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah dan
akhlak anak-anak menjadi-jadi lebih baik. Andai kata, ibu bapa tidak menjadi suri telandan dalam
keluarga sebaliknya berkelakuan tidak senonoh di hadapan anak-anak, sudah tentu kelakuan liar
anak-anak tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang menjadi suri teladan
dalam keluarga merupakan salah satu langkah yang efektif bagi mengelakkan anak-anak
berkelakuan liar dan ganas.

Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-
anak sejak dari kecil lagi bagi mengelakkan mereka berkelakuan liar .Hal ini sangat penting
kerana melalui didikan agama yang sempurna,anak-anak boleh membezakan perkara yang baik
dan buruk seterusnya dapat mengelakkan anak-anak berkelakuan liar dan ganas.Dalam aspek
ini ,ibu bapa perlulah memberitahu anak-anak mereka kesan dan akibat sekiranya berkelakuan
kurang sopan.Bukan itu sahaja,ibubapa juga perlulah menetapkan nilai-nilai murni seperti kasih
sayang,baik hati dan lain-lain didalam diri anak-anak .Andai kata,ibu bapa tidak memberikan
didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil lagi sudah pasti perlakuan liar
anak-anak tidak dapat dibendung kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendek kata,
didikan agama yang sempurna perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi bagi
mengelakkan mereka berkelakuan liar dan ganas apabila mencecah ke usia remaja kelak.
92 / 119
Seterusnya,langkah dogmatik yang dapat dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan
anak-anak mereka berkelakuan liar dan ganas ialah mengamalkan cara hidup positif .Hal ini
demikian kerana pemikiran dan sifat anak-anak dipengaruhi oleh kawasan persekitaran .Sebagai
contoh ,sekiranya cara hidup seseorang remaja itu negatif seperti ibu bapa tidak prihatin,panas
barang dan tidak bertanggungjawab ,berkemungkinan remaja tersebut akan berkelakuan ganas
dan liar kerana terpengaruh dengan cara hidup negative ibu bapa mereka tersebut .Jadi,ibu bapa
disarankan untuk mengamalkan cara hidup positif seperti prihatin dan bertanggung-jawab
terhadap anak-anak .Ibu bapa juga seyogianya mewujudkan suasana yang harmoni dalam
keluarga supaya pemikiran anak-anak menjadi lebih baik dan sihat .Seandainya,ibu bapa
mengamalkan cara hidup positif nescaya mereka akan melahirkan anak-anak yang bersahsiah
mulia bukannya anak-anak yang berkelakuan liar dan ganas. Sudah terang lagi bersuluh,peranan
ibu bapa dalam mengamalkan cara hidup positif merupakan salah satu langkah yang terbaik bagi
mengelakkan anak-anak mereka berkelakuan liar dan ganas.

Di samping itu, ibu bapa perlulah mengambil tindakan yang tegas dan memberi nasihat
secara berterusan kepada anak-anak bagi mengelakkan anak-anak mereka berkelakuan liar dan
ganas. Hal ini sangat penting kerana melalui tindakan yang tegas, anak-anak berasa takut untuk
berkelakuan kurang sopan di hadapan orang tua mereka. Bukan itu sahaja, nasihat juga dapat
membetulkan minda anak-anak. Sebagai contoh, apabila ibu bapa sentiasa memberi nasihat
tentang keburukan dan kesan berkelakuan liar dan ganas kepada anak-anak, mereka akan berfikir
dahulu sebelum bertindak sama ada perkara yang ingin dilakukan itu perkara yang hak atau batil.
Hal ini secara tidak langsung dapat menghindarkan diri anak-anak berkelakuan tidak bermoral.
Sekiranya, ibu bapa tidak menghiraukan anak-anaknya dan bersikap seperti enau di dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing, sudah pasti anak-anak mereka akan berkelakuan liar
dan ganas. Pendek kata, ibu bapa perlulah mengambil tindakakan tegas dan memberi nasihat
secara berterusan bagi mengelakkan anak-anak berkelakuan liar dan ganas.

Seterusnya, pemantauan perlakuan anak-anak semasa di luar rumah dan di sekolah juga
boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak mereka berkelakuan liar dan
ganas. Hal ini demikian kerana anak-anak akan berwaspada dan menjaga tingkah laku mereka
ketika berada laur rumah dan di sekolah kerana mereka mengetahui bahawa ibu bapa mereka
sedang mengawasi dan memantau perlakuan mereka. Sebagai contoh, anak-anak berasa
akurang senang untuk memoteng, melepak, melakukan vandalisme di tempat awam kerana ada
mata-mata yang melihat dan melaporkan kepada ibu bapa mereka. Andai kata, ibu bapa tidak
memantau perlakuan anak-anak mereka semasa di luar rumah dan di sekolah sudah tentu
kelakuan liar dan ganas anak-anak tidak akan terus membarah dan menjadi virus epidemik di
negara kita. Sesungguhnya ,pemantauan ibu bapa tentang perlakuan anak-anak mereka semasa
di luar rumah mahupun sekolah merupakan insiatif yang prakmatik bagi mengelakkan perlakuan
liar dan ganas anak-anak.

Intihanya, terdapat pelbagai langkah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi
mengelakkan anak-anak berkelakuan liar dan ganas. Kelakuan tersebut perlu perlu dikenkang
dengan segera bagi melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi, berbudi pekerti dan memiliki minda
kelas pertama. Hal ini sangat penting kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara.
Oleh itu, begitu peri vitalnya para ibu bapa berusaha bagi mempraktikkan langkah-langkah yang
terbaik bagi mengelakkan anak-anak berkelakuan liar dan ganas.

843 patah perkataan)

USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN


93 / 119
Marcapada, isu berkaitan dengan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat saban
waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah
komited dan beriltizam untuk meningkatkan semangat kejiranan sehingga mencapai objektifnya
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia?

Pada hemat saya, antara usaha yang paling efektif ialah bergotong-royong. Hal ini
demikian kerana, gotong-royong yang diadakan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan
kekitaan dalam kalangan jiran tetangga. Dengan berbuat demikian, jiran tetangga akan
bekerjasama melaksanakan sesuatu tugasan tanpa dibelenggu oleh batasan perbezaan kaum,
agama, atau fahaman politik. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong dapat dilaksanakan pada
hujung minggu melibatkan semua anggota masyarakat untuk membersihkan kawasan kediaman,
masjid, kubur dan tempat-tempat lain. Tegasnya, gotong-royong menjadi wahana yang sangat
signifikan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Selain itu, amalan ziarah-menziarahi juga merupakan antara langkah untuk


memperkasakan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Saya berpendapat
sedemikian kerana amalan ziarah-menziarahi yang dipraktikkan berupaya untuk mengeratkan
hubungan silaturahim sesama jiran tetangga. Dalam konteks ini, budaya prihatin dan saling
menyayangi dapat disuburkan malah sindrom bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing juga mampu dikikis. Buktinya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sering mengesyorkan pembudayaan amalan ini
sama ada di bandar atau di pedalaman bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni di
negara kita. Jelaslah, langkah memperkasakan semangat kejiranan mempunyai simbiosis yang
amat erat dengan amalan ziarah-menziarahi.

Cara-cara untuk menyemai semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang
berikutnya ialah mengadakan rumah terbuka. Analoginya cukup mudah. Rumah terbuka yang
diadakan pada masa perayaan Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali atau Krismas mampu
melahirkan perasaan saling menghormati antara satu sama lain. Hal ini bermaksud, jiran tetangga
akan lebih menghormati sensitiviti tetamu berlainan agama yang bertandang ke majlis rumah
terbuka mereka khususnya dalam penyediaan juadah dan sebagainya. Saya optimis, daripada
bukti yang dipaparkan amat jelas menunjukkan rumah terbuka menjadi medium yang sangat
relevan untuk menyemai semangat kejiranan lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum.

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan semangat kejiranan


supaya keharmonian dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan selaras dengan gagasan
1Malaysia. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai sekarang kerana
perjalanan yang beribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

(374 patah perkataan)

Soalan: Nyatakan kepentingan-kepentingan mewujudkan perasaan


kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat dalam era globalisasi
ini.

Dewasa ini, hubungan kekeluargaan terutama di kawasan bandar tidak erat berbanding
keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak rapat dengan
94 / 119
anak-anak mereka kerana jarang meluangkan masa bersama mereka. Kehidupan yang serba
moden turut merenggangkan lagi hubungan kekeluargaan. Oleh itu,amat penting bagi masyarakat
kita didedahkan dengan manfaat-manfaat mewujudkan perasaan kekeluargaan.

Kita dapat memastikan gejala sosial tidak mempengaruhi masyarakat terutamanya dalam
kalangan remaja apabila eratnya ikatan kekeluargaan dalam hidup mereka. Remaja yang kurang
perasaan kekeluargaan dan kasih sayang akan mudah terjebak dengan budaya kuning seperti
merokok dan melepak di pusat beli-belah kerana mereka tidak mempunyai panduan hidup yang
jelas. Lantaran itu,mereka memberontak dengan melakukan perkara yang tidak sihat untuk
mendapat perhatian orang ramai. Selaras dengan itu,ibu bapa perlu memupuk perasaan
kekeluargaan terhadap anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Selain itu, kadar jenayah di negara kita dapat dikurangkan dengan drastik. Kebanyakan
kajian membuktikan pencetus utama penjenayah melakukan kesalahan undang-undang seperti
membunuh dan merogol adalah disebabkan masalah kekeluargaan. Mereka hilang pertimbangan
sehingga melakukan jenayah kerana tertekan dan cuba mencari jalan penyelasaian bagi masalah
mereka. Ketiadaan keluarga untuk menjadi tempat mereka meluahkan masalah menjurus isu ini
berlaku. Sehubungan dengan itu, pelbagai program bercorak kekeluargaan seperti Hari Bersama
Keluarga perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Secara tidak langsung, negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman dan damai apabila
masalah gejala sosial dan kadar jenayah berkurangan. Negara yang harmoni dan tiada masalah
dalaman mahupun luaran mampu melahirkan masyarakat yang tinggi nilai kekeluargaan. Hal ini
demikian kerana,mereka bebas melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga tanpa memikirkan
masalah-masalah yang menimpa negara mereka. Oleh sebab itu,semua pihak perlu bekerjasama
menjaga keamanan negara.

Produkitiviti rakyat turut bertambah kerana mereka berasa gembira melihat keluarga yang
bahagia dan keadaan negara aman yang makmur.Rakyat negara yang harmoni pasti berwawasan
dan mempunyai modal insan yang tinggi. Malahan, mereka dapat menjaga kebajikan keluarga
seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga,bangsa dan negara mereka. Pertumbuhan
ekonomi negara turut berkembang dengan pesat. Oleh itu, nilai positif ini perlu diwujudkan supaya
kebahagiaan sesebuah keluarga dapat dikekalkan.

Malah, imej negara pada mata masyarakat dunia terus bersinar. Keluarga yang bahagia
menghasilkan semua impak yang positif. Masyarakat luar akan melihat kejayaan ini dan cuba
menyebarkan kejayaan itu di negara mereka. Tindakan ini akan menyebabkan semua masyarakat
luar akan mengenali rahsia kejayaan Malaysia ialah kekuatan sistem keluarga mereka. Maka,
rakyat negara ini boleh berbangga kerana mereka dipandang tinggi oleh masyarakat asing.

Kesimpulannya,terdapat banyak faedah yang kita mampu peroleh apabila mempraktikkan


nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian. Situasi ini dapat memastikan kehidupan yang kita
jalani pada masa hadapan lebih berkualiti dan bermakna kerana kita mempunyai keluarga yang
menjadi penyebab seseorang itu meneruskan kehidupannya.Justeru,masyarakat tidak boleh
bersikap acuh tak acuh dengan nilai-nilai murni ini agar mereka dapat melahirkan sebuah
keluarga yang sempurna. (451 patah perkataan)

KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Setiap hari,kita boleh membaca berita
berkaitan kemalangan di surat khabar. Kebanyakan kemalangan jalan raya berlaku pada musim

95 / 119
perayaan. Banyak nyawa yang telah terkorban dalam kemalangan tersebut. Terdapat pelbagai
usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya..

Antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah pemandu mesti
memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Mereka perlu sentiasa menghantar
kenderaan masing-masing untuk diservis. Kenderaan yang baik boleh menjamin keselamatan
pemandu dan penumpang ketika di jalan raya. Sebaliknya, kenderaan yang tidak diservis boleh
mengakibatkan kenderaan tidak dapat dikawal semasa berlaku kecemasan. Sebagai contoh,
kenderaan yang rosak breknya tidak dapat diberhentikan dengan selamat.Oleh itu,keadaan
kenderaan yang baik dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Selain itu,ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ibu
bapa boleh menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar
ketika menunggang motosikal. Ibu bapa juga perlu memandu kenderaan mengikut had laju yang
ditetapkan.Dengan itu,anak-anak akan mencontohi amalan yang baik itu. Oleh hal yang demikian,
ibu bapa sememangnya berperanan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sekolah juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Sekolah
boleh melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Para pelajar akan diberi
pendedahan tentang hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya sejak kecil lagi
kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya, mereka akan
menggunakan ilmu yang dipelajari di sekolah dan menjadi pengguna jalan raya yang
berhemah.Oleh itu, pendidikan di sekolah boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Di samping itu,media massa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya. Media massa seperti televisyen boleh menyiarkan dokumentari berkaitankemalangan
jalan raya.Penonton akan menjadikan peristiwa kemalangan yang ditonton sebagai pengajaran.
Dengan itu,mereka tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan jalan raya seperti memandu
dengan laju dan menggunakan telefon ketika memandu. Tindakan ini dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara kita.

Seterusnya, kerajaan boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan
mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya secara berterusan.. Antara kempen
yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati di Jalan Raya. Kempen ini sangat penting untuk
mengubah sikap pemandu agar lebih berhati-hati di jalan raya. Kempen ini boleh dijalankan di
sekolah dan disiarkan melalui televisyen. Oleh itu,melalui kempen yang berterusan yang
dijalankan oleh kerajaan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya.

Kesimpulannya,kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-
mana sahaja. Kadar kemalangan jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya kerjasama
daripada pelbagai pihak. Setiap pihak bertanggungjawab melaksanakan usaha-usaha tersebut
dengan bersungguh-sungguh.Dengan ini, kemalangan sifar dapat dijadikan kenyataan. Hal ini
bertepatan dengan slogan,Pandu Cermat Jiwa Selamat.

KEPENTINGAN DAN KESAN NEGATIF


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

96 / 119
Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan perkembangan
teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa teknologi maklumat membawa dimensi baru yang
pelbagai pada corak kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah
tentu akan mempercepat usaha kita untuk mencapai status negara maju. Hal ini disebabkan
teknologi ini akan membawa kita ke arah perkembangan yang berkaitan dengan pelbagai cara
menerima dan menyampaikan maklumat secara elektronik.

Dalam konteks pendidikan, peranannya bukan setakat mampu membantu memudahkan


tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk memperluas
persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Berdasarkan alasan inilah pihak kerajaan
melalui Kementerian Pelajaran mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi
agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Dengan penggunaan teknologi
maklumat, pelajar lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.

Selain itu, kemajuan teknologi maklumat membolehkan pakar-pakar perubatan


berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan dan diagnosis yang terkini. Dalam
kehidupan seharian pula, pembayaran pelbagai bil dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
Jadi, kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat dielakkan dengan mudah. Di samping itu,
pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan teknologi maklumat.
Melalui konsep e-pembelajaran yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi melakukan
interaksi empat mata, sebaliknya proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada
sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai
medium. Dalam sesebuah organisasi, teknologi ini dapat berfungsi sebagai alat latihan yang
berkesan dan efisien. Latihan secara teknik audio visual, penggunaan perisian komputer, dan
arahan kerja secara elektronik merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi
komunikasi yang dapat dipraktikkan berulang kali.

Walau bagaimanapun, teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan arus


kemodenan ini turut digunakan untuk tujuan yang tidak wajar. Sekalipun dari sudut lain, teknologi
maklumat membawa kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya dieksploitasikan pula
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan begitu rakus untuk pelbagai matlamat.
Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melakukan pelbagai
jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut, menipu, dan menyebarkan fitnah.
Perkembangannya yang begitu pantas juga mungkin akan mewujudkan sindrom ketagihan dalam
kalangan pengguna internet. Virus komputer yang begitu dibimbangi sejak belakangan ini juga
disebarkan melalui internet untuk menghapuskan data-data penting dan mengakibatkan
kerosakan komputer. Situasi ini akhirnya akan mengakibatkan operasi sesebuah syarikat atau
agensi kerajaan lumpuh kerana sistem komputer tidak berfungsi dan data-data tidak dapat
diakses.
(394 patah perkataan)

KESAN KEDATANGAN BURUH ASING

Buruh asing merupakan antara pemacu ekonomi negara yang utama di Malaysia. Oleh
sebab permintaan untuk tenaga buruh sentiasa meningkat dari hari ke hari dan keengganan
rakyat Malaysia untuk memenuhi permintaan tersebut kerana taraf hidup yang semakin
tinggi,maka kerajaan terpaksa mengambil tenaga buruh asing dari negara-negara jiran seperti
Indonesia, Filipina,Bangladesh dan Thailand. Dalam tempoh 2002 sehingga 2007,kemasukan
buruh asing begitu mendadak. Walaupun kita menghargai sumbangan buruh-buruh asing ini
khususnya dalam sektor hartanah,kita tidak patut alpa akan implikasi-implikasi yang dihadapi oleh

97 / 119
negara kita akibat peningkatan jumlah buruh asing di sini. Terdapat beberapa kesan kedatangan
buruh asing terhadap pelbagai aspek kehidupan di Malaysia yang dapat dilihat secara langsung.

Satu daripada implikasinya ialah merebaknya pelbagai penyakit dan masalah sosial.
Pada yahun 2007, beberapa penyakit seperti malaria dan taun yang sudah lama tidak wujud di
sini kembali merebak tapi dapat diubati dengan mudah. Tetapi bukan setakat merebakkan
pelbagai penyakit sahaja, mereka juga membawa bersama penyakit-penyakit sosial yang ada di
negara mereka ke negara kita. Contoh penyakit-penyakit sosial yang dibawa oleh buruh-buruh ini
adalah seperti pelacuran,permusuhan sesama pekerja,rompakan dan pecah rumah. Sebagai
buktinya, beberapa tahun lalu,kegiatan pecah rumah telah berlaku hampir di seluruh kampung
sama ada di kawasan desa mahupun di kawasan bandar dan kebanyakan daripada kes-kes yang
berjaya diselesaikan menunjukkan kegiatan ini dilakukan oleh buruh-buruh asing ini. Kesan ini
telah banyak menyusahkan kita terutamanya para penduduk,pihak polis dan agensi keselamatan.
Para penduduk sentiasa dalam ketakutan dan menangggung sejumlah kerugian apabila rumah
mereka dipecah masuk dan barangan mereka dicuri. Pihak polis pula terpaksa menambah
peruntukan bagi meningkatkan kadar kawalan di seluruh negara serta perkhidmatan mereka
manakala kebanyakan agensi keselamatan terpaksa mengambil bekas-bekas anggota
keselamatan yang telah bersara. Sampel-sampel ini jelaskan menunjukkan bahawa satu daripada
kesan-kesan kedatangan buruh asing ialah merebaknya pelbagai penyakit dan masalah sosial.

Bukan setakat itu sahaja kedatangan buruh asing juga menyebabkan perbelanjaan
negara semakin meningkat. Setiap tahun, kira-kira RM 2.5 bilion dihantar pulang sebagai
pendapatan asing bagi tenaga buruh asing dan apabila dicampur pula dengan perkhidmatan
perubatan percuma serta perkhidmatan sosial lain yang turut dinikmati, kerajaan Malaysia
mungkin membelanjakan RM 3 bilion setahun setahun untuk membiayai kedatangan pekerja
asing. Laporan media ada menyatakan bahawa sebahagian besar daripada 42 284 banduan pada
tahun 2007 yang memenuhi penjara di negara ini adalah warga asing dengan nisbah 4 warga
asing bagi setiap 10 orang banduan di negara ini. Menurut kata-kata Datuk Raja Ahmad
Zainuddun Raja Omar,ahli Parlimen BN-Larut,kerajaan membelanjakan RM 35 setahun untuk
membiayai seorang banduan asing dan apabila didarabkan dengan jumlah banduan asing yang
ada, kerajaan telah membelanjakan RM 68 juta setahun untuk membiayai semua banduan asing
yang merengkok di dalam penjara meliputi kos makan,gaji pegawai,bil rawatan serta kos
mengadakan pelbagai aktiviti untuk para banduan asing. Oleh itu,jelaslah bahawa kedatangan
buruh asing meningkatkan perbelanjaan negara.

Kedatangan buruh asing bukan hanya memberi impak kepada kita sahaja malahan kepada
mereka juga iaitu para buruh asing menjadi mangsa penderaan oleh para majikan. Kesan ini
banyak berlaku di sektor perkhidmatan domestik. Sebagai contoh, pada tahun 2007, lebih 90%
daripada 240000 pekerja domestik di Malaysia terdiri daripada warga Indonesia dan kebanyakan
pekerja domestik di Malaysia mengalami penderaan psikologi,fizikal dan seksual yang dilakukan
oleh agensi buruh dan majikan terutamanya pekerja Indonesia. Sejak beberapa tahun dahulu,
badan bukan kerajaan dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur telah menerima beribu-ribu
aduan daripada pembantu rumah berkaitan masalah penderaan,gaji dan keadaan kerja yang
mereka alami. Menurut penyataan LaShawn R. Jefferson, Pengarah di Bahagian Hak Asasi
Wanita Di Pemerhati Hak Asasi Manusia dalam suratnya kepada mantan Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pekerja domestik di Malaysia masih berhadapan
dengan kemungkinan penderaan yang kian teruk dan tidak terkawal. Berdasarkan bukti-bukti di
atas yang sahih,maka dapatlah kesimpulan awal dibuat iaitu kedatang buruh asing menyebabkan
mereka menjadi mangsa penderaan oleh para majikan dan agensi buruh.

Secara relatifnya, terdapat 1001 kesan atau implikasi yang timbul akibat kedatangan buruh-
buruh asing di negara kita ini. Mungkin sesetangah orang akan berfikir bahawa menghantar
semua buruh asing kembali ke negara mereka merupakan cara yang terbaik tetapi sebenarnya
tidak kerana dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Ahmad Kamil Mohamed, seorang penduduk di
Segamat menyatakan bahawa kerajaan akan mengalami kerugian besar jika cara di atas
98 / 119
dilakukan. Sebenarnya,bukan mudah hendak menyelesaikan masalah ini. Oleh itu,semua latar
masyarakat di negara kita mesti memainkan peranan penting dalam usaha membasmi kesan-
kesan yang wujud akibat kedatangan mereka kerana bulat air kerana pembetung, bulat
masyarakat kerana muafakat

(716 patah perkataan)

Soalan
Kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang belum dapat diatasi di kota besar
seperti Kuala Lumpur walaupun sistem pengangkutan awam di negara ini semakin hari
semakin canggih. Huraikan sebab-sebab berlakunya kesesakan lalu lintas yang berkaitan
dengan sistem pengangkutan awam.
[ 100 markah ]

Dalam mengharungi arus globalisasi pada masa ini, sistem pengangkutan awam di nusa kita
makin hari makin maju dan giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu,
penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita kian banyak, bak cendawan tumbuh
selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak
kerajaan yang berjiwa rakyat untuk penduduk di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya masalah
kesesakan lalu lintas seperti teksi, bas, Monorel Kuala Lumpur, Sistem Aliran Ringan (LRT),
Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan disediakan, malangnya, senario
kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapai titik noktah selama ini. Fenomena
ini berubah menjadi lebih kronik dan membimbangkan semua pihak terutamanya pada waktu
puncak. Masalah ini haruslah dititikberatkan oleh semua pihak dan bersama-samalah kita
berganding bahu menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Hal yang tidak dapat
dinafikan ialah kesesakan dan pengangkutan awam adalah simbiosis. Nescaya, beberapa punca
yang menyebabkan kesesakan lalu lintas tetap berlaku saban waktu dalam perjalanan walakin
pengangkutan awam disediakan.

Jadual perjalanan yang tidak sistematik merupakan punca utama menyebabkan kesesakan lalu
lintas berlaku. Haruslah kita menerima hakikat bahawa jadual perjalanan yang tidak sistematik
disebabkan kelemahan pihak pengurusan jadual perjalanan. Hal ini demikian kerana pihak
berkenaan tidak memahami keadaan sebenar secara mendalam, mereka menyediakan jadual
berdasarkan waktu mereka. Sebagai contohnya, waktu pemandu akan berehat bermula pada
pukul satu tengah hari hingga pada pukul dua petang. Waktu rehat mereka merupakan waktu
rehat warga kantor dan waktu pelajar pulang dari sekolah. Natijahnya, pelajar yang menaiki bas
untuk balik ke rumah atau yang ingin menghadiri kelas tambahan terpaksa menunggu lama untuk
mendapatkan bas. Secara ringkasnya, kesesakan lalu lintas berlaku kerana kesibukan ibu bapa
membawa anak-anak mereka balik ke rumah atau menghadiri kelas tuisyen.

Memang yang tidak dapat dinafikan, tambang yang mahal juga menjadi salah satu faktor
kesesakan lalu lintas berlaku. Hal ini demikian kerana kenaikan harga minyak yang disebabkan
peningkatan permintaan dalam pasaran dunia dan kejatuhan nilai Dolar Amerika telah
menjejaskan taraf hidup dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, baru-baru ini, kerajaan
telah mengumumkan bahawa minyak petrol akan dinaikkan lagi jika kerajaan tidak mampu
menanggung subsidi harga petrol. Jumlah kenaikan harga minyak sebanyak beberapa kali ini
telah meningkatkan beban hidup masyarakat. Penataran ini menyebabkan penumpang terpaksa

99 / 119
menanggung lagi kos kehidupan yang lebih tinggi. Selain itu, beban ibu bapa juga akan
dipertingkatkan kerana sesetengah pelajar menaiki bas ke sekolah atau menghadiri kelas tuisyen.
Oleh sebab terpaksa menanggung kos tambang yang tinggi, masyarakat sanggup berkereta
sendiri supaya dapat mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. Natijahnya, kesesakan lalu lintas
terus berlaku.

Tambahan pula, bilangan bas dan teksi yang tidak cukup juga merupakan satu sebab yang sukar
dinafikan. Tidaklah menghairankan jika peruntukan belanjawan kerajaan dikatakan kurang untuk
kemudahan awam kerana kerajaan lebih mengutamakan pembangunan fizikal negara berbanding
dengan meningkatkan kebajikan masyarakat. Hal ini juga disebabkan oleh hanya beberapa bas
syarikat yang ditubuhkan seperti Transnasional, Metro, Intrakota dan sebagainya. Dengan itu, bas
awam tidak menjadi pilihan utama penumpang dari suatu destinasi ke suatu destinasi yang
berdekatan atau sebaliknya. Fenomena ini berlaku kerana golongan muda pada zaman ini tidak
mahu membazir masa dengan setakat untuk menunggu ketibaan bas ke suatu tempat Mereka
berpendapat bahawa masa itu emas. Oleh hal yang, mereka rela memandu sendiri. Impaknya,
masalah kesesakan lalu lintas terus membengkak dalam arus pembangunan negara.

Satu lagi punca berlakunya kesesakan lalu lintas ialah perkhidmatan yang kurang berkualiti dan
kurang efisien. Pengangkutan awam tidak menjadi pilihan utama generasi kini merupakan perkara
yang lumrah. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pemandu teksi dan bas yang biadab
terhadap penumpang. Di samping itu, kebanyakan bas berada dalam keadaan yang kotor, panas,
busuk, dan kurang selesa. Misalnya, pemandu bas tidak menghormati penumpang dengan
memarahi mereka mahupun warga tua hanya kerana mereka membawa makanan ke dalam bas,
tertekan loceng di destinasi yang salah dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pengguna
berasa tidak puas hati terhadap pemandu bas. Hal ini juga menyebabkan pengguna tidak yakin
akan perkhidmatan pengangkutan awam. Justifikasinya, pengguna terpaksa memiliki kenderaan
sendiri. Impak daripada hal ini menyebabkan kesesakan lalu lintas kian hari kian serius.

Pembinaan stesen di lokasi yang tidak strategik juga satu punca yang sukar dinafikan. Hal ini
disebabkan kawasan pembinaan stesen Komuter amat jauh dari pusat bandar utama seperti Shah
Alam, Petaling Jaya, Damansara, Ampang, Cheras dan sebagainya. Pembinaan stesen Komuter
di kawasan yang jauh malam di dalam hutan menyebabkan pengguna berasa sukar untuk
mendapatkan tempat meletak kenderaan di stesen Komuter. Senario ini membuktikan bahawa
pengangkutan awam yang disediakan tidak memberi kemudahan secara langsung kepada
pengguna. Pengguna terpaksa menukar stesen dari satu stesen ke suatu stesen, Namun begitu,
pengguna juga sukar mendapat pengangkutan perantara dari stesen Komuter ke destinasi yang
hendak dituju. Untuk menjimatkan masa dan wang untuk bertukar stesen dari satu stesen,
pengguna lebih rela menggunakan kenderaan sendiri. Habis, kesesakan lalu lintas di nusa kita
terus berlaku dan tidak pernah diselesaikan.

Secara tuntas, walaupun negara kita canggih dalam bidang sains dan teknologi, pelbagai jenis
pengangkutan awam giat dipertingkatkan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, senario
kesesakan lalu lintas tidak dapat berjaya dibendung selama ini khasnya di bandar-bandar utama
pada waktu bekerja. Hal ini telah membebankan rakyat dari pelbagai segi seperti masa dibazirkan
pada waktu kesesakan, kelewatan menguruskan urusan yang penting. Daripada membiarkan
masalah ini kronik, pelbagai langkah yang efisien dan praktikal harus diambil dengan serta merta.

100 / 119
Oleh itu, kerajaan haruslah sensitif terhadap isu-isu kesesakan dan mengambil tindakan dengan
bijak menggunakan peruntukan supaya lalu lintas dilancarkan semula.

SOALAN: Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan kraf tangan
untuk dijual kepada masyarakat. Namun, masih ada pihak yang
mempertikaikan usaha mereka ini.

Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk desa ini sia-sia.

Penduduk desa sudah mula memberikan perhatian terhadap penghasilan kraf tangan
terutama untuk dijual. Sikap positif mereka ini telah didorong oleh tindakan kerajaan yang giat
memberi galakan supaya mereka menjalankan aktiviti kraf tangan ini untuk menambah
pendapatan mereka. Cuma yang menyedihkan ialah masih ada suara-suara sumbang yang
menganggap tindakan penduduk desa ini tidak akan berjaya. Jadi, apakah pencetus yang
menyebabkan ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha penduduk desa ini?

Anggapan yang paling mudah ialah golongan ini memandang rendah mutu kerja penduduk
desa. Pada firasat mereka, kualiti yang diperlihatkan selama ini masih di takuk lama yakni tiada
perubahan drastik seperti reka bentuk dan penggunaan warna produk. Mereka menganggap
aktiviti sampingan penduduk desa yang memang tidak mengutamakan kualiti. Pada mata
golongan ini, kualiti barangan luar negara sahaja yang lebih baik walaupun anggapan mereka itu
jauh daripada kebenarannya.

Faktor yang kedua sudah pasti aspek pemasaran kraf tangan penduduk desa itu sendiri.
Pihak yang memandang rendah aktiviti ini mengutarakan ketiadaan usaha-usaha konkrit untuk
memasarkan hasil kraf tangan ini terutama di pasaran antarabangsa. Ketiadaan usaha ini atau
lebih tepat lagi agensi khas untuk memasarkan kraf tangan telah membantutkan pasaran kraf
tangan negara. Mereka mahu kerajaan menubuhkan sebuah agensi khas untuk tujuan pemasaran
sahaja.

Selain itu, kekurangan pelancong asing di negara ini turut menjadi alasan golongan yang
menentang usaha membuat kraf tangan ini. Jumlah pelancong asing yang kecil dan kekurangan
minat dalam kalangan pelancong tempatan untuk membeli hasil kraf tangan pada mereka telah
menyebabkan usaha ini tidak perlu diteruskan atau diberi galakan. Mereka berpendapat jumlah
pelancong asing yang lebih ramai harus disediakan sebelum usaha kraf tangan ini diberi galakan
yang menyeluruh.

Alasan yang agak mengelirukan ialah ketiadaan sokongan kerajaan dalam usaha
meningkatkan industri kraf tangan negara. Golongan ini berpendapat kerajaan tidak memberi
galakan yang secukupnya seperti ketiadaan pelepasan cukai keuntungan atau memberi bantuan
teknikal dalam usaha menembusi pasaran luar negara. Mungkin golongan ini terlalu bergantung
kepada kerajaan tanpa berusaha sendiri untuk mencari jalan atau rakan niaga di luar negara
dalam usaha mengembangkan pasaran kraf tangan negara.

Kesimpulannya, agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti KEMAS, Kementerian


Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan harus memandang serius tanggapan negatif segelintir
masyarakat kita ini. Agensi kerajaan itu haruslah proaktif dalam membuat perancangan untuk
menangani pandangan negatif mereka ini. Mungkin agensi kerajaan ini harus menggunakan
pendekatan yang baru atau berbeza dalam usaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa kraf
tangan negara memang berpotensi untuk dikembangkan secara komersial.

101 / 119
(391 patah perkataan)

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Tajuk: Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk


menulis rencana yang bertajuk Langkah-langkah Meningkatkan Mutu
Sukan Negara.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara


Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala
Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-
baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum
lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan
sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada
peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam
kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama
sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi
apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai
langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita
dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang
sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak
jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia,
kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja
persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia
(PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara
sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari
pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi,
menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan oleh mereka.
Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku,
mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, mantan Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan
jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh
individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan
seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang
sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, hanya
jauhari yang mengenal manikam.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaik dan diberi
nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran
negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah
menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan
sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara
(ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan,

102 / 119
kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, mantan Menteri
Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain
bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak
bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara
lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program
berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet
yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah
penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya gandingan emas,
Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan
Badminton Dunia sebelum ini menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan
tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam
semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali
martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan
antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha
memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang
sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang
mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain
sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan
secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan
mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara,
Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain
terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan
peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh
dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia
menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak
berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus


berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat
antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima
puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin
tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun
Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006
serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua
pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola
sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh sudah ada di
tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta
rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara!

CONTOH KARANGAN JENIS LAPORAN

SOALAN: Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu
dikehendaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

103 / 119
Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Sekolah Menengah Sri
KDU, Kota Damansara telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 19 Mei 2015 disertai oleh sebanyak 40
orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP,
mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep
lawatan sambil belajar. Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya
menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau,
barulah rombongan kami bertolah dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami
disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi
penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat
ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskah
majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa
berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh
DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa.
Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa,
Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa
maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa
kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-
cara buku dan majalah dicetak. Kami perhatikan buku-buku tersebut dicetak dengan begitu pantas
dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh
pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu
dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi
kegunaan kami. Hal ini demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula
bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah
kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran
DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar,
mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca di kalangan
pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa
pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil
belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan
meluaskan pengetahuan. Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh
persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di
sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan.

Dilaporkan oleh,
MuhdIzzat
(MUHAMMAD IZZAT NASEER)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Menengah Sri KDU, Kota Damansara. 20 MEI 2015

104 / 119
SOALAN: Pendidikan telah menjadi kritikan masyarakat dan sektor ini memang
merupakan satu isu sensitif.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor pendidikan.

Bidang pendidikan dianggap bidang sensitif negara kerana bidang ini mampu mengubah
senario politik dan sosial negara kita. Bilangan generasi muda yang terlibat dalam bidang ini turut
menjadikan pendidikan satu isu yang harus ditangani dengan bijak tetapi pantas. Kejayaan negara
mengubah bidang pendidikan ini dalam menangani cabaran globalisasi pasti akan mendatangkan
kejayaan kepada rakyat dan negara kita secara keseluruhannya. Cuma ketika ini bidang yang
dianggap murni suatu masa dahulu sedang menghadapi saat gentingnya.

Masalah yang paling kritikal sedang dihadapi oleh bidang pendidikan ialah pelajarnya yang
dikatakan tidak berdisiplin. Saban hari kita didedahkan melalui media massa masalah disiplin
yang dilakukan oleh pelajar. Kes guru dipukul, gejala jenayah pelajar, sikap ponteng pelajar, dan
budaya buli semuanya menjurus betapa seriusnya masalah ini. Keadaan ini turut menyebabkan
bidang pendidikan menjadi mangsa sasaran kritikan masyarakat yang mahu perkara ini diatasi
seberapa segera.

Bidang pendidikan turut mengalami masalah kekurangan guru terutama guru lelaki dan di
kawasan pedalaman. Kurangnya guru lelaki sering dikaitkan dengan rendahnya tangga gaji yang
diberikan kepada guru. Lelaki yang sering dianggap ketua keluarga akan mencari kerjaya lain
yang menjanjikan gaji lebih lumayan. Manakala, guru lelaki yang kecil jumlahnya pula dihantar ke
kawasan pedalaman tetapi masih belum cukup untuk menampung keperluan kawasan
pedalaman. Situasi ini dibebankan lagi dengan budaya keguruan yang dianggap lebih bercorak
kewanitaan akibat kurangnya guru lelaki.

Tambahan pula, ada sekolah yang masih kekurangan kemudahan seperti komputer dan
bangunan yang sesuai. Keadaan ini menjejaskan peluang pelajar untuk memperoleh pendidikan
yang baik. Mereka belajar dalam keadaan tidak selesa dan ini sudah pasti akan menjejaskan
pencapaian mereka dalam peperiksaan. Kalau sekolah tidak lengkap kemudahannya, bagaimana
guru hendak menjalankan tugasnya? Inilah isu yang menghantui bidang pendidikan ini.

Malah, isu sekolah dianggap bukan faktor integrasi masyarakat turut menjadi persoalan
utama kini. Konsep Sekolah Wawasan yang cuba diketengahkan mendapat bantahan pelbagai
pihak lantaran bimbang hilangnya budaya kaum tertentu. Malah, sekolah biasa pula sering
menyaksikan pelajar-pelajarnya berinteraksi mengikut kaum dan bukannya bercampur. Semua ini
menghasilkan satu generasi pelajar yang tidak memahami budaya masyarakat lain. Sekolah
seharusnya mendidik mereka bukannya memisahkan mereka mengikut kaum.

Selain itu, isu pelajar berlumba-lumba untuk mengaut jumlah A yang banyak dalam
peperiksaan turut menjadi satu kemelut baru dalam pendidikan. Ramai yang menganggap sekolah
menjadi tempat untuk menghafal bukannya memberi pendidikan yang holistik kepada pelajarnya.
Kesannya, pelajar yang ada kini tidak mampu berfikir secara kritis atau menyelesaikan masalah
yang di luar batasan soalan peperiksaan yang ditanya kepada mereka. Pelajar ketiadaan
kepandaian emosional yang penting daam era globalisasi ini.

Kesimpulannya, pendidikan harus diberi lebih banyak peruntukan untuk meningkatkan


tahap pendidikan negara. Guru-guru harus diberi lebih banyak ruang untuk kreatif dalam
pengajaran mereka. Guru harus diberi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran
mereka melalui kursus dan program pendidikan jarak jauh. Guru harus diberi insentif kewangan

105 / 119
yang lebih setimpal dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Guru sumber inspirasi
generasi muda.

(461 patah perkataan)

SOALAN: Rancangan muzikal di media massa sering dikatakan tidak membawa makna.
Namun, rancangan sebegitulah yang mendapat sambutan masyarakat.

Huraikan kebaikan-kebaikan dan keburukan yang tercetus daripada muzik di


negara ini.

Muzik dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana muzik pada masyarakat menjadi
tempat mereka meluahkan perasaan dan tenaga mereka terutama dalam mengharungi kehidupan
yang penuh cabaran ini. Keadaan ini menyebabkan rancangan muzikal telah mendapat sambutan
hangat masyarakat terutama remaja. Sesungguhnya, muzik mempunyai pelbagai natijah yang
mampu mengubah kehidupan sesebuah negara itu.

Sekali pandang pandang muzik memang membawa kebaikan. Muzik mampu memberi
ketenangan jiwa kepada seseorang kerana apabila mendengar muzik, jiwa seseorang akan
tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu
menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan
gembira. Sesungguhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan lagi kekuatan
minda dan fizikal seseorang itu.

Malah, muzik mampu memberi imej baru atau memperkaya muzik tradisional sesebuah
negara itu. Keadaan ini mampu diwujudkan kerana muzik tradisional dianggap tidak bersesuaian
dengan keperluan alaf globalisasi yang mengutamakan muzik rancak sahaja. Rancangan muzik
yang disiarkan oleh media tempatan mampu mengorak langkah untuk menyebarkan pengaruh
muzik tradisional terutama dalam kalangan remaja. Jadi, muzik memang mampu meninggikan
imej muzik tradisional kita.

Bukan sahaja imej muzik tradisional mampu ditingkatkan tetapi imej negara pada mata
masyarakat antarabangsa turut meningkat. Muzik sering dikaitkan dengan tahap kemodenan
sesebuah masyarakat dan neagra itu mengikut piawaian antarabangsa. Semakin tinggi minat
masyarakatnya terhadap muzik semakin modenlah sesebuah negara itu. Contohnya, masyarakat
negara moden seperti Jerman dan Sweden sering menyaksikan pelbagai konsert muzik yang
diadakan tanpa mengira muzik itu tradisonal atau moden.

Selain itu, muzik turut mampu memberikan satu kerjaya yang baik terutama kepada remaja.
Keadaan ini berlaku kerana bidang muzik di negara ini masih belum diteroka dengan seluasnya.
Permintaan sebagai ahli muzik masih tinggi dan persaingannya tidak begitu sengit berbanding
dengan negara-negara maju yang lain. Dalam masa yang sama negara mula menganggap
keperluan muzik menjadi penting dengan pelbagai konsert muzik diadakan setiap tahun di negara
ini. Maka, semakin ramailah pemuzik yang diperlukan oleh negara dalam tempoh mendatang ini
terutama muzik orkestra.

Keburukan yang ketara daripada muzik ialah aktiviti ini menyebabkan remaja terutamanya
mudah terjebak dengan pergaulan yang bebas. Keadaan ini menyebabkan berlakunya gejala
sosial yang mendapat perhatian masyarakat seperti isu pembuangan bayi dan penyalahgunaan
dadah. Suasana dan tempat muzik sering menimbulkan masalah kepada remaja terutama aksi
muzik barat moden yang dianggap terlalu menyimpang daripada budaya tempatan. Oleh itu,
muzik turut membawa remaja kita terpesong sahsiahnya.
106 / 119
Kesimpulannya, muzik bukanlah seseuatu yang hanya membawa kebaikan tetapi juga
impak negatif yang tersendiri. Setiap individu haruslah menilai dan melihat muzik itu daripada
keperluan peribadi mereka untuk memastikan bidang muzik ini membawa impak positif.
Peribahasa melayu tepuk dada, tanya selera membuktikan bahawa buatlah sesuatu mengikuti
keperluan dan kehendak seseorang terutama yang memberi kebaikan sejati.

(427 patah perkataan)

ISU: LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DALAM KALANGAN


MASYARAKAT

Mutakhir ini,nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar.Hal ini terjadi
demikian kerana sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap kepentingan nilai-nilai ini dalam diri
anak-anak mereka.Jika nilai-nilai murni ini tidak dipupuk maka negara kita akan dahagakan
masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh itu,nilai-nilai murni ini haruslah dipupuk sejak dibangku
sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Bagaimanakah cara-cara untuk
memupuk nilai-nilai murni ini daripada terus hilang ditelan zaman?

Langkah perdana yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni adalah melalui bantuan
pihak kerajaan.Kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat
sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan
ekonomi.Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar hangat-hangat
tahi ayamkerana akan menyebabkan kerugian kepada negara kita sendiri.Jika inisiatif untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak dilakukan oleh pihak kerajaan maka
masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam dunia modenisasi ini.Oleh itu,pihak kerajaan
haruslah mengadakan kempen ini secara berterusan supaya masyarakat akan terus dibasahi
dengan nilai-nilai murni yang akan mengeratkan hubungan antara masyarakat di negara ini.

Langkah seterusnya yang dapat kita lakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral dalam
kalangan masyarakat adalah dengan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-
nilai moral dalam diri anak-anak semasa mereka masih tidak mengenal apa itu erti kehidupan.Ibu
bapa boleh memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar mereka tentang pentingnya
semangat kejiranan dan perpaduan.Oleh hal demikian,ibu bapa mestilah sentiasa membawa
mereka untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang menjurus kepada
usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang
sedang melanda negara kita sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar
yang akan menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatahapi kecil baik
dipadam.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap
pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik anak-anak
kerana belakang parang jika diasah tajam juga.

Selain itu,peranan pihak sekolah dalam membanteras masalah keruntuhan moral ini amat
dituntut kerana di sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas di rumah.Dalam
mengatasi masalah ini,pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah di
sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk membersihkan sekolah
dan mencantikkan sekolah.Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar
tentang peri pentingnya semangat bekerjasama dan saling membantu dalam kalangan
masyarakat. Kementerian Pelajaran boleh mewujudkan mata pelajaran baru yang mengajar
pelajar tentang nilai-nilai moral.Jika pihak sekolah tidak memainkan peranan dalam mengatasi
masalah ini maka negara kita semakin kepupusan pelajar yang mempunyai nilai moral yang akan

107 / 119
menjadi tunggak negara pada masa akan datang.Tegasnya, pihak sekolah juga memainkan
peranan utama dalam mengatasi keruntuhan nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, usaha yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui
media massa. Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang berlaku di
dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi
kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.Oleh hal demikian, sudah
tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media massa.Untuk
merealisasikan impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program
ini dan sentiasa berjuang untuk kadaulatan negara. Seperti yang sedia kita maklum, televisyen
menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, pihak
syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan nilai-nilai murni dan kepentingan nilai-nilai
murni melalui iklan-iklan di televisyen.JIka pihak media massa tidak bekerjasama dalam
mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi
ini kepada masyarakat di luar sana. Oleh itu, pihak media massa menjadi tempat untuk
mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini bak kata pepatah yang berpayung
yang ditembak.

Ahli Jawatankuasa kampung juga harus memainkan peranan dalam mengadakan program
kemasyarakatan di kampung masing-masing seperti gotong-royong membersihkan
kampung,menolong keluarga miskin dan sebagainya. Program seperti ini dapat mengajar
penduduk kampung tentang kepentingan semangat bekerjasama atau nilai moral yang terpuji bagi
mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang harmonis.Program seperti ini juga memberi
peluang kepada penduduk untuk meluangkan masa bersama kerana masyarakat pada zaman ini
yang hanya mengejar kepentingan duniawi sahaja dan sikap seperti katak dibawah tempurung
yang tidak bergaul dengan orang lain. Oleh itu,program seperti ini banyak memberi manfaat
kepada masyarakat dan seharusnya dilakukan di setiap kampung di negara ini.

Kesimpulannya,kita haruslah bersatu padu dalam memerangi masalah keruntuhan moral


dalam kalangan masyarakat di negara ini dan semua pihak mestilah memainkan peranan yang
penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat, bak kata pepatahBersatu
kita teguh,bercerai kita roboh.Kita haruslah memupuk nilai-nilai murni ini di dalam diri kita kerana
tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana hancur badan dikandung
tanah,budi baik dikenang juga.

(739 patah perkataan)

SOALAN: Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama
golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan
sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.

Jadi,apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara


mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini.
Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk
memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali
keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi,
apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku?

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini

108 / 119
menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja
mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat
akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap
ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada
akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia
kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya,
belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan
mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang
mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan
pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika
era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak
apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan
berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan
seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat
belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan
perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba
mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini.
Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara
berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka
mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti
mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-
negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai
kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut
menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia.
Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu
belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak
industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik
dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib
mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran
positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi
dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang
hidup mereka. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
(502 patah perkataan)

PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi bicara
semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai prakarsa telah dimainkan
oleh para ibu bapa untuk mengekalkan keharmonian keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtah
pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak
cukup bersepadu untuk membawa paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang
digerakkan oleh institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung keharmonian gagal?
Hal ini mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan
untuk membantu menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah menjadi
amanah yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama memikul amanah
kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk keluarga yang cemerlang
109 / 119
dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan oleh itu
prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
Jadi, anak-anak hendaklah menggerakkan kembali jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu
bapa dan sekali gus membentuk keluarga yang bahagia.

Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu
bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada mereka.
Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti
ada yang berduka dan bergembira. Tetapi tidakkah mereka menyedari bahawa seorang insan yang
bergelar ibu bapa pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang
yang diraih oleh anak-anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana
keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-
anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan
yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan bahawa usaha tangga
kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis
untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk mencapai kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu
bapa mereka akan dapat direalisasikan sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk
ke tingkap globalisasi kehidupan mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan
dalam pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Sedasawarsa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia juga merupakan salah
satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang tua mereka. Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara merupakan kata-kata hikmat yang acap kali ditujukan khas kepada generasi muda
tetapi tidak melampaukah jika semua orang mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama
keluarga, jantung hati, permata bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis
tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam memacu ke arah
kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang
mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya
menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang
berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka mempunyai
keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti
mereka walaupun di mana-mana mereka berada kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah
laku mereka malah itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.

Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati mereka.
Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Negara sebenarnya mampu menjadi platform utama untuk anak-anak membahagiakan ibu
bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani yang boleh dipraktikkan anak-anak adalah dengan
menghormati orang tua mereka sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh
terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu
bapa mereka sebelum pergi ke mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila
berjalan di hadapan orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu
bapa mereka dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati
peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah, anak-anak
hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya perkataan yang diucapkan tidak
menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek intelektual pula, anak-anak
hendaklah mendengar nasihat yang diberikan ibu bapa bagi membolehkan mereka memperoleh
keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu
diserap dengan mudah tidak seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang
benarlah bahawa sifat hormat seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu
membahagiakan mereka.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering berlegar-
legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam mempraktikkan hal ini,
anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan
kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan urusan ibu bapa mereka malah dapat
mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep
muafakat membawa berkat boleh diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu
mengemaskan rumah. Bertitik tolak daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja
cantik malah dapat menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan
110 / 119
kebersihan persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan
malah mampu melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut. Senario ini
sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti statistik sahih yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada tahun 2007 hingga 2008 yang
menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan di Malaysia bercerai setiap hari. Tuntasnya,
memang benarlah bahawa peranan anak-anak dalam membantu meringankan beban ibu bapa mereka
menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk mewujudkan kebahagiaan buat mereka.

Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang boleh
dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari dua perspektif yang
berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika mereka masih hidup dan yang
keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh hal yang demikian,
seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi
merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin
selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak
hendaklah mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa
mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak malah akan
membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu bapa pastinya berasa
bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang anak yang soleh. Konklusinya,
memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata yang penting dan utama untuk
membahagiakan ibu bapa.

Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh anak-anak
untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu berusaha membahagiakan ibu bapa
mereka secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun bersikap melepaskan batuk di
tepi tangga. Hal ini juga mampu membawa kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu
ukur falah anak-anak dalam meniti kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-
anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama berganding bahu,
selangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran untuk
memastikan keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna
dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai visi kudsi
Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka sebenarnya mampu
menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.

[1230 patah perkataan]

CONTOH KARANGAN JENIS PERIBAHASA

Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa " Genggam bara api biar sampai jadi arang".
Panjang karangan anda hendaklah melebihi 350 patah perkataan.

Peribahasa Genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud membuat sesuatu perkara harus
bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan suatu
peristiwa yang dialami oleh Cikgu Hanit. Beliau telah dilahirkan di Kampung Sungai Choh, Rawang,
Selangor pada tahun 1937. Semasa usianya lapan tahun, bapanya telah meninggal dunia dan seterusnya
beliau dibesarkan oleh ibunya bersama-sama dengan lima orang adik-beradik yang lain. Sejak itu, beliau
mulai mengerti kesusahan hidup yang terpaksa dipikul bersama abangnya. Beliau bersama abangnya
mengerjakan kebun peninggalan arwah ayahnya. Niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi terkandas disebabkan masalah kewangan yang ditanggung oleh keluarganya.

Akhimya, dia mengambil keputusan untuk memohon menjadi guru. Ketika itu gaji permulaannya
adalah RM50 sahaja. Wang sebanyak RM50 digunakan untuk membantu meringankan beban tanggungan
ibunya. Sewaktu berusia 19 tahun, beliau telah bertemu jodoh dan akhimya berkahwin dengan seorang
guru bemama Arbibah Abu Bakar. Mereka telah dikumiakan seramai 12 orang anak, tujuh orang lelaki, dan
lima orang perempuan. Apabila mengenangkan nasibnya yang tidak berupaya melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi, beliau menanamkan cita-cita untuk memastikan setiap anak-anaknya berjaya

111 / 119
dengan cemerlang dalam pelajaran. Beliau cukup prihatin dengan keperluan keluarganya dan sanggup
bersusah payah demi menjamin kebahagiaan mereka sekeluarga.

Cikgu Abu Hanit ini gigih berusaha untuk menambah pendapatan keluarga seperti menjual buah-
buahan dan sayur-sayuran yang diperoleh di kebunnya yang seluas seekar di Serendah, Selangor. Selain
itu, beliau sering membawa anak-anaknya menjala ikan di sungai bagi menambah sumber makanan
seharian. Beliau turut membela ayam dan itik di sekitar rumahnya. Isterinya pula rajin menyediakan kuih-
muih untuk jualan. Setiap pagi, sebelum pergi ke sekolah, kuih-muih ini akan dihantar oleh anak-anaknya
di gerai-gerai makan. Kehidupannya yang susah menyebabkan beliau berazarn untuk mengubah nasib
anak-anaknya. Beliau telah memberikan pelajaran yang sempurna kepada anaknya. Baginya anak-anak
adalah amanah Tuhan. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyempurnakan kehidupan anak-anak.

Beliau seorang yang lembut tetapi tegas semasa mendidik anak-anak. Semuanya dididik dengan
kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Anak-anaknya dididik supaya mempunyai jadual waktu sendiri. Ada
masa untuk belajar, masa membuat kerja sekolah, mengulang kaji pelajaran, berjemaah, mengaji, dan
bermain. Mereka tahu tanggungjawab masing-masing dan semua ahli keluarga mesti patuh dengan
peraturan dan hormat kepada orang yang lebih tua. Beliau menyediakan sebatang rotan untuk menakut-
nakutkan anaknya agar tidak leka dengan tanggungjawab sebagai seorang anak. Sekiranya mereka
membuat kesalahan di sekolah, beliau akan mengizinkan anak-anak untuk dirotan oleh guru. Beliau
berpegang kepada prinsip boleh merotan, tetapi jangan sarnpai mencederakan.

Cabaran yang paling utarna ialah kekurangan wang bagi membayar yuran pengajian dan belanja
persekolahan. Banyak keperluan seperti buku tarnbahan yang diminta oleh anaknya tidak dapat
disediakan. Mereka hanya menggunakan buku-buku abang atau kakak mereka sebagai rujukan. Kejayaan
anak-anaknya yang tua sebenarnya banyak memberi dorongan kepada anak-anaknya yang lain. Beliau
bukan setakat berjaya membentuk anak-anaknya sehingga berjaya dalarn kerjaya masing- masing
malahan beliau turut memberi sumbangan besar kepada masyarakat. Sebagai contoh, dia berjaya
membangunkan Kampung Tok Pinang, Serendah. Setelah mengharungi cabaran dalarn kehidupan, beliau
kini boleh tersenyum bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang.

Kejayaan anak-anaknya sebenarnya adalah berkat ketabahan, ketekunan, dan pengorbanan yang
diberikan selarna ini. Semua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi di
dalam dan di luar negara. Sekarang mereka berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh negara, sarna
ada di sektor awarn mahupun di sektor swasta. Anak perempuan sulungnya berusia 46 tahun bekerja
sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Malaya, manakala
yang bongsu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perniagaan. Dua
orang lagi anak perempuannya juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Amerika dan
England.Sekarang dia boleh mengutip buah dan hasilnya. Rumah besar yang didiami kini adalah basil titik
peluhnya dan sumbangan anak-anak.

Semua anaknya berperibadi mulia dan tabu membalas jasa orang tua. Kini beliau sudah bersara dan
tidak perlu lagi memerah keringat, namun masa lapangnya digunakan untuk berkebun di tanah seluas tiga
setengah ekar. Pemilihan Cikgu Abu Hanit sebagai Tokoh Bapa Cemerlang merupakan kejayaan besar
yang dicapainya dalarn mendidik anak-anak. Anak-anaknya kini berjaya menjawat jawatan sebagai
peguam, pendakwa raya, ahli perniagaan, pengurus estet, eksekutif bank, dan ahli perniagaan. Dengan itu,
pengorbanan beliau menjadi contoh kepada ibu bapa yang lain agar dapat mengetahui rahsia di sebalik
kejayaan beliau mendidik anak-anak. Sesungguhnya Anugerah Bapa Cemerlang dapat dianggap sebagai
dorongan kepada seluruh ibu bapa untuk mengasuh anak-anak mereka menjadi warga yang berguna
kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Oleh itu, kejayaan beliau bersesuaian
dengan peribahasa Genggam bara api biar sampai jadi arang.

SOALAN: Negara kita pernah merancang untuk mempunyai jumlah penduduk mencecah
70 juta. Dasar ini dijangka mampu membawa banyak kesan positif dan negatif.

112 / 119
Jadi, huraian kedua-dua kesan yang bakal timbul jika penduduk negara
mencecah 70 juta orang.

Malaysia memang mempunyai impian untuk memiliki penduduk yng ramai, iaitu 70 juta menjelang
2020. Mungkin ada pihak yang ketawa besar mendengar impian tersebut. Namun, kalau kita kaji
kebanyakan negara jiran kita selain Singapura mempunyai jumlah penduduk yang jauh lebih banyak
daripada Malaysia. Jadi, impian itu memang ada asasnya cuma dasar ini mempunyai banyak impak positif
dan negatif terhadap pembangunan negara.

Alasan yang paling ketara ialah negara kita masih mempunyai kawasan yang luas berbanding
dengan negara jiran yang lain. Negara kita hanya mempunyai kepadatan penduduk di kawasan
berhampiran bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh, dan Seremban. Keadaan ini
menyebabkan pengurusan sumber manusia dan alam sekitar tidak berjalan dengan baik. Keperluan lebih
ditumpukan terhadap penduduk di kawasan bandar sehingga menyebabkan penduduk di kawasan desa
terpinggir. Jadi, jumlah penduduk yang ramai memastikan pembangunan negara lebih seimbang kerana
jumlah penduduk akan berkembang ke kawasan pedalaman.

Selain itu, penduduk yang ramai memastikan keperluan sumber manusia akan mampu dipenuhi.
Setiap tahun negara kita memerlukan tenaga muda untuk meneruskan pembangunan negara. Melalui
pertambahan penduduk yang pesat keseimbangan generasi muda dan tua mampu dikawal dengan baik.
Kita tidak akan kekurangan sumber manusia kerana mempunyai lapisan penduduk muda yang banyak.
Situasi ini turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang stabil.

Malah, kalau kita kaji, negara-negara kuasa ekonomi dunia mempunyai penduduk yang ramai.
Jumlah penduduk yang ramai menyebabkan negara tersebut dapat memiliki pasaran dalaman yang luas
untuk keperluan ekonomi mereka. Jepun, Amerika Syarikat, dan China mempunyai penduduk yang ramai
sehingga syarikat tempatan mereka tidak memerlukan pasaran luar untuk produk mereka. Jadi, penduduk
yang ramai baik untuk perkembangan syarikat tempatan.
Namun, pertambahan penduduk menyebabkan kos perbelanjaan ngara akan bertambah. Kerajaan sudah
pasti terpaksa menyediakan lebih banyak kemudahan awam seperti hospital, sekolah, dan sebagainya
untuk menampung penduduk yang bertambah itu. Keadaan ini menyebabkan jumlah kewangan kerajaan
akan terjejas sedikit demi sedikit. Kegagalan untuk memastikan kewujudan kemudahan awam akan
membawa bencana kepada rakyat negara ini.

Malahan, keadaan penduduk yang ramai menyebabkan berlakunya persaingan dalam semua
aspek terutama pekerjaan. Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan kadar pengangguran
bertambah secara mendadak. Pertambahan kadar pengangguran akan membawa munculnya pelbagai
masalah sosial yang lain seperti peningkatan kes jenayah dan penagihan dadah. Semua ini akan
membawa kesan negatif kepada negara dan masyarakat secara keseluruhannya.

Kesimpulannya, pertambahan penduduk negara harus diselia dengan rapi. Kita tidak mahu jumlah
penduduk yang ramai tetapi taraf hidup atau perbezaan taraf hidup antara masyarakat begitu jauh seperti
yang berlaku di India dan Indonesia. Dalam memastikan jumlah rakyat bertambah, kerajaan harus
memastikan taraf kesihatan, pendidikan, dan ekonomi terus berkembang sejajar dengan jumlah penduduk.

(420 patah perkataan)

Gejala Ponteng Sekolah

SOALAN: Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah
menengah semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan pelajar
ponteng sekolah.
113 / 119
Berita tentang gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah
menengah sering menghiasi dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini.Isu ini telah hangat
dibincangkan oleh orang ramai di kedai-kedai kopi sehinggalah di Parlimen.Walaupun pelbagai
langkah telah diambil bagi membanterasnya, gejala ini tetap berlaku dan semakin
membimbangkan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa
dalam kalangan pelajar.

Sikap ibu bapa yang kurang prihatin merupakan faktor utama mengapa pelajar sekolah
sering ponteng sekolah.Hal ini demikian kerana terdapat dalam kalangan ibu bapa yang begitu
sibuk dengan urusan keduniaan sehingga melupakan tanggungjawab mereka sebagai ibu
bapa.Oleh itu, anak-anak mereka bebas melakukan apa sahaja perkara yang negatif kerana
mengetahui pergerakan mereka tidak dipantau oleh ibu bapa mereka. Sebagai contoh, terdapat
dalam kalangan ibu bapa yang bekerja sehingga lewat malam dan hanya bertemu dengan anak-
anak mereka pada keesokan paginya sahaja.Jelaslah bahawa faktor kealpaan ibu bapa
memberikan impak yang besar kepada peningkatan gejala yang tidak sihat ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor yang menyebabkan pelajar
ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam
kehidupan seseorang pelajar itu.Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini
bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu.Tamsilannya, pelajar-pelajar
tersebut akan melakukan aktiviti yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam sesuatu
kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. Sememangnya rakan sebaya memainkan
pengaruh yang besar dalam pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut.

Dalam pada itu, faktor guru juga menjadi penyumbang kepada gejala yang tidak sihat
ini.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir guru yang tidak mampu menarik perhatian pelajar
untuk belajar.Lantaran itu, pelajar akan berasa bosan semasa berada di dalam kelas.Tamsilnya,
terdapat dalam kalangan guru yang masih mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sudah tidak sesuai pada masa ini. Sesungguhnya kaedah pengajaran guru yang
membosankan menyumbang kepada peningkatan kes ponteng di sekolah.

Intihanya, terdapat banyak faktor lain yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini.
Oleh itu, pelbagai pihak perlulah memberikan komitmen bagi membanteras gejala yang tidak sihat
ini dan janganlah bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-
masing.Sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang mapan, sudah tentu gejala negatif
ini dapat kurangkan.Jelaslah bahawa gejala ini jika dibiarkan akan menyebabkan kesan yang lebih
buruk berlaku kepada generasi muda yang akan datang.
(366 patah perkataan)

1) Masa depan negara memerlukan generasi muda yang berilmu pengetahuan agar
pembangunan dan kemajuan dapat dikecapi.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjadi remaja yang berilmu.

Dunia semakin berubah dan pesat membangun hari demi hari. Hal ini menunjukkan bahawa
betapa pentingnya bekalan ilmu pengetahuan dalam diri setiap remaja agar tidak ketinggalan
dalam arus modenisasi. Nabi Muhammad s.a.w. juga turut berpesan kepada umat akhir zaman
supaya menuntut ilmu hingga ke negeri China kerana proses pemelajaran itu sebenarnya bermula
dari alam buaian hinggalah ke liang lahad. Hal ini membuktikan bahawa ilmu pengetahuan sangat
penting bagi membentuk insan yang kamil. Bagaimanakah untuk menjadi remaja berilmu? Oleh

114 / 119
itu, segala persoalan tentang cara-cara untuk menjadi remaja berilmu akan dikaji dengan teliti
hingga ke akar umbi.
Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, cara utama yang dapat dikenal pasti
untuk menjadi remaja berilmu ialah setiap remaja perlu mengunjungi perpustakaan awam atau
sekolah pada masa lapang. Hal ini perlu diberi keutamaan kerana remaja dapat menimba ilmu
pengetahuan daripada hamparan ilmu yang terhidang luas di dalam buku yang terdapat di
perpustakaan. Perkara ini perlu direalisasikan dengan sentiasa menggunakan khidmat pinjaman
buku yang disediakan untuk membaca buku cerita atau merujuk buku rujukan untuk menjawab
latihan yang diberikan oleh guru. Sebagai contohnya, remaja boleh menggunakan kemudahan
yang kondusif di Perpustakaan Awam Sultan Ismail, Johor Bahru atau mencari maklumat yang
dikehendaki di Perpustakaan Negara Malaysia yang menghimpunkan lautan ilmu yang dalam
tidak terduga. Melalui prakarsa ini, jelaslah bahawa usaha untuk menjadi remaja berilmu ialah
mengunjungi perpustakaan pada waktu lapang.
Selain itu, hujah seterusnya tentang cara-cara untuk menjadi remaja berilmu ialah memberi
tumpuan seratus peratus ketika sesi pengajaran dan pemelajaran di sekolah. Hal ini sangat
penting kerana setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru akan mudah disimpan di dalam
minda tanpa gangguan dan guru juga dapat mengajarkan isi pengajaran dengan lancar. Situasi ini
dapat diwujudkan dengan tidak berbual-bual ketika guru sedang mengajar dan tidak berkhayal
ketika sesi pengajaran dan pemelajaran berlangsung di dalam kelas seterusnya menyebabkan
guru-guru yang mendidik remaja akan berasa senang hati. Setiap remaja hendaklah menghargai
detik masa sepanjang proses pengajaran dan pemelajaran berlangsung kerana masa itu ibarat
mata pedang, jika kita tidak memotongnya maka mata pedang itulah yang akan memotong diri kita
sendiri. Berdasarkan hujah ini, jelaslah bahawa cara-cara untuk menjadi remaja berilmu ialah
memberi tumpuan seratus peratus ketika menuntut ilmu di dalam kelas.
Di samping itu, antara cara menjadi remaja berilmu termasuklah melibatkan diri secara aktif
dalam bidang kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum yang terdapat di
sekolah dapat memberikan ilmu tambahan yang sangat berguna kepada remaja dan ilmu tersebut
tidak akan didapati ketika belajar di dalam kelas. Aspirasi murni untuk menjadi remaja berilmu ini
dapat dizahirkan dengan tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti kokurikulum seperti kawad
kaki, berkhemah atau mempelajari seni bela diri. Sebagai contohnya, remaja boleh menyertai
pasukan Kadet Polis atau Kadet Remaja Sekolah yang mampu membentuk jati diri, semangat
kepimpinan, perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk dan menyemai sifat berdikari dalam
diri remaja. Melalui perkara ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah
dapat mewujudkan remaja yang berilmu.

Seterusnya, setiap remaja di Malaysia juga hendaklah mempunyai wawasan dalam hidup
jika ingin merealisasikan hasrat untuk menjadi remaja berilmu. Hujah ini perlu dipandang serius
keranawawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam
hidup mereka dan wawasan hidup mampu mengajar remaja erti berdisiplin dan bertanggungjawab
dalam kehidupan seharian. Perkara yang dibincangkan ini mampu diwujudkan dengan
mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya
bak kata peribahasa yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Conoh
yang dapat menjawab segala persoalan ini ialah kebanyakan remaja yang mempunyai wawasan
akan lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan
mereka. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa memiliki wawasan dalam hidup merupakan
usaha yang penting untuk mewujudkan remaja berilmu.
Sebagai kesimpulannya,setiap perkara yang berkaitan dengan usaha-usaha untuk
mewujudkan remaja berilmu telah dikupas dengan mendalam. Namun, usaha ini tidak akan dapat
berjaya jika setiap remaja sentiasa lalai dengan budaya hedonism yang melanda dunia. Oleh itu,
setiap remaja di bawah payung Satu Malaysia hendaklah bertindak segera kerana ilmu ialah kunci
kejayaan dalam kehidupan.

115 / 119
Soalan: Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini
sering dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita.

Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepada
remaja.

Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam
terhadap negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutama
dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari dengan
perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap ini terus
wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif.

Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas.
Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas dalam diri
remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan memiliki sikap
menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini mampu menyuntik sikap
nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja.

Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demi
kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan media
massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan tindakan mereka
dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan
pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu melakukan
sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkah mempamerkan informasi
tentang pejuang-pejuang negara ini mampu meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang
telah dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini.

Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yang
melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang bertemakan
semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa yang
dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsur sastera ini
dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah lama meninggalkan negara ini.
Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai
negara mereka.

Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat.
Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu
anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kita mendaki
Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akan negara ini selain
kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu. Perkara ini penting
ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh mereka banggakan dan kaitkan
dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri. Sesungguhnya, semua kejayaan negara
memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau
menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.

Sebenarnya, kepentingan utama memiliki semangat cinta akan negara ialah rakyat di negara ini
mampu mengukuhkan perpaduan antara mereka. Semua pihak menyedari bahawa perpaduanlah yang
menjamin kejayaan mereka di Malaysia ini. Semua memahami bahawa sikap mementingkan negara
menyelamatkan negara daripada kancah pergaduhan antara kaum. Jelaslah, semangat cinta akan negara
membentuk masyarakat kita menghargai perpaduan dan berfikiran matang.

Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalam


pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akan perjuangan
yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka menjadi sia-sia
belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri sendiri, apa yang mampu
mereka sumbangkan kepada negara dan bukannya apa yang mampu diberikan oleh negara kepada
mereka.
(501 patah perkataan)

116 / 119
Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa berlaku dewasa ini. Bincangkan
saranan anda untuk mengatasi masalah tersebut untuk diterbitkan dalam ruangan
Pendapat Pembaca.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan awam
Yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.
Oleh: Subrato Rengato

Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020 dan
taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Hampir seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara formal, malah
ramai yang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang berkembang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara yang menghairankan kita semua ialah masalah
vandalisme di negara ini turut meningkat dan seolah-olah telah sampai ke satu tahap yang
kronik sedangkan kebanyakan rakyat di negara ini berpendidikan tinggi.

Masalah vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka hati
merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular bagaikan barah dalam tubuh
manusia. Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan melepaskan geram atau
meringankan tekanan hidup. Para remaja pula ingin mencari keseronokan dengan merosakkan
telefon awam, mengguris dan merosakkan lif serta menconteng dinding tandas awam. Perbuatan
tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana menyusahkan orang ramai dan meningkatkan
perbelanjaan untuk membaikinya. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang konkrit dan proaktif
perlu dilaksanakan dengan segera bagi membendung masalah tersebut.

Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah mengubah strategi atau sistem
pendidikan yang sedia ada di negara ini. Sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan
peperiksaan dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya pelajar-pelajar sekarang
hanya berminat untuk menghafal nota dan langsung tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum. Sebenarnya peyertaan dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta
Alam dan sebagainya boleh menyemai dan seterusnya menyuburkan nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang merupakan elemen
terpenting dalam usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan patut
menekankan subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi pendidikan formal. Guru-guru wajar
memberikan pendidikan dengan kreatif dan inovatif agar pelajar-pelajar dapat menghayati serta
mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya dapat membasmi gejala
vandalisme.

Selain itu, media massa perlu memainkan peranan penting dalam usaha membendung
masalah vendalisme. Media massa wajar memaparkan keadaan kemudahan awam yang
dirosakkan dengan serius dan artikel-artikel yang mengkritik perbuatan tersebut akan dapat
menyedarkan anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat juga patut menyedari peranan
mereka dalam usaha membendung masalah vandalisme. Anggota masyarakat juga wajar
melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang merosakkan kemudahan awam.
Jelaslah media massa memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah tersebut
sebagaimana kata pepatah, lidi segenggam kuat kudratnya dan tidak mudah patah
walaupun oleh si gagah.

Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara, terhumban
ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi Kejora. Begitulah peribahasa
Melayu yang menyatakan dengan jelas akan kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-kanak.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab,
bertimbang rasa dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua percaya kepada konsep

117 / 119
kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak diibaratkan sehelai kain
putih yang perlu dicorakkan peribadinya oleh ibu bapa. Jika diwarnakan dengan warna
pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi sekiranya ditumpahkan dengan warna
hitam, maka gelaplah masa depannya. Ibu bapa perlu menunjukkan role model kepada anak
kesayangannya supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna seperti kata peribahasa ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi .

Selain itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal
tindak-tanduk anggota masyarakat. Undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak berkenaan
dan tidak terjadi seperti kata pepatah bagai melepaskan batuk di tangga. Kerajaan patut
mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yang bersikap seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme
patut diheret ke mahkamah dan hukuman sebat wajar dilaksanakan.

Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng tenaga
untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara kita sebagai antara negara yang
termaju di rantau Asia Pasifik tidak tercalar begitu sahaja. Kita perlu berhati-hati
dan berwaspada seperti kata peribahasa lengguknya biar bengkok tetapi mengena, tarinya
biar senada tetapi berbisa, langkahnya lembut tetapi kejap semasa melaksanakan langkah-
langkah untuk membendung masalah tersebut supaya imej baik negara terus terlindung dan
keamanan hidup masyarakat terjamin.

WARGA TUA

Warga tua merujuk ibu, bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara yang sudah
berumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan
negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.
Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan
jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Berdasarkan situasi ini, apakah langkah pragmatik yang
perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka? Adakah
usaha tersebut mampu membibitkan rasa dihargai dalam diri warga tua? Oleh itu, setiap
persoalan yang berkaitan dengan peranan pelbagai pihak akan dikaji dengan teliti sehingga ke
akar umbi.
Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, langkah efektif yang dapat mewujudkan
penghargaan kepada warga tua ialah setiap ahli keluarga perlu menyayangi warga tua dengan
sepenuh hati. Setiap ahli keluarga perlu menyayangi warga emas ini dengan perasaan cinta yang
tidak berbelah bahagi kerana warga tua merupakan insan yang terdiri daripada ibu melahirkan
zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak dari kecil hingga
dewasa manakala bapa pula membanting tulang empat kerat memerah keringat mencari rezeki
untuk membesarkan anak-anak. Situasi ini dapat diwujudkan dengan sentiasa mengingati
pengorbanan ibu bapa dan membalas jasa mereka dengan sebaik-baiknya seperti menyediakan
tempat tinggal yang sempurna, menjaga mereka yang sudah tua atau uzur atau sentiasa
menjenguk mereka yang tinggal di kampung dan jangan terlintas langsung di dalam fikiran untuk
menghantar mereka ke rumah warga tua. Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa usaha yang
utama untuk menghargai warga tua ialah menyayangi warga tua dengan sepenuh hati.
Selain itu, hujah seterusnya tentang peranan pelbagai pihak untuk menghargai warga tua
ialah guru boleh mendidik pelajar agar menghormati warga tua. Peranan guru sangat penting
untuk memupuk nilai menghargai warga tua dalam diri masyarakat khasnya murid-murid sekolah
kerana warga tua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Situasi ini
dapat diwujudkan dengan menerapkan cara bertutur dengan sopan apabila berbicara dengan
warga emas seperti tidak meninggikan suara atau menggunakan bahasa kesat kerana perbuatan
118 / 119
sedemikian boleh mencalarkan hati warga yang berjasa ini. Contoh yang dapat dikongsi bersama-
sama bagi menyokong hujah ini ialah amalan menghormati warga tua ada diterapkan oleh guru
melalui subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diajarkan di sekolah-sekolah bagi
mewujudkan modal insan yang tahu menghargai warga tua. Berdasarkan perkara ini, jelaslah
bahawa peranan guru sangat penting dalam usaha menghargai warga tua.
Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk
mewujudkan penghargaan terhadap warga tua. Hal ini perlu diberi perhatian mendalam kerana
warga emas merupakan warga yang banyak berjasa dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi
dan kestabilan poilitik negara. Aspirasi murni ini dapat dizahirkan apabila pihak kerajaan
bersungguh-sungguh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua yang ada di
Malaysia. Sebagai tamsilnya, perkara ini boleh dilihat melalui program transformasi negara yang
memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (B1RM) kepada warga tua bertujuan untuk meringankan
beban sara hidup mereka serta memudahkan mereka untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.
Melalui prakarsa yang dibincangkan dalam wacana ini, nyatalah bahawa usaha pihak kerajaan
akan membuatkan warga tua lebih disayangi dan dihormati.
Seterusnya, perbincangan yang keempat tentang peranan pelbagai pihak untuk menghargai
jasa warga tua ialah media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-
cerita berkaitan pengorbanan warga tua. Hujah ini perlu dipandang serius kerana dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya warga tua dalam kehidupan manusia. Setiap
perkara yang dibincangkan ini mampu diwujudkan dengan menyiarkan sumbangan warga tua
dalam memajukan negara atau menyelamatkan negara melalui dokumentari televisyen. Contoh
yang dapat dibuktikan bagai merungkai segala persoalan ialah usaha saluran History yang
disediakan oleh stesen televisyen berbayar Astro yang menyiarkan pengorbanan pihak polis
mempertahankan balai bolis dalam tragedi Bukit Kepong wajar dipuji kerana usaha itu dapat
menghargai sumbangan warga tua yang telah berkorban nyawa ketika mereka masih bertenaga
suatu ketika dahulu. Berdasarkan mauduk yang dihuraikan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa
langkah media massa menyiarkan kisah pengorbanan warga tua sangat penting untuk menyemai
penghargaan kepada warga tua.
Akhir kalam, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan
warga tua. Tanpa mereka siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing kerana pada suatu hari nanti, kita juga pasti akan melalui
zaman emas tersebut dan itulah hakikat kitaran alam.

119 / 119

Anda mungkin juga menyukai